SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG48000 RAWANG SELANGOR
PROGRAM PEMANTAPAN PERMAINAN BOLA SEPAKTAHUN 2010
1.0 PENDAHULUAN
Program Pemantapan Permainan Bola Sepak merupakan satu program yang dirancang untuk membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan mendapat pendedahan berkaitan dengan teknik memanaskan badan, ‘drill’ dalam sukan dan keselaman dalam bersukan yang terkini. Program ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia “Satu Pelajar Satu Permainan”. Diharapkan dengan pendedahan ini akan menambah minat pelajar dalam sukan. Secara tidak langsung mutu sukan sekolah akan meningkat. Justeru itu adalah diharapkan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan insan cemerlang dan bersahsiah tinggi ke arah pembentukan generasi belia berwawasan.
2.0 RASIONAL
Memberi peluang kepada pelajar yang berbakat untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Pelajar dan guru khususnya lebih berkeyakinan untuk membentuk pasukan sekolah yang berwibawa. Selain daripada itu krusus ini juga daharapkan dapat mewujudkan satu latihan permainan yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Risiko kecederaan kepada pelajar juga dapat di minimumkan
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan pelajar dan guru teknik-teknik permainan bola sepak yang terkini
3.2 Memperkembangkan potensi diri dan keyakinan diri pelajar.
3.3 Pengetahuan sukan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan
3.4 Meningkatkan prestasi permainan bola sepak sekolah
4.0 TARIKH 10 November 2010
5.0 TEMPAT SMK Rawang
6.0 SASARAN
Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4
1
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
7.1 Jawatankuasa Induk
Penasihat : Pn. Hjh Mazlah bt Hussein (Pengetua SMK Rawang )
Pengerusi : En. Ravichandran a/l Chappanimutu (Penolong Kanan Kokurikulum )
Naib Pengerusi : En Zainur Rashid b Mohd Wahi
Setiausaha : En. Mohd Azrif b Mohamad Ali
7.2 Jawatankuasa Kecil
Pendaftaran/Hadiah/Sijil : En. V.Kumarasamy
Makan Minum Peserta : En. Azizul b Ibrahim
Logistik / Penempatan : En. Mohd Jamil Aris b Harun
Fotografi / Dokumentasi : En. Ganesan a/l Arumugam
8.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 - 8.00 pg. Pendaftaran Peserta / Taklimat ringkas
8.00 - 10.00 pg. Aktiviti 1 a) Pengenalan permainanb) Undang-undang permainan
10.00 - 10.45 pg. Minum pagi
10.45 - 12.00 pg. Aktiviti 2 a) Asas drill permainanb) Kemahiran asas permainan
12.00 - 1.45 ptg. Makan Tengahari / Solat Zohor
1.45 - 4.00 ptg. Aktiviti 3a)Praktikalb)Permainan kecil
4.00 - 5.00 ptg. Perasmian Penutupan / Penyampaian Sijil / Bersurai
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH (RM)1. Makanan pelajar 100 [email protected] 600.002. Bola Sepak (Adidas – saiz 5) 16 [email protected] 960.003. Minum padang 4 [email protected] 100.00
JUMLAH 1700.00
2
10.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan suwa RM 1700.00
Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat mengisi masa luang pelajar, malah ia juga dapat mengelakkan pelajar daripada terjerumus ke arak atau pelakuan yang negatif. Selain daripada itu, displin para pelajar dapat dikawal secara tidak langsung. Diharapkan semua AJK dan pihak yang terlibat dalam projek ini dapat memberi komitmen yang padu bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik kolej.Justeru ,diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan pihak yang terlibat.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
...................................... ....................................(MOHD AZRIF B MOHAMAD ALI) (ZAINUR RASHID B MOHAMAD WAHI) Setiausaha Program Setiausaha Sukan SMK. Rawang SMK. Rawang
Disahkan oleh, Diluluskan oleh,
..................................... .....................................(EN RAVICHANDRAN A/L CHAPPANIMUTU) (HJH MAZLAH BT HUSSEIN) Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua SMK Rawang SMK Rawang
3