1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB, SUNGAI MERAB,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR
KEMPEN ANTIDADAH DAN AIDS
TAJUK HINDARI DADAH, CEGAHI AIDS
MAC 2012
ANJURAN JAWATANKUASA 3K
DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2
1.0 PENGENALAN
Sambutan Kempen Antidadah dan Aids diadakan setiap tahun di sekolah selaras
dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan
Dadah untuk menyokong Sambutan hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek
pendidikan dan pencegahan dadah dan kesedaran mengenai aids amat penting
memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman
gejala dadah yang amat serius serta penularan aids yang semakin ketara. Oleh yang
demikian, kesedaran tentang bahana dadah dan aids di peringkat awal perlu diterapkan
dalam lapisan komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan
murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang
mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara
sekaligus kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.
Program ini juga dibuat selaras dengan Dasar dan matlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah, kementerian Pendidikan malaysia ke arah merealisasikan “ Sekolah
Bebas Dadah” menjelang tahun 2012.
2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai dadah dan aids yang
memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatn
masyarakat
2.2 Memastikan pelajar-pelajar melibatkan diri secara proaktif dalam meningkatkan
pengetahuan mengenai aids dan dadah
3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut :
3.1 Mendidik pelajar dan warga sekolah tentang keburukan dadah dan aids seawal
peringkat sekolah menengah
3.2 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhi diri daripada
dadah dan aids
3.3 Memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada pelajar dan warga sekolah
menerusi dasar MBMMBI
3
4.0 KUMPULAN SASAR
4.1 Pelajar menengah rendah SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
4.2 Pelajar menengah atas SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
4.3 Warga guru SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
4.4 Staf sokongan SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
5.1 JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pn. Hjh Khatijah Bt Kunji Maraikar
(Pengetua SMK Dato’ Abu Bakar Baginda)
Prof. Dr. Wan Mokhtar Wan Yusoff
(YDP PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda)
Penasihat :Pn. HajahHamidah Bt Said
(PK Kurikulum)
En. Hassan Hamidi B Benu
(PK Kokurikulum)
Pengerusi : En. Saari B Mamat
(PK Hal Ehwal Pelajar)
Naib pengerusi : En Affendi Nazila B Abdullah
(NYDP PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda)
Setiausaha : Pn. Zarah Bt Ahmad
(Penyelaras Unit kesihatan)
Bendahari : Cik. Mardziana Bt Yunus
(Kaunselor)
Penyelaras aktiviti : Pn. Hjh. Norizan Maarof
( Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)
AJK : Pn. Hjh. Roslinah Abdul Rahman
(Ketua Bidang Sains dan Matematik)
Pn. Hjh. Aslaniah Bt Jamali
(Ketua Bidang Kemanusiaan)
Pn. Hjh. Rashidah Ab Latib
(Ketua Bidang Bahasa )
AJK PIBG SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
4
5.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengacara majlis Pn. Nursaadah Bt Jailani
Pelancaran dan penutup Pn. Marliza Rahmat Meah
Cik Siti Nur Athirah Mazlan
Persatuan Puteri Islam
Sistem PA dan Alat Presentasi/ ceramah En. Ahmad Effendy Abdul Razak
En Bakrileh Aminuddin
Persiapan dan pengemasan tempat Pn. Wan Zuhirah Bt Wan Hassan
Cik Ummi Hani Mohd Asarani
Pekerja pembersihan
Pameran Pn. Juliawati Sakiman
Pengawas Pusat Sumber
Persembahan Guru pembimbing Kelab Kebudayaan PPKI
Pamplet/brosur Pn Fadziana Fadhil
PRS
Sijil penghargaan En Mohd Yunus Muhsin
Banner YM Tengku Azraq Tengku Ismail
Jamuan Pn. Zaharinah Bt Hussin
Pekerja kantin
Cenderahati/ Hadiah Pn. Raiha Jalil
Cik Normah Mohd Noor
Fotografi Pengerusi dan naib pengerusi PBSM
Dokumentasi Pn. Sharifah Abd Kadir
Pn. Suzila Wahab
Disiplin pelajar En. Ezmal Rhiza Mokhtar
Pn. Sharifah Norhayati Syed Hussin
AJK UPSM
Penyelaras aktiviti 1. Esei
Pn. Siti Rahimah Ahmad
Pn. Nurhazwani Hamzah
2. Program 5 minit
Pn. Halimah Rajee
Pn. Nurashrin Mat Isa
5
3. Poster
Pn. Norbaizura Mohd Nor
Pn. Hjh Khodijah Abd Wahab
4. Teka silang kata
Pn. Nursaadah Jailani
En. Ahmad Rashid Mahmud
5. Bacaan Yassin dan Tazkirah
En. Hassan Hamidi Benu
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN/ AKTIVITI YANG DIRANCANG:
6.1 Mesyuarat jawatankuasa
6.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti
6.3 Majlis pelancaran
6.4 Kempen Anti dadah dan AIDS
Bil Aktiviti Tarikh Guru penyelaras Sasaran
1. Mesyuarat
Jawatankuasa
19.1.2012 PK HEM Semua AJK
3K
2. Penyediaan
brosur/pamplet/banner
25-28
Februari
2012
Pn Fadziana Fadhil
En. Mohd Yunus Muhsin
YM Tengku Azraq Tengku Ismail
3. Majlis Pelancaran 21 Mac
2012
Pn. Marliza Rahmat Meah
Cik Siti Nur Athirah Mazlan
Persatuan Puteri Islam
Semua pelajar
semasa
perhimpunan
4. Aktiviti sepanjang
program :
i)Program 5 minit
ii)Pertandingan
mengarang esei
iii)Pertandingan melukis
poster
iv) Teka silangkata
v) Ceramah
vi) Pameran
20-23 Mac
2012
1-23 Mac
2012
1-23 Mac
2012
21 Mac
2012
23 Mac
2012
23 Mac
2012
Pn. Halimah Rajee
Pn. Nurashrin Mat Isa
Pn. Siti Rahimah Ahmad
Pn. Nurhazwani Hamzah
Pn. Norbaizura Mohd Nor
Pn. Hjh Khodijah Abd Wahab
Pn. Nursaadah Jailani
En. Ahmad Rashid Mahmud
En. Ahmad Effendy Abdul Razak
En. Mohd Bakrileh Aminudin
Pn. Juliawati Sakiman
Setiap pagi
dan petang
Pelajar
menengah atas
Pelajar
menengah
rendah
Semua pelajar
Pelajar terpilih
Semua pelajar
6
7.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
19 Mac 2012
(Isnin)
7.30- 8.10 pagi Pelancaran kempen Antidadah dan Aids
Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua
pelajar
Ucapan Pengetua
Persembahan Kelab Kebudayaan PPKI
Tayangan Slaid
Semua warga
SMKDABB
20 April 2012
(Selasa)
7.20-7.30 pagi
1.05- 1.10 ptg
Program 5 minit
Edaran brosur dan pamplet
Semua pelajar
21 April 2012
(Rabu)
7.20-7.30 pagi
1.05- 1.10 ptg
Program 5 minit
Ceramah
Edaran teka silang kata
Semua
pelajar/pelajar
terpilih
22 April 2012
(Khamis)
7.20-7.30 pagi
1.05- 1.10 ptg
Program 5 minit
Pertandingan mengarang esei
Pertandingan melukis poster
Semua pelajar
23 April 2012
(Jumaat)
7.20-9.50 pagi
2.30- 3.00 ptg
Bacaan yasin dan tazkirah
Jamuan
Ujian air kencing
Pameran
Semua
pelajar/pelajar
terpilih
26 April 2012
(Isnin)
7.30-8.10 pagi Majlis penutup dan penyampaian
hadiah serta sijil
Semua pelajar
7
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Percetakan
i. Kertas lukisan RM 70.00
ii. Cetakan tekasilang kata RM 30.00
iii. Banner kempen RM100.00
iv. Sijil penyertaan RM 25.00
JUMLAH RM225.00
8.2 Hadiah
i. Pertandingan teka silang kata (RM 5.00 x 6 ) RM 30.00
ii. Pertandingan melukis poster (RM 5.00 x 6) RM 30.00
iii. Kuiz anti dadah (RM 5.00 x 10) RM 50.00
iv. Pertandingan mengarang esei (RM 5.00 x 6) RM 30.00
v. Program 5 minit (RM 5.00 x 12) RM 60.00
JUMLAH RM 200.00
8.3 Jamuan / ceramah
i. Jamuan majlis penutup (RM 5.00 x 15) RM75.00
ii. Cenderahati RM700.00
JUMLAH RM775.00
9.0 SUMBER KEWANGAN
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH (RM)
1. Unit Bimbingan & Kaunseling 100.00
2. Unit kesihatan 150.00
5. PIBG 950.00
JUMLAH 1100.00
8
10.0 LAMPIRAN
10.1 Surat jemputan penceramah
10.2 Surat permohonan brosur dan pamplet
10.3 Surat permohonan pembiayaan kempen
10.4 Edaran brosur
10.5 Edaran pamplet
11.0 PENUTUP
Diharapkan aktiviti kempen antidadah dan aids dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini.Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti
sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua
pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghindari dadah dan aids. Semoga usaha
murni ini mendapat sokongan padu dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada pelajar-pelajar khususnya.
HINDARI DADAH, CEGAHI AIDS
Disediakan oleh, Tarikh : 2 Februari 2012
…………………………
( PN ZARAH AHMAD)
Penyelaras kesihatan
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
Disemak oleh, Tarikh :
…………………………
(EN SAARI MAMAT)
PK Hal Ehwal Pelajar
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
Disahkan oleh, Tarikh :
…………………………
( PN HJH KHATIJAH KUNJI MARAIKAR )
Pengetua
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
9
SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB, SUNGAI MERAB, SEPANG
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E.
BEA 9612
Tel : 03 - 89266839
Fax: 03- 89266840
__________________________________________________________________________________ Rujukan tuan :
Rujukan kami : SMKDABB03/03/01 ( ) Tarikh : 20 FEBRUARI 2012
EN. YUNUS PATHI
Pengasas Pengasih
Tuan,
JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH DAN PAMERAN MENGENAI DADAH DAN AIDS
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa saya diarah menarik perhatian tuan mengenai
perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan jawatankuasa 3K dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah akan
mengadakan ceramah mengenai dadah dan aids pada 21 Mac 2012. Ceramah dan pameran ini
bertujuan mendedahkan warga sekolah mengenai kesan dadah dan aids kepada masyarakat dan langkah
bijak untuk menghindari serta mencegahnya.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amatlah berbesar hati menjemput pihak tuan untuk
mengendalikan ceramah dan pameran berkenaan. Adapun aktiviti ini akan diadakan pada tarikh berikut
3.1 Tarikh : 21 Mac 2012
3.2 Hari : Rabu
3.3 Masa : i. 2.30- 3.30 petang : sesi ceramah
ii. 10.00 – 4.00 petang : sesi pameran
3.4 Tempat : i. Sesi ceramah : Dewan Perdana
ii. Sesi pameran : Perpustakaan
4. Kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
……………………………………
10
SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB, SUNGAI MERAB, SEPANG
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN
BEA 9612
Tel : 03 - 89266839
Fax: 03- 89266840
___________________________________________________________________________________
Rujukan tuan :
Rujukan kami : SMKDABB03/03/01 ( )
Tarikh : 20 FEBRUARI 2012
Pegawai
Pejabat Kesihatan Daerah Sepang
Jalan Salak
43900 Sepang, SELANGOR
MEMOHON RISALAH DAN POSTER MENGENAI DADAH DAN AIDS
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Saya dengan ini memohon agar pihak tuan dapat membekalkan poster dan risalah.
Poster dan risalah ini bertujuan sebagai wadah penyampai dalam kempen antidadah dan aids
yang sekolah kami jalankan selama seminggu iaitu mulai 16.3.2012. Poster dan risalah ini juga
sebagai satu langkah menyedarkan pelajar kepentingan menghindari dan mencegah dadah dan
aids. Bahan-bahan ini akan dilekatkan di setiap papan kenyataan kelas di sekolah iaitu
sebanyak 40 kelas sahaja.
3. Berikut adalah poster dan risalah yang saya perlukan :
a. Poster antidadah
b. Poster mengenai aids
c. Risalah mengenai cara menghindari dadah
d. Risalah mengenai cara mencegah aids
4. Jasa baik dan kerjasama tuan menghantar risalah dan poster berkenaan dalam kadar
segera adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
……………………………………….
11
Rujukan tuan :
Rujukan kami :SMKDABB02/03/03( )
Tarikh : 20 FEBRUARI 2012
Zarah Bt Ahmad
Penyelaras kesihatan
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
Kepada
Prof. Dr Wan Mokhtar B Wan Yusoff
YDP PIBG
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
Melalui,
Pengetua
SMK Dato’ Abu Bakar Baginda
Yang Dipertua,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBIAYAAN KEMPEN ANTIDADAH DAN
AIDS TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YDP, Unit kesihatan sekolah akan menganjurkan kempen antidadah
dan aids mulai awal bulan Mac sehingga 23 haribulan. Antara objektif kempen ialah mendidik
pelajar dan warga sekolah tentang keburukan dadah dan aids seawal peringkat sekolah
menengah, menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhi diri daripada dadah
dan aids serta memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada pelajar dan warga sekolah
menerusi dasar MBMMBI. Ini selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan
Dadah, kementerian Pendidikan malaysia ke arah merealisasikan “ Sekolah Bebas Dadah”
menjelang tahun 2012.
3. Sehubungan dengan itu, unit kesihatan memohon jasa baik pihak PIBG untuk
membiayai kempen ini. Sumbangan yang diharapkan adalah sebanyak RM 950.00 sahaja.
Sumbangan ini untuk menampung hadiah, jemputan penceramah dan kos percetakan.
4. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja dan lampiran mengenai kempen antidadah
dan aids peringkat sekolah untuk rujukan dan tindakan pihak YDP. Pihak jawatankuasa 3K dan
unit bimbingan kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih atas pertimbangan dan komitmen
daripada pihak tuan. Segala kerjasama dan bantuan daripada PIBG amat kami hargai.
12
3. Sekian untuk tindakan pihak tuan dan kerjasama pihak tuan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
…………………………………………….
(ZARAH AHMAD)
Penyelaras kesihatan
s.k : Fail HEM
Fail PIBG