Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam SekitarMohd Zaaba Haji Ismail ([email protected])
Institut Perguruan Sultan Abdul HalimJalan Kuala Ketil
08000 Sungai Petani, KedahTel: 04-4218621/2 Faks: 04-4218582
Zurida Haji Ismail ([email protected])Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia11800 Pulau Pinang
Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestari
Pengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi
AbstrakPembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadi sebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010). Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagi mencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab 36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusia dalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani guru melalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru pra-perkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut Royal Chemical Society tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum maupun buku teks. Keperihatinan guru dan bakal guru adalah penting bagi memastikan PIPP yang dirancang terlaksana dengan jayanya.
Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini masalah-masalah alam sekitar telah menjadi semakin rumit dan
kompleks. Masalah-masalah seperti penipisan lapisan ozon, pemusnahan hutan,
kepupusan biodiversiti, peluasan kawasan gurun, pemanasan global dan perubahan iklim
dunia menunjukkan wujudnya interaksi yang kompleks antara manusia dan
persekitarannya. Saintis dan pencinta alam pada dasarnya telah bersetuju bahawa asas
kepada kebanyakan isu dan masalah ini adalah sikap tidak bertanggungjawab manusia
sendiri terhadap alam sekitar (Ramsey, 1993).
Krisis-krisis ekologi yang berterusan dan semakin meruncing dewasa ini mendorong
banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli sains alam sekitar dan pencinta-
pencinta alam mendesak agar dilakukan sesuatu bagi mengubah nilai, konsep dan sikap
terhadap alam sekitar di kalangan warga masyarakat (Naess, 1990). Pendidikan dilihat
sebagai salah satu cara untuk mendorong perubahan sikap ini. Justeru, adalah penting
pendidikan diorientasi semula ke arah pembangunan lestari untuk menjadikan
penghuninya lebih memahami tempat di mana mereka tinggal, memberi keyakinan untuk mereka meneruskan kehidupan, mengetahui peranan yang perlu dimainkan dalam menghadapi masalah yang kompleks dan rencam yang mengancam kehidupan pada masa kini dan akan datang....
(McKeown, 2002: halaman 1).
Pembangunan alam sekitar yang lestari merupakan sebahagian daripada elemen dalam
matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010. Pendidikan
pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar boleh dianggap sebagai satu set
gagasan pengetahuan yang melibatkan perubahan tingkah laku dan amalan konstruktif
dalam satu persekitaran.
Pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan, kurikulum dan pedagogi melalui
Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu usaha yang mencabar. Ia memerlukan
kesepaduan dalam penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan untuk mengubah kehidupan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik dan
sempurna. Justeru, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai isi kandungan mata
pelajaran khusus yang diajar, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
tentang alam sekitar serta konsep-konsep asas yang mendasari sesuatu isu alam sekitar.
Namun, kajian-kajian sebelum ini mendapati tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap
terhadap alam sekitar dalam kalangan guru-guru pelatih maktab, guru-guru sekolah dan
pelajar-pelajar sekolah masih di aras rendah ke sederhana (Quah, 1980; Chin, 1994; dan
Ng, 1996). Chin (1994) mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih maktab
perguruan adalah sederhana sahaja. Guru-guru yang kurang pengetahuan tentang alam
sekitar mungkin tidak berkeyakinan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran lain yang
diajar. Alasan ini sering diberi oleh guru-guru untuk tidak mengintegrasikan konsep-
konsep Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran yang diajar (Patil, 2005). Malah
pembelajaran alam sekitar dari aspek sainsnya adalah agak sukar dipelajari tanpa
penguasaan pengetahuan asas yang baik dalaml semua bidang yang terlibat (Ahmad
Badri, 1987).
Guru-guru pelatih bakal menjadi guru di sekolah suatu hari nanti. Pengetahuan dan sikap
di peringkat maktab sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan program
Pendidikan Alam Sekitar ini di peringkat sekolah. Seperti yang dicadangkan oleh
Hungerford dan Volk (1990), guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang baik tentang alam sekitar boleh menjayakan program
Pendidikan Alam Sekitar. Sebagai bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akan
datang pengetahuan dan sikap yang baik terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar
ini adalah kritikal. Shulman (1986) turut menyokong pernyataan ini dengan
mencadangkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru dalam sesuatu bidang
merupakan kriteria yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran mata
pelajaran tersebut.
Guru-guru pelatih ini akan menjadi contoh serta bertanggungjawab menerapkan
pengetahuan dan sikap yang positif kepada pelajar-pelajar mereka nanti. Generasi muda
yang masih di bangku sekolah ini pula adalah pelapis kepada pemimpin serta penggubal
dasar dan polisi negara. Mereka juga adalah bakal , saintis, pengguna, pengundi, dan
pembayar cukai. Di tangan merekalah nanti masa hadapan alam sekitar dunia ini akan
dicorakkan. Jadi, amatlah penting ditinjau sama ada guru-guru pelatih ini, yang bakal
menjadi guru suatu hari nanti mempunyai pengetahuan dan sikap yang sesuai dengan
keperluan dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia. Ini akan membantu
perancangan dan langkah selanjutnya untuk memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar
di negara ini selaras dengan kehendak konsep “pendidikan untuk pembangunan yang
lestari” yang dicadangkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sidang Kemuncak Dunia
untuk Pembangunan Lestari 2002.
TujuanKajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan guru-guru pelatih tentang isu-isu alam
sekitar semasa seperti perubahan iklim dan pencemaran. Walaupun perkara-perkara ini
tidak diajar secara langsung dalam kuliah namun isu-isu ini sering dibicarakan dalam
media cetak dan elektronik. Justeru, pengetahuan tentang isu alam sekitar, khasnya
tentang pemanasan global dan perubahan iklim ini bukan suatu perkara yang sukar
diperolehi bagi seseorang yang prihatin tentang kejadian di sekelilingnya.
Metodologi
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjuan untuk mengetahui pengetahuan dan kepekaan
guru-guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar. Kajian melibatkan seramai 183 orang
guru pelatih berkhususan dalam subjek kimia sebagai major atau minor (Jadual1) dan
berdaftar dalam kursus Chemistry Teaching Methods. Data dikumpul melalui soal selidik
yang mengandungi item-item berkaitan perubahan iklim, pemanasan global dan juga
pencemaran. Soal selidik ditadbirkan pada awal semester semasa kuliah. Data yang
dikumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 dengan mengira kekerapan respons
bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik.
Jadual 1Ciri-ciri responden
14
73
5145
26
157
0
20
40
60
80
100
120
140
160
Fizik Kimia Biologi Matematik Lelaki Perempuan
Ciri-ciri responden
Rajah 1: Ciri-ciri responden
Dapatan dan perbincangan
Rajah 1 menunjukkan taburan respons bagi soalan berkaitan isu-isu atau masalah alam
sekitar. Data menunjukkan kumpulan guru pelatih ini berpendapat keadaan alam sekitar
berada keadaan amat tidak baik (56%). Pemanasan global dianggap sebagai masalah
utama yang dihadapi sekarang diikuti dengan masalah pencemaran air dan penipisan
lapisan ozon.
Masalah alam sekitar
152
33
22
25
27
11
5
3
0 20 40 60 80 100 120 140 160
Pemanasan global
Pencemaran air
Pencemaran udara
Sampah dan bahan buangan
Kehilangan lapisan ozon
Kepupusan spesis
Hujan asid
Masalah lain
Kekerapan
Rajah 1: Masalah alam sekitar
Pada keseluruhannya kumpulan guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini mempunyai
pengetahuan yang baik tentang pemanasan global. Mereka berpendapat suhu muka bumi
sedang meningkat dan peningkatan suhu ini membawa ke arah pemanasan global yang
sudah terbukti berlaku dan bukan lagi suatu cerita rekaan para saintis (Rajah 2). Masalah
pemanasan global dianggap akan menjadi semakin serious di masa akan datang.
Pemanasan global
168
163
147
52
122
0 20 40 60 80 100 120 140 160 180
Terbukti
Berlaku
Setuju
Baik
Agak baik
Pem
anasan
glo
balPenin
gkata
n
suhuP
em
anasan
muka b
um
iKefa
ham
an
Kekerapan
Rajah 2: Pemanasan global
Rajah 3 menunjukkan taburan respons bagi item-item berkaitan perubahan iklim. Rata-
rata guru pelatih berpendapat perubahan iklim sudah berlaku dan merupakan ancaman
besar bagi penduduk muka bumi. Masalah ini turut memberi impak yang besar terhadap
kehidupan manusia. Mereka berpendapat perubahan iklim ini adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia sendiri yang menghasilkan bahan-bahan yang mencemar alam sekitar
termasuk membebaskan gas rumah hijau. Pembebasan gas rumah hijua ini turut
meningkatkan suhu permukaan bumi.
Perubahan iklim
174
2 6 2
153
17 11
175
6 0 222
152
9
178159 165 165
82 85
0
2040
60
80100
120
140
160180
200
Sudah
berlaku
Masa
terd
ekat
Jangka
hayat
saya
Tid
ak a
kan
berlaku
Setu
ju
Tid
ak s
etu
ju
Tid
ak p
asti
Besar
Kecil
Bukan
ancam
an
Tid
ak p
asti
Mem
enuhi
tuntu
tan
Tid
ak
mencukupi
Tid
ak p
asti
Kura
ngkan
penggunaan
Kura
ngkan
penggunaan
Bangunan
Gas r
um
ah
hijau
Naik
kan t
arif
ele
trik
Naik
kan
cukai
Perubahan iklim Punca_aktivitimanusia
Ancaman Tindakankerajaan
Langkah-langkah
Rajah 3: Perubahan iklim
Mereka berpendapat bahawa pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang secukupnya
bagi membendung atau mengatasi masalah perubahan iklim ini. Begitu juga dengan
pihak media yang dianggap tidak memberi liputan yang sewajarnya terhadap masalah
pemanasan global dan perubahan iklim (43%). Kajian-kajian komunikasi menunjukkan
bahawa kualiti dan gaya pelaporan berita mempengaruhi secara signifikan kefahaman dan
persepsi pembaca tentang pemanasan global dan perubahan iklim (Corbett and Durfee,
2004).
Pandangan tentang kitar semula
6
1
28
101
6
9
30
21
125
71
108
19
174
177
155
36
175
145
159
161
17
47
33
143
41
64
42
0 50 100 150 200
Melindungi alam sekitar
Sepatutnya dilakukan
Contoh yang baik
Menyelesaikan masalah negara
Tak tahu bahan sesuai untuk kitar semula
Memerlukan banyak usaha
Kekerapan
Berkecuali
Setuju
Tak setuju
Rajah 4: Pandangan tentang kitar semula
Antara langkah yang disarankan diambil oleh pihak kerajaan ialah:
Menghasilkan kenderaan yang kurang mengguna gasolin
Membina peralatan yang jimat tenaga, tidak banyak mengguna banyak tenaga
elektrik
Membina bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat baru yang tidak memerlukan
banyak tenaga untuk menyejukkannya
Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
Menaikkan tarif elektik bagi mengurangkan penggunaan tenaga berkenaan
Menaikkan cukai gasolin bagi mengurangkan penggunaan kenderaan.
Pun begitu, pelestarian alam sekitar tidak dapat dicapai melalui instrumen perundangan
dan kaedah saintifik semata-mata. Ia memerlukan dokongan falsafah, budaya, dan agama
untuk memastikan masyarakat lebih sedar, prihatin dan bertanggungjawab melestarikan
alam sekitar kita (Zaini Ujang, 2006).
Keperihatinan tentang masalah yang melanda alam sekitar telah membuatkan hampir
61% daripada mereka untuk mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan
penggunaan dan pembaziran tenaga manakala 32% lagi bercadang untuk berbuat
demikian. Antara langkah yang diambil ialah mengitar semula bahan-bahan yang diguna
seperti bahan plastik, keras dan kaca (61%). Kumpulan guru pelatih ini berpendapat
langkah mengitar semula bahan buangan suatu aktiviti yang patut dilaksanakan kerana:
Membantu melindungi alam sekitar
Mengurangkan tempat pelupusan sampah
Memberi contoh kepada orang lain
Membantu dalam mengatasi masalah alam sekitar negara
Mengurangkan sampah dan sumber dapatan sampingan
Menjadi satu program komuniti dengan menggembelingkan semua tenaga ahli
Tidak memerlukan banyak usaha,dan
Sesuai dengan gaya hidup dan rutin harian.
Namun, bagi menjayakan program ini perlu diperbanyakkan pusat kitar semula atau
bekas kitar semula bagi memudahkan pengguna.
Pendidikan merupakan unsur penting untuk membuka minda masyarakat supaya lebih
celik alam sekitar. Bagi melahirkan masyarakat yang lebih mencintai alam sekitar
pendidikan yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka. Pendidikan yang
dimaksudkan bukan sahaja harus melibatkan pendedahan maklumat dan konsep-konsep
alam sekitar sahaja tetapi perlu juga mengambil kira unsur-unsur afektif seperti nilai dan
sikap. Pendidikan akademik yang tinggi tidak menjamin terhasilnya warga masyarakat
yang cinta alam sekitar tanpa dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai. Ini kerana
masalah-masalah alam sekitar selain dari bersifat saintifik, sebenarnya adalah juga
masalah sosial yang memerlukan komponen nilai dan sikap ini untuk mengatasinya.
Satu faktor yang mengkin menjadi penghalang dalam pendidikan tentang pemanasan
global dan perubahan iklim ialah keyakinan guru dalam bidang ini. Perubahan iklim
adalah suatu topik yang agak mencabar untuk diajar dan belajar. Dengan terdapatnya
kemajuan yang pesat dalam bidang sains perubahan iklim, maka adalah penting bagi
pendidik untuk mendapat bahan-bahan mengajar terkini dan relevan untuk
menyampaikan konsep-konsep asas dengan cara yang boleh merangsang minat murid.
Walaupun agak mencabar untuk mengajar, kekompleksian topik perubahan iklim
memberi ruang untuk perkembangan pemikiran aras tinggi dalam menganalisis isu-isu
daripada sudut inter dan multi-disiplin.
Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktiviti-
aktiviti yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang
untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu
yang benar-benar wujud di alam sekitar kita. Ini selaras dengan saranan UNESCO iaitu
Pendidikan Alam Sekitar seharusnya berbentuk “tentang alam sekitar, di dalam alam
sekitar dan daripada alam sekitar”.
UNESCO: Agenda 21 Bab 36 menjelaskan tentang peranan pendidik dalam usaha
meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitran dan
pembangunan. Untuk tujuan itu adalah perlu bakal-bakal guru mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang
sewajarnya. Bagi melahirkan guru-guru yang sebegini, pendidikan guru harus berupaya
membekalkan guru dengan pengetahuan konsep dan maklumat tentang alam sekitar yang
cukup agar boleh dijadikan dasar untuk mengembalikan semula keseimbangan alam
sekitar yang telah kita ganggu. Lebih penting lagi, pendidikan guru perlu dirancang agar
dapat menghasilkan guru yang mampu membentuk minda generasi akan datang. Mereka
ini adalah aset penting untuk pembangunan lestari.
Kesimpulan
Pengetahuan isu-isu alam sekitar selalunya tidak diperolehi dari satu kurikulum yang
formal. Sebaliknya orang ramai biasanya memperolehi pengetahuan ini melalu media-
media massa seperti surat khabar, radio, televisyen, majalah dan lain-lain (NEETF,1999).
Pun begitu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini
bukan sahaja peka akan masalah berkaitan alam sekitar terutama tentang pemanasan
global dan perubahan iklim malah turut berasa bimbang akan impak perubahan yang
berlaku dalam alam sekitar terhadap kehidupan mereka dan generasi akan datang. Bakal-
bakal guru ini boleh menjadi satu usaha permulaan ke arah menghasilkan warga
masyarakat yang boleh menyumbang kepada pelestarian alam sekitar. Hal ini adalah
penting kerana menurut Nordhaus dan Shellenberger, pengarang buku The Death of
Environmentalism (2004) pergerakan hijau (green movement) masih gagal mencapai
kemajuan sebenar dalam isu alam sekitar yang paling penting pada masa kini: perubahan
iklim.
Rujukan
Ahmad Badri Mohamad (1987). Dilema alam sekitar. Dalam Ahmad Badri Mohamad (Ed.). Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Chin, P.C. (1994). Pengetahuan dan sikap guru-guru pelatih terhadap isu-isu alam sekitar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Tesis sarjana pendidikan. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Corbett, J.B. & J.L. Durfee (2004). Testing public (un)certainty of science: media representations of global warming, Science Communication, 26, pp. 129–151
Hungerford, H. & Volk, T.L. (1990). Changing learner behavior through environmental education. Journal of Environmental Education, 21:8-21. McKeown, R. (2002). The education for sustainable development toolkit. http://www.esdtookot/org. (Dicapai pada 15/9/08).
Naess, A. (1990). Deep Ecology and Conservation Biology. dari Laman web: http://www.Iclark.edu/jay _/Value . Dicapai 16 November, 2005,
Ng Tiak Sui. (1996). Satu kajian tentang pengetahuan dan kesedaran pelajar-pelajar dan guru-guru Geografi tentang isu-isu alam sekitar dan persepsi tentang Pendidikan Alam Sekitar. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nordhaus, E. & Shellenberger, M. (2004). The death of environmentalism. http://www.thebreakthrough.org/images/Death_of_Environmentalism.pdfDicapai pada 10/10/08.
Patil, A. (2005). Environmental education as a mandatory component in the teacher education curriculum. http://www.gseis.ucla.edu/heri/archives/022.htm (Dicapai pada 10/08/08). Quah Soon Cheng. (1988). A survey of the perceptions and knowledge of teacher trainees towards the environmental issues and environmental education. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia , Penang.
Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15, 4 – 14.
Zaini Ujang. (2006, 29 Mac). Pakar alam sekitar tempatan belum ditauliah. BeritaHarian. p. 12.