Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

12
Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar Mohd Zaaba Haji Ismail ([email protected] ) Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani, Kedah Tel: 04-4218621/2 Faks: 04-4218582 Zurida Haji Ismail ([email protected]) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestari Pengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi Abstrak Pembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadi sebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010). Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagi mencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab 36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusia dalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani guru melalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru pra-perkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut Royal Chemical Society

Transcript of Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Page 1: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam SekitarMohd Zaaba Haji Ismail ([email protected])

Institut Perguruan Sultan Abdul HalimJalan Kuala Ketil

08000 Sungai Petani, KedahTel: 04-4218621/2 Faks: 04-4218582

Zurida Haji Ismail ([email protected])Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia11800 Pulau Pinang

Kata kunci: isu-isu alam sekitar, guru pelatih, pendidikan lestari

Pengurusan pengajaran: Kurikulum dan pedagogi

AbstrakPembangunan lestari kini merupakan tema yang sangat diutamakan dan menjadi sebahagian daripada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP 2001-2010). Pendidikan dilihat sebagai suatu elemen penting dalam membantu negara bagi mencapai hasrat dalam pembangunan lestari. UNESCO: Agenda 21 (1992), Bab 36 turut menjelaskan peranan pendidik dan pendidikan dalam membantu perkembangan pembangunan lestari dan usaha meningkatkan keupayaan manusia dalam menangani isu-isu persekitaran dan pembangunan. Pemanasan global dan perubahan iklim adalah antara isu alam sekitar yang seharusnya ditangani guru melalui pendidikan. Kertas kerja ini akan membentangkan dapatan daripada suatu tinjauan yang bertujuan untuk meninjau pengetahuan tentang isu-isu alam sekitar termasuk pemanasan global dan perubahan iklim. Tinjauan melibatkan bakal-bakal guru sains/kimia yang sedang mengikuti kursus pendidikan guru pra-perkhidmatan. Dua isu ini memang hangat diperkatakan namun menurut Royal Chemical Society tidak diberi penekanan yang sewajarnya dalam kurikulum maupun buku teks. Keperihatinan guru dan bakal guru adalah penting bagi memastikan PIPP yang dirancang terlaksana dengan jayanya.

Pengenalan

Sejak akhir-akhir ini masalah-masalah alam sekitar telah menjadi semakin rumit dan

kompleks. Masalah-masalah seperti penipisan lapisan ozon, pemusnahan hutan,

kepupusan biodiversiti, peluasan kawasan gurun, pemanasan global dan perubahan iklim

dunia menunjukkan wujudnya interaksi yang kompleks antara manusia dan

persekitarannya. Saintis dan pencinta alam pada dasarnya telah bersetuju bahawa asas

Page 2: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

kepada kebanyakan isu dan masalah ini adalah sikap tidak bertanggungjawab manusia

sendiri terhadap alam sekitar (Ramsey, 1993).

Krisis-krisis ekologi yang berterusan dan semakin meruncing dewasa ini mendorong

banyak pihak terutamanya dalam kalangan ahli-ahli sains alam sekitar dan pencinta-

pencinta alam mendesak agar dilakukan sesuatu bagi mengubah nilai, konsep dan sikap

terhadap alam sekitar di kalangan warga masyarakat (Naess, 1990). Pendidikan dilihat

sebagai salah satu cara untuk mendorong perubahan sikap ini. Justeru, adalah penting

pendidikan diorientasi semula ke arah pembangunan lestari untuk menjadikan

penghuninya lebih memahami tempat di mana mereka tinggal, memberi keyakinan untuk mereka meneruskan kehidupan, mengetahui peranan yang perlu dimainkan dalam menghadapi masalah yang kompleks dan rencam yang mengancam kehidupan pada masa kini dan akan datang....

(McKeown, 2002: halaman 1).

Pembangunan alam sekitar yang lestari merupakan sebahagian daripada elemen dalam

matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2001-2010. Pendidikan

pembangunan lestari dan pendidikan alam sekitar boleh dianggap sebagai satu set

gagasan pengetahuan yang melibatkan perubahan tingkah laku dan amalan konstruktif

dalam satu persekitaran.

Pelaksanaan pendidikan lestari di institusi pendidikan, kurikulum dan pedagogi melalui

Pendidikan Alam Sekitar merupakan suatu usaha yang mencabar. Ia memerlukan

kesepaduan dalam penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

bertujuan untuk mengubah kehidupan manusia ke arah kehidupan yang lebih baik dan

sempurna. Justeru, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai isi kandungan mata

pelajaran khusus yang diajar, tetapi juga perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran

tentang alam sekitar serta konsep-konsep asas yang mendasari sesuatu isu alam sekitar.

Namun, kajian-kajian sebelum ini mendapati tahap pengetahuan, kesedaran dan sikap

terhadap alam sekitar dalam kalangan guru-guru pelatih maktab, guru-guru sekolah dan

pelajar-pelajar sekolah masih di aras rendah ke sederhana (Quah, 1980; Chin, 1994; dan

Ng, 1996). Chin (1994) mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih maktab

perguruan adalah sederhana sahaja. Guru-guru yang kurang pengetahuan tentang alam

sekitar mungkin tidak berkeyakinan mengintegrasikannya dalam mata pelajaran lain yang

Page 3: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

diajar. Alasan ini sering diberi oleh guru-guru untuk tidak mengintegrasikan konsep-

konsep Pendidikan Alam Sekitar dalam mata pelajaran yang diajar (Patil, 2005). Malah

pembelajaran alam sekitar dari aspek sainsnya adalah agak sukar dipelajari tanpa

penguasaan pengetahuan asas yang baik dalaml semua bidang yang terlibat (Ahmad

Badri, 1987).

Guru-guru pelatih bakal menjadi guru di sekolah suatu hari nanti. Pengetahuan dan sikap

di peringkat maktab sedikit sebanyak boleh dijadikan kayu pengukur kejayaan program

Pendidikan Alam Sekitar ini di peringkat sekolah. Seperti yang dicadangkan oleh

Hungerford dan Volk (1990), guru-guru pelatih yang mempunyai pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang baik tentang alam sekitar boleh menjayakan program

Pendidikan Alam Sekitar. Sebagai bakal-bakal guru yang akan mendidik generasi akan

datang pengetahuan dan sikap yang baik terhadap alam sekitar di kalangan pelajar-pelajar

ini adalah kritikal. Shulman (1986) turut menyokong pernyataan ini dengan

mencadangkan bahawa pengetahuan isi kandungan guru dalam sesuatu bidang

merupakan kriteria yang amat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran mata

pelajaran tersebut.

Guru-guru pelatih ini akan menjadi contoh serta bertanggungjawab menerapkan

pengetahuan dan sikap yang positif kepada pelajar-pelajar mereka nanti. Generasi muda

yang masih di bangku sekolah ini pula adalah pelapis kepada pemimpin serta penggubal

dasar dan polisi negara. Mereka juga adalah bakal , saintis, pengguna, pengundi, dan

pembayar cukai. Di tangan merekalah nanti masa hadapan alam sekitar dunia ini akan

dicorakkan. Jadi, amatlah penting ditinjau sama ada guru-guru pelatih ini, yang bakal

menjadi guru suatu hari nanti mempunyai pengetahuan dan sikap yang sesuai dengan

keperluan dan objektif Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia. Ini akan membantu

perancangan dan langkah selanjutnya untuk memantapkan lagi Pendidikan Alam Sekitar

di negara ini selaras dengan kehendak konsep “pendidikan untuk pembangunan yang

lestari” yang dicadangkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu dalam Sidang Kemuncak Dunia

untuk Pembangunan Lestari 2002.

Page 4: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

TujuanKajian ini bertujuan untuk meninjau pengetahuan guru-guru pelatih tentang isu-isu alam

sekitar semasa seperti perubahan iklim dan pencemaran. Walaupun perkara-perkara ini

tidak diajar secara langsung dalam kuliah namun isu-isu ini sering dibicarakan dalam

media cetak dan elektronik. Justeru, pengetahuan tentang isu alam sekitar, khasnya

tentang pemanasan global dan perubahan iklim ini bukan suatu perkara yang sukar

diperolehi bagi seseorang yang prihatin tentang kejadian di sekelilingnya.

Metodologi

Kajian ini merupakan suatu kajian tinjuan untuk mengetahui pengetahuan dan kepekaan

guru-guru pelatih tentang isu-isu alam sekitar. Kajian melibatkan seramai 183 orang

guru pelatih berkhususan dalam subjek kimia sebagai major atau minor (Jadual1) dan

berdaftar dalam kursus Chemistry Teaching Methods. Data dikumpul melalui soal selidik

yang mengandungi item-item berkaitan perubahan iklim, pemanasan global dan juga

pencemaran. Soal selidik ditadbirkan pada awal semester semasa kuliah. Data yang

dikumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 dengan mengira kekerapan respons

bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik.

Jadual 1Ciri-ciri responden

14

73

5145

26

157

0

20

40

60

80

100

120

140

160

Fizik Kimia Biologi Matematik Lelaki Perempuan

Ciri-ciri responden

Rajah 1: Ciri-ciri responden

Page 5: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Dapatan dan perbincangan

Rajah 1 menunjukkan taburan respons bagi soalan berkaitan isu-isu atau masalah alam

sekitar. Data menunjukkan kumpulan guru pelatih ini berpendapat keadaan alam sekitar

berada keadaan amat tidak baik (56%). Pemanasan global dianggap sebagai masalah

utama yang dihadapi sekarang diikuti dengan masalah pencemaran air dan penipisan

lapisan ozon.

Masalah alam sekitar

152

33

22

25

27

11

5

3

0 20 40 60 80 100 120 140 160

Pemanasan global

Pencemaran air

Pencemaran udara

Sampah dan bahan buangan

Kehilangan lapisan ozon

Kepupusan spesis

Hujan asid

Masalah lain

Kekerapan

Rajah 1: Masalah alam sekitar

Pada keseluruhannya kumpulan guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini mempunyai

pengetahuan yang baik tentang pemanasan global. Mereka berpendapat suhu muka bumi

sedang meningkat dan peningkatan suhu ini membawa ke arah pemanasan global yang

sudah terbukti berlaku dan bukan lagi suatu cerita rekaan para saintis (Rajah 2). Masalah

pemanasan global dianggap akan menjadi semakin serious di masa akan datang.

Page 6: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Pemanasan global

168

163

147

52

122

0 20 40 60 80 100 120 140 160 180

Terbukti

Berlaku

Setuju

Baik

Agak baik

Pem

anasan

glo

balPenin

gkata

n

suhuP

em

anasan

muka b

um

iKefa

ham

an

Kekerapan

Rajah 2: Pemanasan global

Rajah 3 menunjukkan taburan respons bagi item-item berkaitan perubahan iklim. Rata-

rata guru pelatih berpendapat perubahan iklim sudah berlaku dan merupakan ancaman

besar bagi penduduk muka bumi. Masalah ini turut memberi impak yang besar terhadap

kehidupan manusia. Mereka berpendapat perubahan iklim ini adalah disebabkan oleh

aktiviti manusia sendiri yang menghasilkan bahan-bahan yang mencemar alam sekitar

termasuk membebaskan gas rumah hijau. Pembebasan gas rumah hijua ini turut

meningkatkan suhu permukaan bumi.

Perubahan iklim

174

2 6 2

153

17 11

175

6 0 222

152

9

178159 165 165

82 85

0

2040

60

80100

120

140

160180

200

Sudah

berlaku

Masa

terd

ekat

Jangka

hayat

saya

Tid

ak a

kan

berlaku

Setu

ju

Tid

ak s

etu

ju

Tid

ak p

asti

Besar

Kecil

Bukan

ancam

an

Tid

ak p

asti

Mem

enuhi

tuntu

tan

Tid

ak

mencukupi

Tid

ak p

asti

Kura

ngkan

penggunaan

Kura

ngkan

penggunaan

Bangunan

Gas r

um

ah

hijau

Naik

kan t

arif

ele

trik

Naik

kan

cukai

Perubahan iklim Punca_aktivitimanusia

Ancaman Tindakankerajaan

Langkah-langkah

Rajah 3: Perubahan iklim

Page 7: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Mereka berpendapat bahawa pihak kerajaan tidak mengambil langkah yang secukupnya

bagi membendung atau mengatasi masalah perubahan iklim ini. Begitu juga dengan

pihak media yang dianggap tidak memberi liputan yang sewajarnya terhadap masalah

pemanasan global dan perubahan iklim (43%). Kajian-kajian komunikasi menunjukkan

bahawa kualiti dan gaya pelaporan berita mempengaruhi secara signifikan kefahaman dan

persepsi pembaca tentang pemanasan global dan perubahan iklim (Corbett and Durfee,

2004).

Pandangan tentang kitar semula

6

1

28

101

6

9

30

21

125

71

108

19

174

177

155

36

175

145

159

161

17

47

33

143

41

64

42

0 50 100 150 200

Melindungi alam sekitar

Sepatutnya dilakukan

Contoh yang baik

Menyelesaikan masalah negara

Tak tahu bahan sesuai untuk kitar semula

Memerlukan banyak usaha

Kekerapan

Berkecuali

Setuju

Tak setuju

Rajah 4: Pandangan tentang kitar semula

Antara langkah yang disarankan diambil oleh pihak kerajaan ialah:

Menghasilkan kenderaan yang kurang mengguna gasolin

Membina peralatan yang jimat tenaga, tidak banyak mengguna banyak tenaga

elektrik

Page 8: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Membina bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat baru yang tidak memerlukan

banyak tenaga untuk menyejukkannya

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

Menaikkan tarif elektik bagi mengurangkan penggunaan tenaga berkenaan

Menaikkan cukai gasolin bagi mengurangkan penggunaan kenderaan.

Pun begitu, pelestarian alam sekitar tidak dapat dicapai melalui instrumen perundangan

dan kaedah saintifik semata-mata. Ia memerlukan dokongan falsafah, budaya, dan agama

untuk memastikan masyarakat lebih sedar, prihatin dan bertanggungjawab melestarikan

alam sekitar kita (Zaini Ujang, 2006).

Keperihatinan tentang masalah yang melanda alam sekitar telah membuatkan hampir

61% daripada mereka untuk mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan

penggunaan dan pembaziran tenaga manakala 32% lagi bercadang untuk berbuat

demikian. Antara langkah yang diambil ialah mengitar semula bahan-bahan yang diguna

seperti bahan plastik, keras dan kaca (61%). Kumpulan guru pelatih ini berpendapat

langkah mengitar semula bahan buangan suatu aktiviti yang patut dilaksanakan kerana:

Membantu melindungi alam sekitar

Mengurangkan tempat pelupusan sampah

Memberi contoh kepada orang lain

Membantu dalam mengatasi masalah alam sekitar negara

Mengurangkan sampah dan sumber dapatan sampingan

Menjadi satu program komuniti dengan menggembelingkan semua tenaga ahli

Tidak memerlukan banyak usaha,dan

Sesuai dengan gaya hidup dan rutin harian.

Namun, bagi menjayakan program ini perlu diperbanyakkan pusat kitar semula atau

bekas kitar semula bagi memudahkan pengguna.

Pendidikan merupakan unsur penting untuk membuka minda masyarakat supaya lebih

celik alam sekitar. Bagi melahirkan masyarakat yang lebih mencintai alam sekitar

pendidikan yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka. Pendidikan yang

Page 9: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

dimaksudkan bukan sahaja harus melibatkan pendedahan maklumat dan konsep-konsep

alam sekitar sahaja tetapi perlu juga mengambil kira unsur-unsur afektif seperti nilai dan

sikap. Pendidikan akademik yang tinggi tidak menjamin terhasilnya warga masyarakat

yang cinta alam sekitar tanpa dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai. Ini kerana

masalah-masalah alam sekitar selain dari bersifat saintifik, sebenarnya adalah juga

masalah sosial yang memerlukan komponen nilai dan sikap ini untuk mengatasinya.

Satu faktor yang mengkin menjadi penghalang dalam pendidikan tentang pemanasan

global dan perubahan iklim ialah keyakinan guru dalam bidang ini. Perubahan iklim

adalah suatu topik yang agak mencabar untuk diajar dan belajar. Dengan terdapatnya

kemajuan yang pesat dalam bidang sains perubahan iklim, maka adalah penting bagi

pendidik untuk mendapat bahan-bahan mengajar terkini dan relevan untuk

menyampaikan konsep-konsep asas dengan cara yang boleh merangsang minat murid.

Walaupun agak mencabar untuk mengajar, kekompleksian topik perubahan iklim

memberi ruang untuk perkembangan pemikiran aras tinggi dalam menganalisis isu-isu

daripada sudut inter dan multi-disiplin.

Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktiviti-

aktiviti yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang

untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu

yang benar-benar wujud di alam sekitar kita. Ini selaras dengan saranan UNESCO iaitu

Pendidikan Alam Sekitar seharusnya berbentuk “tentang alam sekitar, di dalam alam

sekitar dan daripada alam sekitar”.

UNESCO: Agenda 21 Bab 36 menjelaskan tentang peranan pendidik dalam usaha

meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitran dan

pembangunan. Untuk tujuan itu adalah perlu bakal-bakal guru mempunyai pengetahuan

yang cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang

sewajarnya. Bagi melahirkan guru-guru yang sebegini, pendidikan guru harus berupaya

membekalkan guru dengan pengetahuan konsep dan maklumat tentang alam sekitar yang

cukup agar boleh dijadikan dasar untuk mengembalikan semula keseimbangan alam

Page 10: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

sekitar yang telah kita ganggu. Lebih penting lagi, pendidikan guru perlu dirancang agar

dapat menghasilkan guru yang mampu membentuk minda generasi akan datang. Mereka

ini adalah aset penting untuk pembangunan lestari.

Kesimpulan

Pengetahuan isu-isu alam sekitar selalunya tidak diperolehi dari satu kurikulum yang

formal. Sebaliknya orang ramai biasanya memperolehi pengetahuan ini melalu media-

media massa seperti surat khabar, radio, televisyen, majalah dan lain-lain (NEETF,1999).

Pun begitu, dapatan kajian menunjukkan guru-guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini

bukan sahaja peka akan masalah berkaitan alam sekitar terutama tentang pemanasan

global dan perubahan iklim malah turut berasa bimbang akan impak perubahan yang

berlaku dalam alam sekitar terhadap kehidupan mereka dan generasi akan datang. Bakal-

bakal guru ini boleh menjadi satu usaha permulaan ke arah menghasilkan warga

masyarakat yang boleh menyumbang kepada pelestarian alam sekitar. Hal ini adalah

penting kerana menurut Nordhaus dan Shellenberger, pengarang buku The Death of

Environmentalism (2004) pergerakan hijau (green movement) masih gagal mencapai

kemajuan sebenar dalam isu alam sekitar yang paling penting pada masa kini: perubahan

iklim.

Rujukan

Ahmad Badri Mohamad (1987). Dilema alam sekitar. Dalam Ahmad Badri Mohamad (Ed.). Perspektif persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chin, P.C. (1994). Pengetahuan dan sikap guru-guru pelatih terhadap isu-isu alam sekitar dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Tesis sarjana pendidikan. Tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Corbett, J.B. & J.L. Durfee (2004). Testing public (un)certainty of science: media representations of global warming, Science Communication, 26, pp. 129–151

Hungerford, H. & Volk, T.L. (1990). Changing learner behavior through environmental education. Journal of Environmental Education, 21:8-21. McKeown, R. (2002). The education for sustainable development toolkit. http://www.esdtookot/org. (Dicapai pada 15/9/08).

Page 11: Keperihatinan Guru-Guru Pelatih Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar

Naess, A. (1990). Deep Ecology and Conservation Biology. dari Laman web: http://www.Iclark.edu/jay _/Value . Dicapai 16 November, 2005,

Ng Tiak Sui. (1996). Satu kajian tentang pengetahuan dan kesedaran pelajar-pelajar dan guru-guru Geografi tentang isu-isu alam sekitar dan persepsi tentang Pendidikan Alam Sekitar. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Nordhaus, E. & Shellenberger, M. (2004). The death of environmentalism. http://www.thebreakthrough.org/images/Death_of_Environmentalism.pdfDicapai pada 10/10/08.

Patil, A. (2005). Environmental education as a mandatory component in the teacher education curriculum. http://www.gseis.ucla.edu/heri/archives/022.htm (Dicapai pada 10/08/08). Quah Soon Cheng. (1988). A survey of the perceptions and knowledge of teacher trainees towards the environmental issues and environmental education. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia , Penang.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15, 4 – 14.

Zaini Ujang. (2006, 29 Mac). Pakar alam sekitar tempatan belum ditauliah. BeritaHarian. p. 12.