KERATAN AKHBAR
11 hingga 18 Ogos 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. New Straits Times – Cycling 4,700km
to show patriotism. Khamis / 11 Ogos
2016 Online
2. Utusan Malaysia – Hinakah jadi
Pahlawan. Khamis / 11 Ogos
2016 Online
3.
Berita Harian Online – Anggota
tentera darat diingat tidak terjebak
Pokemon GO.
Jumaat / 12 Ogos
2016 Online
4.
Borneo Post – ‗Sacrifice, efforts of
national athletes deserve to be
rewarded‘. Isnin / 15 Ogos 2016 Online
5. Berita Harian – Tiada 31 Julai, maka
tiada 31 Ogos. Isnin / 15 Ogos 2016 Online
6.
Keadilan Daily – Isu lewat bayar
pampas pencen LTAT perlu campur
tangan Menteri.
Selasa / 16 Ogos
2016 Online
7. Harian Metro – PPSEV lahirkan 5,365
usahawan. Selasa / 16 Ogos
2016 Online
8.
Borneo Post – Pemberian pencen
seumur hidup kepada Pandelela,
Cheong wajar: Ong. Rabu / 17 Ogos 2016 Online
9. The Star – Give veteran their dues. Khamis / 18 Ogos
2016 Online
10.
The Sun Daily – NSC Act
Contravenes powers of the king : EX –
RMAF man.
Khamis / 18 Ogos
2016 Online
Cycling 4,700km to show patriotism
KOTA BARU: THREE friends have a unique way of celebrating the country‘s 59th
National Day this year — they will cycle almost 4,700km from Sabah and Sarawak
and around the Peninsula. The group, led by retired army captain Zulkifli Ibrahim, 46,
started cycling in May from Zulkifli‘s hometown in Sematan, Sarawak, to Kudat,
Sabah, covering about 2,300km. ―We then came to the peninsula and plan to cover
2,400km here. ―In the peninsula, we began our journey in early June in Kuala
Lumpur. ―We have since travelled across Perak, Kedah, Penang and we are now in
Kelantan,‖ said Zulkifli. The other cyclers are Askar Dullamit, 56, and Megat Zailani
Mohd Nordin, 38, Zulkifli said from Terengganu, they would make their way to
Pahang and Johor before returning to Kuala Lumpur on Aug 29. They were flagged
off here yesterday by state Information Department director Datuk Mohd Sabri
Abdullah. Askar said they organised the cycling event to show their patriotism and
love for the country. ―It is for fun and we did not get any sponsorship to do this.‖
Kelantan Information Department director Datuk Mohd Sabri Abdullah flagging off retired army captain Zulkifli Ibrahim (right) at Dataran Al-Quran in Kota Baru yesterday. Pic by Zaman Huri Isa
Hinakah jadi pahlawan?
KETIKA kita ketawa terbahak-bahak menyaksikan rancangan lawak dalam
televisyen, nun jauh di Kampung Simunul, Semporna, Sabah, kepala pahlawan
negara dipenggal; semasa mereka sedang nazak, perut mereka dirodok dengan
parang, kepala ditakik-takik hingga terburai otak.
Ketika kita menangis teresak-esak kerana menghayati jalan cerita filem Hindustan,
anak-anak pahlawan negara ini juga menangis tetapi kerana terkenangkan nasib
menimpa insan tersayang yang sudah ‗pergi‘ dan tidak akan kembali.
Ketika kita lepak bersama rakan-rakan di restoran mamak sehingga awal pagi,
pahlawan negara sedang bersengkang mata di sempadan negara meninggalkan
keluarga tersayang, demi menjaga kedaulatan negara.
Itulah pahlawan, perwira negara - insan istimewa kerana sanggup mengorbankan
diri demi negara meskipun sedar tentang bahaya mendatang. Malangnya, ada yang
secara sinis berkata; ―Siapa suruh kerja sebagai anggota keselamatan!‖
Perwira negara ini tidak pernah sekalipun mengungkit-ungkit, jauh sekali minta
diberikan ganjaran. Bagi mereka, satu kepuasan tertinggi jika rakyat menghormati
pengorbanan yang diberikan.
Pada 31 Julai setiap tahun negara menyambut Hari Pahlawan dan turut
dilaksanakan kutipan Tabung Pahlawan bagi menampung kelangsungan hidup para
veteran tentera, pasukan keselamatan lain dan anak-anak mereka sekeluarga.
Difahamkan sehingga tarikh sambutan itu, tabung berkenaan hanya berjaya
mengumpul sumbangan berjumlah RM1.47 juta. Penduduk negara ini berjumlah
kira-kira 23 juta orang, jika seorang menyumbang sekurang-kurangnya RM1,
bermakna secara asasnya kantung tabung itu mempunyai isi sebanyak RM23 juta.
Berdasarkan kepada andaian ini, adakah majoriti syarikat milik kerajaan (GLC) yang
saban tahun mengaut keuntungan berbilion ringgit langsung tidak menyumbang?
Atau mungkin juga mereka sekadar memberi RM1 sahaja bagi tabung ini? Penulis
tidak mempunyai jawapan tepat, hanya GLC terlibat sahaja yang mengetahuinya.
Menurut rekod, terdapat 20 syarikat disenaraikan di bawah program transformasi
GLC, tidak termasuk 812 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Memetik kenyataan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, hanya beberapa
syarikat menjadi penyumbang tetap setiap tahun untuk tabung itu, antaranya
Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebanyak RM1 juta, Pharmaniaga Berhad
(RM50,000), Affin Bank Berhad (150,000), BHP (RM50,000), Khazanah Nasional
Berhad (RM100,000), Weststar Group (RM100,000), Boustead Plantations Bhd.
(RM50,000) dan Syarikat Warisan Sdn. Bhd. yang menyumbang dari segi promosi
dan pengiklanan berjumlah RM120,000.
Bagi kerajaan pula, selepas negara merdeka sejak 59 tahun lalu, dirasakan amat
perlu untuk menyelesaikan segala keluh-kesah kesemua anggota keselamatan.
Selayaknya mereka yang merupakan ‗nyawa‘ kepada negara mendapat layanan
tertinggi. Rasanya ada kes seperti mengalami cacat kekal dalam pertempuran
dengan musuh tetapi tidak mendapat pencen kerana berkhidmat kurang daripada 25
tahun.
Tidak terkecuali juga kebajikan keluarga polis yang terkorban semasa menentang
komunis pada zaman darurat. Sedikit maklumat untuk dimanfaatkan bersama, lebih
separuh daripada jumlah pengganas komunis terbunuh sepanjang darurat iaitu
seramai 5,932 daripada 10,698 orang adalah hasil gerakan-gerakan polis. Pada
masa sama, sebanyak 72.2 peratus atau 1,346 orang daripada 1,865 anggota
pasukan keselamatan yang terkorban merupakan anggota polis.
Persatuan Bekas Polis Malaysia pada 2014 memaklumkan terdapat kira-kira
200,000 bekas anggota polis di negara ini dan apa yang menyedihkan kira-kira
empat peratus daripada mereka berada di bawah paras kemiskinan. Ada juga
menerima pencen bulanan bawah RM250.Cuba bayangkan apa yang dapat
dilakukan dengan jumlah berkenaan untuk hidup dalam keadaan semasa serba-
serbi mahal dan berbayar ini.
Renungkanlah kata-kata seorang tokoh dari negara jiran: ―Bangsa yang besar
adalah bangsa yang menghargai jasa pahlawannya,‖. Kita?
‘Sacrifice, efforts of national athletes deserve to be rewarded’
KUCHING: Sarawak State Sports Council (SSC) chief executive officer Dr Ong Kong
Swee has voiced his support of the approval of a lifetime pension of RM3,000 each
to the nation‘s Olympic divers Pandelela Rinong and Cheong Jun Hoong.
He said it was unfair and not right for a 38-year-old army pensioner from Kedah to
lodge a police report at Gurung Kedah police station last Saturday against the two
Olympians just because he got less pension than Pandaleela and Cheong, who
recently made the nation proud by winning silver medals
in the women‘s synchronized 10m platform dive at Rio Olympics.
―If Malaysia were to focus on improving its sports performance and succeed in
producing gold medallists, what happens to their future after they retire? And we
know that in sports, athletes tend to have to retire early and more so if they sustain
injuries. So there‘s the question of how will they sustain themselves after they have
no steady income,‖ Dr Ong said.
―At the end of the day, it‘s not easy being an athlete – all that blood, sweat and tears.
―Athletes like (national badminton player) Datuk Lee Chong Wei, Pandelela, Ju
Hoong and (national squash player) Datuk Nicol David are real heroes. And their
parents who sacrificed everything, put aside their dreams of raising a future engineer
or doctor to see their children go all the way in the sports they love, are also heroes,‖
he added.
―Hopefully their sacrifices and struggles make Malaysians appreciate the athletes we
have even more.‖
He said it is justified that the federal and state government reciprocate by awarding
pensions and other type of assistance to Olympic athletes, especially Sarawakians.
―People who are in sports will know actually how much contribution sports athletes
have to give. They too sacrificed great amount of time and also feel pain, give out
sweat and tears. They have to go through all these plus they don‘t have normal life,‖
Dr Ong explained.
―Others only see the part where the athletes perform and produce results, but not the
preparation and the contribution of the athletes, coaches and parents, among
others.‖
It was reported by a newsportal that the army pensioner from Kedah had lodged a
police report against the national divers on Sunday, quoting him as saying that ―the
contributions of security force personnel who risk their lives to safeguard the nation
far exceeds that of the athletes who ‗only dived from a plank'‖.
Tiada 31 Julai, maka tiada 31 Ogos
Oleh Datuk Seri Mohd Johari Baharum
TIDAK keterlaluan kalau saya katakan bahawa tiada tarikh 31 Julai, maka tiada
tarikh 31 Ogos. Tarikh 31 Julai, kita raikan Hari Pahlawan. Tarikh 31 Ogos Hari
Merdeka! Di dalam merealisasikan penghormatan kita terhadap pahlawan negara,
banyak perkara yang boleh kita lakukan, sama ada mengadakan majlis mengingati
Hari Pahlawan melalui media massa, mengadakan majlis membaca puisi, majlis
tahlil atau mengadakan peringatan atau kalungan bunga di Tugu Peringatan dan
sebagainya. Namun, yang paling mudah dan terkesan ialah dengan menelaah buku
sejarah atau menonton filem patriotik. Ia boleh mencetuskan kesedaran terhadap
jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara tercinta ini. Di sini saya menggarap
filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin mengenai betapa besarnya
pengorbanan pahlawan kita berjuang mempertahankan bumi bertuah ini daripada
terjajah. Bukit Kepong adalah sebahagian kisah tragedi sedih yang dialami buat
sekian balu kepada seluruh ahli balai yang terbunuh di Balai Polis Bukit Kepong,
yang hanya tinggal suara anak-anak kecil merintih dalam kesayuan dek kehilangan
ayah dan ibu. Imbas sejarah lampau Bukit Kepong mengimbas sejarah lampau yang
berlaku pada tanggal 20 Februari 1950. Peristiwa itu segar dalam ingatan. Ketika
peristiwa berkenaan berlaku, sebilangan besar ibu bapa kita mungkin belum diijab
kabul lagi. Sesungguhnya, kita terhutang budi kepada Jins Shamsuddin kerana
pembikinan filem bermutu dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Selain itu, kita
juga wajar menggarap kembali tokoh sejarah pembinaan sebuah negara bangsa kita
iaitu Leftenan Adnan. Beliau yang mempunyai susuk badan yang tidaklah sado dan
sasa tetapi teramat kental jiwanya, terlalu cekal hatinya serta tersangat murni
pekertinya. Leftenan Adnan Saidi seorang anak muda yang sanggup korbankan
masa remajanya. Walaupun bertubuh kecil, dia sanggup memikul senjata merentasi
belantara memburu musuh durjana. Jiwanya tidak rela bumi bertuah ini diinjak dan
dipijak musuh dan petualang negara. Itulah Leftenan Adnan, pejuang dan pahlawan
yang dilahirkan untuk mempertahankan ibu pertiwi. Kisah dan riwayat hidupnya
berakhir di medan tempur dengan meninggalkan balu dan tiga anak, termasuk
seorang anak kecil yang baru dilahirkan. Hati sesiapapun menjadi sayu apabila
mengingati bagaimana jasadnya diaibkan dan diseksa oleh tentera Jepun, setelah
dia gugur di medan tempur. Jasadnya dimasukkan ke dalam karung guni, dan ramai
tentera Jepun menikam mayat itu bertubi-tubi. Malah, lehernya dikelar dengan
pedang samurai sehingga memancut darahnya, keluar membasahi bumi tanah
tumpahnya. Tanggal 15 Februari 1942, tarikh keramat itu telah menyaksikan
pahlawan negara gugur sebagai wira tanah air tercinta. Namun, di dalam kesedihan
itu, Leftenan Adnan bukan sebarangan. Semangat dan kekentalan jiwa dan
kehebatannya menentang musuh menjadi perangsang yang tiada bandingan,
sehinggakan Jeneral Yamashita yang terkenal sebagai 'Harimau Malaya' berkata,
'jika ada 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun.'
Sesungguhnya, peristiwa pertempuran hebat Bukit Kepong serta kisah ketangkasan
dan semangat waja Leftenan Adnan sebagai sebuah sejarah yang sudah berlalu dan
menjadi suatu paparan yang terpahat suatu ketamadunan bangsa kita. Di sebalik
dua kisah itu, ada banyak lagi peristiwa dan ramai lagi perwira kita yang berhati waja
dan ada yang terkorban di medan perang. Ada juga yang masih hidup - yang kita
tidak mampu untuk memperincikan satu persatu. Persoalannya, kenapa saya hanya
menggarapkan dua kisah ini untuk menjadi teladan? Jawapannya, sesungguhnya
mereka berdua adalah ikon yang mewakili dua organisasi besar pertahanan negara
iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Suka
saya tegaskan bahawa dalam kita begitu kecewa kekalahan dua tokoh itu, ia tetap
menggamit memori kita bahawa mereka amat berjasa kepada negara. Dalam kita
menikmati segala keindahan dan kesenangan hidup hari ini, kita akan terimbas
betapa sukarnya wira negara menyambung hayat di medan tempur. Mereka
bersengkang mata, bermandi peluh dan meminum air sungai atau tasik dengan
bermuzikkan bunyi peluru atau mortar demi anak cucu cicit mereka termasuk kita.
Ada yang tercedera dan cacat anggota serta pelbagai kekurangan. Ada isteri yang
menjadi janda. Ada anak yang menjadi piatu. Ringan beban veteran ATM Maka,
marilah kita sama-sama menyumbang untuk meringankan bebanan veteran ATM
agar isteri dan anak-anak mereka dapat mengecap hidup seperti isteri dan anak
orang lain. Justeru, saya menyeru agar kita sama-sama menyumbang untuk masa
hadapan veteran ATM. Sumbangan anda boleh dibuat melalui Persatuan Veteran
ATM (PVATM) iaitu sekiranya melalui 'PVATM (Tabung Pahlwan)' bermula 31 Julai
hingga 31 Disember ini. Dalam hal ini kita berbangga, seperti yang diungkapkan oleh
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika merasmikan Tabung
Pahlawan tanggal 31 Julai lalu di ibu negara. Rosmah menegaskan bahawa
kerajaan kita begitu prihatin di dalam membela perajurit negara.... seperti ungkapan
Jennifer M Granholm, Ceremonies are important. But our gratitude has to be more
than visits to the troops, and once-a-year Memorial Day ceremonies. We honor the
dead best by treating the living well!
Isu lewat bayar pampasan pencen LTAT perlu campur tangan Menteri
(Oleh Rafizi Ramli)
Sejak saya mula menyuarakan mengenai kelewatan pembayaran pampasan pencen
kepada pesara tentera oleh LTAT seawal Mac 2016, LTAT begitu pantas mengambil
tindakan setiap kali saya mengeluarkan kenyataan. Lazimnya LTAT membalas
kenyataan saya dalam tempoh 24 jam dan diteruskan dengan tindakan undang-
undang. LTAT juga begitu gah mencabar saya menghantar senarai pesara tentera
yang belum mendapat bayaran pampasan walaupun itu sebenarnya tugas mereka.
Walaupun sebenarnya saya kurang selesa dengan sikap bongkak yang dipamerkan
oleh kepimpinan dan pengurusan LTAT (apatah lagi mereka ini adalah bekas-bekas
jeneral yang sepatutnya prihatin dengan kebajikan dan kesusahan pesara tentera),
saya tetap membawa isu ini tanpa mengira karenah LTAT yang mengambil tindakan
saman dan lain-lain.
Saya berkeras menyuarakan perkara ini kerana sehingga kini tidak ada tanda-tanda
bahawa masalah kelewatan pembayaran pampasan pencen oleh LTAT kepada
pesara tentera telah diselesaikan. Saya terus menerima aduan terutamanya melalui
laman media sosial oleh pesara-pesara tentera bahawa mereka masih belum
menerima pampasan walaupun ada yang telah bersara/berhenti lebih 6 bulan. Saya
juga telah menyemak sendiri beberapa laman berkaitan Jabatanarah Urusan Gaji
Angkatan Tentera (UGAT) yang sering dijadikan alasan sebagai punca kelewatan
pembayaran pampasan pencen kepada pesara.
Saya sertakan beberapa petikan aduan kepada saya dan komen-komen di laman
Facebook UGAT (https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Urusan-Gaji-Angkatan-
Tentera-UGAT/278003592283252) seperti berikut:
Saya juga pada mulanya ingin menulis surat kepada Pengarah UGAT untuk
memohon satu temujanji agar saya mendapat penerangan dari UGAT mengenai
punca berlaku kelewatan bayaran pampasan pencen kepada pesara.
Malangnya, saya tidak dapat mencari sebarang maklumat mengenai UGAT yang
membolehkan orang awam atau pesara menghubungi mereka di laman-laman
utama Angkatan Tentera seperti Direktori Kementerian Pertahanan
(http://www.mod.gov.my/ms/hubungi-kami/direktori.html) atau Direktori Markas
Angkatan Tentera (http://www.mafhq.mil.my/index.php/my/mengenai-
kami/direktori?view=employee&id=65)
Setiap kali saya menimbulkan isu kelewatan pembayaran pampasan kepada pesara,
LTAT berkeras bahawa tidak berlaku kelewatan kerana LTAT telah membayar
mengikut masa piawai setelah LTAT menerima dokumen dari UGAT. Apabila pesara
menghubungi UGAT untuk mendapat jawapan, mereka menghadapi kesukaran
untuk berhubung kerana telefon tidak diangkat. Jika pun mereka hadir sendiri ke
Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pegawai UGAT, kosnya terlalu mahal dan
menambahkan beban mereka sedangkan pampasan pencen itu adalah wang
mereka yang mereka carum selama ini.
Akhirnya pesara tentera tidak ubah diperlakukan seperti bola apabila disepak dari
LTAT ke UGAT balik ke LTAT dan berpusing ke UGAT. Bayaran pampasan pencen
mereka masih terlewat dan kalau dibayar pun ia berlaku berbulan-bulan selepas
mereka tamat perkhidmatan.
Ini satu penganiayaan kepada pesara tentera dan sepatutnya sebarang masalah
komunikasi dan pentadbiran di antara UGAT dan LTAT diselesaikan dengan secepat
mungkin agar pesara tentera mendapat pampasan pencen dalam tempoh yang
segera selepas mereka tamat perkhidmatan. Lebih teruk lagi, sepanjang
penganiayaan ini berlaku saya tidak dengar Menteri Pertahanan, Dato‘ Seri
Hishamuddin Tun Hussein campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini. Beliau
cepat ambil kesempatan menggunakan isu LTAT untuk mengkritik saya tetapi tidak
dapat menyelesaikan masalah pentadbiran dalaman LTAT dan Angkatan Tentera
sehingga kelewatan bayaran pampasan berterusan.
Oleh yang demikian, saya membuat permohonan terbuka untuk berjumpa dengan
Pengarah UGAT agar saya dapat mendengar sendiri masalah yang dihadapi UGAT
sehingga menyebabkan kelewatan ini (seperti yang dipersembahkan oleh LTAT).
Saya boleh dihubungi di email [email protected] sekiranya UGAT sudi duduk
berbincang dengan saya; memandangkan saya tidak ada maklumat bagaimana
berhubung dengan UGAT.
Saya juga mendesak supaya Dato‘ Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi
kenyataan segera dan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini
dengan berjanji bahawa segala proses dan prosedur akan diperkemaskan secepat
mungkin dan semua pesara yang belum menerima pampasan dibayar dalam
tempoh seminggu.
Jika ini tidak berlaku saya akan mula menjelajah ke kem-kem tentera di seluruh
negara untuk ―menghasut‖ angkatan tentera dan pesara tentera mengenai
kegagalan Dato‘ Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Umno (Baru) menjaga
kebajikan mereka.
* Penulis adalah Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ahli
Parlimen Pandan.
PPSEV lahirkan 5,365 usahawan
Mohd Johari diberi penerangan oleh bekas tentera, A Samad Ismail mengenai produk kopi keluaran Ross Timur Herbs ketika melawat gerai sempena Karnival Usahawan Veteran ATM 2016 di PWTC,
turut hadir Pengerusi PERHEBAT, Datuk Seri Abdul Aziz Ibrahim (tengah). FOTO Yazit Razali.
Kuala Lumpur: Seramai 5,365 usahawan baharu daripada veteran tentera lahir
menerusi Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran ATM Tidak Berpencen
(PPSEV).
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, daripada
jumlah itu seramai 1,342 usahawan veteran ATM berjaya dilonjakkan menerusi
perniagaan mereka oleh program dikendalikan Perbadanan Hal Ehwal Bekas
Angkatan Tentera (PERHEBAT).
Katanya, pemerkasaan ekonomi veteran ATM adalah agenda nasional yang
termaktub dalam Teras Kebajikan, Hala Tuju Kementerian Pertahanan dan
PERHEBAT.
"Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, peruntukan dan khidmat teknikal
untuk membantu usahawan memajukan perniagaan ke peringkat lebih tinggi dan
berdaya saing.
"Pinjaman dan geran disediakan menerusi agensi seperti TEKUN, Agrobank, SME
Corp dan MARA manakala bagi khidmat teknikal diberi menerusi Jabatan Pertanian,
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, MARDI, SIRIM dan
sebagainya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen
Kebangsaan Usahawan Veteran ATM 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
di sini, hari ini.
Pemberian pencen seumur hidup kepada Pandelela, Cheong wajar: Ong
KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Negeri Sarawak (SSC) Dr
Ong Kong Swee mempertahan pemberian pencen seumur hidup berjumlah
RM3,000 setiap seorang kepada atlet terjun Olimpik Rio, Pandelela Rinong dan
Cheong Jun Hoong, semalam.
Beliau berkata, tindakan seorang persara tentera berusia 38 tahun dari Kedah
membuat laporan polis di Balai Polis Gurun Kedah Sabtu lalu terhadap dua atlet
sukan adalah sesuatu yang tidak adil dan tidak betul hanya kerana beliau menerima
jumlah pencen lebih sedikit daripada jumlah pencen yang diberikan kepada
Pandelela dan Cheong.
―Seperti ayat ‗No Pain, No Gain‘ dan kemenangan yang mereka kecapi
menunjukkan bukti yang berbaloi untuk atlet-atlet. Bagaimanapun, tidak semua
orang dapat menerima kaedah China ini malah bukan orang Cina itu sendiri,‖ katan-
ya mengulas kenyataan itu.
Tambahnya, ini juga menjadi dilema moral kepada masyarakat umum untuk
membuat penilaian kepada diri mereka sendiri.
―Justeru, sekiranya Malaysia memfokuskan meningkatkat prestasi sukan dan
berjaya merangkul pingat emas, apa akan jadi kepada mereka pada masa hadapan
selepas mereka bersara?
―Kita juga tahu dalam sukan, atlet-atlet juga mudah untuk bersara awal, lebih-lebih
lagi apabila mereka pernah cedera. Jadi timbul persoalan bagaimana mereka mahu
meneruskan kelangsungan hidup jika mereka tidak memiliki pendapatan tetap,‖
katanya sambil menambah bukan mudah menjadi seorang atlet dengan darah, peluh
dan air mata.
―Atlet seperti Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton kebangsaan), Pandelela,
Cheong dan Datuk Nicol David (pemain skuasy kebangsaan) adalah perwira se-
benar. Dan, ibu bapa mereka juga mengorbankan segalanya meletakkan impian
membesarkan jurutera masa depan atau doktor ke tepi bagi memberi peluang dan
melihat anak mereka berjaya dalam sukan yang mereka sayangi, mereka juga
adalah perwira.
―Saya berharap dengan adanya pengorbanan dan kepayahan itu mampu
membuatkan rakyat Malaysia lebih menghargai atlet-atlet negara,‖ katanya.
Ong berkata, adalah wajar bagi kerajaan persekutuan dan negeri memberi
penganugerahan berupa wang pencen dan apa sahaja bantuan kepada atlet-atlet
Olimpik terutamanya dari Sarawak.
―Mereka yang berada dalam sukan tahu sebenarnya berapa banyak sumbangan
sukan yang harus mereka berikan. Mereka juga berkorban masa dan kesakitan,
mengeluar peluh serta air mata. Mereka terpaksa melalui semua ini dan mereka
tidak ada kehidupan yang normal,‖ jelasnya.
Motif utama persara tentera dari Kedah itu membuat laporan polis terhadap
Pandelela dan Cheong masih belum diketahui melainkan tanggapan bahawa beliau
tidak gembira dengan kehidupannya sekarang.
Ong mengulas mengenai perkara tersebut selepas beberapa portal berita mem-
pamerkan berita mengenai laporan polis itu.
Give veterans their dues
I REFER to the letter ―Forget not their deeds‖ (The Star, Aug 11).
I congratulate the writer, Datuk A. M. Ahmad Tejuddin, for bringing up the matter and
I would like to describe his letter as a wake-up call to the Government, politicians
and all Malaysians to remember and respect the people who contributed their blood
and lives to enable us to enjoy our good life in peace and harmony today. Do some
politicians actually know their history or are they simply ignoring it for the sake of
their political agendas?
As president of the Malaysia Ex-British Army Association, which represents 1,200
registered multi-racial members of the ex-British Armed Forces in Malaysia and their
widows, I would be failing in my responsibility if I do not openly support this call by
Ahmad Tejuddin.
The British left Malaysia in 1971 after they were sure that this country was free of
threats. After Tun Abdul Razak and Tun Adam Malek of Indonesia signed the peace
agreement in August 1966 in Bangkok, the British and Commonwealth forces
remained in Sabah and Sarawak until the end of 1966/ 1967. I was in Labuan with
the British army until the end of 1966 when we closed down our workshop and sailed
for Singapore.
The Royal Commonwealth Ex-Service League‘s 32nd Conference held in Kuala
Lumpur from June 26 to 29 this year, which was jointly organised by the Malaysia
Ex-British Army Association and attended by delegates from 41 nations across the
Commonwealth, was a huge success. It also sent the message to young Malaysians
that the good life they enjoy today was only possible because of the magnificent
contributions and sacrifices of the foreign forces in the turbulent years before and
after Malaya gained independence in August 1957 and then after the formation of
Malaysia. Some died fighting on our behalf thousands of miles away from their
homeland and families.
The service of some 12,000 Malaysians of various races who served in the British
Armed Forces from 1948 to 1971 either as infantry or technical and logistics support
soldiers was terminated under the redundancy plan when the British progressively
withdrew from Malaysia after the Confrontation with Indonesia ended in 1966. The
withdrawal was completed by the end of 1971.
The 1,200 registered veterans of the British army and their widows, whose average
age is 75 years old, are still waiting for the Government‘s decision on their
memorandum which was submitted to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in
May 2013. The memorandum highlighted the plight of British Army veterans and the
association‘s appeal for the Government to consider paying the non-pensionable
veterans their pension or a one-off payment in lieu. These veterans were deprived of
the opportunity to continue serving for 21 years to qualify for pension because of the
British‘s premature plan to withdraw from Malaysia.
The association has written many follow-up reminders to the PM but we regret to say
that until now the Government has yet to respond.
NSC Act contravenes powers of the King: Ex-RMAF man
KUALA LUMPUR: The provisions in the National Security Council (NSC) Act 2016
contravenes the powers of the Yang di-Pertuan Agong as it would allow the council
to take command of the military.
Former Royal Malaysian Air Force (RMAF) officer Lt Col (Rtd) Mohamad Daud
Sulaiman said the Federal Constitution clearly states that the Agong and the royal
institution are in command of the military forces.
"If we look at the provisions (in the NSC), it uses a lot of military terms and this is
very dangerous.
"One of the explanations given about the NSC by the government is that the Agong
does not have operational command of the military," Mohamad Daud said during a
Civil Society Conference on National Security held at the Renaissance Hotel here.
He was referring to the official Putrajaya Frequently Asked Questions (FAQ)
explanation on the law posted on the NSC's official website.
Mohamad Daud said Malaysians must be aware of the dangers of allowing the
military to enforce legislation passed in Parliament.
"When you ask the military to enforce the law, you ask for trouble. The military is not
trained for that. They do not know the Criminal Procedure Code (CPC)," he said.
Meanwhile, Andrew Khoo, who is chairman of the Bar Council's Human Rights
Committee, said allowing the council to declare a state of emergency has disrupted
the "chain of command" from the Yang di-Pertuan Agong.
"There is no legislation that passes the authority of the Agong to the NSC. The chain
of command has been disrupted and there is no legal document providing for that
switch," he said.
Khoo said the King has personal discretion on emergency declarations.
"With the NSC Act, it does not need to refer to the Agong before the declaration of
emergency," he said.
Top Related