8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
1/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 1
1.0 Pendahuluan.
1.1 Geografi.
Pulau Langkawi merupakan satu daerah yang terletak di negeri kedah..
Pulau ini terkenal sebagai pulau bebas cukai yang telah diwartakan pada
tahun 1987. Selain itu, Langkawi merupakan pusat pelancongan yang
terkenal di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau
di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Kini, Langkawi terkenal
sebagai sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti
perairan yang jernih, gunung-ganang yang diliputi hutan, tasik yang tenang
dan lain-lain lagi.
Pulau Langkawi terdiri daripada gugusan 104 buah pulau yang terletak
di utara, luar pantai barat laut Malaysia. Jaraknya adalah 30 kilometer dari
Kuala Perlis dan 51.5 kilometer dari Kuala Kedah. Manakala jaraknya dari
Pulau Pinang ialah 109 kilometer dan 55 kilometer dari Satun,Thailand. Di
bahagian timur Pulau Langkawi terdiri daripada bukit batu kapur yang
menghasilkan marmar Langkawi. Batuan Igneus yang wujud sebagai dua
jasad membentuk menara Gunung Raya yang mencecah awan dan granitPulau Tuba, manakala Gunung Mat Chinchang pula tersergam indah di barat
laut Langkawi.
Dengan memiliki sejarah geologi yang berusia antara 301-500 juta
tahun, Langkawi mempunyai formasi batuan yang unik dan gua-gua dengan
stalagmait dan stalagmait yang mengkagumkan. Keluasan Langkawi
keseluruhannya termasuk pulau-pulau di sekitarnya ialah 47,848.36 hektar
dan keluasan pulau utamanya sahaja ialah 32,000 hektar iaitu lebih besar dari
keluasan Pulau Pinang. Kawasan luar pesisirnya mempunyai struktur binaan
batu kapur. Dua pertiga kawasan Langkawi diliputi oleh gunung-ganang
berhutan, bukit bukau dan tumbuhan-tumbuhan asal.
Daripada gugusan pulau-pulau ini hanya tiga pulau sahaja yang
didiami oleh manusia iaitu Pulau Langkawi (321.80 km persegi), Pulau
Dayang Bunting (50.91 km persegi) dan Pulau Tuba (17.63 km persegi).
Manakala Pulau Rebak Besar telah dibina sebuah hotel yang bertaraf 5
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
2/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 2
bintang iaitu Rebak Marina Resort. Ia juga turut dijadikan sebagai pusat
persinggahan pelayar-pelayar antarabangsa. Satu lagi ialah Pulau Payar
yang mana ianya telah diwartakan sebagai taman laut.
1.2 Asal usul nama.
Sedikit mengenai sejarah Langkawi iaitu nama Langkawi ialah
kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan
bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan
menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti
merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala
putih. Sehingga sekarang, helang masih menjadi burung majoriti yang tinggal
di sana. Pelancong dapat melihat dua jenis helang yang menguasai kawasan
tersebut iaitu Helang Laut dan Helang Merah. Helang-helang ini tinggal di
kawasan pergunungan dengan membuat sarang di sana.
Selain itu, Langkawi juga dipercayai berasal dari tulisan Kawi. Tulisan
Kawi merupakan tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa
pada zaman dahulu sebelum beralih kepada tulisan-tulisan yang lain. Tulisan
kawi juga dinamakan sebagai "tulisan Jawa Kuno" ialah satu sistem tulisanterawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan
kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang
Jawa ketika itu. Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan
lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan
baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf
orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini
lenyap pada tahun 1400 M.
Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu
Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di
Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.
Mengenai Batu Kawi, dikatakan batu ini mempunyai pelbagai kebaikan yang
tersendiri antaranya untuk mengubati demam campak.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
3/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 3
Selain itu, "Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia
ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan
digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian menjadi
Langkawi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir
yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut
menggabungkan dua perkataan Sanskrit"Langka" (keindahan) dan "Wi"
(tidak terkira).
1.3 Sejarah.
Menurut sumber, pada kurun ke-15, seorang laksamana dari China
yang bernama nama Lung-Ya-Kiou-Yi tercatat di sebuah carta yang
dipercayai digunakan oleh Laksamana Cheng Ho ketika melawat Melaka
pada tahun 1405. Pada kurun ke-16, pulau terpencil ini diberi pelbagai nama
dalam peta zaman itu. Antaranya Langa, Lanka, Lansura, dan Langapura.
Pada tahun 1621, Jeneral Augustin De Beaulieu yang berkhidmat
dengan Raja Louis XIV di Perancis, menyifatkan Langkawi sebagai Lancahui
atau lada sulah. Dia kemudiannya menulis, "Tanahnya subur dengan buah-
buahan, beras dan ternakan. Beberapa batang sungai menyediakan sumberair bersih, hutan luas dapat dilihat dan pantainya cantik serta berjuraian
dengan teluk dan pulau-pulau kecil sekelilingnya".
Pulau Langkawi menjadi milik Great Britain melalui Perjanjian Bangkok
1909 atau Perjanjian Anglo-Siam 1909. Ralph Spencer Paget, Duta Britain di
Siam memainkan peranan penting dalam menyelamat pulau ini daripada
terus ditakluk Siam. Semasa proses rundingan antara Britian dengan Siam,
beliau telah memaklumkan kepada Edward Henry Strobel Penasihat Hal
Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam, yang mana pihak Britain tetap mahukan
Pulau Langkawi menjadi milik Britian. Hasilnya pada 10 Mac 1909 Perjanjian
Bangkok 1909 yang ditandatangani memberi hak pulau ini kepada Britain.
Dalam Lampiran 1 Protokol Sempadan Yang Dilampirkan Pada Perjanjian
Bertarikh 10 Hari Bulan Mac 1909 menyatakan tentang kedudukan langkawi
adalah seperti berikut:
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
4/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 4
"Pulau yang dikenali sebagai Pulau Langkawi bersama dengan pulau-
pulau kecil ke selatan selat tengah di antara Pulau Terutau dengan Langkawi
dan kesemua pulau ke selatan Langkawi akan menjadi kepunyaan Great
Britain. Pulau Terutau dan pulau-pulau kecil ke utara selat tengah akan kekal
menjadi kepunyaan Siam"
Akhir sekali, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri
Malaysia pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai seorang doktor selepas
lulus dari Universiti Malaya di Singapura. Sejak itu, beliau ingin mengubah
"Sumpah Mahsuri 7 Keturunan" menjadi pulau bebas cukai dan destinasi
pelancongan bertaraf dunia.
1.4 Mitos dan lagenda.
Terdapat pelbagai mitos dan lagenda yang terdapat di Pulau Langkawi.
Ini mungkin disebabkan latar belakang masyarakat dahulu yang berada di
bawah Kerajaan Langkasuka. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu
Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-
sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan
yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan inidiasaskan pada kurun ke-2 masihi.
Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di
Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi
mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber
sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China
(500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun
pertama masihi.
Oleh itu, lagenda dan mitos merupakan kebiasaan bagi masyarakat di
Langkawi. Antara tempat yang dipercayai mempunyai cerita yang tersendiri
ialah seperti Gergasi Bertarung, Telaga Tujuh, Mahsuri dan lain-lain lagi. Kini,
mitos dan legenda yang terdapat di Langkawi menjadi satu mercu
pelancongan yang dibanggakan oleh penduduk tempatan. Namun, benar
ataupun tidak mitos tersebut, masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
5/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 5
1.5 Kegiatan ekonomi.
Langkawi merupakan sebuah pulau yang mempunyai pelbagai sumber
yang boleh dijadikan penjana ekonomi di kawasan tersebut. selain terkenal
dengan kawasan bebas cukai, Langkawi juga terkenal dengan pelbagai
tempat yang menarik untuk dilawati. Keindahan alam semula jadi menjadi
tarikan utama bagi pelancong asing untuk melancong di kawasan ini.
Antara kegiatan ekonomi yang terdapat di Langkawi ialah seperti
pelancongan, perikanan, industri gedung, industri kecil dan lain-lain lagi.
Kegiatan ekonomi di sini menjadi nadi kepada pembangunan infrastruktur.
Hal ini dapat dilihat melalui wujudnya rangkaian jalan raya yang tersusun dan
bangunan-bangunan yang megah didirikan dari masa ke semasa.
Pelancongan adalah sesuatu yang umum. Namun, di Langkawi,
tempat-tempat yang menarik merupakan salah satu destinasi wajib bagi
pelancong untuk melawat kawasan ini. Kilim GeoPark merupakan satu contoh
alam semula jadi yang menjadi daya penarik pelancong luar negara. Selain
itu, pantai-pantai bersih dan jernih juga menarik ramai pelancong asing.
Industri gedung pula merupakan satu kegiatan ekonomi berasaskan
perniagaan. Industri ini memberi kesan yang besar kepada kegiatan
pelancongan di Langkawi memandangkan jumlah pelancong yang besar
melancong ke sini hanya untuk membeli belah barang-barang yang
dikecualikan cukai seperti coklat, pinggan mangkuk dan lain-lian. Hal ini
membuktikan, perniagaan berasaskan gedung menarik minat ramai pelacong
untuk datang ke Langkawi.
Pelbagai latar belakang masyarakat terdapat di Langkawi. Golongan
nelayan dapat dilihat di sepanjang pesisir pantai Langkawi. Mereka ini terlibat
dalam kegiatan perikanan laut dalam dan pinggir pantai. Kegiatan perikanan
di Langkawi di pantau oleh Persatuan Nelayan Langkawi yang berpusat di
Penarak.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
6/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 6
2.0 Instrumen Kajian.
2.1 Pemerhatian.
Dalam menjalankan kajian ini, kaedah pemerhatian telah digunakan
untuk memudah kami melihat sejauh mana kegiatan perikanan telah
dijalankan di Pulau Langkawi. Lawatan telah diadakan di Penarak iaitu
kawasan pendaratan ikan bagi nelayan pinggir pantai.
Di situ kami dapat perhatikan senario sebenar tentang perikanan
pinggir pantai. Adanya bot atau vessel yang berbeza saiz dan jenis, pukat
yang digunakan oleh nelayan serta alatan lain yang digunakan dalam
perikanan pinggir pantai.
2.2 Temu bual.
Temu bual adalah melibatkan soalan mengenai kegiatan perikanan
yang dijalankan, masalah yang dihadapi, langkah mengatasi yang diambil dan
potensi kegiatan tersebut pada masa hadapan.
Kaedah ini kami gunakan untuk bertanya terus kepada pihak
Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi tentang kegiatan perikanan pinggir
pantai.
2.3 Kajian kepustakaan.
Sebelum memulakan kajian, kami telah merujuk serba sedikit tentang
perikanan pinggir pantai melalui buku yang terdapat di perpustakaan Ibnu
Sina, IPG KDRI dan Perpustakaan Awam Terengganu.
Selain itu, rujukan juga dilakukan menerusi laman web tertentu. Antara
laman web yang dilawati ialah Jabatan Perikanan Malaysia.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
7/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 7
3.0 Dapatan Kajian.
3.1 Ciri Perikanan Pinggir Pantai di Langkawi.
3.1.1 Kawasan perikanan.
Perikanan pinggir pantai merupakan salah satu daripada kegitan
ekonomi yang dijalankan di Malaysia khususnya di pulau Langkawi.
Pulau Langkawi merupakan salah satu kawasan perikanan yang
penting di Malaysia.
Langkawi mempunyai sebanyak 99 buah pulau dalam
gugusannya. Selain itu, terdapat 33 pangkalan bagi pendaratan ikan di
Langkawi dan Penarak merupakan pangkalan utama bagi pendaratan
ikan. Penarak bukan sahaja pangkalan utama bagi pendaratan ikan
dan hasil laut bahkan juga sebagai tempat untuk nelayan mendapatkan
bekalan diesel subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan kepada mereka.
Selain dari Penarak, Kisap juga merupakan tempat bagi nelayan
mendaratkan hasil perikanan dan juga tempat mendapatkan bekalan
diesel subsidi.
Terdapat empat zon perikanan yang te;lah diwartakan oleh
Jabatan Perikanan Malaysia. Zon-zon tersebut ialah Zon A, Zon B, Zon
C1 dan Zon C2. . Langkawi merupakan Zon A bagi kawasan
perikanan. Bagi menjalankan kegiatan perikanan pinggir pantai, ia
memerlukan lesen perikanan kelas A bersesuaian dengan zon
perikanan tersebut. Zon A bermaksud kegiatan perikanan hanya boleh
dijalankan sejauh lima batu nautika sahaja.
3.1.2 Bot dan vesel.
Jumlah nelayan yang terdapat di Langkawi adalah sekitar 400
orang. Syarat utama bagi menjadi nelayan tulen ialah perlu turun ke
laut selama 120 hari. Pangkalan nelayan utama bagi pulau Langkawi
ialah Penarak. Di Penarak, nelayan boleh melabuhkan bot atau vessel
mereka.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
8/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 8
Bot yang digunakan merupakan bersaiz kecil dan sederhana
iaitu berukuran antara 0-19.9 GRT.untuk menjalankan kegiatan
perikanan, nelayan perlu memiliki bot atau juga disebut vessel. Vessel
boleh didapati dan dibeli dari dalam dan luar negara. Vesel tempatan
iaitu vesel binaan tempatan terdiri daripada vesel kayu baru, vesel
kayu terpakai, vesel besi baru, vesel besi terpakai, vesel gentian kaca
(fiberglass) baru, vesel gentian kaca (fiberglass) terpakai. Bot atau
vessel yang sering digunakan oleh nelayan di Langkawi ialah ini
daripada jenis fiberglass, besi ataupun kayu.
3.1.3 Alatan moden.
Perikanan pinggir pantai yang dijalankan masih lagi berbentuk
tradisional tetapi alatan yang digunakan moden dan canggih. Antara
alatan moden yang digunakan ialah Sistem Pengesan Global (GPS)
dan mesin pukat. GPS memudahkan para nelayan untuk mengetahui
kedudukan mereka agar mereka tidak tersasar ke perairan negara
asing. Selain itu, GPS juga memudahkan mereka untuk menanda
kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai ikan. Selain daripada
GPS, nelayan di Langkawi menggunakan fish finderbagi memudahkan
mereka mengesan kedudukan ikan. Mereka juga akan mengetahui
jenis ikan yang berada di kawasan tersebut. Kerja untuk menangkap
ikan akan lebih mudah.
Mesin pukat pula digunakan untuk menarik pukat. Nelayan tidak
lagi perlu memerah keringat yang banyak untuk menarik pukat. Tugas
untuk menarik pukat tidak lagi memerlukan tenaga yang banyak dan
hal ini dapat mengatasi masalah nelayan yang semakin berkurangan
dengan bantuan mesin. Sebelum adanya mesin ini, nelayan perlu
manarik pukat secara manual. Bagi pukat yang bersaiz kecil, tenaga
nelayan yang diperlukan adalah enam orang. Setelah adanya mesin
ini, nelayan hanya perlu memerhatikan pukat yang ditarik oleh mesin
agar tidak tersekat.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
9/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 9
3.1.4 Jenis ikan.
Kawasan peraianan Selat Melaka kaya dengan pelbagai jenis
ikan. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kaya dengan
plankton dan terlindung daripada angin monsun.
Pelbagai jenis ikan telah ditangkap oleh nelayan di Langkawi
seperti tamban, bilis, bawal, kerapu dan bermacam lagi. Ikan bilis pula
salah satu spesis yang hidup di kawasan yang cetek dimana
merupakan ahli keluarga Engraulidae bagi ikan air masin kecil yang
lazim. Salah satu cara untuk menangkap ikan bilis ialah kelong.
Kelong ialah rumah terapung yang dibina disekitar kawasanpinggir pantai. Nelayan menggunakan cara tersebut untuk menangkap
ikan seperti ikan bilis atau ikan teri. Pulau Tuba merupakan salah satu
pulau yang membina rumah Kelong bagi memudahkan penduduk
nelayan disekitar Pulau Tuba menggunakan ia untuk menangkap hasil
laut. Selain daripada ikan, udang dan ketam juga ditangkap bagi
memenuhi pasaran tempatan
3.1.5 Pukat.
Terdapat pelbagai jenis pukat yang digunakan oleh nelayan
untuk menangkap hasil laut. Antara pukat yang biasa digunakan oleh
nelayan ialah daripada jenis pukat jerut, pukat tarik, pukat tangkul,
pancing, pukat hanyut, jala, pompang dan tangkul.
Pukat yang digunakan ialah daripada jenis pukat jerut bilis.
Pukat jerut bilis digunakan kerana hasil utama perikanan pinggir pantai
di Langkawi ialah ikan bilis. Bilis Langkawi merupakan salah satu bilis
yang berkualiti dan terbaik yang terdapat di Malaysia. Ianya dijual
mengikut gred dan kualiti dan harganya sekitar RM 15 RM 40. Selain
daripada ikan bilis, terdapat spesies ikan lain yang ditangkap seperti
tamban dan bawal. Bukan sahaja ikan yang ditangkap bahkan udang
dan ketam juga turut dijadikan
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
10/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 10
3.1.6 Produk hasil laut.
Hasil laut yang berjaya ditangkap bukan sahaja dijual terus
kepada pemborong atau pihak persatuan tetapi juga dijadikan sebagai
salah satu produk untuk industri kecil dan sederhana. Mereka yang
terlibat adalah dalam kalangan nelayan itu sendiri.
Ikan bilis yang telah ditangkap, akan diproses untuk dijual di
sekitar Pekan Kuah. Bilis Langkawi merupakan salah satu produk yang
dijadikan buah tangan oleh pelancong yang datang ke situ. Selain
dijual secara mentah, bilis Langkawi juga dijual dalam produk yang
siap dimakan.
Inisiatif pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi
menjadikan bilis sebagai produk makanan ringan. Mereka telah
mendapat suntikan modal daripada pihak persatuan dan juga daripada
pihak kerajaan.
Hasil produk bilis Langkawi bukan sahaja dijual di sekitar
kawasan Langkawi bahkan juga di eksport keluar. Permintaan bagi
produk makanan ringan daripada bilis telah menujukkan peningkatan
daripada setahun ke setahun.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
11/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 11
3.2 Kepentingan Perikanan Pinggir Pantai.
3.2.1 Peluang pekerjaan.
Perikanan pinggir pantai memberi banyak kelebihan kepada
penduduk disekitar Pulau Langkawi. Kerajaan pada masa sekarang
mengambil ramai warga asing untuk bekerja di kongsi,tempat-tempat
pembangunan dan kilang-kilang sebagai pekerja buruh dengan
bayaran yang murah bagi mengungtungkan untuk mereka sahaja.
warga asing terdiri daripada Thailand,Myanmar,Indonesia dan india. Ini
menyebabkan rakyat tempatan menganggur. Dengan memajukan
aktiviti perikanan,peluang pekerjaan hampir luas dan terbuka kepada
semua rakyat tempatan menggelakkan daripada pengangguran. Ini
akan memudahkan penduduk disitu menyara hidup dengan lebih
senang. Kadar pengangguran akan berkurang.
3.2.2 Perkembangan industri kecil dan sederhana.
Kepentingan seterusnya ialah perkembangan industri kecil dan
sederhana. Untuk menjana ekonomi negara dan setempat,industri kecil
dan sederhana. Di Pulau Langkawi,kegiatan perikanan adalah salahsatu aktiviti yang gemar dan terkenal bagi penduduk dan nelayan
disekitar kawasan disitu. Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Langkawi
telah memperuntukkan wang untuk membuat projek Crispy Ikan Bilis
sebagai produk utama di Pulau Langkawi. Hasil tangkapan ikan bilis di
bawa ke tempat pemprosesan ikan bilis dan mengeluarkan produk
baru yang bernama Crispy Ikan Bilis. Pengeluaran produk ini
akhirnya dijual di pasaran dan dijual kepada pelancong tempatan dan
pelancong dari luar negara. hasil daripada jualan ini dapat menjana
ekonomi negara,maka negara makin maju dan disanjung tinggi
dipersada dunia.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
12/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 12
3.2.3 Sumber Protein.
Ikan merupakan salah satu spesis yang membekalkan sumber
protein yang tinggi. Jika aktiviti perikanan diteruskan bekalan protin
akan terus kekal dan akan membekal sumber protein yang banyakkepada manusia. Jika tangkapan ikan secara haram,dan tumpahan
minyak serta menggunakan pukat yang dilarang akan memusnahkan
flora dan fauna di dasar laut. Tumpahan minyak dari bot menyebabkan
oksigen dari udara tidak dapat diserapkan oleh plankton dan
menyebabkan plankton mati dan kekurangan bekalan makanan
kepada ikan dan ini mengakibatkan hidupan laut mati dan musnah. Ini
akan menyebabkan kekurangan bekalan sumber protein kepadamanusia. Hasil tangkapan juga akan menjadi kurang maka sumber
protein akan berkurang. Maka pentingnya ikan bagi membekal sumber
protin dengan cara tangkapan yang efisyen dan betul.
3.2.4 Sumber Ekonomi.
Hasil tangkapan ikan oleh para nelayan menyumbnagkan
kepada sumber ekonomi negara. Mengikut KDNK, Malaysia adalah
negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran
berorientasikan negara dan terbuka. Menurut KDNK, hasil tangkapan
ikan merupakan salah satu sumber pendapatan negara yang paling
tinggi. Dengan hasil tangkapan yang dapat itu dijual kepada orang
tempatan dan juga melakukan perdagangan import dan export. Ini
dapat menyumbangkan sumber ekonomi kepada negara kita.
3.2.5 Tarikan Pelancong.
Perikanan pinggir pantai merupakan salah satu tarikan
pelancong. Dengan membina kelong dipinggir pantai menarik
perhatian para pelancong tempatan dan pelancong dari luar negara.
kelong merupakan satu tempat dimana nelayan bertempat disitu dan
memancing atau menangkap ikan seperti ikan bilis,ikan tamban,ketam
dan udang. Aktiviti memancing disitu menarik perhatian pelancong
yang menggembara.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ekonomi_terbuka&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ekonomi_terbuka&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
13/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 13
3.3 Masalah.
3.3.1 Kekurangan nelayan tempatan.
Menurut sumber Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi,
masalah yang berlaku ialah ketiadaan pekerja tempatan. Pihak
nelayan kawasan Langkawi terpaksa memerlukan khidmat nelayan
asing yang diupah. Kepesatan pulau Langkawi sebagai destinasi
pelancongan, menarik minat golongan muda untuk bekerja dalam
sektor tersebut.
Antara pekerjaan yang diminati oleh golongan muda ialah
perhotelan, agensi pelancongan dan bermacam-macam lagi.Disebabkan oleh itu, golongan muda tempatan yang menjadi nelayan
pinggir pantai semakin berkurangan.
Cuaca yang panas, hasil tangkapan yang tidak menentu, harga
yang tidak stabil, ancaman lanun merupakan alasan yang dijadiakan
oleh golongan muda untuk tidak menceburi bidang ini. Pengusaha-
pengusaha bot nelayan terpaksa mengambil nelayan asing untuk
bekerja dengan mereka.
3.3.2 Komunikasi.
Seterusnya, nelayan asing yang diambil bekerja menimbulkan
masalah komunikasi dan budaya dengan penduduk setempat. Rata-
rata nelayan asing tidak fasih untuk berbahasa Melayu dan budaya
mereka berbeza dengan budaya setempat.
Seperti yang kita ketahui, pulau Langkawi dan pulau-pulau di
sekitarnya didiami oleh masyarakat Melayu. Maka bahasa, budaya dan
adat resam adalah bercirikan Melayu. Nelayan asing yang datang
membawa bahasa, budaya dan adat mereka. Kebanyakkan nelayan
asing berasal daripada Thailand.
Nelayan asing memberikan masalah kepada penduduk sekitar
kerana kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Melayu danpenduduk tempatan tidak memahami bahasa Thai. Hal ini
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
14/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 14
menimbulkan masalah komunikasi. Dalam urusan antara pengusaha
bot dan nelayan asing ini turut mengalami masalah disebabkan
masalah komunikasi. Selain itu, nelayan asing juga didapati meminum
minuman alkohol.
3.3.3 Perbezaan budaya.
Malaysia salah satu daripada negara ASEAN akan tetapi
budaya Malaysia dengan negara jirannya berlainan. Disebabkan oleh
itu, berlaku perbezaan budaya, adat resam dan cara hidup antara
masyarakatnya.
Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan nelayan asing bukanberagama Islam dan mereka secara bebas membeli dan minum
minuman ini. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan
penduduk tempatan.
Jika dilihat di sekitar kawasan jeti perikanan, terdapat botol
minuman keras yang boleh dijumpai. Walaupun bilangannya tidak
banyak tetapi kehadiran botol tersebut menimbulkan rasa kurang
senang kepada penduduk tempatan dan pelancong yang singgah di
situ.
Hal ini boleh menimbulkan tanggapan negatif orang luar kepada
penduduk di situ kerana pelancong asing tidak mengetahui situasi
sebenar.
3.3.4 Ancaman lanun.
Selat Melaka merupakan selat yang terpanjang dan juga salah
satu selat yang tersibuk di dunia. Banyak kegiatan telah dijalankan
dijalankan di sini seperti perdagangan dan perikanan. Disebabkan oleh
itu, selat ini menjadi tumpuan lanun bagi menjalankan kegiatan
mereka.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
15/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 15
Selain daripada kapal dagang, bot nelayan juga menjadi
sasaran lanun bagi mendatangkan hasil mereka. Lanun-lanun telah
menggunakan senjata api bagi merampas bot nelayan. Disebabkan
oleh itu, kegiatan lanun amat bahaya kepada nelayan.
Kegiatan ini telah lama berlaku di perairan negara kita dan
nelayan di Langkawi juga turut terkena bahangnya. Kegiatan lanun ini
telah mula dikesan seawal tahun 70-an lagi. Masalah ini mengancam
nelayan tempatan untuk turun ke laut dan mencari rezeki.
Lanun yang dikesan merupakan dari negara jiran. Mereka
bukan sahaja merampas bot atau vessel tetapi juga mengancam
keselamatan dan nyawa para nelayan. Ada sesetengah kes di mana
nelayan yang ditahan dijadikan tebusan oleh pihak lanun. Seperti yang
kita ketahui, nelayan tempatan bukan daripada golongan yang senang
dan ini mustahil bagi mereka untuk menyediakan wang bagi menebus
ahli keluarga mereka yang diculik.
3.4 Langkah mengatasi masalah.
3.4.1 Import nelayan asing.
Bagi masalah ketiadaan penduduk tempatan untuk bekerja
sebagai nelayan, pihak pengusaha telah mendapatkan khidmat
nelayan asing dari negara jiran. Nelayan asing yang berkhidmat
sebagai nelayan di Langkawi majoriti berasal dari negara Thailand dan
selebihnya berasal dari Myanmar.
Mereka tinggal dan menetap di sekitar kawasan pelabuhan ikan
yang terletak di Penarak. Pengusaha bot atau vessel dapat mengatasi
masalah ketiadaan pekerja dengan mengimport tenaga buruh dari luar.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
16/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 16
3.4.2 Kesedaran kendiri.
Dalam aspek komunikasi, pada mulanya ia ada masalah akan
tetapi ianya dapat diatasi. Setelah mereka menetap hampir sebulan di
situ, rata-rata mereka sudah boleh berbahasa Melayu walaupun tidak
fasih. Masalah komunikasi antara nelayan asing dan pihak majikan
tidak berlarutan dan jika masih berlaku rakan-rakan senegara akan
membantu mereka jika ingin berkomunikasi dengan pihak luar.
3.4.3 Kawalan oleh pihak majikan dan kerajaan.
Bagi masalah sosial dalam kalangan nelayan asing, hal ini tidak
membimbangkan dan dapat diatasi diperingkat bawah.
Nelayan hanya berada di kawasan Penarak dan mereka jarang
sekali keluar ke bandar. Jika mereka memerlukan bahan keperluan,
mereka hanya meminta daripada pihak majikan. Masalah sosial ini
tidak merebak dan pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi telah
menasihati kepada mana-mana majikan untuk mengawal pekerja-
pekerja mereka.
Selain itu, kerajaan telah mengenakan visa terhad kepada
nelayan asing yang bekerja dalam negara ini. Visa tersebut dapat
mengawal pergerakan dan tingkah laku pekerja asing dalam negara.
Visa terhad telah dikenakan kepada nelayan asing yang terdapat di
Langkawi. Mereka hanya bebas di kawasan tertentu sahaja.
3.4.4 Peranan kerajaan.
Masalah lanun pula hanya hangat sekitar tahun 70-an dan 80-
an. Kerajaan mula sedar akan masalah ini dan mula melindungi pihak
nelayan. Pihak kerajaan menerusi Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja
Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia mula menjalankan rondaan
dan rondaan ini telah dilakukan sekerap mungkin.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
17/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 17
Pasukan-pasukan khas seperti Unit Selam Tempur PDRM dan
Pasukan Khas Laut TLDM telah diletakkan dalam keadaan berjaga-
jaga. Tugasan mereka adalah membantu menyelamatkan nyawa dan
harta milik nelayan jika mereka mendapat gangguan daripada pihak
lanun.
Selain itu, pihak majikan telah menggunakan GPS bagi setiap
bot bertujuan untuk memudahkan mereka mengesan kedudukan agar
tidak tersasar jauh daripada perairan Malaysia. Ada diantara bot atau
vessel telah dipasang alat bantuan komunikasi seperti radio amatur
agar segala urusan komunikasi dapat disampaikan terus kepada
nelayan yang berada di atas bot.
3.5 Kesan Kegiatan Perikanan Pinggir Pantai Kepada Alam Sekitar
3.5.1 Kesan positif.
Terdapat beberapa kesan kegiatan perikanan terhadap alam
sekitar. Bukan sahaja kesan negatif malahan ada juga kesan-kesan
positif terhadap kegiatan perikanan terhadap alam sekitar. Kesan
positifnya ialah,kegiatan perikanan adalah salah satu sumber ekonomi
yang penting bagi penduduk nelayan diseluruh Negara. Selain itu,
sumber perikanan ialah pengeluar sumber utama protein dunia. Selain
itu,kegiatan perikanan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia dan memberi pendapatan yang lumayan kepada ekonomi
Negara Malaysia.
Selain itu, nelayan di negara ini hanya menggunakan kaedah
tradisional untuk menangkap ikan seperti, pukat, jala, pancing dan
bubu. Kaedah-kaedah sebegini tidak akan menjejaskan hidupan-
hidupan akuatik.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
18/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 18
3.5.2 Kesan negatif.
Dari segi kesan negatif pula, pada abad ke-21 ini, nelayan-
nelayan yang berkemampuan menggunakan teknologi moden atau
kaedah moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda
membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan
akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber protein
berasaskan sumber laut. Selain itu, kegiatan perikanan juga membawa
kepupusan terhadap spesis di pinggir pantai. Ini mengakibatkan para
nelayan tidak dapat membawa hasil yang banyak. Selain itu, kesannya
terhadap pembangunan negara. Jika kepupusan kehidupan akuatik
sering berlaku ekonomi negara akan jatuh pada kadar yang tinggi
kerana 40% di negara kita ialah penduduk nelayan yang saling
bergantung dengan hasil tangkapan di laut dan pinggir pantai.
Pada masa yang sama, ikan juga sumber protein utama kepada
manusia,jika kehidupan akuatik pupus sumber protein akan berkurang
dan makanan ikan akan kurang. Apabila ikan berkurangan hasil protin
pun berkurang,permintaan terhadap ikan akan meningkat dan ia akan
menyebabkan inflasi dan ini mengakibatkan peningkatan harga yang
menjejaskan pendapatan penduduk yang mampu boleh beli ikan yang
beri sumber protin kepada manusia.
Tambahan pula, flora juga akan pupus di dasar laut. Kesan
tumpahan minyak dari bot menyebabkan pencemaran laut atau air.
Lapisan minyak dipermukaan air menyebabkan menghalang
transformasi atau peredaran udaran oleh flora dan fauna dalam air. Hal
ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan
akan semakin berkurangan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
19/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 19
Kesan penangkapan ikan secara besar-besaran akan
menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan
vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga.
Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada
substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di
Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan
tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan
melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian
membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida
berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.
3.6 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Ke Atas Kegiatan Perikanan
Pinggir Pantai
3.6.1 Pihak kerajaan.
Kerajaan hendaklah mengetatkan undang-undang yang longgar
yang gagal mengambil tindakan keatas nelayan-nelayan yang
menggunakan bot yang moden sehingga menyebabkan kepupusan
flora dan fauna dalam laut.
Kerajaan juga hendaklah peka terhadap alam sekitar dan
kehidupan akuatik dengan memberi perlesenan vessels dan alat
menangkap ikan yang sesuai bagi memlihara dan memulihara
kehidupan akuatik. Jika nelayan yang mengingkari undang-undang
tersebut,kerajaan haruslah menahan lesen tersebut dan bertindak
dengan tegas. Ini akan menggelakkan kepupusan flora dan fauna
dalam laut.
Penguatkuasa atau pegawai maritim hendaklah membuat
pemantauan sering kali bagi menggelakkan berlaku aktiviti perikanan
secara haram dan besar-besaran. Sistem Pemataun Vessel adalah
salah satu sistem yang perlu dibuat oleh Pegawai Maritim. Di dalam
International Law of the Sea (UNCLOS), sesebuah Negara
dikehendaki menguruskan sumber dan mengendalikan sumber
perikanan melalui pengurusan yang bertanggungjawab. Sistem ini
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
20/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 20
digunakan untuk mengesan vessel penangkapan ikan. Ia juga
membantu dalam usaha melindungi sumber perikanan yang dijalankan
oleh nelayan-nelayan yang kecil dan secara besar-besaran. Akta
perikanan 1985 hendaklah diketatkan bagi mengelakkan berlakunya
penangkapan iakan secara haram atau yang merosakkan ekosistem
dan kehidupan akuatik.
Kerajaan juga hendaklah mengadakan kursus khasnya untuk
nelayan bagi mereka dapat tahu apakah sebenarnya berlaku dan
bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu memberi
serba sedikit maklumat mengenai penggunaan alat yang sesuai untuk
kegiatan penangkapan ikan dan cara-caranya.
Jabatan Perikanan juga hendaklah memberi kerjasama dalam
permohonan para nelayan yang memohon secara haram dan
hendaklah peka terhadap penangkapan ikan dengan alat-alat moden
yang menyebabkan kehidupan akautik musnah. Selain itu,kerajaan
juga hendaklah dan harus mengambil tindakan terhadap penggunaan
pukat yang menjejaskan flora dan fauna di dasar laut. Menggunakan
pukat yang sesuai untuk menangkap ikan. Para nelayan hendaklah
mengambil kesempatan ini bagi memulihara dan memelihara
ekosistem dan dapat meningkatkan sumber protein dan hasil
pendapatan ekonomi yang tinggi.
3.6.2 Kempen kesedaran.
Mengadakan kempen memelihara dan memulihara kehidupan
akuatik. Ini dapat memberi peluang kepada para penduduk nelayan
dan syarikat-syarikat besar serta generasi akan datang untuk
memelihara dan memulihara kehidupan akuatik yang sedang pupus.
Ini boleh mendatangkan usaha yang begitu besar dan berjaya bagi
mengenali kesan-kesan penangkapan ikan, cara-cara dan usaha-
usaha untuk menggelakkan.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
21/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 21
Selain itu, mengadakan kempen bagi memberi sedikit
pengetahuan mengenai cara-cara untuk menangkap ikan. Ini akan
menerapkan dalam setiap jiwa pemuda dan penduduk nelayan dan
sedar untuk bersama-sama memelihara kehidupan akuatik.
3.6.3 Eko pelancongan.
Sektor Pelancongan pula hendaklah mempromosikan eko
pelancongan. Ini bagi mengenali secara terperinci bagi setiap
pelancung mengenai spesis ikan dan bagaimana untuk memulihara
alam sekitar.
Dengan mempromosikan sektor eko pelancongan perikanan,bagi menyahut seruan kempen Kenali Negara Kita (KNK) dinegara
ini. Sektor eko pelancongan berasaskan perikanan adalah salah satu
sektor yang berpotensi untuk dimajukan di mana termasuklah kegiatan
seperti sukan memancing, kegiatan menyelam untuk menikmati
panorama alam dasar laut yang indah dan unik, serta juga kegiatan
program pemuliharaan dan pengurusan penyu-penyu laut dinegara ini.
lanya merupakan sektor yang boleh menjana pendapatan yang berkaitrapat dengan sektor perhotelan, pengangkutan, restoran-restoran dan
sebagainya.
Sejak kebelakangan ini, beberapa agensi pelancongan dan
pihak swasta telah aktif menyediakan pakej yang menarik bagi
kegiatan eko-pelancongan perikanan di negara ini, yang mana
menunjukkan satu petanda yang baik didalam pertumbuhan ekonomi
negara.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
22/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 22
3.7 Potensi Kegiatan Perikanan Pinggir Pantai Pada Masa Akan Datang.
3.7.1 Penjana ekonomi.
Perikanan pinggir pantai adalah salah satu sumber yang
menggiatkan ekonomi negara pada masa hadapan. Ia menyumbang
produk dan hasil yang tinggi bagi pengeluaran produk ikan seperti
Crispy Ikan Bilis dan produk-produk lain. Hasil pendapatan negara
Malaysia adalah salah satunya daripada hasil penangkapan ikan dan
jualan produk-produk sumber dari sumber ikan. Selain itu, aktiviti
perikanan ini juga memberi sumbangan yang besar kepada
pembangunan negara.
Hasil yang kita terima daripada aktiviti penangkapan ikan
digunakan dalam pembangunan negara seperti infrastruktur yang
efisyen, pembinaan bangunan baru dan juga untuk mempertingkatkan
lagi teknologi yang canggih untuk penangkapan ikan. Hasil ini dapat
menjana ekonomi negara kita malah negara kita dapat maju dikaca
mata dunia.
3.7.2 Sektor pelancongan.
Kegiatan perikanan ini juga dapat menarik perhatian pelancong
di serantau dunia. Kebanyakannya pelancong di sekitar Pulau
Langkawi datang melancong untuk melihat berbagai-bagai spesis ikan
yang hidup di dasar laut dan dapat dipulihara serta dipelihara dengan
baik. Dengan penangkapan ikan yang diperketatkan oleh Akta
Perikanan 1985, ikan-ikan disekitar Pulau Langkawi dapat di pulihara
dengan baik. Ini dapat menarik perhatian para pelancong dari seluruh
dunia. Ini dapat menjadikan Pulau Langkawi sebagai salah satu tempat
pelancongan yang terkenal dan menyumbang kepada ekonomi negara
dan fauna selalu dapat dikawal.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
23/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 23
Selain itu,baru-baru ini kerajaan telah memperuntukkan wang
bagi membina semula kelong yang telah runtuh pada tahun 2005.
Pada tahun 2004 kerajaan telah membina kelong dengan membiayai
kos yang tinggi, malangnya tsunami yang melanda dan menggegarkan
rantau Asia Tenggara menyebabkan kelong tersebut runtuh dan rosak
sehingga tidak boleh digunakan semula. Maka dengan pelan baru,
secara efisyen kerajaan telah memperuntukkan wang bagi membina
semula kelong tersebut. Usaha ini dapat diteruskan sehingga kini dan
masa akan datang. Ini akan menarik perhatian pelancong-pelancong
tempatan dan juga luar negara. Kelong adalah satu tempat yang unik
bagi menangkap ikan dan ia dibina di pinggir pantai dan jaraknya 100
meter dari darat.
Pada masa yang sama, homestay-homestay yang telah dibina
disekitar Pulau Langkawi juga menarik perhatian pelancong. Program
homestay ini juga merupakan salah satu potensi kerajaan atau
penduduk tempatan untuk menarik minat pelancong pada masa akan
datang. Pulau Tuba merupakan salah satu pulau yang terkemuka
dengan homestay. Homestay disitu ditempatkan di perkampungannelayan bagi menarik minat pelancongan untuk tinggal disitu. Ini
memberi peluang kepada pelancong untuk mengetahui mengenai
perikanan dengan lebih mendalami dan kehidupan penduduk nelayan
disitu. Maka kerajaan telah berusaha dengan sedaya upaya bagi
membina lebih banyak homestay bagi menarik minat pelancong dan ini
tetap menjana ekonomi negara dan keunggulan Pulau Langkawi pada
masa yang akan datang.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
24/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 24
4.0 Kesimpulan
Dalam kegiatan ekonomi yang sedang dilakukan oleh negara kita
termasuklah, kegiatan ekonomi perikanan,perniagaan,pengangkutan serta
pelancongan dan lain-lain. Dalam kajian yang telah kami lakukan mengenai kegiatan
perikanan pinggir pantai dapat memberi banyak pengetahuan dan dapatan kajian
yang kami perlukan. Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Malaysia bukannya
sekadar bagi memajukan negara dalam sektor-sektor tersebut tetapi bagi menjana
ekonomi negara,memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dan memberi
sumber yang mencukupi kepada masyarakat.
Langkawi mempunyai sebanyak 99 buah pulau dalam gugusannya. Selain itu,
terdapat 33 pangkalan bagi pendaratan ikan di Langkawi dan Penarak merupakan
pangkalan utama bagi pendaratan ikan. Penarak bukan sahaja pangkalan utama
bagi pendaratan ikan dan hasil laut bahkan juga sebagai tempat untuk nelayan
mendapatkan bekalan diesel subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan kepada mereka.
Langkawi merupakan Zon A bagi kawasan perikanan. Bagi menjalankan
kegiatan perikanan pinggir pantai, ia memerlukan lesen perikanan kelas A
bersesuaian dengan zon perikanan tersebut. Zon A bermaksud kegiatan perikananhanya boleh dijalankan sejauh lima batu nautika sahaja.
Perikanan pinggir pantai yang dijalankan masih lagi berbentuk tradisional
tetapi alatan yang digunakan moden dan canggih. Antara alatan moden yang
digunakan ialah Sistem Pengesan Global (GPS) dan mesin pukat. GPS
memudahkan para nelayan untuk mengetahui kedudukan mereka agar mereka tidak
tersasar ke perairan negara asing. Mesin pukat pula digunakan untuk menarik
pukat. Nelayan tidak lagi perlu memerah keringat yang banyak untuk menarik pukat.
Tugas untuk menarik pukat tidak lagi memerlukan tenaga yang banyak dan hal ini
dapat mengatasi masalah nelayan yang semakin berkurangan dengan bantuan
mesin.
Pelbagai jenis ikan telah ditangkap oleh nelayan di Langkawi seperti tamban,
bilis, bawal, kerapu dan bermacam lagi. Bilis merupakan hasil tangkapan utama bagi
nelayan Langkawi. Selain daripada ikan, udang dan ketam juga ditangkap bagi
memenuhi pasaran tempatan. Hasil laut yang berjaya ditangkap bukan sahaja dijual
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
25/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 25
terus kepada pemborong atau pihak persatuan tetapi juga dijadikan sebagai salah
satu produk untuk industri kecil dan sederhana. Mereka yang terlibat adalah dalam
kalangan nelayan itu sendiri.
Ikan bilis yang telah ditangkap akan diproses untuk dijual di sekitar Pekan
Kuah. Bilis Langkawi merupakan salah satu produk yang dijadikan buah tangan oleh
pelancong yang datang ke situ. Inisiatif pihak Persatuan Nelayan Kawasan Langkawi
menjadikan bilis sebagai produk makanan ringan. Mereka telah mendapat suntikan
modal daripada pihak persatuan dan juga daripada pihak kerajaan.
Masalah yang berlaku ialah ketiadaan pekerja tempatan. Pihak nelayan
kawasan Langkawi terpaksa memerlukan khidmat nelayan asing yang diupah.
Kepesatan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan, menarik minat golongan
muda untuk bekerja dalam sektor tersebut.
Antara pekerjaan yang diminati oleh golongan muda ialah perhotelan, agensi
pelancongan dan bermacam-macam lagi. Disebabkan oleh itu, golongan muda
tempatan yang menjadi nelayan pinggir pantai semakin berkurangan.
Cuaca yang panas, hasil tangkapan yang tidak menentu, harga yang tidak
stabil, ancaman lanun merupakan alasan yang dijadikan oleh golongan muda untuk
tidak menceburi bidang ini. Pengusaha-pengusaha bot nelayan terpaksa mengambil
nelayan asing untuk bekerja dengan mereka. Seterusnya, nelayan asing yang
diambil bekerja menimbulkan masalah komunikasi dan budaya dengan penduduk
setempat. Rata-rata nelayan asing tidak fasih untuk berbahasa Melayu dan budaya
mereka berbeza dengan budaya setempat.
Seperti yang kita ketahui, pulau Langkawi dan pulau-pulau di sekitarnya
didiami oleh masyarakat Melayu. Maka bahasa, budaya dan adat resam adalah
bercirikan Melayu. Nelayan asing yang datang membawa bahasa, budaya dan adat
mereka. Kebanyakkan nelayan asing berasal daripada Thailand. Nelayan asing
memberikan masalah kepada penduduk sekitar kerana kebanyakkan mereka tidak
fasih berbahasa Melayu dan penduduk tempatan tidak memahami bahasa Thai. Hal
ini menimbulkan masalah komunikasi. Malaysia salah satu daripada negara ASEAN
akan tetapi budaya Malaysia dengan negara jirannya berlainan. Disebabkan oleh itu,
berlaku perbezaan budaya, adat resam dan cara hidup antara masyarakatnya.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
26/27
KKBI GEOGRAFI : PERIKANAN PINGGIR PANTAI 26
Jika dilihat di sekitar kawasan jeti perikanan, terdapat botol minuman keras
yang boleh dijumpai. Walaupun bilangannya tidak banyak tetapi kehadiran botol
tersebut menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan dan
pelancong yang singgah di situ. Hal ini boleh menimbulkan tanggapan negatif orang
luar kepada penduduk di situ kerana pelancong asing tidak mengetahui situasi
sebenar.
Selat Melaka merupakan selat yang terpanjang dan juga salah satu selat
yang tersibuk di dunia. Banyak kegiatan telah dijalankan dijalankan di sini seperti
perdagangan dan perikanan. Disebabkan oleh itu, selat ini menjadi tumpuan lanun
bagi menjalankan kegiatan mereka.
Selain daripada kapal dagang, bot nelayan juga menjadi sasaran lanun bagi
mendatangkan hasil mereka. Lanun-lanun telah menggunakan senjata api bagi
merampas bot nelayan. Disebabkan oleh itu, kegiatan lanun amat bahaya kepada
nelayan.
Bagi masalah ketiadaan penduduk tempatan untuk bekerja sebagai nelayan,
pihak pengusaha telah mendapatkan khidmat nelayan asing dari negara jiran.
Nelayan asing yang berkhidmat sebagai nelayan di Langkawi majoriti berasal darinegara Thailand dan selebihnya berasal dari Myanmar. Mereka tinggal dan menetap
di sekitar kawasan pelabuhan ikan yang terletak di Penarak. Pengusaha bot atau
vesel dapat mengatasi masalah ketiadaan pekerja dengan mengimport tenaga buruh
dari luar. Dalam aspek komunikasi, pada mulanya ia ada masalah akan tetapi ianya
dapat diatasi.
Bagi masalah sosial dalam kalangan nelayan asing, hal ini tidak
membimbangkan dan dapat diatasi diperingkat bawah. Nelayan hanya berada di
kawasan Penarak dan mereka jarang sekali keluar ke bandar. Jika mereka
memerlukan bahan keperluan, mereka hanya meminta daripada pihak majikan.
Selain itu, kerajaan telah mengenakan visa terhad kepada nelayan asing yang
bekerja dalam negara ini. Visa tersebut dapat mengawal pergerakan dan tingkah
laku pekerja asing dalam negara.
8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Perikanan Pinggir Pantai
27/27
Pasukan-pasukan khas seperti Unit Selam Tempur PDRM dan Pasukan Khas
Laut TLDM telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tugasan mereka adalah
membantu menyelamatkan nyawa dan harta milik nelayan jika mereka mendapat
gangguan daripada pihak lanun. Selain itu, pihak majikan telah menggunakan GPS
bagi setiap bot bertujuan untuk memudahkan mereka mengesan kedudukan agar
tidak tersasar jauh daripada perairan Malaysia.
Dari segi kesan negatif pula, pada abad ke-21 ini,nelayan-nelayan yang
bermampu menggunakan teknologi moden atau kaedah moden seperti penggunaan
bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut
yang mengancam hidupan akuatik sekali gus boleh menyebabkan ancaman sumber
protein berasaskan sumber laut. Selain itu, kegiatan perikanan juga membawa
kepupusan terhadap spesis di pinggir pantai. Ini mengakibatkan para nelayan tidak
dapat membawa hasil yang banyak.
Mengadakan kempen memelihara dan memulihara kehidupan akuatik. Ini
dapat memberi peluang kepada para penduduk nelayan dan syarikat-syarikat besar
serta generasi akan datang untuk memelihara dan memulihara kehidupan akuatik
yang sedang pupus. Ini boleh mendatangkan usaha yang begitu besar dan Berjaya
bagi mengenali kesan-kesan penangkapan ikan, cara-cara dan usaha-usaha untuk
menggelakkan.
Kegiatan perikanan ini juga mendatangkan potensi yang begitu tinggi pada
masa hadapan bagi menjana ekonomi negara dan menyumbang pendapatan yang
tinggi dan sumber yang mencukupi kepada penduduk atau masyarakat disini. Jika
kegiatan perikanan dapat dipergiatkan lagi,penduduk disekitar Pulau Langkawi dapat
sumber makanan yang mencukupi. Sumber makanan boleh dikatakan sebahagian
daripada sumber penangkapan ikannya sendiri atau pun sebahagian daripada
pendapatan yang mereka menerima melalui hasil jualan ikan yang mereka dapat
tangkap. Maka hasil penangkapan ikan ini memberi rezeki yang mencukupi kepada
penduduk bagi menyara keluarga.
Top Related