1.a) PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN
i. Pengertian Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat
penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi
pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru
dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.
ii. Konsep pentaksiran
Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan
Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu
pendidikan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran
dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod
(pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah
maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.
Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi
pengujian, pengukuran dan penilaian.
iii) Objektif Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:
1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari
masa ke semasa.
4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan
murid.
5. Mengesan keberkesanan pengajaran
6. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
iv) Tujuan Pentaksiran
Tujuan pentaksiran adalah:
i. Mengesan keberkesanan pengajaran.
ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.
iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan
pertumbuhan murid.
iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke
semasa.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
v) Ciri- Ciri Pentaksiran
1. Kesahan Skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan
2. Kebolehpercayaan Skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan
3. Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
4. Kebolehtadbiran : Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah
5. Kemudahtafsiran : Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi
antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
6. Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan
Pelajaran
Rajah 1: perhubungan antara pentaksiran, penilaian,pengukuran dan pengujian
Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran
dan penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami
konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian
adalah amat penting sekali.
b) PENTAKSIRAN AUTENTIK
i. Pengertian Dan Konsep Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik
darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia
sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses
yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku
Educational Assessment of Students).
PENTAKSIRAN
Penilaian
Pengukuran
pengujian
Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-
kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka
melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada
kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau
teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya
melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat
disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif
proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk
melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk
kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran
yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
ii. Tujuan Pentaksiran Autentik
Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada
peperiksaan ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang
meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Peperiksaan berbentuk objektif
contohnya, hanya menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak
mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas,
interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan
bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik adalah bertujuan untuk:
menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.
menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
berfikir secara kritis).
memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini juga dapat mencungkil
kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki
diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.
J. Michael O’ Malley merupakan seorang penyelia pentaksiran di Prince William
County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce, siswazah dari School of
Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri prestasi pelajar
yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu;
Membentuk reaksi (Constructed Response)
- Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada pengalaman
mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam
menghasilkan produk.
Tahap pemikiran tinggi
- (Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan
kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian.
-
Kejituan (Authenticity)
- Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks
kehidupan sebenar.
Integratif (Integrative)
- Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai
kandungan lain yang merentasi kurikulum .
Proses dan produk (Process and Product)
- Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan potensi
dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks
Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang
dengan teliti agar matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik
dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang
berbeza perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran
autentik ini.
iii. Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik
Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-
kanak. Antaranya ialah;
o Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan
o Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya
o Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi
o Subjek membina maksud yang tersirat
o Berpusatkan kanak-kanak
iv) Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Autentik
O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran
autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan
didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah.
Temubual Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang,
aktiviti, minat dan lain-lain lagi
Penceritaan
Semula /
Bercerita
Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui
pembacaan mereka
Sampel
Penulisan
Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui
penulisan
Projek/
Pameran
Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran
Eksperimen/
Demostrasi
Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan
prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan
mendokumentasikan hasil eksperimen
Pemerhatian
Guru
Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan
tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di
dalam aktiviti kelas
Portfolio Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat
perkembangan dari masa ke semasa
Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh
digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat
perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi
kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.
c) PENILAIAN SUMATIF
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.
Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun
yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum
i. Ciri- ciri penilaian sumatif:
penialain sumatif lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-
satu topik pembelajaran. Selain itu, penilaian formatif dijalankan untuk menentukan
pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk
menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
ii) Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:
sebelum melaksanakan ujian sumatif, terdapat juga langkah-langkah untuk
membentuk ujian sumatif agar item atau soalan yang dibuat hendaklah selaras
dengan tahap dan topik-topik yang telah dipelajari oleh murid-murid. Berikut adalah
langkah-langkah dalam membentuk ujian sumatif ;
o Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang
lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,
kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal
dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.
o Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin
diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
o Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut
bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat
kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan
topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan
bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.
o Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini
dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.
o Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan
dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.
o Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel
pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan
boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud
pada item berkenaan.
o Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras
kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan
kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang
disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.
iii) Tujuan Ujian Sumatif
penilaian sumatif dibentuk bukan bertujuan untuk membebankan guru atau murid
mahupun menyusahkan murid terpaksa mengulang semula tajuk atau topik pelajaran
yang sudah dipelajari. Namun, berikut adalah tujuan penilaian sumatif dijalankan
atas murid-murid;
o Membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.
o Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
o Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini
berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang
dijalankan.
o Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
o Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.
d) PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
i) Ciri-ciri Penilaian Formatif
o Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.
o Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian
ini digunakan secara terus menerus.
o Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah
yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.
o Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
o Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama
memperolehi manfaat daripadanya.
o Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah
yang tidak ditentukan gred.
ii) Prosedur Penilaian Formatif
sebelum membina soalan atau item, guru hendaklah mengetahui prosedur untuk
membuat penilaian formatif, sama seperti jenis-jenis penilaian yang lain. Langkah-
langkahnya ialah;
1. Menentukan topik pembelajaran.
o Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan
sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Topik berdasarkan sukatan
pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut
mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan
mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru
akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu
terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum
beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat
tahap penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik
pembelajaran.
o Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,
membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek
berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-
murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini
apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan
penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan
pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik
o Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik
pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan
taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan
selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang
terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian
o Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan langkah susulan
o Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. tindakan susulan harus
dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-
murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka
tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula
topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-
murid boleh menguasai topik tersebut.
iii) Tujuan Penilaian Formatif
Secara ringkas, tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk;
o Memperbaiki pengajaran pembelajaran.
o Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.
o Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada
penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.
o Menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan
ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada
akhir penggal atau semester persekolahan.
o Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu
kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
o Guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini
melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang
dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid
dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru
dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir
penggal persekolahan.
o Mengubah suai pengajaran seseorang guru.
o Guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam
penyampaian.
o Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.
o Menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang
dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-
topik pembelajaran.
Rumusannya, penilaian sumatif dan formatif adalah sangat penting untuk dijalankan
pada murid-murid bagi mengenalpasti kefahaman murid mengenai topik-topik
pelajaran yang telah mereka pelajari. Secara ringkasnya, di bawah ini adalah
perbezaan antara penilaian sumatif dan penilaian formatif.
Jenis /
Ciri
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Pengertian
Satu jenis ujian formal atau tak
formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas.
Satu jenis ujian formal untuk
mengesan tahap pencapaian
murid dalam sesuatu prestasi
persekolahan.
Tujuan
Mengesan penguasaan dan
kemajuan murid untuk membaiki
kelemahan dengan kada segera.
Mengesan pencapaian murid
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.
Aktiviti
Menjalankan ujian formal atau
tidak formal semasa sesi
pengajaran dan
pembelajaran sama ada dibuat
secara individu, kumpulan atau
menyeluruh.
Menjalankan ujian formal dalam
beberapa waktu berdasarkan
ketetapan jadual secara individu
mengikut kelas.
Masa
Semasa sesi pengajaran
dilakukan atau setiap hujung
bulan.
Semasa semester pertama
(pertengahan tahun) dan semester
kedua (akhir tahun).
Bentuk
Ujian tidak formal (pemerhatian
dan sesi soaljawab), atau formal
(ujian bulan) melibatkan ujian
kertas pensel dam masa yang
singkat.
Ujian formal adalah ujian kertas
pensel atau ujian, lisan dalam
jangka masa yang ditetapkan
mengikut kesesuaiannya.
Sasaran Secara individu, secara kumpulan
atau kelas.
Secara kelas
Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)
Meliputi beberapa unit
pembelajaran atau sesuatu tahap
persekolahan
Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal)
dan penggunaan senarai semak
atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)
Penggunaan rekod profil atau
pensijilan.
Tindakan
Membetulkan kelemahan dengan
kadar segera atau menjalankan
aktiviti pengayaan atau pemulihan
di dalam kelas.
Menempatkan murid
kumpulan atau kelas yang
sesuai.
Merancang dan
mengubahsuai pelajaran atau
kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam
peperiksaan
e) Peraturan Memberi Markah
i. Secara Keseluruhan (Holistik)
Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan
kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan
pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak
terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan,
menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu
meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau
pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah
diberikan markah ‘cemerlang’.
Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan,
bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-
asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan
berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-
bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat
dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal.
Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal
ialah:
Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan,
Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di
atas dan prestasi terburuk di bawah,
Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan
sebagainya,
Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah
dipertimbangkan untuk setiap kumpulan.
Pemeriksa yang menggunakan skalanorminal hendaklah membaca skrip jawapan
pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk
mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian,
pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred
yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan
‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ .
Secara Analitik
Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei
secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yanglebih
terperinci. Ia mengandungi nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih
khusus. Kaedah pemarkahan analitik bermaksud kaedah memberi markah secara
point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit
jawapan diberi perhatian dan pemberatan.
Dalam kaedah ini, markahdiperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang
merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi
markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tigakriteria
tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang
akandiberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan
sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan
kesepaduan unsur-unsur berkenanan.
Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari
0 sehingga6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan
pula kepada 5 bahagiansetiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan
secara analtitik yangdigunakan olehguru semasa menanda kertas peperiksaan
pelajar.
Perbezaan peraturan memberi markah secara holistik dan analitik:
Ii) Pemilihan Kriteria
Satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar
dengan merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.
Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan
kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan
tugasan soalan.
o Contohnya, seorang guru mengajar murid dlm kelas tentang corak tidak
terancang melalui teknik tiupan.
Kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah ialah dari segi
penggunaan warna, kemasan, alat dan bahan, gubahan dan motif.
Kelebihan Pemarkahan Pemilihan Kriteria
Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan.
Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor
pelajar lain.
Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah,
min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.
Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.
Kelemahan Pemarkahan Pemilihan Kriteria
Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item
untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah
mencukupi.
Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang
pengetahuan atau kemahiran (MCMillan 1997).
Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan
untuk setiap objektif.
2) BENTUK PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal
selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan
tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau
dari dekat.
Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-
sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak
digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains
dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus
dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.
Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik
mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji
perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap
kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan
kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian
juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar
di kalangan kaunselor dan guru pelatih.
Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang
baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan
secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.
Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu
kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut
memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.
Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait
dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.
Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya
dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori
tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat
yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah
dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian,
semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit
tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi
ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran
mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan
dan kesempurnaan data yang diperoleh.
Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu
tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan
tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai
penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan
tingkah laku.
Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak
mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.Bagi
mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada
pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku
merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara
pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili
masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.
i) Pemerhatian Berdasarkan Rekod Anekdot
Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif
untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara
kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid
secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa
ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara
objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah
peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Panduan Menulis Rekod :
o Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
o Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku
bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.
o Menulis apa yang dilihat secara objektif
o Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek
perkembangan murid.
o Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
o Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
o Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
o Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid
yang diperhatikan.
ii) Pemerhatian Melalui Temu Bual
Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu
ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam
penyelidikan kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil
syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit,
bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data
tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan
yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan.
Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual
melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan
dimana anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid
tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman
mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum,
semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.
Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh
dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagaiTRIANGULASI yang bertujuan untuk
mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian
dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun
murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual
Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu
bercakap. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980) iaitu temu bual ialah salah satu cara
anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami
dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui
perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan.
Cara Melakukan Temu Bual
Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat
maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat.
Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik
atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran
dijalankan
Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh
murid, iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa
berada di perpustakaan.
iii) Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak
Berdasarkan Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) senarai semak adalah senarai
item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai semak boleh dibina bagi
salah satu ataupun semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain
psikomotor. Merujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) domain kognitif
merangkumi kompenan bahasa dan perkembangan kognitif iaitu Matematik dan
Sains. Domain afektif pula kompenan yang berkait dengan kerohanian dan moral
iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta perkembangan
sosioemosi. Secara amnya, domain ini terlibat dengan perkembangan sikap dan
nilai murid pada sesuatu situasi. Domain yang ketiga ialah domain psikomotor yang
berkaitan dengan kompenan Fizikal dan kompenan Kreativiti dan Estetika.
iv) Pemerhatian Melalui Borang Kemajuan Diri
Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid
dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua
Pendaftar dari masa ke semasa.
Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.
Pelaporan ini perlu dibuat bagi memastikan sama ada berlakunya peningkatan atau
penurunan dalam perkembangan sesuatu kemahiran yang telah diajar kepada
murid.Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar
murid.Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain
yang ditentukan. Gambar rajah 2 di bawah menunjukkan contoh pelaporan tentang
kemajuan diri murid;
v) Pemerhatian Melalui Soal Selidik
soal selidik adalah alat ukur yang paling terkenal dalam kajian tinjauan
manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Data
yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil
dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak
soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru
mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal
selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah.
Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:
o Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari
o Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa
o Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang
mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti
o Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka
mengkritik sama ada positif atau negatif
o Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk
menjawab soal selidik
Terdapat juga panduan yang dinyatakan secara ringkas untuk membentuk item soal
selidik. Antaranya ialah;
o Penggunaan bahasa yang mudah
o Selaras dengan responden
o Elakkan soalan yang sukar
o Soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden
o Elakkan soalan yang dwi-maksud iaitu soalan yang hampir sama
o Elakkan soalan yang kabur iaitu kehendak soalan yang kurang jelas
o Elakkan soalan yang berarah atau item negatif
Di bawah ini adalah salah satu contoh item untuk soal selidik tentang mata pelajaran
pendidikan seni visual kepada murid.
ARAHAN : Tandakan pada tempat yang sesuai
1. Jantina :
a. Lelaki
b. Perempuan
2. Tahun :
a. 3 Intan
b. 3 Zamrud
c. 3 Delima
3. Pekerjaan Ibu/ Bapa :
a. Kerajaan
b. Swasta
c. Persendirian
d. Tidak Bekerja
BAHAGIAN 2 : PERSEPSI KENDIRI MURID-MURID TERHADAP FAKTOR
DOMINAN YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP PSV
ARAHAN : Berikut Di bawah ini adalah senarai faktor-faktor yang mempengaruhi
minat anda terhadap PSV. Tiada jawapan yang betul atau salah. Pilih jawapan yang
paling sesuai..
Sila tandakan ( / ) nombor ‘1’ hingga ‘3’ dalam kotak yang disediakan.
a. Guru PSV
b. Ibu Bapa
c. Alat / Media PSV
ARAHAN : Di bawah ini terdapat penyataan tentang pengaruh faktor guru PSV.
Tiada jawapan yang betul atau salah. Sila nyatakan pandangan dan pendirian anda
sendiri tanpa terpengaruh, meniru atau disuruh oleh orang lain.
Sila tandakan ( / ) pada ruang kosong yang berkenaan.
1. Minat jika guru PSV sentiasa menyediakan aktiviti seni yang baru, setiap minggu.
Setuju
Tidak Setuju
2. Minat masa PSV singkat.
BAHAGIAN 3 : ITEM FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT
TERHADAP PSV
A. FAKTOR GURU PSV
SAYA MEMINATI PSV KERANA…. KEUTAMAAN
Setuju
Tidak Setuju
3. Minat mudah faham pengajaran dan pembelajaran PSV.
Setuju
Tidak Setuju
4. Minat guru PSV tunjuk cara dengan baik.
Setuju
Tidak Setuju
5. Guru PSV adil kepada semua murid.
Setuju
Tidak Setuju
6. Guru PSV memberi saya peluang menunjukkan kebolehan. Saya seronok.
Setuju
Tidak Setuju
7. Guru PSV memberi penerangan jelas.
Setuju
Tidak Setuju
8. Guru PSV menggalakkan kami bertanya jika tidak faham.
Setuju
Tidak Setuju
9. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika guru tidak menunjukkan
cara- cara untuk melaksanakan aktiviti seni yang akan dipelajari.
Setuju
Tidak Setuju
10. Minat ambil bahagian aktiviti PSV.
Setuju
Tidak Setuju
11. Minat kelas PSV menyeronokkan.
Setuju
Tidak Setuju
12. Minat guru PSV beri soalan yang menggalakkan saya berfikir.
Setuju
Tidak Setuju
13. Guru PSV saya mesra dan ceria.
Setuju
Tidak Setuju
14. Minat kepuasan kelas PSV.
Setuju
Tidak Setuju
15. Aktiviti PSV galakkan kerjasama.
Setuju
Tidak Setuju
16. Guru PSV mewajibkan semua murid membawa peralatan seni.
Setuju
Tidak Setuju
17. Guru PSV sentiasa memberi sokongan dan galakkan.
Setuju
Tidak Setuju
18. Guru PSV sentiasa mengingatkan kami supaya membersihkan kawasan kerja
setiap kali kami selesai aktiviti seni.
Setuju
Tidak Setuju
19. Guru PSV beri pujian pada hasil kerja saya.
Setuju
Tidak Setuju
20. Guru PSV yakinkan saya bersosial melalui aktiviti PSV.
Setuju
Tidak Setuju
21. Guru PSV berpenampilan menarik.
Setuju
Tidak Setuju
22. Guru PSV menolong murid bermasalah.
Setuju
Tidak Setuju
23. Guru PSV mengawal murid dengan baik.
Setuju
Tidak Setuju
24. Guru PSV peka dengan perasaan saya.
Setuju
Tidak Setuju
25. Guru PSV saya kreatif.
Setuju
Tidak Setuju
26. Saya minat masa kelas PSV guru mengajar subjek lain.
Setuju
Tidak Setuju
27. Kemahiran baru diajar setiap minggu.
Setuju
Tidak Setuju
28. Ibu bapa menggalakkan saya dengan cara selalu membantu saya ketika saya
menyiapkan tugasan PSV di rumah.
Setuju
Tidak Setuju
29. Saya berminat mengikuti kelas PSV jika ibubapa saya meminati PSV.
Setuju
Tidak Setuju
30. Saya tidak berminat mengikuti PSV jika ibubapa tidak menyediakan wang untuk
saya membeli alat / media seni.
Setuju
Tidak Setuju
31. Pujian dan penghargaan ibubapa terhadap kerja seni akan meningkatkan minat
saya terhadap PSV.
Setuju
Tidak Setuju
32. Ibubapa sering membantu.
B. FAKTOR IBU BAPA
Setuju
Tidak Setuju
33. Ibubapa saya tidak pernah bertanya tentang kelas PSV.
Setuju
Tidak Setuju
k
34. Alat / media berbeza membolehkan saya belajar kemahiran baru
Setuju
Tidak Setuju
35. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika tidak ada alat / media
seni.
Setuju
Tidak Setuju
36. Minat PSV jika tidak perlu membeli / membawa apa-apa alat / media untuk
kelas PSV
Setuju
Tidak Setuju
37. Alat / media seni membazirkan wang.
C. FAKTOR ALAT / MEDIA
Setuju
Tidak Setuju
38. Alat / media seni mempengaruhi hasil kerja seni saya
Setuju
Tidak Setuju
39. Minat jika sentiasa menggunakan alat / media seni berbeza setiap minggu
Contoh : krayon, pensel warna, warna air, gouche, tempera atau cat minyak
Setuju
Tidak Setuju
vi) Pemerhatian Melalui Rekod Profil Murid
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-
murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini
ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi
murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun,
pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam
rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil
yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat ,
bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang
murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk
pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas
dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.
b) Pemerhatian Melalui Portfolio
Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi
bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan
pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman
Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa
kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.
Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :
o Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar
o Contoh hasil kerja pelajar
o Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni
Visual
o Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa
penting untuk dikongsi bersama pihak lain
o Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja
seni
Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan
Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran
mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama
ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.
Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah
yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula
menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja
yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti
untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses
pembelajaran pelajar.
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio
dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio
persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan,
eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.
Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :
Kajian
o Pemerhatian dan pengamatan
o Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan
kegiatan
o Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan
Lakaran
o Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang
konstruktif ‘Pewujudan Idea’
o Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Rangka Sebenar
o Merangka reka cadang atau model
o Menentukan alatan dan bahan
o Prototaip (jika berkaitan)
Persembahan Portfolio
o Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat
o Mengikut urutan
o Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi
kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui
sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal
pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada
kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:
o Jurnal
o Diari
o Laporan
o Kompilasi catatan yang dijilid
o Beberapa helaian kertas yang di kokot
o Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio
secara umum. Antaranya :
o Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil
kerja dan pencapaian pelajar
o Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria
sendiri
o Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui
o kemajuan pembelajaran pelajar
o Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil
kerja sendiri
o Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang
pelajar dengan pelajar yang lain
Cadangan Kandungan Portfolio
Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,
antaranya:
Kecerdasan Linguistik
• Catatan pra penulisan
• Draf projek penulisan
• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian
• Proses Penyelesaian masalah
Kecerdasan Ruang-Visual
• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran
Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.
Kecerdasan Interpersonal
• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain
• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:
• Catatan jurnal
• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri
• Sampel latihan refleksi kendiri
• Soal selidik
• Carta kemajuan
• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri
Jadual di bawah ini adalah contoh istrumen untuk semakan portfolio;
SENARAI SEMAK PENILAIAN TINGKAH LAKU PELAJAR DALAM PEMBINAAN
PORTFOLIO
Tajuk portfolio: Bahasa Melayu Pemahaman
Kriteria tingkah laku murid Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4
1. Mempunyai kerjasama yang erat
dengan murid-murid yang lain
2. Mengumpul maklumat daripada
pelbagai sumber
3. Selalu memberi idea ketika
sesuatu sesi perbincangan
4. Melakukan perbincangan bersama
rakan-rakan dalam membina portfolio
5. Mempunyai kekemasan dan ciri-
ciri estetika dalam menyiapkan portfolio
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
Skala pengukuran pemberian mata atau markah atau skor untuk murid.
Skor Perlakuan
4 Saya telah memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh
membantu menghasilkan tugasan berkualiti.
3 Saya memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh membantu
saya melaksanakan tugasan.
2 Saya telah memilih/mengumpul bahan yang kurang penting tetapi
masih boleh digunakan untuk melaksana tugasan.
1 Saya tidak dapat mencari/mengumpulan bahan yang boleh
membantu saya melaksanakan tugasan.
c) Pemerhatian Melalui Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan
kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan
dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti
dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan
kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan,
keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek
seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam
kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta
minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.
Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan,
pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran
berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan
emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur
perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta
merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat
merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga
digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui
penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan
pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan
Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian.
PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK RIAM BATU DUA, MIRI
TAHUN 4
Sila jawab soalan di bawah. (100 markah)
.
1. Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang
hulu dan setangan kepala . tengkolok merupakan sejenis alas kepala
tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat
daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek)
yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam
majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para
hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika
majlis perkahwinan.
a) Merujuk kepada gambar dan maklumat di atas, sila hasilkan satu
tengkolok mengikut kreativiti masing-masing.
b) Lukiskan dan warnakan tengkolok yang telah anda hasilkan dengan
corak geometri atau corak organik.
c) Media dan teknik yang anda gunakan adalah mengikut kreativiti
masing-masing serta sesuai digunakan.
BORANG PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SK RIAM BATU DUA, MIRI
TAHUN 4
Nama Murid : …………………………………………………………..
Aktiviti : ………………………………………………………….
Bidang : ………………………………………………………….
Tajuk / Tema : ………………………………………………………….
Sila isikan skor pada ruang jadual di bawah.
Bil. kriteria
Pemarkahan ( % )
Cemerlang
(1 – 20%)
Baik
(1 – 20%)
Sederhana
(1 – 20%)
Lemah
(1 – 20%)
Sangat
Lemah
(1 – 20%)
1. Penghasilan
Produk
2. Teknik
3. Alat Dan Bahan
4. Apresiasi
5. Sikap Dan
Sahsiah
Jumlah
Markah penuh :
Top Related