Kertas Kerja Cadangan Projek Kemudahan Mesra OKUKelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK DATO KAMARUDDIN, Batu Kurau, Perak.
1. LATAR BELAKANG PROJEK
Sekolah Menengah Dato Kamaruddin telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan telah dirasmikan pada 16 Julai 1972, dengan keluasan 13 ekar (5.26 hektar). Pada masa itu, jumlah kelas yang telah dibuka ialah 7 buah kelas, guru seramai 4 orang manakala bilangan pelajar adalah 12 orang. Lokasi sekolah ini adalah 26 km dari PPD Larut, Matang dan Selama dan 100 km dari Jabatan Pendidikan Perak.
Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) pula telah dibuka pada 15 Januari 2007. Kelas bermula dengan 12 orang pelajar, 2 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Sejak awal pembinaannya, blok Pendidikan Khas telah melalui beberapa kerja naik taraf seperti penambahan partition bagi mewujudkan 3 buah kelas, menaiktaraf tandas, menaiktaraf koridor menjadi kelas serbaguna dan yang terbaru pembinaan blok tambahan. Memandangkan enrolmen pelajar yan guru yang semakin bertambah, maka kemudahan mesra OKU yang meliputi tandas OKU, chairlift, ramp/kerb, parkir OKU dan railing amat diperlukan. Jadual 1 di bawah memberikan jumlah penambahan guru, PPM, pelajar dan kelas.
TahunGuruPPMPelajarKelas
200741122
200852173
200952193
201062234
201162244
201262325
201372295
201462335
BIODATA SEKOLAHNama Sekolah : SMK DATO KAMARUDDINKod Sekolah : AEE6058Daerah : Larut, Matang dan SelamaStatus : Sekolah KerajaanBil. Guru PPKI : 6 orang (2 lelaki / 4 perempuan)Bil. Staf Sokongan (PPM) : 2 orangBil. Enrolmen Murid PPKI : 33 orang (22 lelaki / 11 perempuan)Bil. Bilik Darjah Sedia Ada : 5 Sesi : 1 sesiLokasi : Luar Bandar2. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek pembinaan kemudahan mesra OKU ini adalah penting berdasarkanpertimbangan berikut :
Membolehkan pelajar menggunakan kemudahan asas/tandas dengan selesa dan selamat
Menyediakan kemudahan dan keselesaan pergerakan kepada pelajar yang mengalami masalah mobiliti
Menjamin keselamatan dan memberi kemudahan kepada pelajar apabila bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain
Memberi kemudahan dan menjamin keselamatan pelajar sewaktu dihantar atau diambil oleh ibu bapa pada waktu persekolahan
Memberi kemudahan, keselesaan dan keselamatn kepada pelajar sewaktu berada di sekolah.
3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOSCadangan projek pembinaan kemudahan mesra OKU adalah seperti berikut :
Membina tandas OKU
Chairlift
Ramp/Kerb
Parkir OKU
Railing OKU
4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK
Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut :
4.1 Tandas OKU membolehkan pelajar menggunakan kemudahan asas/tandas dengan selesa dan selamat
4.2 Chairlift memberi kemudahan dan keselesaan pergerakan kepada pelajar yang mengalamimasalah mobiliti
4.3 Ramp/Kerb menjamin keselamatan dan memberi kemudahan kepada pelajar apabilabergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain
4.4 Parkir OKU memberi kemudahan dan menjamin keselamatan kepada pelajar sewaktu dihantar atau diambil oleh ibu bapa waktu persekolahan
4.5 Railing OKU memberi kemudahan, keselesaan dan keselamatan kepada pelajar sewaktuberada di sekolah.
5. JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional pelaksanaan projek ini adalah untuk :
Kepentingan keselesaan dan keselamatan pelajar, PPM dan guru
Penambahan enrolmen pelajar, PPM dan guru yang semakin bertambah saban tahun.
5.3 Membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia prihatin dan serius terhadap kualitipendidikan golongan pelajar berkeperluan khas.5.4 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelajar pendidikan khas. Di samping itu, dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program pendidikan khas.
IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN
Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti :
6.1 Keselamatan pelajar yang tidak terjamin6.2 Matlamat KPM untuk menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif tidaktercapai6.3 Pelajar belajar dalam kondisi yang tidak selesa dan aktiviti yang terhad6.4 Mempengaruhi minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak mereka memasuki program pendidikan khas.6.5 Tidak dapat merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan untuk semua.
7. LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN
Penambahan bilangan pelajar saban tahun menuntut suasana PdP yang kondusif.
Bangunan projek kemudahan mesra OKU yang dicadangkan.
8. PENUTUP
Kesemua komponen projek yang dicadangkan adalah bagi memberi keselesaan kepada semua warga Pendidikan Khas, sama ada semasa sesi PdP mahupun untuk tujuan keselamatan. Penambahan bilangan pelajar, PPM dan guru menuntut pihak pengurusan mengusahakan kemudahan prasarana yang selamat dan kondusif. Ini juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu untuk memberikan ekuiti dan akses kepada murid-murid di Program Pendidikan Khas secara holistik.
Disediakan oleh ;
(NOR MALA BT. ABDUL)Penolong Kanan Pendidikan Khas,SMK Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau,PERAK.
Disahkan oleh ;
(HJH. MARIAM BT. ABU BAKAR)Pengetua,SMK Dato Kamaruddin,34500 Batu Kurau,PERAK.
PERMOHONAN PROJEK KEMUDAHAN MESRA OKUPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI)SMK DATO KAMARUDDIN,34500 BATU KURAU,PERAK DARUL RIDZUAN.
Top Related