ERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSIT
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UN
KERTAS KERJA9
m PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PI
JNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVEi
Membina Daya Saing Usahawan Melayu Menyunsur Arus GlobalisasiAzlah Md. Ali, Suaibah Abu Bakar, Rozeyta Omar dan Syaharizatul Noorizwan Mukhtar
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,
Universiti Teknologi Malaysia
Takrifan Globalisasi, Usahawan dan Melayu
Globalisasi mempunya' beberapa takrifan mengikut pendekatan yang digunakan oleh
seseorang pengkaji dan ianya boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu
kumpulan ahli-ahli logika sebab tunggal (single causal logic ), kumpulan ahli-ahli budaya
dan kumpulan teori pascakolonial (Rosazman, et.al., 2000). Kumpulan pertama
mendefinisikan globalisasi sebagai satu proses pensejagatan yang dipengaruhi oleh faktor
tunggal seperti teknologi, ekonomi atau politik semata-mata. Kumpulan budaya pula
mendefinisikan globalisasi sebagai proses ketidaktentuan budaya yang melanda pelbagai
masyarakat di dunia. Sementara kelompok pascakolonial mendefmisikannya sebagai
proses budaya imperialisme atau neokolonialisme barat terhadap masyarakat Dunia
Ketiga terutamanya.
Penggunaan istilah globalisasi menjadi semakin popular semenjak awal tahun
19S0an yang dirujuk kepada intergrasi ekonomi di seluruh dunia terutama yang berkaitan
dengan pergerakan perdagangan, modal, buruh dan juga maklumat berdasarkan teknologi
di antara negara ( Allinson, 1993 ). Untuk tujuan kertas keija ini, defmisi yang diberikan
oleh Allinson (1993) akan digunakan kerana ianya amat berkaitan dengan beberapa isu
terutamanya persoalan usahawan Melayu dan cabaran globalisasi.
Usahawan ialah seseorang yang mengusahakan pemiagaan, la juga dianggap
sebagai seseorang yang mempunyai daya inovatif dan dapat membahagikan dan
mengurus faktor-faktor pengeluaran dan menanggung risiko (Marshall, 1920 ). Usahawan
juga merujuk kepada seseorang yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan
peluang-peiuang ekonomi dan merangka langkah untuk mengeksploitasikannya ( Cole,
1
1959). Selain itu usahawan turut ditakrifkan sebagai individu yang mencetuskan idea-
idea pemiagaan, membentuk organisasi syarikat, menambah modal, menggaji pekeija,
menjalinkan hubungan dengan pembekal, pelanggan dan pemerintah serta menukarkan
konsep menjadi sebuah organisasi yang berfungsi (Hagen, 1968).
Takrifan Melayu yang paling mantap pernah dikemukakan oleh Za’ba iaitu “
orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, berbangsa Melayu, anak Melayu,
kcturunan Melayu, berdarah Melayu, hati Melayu dan keadaan Melayu” (Zainal Kling,
1997 ). Bangsa Melayu dianggap sebagai penduduk peribumi negara ini dan dahulunya
dibahagikan kepada Melayu Proto dan Melayu Deutro ( Wan Hashim Wan Teh, 1991).
Sebelum. kedatangan Islam .mereka adalah pengamal kepercayaan anamisme, Hindu dan
Buddha. Namun selepas kedatangan Islam mereka memeluk agama tersebut namun
masih ada yang mencampur-adukkan amalan anamisme, Hindu, Buddha dan Islam dalam
budaya dan kepercayaan mereka.
Usahawan Melayu boleh ditakrifkan sebagai individu Melayu yang mempunyai
ciri-ciri seorang berbangsa Melayu dan terlibat di dalam dunia pemiagaan sebagai
seorang yang bukan setakat mempunyai idea pemiagaan tetapi juga dapat merealisasikan
suatu bentuk pemiagaan menerusi pembentukan sebuah organiasasi dan
mengopetasikannya. Sebagai usahawan pula, orang Melayu yang digelar usahawan itu
tadi tidak dapat lari daripada istilah globalisasi kerana mereka adalah sebahagian
daripada entiti di dalam sistem yang mengintergrasikan ekonomi sesebuah negara dengan
negara-negara lain di selurah dunia.
Rempuhan Arus Globalisasi Menerusi WTO dan AFT A.
Pi'Ttubuhsn Perdagangan Amarabatigsa (W'IO!) ditubuhkan pada 1 Januari
1995 selepas nmdmgan Pusingan Uruguay yang berlalu hampir 10 tahun sejak 1986.
Hingga awal tahun 2002, 1.44 buah negara telah nienganggotai WTO, termasuk Malaysia.
China merupakan antara negara yang bam nienganggotai WTO, WTO ialah sebuah
organisasi yang mengurus peraturan-peraturan perdagangan antara negara secara global
Fungsi utamanya ialah memastikan pelaksanaan perdagangan berjalan secara lancar dan
bebas, serta memastikan hasil sistem yang boleh diramalkan.
WTO juga berperanan membantu pengeluar barangan dan perkhidmatan,
pengimport dan pengeksport, dalam pemiagaan mereka. Selain itu, melalui peijanjiarmya,
a juga bertujuan membaiki kebajikan negara anggotanya.
Menerusi WTO, pengguna dan pengeluar tahu mereka akan menikmati
pengeluaran teijamin dan pilihan barangan akhir, komponen, bahan mentah dan
perkhidmatan. Pengeluar dan pengeksport tahu pasaran luar negara terbuka untuk
mereka. Pada dasamya, semua negara akan menandatangani peijan/an untuk
perdagangan antarabangsa dan satu kontrak bersamanya akan memastikan negara
anggota mempunyai hak penting dalam perdagangan antarabangsa. Hasil WTO ini akan
memperlihatkan satu dunia ekonomi yang lebih maju, lebih aman dan lebih
bertanggungjawab. (Dipetik daripada laman WTO; - www.wto.ortJ.)
Negara-negara yang mengutamakan atau mempromosikan WTO ialah koperasi
multinasional dan anggota G8 seperti Amerika Syarikat, {Canada, Kesatuan Eropah dan
Jepun. Negara-negara ini merupakan negara-negara kaya dan bersama-sama dengan
syarikat multinasional, mereka mempergiatkan sistem berasaskan syarat-syarat di dunia
ini. Pada dasamya, WTO adalah untuk membuka pasaran negara-negara sedang
membangun dan dengan itu mereka dapat memasuki pasaran ini menggunakan WTO dan
mengetepikan kerajaan negara-negara terlibat. Syarat-syarat WTO sangat ketat dan
berpengaruh ini digunakan untuk memberitahu negara-negara penerima apa yang perlu
dilakukan.
Pelaksanaan rancangan WTO juga sering dikritik oleh beberapa pertubuhan
antarabangsa. Baru-baru ini, perwakilan persidangan Negara Selatan-Selatan, G77 di
Havana, Cuba telah mengemukakan beberapa perisytiharan terhadap WTO.
3
Di. antara deklarasi yang dikemukakan pada persidangan tersebut ialah “Kami
membela pengembalian keyakinan dalam hubungan sistem dagangan dua hah
(multilateral) di mana ia sepatutnya menyumbang terhadap pertumbuhan dm
pembangunan ekonomi negara-negara Selatan. Kami menyeni negara maju supaya
menunaikan tanggungjawab secara menyeluruh dan cepat untuk melaksanakan
peruntukan layanan khas dan berbeza untuk produk dan perkhidmatan eksport oleh
negara sedang membangun. WTO perlu menguatkan sistem dagangan dengan
mengutarakan keperluan negara kurang maju dan khususnya bilangan negara sedani
maju yang kecil, semasa mengambil kira masalah-masalah pendedahan kepada dm
penyisihan dari ekonomi antarabangsa ” (Dipetik daripada laman WTO: www.wto.org 1
Malaysia yang menganggotai WTO bakal menghadapi pelbagai masalah akibat
globalisasi. Perdagangan antarabangsa negara kini dikuasai oleh syarikat-syarika!
multinasional yang melabur di sini. Ini kerana, kita tidak lagi mengambil keputusan
bagaimana mengagihkan perdagangan dan hasilnya. Apa yang merbahaya ialah Dasar
Pembangunan Negara akan berakhir, strategi-strategi pembangunan, tidak kira baik atau
tidak, juga akan berakhir. Kemudian, kita akan mempunyai pasaran bebas yang penuh,
Selain itu, ekonomi negara akan menjadi milikan pelabur asing yang mempunyai kesan
yang tidak terkira terhadap demokrasi, pekeija, industri kecil dan sederhana dan juga
kepada negara secara sepenuhnya. Ini kerana, apa yang dimaksudkan daripada globalisasi
adalah untuk menstrukturkan kembali masyarakat, undang-undang negara, politik,
ekonomi dan cara hidup kita. Ini yang sebenamya sedang digiatkan dan ia merupakan
kesan yang sangat buruk kepada negara-negara sedang membangim
Syarat-syarat WTO sebegini turut memberikan pelbagai kesan buruk terhadap
pelbagai sektor di Malaysia. Beberapa pandangan mengenai kesan terhadap usahawan
Melayu akan dimuatkan dalam bahagian seterusnya.
Kawasan Bebas Tarif ASEAN (AFTA) merupakan satu peijanjian yang telai
ditandatangani oleh negara-negara anggota ASEAN pada tahun 1992. Ianya bertujuan
untuk mewujudkan satu pasaran integrasi bagi ASEAN yang mempunyai penduduk lebih
dari 500 juta orang. AFTA juga bertujuan untuk meletakkan ASEAN sebagai satu
kawasan yang berdaya saing tinggi dan menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI).
Liberalisasi ekonomi yang ditetapkan oleh AFTA ialah penurunan tarif kepada di
antara 0 - 5 % pada tahun 2008. Walau bagaimana pun pada tahun 1998, pertemuan di
Hanoi Summit telah bersetuju mempercepatkan perlaksanaan AFTA kepada tahun 2002.
Kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia Tenggara semenjak tahun 1997 tidak
menghalang pembangunan dan perlaksanaan AFTA kerana kebanyakan negara-negara
ahli menaruh harapan dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi lebih
kompetatif di dalam proses menarik sebanyak mungkin pelabur asing ke negara mereka.
Apabila AFTA dilaksanakan sepenuhnya, tarif purata di kalangan 10 negara ASEAN
dijangka sekitar 4.29 % (MTEN, 2002 ).
Perlaksanaan sepenuhnya AFTA pada tahun 2002 telah meningkatkan persaingan
di kalangan negara-negara serantau apabila setiap negara berusaha menjadi lebih
kompetitif bagi menarik pelaburan langsung asing. Di samping itu, usaha kerajaan untuk
memberikan bantuan kepada rakyat negara masing-masing menjadi semakin terhad.
Subsidi dalam bentuk sumbangan kewangan d? mana kerajaan memindahkan dana,
melepaskan pendapatan yang sepatutnya diperolehi, menyediakan barangan dan
perkhidmatan selain dari infrastruktur dan membuat pembayaran melalui satu mekanisme
pembayaran tidak akan dibenarkan lagi.
Malaysia sebenamya telah menurunkan tarif beberapa jenis barangan semenjak
tahun 1996 hingga sekarang misalnya bagi barangan tekstil dan apperal, kadar tarifnya
telah diturunkan daripada 8.03% pada tahun 1996 kepada 6.70% pada tahun 1997 dan
mencapai sasaran AFTA pada tahun 2000 iaitu penurunan kepada 4.04%. Malaysia telah
menghapuskan cukai ke atas 60% barangan yang telah disenaraikan untuk penghapusan
cukai pada tahun 2003 dan kita telah mendahului negara Indonesia yang telah
menghapuskan cukainya ke atas 54.7% dan Thailand serta Filipina yang hanya
menghapuskan cukai ke atas 2% sahaja barangan mereka. Malaysia mungkin akan
mencapai kadar purata tarif sebanyak 2.6% di bawah AFTA. Malaysia hanya meminta
5
penangguhan perlaksanaan AFTA ke atas sektor automotif CKD dan CBU daripada
tahun 2003 kepada tahun 2005.
Di bawah petjanjian Asean Investment Area (AIA) pula, persekitaran pelaburan
di ASEAN akan diperbaiki lagi untuk menarik pelaburan asing. Ini semua bermakna kita
perlu mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai keupayaan untuk
memanfaatkan peluang dan cabaran yang wujud. Dalam konteks negara kita pula,
kerajaan tidak akan lagi dibenarkan untuk menyalurkan bantuan melalui skim-skim khas
tanpa justifikasi yang dibenarkan di bawah AFTA (MTEN, 2002 )
Impak Globalisasi Terhadap Usahawan Melayu
Berdasarkan kepada beberapa senario semasa golongan usahawan Malayu
kelihatan masih kurang bersedia dalam persiapan menghadapi realiti globalisasi,
berbanding dengan rakan bangsa lain. Juga tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan
bahawa kaum bukan Melayu lebih luas terbuka mata, ramai di antara mereka yang sudah
mengatur peian pemiagaan untuk mengoptimumkan peluang yang dibuka dengan
perlaksanaan AFTA sepenuhnya di tahun 2003.
Selepas hampir 20 tahun DEB dilaksanakan dengan s asar an kenjaan untuk
mencapai matlamat 30 % pemilikan ekuiti bumiputera namun pencapaian sehingga tahun
1999, peratusan syarikat Bumiputera ( termasuk M elayu) ialah kira-kira 19.7%. Bilangan
syarikat Bumiputera meningkat sebanyak 39% dalam tempoh Rancangan KeTujuh,
kepada kira-kira 97,500 syarikat. Bagaimanapun, peratusan syarikat Bumiputera dalam
semua sektor ekonomi adalah rendah, aitu dalam bingkungan 8.0 hingga 33%, dengan
peratusan tertinggi dalam sektor pengangkutan diikuti oleh sektor utiliti, pembinaan dan
pertanian.
Kebanyakan syarikat Bumiputera adalah bersaiz kecil di mana kira-kira 70%
daripada syarikat Bumiputera mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,000 dan ke
bawah. Dalam tahun 1999, kira-kira 17% daripada ekuiti korporat dikuasai oleh
Bumiputera, 43% dikuasai oleh bukan Bumiputera dan 40% oleh rakyat asing.
6
Penguasaan rakyat asing dalam ekuiti syarikat dalam sektor pembuatan di Malaysia
adalah sebanyak 60%. Hanya 20% daripada 11,292 IKS d Malaysia adalah dimiliki
sepenuhnya oleh kaum bumiputera dan 3% dimiliki secara berkongsi dengan bukan
bumiputera. Jumlah ini menunjukkan usahawan Melayu masih belum lagi memperbaiki
diri hingga mampu bersamg dengan kaum-kaum lam( Wan Liz Ozman, 2002 ). Dengan
jumlah yang kecil ini, usahawan Melayu patut bekeija bersama-sama dalam menakluki
cabaran globalisasi.
Rempuhan globalisasi yang akan dilalui oleh usahawan Melayu akan bertambah
hebat bukan sahaja dengan terlaksananya AFTA tetapi juga dengan kemasukan China ke
dalam WTO. Sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai di dunia
aitu sekitar 1,200 juta orang, sudah pasti China mempunya kelebihan berbanding
negara-negara lain termasuk Malaysia. Di samping penggunaan teknologi tinggi, iika
China menggunakan sepenuhnya kelebihan penawaran buruhnya yang rama dan murah
maka sudah pasti ianya akan beijaya menarik banyak pelaburan asing dari rantau Eropah
dan Asia yang berorientasikan industri intensif buruh. Kejayaan China menarik begitu
banyak pelaburan asing boleh dilihat semenjak Jun 2000 iaitu sebanyak US$15 bilion
hingga US$20 bilion pelaburan asing dalam sektor Teknologi Maklumat ( IT ) telah
memasuki negara tersebut. Beberapa MNC telekomunikasi utama dunia seperti Nok a,
Motorola dan NEC telah menubuhkan kilang mereka di China. Nilai Export China dar
bulan Januari - September 2000 beijumlah US$182.30 bilion. (MTEN, 2002 ).
Kejayaan China menarik begitu banyak pelaburan asing dan kelebihannya
menawarkan tenaga buruh yang ramai dan murah boleh menjadi ancaman kepada
Malaysia pada masa kini dan akan datang jika China berhasrat meluaskan lagi
ekonominya di bawah WTO. Kos buruh yang kian meningkat di Malaysia dan tahap
penggunaan teknologi tinggi yang belum begitu meluas di kalangan usahawan Melayu
akan menyebabkan mereka menemui jalan sukar untuk bersaing di pasaran global kerana
kos pengeluaran yang tinggi menyebabkan harga barangan keluaran usahawan Melayu
kurang berdaya samg di peringkat antarabangsa terutamanya jika mahu bersaing dengan
usahawan dari negara China. Contohnya, sebuah kilang pakaian yang mengeluarkan
7
pakaian secara banyak (mass production) akan menerima tamparan yang hebat dengan
kemasukan China ke WTO, memandangkan China adalah sebuah negara yang pakar
dalam pengeluaran secara massa dengan kos yang rendah. Usahawan Melayu yang
menjadi vendor kepada MNC asing juga perlu bersedia dengan penghijrahan begitu
banyak MNC asing ke China semenjak kebelakangan ini dan mereka perlu mempunyai
strategi altematif jika MNC yang menjadi ‘anchor’ mereka turut berpindah ke China.
Usahawan Melayu perlu sedar, jika sebelum ini mereka boleh bergantung kepada
kontrak-kontrak kerajaan kerana pelbagai peluang dan insentif untuk membantu mereka
bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) namun menerusi globalisasi, negara-negara asing yang berkepentingan sering kali
mengeksploitasi kumpulan ekonomi yang dibentuk untuk memasuki ke dalam kontrak
keraj ian mana-mana negara yang menyertainya. Contoh yang paling baik alah melalui
WTO dimana menerusi rundingan baru WTO di Doha, Amerika Syarikat yang disokong
oleh Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Korea, Hungary dan Singapura mahukan isu
ketelusan di dalam perolehan kerajaan (Government Procurement) dibincangkan. Mereka
mahu setiap kerajaan membenarkan dan memberi peluang kepada mana-mana syarikat
asing untuk memasuki tender perolehan kerajaan sesebuah negara. Jika sesebuah kerajaan
menolak tender syarikat asing maka kerajaan tersebut boleh dihadapkan ke WTO dan
dikehendaki memberi sebab atau alasan mengapa penolakan itu dibuat jika justifikasi
yang diberikan oleh sesebuah kerajaan itu tidak mengikut dasar WTO (MTEN, 2002 ).
Jika dasar baru ini diluluskan dan diterima pakai oleh WTO, usahawan Melayu
yang selama ini kebanyakannya berpayung di bawah tender perolehan kerajaan akan
menerima tamparan yang begitu hebat apabila terpaksa bersaing pula dengan syarikat-
syarikat asing untuk memperolehi tender kerajaan. Kebanyakan tender perolehan
kerajaan yang dibuka khusus kepada usahawan bumiputra untuk mengelak daripada
persaingan bukan bumiputra yang merupakan rakyat negara ini terpaksa pula bersaing
dengan rakyat negara asing jika permintaan licik daripada beberapa negara kuasa besar
ekonomi dunia diterima pakai menerusi WTO. Ke manakah hala tuju usahawan Melayu
selepas ini?
Projek-projek mega kerajaan seperti pembangunan Pusat Pentadbiran di Putrajaya
memberi begitu banyak peluang kepada kontraktor tempatan khususnya kontraktor
Melayu untuk terlibat sama membangunkan satu projek yang besar. Di samping menjadi
satu projek yang memberi peluang kontraktor Melayu menyertainya, pembangunan
Putrajaya juga dapat meningkatkan tahap kebolehan dan kemahiran kontraktor Melayu
menguruskan projek pembinaan besar dan meninggikan lagi taraf mereka menerusi
pendedahan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan. Namun apabila terdapat cubaan
di kalangan negara maju menerusi platform WTO yang mahukan 'level playing fie ld ’
untuk memasuki kontrak mana-mana kerajaan maka ini menjadi suatu ancaman kepada
peluang kontraktor Melayu untuk memperolehi kontrak daripada kerajaan tanahaimya
sendiri. Sekiranya kerajaan Malaysia melayan permintaan bermuslihat negara maju
menerusi WTO ini, apakah yang akan terjadi kepada kontraktor Melayu yang baru belajar
bertatih dan dipaksa pula berlari dengan jaguh-jaguh dunia. Bagaimana pula dengan
matlamat kerajaan untuk melahirkan golongan usahawan Melayu atau masyarakat
perdagangan dan perindustrian bumiputra jika kerajaan terikat dengan peraturan baru
WTO ini?
Ini adalah salah satu impak yang akan dihadapi oleh usahawan Melayu kesan
globalisasi kerana ia tidak mengambil kira kepentingan sesuatu masyarakat. Tuntutan
supaya direa’isasikan 'level playing fie ld ’ akan menyaksikan persaingan dari segenap
penjuru dan arah tanpa batasan di mana syarikat-syarikat kecil terpaksa bersaing dengan
syarikat yang mempunyai modal berbillion ringgit terutama dari negara-negara maju.
Lihat sahaja apa yang teijadi kepada industri pemiagaan runcit hari ini ( Abd. Razak,
1998).
Kemasukan pasaraya besar ( hypermarket ) ke Malaysia mulai tahun 1994
menerusi Syarikat Carrefour dan sehingga tahun 2003 terdapat 28 buah pasaraya besar
milik asing seperti Carrefour ( 6 buah % Giant ( 8 buah ), Makro ( 8 buah ), Tesco ( 4
buah ) dan Extra ( 2 buah ) telah dan akan memberikan implikasi yang besar kepada
golongan peruncit Melayu. Pasaraya besar milik asing ini mampu menarik pelanggan
yang ramai setiap hari bukan sahaja kerana pelbagai jenis barangan ditawarkan di bawah
9
satu bumbung tetapi juga harga barangan yang lebih murah dan menarik. Peruncit
Melayu yang serba kekurangan dari segi modal, kepakaran pengurusan, jaringan
pemiagaan sudah pasti tidak mampu menawarkan harga yang berdaya saing dengan
pasaraya besar ini. Akhimya akibat persaingan yang tidak sihat dan adil ini akan
menyaksikan ramai di kalangan peruncit Melayu gulung tikar terutamanya mereka yang
mempunyai premis pemiagaan berhampiran dengan pasaraya besar tersebut.
Golongan peruncit Melayu yang selama ini terpaksa bersaing hebat dengan
peruncit bukan bumiputra terutamanya jaringan peruncit Cina kini terpaksa pula bersaing
dengan peruncit gergasi dari luar negara. Carrefour yang mempunyai enam buah
cawangannya di Malaysia dan apabila digabungkan dengan kumpulan Carrefour di
seluruh dunia mempunyai pendapatan sebelum cukai pada tahun 2000 sebanyak 33,952
juta euro ( MTEN, 2002 ). Ini menunjukkan betapa besamya syarikat ini berbanding
ribuan usahawan runcit Melayu yang jika digabungkan kekuatan modal mereka di
seluruh negara masih tidak mampu menyaingi modal gergasi runcit dari Eropah ini.
Halangan Pembinaan Daya Saing Usahawan Melayu
Sebelum dibmcangkan persiapan yang perlu dilakukan oleh usahawan Melayu
dalam menyusur arus globalisasi maka adalah elok jika dianalisis masalah atau faktor
yang menghalang pembinaan daya saing usahawan Melayu masa kini. Halangan tersebut
boleh dibahagikan kepada halangan dalaman dan halangan luaran.
Halangan dalaman adalah merujuk kepada diri usahawan Melayu itu sendiri
seperti masalah nilai, sikap, kelemahan pengurusan dan kekurangan kemahiran dalam
dunia pemiagaan. Ramai di kalangan usahawan Melayu yang mengambil jalan mudah
sama ada semasa hendak memulakan pemiagaan, menguruskan pemiagaan atau pun
berhasrat mengembangkan pemiagaannya. Di peringkat awal pemiagaannya kebanyakan
usahawan Melayu menggunakan prinsip apa yang boleh diniagakan atau kemahiran yang
ada pada dirinya berbanding dengan prinsip apakah kehendak pasaran. Ada juga yang
menjalankan mondus operandi dengan bersungguh-sungguh mendaftarkan syarikat serta
berusaha memperolehi lesen tertentu dan melobi untuk memperolehi tender kontrak
10
kerajaan sama ada menggunakan saluran politik atau hubungan dengan ‘orang dalam’ di
sesetengah kementerian. Tanpa premis pemiagaan, golongan ini sibuk pula menjual
projek atau tender yang beijaya diperolehi kepada pihak lain dan mengambil jalan pintas
untuk memperolehi keuntungan ^angka pendek. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan,
matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputra akan gagal dicapai.
Usahawan Melayu juga sering dikaitkan dengan istilah usahawan subsidi iaitu
terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk inenjayakan pemiagaannya. Pelbagai
skim atau insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka seperti skim
pinjaman yang pelbagai ( Tekun, Mikro Kredit, CGC dan sebagainya ) sering
disalahgunakan. Ada juga yang aktif meminjam tetapi amat pasif dalam hal-hal
membayar balik pinjaman tersebut. Istilah Ali-Baba sudah bertaut dengan amalan
segelintir usahawan Melayu yang menjual projeknya atau mengsubkontrakkan sesuatu
pemiagaan kepada usahawan berbangsa Cina di negara ini. ,
Kelemahan dari segi pengurusan juga merupakan sebahagian besar daripada
masalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu. Ramai yang menganggap faktor modal
adalah kunci kepada kejayaan sesuatu pemiagaan sehingga mengabaikan aspek
kemahiran pengurusan syarikat dan pemiagaan. Mereka juga tidak begitu
menitikberatkan aspek latihan di kalangan kakitangan dan pengurusan syarikat dan amat
sukar untuk menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) bagi
peningkatan kualiti produk yang dihasilkan.
Halangan luaran pula adalah merujuk kepada faktor-faktor selain daripada din
usahawan Melayu seperti polisi kerajaan, persaingan dalaman dan antarabangsa, sistem
kewangan, fokus kepada pasaran domestik, lokasi pemiagaan yang kurang strategik dan
sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa banyak polisi kerajaan adalah untuk membantu kaum
bumiputra termasuk usahawan Melayu, namun dari segi perlaksanaannya masih terdapat
11
beberapa kelemahan terutama aspek pemantauan. Misalnya penubuhan Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri ( PKEN ) yang diharapkan dapat membantu menjana peluang
ekonomi terutamanya pemiagaan kepada usahawan Melayu. Tetapi hakikatnya terdapat
beberapa PKEN yang menjadi pesaing kepada usahawan Melayu apabila melibatkan diri
dalam pemiagaan yang sama dan memiliki begitu banyak msentif daripada kerajaan
negeri seperti bantuan modal, lokasi premis, lesen atau permit pemiagaan dan sistem
pemasaran. Ada PKEN yang terlibat dalam pemiagaan santan kelapa, pentemakan ayam
dan bersaing dengan usahawan kecil Melayu dalam bidang yang dahulunya didominasi
oleh usahawan Melayu. Justeru ke manakah hala tuju usahawan Melayu yang terpaksa
bersaing dengan gergasi ekonomi negeri seperti PKEN ini?
Persaingan dalaman berlaku terutamanya dengan usahawan Cina yang telah lama
bergiat dan memonopoli jenis-jenis pemiagaan tertentu seperti peruncitan dan
pemborongan. Usahawan Cina juga begitu terkenal dengan rangkaian pemiagaannya
yang begitu bersistematik di dalam dan di luar negara. “Bamboo network’ ini begitu
sukar ditembusi oleh usahawan Melayu yang menghadap; masalah terutamanya
memasarkan produk mereka di premis milik usahawan Cina. Di samping itu akibat
globalisasi, usahawan Melayu juga terpaksa bersaing dengan usahawan Multi Nasional
dari luar negara yang memiliki kekuatan modal, kepakaran pengurusan dan pemiagaan
serta jaringan pemiagaan global.
Institusi kewangan pula mengenakan pelbagai syarat yang ketat kepada
kebanyakan usahawan Melayu yang memerlukan bantuan modal sama ada untuk
memulakan atau mengembangkan pemiagaannya. Cagaran kepada pinjaman sering
membantutkan hasrat usahawan Melayu untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi
kewangan dan ini secara tidak langsung menggalakkan usahawan yang terdesak beralih
kepada pinjaman ceti haram atau ‘along’.
Selain itu kebanyakan usahawan Melayu juga terlalu menumpukan kepada
pasaran domestik yang terhad kerana Malaysia hanya mempunyai penduduk sekitar 25
juta orang berbanding pasaran global. Ketidakupayaan menghasilkan produk yang
12
bercirikan ‘global branding’ menyebabkan usahawan Melayu tidak beran meneroka
pasaran antarabangsa yang lebih luas.
Membina Daya Saing Usahawan Melayu Menyusur Arus Globalisasi
Berdasarkan kepada beberapa contoh yang telah dihuraikan mengenai impak
pelaksanaan WTO dan AFTA ke atas usahawan Melayu di Malaysia maka adalah amat
tidak wajar ^ka mereka masih berpeluk tubuh menanti serangan dan pusingan ganas
ekonomi kesan globalisasi ini. Akan tiba masanya di mana kerajaan tidak akan mampu
untuk menatang dan menongkat usahawan Melayu apabila terlalu banyak justifikasi
diberikan oleh kerajaan asing dan MNC mereka untuk menembusi sistem ekonomi dan
pasaran Malaysia. Tanpa daya tahan sebagai usahawan jati Melayu, mereka akan
tersingkir dalam permainan yang amat tidak berpihak kepada mereka. Di antara
persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh usahawan Melayu untuk menjadi lebih
kompetatif bagi menghadapi cabaran globalisasi khasnya menerusi WTO dan AFTA
ialah:
i) Meningkatkan penggunaan teknologi dalam menghasilkan produk yang
berkualiti dan berkos rendah :
Persaingan dalaman dan luaran yang kian hebat dan sengit memerlukan usahawan
Melayu menukar teknik pengeluaran daripada intensif buruh kepada intensif teknologi.
Kos buruh yang kian meningkat dan masalah pusing ganti yang tinggi kerana persaingan
daripada syarikat-syarikat yang lebih besar dan berupaya menawarkan kadar upah yang
lebih tinggi telah mendatangkan pelbagai masalah kepada usahawan Melayu sehingga
meningkatkan pula kos pengeluaran yang menyebabkan harga produk mereka kurang
kompetatif. Penggunaan teknologi tinggi dapat mengurangkan kos dari segi jangka masa
panjang dan pengeluaran produk yang berterusan di pasaran. Kualiti barangan pula
mestilah bertaraf dunia dengan menepati spesifikasi piawaian antarabangsa terutama di
kalangan negara maju yang mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi. Pelaburan juga
mesti dilakukan dalam menjalankan proses R&D untuk memperbaiki kualiti produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan di samping mencipta produk baru yang mempunyai
prospek di dalam pasaran semasa dan akan datang.
13
Era globalisasi sekarang menyaksikan betapa pentingnya amalan kualiti tetapi
masih ramai usahawan Melayu tidak mempedulikannya. Jika mereka dapat menepati
piawaian ISO 9000 dan ISO 14000 secara tidak langsung barangan mereka akan dapat
bersaing di peringkat antarabangsa
ii) Mengamalkan sikap profesional dalam urusan pemiagaan:
Usahawan Melayu mestilah berusaha mengurus pemiagaan mereka secara lebih
profesional, tersusun dan bukan secara ‘ad-hoc’. Kita juga perlu bersikap profesional
apabila berurusan dengan para pelanggan. Sudah begitu lama perkataan “janji melayu”
digunakan dalam nada negatif. Istilah negatif ini mesti diubah jika mereka inginkan
kemajuan dalam dunia pemiagaan. Dalam era globalisasi, usahawan Melayu patut
mementingkan pelanggan dan menunaikan atau “deliver” apa yang telah dijanjikan.
Barulah kepercayaan dapat dipupuk. Selain itu, mereka juga hendakiah memastikan
akaun pemiagaan dibuat dengan teliti, rekod pemiagaan disimpan dengan baik, mengikuti
perkembangan pembahan teknologi, memahami serta mengamalkan ilmu pengurusan
sumber manusia, pemasaran, perakaunan dan sebagainya.
iii) Mempunyai visi global;
Kaedah pemasaran barangan atau perkhidmatan perlu dikemaskinikan sesuai
dengan keperluan persaingan global semasa. Usahawan Melayu perlu melihat potensi
pasaran di negara luar dan tidak hanya bergantung kepada pelanggan tempatan. Mereka
mesti berani meneroka pasaran antarabangsa dan ini boleh dilakukan apabila produk dan
perkhidmatan yang dihasilkan adalah bertaraf dunia. Walaupun terdapat usahawan
Melayu yang beijaya inenghasilkan produk bertaraf dunia ini namun akibat kelemahan
sistem pemasaran menyebabkan produk mereka kurang mendapat tempat dalam pasaran
antarabangsa. “Global branding” adalah penting. Mereka boleh berganding bahu dengan
menyumbangkan secara bersama dari segi modal, tenaga dan buah fikiran untuk
melaksanakan sesuatu projek pemiagaan. Konsortium pemiagaan dan perkongsian
strategik boleh diwujudkan bagi mengoptimumkan sumber sedia ada ke arah
14
mengembangkan dan memperkukuhkan pemiagaan untuk menembusi pasaran
antarabangsa.
iv) Mewujudkan dan menjadi sebahagian daripada rantaian produksi serantau
(regional production chain):
Usahawan Melayu juga mesti berada dalam rantaian pengeluaran serantau. Di sini,
mereka perlu mengenalpasti kepakaran atau mencan satu “niche market” untuk
membolehkan mereka beijava di dalam pengeluaran sesuatu produk. Projek usahasama
sama ada dengan usahawan tempatan atau asing boleh dilakukan terutama untuk
menembusi pasaran di sesebuah negara dengan menjalin hubungan pemiagaan dengan
usahawan negara terbabit. Jalinan hubungan perdagangan antarabangsa ini akan
mendedahkan mereka teknik pemiagaan bangsa asing dan meninjau peluang pemiagaan
di samping menarik pelabur asing untuk menjana modal dan kepakaran menerusi
pemindahan teknologi apabila teijalinnya kerjasama di antara mereka. Usahawan Melayu
mesti berani menerokai pasaran baru sepenuhnya. Kerajaan telah berusaha untuk
membuka pasaran-pasaran untuk peniaga-peniaga Malaysia seperti di Vietnam, Mynmar
dan Eropah Timur. Mereka perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan di
negara-negara tersebut.
v) Meningkatkan skala pengeluaran:
Sekiranya usahawan Melayu mahu beijaya, mereka mestilah memastikan terdapatnya
“volume” yang sudah tentu akan mengurangkan kos pengeluaran. Barulah mereka tidak
akan menjadi mangsa globalisasi. Pengeluaran perlu difokuskan kepada skala besar atau
‘mass production’ dan ini tidak dapat dilakukan jika kaedah pengeluaran bersifat
tradisional. Di samping pengunaan teknologi yang tinggi dalam proses pengeluaran,
sistem pemasaran mestilah cekap dan mempunyai kawasan pasaran yang luas supaya
pengeluaran yang bersifat massa itu mempunyai pasaran dan boleh dijual. Skala
pengeluaran yang besar boleh mengurangkan kos pengeluaran seperti yang dilakukan
oleh usahawan di negara China. Secara tidak langsung harga barangan usahawan Melayu
akan menjadi lebih berdaya saing seperti mana harga yang ditawarkan oleh kebanyakan
syarikat multi nasional negara-negara maju.
15
vi) Meneroka pasaran ‘niche’:
Usahawan Melayu perlu melihat wujudnya peluang-peiuang yang lebih meluas di
dalam pasaran antarabangsa. Jika mereka menjadikan kumpulan pengguna Muslim di
seluruh dunia yang beijurnlah lebih 2 billion orang sebagai kumpulan sasaran pasaran
baru maka tiada sebab mereka menyatakan bahawa tiadanya sambutan dar pengguna
sebagai alasan. Potensi pasaran barangan halal untuk pengguna Muslim di seluruh dunia
perlu diteroka dan usahawan Melayu boleh melakukannya menerusi perwujudan
rangkaian pemasaran bersifat global dengan menjalin hubungan pemiagaan dan
perdagangan dengan peniaga-peniaga Muslim dari negara lain. Sentimen anti barat oleh
kebanyakan negara Timur Tengah selepas penaklukan tentera penceroboh ke atas Iraq
yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Britain dan Australia perlu dijadikan peluang
kepada usahawan Melayu untuk memasuki pasaran di rantau tersebut dengan tawaran
barangan dan perkihdmatan altematif kepada apa yang telah dan pemah ditawarkan oleh
kebanyakan syarikat dari negara Eropah. Jika usahawan Arab boleh memperkenalkan
‘Mekah Cola’ untuk menyaingi dan menggantikan ‘Coca Cola dan Pepsi Cola’, mengapa
usahawan Melayu tidak boleh memperkenalkan ‘Tongkat Ali Cola’?
vii) Menjadi sebuah entiti yang berasaskan pengetahuan:
• Amat penting juga untuk usahawan Melayu mempelajari selok-belok e-dagangan.
Ambil peluang pemiagaan melalui internet. Mereka perlu mencari pasaran baru dalam
dunia web yang menjanjikan pasaran yang luas. Pada penghujung tahun lepas peluang e-
dagang adalah dianggarkan berjumlah US200 billion dan usahawan Melayu sepatutnya
merebut peluang tersebut dengan memasuki sistem perdagangan e-dagang ini. Untuk itu
mereka perlulah mempunyai laman web sendiri supaya produk barangan dan
perkhidmatan mereka dapat dipasarkan menerusi e-dagang yang dapat menembusi
segenap pelosok negara dan peringkat antarabangsa.
viii) Mengubah sikap dan transformasi minda;
Kejayaan usahawan Melayu banyak bergantung kepada sejauh mana mereka
mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara yang ingin mereka lakukan. Di
dalam dunia pemiagaan, usahawan Melayu hendakiah tabah menghadapi halangan,
berani menanggung risiko, jujur, bijak, kreatif, snggup berkorban dan komited dalam
dunia pemiagaan. Wan Liz Ozman (2002) menyenaraikan beberapa nilai positif yang
boleh diamalkan oleh usahawan Melayu untuk berjaya dan bersaing di peringkat
antarabangsa seperti berikut:
Nilai-nilai Baru Usahawan Melayu
1. Mempunyai sikap positif dan kesedaran untuk mempertingkatkan
pengetahuan. terutamanya pengetahuan teknikal untuk menjayakan
pemiagaan
2. Sikap ketekunan dan bersungguh-sungguh dalam segala bidang yang
diceburi supaya dapat mencapai tahap kejayaan yang cemerlang
3. Sikap berdikari dan mahu berusaha sendiri serta kurang bergantung kepada
bantuan kerajaan
4. Memupuk daya kreatif asal (original) dalam mengenai pasti bidang-bidang
baru dalam pemiagaan dan bergiat secara aktif, kreatif dan dinamik selaras
dengan perkembangan semasa
5. Sanggup bersaing dan memupuk daya saing dalam segala bidang yang
diceburi
6. Berkeyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan percaya bahawa mereka
setanding dengan bagsa-bangsa lain malahan dalam beberapa bidang yang
tertentu usahawan Melayu lebih baik, cekap dan mahir daripada bangsa
lain.
7. Sanggup bekeijasama dan saling bantu-membantu serta berkongsi
pengalaman terutamanya bagi mereka yang telah beijaya
8. Sikap ingin tahu, sanggup belajar serta menambah dan memperluaskan
ilmu pengetahuan
9. Sikap motivasi yang tinggi supaya dapat mencapai kemajuan mengikut
perkembangan semasa
10. Sikap bersih, cekap, amanah, jujur serta menepati janji dan waktu selaras
dengan ajaran agama.
17
KESIMPULAN
Rempuhan arus globalisasi telah dan akan terus berlaku ke atas setiap negara
termasuk Malaysia. Menerusi beberapa liberalisasi ekonomi, persaingan di antara negara-
negara kian terbuka. Sudah semestinya negara yang didominasikan oieh bangsa yang
bersedia dengan segala kekuatan akan beijaya dalam persaingan tersebut Usahawan
Melayu juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan rempuhan globalsasi ini.
Menerusi WTO dan AFTA sahaja sudah cukup untuk mengancam kedudukan sediakala
mereka jika mereka tidak bersedia untuk bersaing di dalam sistem ekonomi global yang
terbuka. Oleh itu usahawan Melayu perlu mempersiapkan diri mereka untuk menjad
bangsa yang ampuh dan boleh bersaing di pasaran antarabangsa menerusi beberapa
langkah misalnya menghasilkan barangan bermutu tinggi berkos rendah yang boleh
dicapai dengan peningkatan produktiviti dan penggunaan teknologi,meningkatkan mutu
perkhidmatan kepada pengguna dengan bersikap profesional, bervisi global dan
mempunyai ‘brand name’, menjadi sebahagian daripada rantaian produksi serantau
(regional production chain), meningkatkan ‘scale’ atau ‘volume’ pengeluaran untuk
mengurangkan kos, mencari pasaran ‘niche’, menjadi sebuah entiti yang berasaskan
pengetahuan, mengubah sikap dan transformasi minda mereka supaya menjadi usahawan
yang kompetatif dan bertaraf dunia. Halangan dalaman dan luaran perlu dipecahkan
dengan segera menerusi penglibatan aktif dari semua pihak iaitu diri usahawan,
masyarakat, institusi kerajaan dan swasta kerana kejayaan usahawan Melayu di peringkat
global ini amat penting bagi meneruskan kelangsungan imej Melayu di peringkat
antarabangsa.
Rujukan
1 .Abdul Razak Omar, 1998, Menjaring Usahawan Bumiputera, Utusan
Publications, Kuala Lumpur
2. Allinson, R.E., 1993, Global Disasters, Simon and Schuster, United States of
18
America.
3. Cole, Arthur H., 1959, Business Enterprise In Its Social Setting, Havard
University Press, Massachuttes.
4. Hagen, Everett E., 1968, The Ecomonics o f Development, Richard D. Irwin Inc.,
Illnois.
5. Marshall, Alfred, 1920, The Principles o f Economics, MacMillan Co., New York.
6. Majlis Tindakan Ekonomi Negara, 2002, http: www.neac.gov.mv.
7. Rosazman Hussin, et.al., 2001, Globalisasi: Beberapa Pendekatan Sains Sosial,
Dewan Bahasa dan Psutaka, Kuala Lumpur.
8. Siti Maimon Kasmo Wan Rafei, et.al., 1995, Pengeurusan di Malaysia: Cabaran
Persaingan Global, Leeds publication, Kuala Lumpur.
9. Wan Liz Ozman dan Sulzari Mohamed, 2002, Memperkasa Usahawan, Utusan
Publication, Kuala Lumpur.
10. Wan Hashim W an Teh, “Dunia Melayu dan Tersebar Luasnya Rumpun Bangsa
Melayu ” dalam Mohd Yusuf Hassan, 1991, Dunia Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
11. World Trade Organization, 2002, wmv.wto.org.
12. Zainal Kling, 1997, Orang Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan, Utusan
Publication, Kuala Lumpur.
19
Top Related