KERTAS KERJA BULAN MATEMATIK ‘ 2014
PANITIA MATEMATIK
1.0 Tajuk Kertas kerja
Kertas kerja sempena Program Bulan Matematik Tahun 2014, anjuran Panitia Matematik, SK Kuala Matu.
2.0 Pengenalan
Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid. Justeru, bagi ‘memanggil’ semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, program Bulan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya.
3.0 Objektif Program
3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik di dalam kelas.3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan.
4.0 Tarikh Aktiviti
Aktiviti ini akan di adakan sepanjang bulan Mei seperti yang dirancang dalam takwim aktiviti panitia Matematik
5.0 Masa Aktiviti
Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A
6.0 Tempat Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang di rancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat aktiviti dijalankan adalah seperti di dalam Lampiran A.
Page 1 of 13
7.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola
Pengerusi : Encik Rolahi Bin Hj Shah
Timb. Pengerusi : Pn. Halina Binti Abdullah
Naib Pengerusi : Encik Abdul Khalid Bin Bujang
: Encik Pethe Bin Morni
Penyelaras Program : Cik Aliza Binti Ja’afar
Setiausaha : Cik Huzaimah Binti Kinit
Ahli Jawatankuasa : Semua Staff SK Kuala Matu
Pembahagian tugas jawatankuasa program adalah seperti di dalam Lampiran B
8.0 Penyertaan
Semua warga SK Kuala Matu terutama murid dari darjah 1 hingga darjah 6 akan terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut kelas murid adalah seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.
9.0 Anggaran Perbelanjaan
Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM591. Senarai terperinci anggaran perbelanjaan adalah seperti di dalam Lampiran C.
10.0 Penutup
Bulan Matematik ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang minggu ini akan memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi subjek Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.
Page 2 of 13
LAMPIRAN A : PELAN RANCANGAN AKTIVITI BULAN MATEMATIK
BIL AKTIVITI TARIKH & MASA
CADANGAN
SASARAN PENYERTAAN
TEMPAT TATACARA PELAKSANAAN /
CATATAN1 Pelancaran
program30 April 20140715 - 0745
Semua murid dan guru
Tapak perhimpunan
2 Bacaan sifir Setiap hari sepanjang bulan matematik0705 – 07151005 - 1010
Semua murid Kelas masing - masing
1 kali bacaan sifir pada waktu pagi dan pada waktu rehat
3 Jelajah kira 09 Mei 20120715 - 0945
Murid Tahun 6 Dewan Terbuka
Rujuk Lampiran D
4 Fun With Symbol
02 Mei – 04 Mei 2014
Murid Tahun 1 Kelas masing - masing
Rujuk Lampiran E
5 Mathematics Puzzles
02 Mei – 04 Mei Murid Tahun 2 Kelas masing - masing
Rujuk Lampiran F
6 Sifira Challenge
07 Mei – 18 MeiSebelum atau selepas pdp, waktu rehat murid
Murid tahun 3 - 5
Rujuk lampiran F
7 Bijak Kira 07 Mei – 11 Mei Murid tahun 3 - 5
Kelas masing - masing
Rujuk lampiran F
8 Cabaran Bongkah
14 mei0715 - 0945
Murid tahun 5 Dewan terbuka
Rujuk lampiran F
9 Teka berat saya
02 Mei – 15 Mei Terbuka Rujuk lampiran F
10 Penutupan dan penyampaian hadiah
21 Mei0715 - 0745
Semua murid dan guru
Tapak perhimpunan
Page 3 of 13
LAMPIRAN B : PEMBAHAGIAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM
Bil Senarai Tugas Tindakan1 Pelancaran program / majlis penutup
Tempah dan menggantung banner Bekerjasama dengan bahagian hadiah untuk
penyampaian hadiah kepada pemenang2 Hadiah pemenang
Menguruskan pembelian dan pembungkusan hadiah.
Melabel hadiah mengikut kategori pemenang3 Penyelaras aktiviti Jelajah Kira
Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
4 Penyelaras aktiviti Fun With Symbol Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas
yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
5 Penyelaras aktiviti Mathematics Puzzles Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas
yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
6 Penyelaras aktiviti Bijak Kira Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas
yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
7 Penyelaras aktiviti Sifira Challenge Mencari peserta Melaksanakan pertandingan Merekod keputusan Mencari pemenang dan dokumentasikan
penyertaan dan keputusan8 Cabaran Bongkah
Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
9 Teka Berat Saya Menyelaras penyertaan murid Menyediakan bahan untuk timbangan Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
10 Bacaan sifir Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan
Page 4 of 13
sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan
Page 5 of 13
LAMPIRAN C : ANGGARAN PERBELANJAAN
bil Aktiviti / bahan item Kos seunit Jumlah kos
1 Banner RM502 Hadiah aktiviti
Jelajah Kira(Tahun 6)
Tempat 1: 1 kumpulanTempat 2: 1 kumpulanTempat 3: 1 kumpulan8 orang dalam setiap kumpulan. Jumlah murid ialah 24 orang
Hamper(RM30 x 3 = RM90)
RM90
3 Hadiah aktiviti Fun With Symbol
Tempat 1 hingga 3 dari setiap kelas
Alat tulisTempat 1 : (RM5 x 6 pemenang = RM30)Tempat 2 : (RM4 x 6 pemenang = RM24)Tempat 3 = (RM3 x 6 pemenang = RM18)
RM72
4 Hadiah aktiviti Mathematics Puzzles
Tempat 1 hingga 3 dari setiap kelas
Alat tulisTempat 1 : (RM5 x 6 pemenang = RM30)Tempat 2 : (RM4 x 6 pemenang = RM24)Tempat 3 = (RM3 x 6 pemenang = RM18)
RM72
5 Hadiah aktiviti Bijak Kira
Tempat 1 hingga 3 setiap kelas
Alat tulisTempat 1 : (RM5 x 6 pemenang = RM30)Tempat 2 : (RM4 x 6 pemenang = RM24)Tempat 3 = (RM3 x 6 pemenang = RM18)
RM72
6 Hadiah aktiviti Sifira Challenge
Terbaik (Tahun 3, 4 dan 5)
Alat tulisRM5 x 3 = RM15
RM15
7 Hadiah aktiviti Cabaran Bongkah(Tahun 5)
Tempat 1 hingga 44 kumpulan dengan 7 orang ahli dalam setiap kumpulan
Hamper(RM30 x 4 = RM120)
RM120
8 Hadiah Teka Berat Saya
Tempat 1 hingga 5 Hadiah berbentuk individu(terbuka)
Hamper(RM10 x 5 = RM50)
RM50
9 Perbelanjaan diluar jangkaan RM50Jumlah RM591
Page 6 of 13
LAMPIRAN D : TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI JELAJAH KIRA
STATION / TOPIK
SKOP SOALAN BAHAN DIPERLUKAN
CATATAN / CONTOH SOALAN
1Nombor Bulat
Menyelesaikan penyelesaian masalah melibatkan operasi bergabung ÷ dan x
10 set soalan penyelesaian masalah yang tidak sama
Bekas untuk menyimpan soalan (kotak)
Murid memilih 1 soalan secara rawak daripada 10 soalan yang disediakan. Murid menyelesaikan soalan tersebut di stesen
2Pecahan
Menambah pecahan dengan berpandukan rajah pecahan yang diberi
2 rajah yang menunjukkan pecahan
Kertas jawapan
Lorekkan rajah tersebut
Pastikan soalan akan menyebabkan murid permudahkan pecahan tersebut (jawapan dalam bentuk termudah)
Contoh soalan = 1/5 + 3/10 =3Perpuluhan
Mewarnakan petak mengikut nombor perpuluhan yang diberi
Kertas yang mengandungi 100 petak. Boleh menggunakan kertas buku matematik murid – 10 helai (mengikut jumlah kumpulan murid)Pensel warnaKad nombor perpulunan
Soalan : Lorekkan 0.4 daripada rajah berikut
4peratus
Mengira peratus suatu objek daripada keseluruhan objek
Kertas berlainan berwarna yang dipotong kecil7 keping – hijau13 keping - merah
Soalan : berapa peratuskan kertas merah yang ada daripada semua kertas ini?
5Duit
Mendarab dan menambah wang
Tanda hargaSehelai bajuSehelai seluarSepasang kasut
Soalan : berapakah jumlah yang perlu dibawar jika anda membeli sehelai seluar dan 2 helai baju yang sama
Kasut diletakkan sebagai penganggu sahaja
6Masa
Membaca jam dan seterusnya menukar masa ke system 24 jam
Jam dindingGambar bulan / matahariKertas jawapan
Jam menunjukkan jam 4.25. tunjukkan gambar matahari di sebelah jam tersebut
Soalan : Nyatakan waktu berikut dalam system 24 jam
7Panjang
Mengukur panjang sesuati objjek
Tali yang berlainan warna
Memotong 2 utas tali dengan ukuran yang berbeza, 32 cm dan 0.4m
Page 7 of 13
dengan menggunakan unit cm dan m
Pembaris 1 mGunting
8Jisim
Menimbang objek dengan menggunakan unit gram(g) dan kilogram(kg)
Alat penimbangPlastik berwarna putihPlastik berwarna merah
Soalan : Sukat 350 g pasit ke dalam beg plastic berwarna putih. Sukat pula 0.2kg pasir ke dalam beg plastic berwarna merah
9Isipadu
Menyukat isipadu cecair mengikut kuantiti yang diarahkan dengan menggunakan unit mm dan l
Silinder penyukatAir berwarna – 2 warna berbezaPlastik membungkus aiskrimSenduk / cawan
Soalan : buat aiskrim dengan isipadu berikutAiskrim merah : 250mlAiskrim hijau : 0.3l
10Bentuk dan ruang
Membuat bentangan untuk sesuatu objek
Objek berbentuk kiubPembarisPenselGunting
Soalan : Buat bentangan untuk objek yang anda lihat menggunakan kertas yang disediakan
Pastikan lokasi adalah rata
Page 8 of 13
LAMPIRAN E : PENYERTAAN AKTIVITI SIFIRA CHALLENGE
1. Masa maksima ialah 3 minit
2. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit
3. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya
Bil Nama penuh Tarikh Kelas Masa (Saat)
Page 9 of 13
LAMPIRAN F : TATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI
Aktiviti : Fun With Symbol, Mathematics Puzzles dan Bijak Kira
1.Guru memilih bahan soalan yang bersesuaian dengan tahap murid.2.Guru memperbanyakkan bahan mengikut bilangan murid.3.Guru mengedarkan bahan kepada murid di kelas masing-masing.4.Beri peluang murid untuk menjawab di luar waktu PnP.5.Guru mengumpulkan jawapan murid mengikut kelas masing-masing.6.Penyelaras aktiviti memilih pemenang.7.Dokumentasikan bilangan penyertaan dan pemenang.8.Jawapan pemenang hendaklah dilekatkan di kertas bersaiz A4 sebagai contoh jawapan terbaik.
Aktiviti : Sifira Challenge
1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun nombor (sifir) dengan pantas dan betul.2. Guru hendaklah bersedia dengan jam randik untuk mencatat masa yang diambil oleh murid.3. Masa maksima ialah 3 minit.4. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit. Catatkan BATAL diruangan masa.5. Jika jawapan murid salah, maka catatkan BATAL diruangan masa.6. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya.7. Murid yang terpantas menyusun jawapan akan menjadi pemenang.8. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran E).
Aktiviti : Cabaran Bongkah
1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun bongkah dalam bentuk 3 dimensi untuk menjadi suatu replika pelbagai bentuk.2. Selain objek 3 dimensi, objek 2 dimensi juga dibenarkan tetapi tidak melebihi 50% dari keseluruhan objek.3. Bentuk yang disusun adalah bebas dan mengikut kreativiti murid.4. Murid digalak menggunakan bahan terbuang.5. Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam sahaja.6. Hasil kerja hendaklah disiapkan semasa berada di sekolah dalam tempoh yang ditetapkan sahaja. Hasil kerja yang telah disiapkan dirumah tidak dibenarkan.7. Pemenang akan dipilih oleh pengadil dari kalangan guru.8. Pemenang adalah bergantung kepada kreativiti dan kekemasan bentuk yang dihasilkan.
Page 10 of 13
Aktiviti : Teka Berat Saya
1.Guru menyediakan satu objek yang hanya diketahui beratnya oleh guru itu sahaja (dilabel sebagai objek X).2.Pada masa yang sama, satu pemberat lain yang telah dilabel beratnya (katakan sebagai 2 kg) akan diletakkan bersebelahan dengan objek X itu tadi (dilabel sebagai objek Y).3. Murid boleh mencuba mengangkat objek X dan Y sebagai perbandingan dan meneka berat objek X tersebut.4. Murid merekodkan tekaan mereka di dalam borang yang disediakan.5.Tekaan terhampir dikira sebagai pemenang.6. Jika terdapat pertindihan pemenang, maka mereka yang cuba meneka terlebih awal akan dianggap sebagai pemenang berbanding mereka yang meneka lebih lewat.7. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran G).
Page 11 of 13
LAMPIRAN G : PENYERTAAN AKTIVITI TEKA BERAT SAYA
BIL
NAMA PENUH KELAS TARIKH TEKAAN BERAT
Page 12 of 13
Top Related