PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA
MURID-MURID PEMULIHAN/LINUS SK SULTAN IDRIS II
PENGENALAN
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan. Program Pemulihan/LINUS
mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan
berterusan hingga ke Tahap Dua persekolahan rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya
belajar murid mengakibatkan segolongan mereka agak lambat atau “terkebelakang” dalam menguasai
sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya, mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,
mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru
itu, Jawatankuasa Pemulihan dan Jawatankuasa LINUS dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Sumber
Sekolah telah bercadang untuk mengadakan Pertandingan Bijak Mengeja sebagai salah satu langkah
untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan murid.
MATLAMAT
Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan generasi yang boleh menguasai 3M sebelum mereka
ke Tahap Dua persekolahan rendah.
OBJEKTIF
i. Meningkatkan keyakinan murid-murid Pemulihan/LINUS dengan kebolehan mengeja dan
menyebut perkataan dengan tepat.
ii. Menggalakkan persaingan sihat antara murid-murid Pemulihan/LINUS.
SASARAN
Murid-murid Tahap 1 yang terdiri daripada murid-murid Pemulihan/LINUS.
TARIKH
15 April – 17 April 2013
TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah
1
PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013
JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Pengerusi : Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.
Timbalan Pengerusi : Encik Sudirman Bin Abdul Ghani
Naib Pengerusi I : Puan Surayah Binti Lee Kow@ Hashim Lee
Naib Pengerusi II : Encik Ali Osman Bin Abdul Ghani
Setiausaha : Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli
Ahli Jawatankuasa : Puan Zurilawati Binti Zainun
Puan Fahiratonnizah Binti Abu Bakar
Encik Syahrul Azwan Bin Amir Hamzah
TENTATIF PROGAM
Pertandingan akan dijalankan pada waktu mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan/LINUS berdasarkan
ketetapan berikut:
PELAKSANAAN
I. Peserta adalah melibatkan murid-murid Pemulihan/LINUS Tahap 1.
II. Setiap peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
III. Peserta akan diminta untuk mengeja 30 perkataan yang melibatkan KVKV, KVKVKV, VKV, KVK,
VKVK, KVKKV,KVKVK, KVKVKVK, KVKKVKVK diftong, vokal berganding dan digraf.
IV. Peserta akan dibenarkan untuk mencuba sebanyak mungkin sehingga masa yang diperuntukkan
tamat. Jawapan yang terakhir sahaja dikira.
V. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 2 minit.
VI. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah perkataan yang dapat dijawab / dieja dengan
betul.
VII. Keputusan pengadil adalah muktamad.
CADANGAN BELANJAWAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
2
Kelas Tarikh Masa
1 Cerdik 15 April 2013 9.10 pagi – 10.10 pagi
2 Cerdik 17 April 2013 8.40 pagi – 9. 40 pagi
3 Cerdik 16 April 2013 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)
1
2
3
Hadiah Johan Tahun 1
Hadiah Johan Tahuh 2
Hadiah Johan Tahun 3
1 x RM5.00
1 x RM5.00
1 x RM5.00 RM15.00
Jumlah RM15.00
PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua
perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………… …………………………………
Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli Encik Sudirman Bin Abdul Ghani
Setiausaha Jawatankuasa Pemulihan Penolong Kanan Pentadbiran
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan
Disahkan oleh,
…………………………………
Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.
Guru Besar Cemerlang
Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan
3
Top Related