Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

4
PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013 KERTAS KERJA PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA MURID-MURID PEMULIHAN/LINUS SK SULTAN IDRIS II PENGENALAN Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan. Program Pemulihan/LINUS mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke Tahap Dua persekolahan rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar murid mengakibatkan segolongan mereka agak lambat atau “terkebelakang” dalam menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya, mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru itu, Jawatankuasa Pemulihan dan Jawatankuasa LINUS dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah telah bercadang untuk mengadakan Pertandingan Bijak Mengeja sebagai salah satu langkah untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan murid. MATLAMAT Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan generasi yang boleh menguasai 3M sebelum mereka ke Tahap Dua persekolahan rendah. OBJEKTIF i. Meningkatkan keyakinan murid-murid Pemulihan/LINUS dengan kebolehan mengeja dan menyebut perkataan dengan tepat. ii. Menggalakkan persaingan sihat antara murid-murid Pemulihan/LINUS. SASARAN Murid-murid Tahap 1 yang terdiri daripada murid-murid Pemulihan/LINUS. TARIKH JAWATANKUASA PEMULIHAN SK SULTAN IDRIS II 1

description

Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA

MURID-MURID PEMULIHAN/LINUS SK SULTAN IDRIS II

PENGENALAN

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai pada peringkat awal bagi

membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan. Program Pemulihan/LINUS

mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawal mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan

berterusan hingga ke Tahap Dua persekolahan rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya

belajar murid mengakibatkan segolongan mereka agak lambat atau “terkebelakang” dalam menguasai

sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya, mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,

mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru

itu, Jawatankuasa Pemulihan dan Jawatankuasa LINUS dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Sumber

Sekolah telah bercadang untuk mengadakan Pertandingan Bijak Mengeja sebagai salah satu langkah

untuk membasmi masalah buta huruf di kalangan murid.

MATLAMAT

Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan generasi yang boleh menguasai 3M sebelum mereka

ke Tahap Dua persekolahan rendah.

OBJEKTIF

i. Meningkatkan keyakinan murid-murid Pemulihan/LINUS dengan kebolehan mengeja dan

menyebut perkataan dengan tepat.

ii. Menggalakkan persaingan sihat antara murid-murid Pemulihan/LINUS.

SASARAN

Murid-murid Tahap 1 yang terdiri daripada murid-murid Pemulihan/LINUS.

TARIKH

15 April – 17 April 2013

TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah

1

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Pengerusi : Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.

Timbalan Pengerusi : Encik Sudirman Bin Abdul Ghani

Naib Pengerusi I : Puan Surayah Binti Lee Kow@ Hashim Lee

Naib Pengerusi II : Encik Ali Osman Bin Abdul Ghani

Setiausaha : Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli

Ahli Jawatankuasa : Puan Zurilawati Binti Zainun

Puan Fahiratonnizah Binti Abu Bakar

Encik Syahrul Azwan Bin Amir Hamzah

TENTATIF PROGAM

Pertandingan akan dijalankan pada waktu mata pelajaran Bahasa Melayu Pemulihan/LINUS berdasarkan

ketetapan berikut:

PELAKSANAAN

I. Peserta adalah melibatkan murid-murid Pemulihan/LINUS Tahap 1.

II. Setiap peserta akan bertanding mengikut kategori iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

III. Peserta akan diminta untuk mengeja 30 perkataan yang melibatkan KVKV, KVKVKV, VKV, KVK,

VKVK, KVKKV,KVKVK, KVKVKVK, KVKKVKVK diftong, vokal berganding dan digraf.

IV. Peserta akan dibenarkan untuk mencuba sebanyak mungkin sehingga masa yang diperuntukkan

tamat. Jawapan yang terakhir sahaja dikira.

V. Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta ialah 2 minit.

VI. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah perkataan yang dapat dijawab / dieja dengan

betul.

VII. Keputusan pengadil adalah muktamad.

CADANGAN BELANJAWAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

2

Kelas Tarikh Masa

1 Cerdik 15 April 2013 9.10 pagi – 10.10 pagi

2 Cerdik 17 April 2013 8.40 pagi – 9. 40 pagi

3 Cerdik 16 April 2013 11.00 pagi – 12.00 tengah hari

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Mengeja Tepat

PERTANDINGAN BIJAK MENGEJA 2013

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1

2

3

Hadiah Johan Tahun 1

Hadiah Johan Tahuh 2

Hadiah Johan Tahun 3

1 x RM5.00

1 x RM5.00

1 x RM5.00 RM15.00

Jumlah RM15.00

PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga semua

perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………

Puan Khairunnisa Syazwani Binti Zulkifli Encik Sudirman Bin Abdul Ghani

Setiausaha Jawatankuasa Pemulihan Penolong Kanan Pentadbiran

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan

Disahkan oleh,

…………………………………

Encik Othman Bin Yahaya AMP. PJK.

Guru Besar Cemerlang

Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan

3