BAB 1
PENGENALAN
[1.1] PENDAHULUAN
Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jualbeli, tukar-menukar. pinjam-meminjam
dan sebagainya.1
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia
untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah Subahanahu
Wata’ala yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan dalam
bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperolehi kesenangan hidup di
dunia dan kebahagian di Akhirat.2
Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai
kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat
memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap
agama.
Dalam mencari harta kekayaan, Umat Islam dikehendaki menggunakan hartanya pada jalan
kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang
dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. , Islam
telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.
Takrif: Jual Beli
Al-bai’ (jual beli) daripada segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, samaada
kedua2nya dalam bentuk benda atau bukan benda. 3
1 www.al-azim.com/masjid/infoislam.muamalat/home.htm2 Ibid3 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1195
1
Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada
orang-orang yang beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan (balasan) bahwa
mereka akan beroleh syurga.
(At-taubah: 111)
Kemudian Allah berfirman:
Yang maksudnya: Oleh itu, bergembiralah dengan jual beli yang kamu telah jalankan itu.
(At-Taubah: 111)
Al-bai’ dan Asy-syira’ dalam bahasa Arab boleh digunakan untuk makna jual dan juga beli.
Maksudnya, kedua-dua istilah ini boleh digunakan untuk merujuk kepada makna yang sama.
Contohnya, firman Allah:
Maksudnya: dan (setelah berlaku perundingan), mereka menjualnya dengan harga yang murah.
(Yusuf: 20)
Maksud Asy-Syira dalam ayat ini ialah menjual.
Sementara dalam sebuah hadis ada dinyatakan:
“Janganlah seseorang itu menjual atas jualan saudaranya”.
Maksud menjual atas jualan disini sebenarnya ialah jangan membeli. Menurut kamus Mukhtar
Ash-Shihah, sebenarnya larangan ini ditujukan kepada pembeli bukannya penjual.
Kesahihan menurut syarak:
Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak. Perakuan ini berpandukan kepada Al-Quran,
Sunnah dan juga Ijmak ulama.
1. Al-quran
Al-quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika menjawab golongan yang ingkar dan mahu
mempertahankan amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti jual beli.Allah swt
berfirman:
Maksudnya: padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
(Al-Baqarah: 275)
2
2. Sunnah
Terdapat banyak hadis berbentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah s.a.w yang
memperakui amalan para sahabat baginda. Kesemua hadis ini menjadi dalil bahawa amalan jual
beli diakui oleh syarak.
Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda:
Maksudnya: sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalau dia memikul
seikat kayu api di atas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya
(maruahnya) adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ihsan orang ramai, samada
mereka memberi kepadanya atau tidak.
Maksud Allah menjaga mukanya ialah apabila dia menjual kayu tersebut, Allah akan memelihara
maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya. Manakala Sunnah melalui perbuatan
baginda ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Maksudnya: sesungguhnya Nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara
bayaran tertangguh (Nasi’ah) dan baginda menggadaikan sebuah baju besi kepadanya.
Nasi’ah ialah melewatkan bayaran iaitu menangguh pembayaran pada suatu tempoh tertentu.4
Rukun Jual Beli
Terdapat 3 rukun dalam kontrak jual beli:5
Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak
Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut persetujuan mereka berdua.
Kedua-dua pihak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.
Dalilnya dalam firman Allah Ta’ala:
4 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, op cit , hlmn : 11965 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1199
3
Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). Kemudian, jika kamu nampak daripada keadaan mereka (tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga harta mereka, maka
serahkanlah kepada mereka harta mereka”.
(An-nisa’: 6)
2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli, dia melakukannya dengan bebas dan
dengan sepenuh hatinya serta meredhai urusan yang ingin dijalankan.
Dalilnya firman Allah Ta’ala:
Maksudnya: Kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara
kamu.
3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
Mestilah wujud dua pihak berlainan yang mengikat kontrak tersebut; penjual serta pembeli
bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan.
4. Boleh melihat
Oleh itu, jual beli orang yang buta tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang ketara. Untuk
tujuan jual beli, orang buta ini perlu mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau
menjual bagi pihaknya.
Rukun kedua: sighah kontrak 6
Sighah kontrak adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak
dengan menyatakan kemahuan , kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak, sepertimana
yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli. Kontrak ini merangkumi
penawaran (ijab) oleh penjual.
6 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1202 - 1206
4
Contohnya:
Penjual berkata: saya menjual baju ini kepada anda dengan harga sekian. Juga merangkumi
persetujuan (qabul) oleh pembeli.
Contohnya seperti kata pembeli: “saya setuju” atau “saya membelinya” atau dengan ucapan
yang seumpama dengannya.
Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).
Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada
jual beli.
Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud
jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain.
Syarat sighah kontrak
Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh
menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.
2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam
semua sudut.
3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk
tempoh tertentu.
Rukun ketiga: barang jualan dan harganya. 7
Ini yang dinamakan sebagai subjek kontrak (akad). Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak
merujuk kepada barangan yang dijual dan barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua
perkara ini perlu memenuhi beberapa syarat:
7 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1206 - 1211
5
1. Barang jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dijalankan.
Contohnya:
Penjual yang mahu menjual anak kambing yang sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang
masih berada pada kantung susu.
Dalil hukum ini ialah tindakan Nabi SAW yang pernah penjual mejual barangan yang tidak
dimiliki. Para penulis sunan meriwayatkan, Hakim bin Hizam r.a berkata:
Saya telah berkata: “Wahai Rasulullah, seseorang lelaki datang kepadaku tentang jual beli
sesuatu barang, sedang aku tidak mempunyai barang yang hendak aku jual kepadanya.
Kemudian aku membeli barang tersebut dipasar”. Baginda bersabda: “ Jangan engkau jual
barang yang tiada disisimu.”
2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah dan Rasul-nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan
berhala. Lalu ada yang berkata: “Wahai Rasulullah, apa kata tuan tentang lemak bangkai?
Sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat kapal, disapukan pada kulit dan orang ramai
menyalakan lampu dengannya?” Baginda menjawab:” Tidak, ia haram.” Kemudian Rasulullah
s.a.w bersabda: Semoga Allah memerangi (membinasakan ) kaum Yahudi. Sesungguhnya
apabila Allah mengharamkan lemak haiwan , mereka pun mencairkannya, kemudian menjualnya
dan memakan hasil jualannya”.
3. Barangan jualan mestilah yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai).
4. Barangan tersebut hendaklah dapat diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.
5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin
dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidak harus jual beli melainkan pada barang yang
kamu miliki”.
6. Barangan tersebut mestilah dalam pemgetahuan kedua-dua belah pihak.
6
[1.2] PENYATA MASALAH
Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya, Muamalat adalah semua hukum syariat yang
bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti
jual beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya, yang mana semua perkara yang
tersebut itu haruslah dilakukan secara adil dan saksama menurut peraturan yang telah ditetapkan.
Kertas kerja ini akan membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh
penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh mengenai dengan tatacara, jenis jual beli yang digunakan
dan prosedur dalam berjual beli ditempat tersebut.
Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut:
Tentang jenis berjual beli yang telah diamalkan di Tamu Kianggeh.
Tentang harga jualan, barang jualan serta akad yang lazim digunakan oleh penjual dan
pembeli di Tamu Kianggeh tersebut.
[1.3] TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Adapun tujuan kami melakukan kajian ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
Objektif Am: Supaya dapat mengetahui cara atau proses berjual beli di Tamu Kianggeh.
Objektif khusus:
1. Untuk mengetahui barang yang dijual beli atau diperniagakan di Tamu Kianggeh.
2. Untuk mengetahui jenis-jenis jual beli yang digunakan di Tamu Kianggeh.
3. Untuk mengetahui akad yang digunakan di Tamu Kianggeh.
[1.4] METOD KAJIAN
Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah menggunakan metod temubual secara rambang,
terhadap beberapa penjual dan pembeli yang telah berjual beli ditempat tersebut, mengenai
dengan perkara yang akan kami bincangkan iaitu ‘bagaimana cara yang lazim mereka lakukan
apabila berlaku akad jual beli di tempat tersebut’. Di samping menggunakan metod temubual,
7
kami juga menggunakan metod perpustakaan dalam mencari isi kajian dan menjalankan
pemerhatian.
[1.4.1] PERPUSTAKAAN
Adapun metod kajian ini kami gunakan perpustakaan adalah kerana kami mendapatkan isi
kandungan dan keterangan mengenai jenis-jenis jual beli melalui buku yang kami perolehi. Oleh
itu kami kaitkan dengan kajian kami bagi memperolehi maklumat lebih lanjut dan terperinci.
[1.4.2] TEMUBUAL
Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah temubual bagi memudahkan kami berbicara
dengan terang-terangan dan boleh mengetahui jenis dan cara jual beli di sana dengan lebih
terperinci. Alhamdulillah, para penjual dan pembeli dapat bekerjasama dengan baik. Mereka
boleh berkomunikasi dengan sopan samaada secara formal atau tidak formal. Begitu juga budaya
hormat-menghormati di antara satu sama lain.
[1.4.3] PEMERHATIAN
Pemerhatian ini difokuskan kepada cara jual beli dikawasan tersebut. Dalam kajian ini tidak
dikhususkan kepada mana-mana gerai akan kerana kami telah melawat seluruh kawasan tersebut.
Tamu kianggeh ini adalah salah sebuah tempat bagi orang Brunei untuk melakukan perniagaan
dan mendapatkan rezeki. Tamu ini sudah lama tertubuh. Walaupun kemudahan sudah diberikan,
penjual menyediakan lagi barang keperluan seperti meja untuk menambah tempat penyimpanan
barang. Akan tetapi tamu tersebut boleh beroperasi dengan baik dan aman.
8
[1.4.4] Soal Selidik
Carta Jenis Jual Beli Yang Digunakan
Jual Beli Salam
Jual Beli Istisnaa
Jual Beli Hutang
Jual Beli Khiyar
Setelah melakukan kajian, kami mendapati diantara jenis jual beli yang kaji, iaitu jual beli salam,
jual beli istisnaa, jual beli hutang dan jual beli khiyar, hanya tiga jenis jual beli sahaja yang
diamalkan di Tamu Kianggeh, iaitu jual beli salam, jual beli istisnaa dan juak beli hutang.
Sementara jual beli khiyar, memang tidak digunakan kerana sebab-sebab tertentu yang akan
diterangkan pada bab yang seterusnya.
Walaubagaimanapun, diantara tiga jenis jual beli itu, jual beli istisnaa adalah purata yang paling
tinggi (50%), kemudian jual beli salam sebanyak 30%, jual beli hutang hanya 10% dan jual beli
khiyar 0% (tidak digunakan).
[1.5] SKOP KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menyenaraikan beberapa maklumat yang telah diperolehi dari Tamu
Kianggeh, Daerah Brunei dan muara.
9
50%
30%
10%
1. Masa kajian
Kajian ini dijalankan sepanjang cuti semester, iaitu bemula pada 04.Mac.2012 hingga
11.Mac.2012, yang mana ianya bermula pada pukul 9 pagi hingga kira-kira 2 petang.
2. Tempat kajian.
Nama Rasmi : Tamu Kianggeh
Nama Bekas : Taman Peranginan Sungai Kianggeh
Lokasi : Pusat Bandar Seri Begawan di tebing sungai Kianggeh
bertentangan dengan kuil cina.
Pentadbiran Kementerian : Kementerian Dalam Negeri
Pejabat Pentadbiran : Pejabat Perbandaran (Seksyen Pelesenan)
Objektif : untuk memberi peluang dan membantu pengeluar Brunei
untuk menjual produk mereka sendiri
Operasi waktu : 6.00 pagi hingga 6.00petang (Jumaat adalah hari kemuncak jual beli)8
[1.6] PEMBAHAGIAN KAJIAN / BAB
Bab 1 : Pendahuluan yang mengandungi :-
1.1 - Pengenalan
1.2 - Penyata masalah
1.3 - Tujuan dan Objektif Kajian
1.4 - Metod Kajian
1.5 - Skop Kajian
1.6 - Pembahagian Kajian / Bab
Bab 2 : Latar Belakang Tamu Kianggeh
2.1 - Pengenalan
2.2 - Sejarah Perniagaan di Brunei
8 www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html
10
2.3 - Penubuhan Tamu Kianggeh
2.4 - Jenis-jenis dan barang yang dijual
2.5 - Penjual terdiri daripada:
2.6 - Pembeli terdiri daripada:
Bab 3 : Jual beli di Tamu Kianggeh
3.1 - Pendahuluan
3.2 - Jenis-jenis jual beli di Tamu Kiangggeh
Bab 4 : Analisis Kajian
4.1 - Pendahuluan
4.2 - Jual Beli Hutang
4.3 - Jual Beli Salam
4.4 - Jual Beli Istisna
4.5 - Kesimpulan
Bab 5 : Penutup
5.1 - Kesimpulan
5.2 - Cadangan
11
BAB 2
(LATAR BELAKANG TAMU KIANGGEH)
[2.1] PENGENALAN
Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai jenis yang telah
digunakan untuk berjual beli di salah sebuah tamu di Negara Brunei Darussalam iaitu Tamu
Kianggeh. Kertas kerja ini lebih menekankan mengenai keadaan, suasana dan tatacara serta
prosedur yang mereka gunakan selama melakukan jualbeli ditempat tersebut.
[2.2] LATAR BELAKANG ATAU SEJARAH TAMU KIANGGEH
Ia ialah satu tempat yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada zaman dahulu, sebelum kedai-
kedai runcit dibina atau pasar wujud di Brunei, penduduk terpaksa pergi ke sebuah kampung
untuk membeli atau menjual sesuatu. Terdapat beberapa tempat-tempat atau 'pasaran terbuka'
yang bertaburan di seluruh negara dan orang-orang dari kampung-kampung kecil di sekitar pergi
ke sana sebagai hari trippers dan oleh itu, dianggap sebagai tetamu.
Sebelum pasaran terbuka, tempat itu adalah hanya tebing sungai yang dikenali sebagai Sungai
Kianggeh.
‘Peta Tamu Kianggeh’
12
[2.3] PENUBUHAN TAMU KIANGGEH
Tamu Kianggeh bermula pada awal 1960-an pada masa yang sama wujud 'padian' wanita
menjual produk mereka di bot yang digunakan untuk menjadi perniagaan yang diamalkan
penduduk di Kampung Ayer. Tidak lewat selepas pupus 'padian', penduduk tempatan lebih
memilih untuk pergi dan kerja-kerja di atas tanah dengan kerajaan dan sektor swasta di Bandar
Seri Begawan, mereka pergi dan bergerak untuk menjalankan perniagaan mereka di satu tempat
yang bernama Tamu Kianggeh. Mereka mendapati bahawa tempat tersebut sesuai untuk mereka
menjalankan perniagaan. Ia berhampiran dengan pusat komersil, bandar dan tempat kerja
mereka. Lebih ramai orang datang, akan dapat banyak pendapatan yang lebih tinggi dan
keuntungan kepada perniagaan tempatan yang datang dari empat daerah dan tempat ini menjadi
mengembang sehingga sekarang.
Sejarah juga menyatakan bahawa sekitar tahun 1980-an, Tamu Kianggeh telah digunakan untuk
dilawati oleh Ratu Elizabeth dua kali dan begitu juga dengan anaknya, Putera Charles.
[2.3.1] OBJEKTIF ATAU VISI
Objektif ataupun visi bagi Tamu Kianggeh ini adalah untuk memberi peluang dan membantu
rakyat Brunei menjual barang-barang jualan mereka.9
[2.3.2] WAKTU OPERASI
Ada diantara Para penjual datang ke tamu kianggeh selepas sembahyang subuh dan ada juga
yang datang selepas jam 6.00 pagi yang mana para penjual akan menyediakan barang-barang
mereka agar boleh beroperasi dengan baik.
Antara barang yang mereka jual adalah dari hasil mereka sendiri dan ada yang mereka beli dari
pemborong-pemborong yang berjual ditepi tangga naik ke tamu kianggeh. Manakala tamu
kianggeh adalah tempat utama bagi para pembeli untuk membeli barang-barang keperluan
rumah.
9 www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html
13
Para penjual akan balik ke rumah adakalanya jam 6.00 petang manakala pada hari jumaat pula
adakalanya sampai jam 1.00 pagi.
[2.4] JENIS-JENIS DAN BARANG YANG DIJUAL
Tamu di Bandar Seri Begawan mempunyai banyak sekali barang-barang untuk jualan, termasuk
pelbagai jenis kesturi, sayur-sayuran tempatan, kapur-kapur dan cili ialah dua bahan biasa dalam
Brunei masakan, ikan masin, herba-herba berubat, buah, beras, tumbuhan berpasu, bunga-bunga,
pasu-pasu dan jambangan-jambangan, bakul-bakul atau untuk makanan bertutup seperti daun
nyirik, daun mengkuang, buluh-buluh, ikan kering dan udang-udang, bahan perasa, ayam hidup
dan makanan dimasak segar seperti nasi goreng, daging lembu, ikan, udang, mi goreng, pisang
goreng dan sebagainya. Beberapa sayuran dan buah-buahan diimport dari negara jiran dengan
Negara Brunei Darussalam dan Malaysia juga dijual di sini. Sekali-sekala, tamu tersebut menjual
bukan sahaja makanan dan minuman tetapi juga permainan.
Untuk pelawat-pelawat yang mahu untuk merasai juadah hidangan Brunei, tamu ialah tempat
terbaik untuk dilawat. Beberapa pelawat mendakwa bahawa jika anda mahu mengalami hidangan
Brunei Tamu Kianggeh ialah tempat untuk memulakan. Di sini pelanggan-pelanggan dilihat
pembelian beberapa makanan-makanan panggang seperti ayam panggang madu, sate (dibuat
ketulan kecil daging lembu atau ayam diperapkan dalam rempah ratus aromatik manis,
mencucuk dalam tulang rusuk daun kelapa dan kemudian panggang, suka akan sos kacang dan
ketupat) dan keseronokan masak memasak tradisional dikenali sebagai pais, yang dibungkus
dalam daun-daun dan kemudian memanggang atas api arang batu. Yang lain seperti kesukaan
(ikan tenggiri perapan yang mana diadunkan dengan cili, bawang, menumbuk kekunyit, garam
dan asam jawa. Biasanya dimasaknya anak ikan), belutak, lalap, dan lain-lain.
Juadah lain telah dijual di sini ialah kuih Melayu Brunei dan biskut tradisional (basah atau
kering), pasu-pasu dan jambangan-jambangan, ikan-ikan, snek dan minuman, lampu-lampu,
serbuk dan sebagainya. Anda mungkin juga mendapati pelbagai macam hiasan, barang-barang
antik, produk-produk kraftangan tradisional tempatan seperti tudung dulang (tudung saji cantik
dan hiasan), nyiru, pemarang (seperti parang atau pisau), bakul-bakul, pengayuh (dayung bot)
14
dan sebagainya di tempat ini. Pelanggan boleh membeli $5 hingga $30 hanya untuk tudung
dulang.
Tarikan utama tamu bukan sahaja harga rendah dan produk berkualiti tingginya yang dibuat oleh
hasil tangan penduduk tempatan yang pengalaman dan memiliki kepakaran khusus tetapi juga
kerana banyak benda yang dijual disini tidak ada didapati di pasaran konvensional dan pembeli-
belah kraftangan boleh mendapat tawaran-tawaran yang menguntungkan di sini.
[2.5] PENJUAL TERDIRI DARIPADA:
Hampir kesemua penjual berusia 40 tahun keatas dan berbangsa brunei, hanya 20-30% yang
berbangsa lain seperti cina dan india. Tamu Kianggeh dikumpulkan bersama-sama dengan
beratus-ratus pengusaha kecil, orang Melayu yang kebanyakannya Brunei dan beberapa Cina.
Kebanyakan daripada ialah wanita tempatan tua dan beberapa ialah lelaki. Beberapa penjaja-
penjaja suka untuk meletakkan apa mereka menjual di gerai-gerai.
[2.6] PEMBELI TERDIRI DARIPADA:
Hampir kesemua pembeli berusia dalam lingkungan 20 tahun keatas dari warganegara tempatan
dan warganegara asing seperti para pelancong. Tamu Kianggeh ini adalah salah satu tempat yang
menjadi tarikan bagi para pelancong. Ini adalah kerana mereka sangat tertarik dengan barang-
barang yang dijualkan di Tamu tersebut. Tambahan lagi, harga bagi setiap barang yang dijual
adalah sangat bersesuaian dan berpatutan. Pembeli-pembeli dari warganegara tempatan juga ada
mengatakan bahawa barang-barang yang dijual di sana adalah lebih murah daripada barangan di
kedai-kedai.
15
BAB 3
(JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH)
[3.1] PENDAHULUAN
Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati mereka hanya menggunakan
tiga jenis jual beli. Alhamdulillah, bagi mereka yang beragama Islam mereka telah menggunakan
kaedah yang menepati hukum syarak, dan alhamdulillah, orang yang bukan beragama Islam juga
mengikut kaedah jualbeli di dalam Islam, malahan mereka masing-masing mengamalkan sikap
saling bersedekah dan bantu-membantu bagi mereka yang dalam kesusahan.
[3.2] JENIS-JENIS JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH
Jenis-jenis jual beli yang digunakan ada tiga jenis iaitu:
1. Hutang2. Salam3. Istisna
Manakala, khiyar tidak digunakan.
[3.2.1] HUTANG
Hutang (Qardh) dari segi bahasa ialah potong. Manakala dari segi istilah para fuqaha pula ialah
memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut
memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.10
Proses ini dinamakan qardh kerana proses ini menyebabkan tuan punya barangan memotong
sebahagian hak miliknya untuk diberikan kepada penghutang.
10 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1323.
16
Daripada firman Allah Taala :
245. Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda
banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian
rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.11
Oleh itu hutang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Orang yang memerlukannya
dibenarkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Malah ia menjadi tanggungjawab orang yang
diminta.
Selain daripada itu, terdapat hadith yang membolehkan proses berhutang ini iaitu :
Hadith Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
ن� ا؛ أ�د�ى الله� ع�ن�ه�. و�م� �د�اء�ه� و�ال� الن�اس� ي�ر�يد� أ م�ذ� أ� م�ن� أ�خ�
ه� الله �ت�ل�ف� ا؛ أ ه� �ت�ال�ف� ذ� ي�ر�يد� إ أ�خ�
Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya
semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk
memusnahkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan
akhirat).
Ijma’ ulama pula mengatakan seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman
Rasulullah s.a.w. hinggalah ke zaman kita ini. Para ulama pula telah menerima sistem ini dan
tidak ada seorang pun yang menentangnya.
11 al-quran , albaqarah , 245
17
Hikmah berhutang
1. Merealisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong untuk
tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.
2. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau kesengsaraan.
3. Berusaha mnyelesaikan masalah secara bekerjasama.
4. Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain.12
Hukum memberi Hutang
Kita dapat fahami bahawa memberi hutang adalah sunat sementara meminta hutang adalah
harus. Inilah hukum hutang dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, hukum ini mungkin
berubah bergantung kepada niat orang yang berhutang. Oleh itu hutang menjadi :
1. Haram : Jika pemiutang mengetahui hutamg tersebut akan digunakan untuk tujuan yang
diharamkan seperti minum arak, judi atau sebagainya.
2. Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang
tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk. Ataupun penghutang tahu dia tidak mampu
membayar semula hutang tersebut.
3. Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang
tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tidak ada cara lain untuk dia
memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.13
[3.2.2] SALAM
12 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1326 - 1327.13 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1328.
18
Salam juga dikenali dengan perkataan salaf. Dinamakan salam kerana menyerahkan bayaran
pada majlis akad dan dinamakan salaf kerana didahulukan bayaran daripada menerima barang
jualan.14
Bertitik tolak daripada huraian tersebut, salam daripada segi syarak ialah pendahuluan.
Sementara pengertian salam dari segi istilah ialah menjual suatu barang yang penyerahan ditunda
atau menjual suatu barang yang ciri-cirinya jelas dengan bayaran modal lebih awal sedangkan
barangnya diserahkan kemudian hari.
Jual salam (jual beli secara tempahan)
Menjual sesuatu yang tidak dilihat barangannya hanya ditentukan sifat-sifatnya dan barang
tersebut adalah dalam tanggungan penjual.
Jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad
dilakukan tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harha serta sifatnya.
Contohnya: kata penjual, “saya jual kepada awak satu almari kain diperbuat dengan kayu
meranti, besarnya dengan harga sekian.” Jawab pembeli, “saya beli almari tersebut dengan
sifat dan harga sekian.
Dalil harus salam:
1. Firman allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang
piutang (yang diberi tempoh) hingga kesuatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis
(hutang dan masa bayarannya itu).
2. Sabda Rasulullah Salallah alaihi wassalam:
14 Fiqh imam syafiie, mengupas masalah fiqhiyah berdasarkan alquran dan hadis,2011, prof.dr.wahbah azzuhaili, m.s 25.
19
“Sesiapa yang berjual salam pada sesuatu barang, hendaklah barang itu ditentukan sukatannya,
timbangannya dan tempoh masa penyerahannya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, abu daud an nasaie, at tarmizi, ibnu majah dan ibnu abbas.)
3. Berdasarkan ijmak:
Berkata ibnu almunzir telah bersepakat oleh ahli ulama dengan mengharuskan jual salam kerana
orang ramai sangat-sangat memerlukan kepadanya. Begitu juga para petani, pekedai dan ahli
perniagaan, mereka memerlukan wang untuk membantu mereka dan membesarkan pertanian
dan perdagangan. Oleh sebab itulah diharuskan jual salam untuk membantu keperluan
mereka.
Rukun jual beli salam:
1. Penjual dan pembeli
2. Barangan yang dijual
3. Harga bayaran
4. Sighah(lafaz akad ijab dan qabul)
Syarat barang jual salam
1. Hendaklah dinyatakan jenis barang yang dijual seperti beras laila dan beras wangi dan sifat-
sifatnya seperti beras wangi no.1 atau telur ayam gred B.
2. Barang yang dijual itu mesti ada tempoh waktu yang ditetapkan (tempoh masa penyerahan
barangan). Sekiranya seorang itu menjual salam suatu barang yang tidak dapat diserahkan
pada masa yang dijanjikan, hukumnya adalah tidak sah. Contohnya menjual rambutan yang
masih berpohon rendah yang dijanjikan penyerahannya dalam masa sebulan.
3. Barang tersebut kebiasaannya ada bukan barang yang jarang-jarang ada kerana barang yang
jarang-jarang ada itu tidak diyakini untuk memperolehinya diwaktu yang telah ditetapkan.
4. Barang yang dijual itu hendaklah daripada jenis yang boleh dijual beli.
20
5. Barang jualan tersebut menjadi hutang penjual. Maka tidak sah jual salam sekiranya penjual
berkata: “aku jual kepada engkau meja ini dengan hargna $80.00.”
6. Barang itu mestilah diberikan kepada pembeli apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan.
7. Hendaklah penyerahan atau penerimaan barang tersebut ditangguh penyerahannya pada masa
yang tertentu.
Menurut mazhab syafie-> minima 15hari, manakala menurut mazhab maliki pula-> tempoh
penangguhan tidak disyaratkan.15
Syarat harga jual saham.
1. Bayaran bagi barang yang ditempah hendaklah secara tunai.
2. Bayaran diserahkan dalam khiyar majlis akad jual beli itu juga.
Jadi tidak boleh dianggap mengandungi khiyar syarat kerana tempoh tanggu penyerahan barang
bukan tempoh khiyar. Khiyar telah dipersetujui semasa akad.
Syarat sah akad jual salam.
1. Harga barangan mestilah dibayar pada majlis akad(dibayar terlebih dahulu).
2. Hendaklah disebut semasa akad jual salam itu jenis barang yang dijual dengan sifat-sifat yang
berbeza, seperti lembu jantan dan kambing jantan berusia 2 tahun.
3. Hendaklah disebut tempoh masa yang tertentu semasa akad seperti bulan Januari dan bulan
Muharam.
4. Disebutkan tempat penerimaannya sekiranya tempat akad itu tidak sesuai untuk menjadi
tempat penyerahan barangan. Contohnya seperti kawasan terpencil atau pendalaman.
5. Hendaklah berterimaan kedua-dua belah pihak dimajlis akad sebelum berpisah. Kerana
seandainya dilambatkan bayaran, bukan lagi namanya jual salam bahkan jual hutang dengan
hutang.
6. Akad jual beli salam adalah tunai (terlaksana). Dalam erti kata lain. Tidak boleh disyaratkan
khiyar (khiyar syarat) sama ada kedua-dua belah pihak atau salah seorang daripadanya.15 Hukum muamalat dan hukum perkahwinan dalam islam, 2009, Haji rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s 61.
21
Budi pekerti dalam jual salam
Masing-masing penjual dan pembeli hendaklah bersifat jujur dan tulus ikhlas serta amanah
dalam perjanjian yang telah dibuat.
Penjual hendaklah berusaha memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Pembeli janganlah pula cuba menolak barang yang telah dijanjikan itu dengan membuat
pelbagai alasan palsu.
Apabila diserahkan barang itu sebagaiman yang disfatkan didalam akadnya atau lebih baik
lagi. Wajib bagi pembeli menerimanya.
Sekiranya barang yang telah dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat yang telah dibuat,
masing-masing hendaklah bertoleransi dan mencari keputusan yang sebaiknya, pembeli (tidak
wajib) dibolehkan tidak menerima barang tersebut.
Perbezaan diantara jual salam dengan jual beli:
No
.Jual salam Jual beli
1. Harga barang dalam jual beli salam
tidak boleh diubah-ubah , namun
harus diserahkan semasa akad.
Dalam jual beli biasa, pembeli dibolehkan
membayar barangan jual beli sama ada
dengan cara hutang, harga tetap atau tawaran.
2. Harga yang diberikan dalam jual
salam adalah tunai. Seandainya
menggunakan cek, hukumnya tidak
sah kerana penjual atau pengusaha
memerlukan modal.
Harga barangan boleh dilakukan sama ada
dengan cara tunai atau cek dan yang
sebanding dengannya.
3. Penjual atau pengusaha tidak boleh Bagi jual beli biasa, baaran bagi Sesutu
barang yang dibeli boleh dibayar tunai dan
22
menentukan pembeli membayar
barang tersebut secara hutang(bayar
kemudian).
boleh juga dengan cara hutang mengikut budi
bicara masing-masing.
4. Dalam jual salam, barang jualan
belum dapat dilihat semasa akad jual
beli.
Dalam jual beli biasa, barang jualan boleh
dilihat semasa akad.
5. Barang jual salam mesti ditentukan
sifat-sifat dan ciri-ciri barang jualan.
Barang yang dijual tidak semestinya
ditentukan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.16
Hikmat Jual Salam
Untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli perusahaan atau ahli perniagaan mendapatkan
modal bagi menjalankan urusan perusahaan dan perniagaan.
Memberi peluang berunding dengan lebih baik antara penjual dan pembeli mengikut cara yang
dizinkan oleh syarak.
Memberi peluang kepada penjual menyediakan barang yang tidak ada atau belum siap seperti
yang diperlukan oleh pembeli.
Pembeli akan mendapatkan barangan yang lebih baik dan selesa sebagaimana yang
dikehendakinya, menurut bentuk-bentuk yang telah ditetapkan sekaligus memberi kepuasan
kepada pelanggan (pembeli).
Meningkatkan daya kreativiti penjual dalam menyediakan berang (benda) yang ditempah.
Membolehkan para peniaga merancang pembangunan perniagaan berdasarkan selera pelanggan
yang berbagai-bagai ragam.
Merupakan salah satu bentuk pertolongan antara sesama manusia.17
[3.2.3] ISTISNAA
Takrif:16 Hukum muamalt dan hukum perkahwinan dalam Islam, 2009, Haji rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s 61.17
23
Akad jual beli dimana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu
barang yang dikehendaki supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu
dan cara bayaran yang telah ditetapkan.
Dalil:
Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli
dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda:
ع�ل�وم'، ن' م� ع�ل�وم'، و�و�ز� ل�ف� ف�ي ك�ي�ل' م� ل�ي�س� ، ف� ل�ف� س� م�ن� أ�
ع�ل�وم' ل' م� إ�ل�ى أ�ج�
Maksudnya: Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (Salam), maka hendaklah dia berjual beli salaf
(Salam) dengan sukatan yang dimaklumkan, dan timbangan yang dimaklumi, sehingga tempoh
yang dimaklumi.18
Hukum:
Jual beli secara tempahan memberi kemudahan dimana orang ramai dapat Membeli barang-
barang mengikut rupa, bentuk dan fesyen yang mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara
tunai sahaja.
Hukum tempahan:
Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halal kerana ia sudah menjadi kebiasaan orang
ramai mengamalkannya sepanjang zaman.
18 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1259.
24
Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang
yang ditempah.
Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah.
Bahan-bahan untuk membuat barang tersebut hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-
bahan itu daripada pihak penempah, maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.
Pihak tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan
sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.
Pihak tukang boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat
tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya
yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.
Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan
antara pihak tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain
yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi.
Rukun:
Terdapat lima rukun jual beli secara tempahan (Bai’ Al-Istisnaa) iaitu penjual, pembeli, barang
yang ditempah, harga dan sighah.
1. Penjual
Penjual ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan.
2. Pembeli
Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang
dikehendaki.
Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikut kontrak menurut persetujuan mereka berdua.
3. Barang yang ditempah
25
Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual beli dalam kontrak dan penjual berjanji
menyerahkan kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran
yang didahulukan.
4. Harga
Pembayaran hendaklah dengan wang, atau jika bukan wang, hendaklah dengan bentuk barang
dan hendaklah jelas barang tersebut dan ada persetujuan dari kedua belah pihak.
Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:
Kesemuanya semasa akad
Kesemuanya semasa penyerahan barang
Sebahagiannya semasa akad dan sebahagian yang baki itu semasa penyerahan barang (bayar
deposit)
Atau kesemuanya secara ansuran mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli
dan penjual.
5. Sighah
Sighah adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikut kontrak dengan
menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikut kontrak. Sepertimana yang
dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.
[3.2.4] KHIYAR
Telah menjadi dasar di dalam jualbeli, melakukan kontrak adalah dianggap sah selagi segala
rukun dan syarat jualbeli telah dipenuhi. Allah Taala tetap mengambil kira kepentingan manusia.
Kedua-dua pihak yang menjalankan kontrak mungkin bersikap gopoh dan tidak teliti dalam
membuat keputusan. Oleh itu, mereka dibenarkan untuk memilih samaada meneruskan jualbeli
ataupun membatalkannya. Langkah ini sebagai tanda prihatin dan bertujuan memastikan agar
kontrak tersebut berjalan dengan penuh kerelaan.
26
Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan
pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun membatalkannya, mengikut
syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu.
Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh
syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jualbeli dalam tiga keadaan yang disebut sebagai
khiyar, iaitu:
1. Khiyar Majlis
2. Khiyar Syarat
3. Khiyar aib
Asalnya, Khiyar ini terbahagi kepada banyak pecahan, tetapi hanya 3 sahaja yang selalu berlaku
dan digunakan. Keterangan mengenai khiyar-khiyar tersebut adalah seperti berikut:
1. Khiyar Majlis
Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jualbeli walaupun kontrak tersebut telah
dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,
mereka masih belum berpisah daripada tempat akad.
Jika mereka berada dirumah kecil, perpisahan dianggap apabila salah satu pihak keluar daripada
rumah tersebut.Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau dikapal dan sebagainya,
perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah
pergi dalam beberapa tapak.Sekiranya mereka kluar bersama-sama atau berjalan bersama-sama,
majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar sehinggalah mereka
berpisah.
Dalil Rasulullah s.a.w: “Dua pihak yang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak
berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang diantara mereka memberi pilihan
kepada yang seorang lagi”. (Riwayat Al-Bukhari)
27
2. Khiyar Syarat
Khiyar syarat ini berlaku apabila salah seorang atau salah satu daripada kedua belah pihak
menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam
tempoh tertentu. Syarat ini mestilah dibuat sebelum mereka berpisah daripada majlis tersebut.
Khiyar ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.
2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada 3 hari, jika barangan tersebut tidak mudah
rosak dalam masa 3 hari.
3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak.
Khiyar syarat ini akan terbatal dan tamat apabila:
1. Tamat tempoh yang disyaratkan.
2. Jualbeli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar.
3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan
oleh seorang pemilik.
3. Khiyar Aib
Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan orang lain mestilah dijalankan dengan cara saling
menjaga hak dan bersih daripada unsur penipuan. Penipuan beerti mengambil harta orang lain
dengan jalan yang salah.
Salah satu contoh penipuan dalam perniagaan adalah penjual menyembunyikan kecacatan yang
ada pada barangan yang dijual walaupun dia mengetahuinya.
Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w, “Seseorang muslim adalah saudara kepada seseorang
muslim yang lain. Tidak ahal bagi seorang muslim yang menjual sesuatu barang yang ada
kecacatan kepada saudaranya kecuali dia menjelaskan kecatatan itu kepadanya”.
(Riwayat Ibnu Majah)
Syarat bagi melakukan khiyar aib ini adalah seperti berikut:
28
1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Jika kecacatan itu berlaku
selepas barangan diterima, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kecuali jika kecacatan itu
berpunca daripada sesuatu sebab yang datangnya daripada penjual atau sebelum diterima oleh
pembeli.
2. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh
menjelaskan nilai barangan. Maksudnya, jika barang itu hanya menjejaskan fizikal tanpa
menjejaskan nilainya, maka pembeli tidak berhak memulangkan barang tersebut.
3. Pada kebiasaanya, kecacatan itu tidak wujud. seperti seseorang menjual kereta baru yang
didapati daripada ejen kereta, kemudian didapati tayar kereta itu botak, maka pembeli boleh
menbatalkan pembeliannya. Tetapi berbeza dengan orang yang membeli barangan terpakai. Jika
pembeli mendapati kereta terpakai itu mempunyai tayar yang botak, maka pembeli tidak berhak
menuntut khiyar aib kerana barangan terpakai ini biasanya mempunyai kecacatan sedemikian.
Objektif bagi Khiyar adalah supaya kedua belah pihak itu tidak mengalami kerugian atau
penyesalan dibelakang hari oleh sebab-sebab tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan
sesuatu barang samada mengenai barang atau harga.
29
BAB 4
(ANALISIS KAJIAN)
[4.1] PENDAHULUAN
Kebanyakkan peniaga yang berniaga di Tamu Kianggeh ini sudah lama menjalankan perniagaan
mereka dan banyak berpengalaman dalam proses jual beli yang dilakukan bagi setiap pembelian
dan penjualan yang mereka hadapi sehari-hari sejak mereka mula berniaga sehingga sekarang.
Hasil daripada temubual di Tamu Kianggeh di dapati wujud jual beli, salam, hutang dan istisnaa
manakala khiyar tidak digunakan di dalam jual beli.
Sebagai tambahan, Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah
pihak (penjual dan pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun
membatalkannya, mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu.
Setelah melakukan kajian tentang khiyar, kami dapati mereka tidak menggunakan jual beli
khiyar kerana bagi mereka jual beli khiyar ini tidak sesuai dilakukan di sana kerana barang-
barang yang mereka jual, kebanyakkannya terdiri daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-
sayuran dan sebagainya, yanag mana
[4.2] JUAL BELI
1. Hasil temubual dari: Penjual.
Nama: Dayang Baun Yee.
30
Umur: 48tahun.
Menurut Dayang Baun Yee,48 tahun, beliau mula berniaga di tamu Kianggeh ini pada tahun
2009. Beliau mula berniaga bermula pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Barang yang
diperjualkan oleh beliau di tamu Kianggeh ialah kraf tangan. Beliau mendapatkan lesen dan
permohonan kebenaran dalam melakukan jual beli disana ialah melalui jabatan Bandaran. Modal
barang yang beliau jual adalah dari tempatan dan luar negeri seperti Malaysia. Menurut Dayang
Baun Yee, selama beliau menguruskan perniagaaan ini,beliau tidak pernah menggunakan
khidmat ‘qardh’ (hutang), beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai sahaja. Beliau
menggunakan akad jual beli secara isyarat sahaja tanpa menyebutkan akad jual beli kerana
penjual dan pembeli saling memahami etika jual beli.
2. Hasil temubual dari: Pembeli
Nama: Asmah Binti Tahir.
Umur: 35tahun.
Menurut dayang Asmah binti Haji Tahir, 35 tahun, beliau berpuas hati dengan barangan yang
dijual di tamu Kianggeh ini. Barangan yang dijual di tamu ini bertepatan dengan cita rasa beliau
dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di tamu Kianggeh
ini.Beliau tidak pernah menggunakan khidmat hutang semasa membeli barang di tamu Kianggeh
ini, beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai.
[4.3] JUAL BELI CARA HUTANG
1. Hasil temubual dari: Penjual.Nama : Dyg. Halus binti Salleh.Umur : 64 tahun.
Beliau telah bekerja selama 6 tahun selepas sahaja dia pencen dan dia bekerja dengan
menggunakan lesen tahunan. Tinggal di Kampung Tanah Jambu, selepas sahaja sembahyang
31
fardhu subuh, dia berangkat pergi ke Tamu Kianggeh untuk bekerja (berjual) dan kebiasaannya
balik pada selepas waktu mahgrib.Barang yang selalu dijualnya ialah kelapa dan pisang. Kelapa
dan pisang ini didapati daripada negeri Sabah (Malaysia). Kegunaannya pula diantaranya ialah
untuk membuat kelupis, santan untuk memasak dan sebagainya.
Barang-barang dagangannya ini ditinggalkan atau bermalaman di Tamu Kianggeh. Hanya
bertawakal kepada Allah Taala sahaja. Cara proses jualbeli beliau bagi orang Islam, dia
menggunakan akad jualbeli seperti contohnya “Aku jual beberapa biji kelapa dengan harga
sekian” kemudian si pembeli pula mengatakan “Aku beli beberapa biji kelapa ini dengan harga
sekian”. Bagi orang yang bukan Islam pula, hanya menyatakan harga barang tersebut dan
diberikan dengan wang ringgit yang sama dengan harganya.
Beliau tidak menggunakan istilah hutang dan tidak pernah berlaku dalam pengalamannya
berjualbeli ini.Barang-barang yang dijualnya ini sering ditempah oleh pedagang-dagang di pasar
malam untuk jualan mereka di pasar malam. Meja yang disediakan untuk beliau telah disediakan
oleh pihak kerajaan.
[4.4] HASIL JUAL BELI CARA SALAM
1. Hasil temubual dari: Penjual. Nama : Dyg. Salmah binti Haji Besar. Umur : 50 tahun
Menurut Dayang Salmah binti Haji Besar (peniaga kuih-kuih kering), 50tahun, beliau terlibat
dalam perniagaan selama 30tahun, mereka menggunakan khidmat Salam bagi pelanggan kerana
para pelanggan boleh menempah terlebih awal. Ini kerana untuk kegunaan para pelanggan
seperti memberi campur dalam majlis perkahwinan, majlis berbedak dan sebagainya. Mereka
meminta para pembeli untuk menempah seminggu atau beberapa hari sebelum hari yang
diperlukan. Ini adalah bagi memudahkan para penjual menyediakan barang yang diperlukan.
2. Hasil temubual dari: Penjual.Nama : Awang Hj Ali Bin Hj Said.Umur : 35tahun
32
Manakala menurut Awang Hj Ali bin Hj Said (peniaga buah-buahan), 35tahun, beliau terlibat
dalam perniagaan selama 5tahun, mereka tidak pernah menggunakan khidmat ini, kerana barang
yang mereka perlukan adakalanya ada dan adakalanya tidak disebabkan barang yang mereka
tempeh itu mengikut musim dan susah untuk diperolehi. Jadi para pembeli susah untuk
menempahnya. Sebagai contoh buah durian dan sebagainya.
3. Hasil temubual dari: Pembeli.Nama : Dyg. Siti Fatimah Binti Hj Abdullah..Umur : 28 tahun
Bagi Dayang Siti Fatimah binti Hj Abdullah, (pembeli), 28tahun, beliau selalu datang ke Tamu Kianggeh bagi membeli barang keperluan sehari.Dia juga pernah menempah barang di tamu tersebut semasa dia hendak mengadakan majlis di rumahnya. Dia membeli kuih-kuih kering yang memerlukan barang tersebut lebih daripada 100. Jadi beliau membuat tempahan dengan penjual yang biasa dilangganinya dan menyatakan barang yang diperlukannya.
[4.5] JUAL BELI CARA ISTISNAA
1. Hasil temubual dari: Penjual.Nama : Awg Hj Esmet bin Hj Ibrahim.Umur : 50 tahun
Menurut Haji Esmet Bin Hj Ibrahim (peniaga ikan), 50 tahun, 4hb Mac 2012, yang mana beliau
baru memulakan perniagaan beliau sejak setahun yang lalu ini jua ada mengamalkan jual beli
secara tempahan Al-Istisnaa ini dimana jika ada pembeli yang menginginkan ikan yang mereka
kehendaki, mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu, ada jua pembeli yang membuat
pembayaran penuh semasa akad, dan ada juga yang membayar wang pendahuluan (deposit) dan
akan membayar bakinya sesudah sampai tempoh penyerahan barang tempahan tersebut,
2. Hasil temubual dari: Pembeli.Nama : Dyg. Hajah Hawa.Umur : 29 tahun
33
Begitu juga menurut Hjh Hawa (pembeli), 29 tahun, beliau jua pernah membuat tempahan secara
Al-Istisnaa dengan membayar deposit terlebih dahulu sementara menunggu tempoh masa
penyerahan barang tempahan pada waktu yang telah ditetapkan bersama penjual.
3. Hasil temubual dari: PenjualNama : Dyg. Hajah Piut Binti Hj Ali.Umur : 70 tahun
Tambahan lagi, menurut Hajah Piut bin Haji Aji, 70 tahun, beliau menjual ubat-ubatan
traditional, atau lebih dikenali dengan ubat-ubatan kampong. Beliau mendapat barang-barang
tersebut adalah daripada hasil buatannya sendiri dan terdapat juga sebahagian daripada barang
tersebut dibeli daripada pihak yang lain. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia
perniagaan ini, dan dianggarkan ianya sudah mencecah 40 tahun. Beliau menjelaskan bahawa
beliau sendiri ada menerima tempahan daripada para pembeli, dengan mensyaratkan, pembeli
harus memberikan wang pendahuluan (deposit) terlebih dahulu semasa berlakunya akad.
[4.6] JUAL BELI CARA KHIYAR
1. Hasil temubual: penjual
Jenis khiyar ini tidak diamalkan di Tamu Kianggeh kerana menurut mereka jenis khiyar ini tidak
sesuai digunakan di tempat itu, disebabkan oleh barang-barang mereka, hampir keseluruhannya
adalah barang yang tidak memerlukan khiyar.
[4.7] KESIMPULAN
Sepanjang kajian, hanya 4jenis jual beli yang digunakan, iaitu:
1. Hutang
2. Salam
3. Al-Istisnaa
Jenis jual beli yang dilakukan oleh para penjual dan pembeli ialah kadang-kadang menggunakan
akad dan adakalanya tidak ini kerana para penjual dan para pembeli sudah faham dengan
aturannya. Ada juga yang menggunakan sistem hutang, para penjual menggunakan sistem
34
hutang bagi memudahkan para pembeli yang kekuranggan duit. Begitu juda dengan sistem lain
seperti salam dan istisna. Ini adalah memudahkan bagi pembeli untuk menempah lebih awal
sebelum mereka memerlukannya, adapun para penjual tidak menggunakan sistem khiyar kerana
bagi mereka itu adalah tidak sesuai.
BAB 5
(PENUTUP)
[5.1] KESIMPULAN
Sepanjang menjalani kajian di Tamu Kianggeh, banyak perkara yang kami pelajari, walaupun
tempoh kajian dijalankan hanya sekejap sahaja.
Namun penjual dan pembeli memberikan kerjasama yang baik dan mereka melayan kami dengan
penuh ramah dan mesra. Ini membuatkan kami merasa selesa duntuk menjalankan tugas kami
sebagai pengkaji di tamu kianggeh.
Walaupun kami hanya mahasiswi dalam perkhidmatan (pre-service), namun kami masih
berpeluang mempelajari banyak perkara baru dalam hukum jual beli dalam Islam, berbanding
mempelajari dengan cara tidak melihat dunia luar.
[5.2] CADANGAN
Sebagai cadangan dari kami, Pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Kementerian Hal
Ehwal Ugama, bolehlah mengambil peranan dalam mengadakan bengkel, tazkirah ataupun
ceramah mengenai cara-cara berjual beli kepada masyarakat luar, khususnya kepada mereka
35
yang melakukan perniagaan supaya mereka tetap dengan cara berjual beli yang betul dan tidak
terpesong kepada jalan yang salah, yang boleh merosakkan tujuan asal jual beli.
Bibliografi
Al-Quran
Al-Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, 2000, Kuala Lumpur ; Pustaka Antara Sdn.
Bhd.
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab
Syafie, 2011, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Manhaj FiqhMazhab
Al-Syafi’i, 2009, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Haji Mohd. Zain bin Haji Seruddin, Zainut Talib, 2010, Brunei Darussalam, Syarikat
Mega Sdn. Bhd.
Haji Rose De Yusof Haji Mohd. Ramlee, 2009, Hukum Muamalat dan Hukum
Perkahwinan Dalam Islam, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei
Darussalam.
36
Temubual
1. Asmah Binti Tahir, Suri rumahtangga, pembeli, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur
35 tahun. Temubual pada 05.03.2012.
2. Awang Haji Ali bin Haji Said, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh,
berumur 35 tahun. Temubual pada 05.03.2012.
3. Dayang Baun Yee, Penjual Kraf Tangan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 48
tahun. Temubual pada 05.03.2012.
4. Dayang Halus Bte Salleh, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur
64 tahun. Temubual pada 06.03.2012.
5. Dayang Salmah bte Haji Besar, Penjual kuih-kuih kering, bertempat di Tamu Kianggeh,
berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012.
6. Dayang Siti Fatimah Binti Haji Abdullah, Pembeli, Pejabat Kerajaan, bertempat di Tamu
Kianggeh, berumur 28 tahun. Temubual pada 09.03.2012.
7. Awang Haji Esmet bin Haji Ibrahim, Penjual Ikan, bertempat di Tamu Kianggeh,
berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012.
8. Dayang Hajah Hawa, Pembeli, Suri Rumahtangga, bertempat di Tamu Kianggeh,
berumur 29 tahun. Temubual pada 05.02.2012.
9. Dayanag Hajah Piut bin Haji Ali, Penjual Ubat-ubat kampong, bertempat di Tamu
Kianggeh, berumur 70 tahun. Temubual pada 05.03.2012.
37
Top Related