Kesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar Pertanian
Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah
mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan
jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar, penebangan hutan juga turut
menyumbang kepada hakisan tanah, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula
air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah.
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap
tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun
untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin. Selain menimbulkan masalah
pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan
penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko
akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak
sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.
Pembalakan
Kesan-kesan pembalakan ialah akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora
dan fauna. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis
tumbuhan dan spesies hidupan liar yang semakin pupus. Kemusnahan hutan akan menyebabkan
kemusnahan tempat tinggal bagi tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Sebagai contohnya, banyak
kawasan hutan yang dimusnahkan kerana pembangunan atau aktiviti pembalakan secara haram.
Tanpa tempat tinggal yang selamat, haiwan-haiwan ini akan mati dan seterusnya pupus. Selain
itu, hutan kaya dengan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi sumber ubat atau penawar bagi
pelbagai penyakit. Kemusnahan hutan bererti kehilangan bahan-bahan yang berharga ini.
Seterusnya, kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat. Hal ini demikian
kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen
kepada hidupan di muka bumi. ]ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya, maka peluang
untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon
dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya
peningkatan suhu dunia. Apabila situasi ini berlaku, jumlah isi padu lautan juga akan bertambah
sebagai akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Sebagai contohnya, fenomena
pemanasan global berpunca daripada aktiviti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang
leluasa di dunia. Sebagai akibat fenomena ini, kesan rumah hijau turut berlaku.
Selain itu, hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada
pelbagai bencana alam. Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan, air yang turun tersebut
terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke
dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat, misalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini
berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah
tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di
dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.
Perindustrian
Sektor perindustrian amat berkembang di Malaysia. Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan
bahan buangan ke dalam sungai, terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar
daripada sektor ini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.
Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam
sungai yang berdekatan. Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan
sungai seperti ikan, udang mati.
Selain itu, pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara
atmosfera. Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap
hitam. Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh
menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu
dihisap.
Perikanan
Kesan menjalankan
aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah
menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau
muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara
berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau
pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira 64% terumbu karang berada
dalam keadaan terancam.
Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini
menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan.
Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan
air laut.
Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan
industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah
menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar.
Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus.
Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga
mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan
secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang
di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun
sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang
diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.
Menbuang sampah merata-rata,
Hidupan akuatik menjadi mangsa,
Pencemaran sungai di negara maju,
Isu ini menghiasi wacana.
Pemanasan global
Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang
melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh
menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau
merosakkan alam sekitar. (Wikipedia) Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua
bahagian iaitu pencemaran udara dan pencemaran udara sekunder.
Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida
akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil
daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara.
Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama ialah disebabkan oleh
aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini menyebabkan penambahan pada
pelepasan pencemaran gas organic dan bukan organic, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai
jenis industry menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur
melepaskan gas-gas yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan banyak
kebaikan, tetapi juga mendatangkan keburukan.
Punca kedua ialah pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Masyarakat moden amat
bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus. Setiap pergerakan
kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil
untuk pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaan
berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga bermaksud pencemara udara
semakin meningkat dari semasa ke semasa di Malaysia.
Punca ketiga ialah pembakaran terbuka. Banyak penghuni suka membakar sampah sarap
apabila gotong-royang rumah mereka kerana mereka malas membuangkan ke dalam tong
sampah. Petani juga membakar ranting pokok, daun-daun dan lain lain untuk menjadi baja untuk
pertanian mereka. Walaupun sisa-sisa dari polok boleh menjadi baja, tetapi semasa proses
pembakaran akan mengeluarkan asap-asap yang mencemarkan udara. Pembakaran hutan juga
adalah salah satu pembakaran terbuka. Pembakaran hutan berlaku kerana pemaju ingin membuka
tanah yang baru untuk mendirikan bangunan atau kepanasan suhu menjadi kebakaran.
Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah kita perlu
mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakkan pencemaran udara berlaku
adalah daripada sikap manusia yang mementingkan kepentingan sendiri. Pemilik kilang
membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih dan
tidak mahu membazirkan duit untuk menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu
mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan
mendatangkan banyak kesan-kesan negatif yang merosakkan alam.
Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen tentang
pencemaran udara. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
memelihara dan menjaga alam sekitar. Di samping itu, masyarakat akan didedahkan tentang
kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus di
adakan sepanjang tahun supaya akan masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar. Kempen
ini boleh diadakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh
ditampar di tempat-tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai.
Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah pihak yang
melakukan pencemaran udara akan dikenakan tindakan dari segi undang-undang. Kilang-kilang
yang melepaskan asap-asap yang mencemarkan udara akan disaman. Jika kilang tersebut terus
melakukan kegiatan tersebut. Lesen perniagaan akan digantung. Orang ramai juga tidak boleh
melakukan aktiviti pembakaran dengan sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan pencemaran
udara ke tahap yang lebih rendah.
Kesan-kesan yang disebabkan oleh pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan
manusia.. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar,
sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Pesakit asma
apabila menyerap bahan pencemar ke dalam badan kemungkinan akan mengakibatkan kematian.
Manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-
contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya.
Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan hujan asid berlaku. Pelbagai bahan
kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan
turun sebagai hujan asid. Apabila air hujan asid telah meresap ke dalam tanah, ia akan
mengakibatkan tanah tersebut tidak lagi subur. Tanaman seperti sayur-sayuran apabila terkena
hujan asid, sayur-sayuran itu tidak lagi segar dan tidak boleh dimakan lagi. Ini mengakibatkan
petani akan mengalami kerugian yang besar.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-
bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan boleh mengakibatkan lapisan ozon
kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan
ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini akan mengakibatkan suhu bumi
meningkat. Penipisan lapisan ozon juga akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi
atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kanser kulit.
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah
pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan
kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat di atasi. Kita harus
memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan
nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta
oleh tuhan.
PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua
darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan
Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku
dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja,
jarak hanya dua generasi sahaja. Udara akan sangat panas, banyak orang akan mencari makanan
dan air. Kesukaran untuk bernafas kerana kekurangan udara yang bersih. Harta benda akan
hilang, begitu pula nyawa manusia.
Kerakusan manusia dalam mengejar pembangunan telah mengakibatkan suhu bumi menjadi
semakin panas. Perkara ini di kaitkan dengan aktiviti penebangan hutan, kegiatan perkilangan
dan industri, permotoran, pembangunan hutan batu. Ahli-ahli sains dan geografi berpendapat
bahawa punca utama pemanasan global ialah menipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh
pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau
pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kesan rumah
hijau juga memberi galakan kepada isu ini.
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida,
nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seperti pembebasan CFC. Pemanasan global juga
boleh menjejaskan kesihatan manusia bahkan haiwan yang hidup di muka bumi ini. Hal ini dapat
di buktikan melalui perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan
150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit. Dalam hal ini, jangkitan virus,
bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit
influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim
hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.
Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Selain itu penyakit lain juga
mungkin boleh berlaku antaranya ialah kanser kulit dan penyakit paru-paru,
Namun begitu terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berterusan. Antara
cara terbaik yang boleh dimbil adalah pendidikan alam sekitar kepada generasi muda. Dalam
keadan ini pendidikan penjagaan alam sekitar perlulah dimulakan sejak di rumah atau di bangku
sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan. Langkah-langkah lain
boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan
penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi
keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Di samping itu, langkah-langkah lain yang boleh
dilakukan adalah menggunakan barangan yang mempunyai label kecekapan tenaga seperti peti
sejuk, televisyen dan penghawa dingin. Apabila penggunaan tenaga dapat dikurangkan, sumber
asli yang digunakan untuk menjana tenaga dapat dikurangkan. Pengurangan penggunaan sumber
asli akan membantu dalam pengurangan gas rumah hijau dan sumber asli ini juga akan dapat
dijimat sekaligus akan melambatkan proses pemansan global yang berlaku. Pengguna juga harus
dan sepatutnya menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk pergi ke destinasi
yang hendak dituju. Sebagai contoh dengan menaiki perkhidmatan LRT.
Dengan cara ini, pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera dapat dikurangkan. Pengguna juga
harus mengamalkan kitar semula untuk mengurangkan sisa pembuangan dan pelupusan. Elakkan
penggunaan barangan seperti polisterena dan plastik. Masyarakat sejagat juga boleh
menggunakan beg yang mesra alam.
Sebagai konklusinya, isu pemanasan global adalah isu dunia yang sedang hangat dibincangkan di
dada akhbar haruslah di bendung dengan serta merta, sumbangan negara kita ke atas pemanasan
global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu
melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan permukaan bumi ini.
Sayangilah dunia kerana hanya kita yang boleh merawat dunia.
PERANAN MASYARAKAT DALAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR
Sejak kebelakangan ini, isu mengenai alam sekitar sering diperkatakan dan merupakan salah satu
isu yang telah dipandang serius sama ada dalam negara kita sendiri atau di seluruh dunia.
Pencemaran alam sekitar berlaku di seluruh dunia sama ada di bandar-bandar besar negara
sedang membangun atau negara-negara yang canggih seperti Amerika Syarikat, China, dan
sebagainya.
Terdapat beberapa unsur yang meyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita
secara berleluasa. Telah dibuktikan bahawa sebanyak 91% pencemaran air di negara kita
dicemari najis, sama ada najis haiwan ataupun najis manusia berdasarkan hasil kajian Jabatan
Alam Sekitar.
Unsur-unsur lain yang meyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk baja dan bahan
kumbahan yang digunakan secara kerap dan besar-besaran dalam sektor pertanian kerana ia
mengandungi galian terutamanya nitrat dan fosfat. Selain itu, kawasan pembinaan dan kawasan
perbandaran banyak menghasilkan kelodak dan bahan-bahan berbentuk pepejal seperti tanah dan
bahan buangan, menyebabkan pencemaran akibat daripada hakisan tebing sungai. Antara punca
lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar kita termasuk sisa buangan dan sisa toksid
daripada kilang-kilang semasa proses pengeluaran, pembasmian hutan semasa projek
pembangunan dijalankan dan pelbagai jenis pembangunan industri. Pencemaran boleh
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran jangka pendek dan pencemaran jangka panjang.
Pencemaran jangka pendek selalunya boleh terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja.
Kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas.
Manakala pencemaran jangka panjang lebih memerlukan perhatian yang khusus kerana ia boleh
memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan walaupun ia
berada pada tahap yang rendah di negara ini.
Pencemaran tanah dan air bawah tanah boleh memberikan kesan yang besar terhadap hidupan
terutamanya haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Walaupun ia tidak akan tersebar dalam
jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, pembiakan spesies katak terganggu, ia berpunca
daripada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebab oleh pencemaran jangka panjang.
Sebahagian saintis khuatir ia akhirnya akan memberi kesan kepada manusia sekiranya keadaan
itu berlaku secara berterusan.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan
sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita
sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan? Kita
seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan
apakah kesannya kepada alam sekitar kita. Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju dan
penjaja menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan
mempertimbangkan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak
memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra
alam untuk menjalankan kerja mereka.
Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas, tidak membeli rumah yang
didirikan dalam kawasan hutan atau lading yang mana pihak pemaju menerokai hutan-hutan,
menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini
kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih samaada hendak menetap di kawasan yang selesa
dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan
di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor perlancongan.
Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar
kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi
dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuka
hati membuang sampah ke dalam sungai, longkang, sistem perparitan supaya tidak menyebabkan
saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang
akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar. Selain itu, kita juga perlu melakukan
penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Sungai dan laut akan
tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang
dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kasan yang akan didatangi. Daripada
kerja pembalakan haram tersebut, ia akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan
habitat semulajadi ikan tawar. Selain itu, aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan
dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi, hakisan tanah
dan sebagainya.
Perkara yang paling penting ialah sikap, pemikiran, kesedaran yang berkaitan dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai
tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat. Kesedaran masyarakat tentang
kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada
melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar. Kesedaran terhadap kepentingan alam
sekitar membolehkan kita menganggap ahklak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam
sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai mamfaat kepada kita selama ini.
Disamping itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan.
Kita harus memastikan mesaj yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan
kepada setiap anggoya masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terjamin. Dengan
kerjasama semua anggota masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing, hasil yang kita
diharapkan dalam menyelamatkan alam sekitar pasti akan tercapai.
Top Related