Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

17
Kesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar Pertanian Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah. Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak.

Transcript of Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Page 1: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Kesan-kesan Aktiviti Manusia Terhadap Alam Sekitar Pertanian

Pembangunan sektor pertanian melalui penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah

mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan

jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan serta  hidupan liar, penebangan hutan juga turut

menyumbang kepada hakisan tanah, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.

Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula

air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir berlaku di kawasan tanah rendah.

Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap

tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun

untuk sebatian toksik seperti orgonofosfat dan organoklorin.  Selain menimbulkan masalah

pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan

penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko

akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak

sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. 

Page 2: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Pembalakan

Kesan-kesan pembalakan ialah akan menyebabkan kemusnahan habitat semula jadi bagi flora

dan fauna. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai jenis

tumbuhan dan spesies hidupan liar yang semakin pupus. Kemusnahan hutan akan menyebabkan

kemusnahan tempat tinggal bagi tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Sebagai contohnya, banyak

kawasan hutan yang dimusnahkan kerana pembangunan atau aktiviti pembalakan secara haram.

Tanpa tempat tinggal yang selamat, haiwan-haiwan ini akan mati dan seterusnya pupus. Selain

itu, hutan kaya dengan tumbuhan-tumbuhan yang menjadi sumber ubat atau penawar bagi

pelbagai penyakit. Kemusnahan hutan bererti kehilangan bahan-bahan yang berharga ini. 

Seterusnya, kekurangan hutan akan menyebabkan suhu dunia akan meningkat. Hal ini demikian

kerana hutan berperanan untuk menyerap gas karbon dioksida dan membekalkan gas oksigen

kepada hidupan di muka bumi. ]ika hutan ditebang dengan sewenang- wenangnya, maka peluang

untuk menambah isi padu gas oksigen dalam udara akan berkurangan. Peratus gas karbon

Page 3: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

dioksida pula dalam udara akan terus meningkat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya

peningkatan suhu dunia. Apabila situasi ini berlaku, jumlah isi padu lautan juga akan bertambah

sebagai akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Sebagai contohnya, fenomena

pemanasan global berpunca daripada aktiviti penebangan atau pengurangan kawasan hutan yang

leluasa di dunia. Sebagai akibat fenomena ini, kesan rumah hijau turut berlaku.

Selain itu, hutan-hutan yang diterokai menyebabkan tanah yang dilindungi terdedah kepada

pelbagai bencana alam. Hal ini berpunca daripada hutan tidak lagi dapat berfungsi sebagai

kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda sesuatu kawasan, air yang turun tersebut

terus menghakis permukaan bumi yang gondol tersebut lalu membawa hakisan tanah-tanah ini ke

dalam sungai. Kejadian ini dapat kita lihat, misalnya pada kejadian tanah runtuh. Kejadian ini

berlaku kerana ketiadaan akar tumbuhan yang mencengkam tanah, terutamanya tebing atau tanah

tinggi. Sungai pula akan menjadi semakin cetek sebagai akibat pemendakan tanah lumpur di

dasarnya. Keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat lebih mudah melanda.

Perindustrian

Page 4: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Sektor  perindustrian amat berkembang di Malaysia. Pelbagai jenis kilang telah menghasilkan

bahan buangan ke dalam sungai, terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar

daripada sektor  ini. Di antaranya ialah pencemaran sumber air di kawasan tapak perkilangan.

Pihak kilang akan biarkan sisa kumbahan serta bahan toksid yang beracun mengalir ke dalam

sungai yang berdekatan. Tindakan kilang tersebut secara langsung telah menyebabkan kehidupan

sungai seperti ikan, udang mati.

Selain itu, pihak kilang turut akan melepaskan asap-asap yang hitam dan kotor ke udara

atmosfera. Proses menghasilkan barang dari kilang secara besar-besaran akan menghasilkan asap

hitam. Asap hitam tersebut yang mengandungi pelbagai CFC serta karbon diosida boleh

menjejaskan kesihatan manusia seperti mengakibatkan penyakit paru-paru jika seseorang itu

dihisap.

Perikanan

Kesan menjalankan

aktiviti perikanan pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah

menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau

muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara

berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau

pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira 64% terumbu karang berada

dalam keadaan terancam.

Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini

menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan.

Page 5: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan

air laut.

Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan

industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah

menyebabkan pencemaran bau busuk dikawasan sekitar.

Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus.

Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga

mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan

secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang

di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun

sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang

diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.

Menbuang sampah merata-rata,

Hidupan akuatik menjadi mangsa,

Pencemaran sungai di negara maju,

Isu ini menghiasi wacana.

Pemanasan global

Page 6: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang

melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh

menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau

merosakkan alam sekitar. (Wikipedia) Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua

bahagian iaitu pencemaran udara dan pencemaran udara sekunder.

            Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida

akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil

daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara.

Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Punca pertama ialah disebabkan oleh

aktiviti perindustrian. Perkembangan dalam bidang ini menyebabkan penambahan pada

pelepasan pencemaran gas organic dan bukan organic, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai

jenis industry menghasilkan bahan pencemar yang berbeza. Kilang-kilang seperti kilang nukleur

melepaskan gas-gas yang amat bahaya. Walaupun kilang nukleur mendatangkan banyak

kebaikan, tetapi juga mendatangkan keburukan.

Page 7: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Punca kedua ialah pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Masyarakat moden amat

bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus. Setiap pergerakan

kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak. Kenderaan motor membakar bahan api fosil

untuk pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat mencemarkan udara. Kenderaan

berdaftar digunakan dalam Malaysia semakin meningkat, ini juga bermaksud pencemara udara

semakin meningkat dari semasa ke semasa di Malaysia.

Punca ketiga ialah pembakaran terbuka. Banyak penghuni suka membakar sampah sarap

apabila gotong-royang rumah mereka kerana mereka malas membuangkan ke dalam tong

sampah. Petani juga membakar ranting pokok, daun-daun dan lain lain untuk menjadi baja untuk

pertanian mereka. Walaupun sisa-sisa dari polok boleh menjadi baja, tetapi semasa proses

pembakaran akan mengeluarkan asap-asap yang mencemarkan udara. Pembakaran hutan juga

adalah salah satu pembakaran terbuka. Pembakaran hutan berlaku kerana pemaju ingin membuka

tanah yang baru untuk mendirikan bangunan atau kepanasan suhu menjadi kebakaran.

Banyak cara yang dapat mengatasi pencemaran udara. Langkah pertama ialah kita perlu

mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri. Kebanyakkan pencemaran udara berlaku

adalah daripada sikap manusia yang mementingkan kepentingan sendiri. Pemilik kilang

membebaskan gas-gas beracun ke udara kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih dan

tidak mahu membazirkan duit untuk menapiskan gas-gas tersebut. Oleh itu, kita perlu

mengubahkan cara berfikir dan sikap kita sendiri dengan menyedari pencemaran udara akan

mendatangkan banyak kesan-kesan negatif yang merosakkan alam.

Langkah kedua ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen tentang

pencemaran udara. Tujuan kempen diadakan ialah menyedarkan masyarakat tentang kepentingan

Page 8: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

memelihara dan menjaga alam sekitar. Di samping itu, masyarakat akan didedahkan tentang

kesan-kesan, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi alam sekitar. Kempen ini harus di

adakan sepanjang tahun supaya akan masyarakat tidak akan lupa menjaga alam sekitar. Kempen

ini boleh diadakan di sekolah, dewan perumahan atau perpustakaan awam. Poster juga boleh

ditampar di tempat-tempat yang dapat dilihat oleh orang ramai.

            Langkah ketiga ialah kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Maksud kuatkuasakan undang-undang dan peraturan yang berkenaan ialah pihak yang

melakukan pencemaran udara akan dikenakan tindakan dari segi undang-undang. Kilang-kilang

yang melepaskan asap-asap yang mencemarkan udara akan disaman. Jika kilang tersebut terus

melakukan kegiatan tersebut. Lesen perniagaan akan digantung. Orang ramai juga tidak boleh

melakukan aktiviti pembakaran dengan sesuka hati. Tujuan adalah meminimumkan pencemaran

udara ke tahap yang lebih rendah. 

Kesan-kesan yang disebabkan oleh pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan

manusia.. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar,

sistem pernafasan akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Pesakit asma

apabila menyerap bahan pencemar ke dalam badan kemungkinan akan mengakibatkan kematian.

Manusia akan menghidap pelbagai penyakit apabila selalu menghidu udara yang kotor. Contoh-

contoh penyakit adalah seperti kanser paru-paru, kanser hidung dan sebagainya.

   Selain itu, pencemaran udara akan menyebabkan hujan asid berlaku. Pelbagai bahan

kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan

turun sebagai hujan asid. Apabila air hujan asid telah meresap ke dalam tanah, ia akan

mengakibatkan tanah tersebut tidak lagi subur. Tanaman seperti sayur-sayuran apabila terkena

hujan asid, sayur-sayuran itu tidak lagi segar dan tidak boleh dimakan lagi. Ini mengakibatkan

petani akan mengalami kerugian yang besar.

           Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-

bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan boleh mengakibatkan lapisan ozon

kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan

ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini akan mengakibatkan suhu bumi

meningkat. Penipisan lapisan ozon juga akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi

atmosfera tanpa lapisan dan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kanser kulit.

            Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah

pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan

Page 9: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat di atasi. Kita harus

memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan

nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta

oleh tuhan.

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua

darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan

Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku

dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja,

jarak hanya dua generasi sahaja. Udara akan sangat panas, banyak orang akan mencari makanan

dan air. Kesukaran untuk bernafas kerana kekurangan udara yang bersih. Harta benda akan

hilang, begitu pula nyawa manusia.

Kerakusan  manusia dalam mengejar pembangunan telah mengakibatkan suhu bumi menjadi

semakin panas. Perkara ini di kaitkan dengan aktiviti penebangan hutan, kegiatan perkilangan

dan industri, permotoran, pembangunan hutan batu. Ahli-ahli sains dan geografi berpendapat

bahawa punca utama pemanasan global ialah menipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh

pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC). Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau

pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kesan rumah

hijau juga memberi galakan kepada isu ini. 

Page 10: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida,

nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seperti pembebasan CFC. Pemanasan global juga

boleh menjejaskan kesihatan manusia bahkan haiwan yang hidup di muka bumi ini. Hal ini dapat

di buktikan melalui perubahan iklim yang telah terjadi sejak tahun 1970-an telah menyebabkan

150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian penyakit. Dalam hal ini, jangkitan virus,

bakteria dan kuman pembawa penyakit dikatakan akan semakin berleluasa. Jika dahulu, penyakit

influenza hanya akan menyerang ketika di musim dingin (di negara empat musim) atau di musim

hujan ( di Negara iklim tropika), tetapi kini sudah mula menyerang tidak mengira musim lagi.

Oleh itu, berwaspadalah dan pelihara kesihatan anda setiap waktu. Selain itu penyakit lain juga

mungkin boleh berlaku antaranya ialah  kanser kulit dan penyakit paru-paru, 

Namun begitu terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada perkara ini berterusan. Antara

cara terbaik yang boleh dimbil adalah pendidikan alam sekitar kepada generasi muda. Dalam

keadan ini pendidikan penjagaan alam sekitar perlulah dimulakan sejak di rumah atau di bangku

sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan. Langkah-langkah lain

boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan

penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi

keselesaan dan keselamatan kepada penduduk. Di samping itu, langkah-langkah lain yang boleh

dilakukan adalah menggunakan barangan yang mempunyai label kecekapan tenaga seperti peti

sejuk, televisyen dan penghawa dingin. Apabila penggunaan tenaga dapat dikurangkan, sumber

asli yang digunakan untuk menjana tenaga dapat dikurangkan. Pengurangan penggunaan sumber

asli akan membantu dalam pengurangan gas rumah hijau dan sumber asli ini juga akan dapat

dijimat sekaligus akan melambatkan proses pemansan global yang berlaku. Pengguna  juga harus

dan sepatutnya menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk pergi ke destinasi

yang hendak dituju. Sebagai contoh dengan menaiki perkhidmatan LRT.

Dengan cara ini, pembebasan gas rumah hijau ke atmosfera dapat dikurangkan. Pengguna juga

harus mengamalkan kitar semula untuk mengurangkan sisa pembuangan dan pelupusan. Elakkan

penggunaan barangan seperti polisterena dan plastik. Masyarakat sejagat juga boleh

menggunakan beg yang mesra alam.

Sebagai konklusinya, isu pemanasan global adalah isu dunia yang sedang hangat dibincangkan di

dada akhbar haruslah di bendung dengan serta merta, sumbangan negara kita ke atas pemanasan

global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu

melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan permukaan bumi ini.

Sayangilah dunia kerana hanya kita yang boleh merawat dunia.

Page 11: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

PERANAN MASYARAKAT DALAM MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai alam sekitar sering diperkatakan dan merupakan salah satu

isu yang telah dipandang serius sama ada dalam negara kita sendiri atau di seluruh dunia.

Pencemaran alam sekitar berlaku di seluruh dunia sama ada di bandar-bandar besar negara

sedang membangun atau negara-negara yang canggih seperti Amerika Syarikat, China, dan

sebagainya. 

Terdapat beberapa unsur yang meyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita

secara berleluasa. Telah dibuktikan bahawa sebanyak 91% pencemaran air di negara kita

dicemari najis, sama ada najis haiwan ataupun najis manusia berdasarkan hasil kajian Jabatan

Alam Sekitar.

Unsur-unsur lain yang meyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk baja dan bahan

kumbahan yang digunakan secara kerap dan besar-besaran dalam sektor pertanian kerana ia

mengandungi galian terutamanya nitrat dan fosfat. Selain itu, kawasan pembinaan dan kawasan

perbandaran banyak menghasilkan kelodak dan bahan-bahan berbentuk pepejal seperti tanah dan

bahan buangan, menyebabkan pencemaran akibat daripada hakisan tebing sungai. Antara punca

lain yang menyebabkan pencemaran alam sekitar kita termasuk sisa buangan dan sisa toksid

daripada kilang-kilang semasa proses pengeluaran, pembasmian hutan semasa projek

pembangunan dijalankan dan pelbagai jenis pembangunan industri. Pencemaran boleh

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pencemaran jangka pendek dan pencemaran jangka panjang.

Pencemaran jangka pendek selalunya boleh terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja.

Kebanyakan bahan pencemar selalunya cepat tersebar dan boleh meliputi kawasan yang luas.

Page 12: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

Manakala pencemaran jangka panjang lebih memerlukan perhatian yang khusus kerana ia boleh

memberi kesan yang besar kepada seluruh ekosistem melalui rantaian hidupan walaupun ia

berada pada tahap yang rendah di negara ini.

Pencemaran tanah dan air bawah tanah boleh memberikan kesan yang besar terhadap hidupan

terutamanya haiwan yang menghuni sesuatu ekosistem. Walaupun ia tidak akan tersebar dalam

jangka masa yang singkat. Sebagai contoh, pembiakan spesies katak terganggu, ia berpunca

daripada pencemaran dan keracunan yang berlaku disebab oleh pencemaran jangka panjang.

Sebahagian saintis khuatir ia akhirnya akan memberi kesan kepada manusia sekiranya keadaan

itu berlaku secara berterusan.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita haruslah bekerjasama melakukan

sesuatu untuk menyelamatkan alam sekitar kita yang indah ini. Persoalannya hanya adakah kita

sudah bersedia dan sanggup lakukan atau tidak? Sampai ke tahap mana kita boleh lakukan? Kita

seharusnya sentiasa berfikir adakah sesuatu yang kita lakukan itu wajar atau tidak wajar dan

apakah kesannya kepada alam sekitar kita. Sebagai contoh, kita boleh mendesak para pemaju dan

penjaja menjalankan kerja dan pembangunan mereka dengan mengambil kira dan

mempertimbangkan segala unsur-unsur yang berkaitan dengan alam sekitar supaya tidak

memusnahkan alam sekitar. Misalnya, mendesak pemaju-pemaju menggunakan cara yang mesra

alam untuk menjalankan kerja mereka.

Sebagai individu masyarakat, kita boleh memilih supaya menindas, tidak membeli rumah yang

didirikan dalam kawasan hutan atau lading yang mana pihak pemaju menerokai hutan-hutan,

menebang pokok untuk tujuan pembukaan kawasan perumahan atau pembangunan. Hal ini

kerana hanya kita sendiri yang boleh memilih samaada hendak menetap di kawasan yang selesa

dan selamat atau kawasan yang telah dicemarkan. Kini juga terdapat banyak tapak perlancongan

di negara kita tercemar dan ia memberi impak yang besar kepada sektor perlancongan.

Orang awam harus mengambil berat dan berusaha menjaga kebersihan di dalam dan juga luar

kawasan rumah mereka bagi memastikan tempat kediaman kita ini selesa dan selamat ditinggal.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi

dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Kita haruslah mengamalkan sikap seperti tidak sesuka

hati membuang sampah ke dalam sungai, longkang, sistem perparitan supaya tidak menyebabkan

saliran tersumbat dan akhirnya membawa masalah-masalah seperti banjir dan sebagainya yang

akan mencemari dan memusnahkan alam sekitar. Selain itu, kita juga perlu melakukan

penguatkuasaan yang bersepadu dalam membanteras pembalakan haram. Sungai dan laut akan

tercemar dan alam sekitar juga musnah akibat daripada kegiatan pembalakan haram yang

Page 13: Kesan Manusia Dan Alam Sekitar Hbss3103

dijalankan secara besar-besaran tanpa menyedari kesan-kasan yang akan didatangi. Daripada

kerja pembalakan haram tersebut, ia akan turut membawa kemusnahan kepada kebanyakan

habitat semulajadi ikan tawar. Selain itu, aktiviti pembalakan juga memusnahkan habitat hutan

dan seterusnya membawa kepada masalah seperti banjir, peningkatan suhu bumi, hakisan tanah

dan sebagainya. 

Perkara yang paling penting ialah sikap, pemikiran, kesedaran yang berkaitan dengan

pemeliharaan dan pemuliharaan, kepentingan alam sekitar ada pada penduduk dan nilai-nilai

tersebut perlu dipupuk sejak kecil lagi oleh masyarakat. Kesedaran masyarakat tentang

kepentingan menjaga alam sekitar amat penting kerana ia dapat menghalang kita daripada

melakukan perkara yang akan merosakkan alam sekitar. Kesedaran terhadap kepentingan alam

sekitar membolehkan kita menganggap ahklak kita di bumi ini adalah untuk menjaga alam

sekitar sebagaimana ia telah memberi pelbagai mamfaat kepada kita selama ini.

Disamping itu,proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita juga diperlukan.

Kita harus memastikan mesaj yang jelas mengenai apa-apa maklumat yang betul disampaikan

kepada setiap anggoya masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terjamin. Dengan

kerjasama semua anggota masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing, hasil yang kita

diharapkan dalam menyelamatkan alam sekitar pasti akan tercapai.