7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
1/21
KANDUNGAN
Sekapur Sireh Dan Penghargaan ms 2 - 3
Pengenalan ms 4
Konsep Dan Definisi Pemulihan ms 5 - 6
Objektif Pemulihan ms 6
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan ms 7-9
Masalah Penguasaan Literasi Bahasa Murid-Murid Pemulihan ms 9
Pemulihan di sekolah ms 10 - 11
Sinopsis BBB ( Kotak Suku Kata ) ms 12
Kekuatan Kotak Suku Kata ms 13 - 14
Kelemahan Kotak Suku Kata ms 14
Panduan Penggunaan Kotak Suku Kata ms 15
Cadangan Permainan Kotak Suku Kata ms 15 - 16
Refleksi ms 16 - 17
Bibliografi ms 18
Kolaborasi ms 19
Lampiran
1
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
2/21
SEKAPUR SIRIH DAN PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya dapatlah
saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek Program Pensiswazahan Guru sekolah
rendah ambilan Febuari 2012. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun ummah, juga
kepada sahabat-sahabat baginda yang sama-sama berjuang menegakkan agama
Islam.
Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia yang telah membiayai pengajian saya dibawah Program Pensiswazahan
Guru. Pembiayaan ini telah meringankan beban saya untuk memiliki segulung ijazah
sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam profesion perguruan. Ilmu yang
saya peroleh ini, akan saya gunakan sepenuhnya dalam menghasilkan generasi akan
datang yang lebih cemerlang. InsyaAllah.
Tidak lupa juga, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amidin b Haji
Zim, Pensyarah bagi subjek Literasi Bahasa yang banyak memberi bimbingan, tunjuk
ajar dan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Tanpa input-input dan
tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau, saya tdak mungkin mampu menyiapkan tugasan
ini
Sekalung penghargaan di tujukan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan
yang banyak memberi inspirasi dan membantu sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan yang diberi. Semoga segala bantuan dan usaha yang dilakukan mendapat
keberkatan daripada Allah s.w.t. Akhir sekali, saya mengharapkan agar tugasan ini
memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah
2
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
3/21
Pengenalan
Kanak-kanak pemulihan adalah merupakan pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktortertentu. Murid-murid ini biasanya lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan
kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-
murid lain yang sama usia dan peringkat persekolahan dengan mereka.
Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah
pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau
perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi
masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini
adalah untuk membantu murid-murid ini dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi
mereka.
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran amat menitikberatkan pendidikan pemulihan
khas ini. Melalui pelaksanaan pembelajaran KIA 2M (Kelas Intevensi Awal, Menulis dan
membaca) , masalah penguasaan murid pemulihan telah hampir berjaya diatasi. Seterusnya,
strategi memulihkan murid-murid pemulihan ini diteruskan lagi dengan pelaksanaan LINUS iaitu
Literasi dan Numerasi yang menjadi sebahagian daripada NKRA Kerajaan Malaysia bermula
pada tahun 2010.
Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri
daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran.
Antaranya ialah mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira
serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai
kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang
kurang penting, seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya
cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
Murid-murid pemulihan khas juga ada menghadapi masalah pertuturan yang
mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan,
pendengaran dan pertuturan. Mereka sukar untuk membezakan bentuk huruf dan sekali gus
membaca perkataan.
3
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
4/21
Kebanyakan daripada murid-murid pemulihan ini lemah dalam penerimaan konsep-
konsep yang baru. Mereka tidak boleh mengingat kembali apa yang diajar oleh guru serta tidak
mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Mereka juga
kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri. Mereka tidak boleh bertindak
balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
Murid-murid ini juga mengalami kegagalan dalam ujian atau peperiksaan dan lemah atau
mundur dalam pelajaran mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri dari murid-murid
yang tercicir daripada pendidikan pada peringkat awal lagi. Oleh sebab tidak mendapat
pendedahan awal dalam pendidikan, ramai di antara murid-murid ini yang memiliki darjah
kecerdasan yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi
kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh
dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah
yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan
berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian
yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan. Justeru itu, sebagai
golongan pendidik, guru hendaklah memastikan setiap murid mesti mendapat
pendidikan yang sewajarnya tanpa ada diskriminasi antara mereka.
4
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
5/21
Konsep Dan Definisi Pemulihan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) pemulihan
bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam
konteks ini, konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi pula
berpendapat masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya di
kaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan
sesuatu.
Blair ( 1956 ),mengatakan pemulihan ialah satu program khas berbentuk
tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti
pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
O.C. Simpson ( 1975 ) pula berpendapat aktiviti pemulihan merupakan tindakan
khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalamikesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di
pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk
pengajaran pembelajaran biasa.
Sharifah Alawiah Alsagoff ( 1983 ), menyatakan bahawa pemulihan ialah satu
tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, dan dalam
darjah pengajaran khusus oleh guru pemulihan yang diasingkan daripadasekulah biasa
dan dalam darjah untuk pengajaran dan pembelajaran biasa .
Manakala Ishak Harun dan Koh Boh Boon ( 1983 ) pula menyatakan bahawa
aktiviti pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-
kanak yang bermasalah dalam pembelajaran di sekolah biasa. Tansley ( 1967 ), pula
berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran
pemulihan dijalankan dengan lebih tersusun.
5
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
6/21
Menurut Albewhite ( 1977 ), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran
yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh
gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; By remedial teaching is
meant teaching which is based in a different diagnosis which forms the basis for
scientific remedial process.
Berdasarkan Collins ( 1961 ), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan
pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid
yang gagal dalam matapelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis, dan
mengira. Menurutnya lagi, special education treatment of children found to be failing in
the basic school subjects of reading, spelling, and number.
Chua ( 1977 ) pula menyatakan dalam laporannya bahawa pendidikan
pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah,
melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.
Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan
perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak
kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh
kakitangan ikhtisas ( profesional ) yang terdiri daripada guru pemulihan dengan
kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
6
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
7/21
Objektif Pemulihan
Objektif utama dalam pendidikan pemulihan ialah untuk membantu golongan
murid yang bermasalah dalam penguasaan pembelajaran terutamanya asas 3M,
melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dikhaskan untuk mereka
dengan kaedah yang lebih bersistematik. Melalui pendidikan pemulihan ini juga diharap
ianya dapat membantu murid-murid dalam mengubah pandangan, persepsi, sikap dan
tingkah laku negatif mereka tehadap pembelajaran kepada pandangan, persepsi, sikap
dan tingkah laku yang positif.
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
Kanak-kanak pemulihan boleh dicirikan kepada 5 aspek iaitu;
i. Dari segi emosi dan tingkah laku
Perasaan rendah diri
Perasaan risau
Perasaan sedih, hiba, atau duka
Cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
Takut dengan perkara yang baru
Degil dan tidak patuh pada arahan
Malas
Pasif
7
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
8/21
ii. Dari segi kesediaan untuk belajar
Belum bersedia
Kurang perbendaharaan kata
susah faham
Kurang keyakinan diri
Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur
Kurang motivasi diri
iii. Dari segi sosial
Gelisah- tidak selesa dengan guru atau rakan
Lemah atau kurang berinteraksi dengan rakan
Gemar menghisap atau menggigit kuku
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
Selalu menangis-tidak mahu masuk ke kelas
Hyper aktif selalu bergerak dan mengganggu kawan
iv. Dari segi pengamatan
a. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna,
b. Lemah pendengaran bunyi dan rentak
c. Keliru konsep ruang dan mencari arah
8
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
9/21
d. Lambat mengkelaskan benda
e. Sukar menghubungkaitkan pelajaran lama dengan yang baru
f. Tidak dapat menyelesaikan masalah
g. Sukar mengambil bahagian dalam permainan-tidak faham undang-undang
h. Tidak kreatif
i. Lemah pergerakan dan perbuatan
j. Lemah daya pemikiran
k. Tidak boleh atau lemah untuk ingat kembali sesuatu
v. Dari segi kesihatan
a. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
b. Tumbesaran yang tidak seimbang ( gemuk / kurus )
c. Masalah penglihatan- tumpuan perhatian terhad
d. Lemah pergerakan moto- kasar dan halus
e. Selalu sakit-berpanjangan dan teruk
f. Kurang menjaga kebersihan diri
Masalah Penguasaan Literasi Bahasa Murid-Murid Pemulihan
Dalam penguasaan Literasi Bahasa, terdapat beberapa faktor yang menjadi pemasalah
kepada murid-murid pemulihan, antaranya ialah;
i. Tidak mengenal huruf
ii. Sering tertinggal huruf ketika membaca
9
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
10/21
iii. Sering tertinggal perkataan ketika membaca
iv. Tidak memahami apa yang dibaca
v. Sering teragak-agak ketika membaca
vi. Sering malakukan kesalahan ketika menyebut perkataan
vii. Tidak kenal suku kata atau tidak dapat membatang suku kata dengan betul
viii. Sering menambah perkataan dalam bacaan
ix. Sering mengulang perkataan yang dibaca
x. Lemah daya ingatan
xi. Mengeja semasa membaca
Pemulihan di sekolah
Dalam melaksanakan KKP Literasi Bahasa ini, saya telah ditugaskan mengenal
pasti satu masalah penguasaan Literasi Bahasa Melayu murid di sekolah saya dan
menghasilkan satu set bahan Bantu belajar (BBB) pemulihan Bahasa Melayu bagi
mengatasi masalah tersebut.Berikut merupakan langkah-langkah yang telah
dilaksanakan oleh saya dalam melaksanakan KKP ini.
i. Mengenal pasti murid
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam proses mengenal murid
ini. Namun, dari pemerhatian dan temu bual yang saya jalankan dengan guru
pemulihan di sekolah saya, saya telah mengenal pasti 2 orang murid tahun 4 yang
mempunyai masalah dalam membaca. Sampel 2 orang murid ini ialah Ismail B. Nordin
dan Abdul Aziz B. Satar dari kelas 4 Cekal di SK Seri Bandi Kemaman. Kedua-dua
murid ini mempunyai latar belakang keluarga yang hampir sama, di mana ibu bapa
mereka merupakan pekerja ladang yang berpendapatan rendah. Ismail merupakan
anak keempat daripada 7 adik beradik, manakala Abdul Aziz merupakan anak ketiga
10
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
11/21
daripada 6 adik beradik.Kekangan masa bersma keluarga dan kurang perhatian
daripada ibu bapa merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka ini tertinggal
dalam pelajaran.
ii. Menganalisis Masalah
Cara yang saya gunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran 2 sampel ini
ialah dengan memerhati cara mereka menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberikan oleh
guru. Hasil pemerhatian saya dapati mereka tidak atau kurang memberi perhatian
kepada pengajaran guru. Daripada soal jawab dan ujian yang saya berikan kepada
mereka, didapati iaanya berpunca daripada masalah membaca. Di mana murid ini tidak
dapat membatang suku kata walaupun mereka mampu mengenal huruf dan mengeja.
iii. Perancangan Pengajaran
Setelah mengenal pasti masalah utama murid, saya telah mencadang dan
membina satu bahab Bantu belajar yang saya fikirkan mampu membantu murid-murid
mengatasi masalah mereka dalam membatang suku kata. Bahan Bantu belajar ini saya
namakan sebagai Kotak Suku Kata, dimana ianya berkonsepkan belajar sambil
bermain yang kita ketahui amatlah disukai oleh semua murid, di samping gambar-
gambar yang menarik yang dapat membantu murid mengeja dan mambatang suku
kata. Saya telah serahkan BBB saya ini kepada guru pemulihan di sekolah saya untuk
digunakan kepada 2 orang sampel ini.
iv. Penilaian
Hasil daripada penggunaannya selama 5 hari, saya dapati 2 orang sampel ini
telah menunjukkan kemajuan dalam membatang suku kata walaupan tidak begitu
ketara, namun ada kemajuannya. Disamping itu, saya dapati mereka juga telah
menunjukkan minat untuk membaca dan tidak lagi segan untuk mencuba.
11
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
12/21
v. Tindakan Susulan
Walaupun BBB yang saya ciptakan itu mampu membantu murid untuk
membatang suku kata, namun ianya terhad kepada 2 suku kata sahaja. Namun kesan
daripada penggunaannya yang mampu menarik minat murid untuk belajar, guru
seharusnya menggunakan kesempatan ini untuk memberikan kerja sokongan yang
mampu mengekalkan dan mengukuhkan kemahiran mereka supaya ianya berkekalan.
Dalam pada itu, sokongan emosi daripada guru juga amat penting bagi meningkatkan
lagi keyakinan kendiri murid agar bersikap lebih positif terhadap pelajaran.
Sinopsis BBB ( Kotak Suku Kata )
Kemahiran mengeja dan membatang suku kata merupakan antara kemahiran-
kemahiran awal yang dikaitkan dengan proses membaca yang diajarkan oleh guru-guru
pada setiap tahun di awal persekolahan. Walaupun ianya menjadi kemahiran-
kemahiran terawal yang perlu dikuasai oleh murid-murid setelah mengenali huruf,
dimana murid mampu membezakan dan mengenali antara huruf besar dan huruf kecil,
huruf vokal dan huruf konsonan, namun masih ramai murid yang gagal untuk
menguasainya. Kotak Suku Kata diilhamkan dan dihasilkan bagi membantu murid,
terutamanya murid-murid di kelas pemulihan meningkatkan kemahiran dan penguasaan
mereka dalam kemahiran awal membaca disamping merangsang minat murid untuk
terus membaca.
Setiap murid yang bermain permainan ini pasti mendapat suatu pengalaman
baru dan memberangsangkan minda mereka. Umumnya, kita sebagai guru telah
mengetahui bahawa bermain tidak boleh dipisahkan dalam proses belajar. Lebih-lebih
12
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
13/21
lagi jika dimuatkan dengan alunan muzik yang dapat menarik minat murid untuk
menyertai permainan ini. Menyedari akan naluri semulajadi kanak-kanak dalam proses
pembelajaran, maka Kotak Suku Kata dicipta dengan harapan ianya mampu
memenuhi keinginan murid terutamanya murid di kelas pemulihan dan secara tidak
langsung dapat memahirkan mereka dalam bacaan.
Kotak Suku Kata ini mengandungi :
i. Jadual suku kata
ii. Ruang untuk soalan dan jawapan
iii. Kad-kad huruf ( Vokal dan Konsonan ), huruf besar dan huruf kecil.
iv. Kad-kad soalan bergambar
Kumpulan Sasaran
i. Murid-murid kelas pemulihan.
ii. Murid-murid tahap 1 ( tahun 1 hingga Tahun 3 ).
Kekuatan Kotak Suku Kata
Latar Belakang
Kotak Suku Kata dihasilkan dengan tujuan utama untuk membantu murid-
murid terutamanya murid-murid di kelas pemulihan meminati membaca denga kaedah
bermain. Umumnya telah mengetahui bahawa murid-murid di bawah umur 12 tahun
memang gemar bermain. Sebut sahaja apa perkara, jika ianya melibatkan proses
bermain pastinya akan menjadi tarikan kepada mereka untuk menerokainya. Sesuai
dengan naluri semulajadi murid, maka Kotak Suku Kata ini dicipta untuk mereka
bermain. Tetapi permainan ini bukanlah satu permainan sekadar untuk suka-suka,
13
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
14/21
ianya sarat dengan ilmu dan kemahiran-kemahiran awal dalam membaca yang perlu
dikuasai oleh murid-murid, terutamanya murid-murid pemulihan pada asasnya.
Kotak Suku Kata juga dicipta untuk menguasai masalah kekurangan bahan
bantu belajar yang bermutu, sesuai dengan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.
Kotak Suku Kata mampu melatih murid-murid menjelajah sendiri keupayaan mengeja
dan membaca mereka tanpa rasa takut dan malu. Bermain secara individu, berdua atau
berkumpulan pastinya amat menyeronokkan.
Selain kegunaannya di dalam kelas pemulihan, guru-guru terutamanya guru
Bahasa Melayu di tahap satu boleh menggunakan Kotak Suku Kata dalam
menyediakan aktiviti sampingan murid-murid di dalam kelas biasa sekiranya murid-
murid telah menghabiskan kerja yang diberikan oleh guru. Guru-guru juga boleh
menggunakan Kotak Suku Kata sebagai bahan semasa menggantikan kelas guru-
guru yang tidak hadir agar masa lapang murid-murid dapat diisi dengan kegiatan yang
berfaedah, iaitu bermain sambil belajar sesuatu kemahiran.
Objektif Kotak Suku Kata
Antara objektif Kotak Suku Kata ialah supaya murid-murid dapat :
i. Mempelajari kemahiran mengeja sekaligus membatang suku kata.
ii. Mempelajari kemahiran awal membaca tanpa tekanan dan dalam ruang
masa tersendiri.
iii. Menanamkan suka dan minat kepada membaca kerana ianya sesuatu yang
menyeronokkan.
iv. Melahirkan aspek sosial apabila apabila bermain dengan rakan sebaya
seperti bekerjasama, bertolak ansur, sabar dan hormat menghormati.
Guru-guru dapat :
i. Menjadikannya sebagai alat bantu belajar yang berkesan.
ii. Mempelbagaikan cara menyebaran ilmu dan pengajaran guru.
14
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
15/21
iii. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan
lebih bermakna.
iv. Membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca tanpa proses
paksaan atau hafalan.
v. Menjadikan diri guru dan mata pelajaran yang diajarkan lebih diminati oleh
murid-murid.
Kelemahan Kotak Suku Kata
i. Hanya sesuai digunakan kepada murid yang tidak megenali huruf dan tidak
mahir dalam membatang suku kata mudah.
ii. Hanya melibatkan perkataan mudah dua suku kata sahaja.
iii. Maksimum penggunaan huruf hanyalah 3 huruf bagi setiap suku kata.
Panduan Penggunaan Kotak Suku Kata
i. Kotak Suku Kata terdiri daripada 4 baris petak-petak kecil yang mempunyai
ruang untuk dimasukkan kad huruf atau kata gambar.
ii. Petak baris pertama adalah lebih kecil berbanding petak-petak dibarisan lain,
di mana kegunaanya ialah untuk dimasukkan huruf yang mewakili vokal dan
konsonan. Kv atau Kvk.
iii. Petak pada lajur pertama berfungsi sebagai petak panduan jawapan.
Contohnya jika guru memasukkan gambar lembu dalam petak tersebut,murid akan mengeja perkataan lembu dengan mengisi huruf-huruf di dalam
petak jawapan sebaris dengan gambar lembu tersebut.
iv. Kotak suku kata ini juga sesuai digunakan dalam aktiviti tambahan seperti
kuiz berkumpulan sebagaimana cadangan permainan kuiz di bawah.
15
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
16/21
Cadangan Permainan Kotak Suku Kata
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan berlima atau berenam.
2. Seorang murid berperanan sebagai pembaca soalan dan seorang lagi
sebagai pencatat markah dan penjaga masa.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set Kotak Suku Kata .
4. Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk menyelesaikan
soalan yang akan dibacakan oleh pembaca soalan.
5. Setiap soalan akan dibacakan sebanyak 2 kali sahaja dan masa yang
diberikan untuk menjawab soalan adalh 30 saat.
6. Lima markah akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul.
7. Dua markah tambahan akan diberikan kepada kumpulan yang paling
cepat menjawab dan satu markah bagi kumpulan kedua ( sekiranya jawapan yang
diberikan adalah betul ).
8. Sekira jawapan yang diberikan adalah salah, ahli kumpulan dibenarkan
membantu ( sekali sahaja ) dan dua markah akan diberikan jika jawapan betul.
9. Aktiviti ini dijalankan sehingga semua ahli kumpulan menjawab soalan,
( sebaik-baiknya dijalankan sebanyak 2 hingga 3 pusingan ).
10. Kumpulan yang dapat mengumpul markah terbanyak dikira sebagai
pemenang. ( guru boleh menyediakan hadiah sebagai perangsang kepada
murid-murid lain).
16
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
17/21
Refleksi
Syukur Alhamdulillah ke hadrat yang Maha Esa, dengan izinNya maka dapatlah
saya melaksanakan tugasan dalam semester kedua ini dengan jayanya walaupun
terdapat pelbagai dugaan disamping tugasan rasmi saya sebagai guru di sekolah dan
juga sebagai ketua kepada keluarga saya dalam menyiapkannya.
Tugasan ini terbahagi kepada 2 bahagian utama dimana untuk membuat
penulisan refleksi hasil daripada pemerhatian terhadap masalah dalam penguasaan
Literasi Bahasa Melayu murid pemulihan di sekolah saya dan mennghasilkan satu set
bahan bantu belajar yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Untuk bahagian pertama, saya telah memilih 2 sempel murid yang mempunyai
masalah dalam membatang suku kata walaupun mereka telah mengenali huruf dan
mampu mengeja. Berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah dan
mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, saya dapati murid-murid ini kurang
mendapat perhatian daripada ibu bapa. Hal ini kerana kedua-dua ibu bapa mereka
merupakan pekerja ladang dan tidak mampu menyediakan kemudahan asas dan
perhatian yang sempurna kepada murid dalam pelajaran.
Oleh itu, dalam membantu mereka supaya lebih berminat untuk belajar, saya
telah menyediakan satu bahan bantu belajar bergambar dan berkonsepkan permainan
yang mana saya fikirkan mampu untuk mengembangkan potensi mereka dalam
membaca.Kita sedia maklum bahawa murid dan permainan tidak dapat dipisahkan.
Justeru saya menggunakan pendekatan ini dalam bahan bantu belajar saya supaya
ianya lebih menarik dan mengelakkan murid daripada cepat berasa bosan dengan
kaedah pengajaran guru. Dengan sokongan gambar-gambar yang menarik, ianya
mampu membantu murid untuk menguasai asas membaca dengan lebih cepat. Selain
17
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
18/21
itu, bahan bantu belajar ini mampu untuk meningkatkan keyakinan kendiri murid untuk
mencuba melaksanakan satu-satu aktiviti yang diberikan oleh guru, menarik minat
murid-murid untuk membaca, bahkan dapat membantu murid-murid menerokai satu-
satu bidang yang dipelajari tanpa memerlukan bimbingan daripada guru-guru serta ibu-
bapa secara lansung. Dengan kata lain, murid-murid dipupuk dengan sifat berdikari,
yakin dan mampu berinteraksi dengan sendirinya dengan bahan-bahan.
18
7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
19/21
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman
Malaysia Sdn. Bhd.
Kamus dewan edisi kedua (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long (1998). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza
Publishing Sdn. Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Buku Panduan Pemulihan dalam KBSR
Bahasa Melayu. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Nani Menon & Mohd. Sharani & Rohani Abdullah. (2003). Panduan kurikulum prasekolah.
Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Unit Pendidikan Khas. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran. Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu.
http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htm
19
http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htmhttp://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htm7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
20/21
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/page/3/
http://saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf
KOLABORASI
TARIKH CATATAN TANDATANGAN
18 Februari 2012
Menerima tugasan daripada pensyarah
Berbincang bersama-sama pensyarah
mengenai tugasan yang akan dibuat.
22 Februari 2012 Mencari dan kumpul bahan mengenai
tugasan
Berbincang bersama rakan mengenai perkara
yang perlu dibuat.
23 Februari 2012 Melaksanakan tugasan
Menulis maklumat dalam bentuk esei
24 Februari 2012 Menghubungi pensyarah dan mendapat
pandangan dari segi pengolahan maklumat
dalam bentuk esei
25 Februari 2012 Membina BBB Kotak Suku Kata
28 Februari 2012 Membuat penghargaan, penutup dan refleksi
kerja kursus.
10 Mac 2012 Menghantar Kerja Kursus kepada pensyarah
20
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/page/3/http://saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdfhttp://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-mengajar/page/3/http://saujana.sg/portals/0/bahan%20pengajaran/pemulihan.pdf7/30/2019 KKP Literasi Bahasa Sem 2 - Copy
21/21
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://2.bp.blogspot.com/_qZSWG-wQfw0/TD0taP6i6HI/AAAAAAAADZo/xF-DOER5n_w/s1600/LOGO+IPG+2010.jpg&imgrefurl=http://pismppengajiansosial.blogspot.com/2010/07/ipg-berwajah-baru.html&usg=__h7XdY7tF-krUJ8VWYWd8qhDrW8c=&h=519&w=1600&sz=86&hl=en&start=3&zoom=1&tbnid=y1FVShaNWTzQqM:&tbnh=49&tbnw=150&ei=UJsmTpO7MIPqrQeU_eiwCQ&prev=/search?q=logo+ipg&hl=en&sa=X&biw=1366&bih=559&tbm=isch&prmd=ivns&itbs=1