5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
1/8
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH
UNTUK KEDIAMAN
(KAMPUNG SHARIP)
DIANTARA
(SUZIANAH BINTI BAKRI)
DAN
(________________________________)
TARIKH:
.
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
2/8
BORANG MAKLUMAT PENYEWA
NAMA:
NO. KADPENGENALAN:
ALAMAT
TETAP/ ASAL:
NO. TEL:
PEKERJAAN:
ALAMAT
PEJABAT:
NO. TEL:
TEMPOH
SEWAAN:
JUMLAH
PENGHUNI:
PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN
RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN
SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
3/8
JADUAL PERTAMA
BIL PERKARA MAKLUMAT
1. HARI DAN TAHUN PERJANJIANDIBUAT
2.
TUAN RUMAH
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
3.
PENYEWA
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:
4. ALAMAT RUMAH YANG DISEWA
JALAN SILAM, BLOK C, LOT 054C
KAMPUNG SHARIP, 91107 LAHAD DATU,
SABAH.
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
4/8
JADUAL KEDUA
BIL PERKARA MAKLUMAT
1.
TEMPOH MENYEWA
2. TARIKH BERKUATKUASA
3. SEWA BULANAN
4. JENIS & TARIKH PEMBAYARAN TUNAI
PADA 1HBSETIAP BULAN DAN TIDAK
MELEBIHI 7 HARI BERIKUTNYA
5.
WANG CAGARAN PENDAHULUAN
A) DEPOSIT (1 BULAN)
B) UTILITI (ELEKTRIK + AIR)
JUMLAH:
6. PEMBAHARUAN PERJANJIAN
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
5/8
MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTI BERIKUT
1. Membayar deposit / wang pendahuluan pada tarikh seperti mana ditetapkan.
2. Bertanggungjawab membayar bil elektrik yang dikenakan pada Rumah tersebut
semasa penyewaan ini berjalan.
3. Tidak menggunakan dan membenarkan Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan
haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan dan
perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua
bentuk sekalipun.
4. Tidak menyewakan atau menyerahkan sama ada secara keseluruhan atausebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa mengingkari maka
Tuan Rumah berhak mengambil tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam surat
perjanjian ini.
5. Tidak membenarkan atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk atau perubahan
tambahan sama ada dibahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Tuan Rumah.
6. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam rumah tersebut serta disekeliling
halaman rumah.
7. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sentiasa dalam
keadaan baik.
8. Jika ingin menggantung jam atau bingkai gambar hendaklah dibuat secara tidak
berlebihan.
9. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran daripada
Tuan Rumah.
10. Tidak melakukan atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan
sumbang atau salah laku yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yangianya menganggu suasana dan ketenteraman penduduk di kawasan tersebut.
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
6/8
11. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang diberikan kuasa olehnya memasuki
Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikan kepada Rumah
tersebut jika mengalami kerosakan.
12. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa
ataupun membayar perbelanjaan pembaikan yang dibuat oleh Tuan Rumah.
TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH
1. Membaiki sebarang kerosakan besar yang menimpa ke atas Rumah tersebut yang
mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian penyewa.
2. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari
penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran
boleh digunakan oleh tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah tertunggak atau
untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan yang dilakukan oleh penyewa.
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA
1. Tuan Rumah hendaklah menyerahkan kunci rumah kepada penyewa selepas
penyewa membayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua
pihak.
2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau penyewa, adalah
menjadi tanggungjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepada Tuan
Rumah atau wakilnya dengan segera.
3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya
maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan
dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang
telah dipersetujui wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan
tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini.
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
7/8
4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui apabila
tempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat maka penyewa
mestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah.
5. Penamatan oleh penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar kepada
Tuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian ini.
PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam
perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun yang
tersebut di atas.
..
Tuan Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
..
Penyewa/Ketua Rumah
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
Saksi
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
Saksi
Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
5/25/2018 Kontrak Rumah Sewa
8/8
Top Related