INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
WAJ 3143 BINA INSAN GURU SIRI 2 SEMESTER 2/2015
NAMA PELAJAR : KYIRRTANA A/P RAKAVAN
NO. K.P. : 951031-08-6382
OPSYEN : 1 PISMP MT SJK (C/T)
NAMA MENTOR : EN. HAMZAH BIN NUN
TARIKH PROGRAM BIG : 28/01/2015 & 29/01/2015
LOKASI PELAKSANAAN : IPGKTI, Johor Bahru,Johor.
SENARAI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN Muka Surat
PRO FORMA KURSUS
SENARAI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF
3.0 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 TAHUN 2015
3.1 Laporan Aktiviti/Peristiwa
3.2 Analisis SWOT
3.2 Penutup
4.0 REFLEKSI KENDIRI
5.0 LAMPIRAN
PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah penggerak utama dalam sektor pendidikan Malaysia. Pembangunan
modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan
rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah
yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru
Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi,
penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan
penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan
serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
Seperti mana yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen yang
menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah
secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.
Maka, demi melahirkan golongan pendidik yang memiliki segala kriteria-kriteria yang
dinyatakan tadi merupakan satu matlamat utama Negara serta Institut Pendidikan
Guru Malaysia.
Latihan yang diberi di setiap institut perguruan haruslah selaras dengan hasrat ini.
Pendidikan guru hendaklah berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk,
memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki
pengetahuan serta celik tentang peredaran dunia mahupun isu dalam Negara atau
luar Negara dan keterampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah
yang terpuji.
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan guru yang berkualiti, beriktibar, berkomitemen,berdedikasi dan sedia
berkorban untuk sektor pendidikan Negara serta bertanggungjawab selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujianuntuk mengambil bahagian bersama- sama mentornya. Program ini
direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing –masing dalam
sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar
dapat mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dalam
mencapai hala tuju yang benar ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan
mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di
luar bilik darjah dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai
dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang
dirancang secara khusus, usaha untuk melahirkan warga guru yang berintelektual
serta tabah menghadapi cabaran hidup dan arus globalisasi diperkukuhan melalui
kursus Bina Insan Guru ( BIG ).
MATLAMAT PROGRAM BIG
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian serta spiritual dan nilai
keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program
pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah
mulia dan guru adalah pembina generasi negara.
OBJEKTIF PROGRAM BIG
I. Memenuhi keperluan Jadual 3 kursus WAJ 3143 Bina Insan Guru.
II. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza.
III. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti.
IV. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
V. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan dan penampilan diri yang sesuai.
VI. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
VII. Mmepamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan
social.
VIII. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
IX. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara
berterusan.
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang diwajibkan ke atas
semua pelajar yang mengikuti mana-mana kursus pengajian di IPG seluruh
Malaysia termasuklah IPG Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI).
Program Bina Insan Guru (BIG) fasa ke-2 dianjurkan oleh IPGKTI pada tahun 2015.
Program ini telah dijalankan di dalam kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor selama dua hari. Pada hari pertamanya
seramai 41 siswa dan siswi guru dari opsyen Matematik dan Sains ambilan Jun
2015 telah mengambil bahagian. Manakala hari kedua pula hanya kelas saya iaitu
PISMP Matematik ambilan Jun 2015 telah menyertai manakala opsyen Sains
mengadakannya dengan kesesuaian keadaan mereka.
TEMPAT PERKHEMAHAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
TARIKH PELAKSANAAN
Program BIna Insan Guru ini diadakan pada 28 Januari 2015 dan 29 Januari 2015.
LAPORAN AKTIVITI DAN PERISTIWA
Sebelum Ceramah ‘Guru dan Komuniti’
Pada BIG Fasa kedua ini kami diberikan tugasan untuk menganjurkan satu
ceramah bagi rakan seopsyen dan temanya terpulang kepada penceramah tersebut.
Sebelum kami mengerjakan dalam tugasan yang diberi kami menubuhkan satu
organisasi jawatankuasa yang akan berkhidmat sepanjang BIG Fasa II ini. Oleh
kerana, BIG kali ini perlu kami melaksanakan dengan sendiri, kami iaitu opsyen
Matematik dan Sains berkumpul dan mengaihkan tugasan kepada semua. Ada yang
dengan relanya mengambil tugasan yang diamanahkan dan segelintir pula dipilih
melalui undian. Bagi BIG Fasa II pengerusi kami ialah K. Arivintthan Krishnan
daripada 2 PISMP Matematik ambilan Jun 2015.
Pengerusi menerangkan konsep dan matlamat BIG kali ini dan beliau juga
menginginkan komitmen menyeluruh. Langkah pertama kami dalam menjayakan
BIG Fasa II ialah memilih ahli jawatankuasa. Seterusnya, kami memberi cadangan
untuk penceramah yang boleh menghadirikan diri bagi memberi ceramah dalam
kawasan kampus pada hari kuliah. Ada dalam kalangan kami memberi cadangan
yang bernas iaitu tanpa perbelanjaan wang yang banyak dengan persiapan yang
begitu ringkas tetapi sistematik , kami ingin menjemput pensyarah Kaunseling
baharu Kampus Temenggong Ibrahim iaitu Puan Suria untuk mengendalikan
ceramah ini. Beliau dihantar surat jemputan yang rasmi dan dipelawa dengan sopan
dan beliau tanpa sebarang kesulitan telah sudi mengadirikan dirinya ke ceramah
tersebut. Selain itu, sehari sebelum ceramah ini diadakan kami telah ke dewan untuk
membersihkan kawasan sekililingnya dan menyediakan bahan – bahan yang
diperlukan seperti kerusi – kerusi VIP, Projector dan benda – benda yang akan
digunakan oleh pengacara majlis.
Semasa Ceramah ‘Guru dan Komuniti’
Sesi ceramah bagi Bina Insan Guru Fasal Il bertemakan ‘Guru Dan Komuniti’
iaitu berkenaan dengan peranan guru terhadap komuniti setempat telah diadakan
pada 28hb Januari 2015 dari pukul 2.15 petang hingga 4.15 petang di Dewan Dato’
Seri Temenggong (DST), IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Ceramah ini
dianjurkan oleh 2 PISMP Matematik dan Sains Ambilan Jun 2015 dan disertai oleh
41 orang guru pelatih dari kedua – dua opsyen. Kira – kira dalam pukul 1.30 p.m.
semua siswi dan siswa telah berkumpul ke dalam dewan selepas pendaftaran dan
mereka berduduk di kerusi – kerusi yang disediakan. Sementelahan itu, pengacara
majlis, AJK Kebersihan dan Usher telah membuat persiapan terakhir dan
memastikan semua perkara yang perlu digunakan telah disediakan sebelum
penceramah melangkah masuk ke dalam dewan.
Mentor opsyen 2 PISMP Matematik telah dijemput sebagai pensyarah VIP ke
majlis ceramah ini. Beliau dan penceramah iaitu Puan Suria Binti Abdul Jamil telah
memasuki dewan Seri Temenggong pada tepat pukul 2.15 p.m dan mereka
disambut oleh dua orang Usher.Sebelum sesi ceramah dimulakan lagu NegaraKu,
lagu Bangsa Johor dan Lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
dinyanikan bersama- sama.Sesudah tiga buah lagu ini dinyanikan, En. Hamzah Bin
Nun iaitu mentor opsyen 2 PISMP Matematik telah merasmikan ceramah dengan
ucapan perasmian beliau. Setersunya, pengacara majlis menjemput Puan Suria ke
atas pentas untuk memberi ucapannya dan terus memulakan ceramah hari tersebut.
Berteraskan tema BIG Fasa II ini iaitu ‘Guru dan Komuniti’ , Puan Suria telah
memberi ceramah bertajuk Kerohanian dan Akhlak Guru. Beliau banyak berkongsi
info dan maklumat berkenaan dengan profesion perguruan dan cara – cara menjadi
seorang guru yang berkaliber dan disanjung tinggi. “Pekerjaan guru malah
dipandang rendah oleh segelintir di laur tetapi pekerjaan ini yang sangat mencabar
dan bukanlah sangat senang untuk menjadi seorang guru lebih – lebih lagi
melatihkan dirinya untuk menghayati pekerjaan ini.” kata Puan Suria. Beliau juga
memberi kami semua satu pedoman untuk dipatuhi selama kami bertugas sebagai
seorang guru dimana – mana jua iaitu sebagai seorang guru kami kenalah sentiasa
menghambati cabaran dan tidak larikan diri daripadanya. Karenah murid – murid
adalah berlainan tetapi tugas seorang guru adalah untuk memahami dan menjadi ibu
bapa kedua bagi murid – murid tersebut. Beliau telah membincangkan budaya kerja
cemerlang bersama kami setelah kami menerusi alam pekerjaan nanti ia akan
banyak memanfaatkan kami. seperti memberi. Sebagai contohnya ialah, sesudah
kami menjadi seorang guru , kami perlulah fokus semasa mesyuarat dan
melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang guru terhadap sosial dan
Negara. Beliau menasihati kami supaya tidak bersifat materialistik sahaja dan
menguntungkan diri sendiri daripada profesion ini. Beliau juga berkata bahawa
sebagai seorang guru kelak nanti kami tidak seharusnya ‘ponteng’ apa jua
mesyuarat dan perlu belajar memahami perasaan murid dan juga rakan seguru.
Kami perlulah berdikari dan tidak kedekut ilmu,katanya Puan. Suria.
Bukan sahaja itu, beliau juga menerangkan 4 tujuan profesion perguruan iaitu
mencari rezeki yang halal untuk kehidupan yang bahagia, melaksanakan tugas
sebagai ibadah, menjalankan aktiviti mengajar yang beradab serta membangunkan
pelajar dan membina tamadun yang beradab melalui penyempurnaan tugas insan
sebagai hamba dan khalifah. Tanpa meneruskan sesi ceramah ini sangat serius ,
beliau telah berkongsi beberapa pengajaran yang dapat belajar daripada cerita
kehidupan pensil. Beliau juga menjalankan permainan pergerakkan mata dan
penafasan alpha bagi memastikan semua pelatih guru menumpukan perhatian
semasa sesi ceramah dijalankan.
Selepas Ceramah ‘Guru dan Komuniti’
Selepas ceramah tersebut berakhir, Puan Suria Binti Abdul Jamil telah diberi
cenderahati sebagai tanda penghargaan dan juga sesi pengambaran telah
diadakan. Kami berasa sangat berpuas hati dan gembira selepas ceramah
daripadanya. Satu semangat telah berlahir dalam jiwa kami dan kami juga berharap
bahawa pada masa kelak semua antara kami akan menjadi guru – guru yang baik
belaka tanpa sebarang masalah.
Aktiviti Gotong – Royong Jabatan Matematik
Sebelum Aktiviti Gotong – Royong
Bagi BIG Fasa II aktiviti kedua kami ialah bergotong – royong dalam kawasan
kampus. Oleh kerana itu, kami sekelas telah bersepakat untuk membersihkan
Jabatan Matematik. Dengan pengesahan daripada Ketua Jabatan Matematik Tuan
Haji Ariston dan mentor kami Encik. Hamzah Bin Nun kami telah membuat
persiapan. Pengerusi bagi aktiviti ini tidak diubahkan,masih dikekalkan kepada
Arivintthan Krishnan. Pengerusi telah mengadakan satu perjumpaan ringkas
bersama kami sekelas dan mengagihkan tugasan masing – masing. Tugas yang
dimaksudkan di sini ialah seperti AJK Jawatankuasa iaitu AJK Kebersihan, AJK
Makanan, AJK Keselamatan dan AJK Dokumentasi. Selepas mesyuarat ringkas
tersebut, pengerusi dan AJK – AJK yang berkenaan telah ke Jabatan Matematik
untuk memastikan tugasa – tugas yang perlu dilakukan pada keesokan hari dan juga
barang – barang untuk membersihkan Jabatan Matematik disediakan seperti cat,
gambar – gambar pensyarah dan biodata mereka dan lain – lain lagi.
Semasa Aktiviti Gotong – Royong
Pada hari Khamis itu, kami semua berkumpul di bawah tapak lapang Jabatan
Matematik untuk merasmikan aktiviti kami tersebut.Dengan ucapan perasmian Ketua
Jabatan dan diteruskan oleh ucapan mentor kami telah mula bergerak ke destinasi
tugas masing – masing. Terdapat 5 kumpulan kecil yang terdiri daripada semua
pelajar perempuan dalam bilangan 13 orang telah diamanahkan untuk menhiasikan
papan kenyataan dan papan notis. Bahan – bahan yang akan ditampalkan pada
papan – papan tersebut haruslah disedaikan oleh mereka dan maklumat – maklumat
yang ditampalkan mestilah berkaitan dengan ilmu Matematik. Ada kumpulan yang
berkongsi info tentang teselasi, manakala kumpulan lain telah menghiaskan papan
kenyataan mereka dengan pelbagai variasi teka – teki Matematik. Selain itu,
kumpulan pertama telah menghiasi papan notis Jabatan Matematik dengan gambar
– gambar pensyarah, aktiviti – aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan
Matematik. Bukan sahaja itu, malah terdapat sebuah kumpulan yang memberikan
info tentang tokoh – tokoh Matematik yang terkenal.
Sementara mereka sibuk menghiaskan dan memenuhkan papan kenyataan dan
papan notis dengan maklumat – maklumat yang penting dan menarik, saya dan
pelajar – pelajar lelaki telah merelakan diri untuk mengecat pintu besi iaitu pintu
masuk Jabatan Matematik. Ada juga pelajar lelaki yang membersihkan habuk –
habuk yang terdapat di atas siling di dalam jabatan. Selepas itu, semua pelajar lelaki
telah menghiaskan jabatan dengan mengantungkan kad ucapan ‘Selamat Tahun
Baru Cina’ di siling. Saya dan rakan sekelas saya telah mengaturkan tesisi senior di
rak dengan tersusun dan kemas. Pelajar perempuan yang telah habis menghiaskan
papan kenyataan telah disuruh untuk mengemaskan Bilik E – Maths oleh pengerusi.
Oleh kerana bilik itu dialaskan dengan karpet, maka pengvakuman adalah satu
kemestian dan meja – meja di dalam bilik tersebut telah dilapkan pada masa yang
sama.
Selepas Aktiviti Gotong – Royong
Kira – kira dalam pukul 1.30 petang kami telah menyiapkan tugas yang
diamanahkan. Sekali lagi kami berkumpul di bawah tapak lapang Jabatan Matematik
untuk upacara penutup. Mentor kami selaku Penolong Ketua Jabatan Matematik
iaitu Encik. Hamzah Bin Nun telah mengucapkan tahniah kepada kami dan juga
memuji kami atas tanggungjaweab yang dilakukan dengan sempurna. Beliau juga
menuding jari ke atas masalah – masalah yang timbul seperti kekurangan barang
untuk membersihkan jabatan dan juga disiplin diri seseorang pelajar. Selain itu,
beliau berasa sangat gembira dan kami semua telah bersedia untuk sesi fotografi di
hadapan Jabatan Matematik. Bukan sahaja itu, malah beliau telah mendapatkan
peruntukan untuk makanan tengahari bagi kami semua daripada pensyarah –
pensyarah di jabatan. Setiap seorang diberi RM 7.00 untuk perbelanjaan makanan
tengahari. Kami beraa sangat berpuas hati dan usaha kami telah dihargai oleh
semua pensyarah di jabatan walaupun ada kekurangan.
Penutup
Kami berasa amat bersyukur kerana akhirnya kami selesai juga menyiapkan
tugasan Bina Insan Guru Fasa dua ini. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan model insan kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke
arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Sepanjang masa melibatkan diri dalam aktiviti program Bina Insan Guru
(BIG), saya berasa letih tetapi berasa gembira kerana mempelajari pelbagai aktiviti
yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Saya telah mencapai pembangunan
ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta
nilai etika dan moral yang tinggi. Saya telah mempelajari beberapa nilai murni iaitu
kerjasama, tolak ansur, sabar, tabah, berani dan sebagainya. Saya dapat
menguasai kemahiran mereka cipta rakit, mengenali potensi diri, mampu menguasai
teknik keyakinan dalam air, cara memasak di hutan dan sebagainya. Saya amat
menghargai segala pengetahuan yang diperolehi.
Segala pengalaman dan pengajaran yang telah diberikan akan kami
sematkan dihati dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian agar kami
mampu untuk menjadi guru yang cemerlang kelak. Kami berharap para pelatih guru
mendapat sesuatu pelajaran yang sangat bernilai daripada kem tersebut selama
ianya dijalankan. Pengalaman yang dimiliki akan menjadikan bakal guru menjadi
lebih matang dan lebih berpengetahuan di dalam segala aspek seperti kokurikulum
dan kokorikulum. Diharapkan kem Bina Insan Guru yang akan datang akan lebih
memberi inspirasi kepada para pelatih guru untuk berasa lebih tercabar untuk
bersaing menjadi yang lebih baik. Sekian, terima kasih.
ANALISIS SWOT
( i ) KEKUATAN
1. Saya dapat meningkatkan lagi sifat keyakinan diri saya melalui membelajari
sifat-sifat keperbadian seseorang guru dalam menghadapi dunia kerjaya
kelak.
2. Saya juga belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan untuk menjayakan
taklimat yang dijalankan .
3. Ketabahan diri saya diperbaikki semasa menghadapi sebarang cabaran.
4. Saya juga mempelajari nilai kesyukuran kerana ia menginsafkan dan
mengingatkan saya tentang erti sebuah kehidupan.
5. Saya juga mempelajari cara meningkatkan kreativiti dan inovasi diri sebagai
seorang bakal guru.
( ii ) KELEMAHAN
1. Saya tidak dapat memahami sesetengah perkara yang rumit tentang ciri-ciri
personaliti diri bahawa adakah saya berpotensi untuk menjadi seorang guru
yang berkaliber.
2. Saya tidak dapat bergaul dengan ahli kelas lain semasa menjalankan aktiviti
soal jawab.
3. Saya juga tidak memberikan perhatian sepenuhnya semasa taklimat
dijalankan kerana berasa mengantuk.
4. Saya juga lemah dalam menerima pandangan atau idea orang lain.
(iii) PELUANG
1. Saya berpeluang untuk membelajari sifat-sifat keperibadian diri saya.
2. Saya berpeluang untuk mengeratkan hubungan yang baik dengan para
pelajar opsyen lain.
3. Saya berpeluang untuk meningkatkan lagi keyakinan diri .
4. Saya berpeluang untuk menghadapi cabaran dengan ketabahan diri yang
tinggi.
( iv) ANCAMAN
1. Saya menghadapi kesukaran semasa menerima sifat-sifat negatif yang
menghalang kejayaan saya .
( i ) MANFAAT PROGRAM BIG
1. Berpeluang untuk mengenali ciri-ciri personaliti kendiri dan sifat-sifat peribadi
seseorang guru.
2. Berpeluang untuk meningkatkan ketabahan dan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran dengan mengawal emosi .
3. Meningkatkan lagi cara pembinaan ilmu pengetahuan baru untuk menghadapi
dunia tanpa sempadan dengan membina pemikiran positif terhadap kerjaya
guru.
4. Menjadi seorang guru yang memiliki pemikiran yang berfikir secara kreatif dan
kritis dan bersedia dalam menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan.
( ii) PENAMBAHBAIKKAN
1. Perbincangan dalam kumpulan perlu dijalankan untuk mendapatkan pelbagai
idea yang bernas dan positif tentang kerjaya guru.
2. Waktu ceramah dijalankan boleh ditukarkan kepada waktu pagi supaya para
siswa dan siswi masih bersemangat untuk mendengar taklimat.
REFLEKSI KENDIRI
Program Bina Insan Guru dilaksanakan untuk membentuk insan guru yang
seimbang dan harmonis dari segi akhlak, fizikal, mental dan sebagainya.
Sepertimana yang kita ketahui, program ini merupakan satu usaha ke arah membina
insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyakarakat
serta Negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Program BIG ini meliputi aktiviti-aktiviti bagi melahirkan para guru yang
berpotensi tinggi serta dedikasi. Antara aktiviti yang biasa dijalankan sepanjang
program ini adalah seperti ceramah, senaman pagi, gotong royong dan sebagainya.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang hari, maka dapatlah
melahirkan para guru yang menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia . Selain
itu, ini juga dapat meningkatkan sikap berkerjasama, semangat berpasukan dan
mengamalkan hidup bersepakat dalam kalangan para guru pelatih. Seterusnya
program BIG ini juga dapat memupuk perpaduan masyarakat di antara guru-guru
pelatih. Oleh itu Program Bina Insan Guru dapat melahirkan para guru yang
menjunjung aspirasi negara.
Kami telah mengadakan dan menghadirkan diri untuk ceramah Program Bina
Insan Guru bagi fasa kedua pada 28 Januari 2015 yang lalu. Kami telah
memperolehi pengetahuan untuk menjadikan diri sendiri sebagai bakal guru yang
berkaliber. Saya telah mendapat maklumat tentang peranan seorang guru
contohnya, guru perlu mengetahui sejauh mana ilmu yang dipelajari itu digunakan
dalam kehidupan harian seperti menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KEBAT).
Saya juga telah berpeluang untuk menyertai khidmat masyarakat ini dimana
pelbagai input telah saya perolehi sepanjang aktiviti ini. Seperti yang sedia
maklum,saya dan rakan sekelas saya telah menjayakan Khidmat Masyarakat kami
di Jabatan Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Bharu pada 29 Januari 2015. Saya amat bersyukur kerana rakan sekelas saya telah
memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan Khidmat Masyarakat
pada kali ini. Sebelum menjelang hari Khidmat Masyarakat, kami sekelas telah
merancang aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan di jabatan tersebut. Banyak idea
yang bernas telah disumbangkan oleh saya dan rakan sekelas saya. Kami telah
merancang dan mengagihkan tugasan dengan penuh teliti. Terdapat juga
percanggahan idea antara saya dan rakan sekelas kami dalam perancangan masa
tetapi kami dapat menyelesaikannya dengan cara yang baik. Melalui perancangan
sebelum ke Khidmat Masyarakat ini, saya telah banyak mempelajari cara untuk
memberikan idea atau bantahan dengan cara yang positif. Komunikasi yang baik
amat diperlukan semasa kita memberikan atau membantah pandangan orang lain.Ini
juga dapat mengelakan diri kita daripada sebarang perselisihan faham antara rakan.
Sebelum BIG fasa ke-2 bermula, kami telah diamanahkan dengan beberapa
tanggungjawab. Saya telah mencuba sedaya upaya saya untuk menyiapkan tugasan
yang telah dipertanggungjawabkan. Walaupun kami telah merancang BIG kedua ini
dalam keadaan yang kelam kabut, pengurusan masa dengan cekap telah membantu
saya dalam menjalankan segala tanggungjawab saya. Maka, dengan ini saya dapat
mempelajari mengenai pengurusan masa dengan cekap dimana sememangnya ia
amat diperlukan dalam kehidupan harian saya. Pengurusan masa yang bijak adalah
salah satu kunci kejayaan kita dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.
Masa memang perlu dihargai dan dimanfaatkan sepenuhnya bah kata masa itu
emas kerana kita tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah lalu.
Pada pagi itu, saya dan rakan-rakan saya telah memulakan dengan senaman
pagi bersama-sama. Rakan-rakan saya telah memberi komitmen yang tinggi
semasa aktiviti. Mereka menunjukkan kesungguhan untuk bersenam dengan
menggerakkan tangan dan kaki dengan semangat. Aktiviti seterusnya ialah gotong-
royong. Kami telah bersatu padu untuk menghias papan kenyataan Jabatan
Matematik. Kami telah menggunakan bahan-bahan yang disediakan di jabatan untuk
menghias papan kenyataan tersebut dengan informasi-informasi yang berfaedah
dan berguna. Ruang yang disediakan begitu kecil dan tidak muat untuk menampal
semua bahan-bahan yang dibawa.
Disini, tidak terlupa saya untuk menyentuh mengenai kerjasama dalam
sesuatu kumpulan. Kerjasama amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
Jikalau kami tidak bantu mambantu antara satu sama lain maka tidak dapatlah kami
menjayakan BIG ke-2 ini. Para rakan sekelas saya memberikan kerjasama yang
sepenuhnya semasa khidmat masyarakat ini. Bagi saya, Melalui Program Bina Insan
Guru (BIG) kami dapat membentuk dirinya dengan nilai-nilai murni yang perlu ada
pada seseorang guru dan dapat hidup dengan penuh berdikari. Para guru pelatih
akan dapat melakar satu gambaran kehidupan seorang guru yang berkualiti dengan
nilai-nilai murni. Selain daripada itu, program ini dapat melahirkan para guru pelatih
yang sanggup menghadapi cabaran dalam kerjayanya pada masa hadapan. Ini
adalah satu pengalaman yang cukup manfaat kepada para guru pelatih.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini, dapatlah saya
memupuk ciri-ciri insan yang berakhlak mulia. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan
sikap berkerjasama, semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat
dalam diri saya.Seterusnya program BIG ini juga dapat memupuk perpaduan di
antara guru-guru pelatih. Oleh itu program Bina Insan Guru dapat melahirkan para
guru yang menjunjung aspirasi negara.
LAMPIRAN
SEMASA CERAMAH
SEMASA SENAMAN PAGI
SEMASA GOTONG-ROYONG