NAMA MENTOR : USTAZAH SHARIFAH BINTI ZAKARIA
NAMA PELAJAR : NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH
NO MATRIK : F0111/308
KUMPULAN KULIAH : KPLI SR LPBS j-QAF
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)SIRI 6/2011
31 MAC 2011 HINGGA 3 APRIL 2011 (KHAMIS – AHAD)
KEM TOK SAKAH, TELUK SENANGIN, PANTAI REMIS, PERAK
2
BIODATA PELAJAR
NAMA : NOOR AZLINDA BINTI ABDULLAH
NO. K/P : 870801-02-5208
TARIKH LAHIR : 01 OGOS 1987
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL DAERAH SG. PETANI, KEDAH
UMUR : 24 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU PELATIH
NO. TEL : 013-2220871
ALAMAT RASMI : SK BUKIT JALIL, JALAN 3/155A BUKIT JALIL GOLF RESORT 57000 KUALA LUMPUR
ALAMAT TETAP : KG BEKA, MERBAU PULAS 09300 KUALA KETIL KEDAH
NAMA INSTITUT/MAKTAB : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN JITRA KEDAH (IPDA)
3
TEMPAT MENGAJAR : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR (SKBJ)
KURSUS : KPLI SR LPBS j-QAF
OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM
KELULUSAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN, UNIVERSITI MALAYA
PRAKATAبسم الله الرحمن الرحيم
الحم--د لل--ه رب الع--المين، والص--الة والس--الم على أش--رف األنبي--اء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين،
أما بعد،
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin
memanjatkan segala kesyukuran dan terima kasih saya kepada Allah s.w.t. kerana telah
melindungi saya dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Siri
6/2011 pada kali ini sehingga kami dapat menempuhi semuanya dengan berjaya sekali.
Saya juga bersyukur kerana dapat menyiapkan laporan bagi program BIG kali
ini yang telah diamanahkan oleh mentor saya, Ustazah Sharifah binti Zakaria untuk
diberi penilaian ke atas saya dalam memenuhi syarat lulus sepanjang saya bergelar guru
pelatih KPLI SR LPBS j-QAF, opsyen PENDIDIKAN ISLAM ambilan Januari 2011
dengan mengikuti program BIG ini.
Sebelum berbicara dengan lebih lanjut lagi, saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada ayahanda dan juga bonda, En Abdullah bin Malek dan Puan
Zaraiah binti Saleh di atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada
saya selama ini bagi meneruskan program BIG ini, sekali gus menyempurnakan laporan
yang amat bermanfaat ini. Saya juga turut ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu
program ini gagal dilaksanakan dengan sempurna.
Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada semua fasilitator yang
terdiri dari kalangan mentor dan jurulatih terutama Kem Komanden iaitu En Azman dan
En Rosli, jurulatih-jurulatih aktiviti darat dan air, LDK serta semuanya yang telah
mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan.
4
Kepada fasilitator kumpulan PI 3, Ustazah Sharifah binti Zakaria jutaan terima kasih di
atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Saya akan memanfaatkan
semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekasaran dan
kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak
menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh saya,
anggaplah semua itu adalah kelemahan saya.
Melalui program BIG ini saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang akan
saya curahkan dan kongsikan dalam laporan ini. Saya berharap kita semua akan dapat
memanfaatkan pengalaman yang kita dapat ini dengan baik dalam kehidupan kita
selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu sebagai
guru yang mempunyai jati diri yang terbilang supaya kita dapat melahirkan anak bangsa
yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.
Sekian terima kasih.
5
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 PENGENALAN 1
2 OBJEKTIF 2
3 LAPORAN AKTIVITI HARIAN (BERMULA DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI AKHIR)
3 - 18
4 REFLEKSI
LDK
Aktiviti Air
Aktiviti Darat (Kembara)
Persembahan Kumpulan
Refleksi Keseluruhan Program
19 - 25
5 LAMPIRAN
Gambar Aktiviti
Kertas Kerja BIG
Dokumen Berkaitan Dengan BIG
26
6
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk memenuhi syarat
mendapat Diploma Perguruan Malaysia. Program ini diletakkan di bawah komponen
Asas Dinamika Guru (ADG) bagi kumpulan KPLI.
Pelaksanaan program BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru merupakan pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini
akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam
diri setiap bakal-bakal guru dan pendidik iaitu selaras dengan hasrat negara yang
berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Justeru, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri mereka dari
semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek (JERI). Sebagai insan yang
bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri dalam menghadapi
cabaran pada era globalisasi ini.
7
OBJEKTIF
Setelah tamat program BIG ini, para peserta diharapkan akan dapat mencapai objektif
berikut:
1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis
masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara
berterusan.
2. Menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan.
3. Memupuk gerak balas secara positif tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
4. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan
kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti.
5. Melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan
akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan.
6. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.
7. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial.
8
LAPORAN AKTIVITI HARIAN
(BERMULA DARI HARI PERTAMA HINGGA HARI AKHIR)
Pada 31 Mac 2011 sehingga 3 April 2011 baru-baru ini, saya telah menyertai Program
Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman (IPDA) yang bertempat di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin, Pantai Remis,
Perak. Kumpulan kami merupakan program BIG siri ke 6/2011. Program ini dijalankan
selama 4 hari 3 malam, iaitu bermula pada hari Khamis bertarikh 31 Mac 2011 hingga
pada hari Ahad bertarikh 3 April 2011. Seramai 75 orang guru-guru pelatih KPLI j-
QAF ambilan Januari 2011 yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 58 orang
perempuan telah mengambil bahagian dalam program ini. Guru-guru pelatih yang
terlibat ini adalah dari KPLI j-QAF Kumpulan Pendidikan Islam 1, Pendidikan Islam 2
dan Pendidikan Islam 3. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pelatih, antaranya aktiviti
mendirikan khemah, gotong-royong, LDK, slot pembinaan jati diri, ceramah, aktiviti
darat (kembara), aktiviti air dan malam kebudayaan. Banyak pengalaman dan
pengetahuan baru serta kemahiran baru yang telah saya perolehi sepanjang program ini
dijalankan.
9
HARI PERTAMA (31 MAC 2011, KHAMIS)
Aktiviti 1 : Bertolak ke destinasi
Pada pukul 8.00 pagi, semua guru pelatih telah bersiap sedia dengan berpakaian kemas
dan berkumpul di hadapan bangunan GERKO, IPDA dan diberi taklimat ringkas
mengenai perjalanan kami ke lokasi program yang bertempat di Kem Tok Sakah, Teluk
Senangin, Pantai Remis, Perak. Sebelum bertolak kami dikehendaki berbaris mengikut
kumpulan kuliah masing-masing bagi memudahkan pengiraan ahli kumpulan yang
hadir. Selepas ahli kumpulan mencukupi, kami dibahagikan pula kepada beberapa
kumpulan kecil iaitu kumpulan 1 hingga kumpulan 6. Kami telah ditetapkan menaiki
bas mengikut kumpulan baru yang telah dibentuk.
Tepat jam 8.30 pagi, bas bergerak menuju ke destinasi. Setelah hampir 30 minit
perjalanan, kami berhenti rehat di RNR Gurun dan diberi masa selama 30 minit untuk
minum pagi. Kemudian, kami meneruskan perjalanan dan berhenti rehat lagi di RNR
Gunung Semanggol pada jam 11.25 pagi dalam masa 30 minit. Sekitar jam 1.45 petang,
kami pun tiba di lokasi yang telah ditetapkan iaitu Kem Tok Sakah. Setibanya di sana,
kami ditugaskan dan dipertanggungjawabkan untuk memunggah barang dari lori seperti
alat memasak, air, khemah, bot, kayak dan peralatan lain yang dipinjam dari Stor Unit
dan Bahagian Kokurikulum dan pindahkan ke kawasan kem kami.
Aktiviti 2 : Mendirikan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan
Setelah selesai memunggahkan barang, sekitar jam 2.40 petang kami diberi tunjuk ajar
untuk mendirikan khemah oleh Kem Komanden, En Azman. Beliau dengan tekun dan
teliti memberikan tunjuk ajar kepada kami. Setiap khemah yang diberi telah ditetapkan
ahlinya sebanyak 6 orang bagi setiap satu.
10
Selepas diberitahu lokasi dan cara pemasangan khemah itu, kami pun mula
mendirikan khemah kumpulan masing-masing. Akhirnya hampir 30 minit bertungkus
lumus, kami berjaya memasang khemah tersebut. Pelbagai ragam yang dapat dilihat
ketika pemasangan khemah dibuat. Semuanya ada cara tersendiri bagi membolehkan
khemah mereka berdiri teguh.
Proses mendirikan khemah ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
yang besar kerana kami telah diberi taklimat dan tunjuk ajar oleh En Azman. Sepanjang
proses mendirikan khemah, semua ahli telah menunjukkan semangat kerjasama yang
jitu dan semua kerja telah siap dalam masa yang ditetapkan. Sesama ahli kumpulan
bertoleransi dan dapat bekerjasama dengan baik tanpa mengira kelas dan status serta
umur. Semuanya saling tolong-menolong. Sebagaimana pepatah Melayu ada
mengatakan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Selepas mendirikan khemah,
kami juga membuat ampaian untuk menyidai pakaian di luar khemah dan
membersihkan khemah untuk meletakkan barang-barang peribadi kami.
Saya telah belajar teknik untuk memasang khemah dengan betul dan perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian semasa mendirikan khemah melalui aktiviti ini.
Semua ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya dan banyak pengetahuan
telah saya perolehi dan mungkin dapat digunakan pada masa depan.
Aktiviti 3 : Latihan Dalam Kumpulan 1
Selepas selesai solat asar, kami telah diwajibkan mengikuti Latihan Dalam Kumpulan
(LDK) pertama yang telah bermula tepat pada pukul 5.00 petang di dalam surau. LDK 1
ini telah dikelolai oleh Encik Shuib bin Hamid. Aktiviti ini dimulakan dengan “ice
breaking” yang bertujuan membolehkan kami mengenali antara satu sama lain yang
kebanyakannya dari kumpulan kuliah yang berbeza dan mungkin tidak berkesempatan
berkenalan antara ahli kumpulan yang lain sebelum ini.
Kami diminta duduk dalam barisan mengikut kumpulan aktiviti masing-masing.
Kemudian, kami dikehendaki bersalaman dengan rakan-rakan di hadapan, belakang, kiri
dan kanan di samping mengucapkan salam perkenalan bagi yang belum kenal. Kami
juga dikehendaki bergerak pantas mencari rakan yang lahir pada bulan yang sama,
rakan yang memakai warna baju yang sama, dan macam-macam lagi. Bagi setiap
aktiviti yang dijalankan seorang peserta dikehendaki memperkenalkan diri secara
11
ringkas kepada semua peserta. Selain itu, kami juga dikehendaki duduk dalam bulatan
yang besar mengikut ketinggian yang teratur.
Aktiviti LDK 1 ini lebih menjurus kepada sesi perkenalan antara peserta BIG di
samping menguji tahap kepekaan dan kerjasama kami dalam menjadikan sesuatu
aktiviti yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga bagi menanam
sifat keyakinan yang tinggi dalam diri apabila dikehendaki memperkenalkan diri di
hadapan khalayak ramai tanpa rasa gugup. Ini kerana, sebagai seorang guru kita perlu
sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi yang kadangkala
datang tanpa diduga. LDK 1 ini berakhir sekitar jam 6.00 petang. Kami berasa sungguh
gembira dan terhibur dengan cara En Shuib mengendalikan aktiviti “ice breaking” ini,
di samping dapat menambah kenalan baru.
Aktiviti 4 : Sesi Kerohanian
Tepat pukul 7.30 malam, kami dikehendaki berkumpul di tepi pantai, di mana kami
bersembahyang secara berjemaah di situ. Suasana malam itu sungguh syahdu dilitupi
oleh langit yang cerah dan bintang yang berkelipan. Solat maghrib pada malam itu telah
diimamkan oleh mentor kami iaitu Ustaz Mohd Fikri b. Hj Ismail. Setelah selesai solat,
kami diberikan sedikit tazkirah oleh beliau. Kemudian, kami mengadakan bacaan yassin
secara berjemaah diikuti oleh bacaan tahlil sehinggalah masuknya waktu solat Isyak.
Pada malam itu juga, kami telah diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti untuk
keesokkan harinya. Dengan jumlah bilangan kami yang ramai, para jurulatih terpaksa
membahagikan kami kepada dua kumpulan di mana kumpulan aktiviti 1, 2, dan 3
bercantum menjadi kumpulan A. Manakala kumpulan 4, 5, dan 6 menjadi kumpulan B.
Ini bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan perjalanan aktiviti kami. Untuk hari
kedua di sana, kami dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti lasak iaitu aktiviti darat
(kembara) dan aktiviti air dengan mengikut kumpulan baru yang telah ditetapkan.
Aktiviti 5 : Latihan Dalam Kumpulan 2
Setelah semuanya selesai, tepat pukul 9.30 malam aktiviti kami diteruskan lagi dengan
aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang kedua di tepi pantai. Dalam LDK 2 ini, kami
telah diberikan tugasan. Sebelum memulakan tugas, kami telah diberikan penerangan
12
ringkas oleh En Shuib berkenaan aktiviti yang harus setiap kumpulan aktiviti
laksanakan.
Situasi yang diceritakan oleh En Shuib ialah mengenai sebuah kapal yang pergi
berlayar ke sebuah pulau dengan bilangan penumpang seramai 100 orang. Namun
apabila tiba di pertengahan jalan, kapal ini mengalami masalah. Ianya semakin hampir
karam. Oleh yang demikian, seorang demi seorang dibuang ke laut sehinggalah hanya
tinggal 10 orang sahaja. Tetapi anda sebagai nakhoda kapal perlu memilih daripada 10
orang penumpang yang tinggal itu, hanya 4 orang sahaja yang dirasakan perlu dan layak
berada di kapal tersebut supaya ianya tidak karam dan selamat sampai di sebuah pulau
nanti. 4 orang yang dipilih itu mestilah disertakan sebab dan alasan mengapa mereka
dipilih.
Apabila semuanya telah faham arahan dan situasi yang digambarkan oleh En
Shuib, maka setiap kumpulan pun memulakan tugas berkumpulan. Kami diberikan
masa selama 10 minit sahaja bagi menyiapkan tugasan ini. Kemudian, wakil bagi setiap
kumpulan mesti tampil ke hadapan bagi membentangkan perbincangan yang telah
diputuskan. Pelbagai jawapan telah diberikan oleh setiap kumpulan.
Rumusan yang saya dapat dari aktiviti LDK 2 ini ialah bagaimana caranya kita
mengambil sesuatu keputusan yang tepat dengan keadaan diri yang bertenang dan tajam
fikiran iaitu berfikir sedalam-dalamnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Sikap
ini sangat penting bagi kita sebagai seorang guru dalam mengambil sesuatu keputusan
tanpa menurut kehendak emosi semata-mata, bahkan memikirkan soal baik buruk
sesuatu perkara itu. Di samping itu, LDK ini juga memupuk semangat kerjasama
sesama ahli kumpulan dalam mencurahkan idea dan memberikan pendapat serta
pandangan yang bernas. Ini membantu minda kita supaya sentiasa berfikir ke arah yang
positif.
Aktiviti LDK 2 ini, diakhiri dengan tayangan slideshow berkaitan ‘semangat
angsa’ iaitu semangat kekitaan yang perlu ada dalam diri setiap individu yang bergelar
guru di samping irama nasyid yang menyentuh jiwa. Kemudian, kami dijamu makan
“supper”. Tepat jam 11.00 malam kami dikehendaki masuk tidur di dalam khemah
yang telah kami siapkan petang tadi. Ini bagi membolehkan kami mendapat rehat yang
cukup untuk meneruskan aktiviti yang lebih mencabar pada keesokkan harinya.
13
HARI KEDUA (01 APRIL 2011, JUMAAT)
Aktiviti 1 : Sesi Kerohanian, Patriotik & Senaman Pagi
Pada hari kedua, semua peserta BIG dikehendaki berkumpul di surau untuk solat subuh
berjemaah pada pukul 6.00 pagi. Setelah selesai solat, kami diberikan sedikit tazkirah
oleh salah seorang rakan kami iaitu Saudara Razif.
Tepat pukul 7.00 pagi, kami dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan
untuk sesi menaikkan bendera seterusnya menyanyikan lagu Negaraku dan lagu IPDA.
Kemudian, kami melakukan sedikit aktiviti senaman bagi menyihatkan badan. Pada
pukul 7.30 pagi kami bersarapan pagi sebelum meneruskan aktiviti seterusnya mengikut
kumpulan baru yang telah dibentuk.
Aktiviti 2 : Aktiviti Darat (Kembara)
Selepas bersarapan pagi, tepat pukul 8.00 pagi kami telah berkumpul dan bersiap sedia
untuk bergerak ke aktiviti seterusnya. Saya merupakan salah seorang ahli dari kumpulan
B, kami dikehendaki untuk bergerak ke kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti darat
iaitu kembara hutan. Kami ke sana hanya dengan berjalan kaki melalui laluan kawasan
kelapa sawit yang basah dalam masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke kawasan
pendakian. Aktiviti darat ini juga telah dibimbing oleh pensyarah kami yang lebih
berpengalaman.
Sebelum aktiviti kembara mendaki bukit ini dijalankan, Encik Azman bin Aris,
ketua jurulatih kami telah memberi taklimat ringkas kepada kami. Beliau juga memberi
penerangan mengenai keselamatan, laluan kembara dan sedikit peringatan yang harus
dipelihara sepanjang kami di dalam hutan nanti. Beliau berpesan agar kami sentiasa
menjaga percakapan, adab dan akhlak ketika berada di hutan. Selain itu juga, beliau
berpesan agar sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan kembara itu.
Di samping itu, setiap peserta dikehendaki sentiasa memastikan jumlah peserta
yang terlibat dalam aktiviti kembara ini mencukupi iaitu seramai 37 orang. Selepas itu,
Encik Azman menjemput Saudara Muhammad Mustaqim bin Basri untuk membacakan
doa sebagai permulaan perjalanan kami agar dipermudahkan dan dijauhkan dari
sebarang musibah atau pun perkara yang tidak diingini. Perjalanan kembara mendaki
bukit bermula sekitar jam 8.30 pagi.
14
Perjalanan kami bermula dengan melalui laluan yang memerlukan pendakian.
Cabaran pertama kami memang sangat mencabar kerana selepas 10 minit kami
memasuki hutan, awan menjadi gelap dan hujan mula turun renyai-renyai. Tidak lama
selepas itu, hujan mula turun lebat. Namun kami tetap meneruskan perjalanan untuk
sampai ke “check point” pertama. Di “check point” pertama ini, kami diminta untuk
memperkenalkan diri setiap seorang. Setiap daripada kami perlu menyebut nama, asal,
status dan mengajar di sekolah mana. Ketika itu juga, hujan mulai lebat dan kami pun
memakai baju hujan yang telah dibawa. Sesi suaikenal ini memakan masa hampir sejam
bagi membolehkan setiap orang berpeluang untuk memperkenalkan diri. Ini bagi
menonjolkan sifat keyakinan yang tinggi.
Perjalanan kami seterusnya menjadi semakin mencabar apabila “track” yang
kami akan lalui licin kerana air hujan yang turun membasahi laluan kami itu.
Keselamatan ketika ini sangat diutamakan. Disebabkan laluan yang licin, kami terpaksa
memegang dahan-dahan pokok yang berada berhampiran kami bagi mengelakkan
tergelincir. Dalam keadaan seperti ini, kerjasama dan sikap tolong-menolong amatlah
penting sesama peserta bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.
Selepas lebih 30 minit berjalan, kami berhenti rehat seketika di “check point”
kedua bagi menghilangkan rasa penat berjalan dan mendaki di hutan berkenaan. Kami
diberi makan roti setiap seorang dan minum air mineral yang telah dibekalkan kepada
kami. Ketika ini kami dimaklumkan oleh Encik Azman bahawa terdapat lagi dua bukit
yang harus kami daki. Setelah berehat seketika, kami meneruskan lagi perjalanan.
Pada kali ini, laluan yang kami lalui masih dalam keadaan berbahaya walaupun
hujan telah berhenti. Setiap daripada kami harus sentiasa berwaspada dengan keadaan
tanah yang licin, dahan-dahan pokok yang berduri agar tidak terpegang di samping
pacat yang banyak berkeliaran di sekitar kami kerana cuaca yang hujan. Ketika ini, rasa
yakin dalam diri amat penting bagi membolehkan kami melalui cabaran tanah yang licin
itu. Ini kerana, tanah yang licin itu menjadi bertambah licin apabila telah dilalui oleh
rakan sebelum ini.
Perjalanan kami juga sentiasa terberhenti kerana kami terputus dari rantaian
rakan yang berada di hadapan mahupun yang di belakang. Selepas hampir 1 jam lebih
kami mendaki, akhirnya kami mulai menuruni kawasan bukit itu. Kami juga
dikehendaki melakukan aksi abseiling menggunakan tali yang dipasang oleh Encik
15
Azman bagi memudahkan penurunan kami ke bawah bukit. Pengalaman abseiling ini
sangat menyeronokkan bagi saya.
Sementara menunggu rakan lain menuruni bukit itu, kami dibenarkan berehat
sebentar di satu kawasan bawah bukit itu iaitu “check point” terakhir. Sekali lagi kami
berhenti bertujuan untuk memastikan bilangan peserta yang mengikuti aktiviti kembara
ini mencukupi. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan sehingga akhirnya kami
menemui jalan bertar. Kami pun meneruskan perjalanan untuk kembali ke kem kami.
Kami dikehendaki bergerak dalam barisan. Perjalanan untuk sampai ke kem memakan
masa selama lebih kurang 20 minit.
Sekitar jam 12 tengah hari, kami pun memasuki kawasan kem. Kami
dikehendaki berendam di tepi laut bagi membuang pacat yang mungkin ada melekat di
badan mahupun anggota badan kami. Hampir 15 minit kami berendam, kami pun
bergerak menuju ke kawasan kem. Apabila tiba sahaja di kem, kumpulan A (aktiviti air)
telah pun menunggu kami untuk makan tengah hari bersama-sama. Kami terus
diarahkan untuk pergi ke dewan makan untuk menjamu selera.
Aktiviti 3 : “Water-Confidence”
Sekitar jam 3 petang setelah selesai kendiri, kami kumpulan B diminta untuk menunggu
giliran bagi menjalankan aktiviti “water confidence”. Sementara menunggu, ada di
kalangan kami yang mengambil peluang merehatkan diri setelah penat mendaki bukit
pada sebelah paginya. Manakala, kumpulan A meneruskan aktiviti air iaitu berkayak
kerana keadaan cuaca yang hujan pada pagi itu, tidak mengizinkan mereka menjalankan
aktiviti berkayak.
Kumpulan A yang berkayak mengambil masa sehingga dua jam lebih bagi
menghabiskan aktiviti tersebut. Ini menyebabkan kami dari kumpulan B terpaksa
menunggu lama bagi membolehkan kami menjalankan aktiviti “water confidence”.
Walaupun lambat, kami tetap meneruskan apa yang telah direncanakan. Encik Abdul
Shukor bin Zainal Abidin, Encik Azemi bin Abdullah dan Puan Norashikin yang
bertanggungjawab sebagai jurulatih aktiviti air telah memberikan tunjuk ajar kepada
kami. Pada mulanya kami diajar cara memakai “life jacket” ataupun jaket keselamatan
yang betul supaya tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini kelak.
16
Setelah semuanya siap memakai jaket keselamatan tersebut, kami diarahkan
bergerak ke arah laut mengikut kumpulan-kumpulan kecil supaya senang untuk
dikelolai oleh para jurulatih. Kumpulan saya dibimbing oleh Puan Norashikin. Kami
dibawa ke dalam laut bagi memulakan teknik-teknik apungan dalam air. Terlebih
dahulu, kami diminta untuk membuat dua barisan di mana setiap daripada kami perlu
ada pasangan masing-masing di hadapan dan di belakang. Kami dikehendaki untuk
tenggelamkan kepala bagi mencapai pasir di dasar laut menggunakan tangan dibantu
oleh rakan yang berpasangan dengan kami.
Kemudian, kami bergerak lagi ke hadapan untuk aktiviti seterusnya. Jurulatih
kami telah menerangkan dan menunjukkan cara dan teknik apungan yang betul dengan
menggunakan “life jacket”. Setelah beliau memberikan penerangan dan demonstrasi,
kami diarahkan untuk memegang tangan rakan sekumpulan dan cuba mengapungkan
diri di atas air dalam kedudukan bulatan tanpa melepaskan tangan sesama kami. Kami
diajarkan cara mengapungkan diri secara terlentang ke belakang dan terlentang ke
hadapan.
Selepas beberapa kali percubaan dibuat, akhirnya kami diminta pula
mengapungkan diri dalam keadaan yang sama, cumanya kami dikehendaki melepaskan
tangan rakan di kiri dan kanan masing-masing dan cuba berapung sendiri. Pelbagai
ekspresi muka dapat dilihat dari mimik muka peserta. Ada yang cemas, ada yang
gembira, ada yang risau dan ada juga yang kelihatan tenang sahaja. Ketika inilah juga
dapat dilihat keyakinan diri bagi setiap pelatih. Ada peserta yang begitu yakin dan ada
yang tidak begitu yakin ketika aktiviti apungan ini. Namun, semuanya berjaya
menjalani aktiviti ini.
17
Aktiviti 4 : Aktiviti Kerohanian & Sesi Pembinaan Jati Diri
Pada pukul 7.30 malam, kami semua berkumpul semula untuk solat jama’ maghrib dan
isyak berjemaah setelah semuanya selesai makan malam. Pengisian kerohanian pada
malam itu telah disampaikan oleh rakan kami iaitu Saudara Azhar Azizi. Tazkirah yang
disampaikan oleh beliau sedikit sebanyak menambahkan lagi ilmu kami walaupun
sudah bergelar guru di samping sebagai peringatan di antara satu sama lain. Beliau
menyeru semua supaya mencegah kemungkaran dengan cara yang telah diajarkan oleh
Nabi dalam hadith baginda.
Tepat jam 8.30 malam, aktiviti kami diteruskan dengan slot pembinaan jati diri
yang dikelolai oleh Encik Faisal. Beliau memberikan penerangan mengenai persoalan
jati diri seorang guru. Setelah itu, lami dikehendaki berada dalam kumpulan aktiviti
yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu kumpulan 1 hingga kumpulan 6 bagi
memudahkan untuk kami laksanakan tugasan yang diberikan. Tugasannya ialah setiap
kumpulan diberi keratan akhbar yang mengandungi isu-isu berkaitan profesion
keguruan ini. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan mengeluarkan isi-isi penting
sifat atau ciri-ciri jati diri guru terbilang berdasarkan keratan akhbar yang diberi.
Masa yang diperuntukan untuk kami adalah selama 15 minit. Kami diminta
untuk membuat pembentangan tajuk yang telah diberi. Kumpulan saya mendapat
keratan akhbar yang bertajuk “Murid dakwa diketuk guru”. Hasil perbincangan
kumpulan kami, kami mendapati tindakan guru tersebut adalah tidak wajar kerana
wujudnya sikap negatif yang ditunjukkan beliau antaranya tidak dapat kawal emosi,
tidak bertanggungjawab dan mematikan motivasi pelajar untuk ke sekolah. Seharusnya
sebagai seorang guru mestilah menunjukkan ciri-ciri yang baik dalam usaha membentuk
jati diri guru terbilang.
Setelah hampir dua jam, sesi pembinaan jati diri ini pun berakhir. Walaupun
para peserta kelihatan letih dengan aktiviti yang dilakukan pada siangnya namun
berbekalkan semangat untuk belajar membolehkan kami meneruskan dan menamatkan
sesi pembinaan jati diri ini dengan jayanya. Kemudian, kami bersurai dan bergerak
menuju ke dewan makan untuk “supper”. Selepas itu, kami dikehendaki kembali ke
khemah masing-masing untuk tidur. Manakala, peserta yang ditugaskan untuk kawalan
malam terpaksa berjaga bagi menjamin keselamatan rakan-rakan lain.
18
HARI KETIGA (02 APRIL 2011, SABTU)
Aktiviti 1 : Nyanyian Lagu Patriotik dan Senaman Pagi
Tepat pukul 7.00 pagi, seperti hari sebelumnya, kami dikehendaki berkumpul di tapak
perhimpunan untuk sesi menaikkan bendera seterusnya menyanyikan lagu Negaraku
dan lagu IPDA. Kemudian, kami melakukan sedikit aktiviti senaman bagi
merenggangkan otot dan memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti seterusnya
nanti. Setelah itu, pada pukul 7.30 pagi kami bersarapan pagi dahulu sebelum
meneruskan aktiviti seterusnya mengikut kumpulan baru yang telah dibentuk seperti
pada hari kedua.
Aktiviti 2 : Aktiviti Air
Sekitar jam 8.00 pagi, kami memulakan aktiviti air dengan teori berkayak di pantai
terlebih dahulu. Jurulatih yang bertanggungjawab antaranya ialah Encik Abdul Shukor
bin Zainal Abidin, Encik Azemi bin Abdullah dan Puan Norashikin. Para jurulatih
memberikan penjelasan kepada kami tentang bagaimana cara yang betul untuk
berkayak. Sebelum itu, kami diminta mencari pasangan masing-masing untuk berkayak.
Kami diajar bagaimana hendak memegang pedal dan cara menggunakannya untuk
mengayuh sama ada ke hadapan, mengundur ataupun untuk berhenti. Selain itu, kami
juga didedahkan dengan penjelasan mengenai bahagian-bahagian tertentu pada bot
kayak tersebut.
Setelah semua peserta memahami apa yang disampaikan, kami dibahagikan
kepada dua kumpulan kecil. Ini disebabkan bilangan bot kayak yang agak terhad dengan
bilangan kami yang ramai. Satu kumpulan akan mulakan berkayak terlebih dahulu
bermula dari kem, manakala satu kumpulan lagi akan bergerak menerusi darat dan
menunggu di destinasi perhentian bagi kumpulan pertama akan berhenti nanti.
Kumpulan kedua ini akan memulakan dengan aktiviti memasak dahulu. Saya
merupakan salah seorang dari peserta yang memulakan aktiviti kayak terlebih dahulu.
Disebabkan ini adalah pengalaman pertama saya berkayak di laut dan saya mendapat
pasangan yang tidak pernah berkayak, maka saya menjadi agak bimbang dan cemas.
Semasa kami berkayak, para jurulatih menaiki bot ke sekeliling kami dan
membuat ombak untuk melihat tindak balas dan cara kami berkomunikasi dalam
19
mengawal bot daripada terbalik mahupun tenggelam. Alhamdulillah, saya dan rakan
dapat mengawal situasi cemas ini. Setelah hampir setengah jam kami berkayak dan
mula dapat sesuaikan diri dengan keadaan ombak yang agak kuat, tiba-tiba saya pening
dan rasa hendak muntah. Nasib baik, rakan saya dapat memberikan kerjasama yang
baik. Kami berhenti rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan kayak kami.
Sepanjang perjalanan, kami akan berhenti rehat seketika sekiranya ada di antara kami
yang kepenatan. Akhirnya, dengan usaha yang gigih dan semangat yang sentiasa
berkobar-kobar, kami berdua pun berjaya sampai di destinasi yang telah ditetapkan.
Selepas sampai di sana, kami bertukar dengan kumpulan yang lagi satu. Kini
giliran kumpulan tersebut pula untuk berkayak dan terus bergerak ke tempat di mana
kami memulakan aktiviti kayak tadi. Kami pula bergerak ke pesisiran pantai untuk mula
makan tengah hari dengan makanan yang telah dimasak oleh kumpulan tadi. Walaupun
hanya makan sayur kobis dan ikan bilis, namun ia menjadi amat menyelerakan buat
kami apabila sudah keletihan dan kelaparan selepas berkayak tadi. Kami dibenarkan
untuk bermain air laut dan berehat di pesisiran pantai sementara melihat kumpulan lain
berkayak.
Pada pukul 1.30 petang, kumpulan saya dikehendaki pulang ke kem melalui
darat dan kami ditugaskan untuk membawa semua barang-barang dan peralatan yang
telah digunakan untuk memasak oleh kumpulan kedua tadi. Setelah hampir setengah
berjalan kaki, kami pun tiba di pesisiran pantai berhampiran kawasan kem kami. Di
sana, kami dikehendaki tunggu sehingga kumpulan lain yang tengah berkayak kembali
ke situ. Sementara menunggu, saya dan rakan-rakan menghabiskan masa dengan
mengutip ‘remis’, iaitu sejenis hidupan laut umpama siput yang boleh didapati di
pesisiran pantai.
Sekitar jam 3 petang, kumpulan kayak tadi pun tiba. Kami semua dikehendaki
bekerjasama untuk membawa naik bot kayak ke daratan lalu membersihkannya. Baju
keselamatan yang telah dipakai juga perlu dibersihkan dan dijemur di tempat yang telah
disediakan. Setelah itu, kami dibenarkan kembali ke khemah masing-masing bagi
membersihkan diri dan berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya pada petang
nanti.
20
Aktiviti 3 : Persiapan & Persembahan Malam Kebudayaan
Selepas menunaikan solat asar, kami dikehendaki berkumpul bagi membuat persiapan
untuk malam kebudayaan. Saya dan rakan-rakan dari kumpulan Pendidikan Islam 3
ditugaskan untuk memasak bagi “dinner” pada malam itu. Manakala kumpulan lain
pula dikehendaki berlatih untuk persembahan bagi malam kebudayaan tersebut yang
mesti bertemakan antaranya adat dan tradisi, patriotik ataupun masalah sosial. Setiap
daripada kami menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang jitu dalam kumpulan
masing-masing bagi melaksanakan apa yang telah ditugaskan.
Tepat jam 8.00 malam, majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan
alu-aluan pengerusi majlis. Kemudian, dijemput pula seorang pelatih untuk
membacakan doa makan. Sementara menjamu selera, majlis diteruskan dengan ucapan
daripada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) iaitu En.
Mohamed Rahmat Md Yasin, sekaligus merasmikan majlis penutupan program BIG
pada siri kali ini. Dalam ucapan beliau mengatakan program BIG ini adalah satu
platform pemprosesan dan pembinaan untuk menjadikan seorang guru itu insan yang
mempunyai ketahanan dari segi mental, fizikal dan rohani. Beliau juga menasihati kami
supaya sentiasa mengekalkan akhlak sebagai seorang guru yang berkualiti.
Setelah ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh pengarah, majlis
diteruskan dengan acara tayangan slide yang disediakan oleh unit multimedia. Dalam
tayangan tersebut, dipaparkan gambar-gambar kami di sepanjang aktiviti kami di sana.
Terdapat pelbagai gelagat dan telatah yang dapat dilihat dalam tayangan tersebut.
Selepas itu, majlis diteruskan pula dengan persembahan oleh kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan telah menunjukkan kreativiti dan keyakinan masing-masing. Pelbagai
jenis persembahan yang menarik telah diaturkan dan dirancangkan. Antaranya
termasuklah sketsa, nyanyian dan lain-lain.
Kumpulan saya yang pada mulanya dikecualikan dari membuat persembahan
kerana terlibat untuk menyediakan makan malam, secara tiba-tiba diminta untuk
membuat persembahan spontan. Kami yang kurang bersedia tetap pergi untuk tidak
menghampakan permintaan rakan-rakan dari kumpulan lain. Salah seorang daripada
kami cepat dan cekap mengatur strategi. Kami telah membuat persembahan dengan
meniru gaya percakapan Kem Komanden iaitu Encik Azman ketika aktiviti darat
sebelum ini. Setiap ahli kumpulan memegang satu peranan dalam lakonan tersebut.
Kumpulan kami berjaya mempersembahkan lakonan tersebut dengan lancar dan
21
mendapat sambutan yang hangat daripada penonton walaupun tanpa persediaan awal
sebelum itu.
Suasana pada ketika itu amat hangat dan rancak. Semua peserta kelihatan
gembira pada malam itu. Selepas persembahan daripada semua kumpulan, majlis malam
itu diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada wakil bagi setiap kumpulan,
semua jurulatih dan juga para mentor yang terlibat. Majlis tetap diteruskan selepas itu
dengan acara bebas di mana, setiap peserta boleh meneruskan makan sampai kenyang.
Sekitar jam 11 malam, majlis pun bersurai.
Sebelum masuk tidur, setiap daripada kami ditugaskan untuk mengemas barang-
barang di dapur bersama kumpulan masing-masing bagi memudahkan kerja dan
menjimatkan masa untuk keesokkan harinya. Tepat jam 12 malam kami semua
dikehendaki ke khemah masing-masing untuk merehatkan diri. Manakala, kumpulan
yang ditugaskan untuk berjaga malam terus bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan.
22
HARI KEEMPAT (03 APRIL 2011, AHAD)
Aktiviti 1 : Menurunkan Khemah/Gotong-Royong Membersihkan Kawasan
Hari ini merupakan hari terakhir bagi program Bina Insan Guru. Selepas senaman pagi
dan bersarapan, kami telah diberi tugas untuk menurunkan khemah masing-masing dan
membersihkan kawasan sekitar kem itu. Kami pun mula menjalankan tugas masing-
masing dengan menurunkan khemah dan mengemaskan barang peribadi kami. Setelah
itu, kami bekerjasama untuk melakukan kerja pembersihan kawasan kem mengikut
kumpulan aktiviti. Ada yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip sampah-sarap di
seluruh kawasan, ada yang membersihkan dewan dan juga dapur serta ada yang
membersihkan tandas.
Aktiviti 2 : Refleksi Bersama Mentor
Tepat jam 9.30 pagi, kami bergerak dan berkumpul mengikut kumpulan kuliah
Pendidikan Islam masing-masing untuk slot refleksi bersama mentor. Mentor kumpulan
kuliah saya ialah Ustazah Sharifah bt Zakaria. Dalam sesi refleksi ini, kami diberi
peluang untuk menceritakan kembali perasaan kami sebelum, semasa dan selepas
Program Bina Insan Guru ini. Setiap orang dari ahli kumpulan kami mula menceritakan
pelbagai kisah yang terjadi sebelum datangnya ke BIG ini. Antaranya ada yang
memberitahu betapa gembiranya dapat berkumpul dan berjumpa lagi bersama ahli
kumpulan yang dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.
Manakala perasaan semasa berada dalam program BIG selama 4 hari 3 malam
ini ada yang menyatakan perasaan gembira dan ada juga yang sedih dengan apa yang
terpaksa dilalui. Namun, semua itu adalah pengalaman yang mengajar erti pengorbanan
dan ketabahan untuk menjadi seorang guru. Seterusnya, selepas program BIG ini kami
semua telah berazam dengan diri masing-masing untuk menjadi lebih cekal dan kuat
dalam mengharungi cabaran dunia profesion keguruan ini.
Setelah hampir dua jam kami meluangkan masa bersama mentor masing-masing,
kami dikehendaki berkumpul untuk sesi penggambaran mengikut kumpulan kuliah
bersama para jurulatih dan mentor. Semua orang kelihatan gembira dan seronok dengan
program yang telah dilalui ini. Selepas itu, kami semua dibenarkan untuk berehat
sementara menunggu bas dari IPDA tiba. Sekitar jam 2 petang, bas pun sampai dan
23
kami pun bergerak pulang ke Jitra. Sepanjang perjalanan kami semua berehat sepuas-
puasnya kerana kepenatan dengan program yang telah dilalui di Kem Tok Sakah. Pada
pukul 6.30 petang, kami pun selamat sampai di IPDA. Keluarga kami sudah menanti
kepulangan kami di sana. Semuanya gembira dapat berjumpa keluarga masing-masing.
24
REFLEKSI MENGIKUT AKTIVITI
Aktiviti : Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1)
Tarikh & Masa : 31 Mac 2011 (Khamis) & 5.00 petang
Tempat : Surau
Dalam sesi LDK yang pertama ini kami lebih didedahkan dengan aktiviti “ice
breaking” yang bertujuan membolehkan saya dan rakan-rakan dapat mengenali antara
satu sama lain yang kebanyakannya dari kumpulan kuliah yang berbeza dan mungkin
tidak berkesempatan berkenalan antara ahli kumpulan yang lain sebelum ini.
Di samping itu, bentuk-bentuk aktiviti LDK 1 seperti duduk dalam bulatan sama
ada mengikut bulan kelahiran, rakan yang memakai warna baju yang sama, dan macam-
macam lagi. Aktiviti seperti ini kami sebagai bakal guru dapat praktikkan apabila
dikehendaki mengendalikan sesuatu program di sekolah kelak kerana aktiviti ini lebih
bersifat santai dan sesuai dengan peringkat umur murid-murid.
Aktiviti LDK 1 ini juga menguji tahap kepekaan dan kerjasama kami dalam
kumpulan masing-masing untuk menjadikan sesuatu aktiviti yang diamanahkan berjalan
dengan lancar. Selain itu, ia juga dapat menanam sifat keyakinan yang tinggi dalam diri
apabila dikehendaki memperkenalkan diri di hadapan khalayak ramai tanpa rasa gugup.
Ini kerana, sebagai seorang guru kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi
pelbagai cabaran dan situasi yang kadangkala datang tanpa diduga terutamanya apabila
pertama kali kita menjejakkan kaki ke sekolah. Kita mestilah bijak dalam menyesuaikan
diri dengan situasi yang baru.
Aktiviti : Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2)
Tarikh & Masa : 31 Mac 2011 (Khamis) & 9.30 malam
Tempat : Tepi pantai
Dalam sesi LDK yang kedua ini, setiap kumpulan diberikan tugas untuk menyelesaikan
satu permasalahan yang berbentuk situasi. Input ataupun faedah yang saya dapat dari
aktiviti LDK 2 ini ialah bagaimana caranya kita mengambil sesuatu keputusan yang
tepat dengan keadaan diri yang bertenang dan tajam fikiran iaitu berfikir sedalam-
dalamnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Sikap ini sangat penting bagi kita
sebagai seorang guru dalam mengambil sesuatu keputusan tanpa menurut kehendak
25
emosi semata-mata, bahkan memikirkan soal baik buruk sesuatu perkara itu. Di
samping itu, LDK ini juga memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dalam
mencurahkan idea dan memberikan pendapat serta pandangan yang bernas. Ini
membantu minda kita supaya sentiasa berfikir ke arah yang positif. Sikap ini sangat
penting kerana seorang guru yang berkualiti, dia akan sentiasa memberikan impak yang
baik dengan cambahan idea yang bernas dan boleh membantu dalam sesebuah
organisasi itu sama ada di bahagian pengurusan sekolah, sesama guru dan lain-lain.
Aktiviti : Pembinaan Jati Diri
Tarikh & Masa : 01 April 2011 (Jumaat) & 8.30 malam
Tempat : Surau
Sesi Pembinaan Jati Diri lebih menekankan aspek bagaimana cara untuk kami membina
dan membentuk jati diri seorang guru. Apa yang dimaksudkan dengan jati diri ini ialah
di mana seorang guru yang mengalami proses untuk membentuk karakter sebagai
seorang guru. Sebagai contoh, dengan menjalani program Bina Insan Guru (BIG) ini
secara tidak langsung ia menekankan aspek pembinaan jati diri guru yang terbilang.
Kami didedahkan dengan keadaan isu semasa yang berkaitan dengan profesion
keguruan yang penuh cabaran ini. Setiap tindakan guru itu perlu dinilai sama ada ianya
membantu dalam proses pembinaan jati diri ataupun sebaliknya.
Di sini, kami diajar untuk bijak dalam mengambil sebarang keputusan supaya
tidak membawa kesan yang negatif kepada diri mahupun pelajar di sekolah nanti.
Rumusannya, jati diri seorang guru melibatkan aspek kreativiti, konsep pembelajaran
sepanjang hayat, sahsiah diri yang tinggi, kemahiran ICT, kemahiran psikologi, mahir
berfikir dan membuat keputusan, berfikir positif, kemahiran komunikasi dan sosial serta
mempunyai pendirian diri yang tetap tanpa terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Aspek-aspek ini boleh diperolehi bermula dengan semangat dan azam yang tinggi
seorang guru mahupun pendidik dalam menyahut cabaran dunia serba moden ini.
26
Semasa melakukan aktiviti water-confidence, kami telah didedahkan dengan pelbagai
teknik dan cara yang betul untuk melakukan apungan. Setiap daripada kami dikehendaki
melakukannya bagi menguji tahap keyakinan diri yang ada dalam diri setiap peserta
sama ada percaya pada diri untuk melakukan sesuatu yang mungkin tidak pernah
dilakukannya sebelum ini. Walaupun ada yang kelihatan cemas dengan situasi apungan
ini, namun semua peserta dapat melakukannya dengan baik. Paling tidak, kami dapat
mempelajari suatu perkara yang baru dan sangat berguna pada masa hadapan.
Selain itu, semangat tolong-menolong juga dapat dilihat ketika aktiviti water
confidence ini di mana yang sudah yakin dan biasa dengan aktiviti ini membantu rakan
yang tidak pernah mahupun tidak biasa dengan aktiviti ini. Secara tidak langsung, sikap
tolong-menolong ini dapat meningkatkan sedikit keyakinan rakan tersebut. Di samping
itu, saya mempelajari bahawa kawan atau rakan amatlah penting dalam kehidupan
seharian kita. Tanpa kawan, banyak perkara yang tidak dapat kita rasai dan lalui dengan
jayanya. Bersandarkan kepada pegangan “kawan akan menolong kawannya”
membuatkan ketakutan kita untuk melakukan sesuatu yang mencabar dapat diatasi
dengan sokongan dan pertolongan dari rakan-rakan di sekeliling kita.
Semasa mula berkayak pula, saya berasa sangat teruja untuk mencuba kerana ini
adalah pengalaman pertama saya berkayak di laut yang bergelora. Sebelum ini saya
hanya berkayak di kawasan tasik. Namun, setelah melihat ada rakan-rakan yang
terbalik, saya berasa sedikit risau. Saya dan pasangan saya bersama-sama berazam
supaya tidak terbalik. Ini bagi mengelakkan kami lebih panik sekiranya terbalik di
tengah lautan yang bergelora dan berombak. Dengan itu, kami sentiasa bekerjasama dan
berkomunikasi dengan baik supaya kami dapat mengemudikan kayak kami dengan
teknik yang betul.
Simbolik yang boleh dikaitkan antara laut dengan realiti kehidupan ialah ombak
di lautan itu ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada kalanya
laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Ada
kalanya laut tadi bergelora dek ombak yang mengganas, ia umpama kehidupan kita
yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sebesar mana pun ombak
Aktiviti : Aktiviti Air
Tarikh & Masa : 02 April 2011 (Sabtu) & 8.00 pagi
Tempat : Laut
27
tersebut kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita. Begitulah juga
apabila ada masalah yang menimpa hidup kita, kita tidak boleh lari daripada masalah
tersebut malah kita mesti menghadapinya dengan berani dan tabah.
Melihat kesungguhan pasangan rakan yang lain membuatkan kami lebih
bersemangat untuk cepat sampai ke destinasi walaupun dalam keadaan letih. Ketika ini
tidak kira lelaki mahupun perempuan semuanya berjaya sampai ke destinasi. Apa yang
penting di sini ialah ilmu mengemudikan kayak dengan cara yang betul, bukannya
terletak pada kekuatan sahaja. Kita tidak sepatutnya menilai kebolehan diri kita sebelum
mencuba. Dalam profesion keguruan, kita mestilah sentiasa bersedia dan siapkan diri
dengan pelbagai jenis ilmu. Ini kerana kita sebagai guru akan berhadapan dengan lautan
manusia yang mempunyai pelbagai karenah. Dengan ilmu yang kukuh dan penuh dalam
diri, memudahkan kita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelak.
Selain itu, dalam kehidupan ini kita juga harus tabah dan sentiasa berusaha.
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kental. Usaha yang gigih seperti
ketika berkayak tadi akhirnya membawa kejayaan dan kepuasan kepada kita kerana
dapat mengharungi cabaran yang mendatang. Walaupun ketika berkayak itu ada kalanya
kita tersalah langkah atau teknik mengayuh pedal kayak itu, ia tidak bermakna kita akan
gagal. Malah kita jadikanlah kesilapan itu sebagai panduan agar kita tidak mengulang
kembali kesilapan tersebut pada masa akan datang.
Apabila mendapat tahu bahawa kami akan melalui jungle tracking semasa program
Bina Insan Guru, saya tidak berasa begitu risau kerana sebelum ini saya pernah melalui
pengalaman yang serupa. Namun, setiap aktiviti walaupun sama pasti memberi
pengalaman yang berbeza. Kita tidak boleh menilai sesuatu tanpa melaluinya terlebih
dahulu.
Semasa jungle tracking, kami dikehendaki mendaki bukit yang agak curam dan
licin. Kami juga dikehendaki bergerak dalam satu barisan yang berantai. Sekiranya,
terputus dengan rakan lain, kami harus menunggu terlebih dahulu. Ketika ini, semangat
kerjasama dan tolong-menolong sangatlah penting supaya tidak ada perkara buruk yang
Aktiviti : Aktiviti Darat (Kembara)
Tarikh & Masa : 01 April 2011 (Jumaat) & 8.00 pagi
Tempat : Hutan
28
berlaku. Walaupun kami belum mengenali dengan rapat rakan yang terlibat dengan
aktiviti kembara ini, namun kami dapat memberikan komitmen yang baik sama ada
dalam bentuk bantuan mahupun komunikasi yang baik antara kami.
Di samping itu, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain juga wujud
apabila saling menerima arahan dan dapat mengikutnya dengan senang hati sekalipun
rakan kita itu bukanlah ketua. Dalam situasi kehidupan sebenar pun, kita perlu
mempunyai sifat hormat-menghormati ini supaya diri kita ini disenangi oleh masyarakat
di sekeliling kita. Yang muda menghormati yang tua dan begitulah sebaliknya. Senario
hormat-menghormati ini sangat dititikberatkan terutamanya apabila kita sebagai bakal
guru yang akan mula bergaul dengan para guru yang sudah senior di sesebuah sekolah
kelak.
Dalam aktiviti persembahan kumpulan pula, dapat dilihat bakat dan kreativiti yang
ditonjolkan oleh setiap kumpulan. Masing-masing cuba mempersembahkan yang
sebaiknya. Setiap persembahan yang dilakonkan mempunyai maksud dan matlamat
yang ingin dicapai. Umpamanya, sketsa berkaitan masalah sosial dan akhlak remaja
sekarang yang kebanyakannya tidak menghormati ibu bapa dan boleh dikatakan derhaka
terhadap orang tua. Situasi seperti ini ada kalanya berlaku dalam kalangan anak murid
kita. Kita sebagai guru perlulah lebih mengenali latar belakang anak murid kita supaya
masalah sosial sedemikian dapat dibendung.
Selain itu, terdapat juga persembahan yang mempamerkan adat tradisi
masyarakat Melayu yang tidak telan dek zaman, di mana adat merisik mahupun adat
meminang yang masih diamalkan dengan cara yang tersendiri. Umpamanya,
persembahan adat merisik dan meminang tersebut kedua wakil mempelai saling
berbalas pantun menggunakan dialek bahasa negeri kelahiran masing-masing.
Apa yang boleh dipelajari daripada slot persembahan ini ialah kita sebagai
seorang guru mestilah sentiasa mencari ilmu untuk menjadikan kita seorang guru yang
berbakat, berkreativiti dan berinovasi. Selain itu, sifat yakin terhadap diri juga dapat
dilihat apabila para peserta mengambil bahagian untuk melakonkan watak masing-
Aktiviti : Persembahan Kumpulan
Tarikh & Masa : 02 April 2011 (Sabtu) & 8.00 malam
Tempat : Tepi Pantai
29
masing. Kerjasama dalam kumpulan juga penting untuk membolehkan apa yang
dirancang menjadi lebih berkualiti dan berjaya.
REFLEKSI KESELURUHAN PROGRAM
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
pengalaman dan input yang berguna. Bermula dengan hari pertama hingga hari yang
terakhir pelbagai aktiviti telah disusun atur. Semuanya untuk memberi informasi dan
pendedahan kepada kami sebagai persediaan untuk menempuhi alam pekerjaan sebagai
guru yang masih panjang perjalanannya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira
kerana berpeluang mengikuti program ini. Segala input yang saya perolehi ini sangat
bermanfaat dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang guru atau
pendidik kelak.
Program ini secara tidak langsung mendedahkan kami semua kepada bagaimana
pelaksanaan untuk mengendalikan sesuatu program yang berbentuk perkhemahan. Ini
kerana untuk menjayakan program ini kami sendiri yang mengatur dan merancangkan
segala persiapan perkhemahan. Dari pemilihan ahli jawatankuasa sehingga hal-hal yang
lebih rumit. Semuanya diatur oleh para pelatih sendiri. Ini sangat penting sebagai latihan
untuk saya sekiranya perlu mengendalikan program berbentuk perkhemahan untuk
pelajar-pelajar di sekolah saya kelak.
Selain itu, program ini juga mengajar kami bagaimana kehidupan dalam satu
kumpulan. Ini sebagai platform bagi setiap pelatih untuk belajar menyesuaikan diri
dengan situasi bekerja dalam kumpulan. Tidak kiralah sama ada kumpulan itu kecil
mahupun besar. Segala cabaran, halangan atau kenangan manis dan pahit yang dikongsi
bersama dalam program ini mengajar kami pelbagai nilai yang amat berguna. Nilai yang
paling ketara ialah semangat setiakawan dan kerjasama.
Di samping itu, dapat juga dilihat nilai toleransi dan persefakatan dalam
sesebuah kumpulan. Ini kerana, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugas
akan menjadi berat. Ia terjadi apabila semua orang bersikap mementingkan diri sendiri
sahaja dan tidak mahu berkorban untuk melakukan sesuatu. Dalam kehidupan sebagai
seorang guru, kita haruslah bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai persefakatan
yang baik dengan semua orang di sekeliling kita supaya tugas kita mendidik pelajar-
pelajar kita menjadi mudah.
30
Program BIG ini juga mengajar saya cara pengurusan diri dan masa dengan
baik. Ini kerana pengurusan masa merupakan satu aspek yang sangat penting bagi
kerjaya sebagai seorang guru yang berkualiti dan berjaya. Selama tempoh 4 hari 3
malam di Kem Tok Sakah ini, saya belajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti
yang telah ditetapkan dalam jadual. Saya dapati sebenarnya tidak sukar untuk
melakukan sesuatu dalam masa yang telah ditetapkan. Cumanya perlu kepada azam
yang tinggi dalam diri dan membuat pembahagian tugas supaya ia menjadi mudah dan
menyenangkan orang lain. Dalam dunia seorang guru, pengurusan diri seperti
penampilan diri atau imej yang baik dan kemas sangat penting tidak kira di mana kita
berada. Pengurusan masa pula boleh kita praktikkan apabila berada dalam kelas iaitu
bagaimana kita menguruskan masa dalam menjalankan P & P yang berkesan.
Sifat yakin kepada kebolehan diri sendiri juga dapat saya perbaiki dan
tingkatkan dalam program BIG ini. Ini saya pelajari semasa kami mengikuti aktiviti air
sama ada ketika berkayak mahupun water confidence. Walaupun agak cemas kerana
keadaan ombak yang bergelora di laut, namun saya serta rakan dapat mengatasinya dan
sampai ke destinasi yang harus dituju. Setelah berjaya, barulah saya sedar bahawa
keyakinan diri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya
menganalogikan ombak tersebut sebagai pelajar yang degil. Namun, dengan usaha yang
gigih dan yakin pada kebolehan diri, maka kita tetap akan dapat mengatasi sikap
kedegilan mereka.
Seterusnya, apa yang dapat saya pelajari melalui program BIG ini adalah sikap
yang sentiasa ingin mencari ilmu bagi memantapkan lagi jati diri kita sebagai guru yang
terbilang. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa
memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun, semua ilmu itu tidak akan datang dengan
sendiri. Malah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan menggali ilmu-ilmu
tersebut. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang
harus ada pada seorang guru mestilah meliputi dari segenap aspek. Bukan hanya
tertumpu pada bidang tertentu sahaja. Ini kerana, guru menjadi tempat rujukan dan
mendapatkan apa jua maklumat.
Kesimpulannya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk
memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Di sebalik semua keseronokan dan
kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi terhadap diri saya sendiri
dan saya dapat mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya dan berusaha
memperbaiki kekurangan itu. Pengalaman menjalani program BIG ini merupakan satu
31
pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ia banyak mengajar dan melatih diri
saya untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang berjiwa kental, cekal dan tabah
dalam menjana transformasi pendidikan negara kita 1 Malaysia.
Semua pelatih berkumpul
32
Suasana dalam bas
33
Tiba di Kem Tok Sakah, Teluk Senangin
34
Para peserta bekerjasama memunggahkan barang-barang
35
Sesi taklimat cara memasang khemah
36
Sesi taklimat cara memasang khemah
37
Para peserta dikehendaki memasang khemah masing-masing
38
LDK 1 “ice breaking”
39
Solat jemaah di tepi pantai
Para peserta berbincang bagi LDK 2
40
Tazkirah pagi
41
Perbarisan dan Nyanyian Lagu Patriotik
42
Berhenti rehat seketika
43
Meneruskan perjalanan mendaki
44
Sesi suaikenal di dalam hutan
45
Bergerak pulang ke kem selepas berakhirnya kembara hutan
46
Berendam beramai-ramai di dalam laut
47
Berendam beramai-ramai di dalam laut
48
Ahli kumpulan yang ditugaskan untuk memasak
Suasana dewan makan
49
Salah seorang peserta mengapungkan diri
Semua peserta siap memakai “life jacket”
50
51
Slot pembinaan jati diri
52
Pembentangan dari para peserta
Beberapa peserta duduk bersantai sambil menunggu kumpulan lain tiba
53
Para peserta sibuk mencari dan mengutip ‘remis’
Peserta kayak tiba di persisiran pantai
Bekerjasama membawa bot kayak
54
55
Kumpulan PI 3 bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk “Dinner”
56
Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan
57
Suasana ketika ucapan Pengarah IPDA
58
Menjamu selera
59
Para AJK Unit Multimedia set up untuk persembahan
Antara aksi-aksi para peserta persembahan
60
Sesi penyampaian cenderahati
61
Menurunkan khemah
62
Bergotong-royong membersihkan kawasan kem
63
Slot refleksi bersama mentor
64
Sesi penggambaran untuk kenangan