MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI
MURID TAHUN 2 PANDAI
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang
murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf
besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian
pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar.
Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam
penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati
penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah
semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang
lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
1. Kandungan ………………………………………………………………… 1
2. Penghargaan ……………………………………………………………….. 2
3. Abstrak …………………………………………………………………....... 3
4. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4
5. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4
6. Objektif Kajian ……………………………………………………………. 5
7. Kumpulan Sasaran ………………………………………………………... 5
8. Methodologi ……………………………………………………………….. 6
9. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………. 7
10. Dapatan Kajian …………………………………………………………… 9
11. Refleksi Kajian ……………………………………………………………. 9
12. Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………... 10
13. Penutup …………………………………………………………………… 10
14. Bibliografi ………………………………………………………………… 11
15. Lampiran …………………………………………………………………. 12
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun
2005 dan 2006
Encik Zahidi bin Zukiffli
Guru Besar SK Seri Manjung
Puan Hajah Normah binti Mahamad
Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Manjung
Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib
Penyelia Petang SK Seri Manjung
Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor
Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman
yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah
bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun
setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai
dengan penggunaan huruf besar.
Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di
bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah
akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk
dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa
penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat
ketara.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu
permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan
menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.
2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2
Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh
kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk
saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana
penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini
tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas.
Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat
kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda
baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan
19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf
huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah
lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi
masalah tersebut.
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka
untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kamahiran berkenaan.
6. PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang
menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar
menggunakan methodologi yang dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya
membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.
BIL MASALAH JUMLAH
1 Kurang tumpuan. 18%
2 Sikap malas. 7%
3 Tidak memahami arahan. 11%
4 Kurang keyakinan diri. 5%
5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 77%
6 Tiada bimbingan di rumah. 14%
6.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya
jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya
sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah
penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan
yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat
meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar
mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.
6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah
menggunakan warna)
7. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan
2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid
cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian
pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN PENGESANAN
*ITEM
1
*ITEM 2
*ITEM 3
UJIAN PENCAPAIAN
20 – 16 22% 100% 100% 96% 95%15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5%9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5%5-0 30% 0% 0% 0% 0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk
huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar
pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan
menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas
pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru
Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi
sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga
menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.
Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di
kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu
meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata
pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang
saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).
10. PENUTUP
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan
kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran,
namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas
yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan
Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI
1. Manual Kajian Tindakan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Unit Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2
Dewan Bahasa dan Pustaka
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2 PANDAI
2006
BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)
Tidak ( x )1. Pengajaran cikgu menyeronokkan2. Cikgu beri tumpuan kepada saya3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu4. Keluarga beri bimbingan di rumah5. Bimbingan yang cikgu beri mencukupi6. Belajar menyeronokkan7. Kerja sekolah yang diberi mudah8. Saya suka menulis9. Saya suka membaca10. Saya faham arahan cikgu11. Percakapan cikgu terlalu laju
Contoh : BORANG SKOR ITEM 1
MENYALIN AYAT
BIL NAMA MURID L1 L2 L3 L4 L5 UJIAN PENCAPAIAN
1 A A A A A A A2 B C B C B A A3 C A A A A A A
4 D A A A A A A5 E A A A A A A6 F A A A A A A7 G A A A A A A8 H A A A A A A9 I A B A A A A10 J B B A A A A11 K A A A A A A12 L A A A A A A13 M A A A A A A14 N B A A A A A15 0 A A A A A A16 P A A A A A A17 Q A A A A A A18 R A A A A A A19 S B B A A A A20 T A A A A A A21 U A A A A A A22 V B A A A A A23 W B B A B A A24 X B B A A A A25 Y A A A A A A26 Z A A A A A A27 AB A A A A A A28 CD A A A A A A29 EF A A A A A A30 GH A A A A A A31 IJ A A A A A A32 KL A A A A A A33 MN A A A A A A34 OP A A A A A A35 QR A A A A A A36 ST A A A A A A37 UV A A A A A A38 WX A A A A A A39 YZ A A A A A A40 ABC A A A A A A41 DEF A A A A A A42 GHI A A A A A A43 JKL B A A A A A44 MNO B A A A A A
*L – latihan
0 – Gagal (0 markah)
C – Pencapaian kurang daripada ½
B – Pencapaian lebih daripada ½
A – Memuaskan ( betul semua)
Ujian Pengesanan
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.
____________________________________________________ .
2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.
____________________________________________________ .
3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola
sepak.
____________________________________________________
___________________ .
4.bapa david memandu kereta proton waja.
____________________________________________________ .
5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.
____________________________________________________ .
UJIAN PENCAPAIAN
Nama : ______________________________
Kelas : Tahun 2 Pandai
Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.
____________________________________________________
(5 markah)
Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
______________________________________________________ .
2. kita bersenam supaya badan kita sihat.
______________________________________________________ .
3. jangan makan kuih yang manis itu.
______________________________________________________ .
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.
_______________________________________________________.
5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
______________________________________________________ .
(5 markah)
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.
_____________________________________________________ .
2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.
____________________________________________________ .
3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
____________________________________________________ .
4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.
____________________________________________________ .
5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.
____________________________________________________
____________________________________________________ .
(10 markah)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI
MURID TAHUN 2 PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
3. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
4. PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya membuat analisis berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar.
4.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah:
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
4.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
4.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan.
4.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja
menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas
noktah menggunakan warna)
5. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN PENGESANAN
*ITEM
1
*ITEM 2
*ITEM 3
UJIAN PENCAPAIAN
20 – 16 22% 100% 100% 96% 95%15 – 10 22% 0% 0% 4% 2.5%9 – 6 26% 0% 0% 0% 2.5%5-0 30% 0% 0% 0% 0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).