IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHORKARNIVAL SUKAN TRADISIONAL
TAHUN 2013
AJK perasmian dan sambutan bersedia untuk menyambut tetamu kehormat.
Karnival sukan ini dirasmikan oleh penolong ketua jabatan iaitu Tuan Syed Kamal.
Semua peserta beratur dan bersedia untuk perasmian Karnival Sukan.
Peserta sedang bersedia untuk pertandingan permainan.
Permainan Tarik Upih dijalankan menggunakan sistem secara perlumbaan dengan 4 orang wakil dari setiap kumpulan dipilih untuk bermain. 3 orang sebagai penarik pelepah dan seorang akan menjadi penumpang.
Permainan Harimau dan Kambing dimainkan menggunakan biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing dan biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang dengan seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing.
Permainan ketiting diwakili oleh 2 orang setiap opsyen dengan mencampakkan buah ke dalam petak dan melompat dengan sebelah kaki berpandukan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Permainan Galah Panjang dimainkan dengan membahagikan kepada kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan iaitu 6 orang satu kumpulan.
Permainan Tali Getah dikehendaki lompat dan melepasi tali yang dihadkan pada ketinggian yang berbeza dengan meningkat ketinggian pada setiap pusingan.
Permainan Sepak Raga dijalankan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain ( 2 orang pemain lelaki 3 orang pemain perempuan). Permainan dimainkan dalam bulatan yang dihadkan dengan pemain boleh menimang bola menggunakan bahagian peha, dada, kaki dan kepala sahaja.
Permainan Kabadi dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima pada setiap kumpulan. Satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak pertahanan.
Permainan Guli. Pemain pertama
akan menjentik dengan mengguna
ibu gulinya kepada semua guli
yang berada di dalam kawasan
bulatan agar terkeluar.
Masjis penutupan dijalankan dan
disempurnakan oleh Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani, Puan
Rasidah binti Suib. Penyampaian
hadiah juga dijalankan dengan
menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Gambar semua peserta dengan pensyarah Jabatan PJ.
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHORKARNIVAL SUKAN TRADISIONAL
TAHUN 2013
PROGRAM : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
TARIKH : 18 MAC 2013TEMPAT PADANG IPG KTI OPSYEN TERLIBAT : SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011 IAITU
PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK
TAJUK : KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL
(A)LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWAKarnival Sukan Tradisional ini disertai oleh guru dari semester 5 Ambilan
Januari 2011 iaitu PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP
SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK
Karnival sukan ini dirasmikan oleh penolong ketua jabatan iaitu Tuan
Syed kamal dan aktiviti sesi pertama dijalankan sejurus upacara perasmian
tamat.
Permainan tradisional sesi pertama yang dijalankan ialah Permainan
Harimau dan Kambing(‘Aade-puli-atem')dengan wakil kelas kami iaitu Tan Yen
Ping, Tarik Upih diwakili oleh Yip Sung Yu, Lee Siaw Ning, Kenny Moses Ak
Beruin dan Karen Lim Hui Chze dan Permainan Galah Panjang oleh Gan Yi
Ting, Tiong Wei Wei, Vivien Ting Tien Fong, Loh Yi Qi dan Lim Qi Hui.
Permainan Ketiting pula diwakili oleh Wong Wan Yan dan Sia Kee Hie dan
permainan Laga Ayam oleh Ong Yu Jun dan Tea Ann Soon.
Permainan Harimau dan Kambing(‘Aade-puli-atem' ) dimainkan hampir
sama dengan permainan catur dan menggunakan biji-biji saga atau manik-
manik yang kecil berperanan sebagai kambing dan biji-biji asam jawa atau
manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini
dimainkan oleh dua orang dengan seorang berpihak pada harimau dan
seorang lagi berpihak pada kambing.
Permainan Tarik Upih pula menggunakan sistem secara perlumbaan
dengan 4 orang wakil dari setiap kumpulan dipilih untuk bermain. 3 orang
sebagai penarik pelepah dan seorang akan menjadi penumpang. Seterusnya,
permainan Galah Panjang dimainkan dengan membahagikan kepada
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan iaitu 6 orang satu kumpulan.
Permainan ketiting pula diwakili oleh 2 orang setiap opsyen dengan
mencampakkan buah ke dalam petak dan melompat dengan sebelah kaki
berpandukan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Selepas itu, guru pelatih mengambil kudapan sebelum meneruskan
pertandingan untuk sesi kedua. Pertandingan permainan tradisional sesi
kedua iaitu Kabadi diwakili oleh Lee Siaw Ning, Bong Chiew Lee, Vivien Ting
Tien Fong, Loh Yi Qi dan Wong Wan Yan. Permainan Seremban diwakili oleh
Karen Lim Hui Chze, Gan Yi Ting dan Lim Qi Hui, Permainan Tali Getah oleh
Ong Yu Jun dan Kenny Moses Ak Beruin serta Permainan Sepak Raga yang
diwakili oleh Boon Wei Shen, Ng Hao Jie, Tiong Wei Wei, Diana LO Kang Joo
dan Sia Kee Hie. Permainan Guli pula diwakili oleh Yap May Chewn dan Tea
Ann Soon.
Permainan Kabadi dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima
pada setiap kumpulan. Satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan
penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak
pertahanan. Permainan Seremban dimainkan dengan menabur dan mengutip
buah dan berbeza pada setiap pusingan dengan kesukaran bermain
ditingkatkan. Kemudiaan untuk Permainan Tali Getah, pemain dikehendaki
lompat dan melepasi tali yang dihadkan pada ketinggian yang berbeza
dengan meningkat ketinggian pada setiap pusingan. Permainan Sepak Raga
pula dengan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang pemain ( 2 orang
pemain lelaki 3 orang pemain perempuan). Permainan dimainkan dalam
bulatan yang dihadkan dengan pemain boleh menimang bola menggunakan
bahagian peha, dada, kaki dan kepala sahaja. Bagi Permainan Guli pula,
Pemain pertama akan menjentik dengan mengguna ibu gulinya kepada
semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar.
Pertandingan permainan tradisional ini dijalankan secara serentak bagi
setiap sesi dan diwakili oleh wakil yang berlainan bagi setiap opsyen.
Pertandingan permainan tradisional ini dijalankan dengan lancar dengan
mendapat kerjasama dan penglibatan yang aktif oleh semua guru pelatih.
Guru-guru pelatih mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk
keadilan dan kesaksamaan pertandingan dijalankan. (Lampiran 1: Buku
Peraturan sebagai rujukan.
Masjis penutupan dijalankan pada pukul 4.30 petang dan disempurnakan
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu Puan Rasidah binti Suib.
Penyampaian hadiah juga dijalankan dengan menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Keputusan bagi karnival sukan tradisional ini adalah seperti berikut:
Johan : PISMP BT/PJ/PSK
Naib Johan : PISMP MT/PJ/BT
Tempat Ketiga : PISMP MT/PJ/BC
Tempat Keempat : PISMP BC/PJ/PSK 2
Tempat Kelima : PISMP SN/PJ/BC
Tempat Keenam : PISMP BC/PJ/PSK 1
Kesimpulannya, karnival sukan tradisional ini dijalankan dengan berjaya
dan menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal pendidik ini untuk mengenali
permainan-permainan tradisional di Negara kita dengan lebih mendalam.
(B) ISU / MASALAH
Tiada
Analisis SWOT
(C)KEKUATAN
1. Cuaca yang cerah dan sesuai
Cuaca yang sesuai dan cerah membantu pertandingan bagi
permainan tradisional dijalankan dengan lancar.
2. Guru pelatih menyertai secara aktif
Setiap opsyen menghantar wakil dalam permainan tradisional yang
berlainan.
Guru pelatih bermain dengan bersungguh-sungguh untuk
memenangi pertandingan.
3. Guru pelatih dapat mempelajari tentang permainan tradisional kaum
Lain-lain
Guru pelatih dapat melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan
tradisional kaum
Guru pelatih dapat mempelajari dan memhami dengan lebih
mendalam lagi tentang permainan tradisional kaum lain
4. Mampu menampilkan ciri-ciri nilai, etika dan akhlak sebagai seorang
guru.
Semua guru pelatih memakai baju dengan kemas dan sopan
semasa menyertai pertandingan.
Guru pelatih mematuhi peraturan-peraturan pertandingan.
(D)KELEMAHAN
1. Tidak dapat menyertai semua permainan yang diadakan
Oleh kerana pertandingan yang dijalankan serentak, guru
pelatih tidak dapat menghayati semua permainan tradisional
yang diadakan atau menyertainya.
(E) PELUANG
1. Bakal guru meningkatkan pengetahuan mengenai pelbagai jenis
permainan tradisional kaum-kaum di Malaysia.
2. Bakal guru dapat melibatkan diri dalam permainan tradisional pelbagai
jenis kaum.
3. Bakal guru mendapat pengalaman dalam mengendalikan sesuatu
kejohanan atau karnival sukan.
(F) ANCAMAN
TIADA
(G)PENAMBAHBAIKAN
1. Boleh membuka pertandingan permainan tradisional ini kepada guru-
guru pelatih lain di Insititut untuk memperkenalkan permainan
tradisional kepada orang yang lebih ramai dan menghayati serta
menghargai khazanah yang begitu berharga ini.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
________________ ______________________
( ) ( )
REFLEKSI – BONG CHIEW LEE
Pada 18 MAC 2013, IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah
menganjurkan Karnival Sukan Tradisional. Karnival Sukan Tradisional ini
disertai oleh guru pelatih dari semester 5 Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP
BC/PJ/PSK 1, PISMP BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC,
PISMP MT/PJ/BT dan PISMP BT/PJ/PSK.
Dalam Karnival Sukan Tradisional, setiap opsyen hendak memilih
permainan tradisional sesuatu kaum dan mengedalikan permainan tradisional
yang dipilih dalam Karnival Sukan Tradisional. Saya dan ahli kumpulan saya
telah membuat perbincangan dan akhirnya telah memilih permainan
tradisional laga ayam. Kami telah mencari maklumat tentang permainan
tradisional ini seperti cara permainan, peraturan dan cara mengira markah
dan sebagainya. Selepas permaianan tradisional laga ayam ini telah berjaya
dilulus dan boleh dijalankan dalam Karnival Sukan Tradisional , saya dan ahli
kumpulan saya pun menyediakan alat peralatan yang hendak digunakan
seperti kon, tali dan jam randik. Kami juga membuat borang penyertaan dan
juga borong pemarkahan.
Pada hari tersebut, saya dan ahli kumpulan saya pun menyediakan
alat peralatan sebelum permainan dimulakan. Apabila peserta-peserta
semuanya telah berkumpul, ahli kumpulan saya memberikan penerangan
peraturan dan permainan dimulakan. Saya sebagai pegawai mengawasi
sepanjang permainan dan menentukan peserta pemenang. Permainan laga
ayam dijalankan dengan lancar dan Berjaya. Semua peserta melibatkan diri
dalam permainan laga ayam dengan bersungguh-sungguh. Tempat pertama
bagi permainan ayam laga adalah PISMP MAT /PJ/BT.
Ini adalah kali pertama saya melibatkan diri dalam mengendalikan
sesuatu aktiviti dan permainan. Saya mendapati mengendalikan sesuatu
aktiviti atau permainan bukanlah perkara yang mudah kerana hendak
membuat persediaan yang banyak. Selain itu, berkomunikasi dan
bekerjasama antara ahli kumpulan juga amatlah penting untuk menjayakan
sesuatu aktiviti atau permainan. Dalam melibatkan diri dalam aktiviti ini, saya
telah mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat berfaedah
kepada saya untuk menjalankan dan mengendalikan sesuatu aktiviti.
Selain menjadi pegawai bagi permainan tradisional laga ayam , saya
juga telah menyertai permainan Kabadi dengan rakan saya. Permainan
Kabadi adalah permainan tradisional kaum India dan ini adalah kali pertama
saya bermain permainan ini. Permainan Kabadi dimainkan oleh dua pasukan
yang terdiri daripada lima pada setiap kumpulan. Satu pasukan akan
bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi
bertindak sebagai pihak pertahanan.
Walaupun pasukan saya telah kalah dalam permainan ini, tetapi saya
sangat berminat dalam permainan ini. Permainian ini amat pentingkan
kerjasama antara ahli kumpulan. Ahli kumpulan hendak bekerjasama dan
hendak mempunyai strategi untuk menang permainan ini. Saya berasa
sangat gembira kerana dapat mempelajari dan memahami tentang permainan
tradisional kaum lain dan telah mempelajari nilai murni melalui permainan ini.
Oleh kerana masalah masa yang tidak cukup dan pertandingan
permainan dijalankan serentak, saya tidak dapat melibatkan diri dalam semua
permainan tradisional yang dijalankan. Tetapi, saya dan rakan-rakan saya
saling berkongsi pengalaman selepas menyertai permainan lain-lain.
Perkongsian pengalaman antara masing-masing telah menambahkan ilmu
pengetahuan saya dan lebih memahami permainan tradisional kaum lain
walaupun saya tidak dapat melibatkan diri dalamnya.
Kesimpulannya, karnival sukan tradisional ini dijalankan dengan
berjaya dan menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal pendidik ini untuk
mengenali permainan-permainan tradisional di Negara kita dengan lebih
mendalam. Sebagai seorang pendidik pada masa depan, saya akan
berusaha untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang telah pelajar dalam
aktiviti ini untuk mendidik pelajar-pelajar masa depan demi pembangunan diri,
pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara.
REFELKSI – BOON WEI SHEN
Tugasan mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan kali ini berkaitan dengan merancangkan satu
pertandingan permainan tradisioanal. Dalam tugasan ini, guru pelatih diminta
mengelolakan satu pertandiangan permainan tradisional. Permainan
tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Sebelum kami memulakan kerja khusus ini, pensyarah telah
menjelaskan kerja kursus ini kepada kami dengan teliti dan mendalam
sepanjang menyiakan tugasan kami. Bimbingan beliau amat berguna dan
memanfaat kami. Selepas mendengar penjelasan daripada pensyarah
tentang kerja kursus ini. Kami telah pergi ke perpustakaan institut untuk
mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan permainan tradisioanal. Selain
daripada mencari maklumat daripada buku rujukan, kami juga mencari
maklumat melalui internet .Selepas mencari maklumat saya dan kawan
sekumpulan saya berbincang dan memilih maklumat yang kami dapati melalui
internet dan buku rujukan.
Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa untuk mengelolakan satu
pertandingan terdapat banyak perkara yang kena dipertimbangkan. Antara
perkara yang kena diambil kira ialah kesesuaian permainan tradisional yang
hendak dipertandingkan dari segi keselamatan dan peraturan. Selain
daripada permainanan yang hendak dimanakan, tempat menganjurkan
pertandingan juga kena dipertimbangkan. Selain itu, tarikh juga perlu diambil
kira kerana jika tarikh ditetapkan di musim hujan maka kemungkinan besar
akan hujan semasa pertandinagan dijalankan.
Walaubagaimanapun, saya juga menghadapi pelbagai masalah semasa
menjalani kerja khusus ini. Masalah perdana yang saya hadapi semasa
menjalankan kerja kursus ini ialah saya tidak boleh membezakan permaianan
tradisional dengan permainan kecil. Dengan bantuan daripada pensyarah dan
rakan-rakan akhirnya saya dapat mengatasi masalah ini.
Kesimpulannya, saya akan mengguna pengetahuan yang saya dapat
melalui kerja khusus ini pada masa depan dengan sebaik mungkin dan
menganjurkan pertandingan yang bermutu tinggi .
REFLEKSI – DIANA LO KANG JOO
Guru pelatih PISMP semester 5 telah berjaya merancang dan
mengelolakan satu Karnival Permainan Tradisional. Karnival untuk
melengkapkan tugasan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
dan Sukan pada semester ini. Guru pelatih dari semester 5 telah berjaya
melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya bermula dengan pelantikan
AJK sehingga berakhirnya karnival ini pada 18 Mac 2013
Sebelum menjalankan kejohanan ini, kami telah mengadakan
beberapa mesyuarat. Perjumpaan yang pertama melibatkan aktiviti pelantikan
ahli jawatankuasa tertinggi seperti pengerusi dan sebagainya. Perlantikan ini
adalah bertujuan bagi pengurusan hari kejohanan akan berjalan dengan
lancar. Mesyuarat-mesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemaskini aktiviti
serta perkara-perkara yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti
seperti ini, Saya dapat melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek
pengurusan dan juga mengelolakan sesuatu program yang diberikan sebagai
amanah untuk disempurnakan.
Kami juga telah menjalankan perjumpaan pemilihan permainan
tradisional yang bersesuaian untuk karnival kami. Setiap opsyen perlu
membuat 3 cadangan permainan tradisional untuk dimainkan pada hari
tersebut. Perkara yang harus ditimbangkan adalah seperti berikut :-
1. Cara bermain
2. Peraturan
3. Masa yang diperlukan
4. Keselamatan
5. Peralatan
Undian dijalankan untuk memilih permainan tradisional yang bersesuaian
dengan karnival kami. Permainan yang dipilih daripada kelas kami adalah
Laga Ayam dan Lompat Getah.
Setiap kelas telah dibahagikan tugas untuk mengurus dua permainan
bagi setiap kelas. Jadi, setiap ahli kelas perlulah bertanggungjawab terhadap
permainan yang akan dikelolakan. Setiap kelas dapat melaksanakan dengan
jayanya dan perjalanan setiap permainan adalah lancar. Setiap guru pelatih
memberikan bantuan dan kerjasama yang baik. Setiap permainan dijalankan
di Padang IPGKTI. Ini memudahkan pergerakan peserta dan juga urusetia.
Jadi, ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan tempat dan juga
pembahagian jawatankuasa untuk memastikan permainan dapat dijalankan
tanpa menggunakan masa yang lama untuk bergerak dari satu tempat
permainan ke satu tempat permainan yang lain. Permainan dimainkan dalam
dua sesi. Setiap sesi merangkumi enam permainan Jelaslah bahawa
pengurusan masa itu sangat penting dalam merancang sesuatu program
supaya masa yang diperuntukkan untuk setiap permainan dapat dijalankan
mengikut perancangannya.
Karnival ini sebenarnya banyak memberi pengalaman dan
pendedahan kepada saya berkenaan permainan tradisional yang telah wujud
sebelum ini. Mungkin ada di antara rakan-rakan guru pelatih semester 5 yang
belum pernah mencuba permainan tradisional ini. Jadi, dengan karnival ini,
satu pengalaman dapat diperolehi dan ianya sangat berguna untuk kita
aplikasikan atau kelolakan karnival seperti ini di sekolah nanti
Secara keseluruhannya, karnival ini telah banyak membantu membina
jati diri sebagai seorang guru yang bakal mendidik anak bangsa pada masa
akan datang. Kejohanan ini juga turut mendidik diri saya dan guru pelatih
yang lain dalam melakukan pengurusan dari segi pelbagai aspek yang
akhirnya dapat menyempurnakan sesuatu program. Kesimpulannya, Karnival
Sukan Tradisional yang dijalankan serta dikelolakan oleh kami memberikan
impak yang positif dalam melahirkan modal insane guru yang beraspirasi
tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang
dan terbilang di samping meneruskan warisan permainan tradisional yang
dimainkan oleh masyarakat yang lama. Saya dan juga rakan-rakan guru
pelatih sangat berpuas hati denga hasil yang telah berjaya kami laksanakan
ini. Semoga, segala perancangn, pengurusan dan pengelolaan karnival ini
akan dapat kami aplikasikan apabila kami berada di sekolah nanti.
REFLEKSI- TEA ANN SOON
Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 18
MAC 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim secara
tertutup. Sebanyak enam buah kelas telah diberikan tugasan untuk
menganjur dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta
memilih 12 jenis permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Bagi
kelas kami iaitu PISMP semester 5, SN/PJ/BC telah melalui perbincangan
dan dipersetujui semua pelajar, 2 jenis permainan tradisional yang dipilih oleh
opsyen saya ialah permainan laga ayam dan tali getah.
12 permainan telah diadakan pada hari tersebut. 6 permainan dalam
satu sesi. Pertandingan ini telah berlangsung selama lebih kurang 3jam.
Makanan dan minuman telah disediakan untuk semua orang. Semasa
pertandingan, tiada kemalangan yang telah berlaku pada hari tersebut. Kami
semua bermain dengan gembira dan ceria. Walaupun sesuatu permainan
telah kalah, kami juga tidak akan berasa sedih kerana kalah dan menang
merupakan satu proses dalam kehidupan yang biasa. Jika ingin menang,
kami perlu berusaha dengan lebih supaya dapat mencapai matlamat yang
diingini.
Pada hari itu, cuaca sangat panas, kerana ia merupakan waktu petang,
tiada angin dan matahari terik. Saya telah menggunakan krim perlindungan
cahaya uv untuk menjaga kesihatan. Krim ini adalah untuk mencegah cahaya
UV terus ke atas permukaan kulit. Selain itu, kulit tidak akan cedera atau
hitam jika berada di bawah matahari yang terik.
Sedikit masalah yang telah timbul pada hari itu merupakan dalam
permainan Tarik upih. Daun yang digunakan mempunyai batang yang tajam,
tangan peserta yang menarik batang daun itu akan mengalami kesakitan.
Hanya beberapa opsyen yang menyediakan sarung tangan sendiri, manakala
opsyen lain yang tiada sarung tangan akan mengalami kesakitan. Ia akan
menjejaskan keputusan permainan dan akan mencederakan tangan peserta
jika tidak berhati-hati. Saya berharap pada masa yang akan datang, sarung
tangan disediakan bagi semua peserta digalakkan atau melicinkan bahagian
pegangan tangan batang daun tersebut.
Secara keseluruhannya, pertandiangan permainan tradisional ini
berlansung dengan lancar. Cuaca jaga dikira baik kerana tidak hujan semasa
permainan diadakan. Dalam pertandingan ini, saya telah mengetahui cara
pengelolaan dan pengurusan permainan tradisional ini. Pada masa yang akan
datang, saya akan cuba menggunakan ilmu yang diperolehi untuk
menguruskan masalah dalam sekolah. Selain daripada itu, saya juga telah
mengetahui cara bermain setiap jenis permainan yang telah diadakan pada
hari itu. Ia merupakan satu pengalaman yang amat bermakna. Ini kerana,
pada zaman yang moden ini, kanak-kanak dan generasi muda kurang
mempunyai masa dan peluang untuk memainkan permainan tradisional ini.
Oleh itu, saya berharap kerajaan atau pihak NGO dapat mengadakan
pertandingan permainan tradisional secara terbuka kepada orang remain
untuk menyertai. Maka, permainan tradisional ini dapat diperkenalkan kepada
mereka.
REFLEKSI – NG HAO JIE
Pada 18 Mac 2013, Karnival permainan tradisional telah dijalankan
dengan lancar dan berjaya di padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Pengelolaan karnival ini adalah satu usaha ke arah perkembangan diri dari
segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Kejayaan ini adalah
disebabkan oleh kerjasama dan toleransi antara semua ahli jawatankuasa
serta sokongan dari semua peserta. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ahli kumpulan saya dan jawatankuasa karnival permainan
tradisional tersebut. Saya juga hendak berucap ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing yang sanggup mengorbankan masa dan memberi
tunjuk ajar yang amat berguna sepanjang merancang dan menjalankan
karnival ini.
Sebelum karnival ini, saya berasa agak gembira kerana saya akan
diberi peluang untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional. Selain
dapat bermain permainan tradisional yang biasa saya main semasa kecil,
saya juga diberi peluang bermain permainan tradisional kaum lain yang tidak
pernah saya main seperti kabaddi, tarik upih dan lain-lain.
Sepanjang karnival ini, saya telah melibatkan diri dalam pelbagai
permainan tradisional. Walaupun saya tidak dapat bermain semua permainan
yang dipertandingkan, saya masih dapat belajar cara bermain dan strategi
permainan melalui pemerhatian serta menanya rakan yang berpengalaman.
Permainan ini amat memerlukan strategi, kekuatan fizikal dan kerjasama
kumpulan. Saya akan memperkenalkan permainan-permainan ini kepada
murid-murid semasa saya mula berkhidmat di sekolah-sekolah pada masa
depan.
Semasa merancang dan menjalankan karnival ini, saya telah
menghadapi masalah dalam pengurusan masa saya atas sepanjang
beberapa minggu itu, pelbagai aktiviti perlu dijalankan seperti Mini Olahraga,
Lawatan serta Forum Jabatan Sains. Untuk mengatasi masalah tersebut,
saya telah membuat jadual tugas individu saya supaya tugasan dan
tanggungjawab saya dapat dijalankan dengan sempurna. Kerjasama antara
saya dengan AJK yang lain membolehkan tugasan dapat dilaksanakan
dengan sempurna.
Walaupun karnival ini telah dirancang dengan agak rapi, tetapi
pengelolaan ini masih terdapat beberapa kekurangan. Pengurusan
permainan-permainan perlulah dibuat dengan lebih sistematik dan perlu
ditetapkan sebelum peraturan dijalankan supaya pemain tidak keliru dengan
peraturan semasa pertandingan dijalankan. Cara penyampaian mesej yang
ringkas perlu pendek, tepat dan jelas. Demonstrasi perlu dijalankan supaya
pemain dapat memahami dengan lebih jelas. Karnival ini memberikan
pengalaman yang amat bernilai kepada saya semasa saya
dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan aktiviti kokurikulum atau
permainan kecil pada masa depan.
Selepas menghasilkan tugasan projek ini, saya telah memperoleh
banyak pengalaman dan pengetahuan. Saya akan menggunakan
pengalaman dan pengetahuan ini untuk membantu murid-murid saya pada
masa hadapan. Dengan ini, saya mampu melahirkan murid-murid yang
cemerlang dan sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Di samping itu, saya juga memahami tentang kepentingan bekerjasama dan
toleransi dalam menjayakan sesuatu tugasan. Tanpa adanya semangat
bekerjasama dan toleransi, sesuatu tugasan tidak mungkin dapat
dilaksanakan dengan berjaya. Nilai murni ini akan saya semaikan dalam diri
saya. Saya akan menggunakan nilai murni ini semasa menjalankan apa-apa
aktiviti atau program di sekolah pada satu hari nanti. Saya akan menunjukkan
tahap kerohanian yang tinggi terhadap kerjaya ini bagi melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara pada
masa hadapan.
Sekian Terima Kasih.
REFLEKSI – SIA KEE HIE
Karnival sukan tradisional telah dijalankan dengan lancar pada 18 Mac
2013 ( Isnin ) dengan lancar dan berjayanya dengan mendapat kerjasama
yang padu daripada semua pihak. Karnival ini dianjurkan dan disertai oleh
guru dari semester 5 Ambilan Januari 2011 iaitu PISMP BC/PJ/PSK 1, PISMP
BC/PJ/PSK 2, PISMP SN/PJ/BC. PISMP MT/PJ/BC, PISMP MT/PJ/BT dan
PISMP BT/PJ/PSK.
Karnival sukan tradisional ini banyak memperkenalkan pelbagai jenis
permainan tradisional di Malaysia dan cara permainannya. Permainan
tradisional sesi pertama yang dijalankan ialah permainan harimau dan
kambing(‘Aade-puli-atem'), tarik upih permainan galah panjang, permainan
ketiting dan permainan laga ayam. Permainan tradisional sesi kedua pula
ialah kabadi, seremban, permainan tali getah permainan sepak dan
permainan guli.
Saya telah terlibat secara langsung dalam aktiviti pertandingan permainan
tradisional ini iaitu ketingting dan permainan sepak raga. Pemain bagi
permainan ketingting dikira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat
dikumpul oleh pemain. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang
tertinggi dalam masa yang diperuntukan (5 minit) akan dikira sebagai
pemenang. Melalui aktiviti ini, saya belajar untuk bermain ketingting yang
menguji teknik dalam melontar buah ke dalam petak dan menguji kemahiran
psikomotor dalam melompat dan keseimbangan badan.
Malah, saya juga menyertai dalam permainan sepak raga yang
merupakan pengalaman baru saya kerana pertama kali saya terlibat dalam
permainan ini. tambahan lagi, permainan ini selalunya dimainkan oleh
golongan lelaki. Di samping itu, kelas kami juga memainkan peranan dalam
sesi perasmian dan penutupan. Kami berjaya untuk menunjukkan ciri-ciri
yang membawa makna tradisional dengan pemakaian baju-baju tradisional
semasa membuat sambutan bagi kedatangan tetamu jemputan.
Melalui penganjuran karnival sukan tradisional ini banyak iktibar dan
pengalaman yang saya perolehi. Walaupun karnival sukan tradisional ini
diadakan antara guru pelatih semester lima sahaja tetapi ia tetap membantu
dalam memupuk integrasi nasional antara pelbagai kaum di kalangan siswa
guru. Siswa guru saling bersaing membantu dalam membina persaingan
secara positif dan membina semangat ingin menang dalam diri guru pelatih.
Semangat ini mendorong guru untuk sentiasa berusaha dan sentiasa ingin
mencuba untuk perkara yang baru.
Malah, kami juga didorongkan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif
dalam mencipta peralatan permainan apabila kekurangan kemudahan dan
peralatan yang sedia ada. Dengan itu, kami dilatih untuk menjadi guru yang
berkesan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan sentiasa
mengajar dengan menggunakan pelbagai pedekatan yang menarik semasa
P&P. Guru boleh menyelit nilai menghargai permainan tradisional dalam
pengajaran di samping membina persekitaran bilik darjah yang tidak
membosankan.
Tambahan lagi, karnival ini menjadi batu loncatan kepada bakal-bakal
pendidik dalam mengenali permainan tradisional Negara dengan lebih
mendalam. Aktiviti ini juga mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,
bertanggungjawab dan melahirkan generasi yang aktif. Tetapi, untuk
penambahbaikan, pertandingan permainan tradisional ini boleh terbuka
kepada orang ramai untuk mewujudkan interaksi dan memupuk semangat
internasional antara pelbagai kaum yang lebih luas.
Kesimpulannya, pengelolaan karnival sukan ini banyak memberi input
bagi seorang bakal guru untuk melaksanakan program di sekolah kelak.
Menurut Lieberman, yang merumuskan profesion perguruan iaitu:
“Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh seorang yang mempunyai
kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur,
berdedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai
autonomi dalam tugas dan mematuhi kod etika yang telah ditentukan oleh
organisasi.”
REFLEKSI – YIP Q YUEN
Karnival Permainan Tradisional telah diadakan dengan jayanya pada
18 Mac 2013 (Isnin), dari pukul 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di
padang IPG. Sebanyak 6 opysen yang terlibat dan sebanyak 10 permainan
telah dipertandingkan pada hari tersebut. Walaupun saya tidak menyertai
sebarang permainan tradisional, saya menjadi hakim bagi permainan laga
ayam dan permainan lompat tali getah, serta berpeluang menyaksikan
pertandingan yang sengit antara peserta-peserta permainan tersebut.
Melalui penyertaan sepenuhnya dalam karnival permainan tradisional
ini, saya telah menyedari tentang kepentingan organisasi dan pengelolaan
yang sistematik dan berkesan terhadap kejayaan penganjuran sesuatu
program atau aktiviti. Sebelum pelaksanaan program atau aktiviti, kerja
persediaan yang rapi perlu dijalankan terlebih dahulu seperti pemilihan ahli
jawatankuasa kerja, pemilihan tarikh, masa dan tempat yang sesuai,
penyusunan perjalanan atau tentatif program, penyediaan peralatan, hadiah,
jemputan tetamu kehormat dan lain-lain lagi. Jika semua ini tidak dirancang
dengan baik dan teratur, program tidak dapat berjalan dengan lancar. Oleh
itu, organisasi dan pengelolaan adalah penting terhadap kejayaan sesuatu
program.
Selain itu, saya juga menyedari tentang kepentingan permuafakatan
dan toleransi dalam proses pengelolaan sesuatu program. Sepanjang
perbincangan yang telah diadakan bersama sebelum program berlangsung,
pelbagai masalah dan percanggahan pendapat telah timbul. Jika kami tidak
mengamalkan permuafakatan dan toleransi antara satu sama lain,
perbincangan tidak akan membuahkan hasil dan pengelolaan program tidak
dapat diteruskan dengan baik. Berkat kerjasama dan kolaborasi yang telah
diberikan oleh semua pihak yang terlibat, akhirnya kami berjaya
menyelesaikan semua masalah yang timbul dan mengadakan Karnival
Permainan Tradisional ini dengan jayanya.
Pada hari Karnival Permainan Tradisional, walaupun cuaca adalah
sangat panas, tetapi semua guru pelatih yang terlibat telah menunjukkan
kesabaran yang tinggi, malah masih bersungguh-sungguh dan bersemangat
tinggi untuk menyertai setiap permainan. Semua peserta juga mempamerkan
kegigihan untuk mendapat kemenangan bagi opysen masing-masing, dengan
mencuba dan mencabar permainan tradisional dengan sepenuh hati.
Walaupun ada yang tidak mendapat kemenangan, tetapi mereka tidak
berputus asa dan bersedih kerana mereka telah melakukan yang terbaik.
Melalui Karnival Permaian Tradisional ini juga, saya telah mempelajari
bahawa semangat kesukanan yang positif, iaitu penyertaan dengan sepenuh
hati adalah mengatasi kemenangan. Walaupun opysen kami mendapat
tempat kelima sahaja setelah tamatnya semua permainan, kami tidak
bersusah hati dan menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, kami sangat
menikmati keseronokan dan kegembiraan dalam proses penyertaan
permainan. Kami berkesempatan dan berpeluang membebaskan tekanan dan
mengosongkan fikiran melalui Karnival Permainan Tradisional ini ketika
dibebani oleh banyak tugasan dan aktiviti lain. Maka, penyertaan dengan
sepenuh hati adalah lebih penting daripada kemenangan.
Saya banyak mendapat kesedaran dan peningkatan diri setelah
menyertai Karnival Permainan Tradisional ini. Saya telah mempelajari cara
bermain permainan tradisional bangsa yang lain dan menyedari tentang
kepentingan mengenali dan mengekalkan warisan budaya bangsa masing-
masing. Program ini telah berlangsung dengan jaya dan berkesan. Terima
kasih kepada semua pensyarah dan guru pelatih yang bersama-sama
menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Diharapkan program sebegini
dapat terus dianjurkan untuk memberi manfaat yang lebih banyak kepada
pihak yang terlibat.
Top Related