IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
LAPORAN AKTIVITI KEBUDAYAAN TIONG HUA
TARIKH :
N26 – 29 MARCH 2012
AJK dan Bidang Kerja
Pengerusi : Chin Jia Yi
Naib Pengerusi : Ang Aik Fung
Setiausaha : Edwin Wong Cheng Kai
Bendahari : Wong Kai Yeuh
Ahli Jawantankuasa
Program dan Aktiviti : Pang Jiunn Her
Lee Sze Lin
Perhubungan : Lum Mei Tung
Ang Siew Fang
Kebajikan : Loi She Chi
Teoh Woon Teng
Peralatan : Teoh Wuan Xinn
Teoh Wuan Suen
Perakaman : Lie Poh Ling
Hia Pei Ting
Cenderamata : Tan Hui Zhong
Lai Chen Yee
Pengacara : Jessica See-To Mei Cerr
Chong Mun Yee
Jadual Aktiviti
Tarikh Aktiviti
26 March 2012 Aktiviti-aktiviti yang bertema Tahun Baru Cina.
i. Pertandingan Kaligrafi Cina
ii. Pertandingan Kad Tahun Baru Cina
iii. Plum Blossom
27 March 2012 Aktiviti-aktiviti yang bertema Festival Bulan.
i. Tanglung teka-teki
ii. Pertandingan Ciptaan Tanglung
iii. Perarakan
28 March 2012 Pertandingan Bercerita Kreatif.
29 March 2012 Aktiviti pertunjukan dan penyampaian hadiah.
*Sila lihat Lampiran 1 untuk melihat jadual
perjalanan pada malam tersebut.
Tentatif Majlis Penutup pada 29 March 2012 (Khamis)
Masa Aktiviti
2.45pm Ketibaan
3.00pm Ketibaan tetamu khas
3.15pm Ucapan
3.30pm Pertunjukan Cross Talk
3.45pm Pertunjukkan bersajak
4.00pm Penyampaian hadiah
4.30pm Bersurai
Laporan Aktiviti
26 March 2012 (Isnin)
Pada hari pertama Program Minggu Kebudayaan Tiong Hua, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan adalah bertema dengan perayaan Tahun Baru Cina. Aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan adalah pertandingan kaligrafi cina, pertandingan kad Tahun Baru Cina
dan Plum Blossom.
Peserta-peserta telah melaporkan diri pada pukul 7.30 malam di Bilik Kuliah Blok
Bestari dan aktiviti-aktiviti telah dijalankan bermula pada pukul 8 malam tepat.
Pertandingan Kaligrafi Cina telah dijalankan di B2 dan B3; pertandingan kad Tahun
Baru Cina dijalankan di B21 dan B22 dan Plum Blossom dijalankan di B4, B5 dan B6.
AJK aktiviti telah memberi taklimat tentang peraturan-peraturan kepada peserta-peserta
sebelum memulakan pertandingan. Semua pertandingan telah dijalankan pada masa
yang sama dan masa pertandingan yang digunakan adalah 1 jam.
Terdapat 21 guru pelatih menyertai dalam pertandingan kaligrafi cina, 52 guru
pelatih menyertai plum blossom dan 12 kumpulan guru pelatih menyertai dalam
pertandingan kad Tahun Baru Cina. Suasana di Blok Bestari amat meriah dengan
kehadiran guru-guru pelatih dan pensyarah.
Jumlah kos pembelajaran adalah sebanyak RM412.40 Pertandingan kaligrafi
cina telah menggunakan sebanyak RM10 untuk memberi bahan penulisan iaitu kertas
merah dan RM48 untuk menyediakan 4 hadiah pemenang-pemenang. Pertandingan
kad Tahun Baru Cina pula telah menggunakan sebanyak RM45 untuk memberi 3
hadiah pemenang-pemenang. Manakala pertandingan Plum Blossom telah
menggunakan sebanyak RM60.60 untuk memberi kertas lukisan dan 4 hadiah
pemenang.
27 March 2012 (Selasa)
Pada hari malam kedua, aktiviti yang telah dijalankan adalah bertema dengan
Festival Bulan. Aktiviti telah bermula ada pukul 8 malam dan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan adalah tanglung teka-teki, pertandingan ciptaan tanglung dan perarakan
tanglung.
Tanglung teka-teki dijalankan dengan menggatungkan tanglung-tanglung di
koridor Balsis. Kertas soalan teka-teki telah dicantumkan di bawah tanglug-tanglung
tersebut dengan mengikut nombor. Guru-guru pelatih hanya perlu mencatat jawapan
yang dia ketahui atas kertas dan membuat semakan di kauter yang disediakan. Mata-
mata akan dikumpul mengikut bilangan soalan teka-teki yang telah berjaya dijawab oleh
peserta.
Pertandingan ciptaan tanglung adalah bertema “tuan yuan” yang bermaksud
penyatuan semula. Hasil tanglung-tanglung telah dihantar sebelum pukul 7.30 malam.
Hasil-hasil tanglung daripada pelbagai opsyen akan dinilai dari segi kreaktif, kegunaan,
kecantikan, dan perlindungan alam sekitar oleh pensyarah.
Pada pukul 9 malam, aktiviti perarakan tanglung dimulakan. Semua guru pelatih
mendapat satu tanglung dan membuat satu perarakan di kawasan IPTHO. Aktiviti telah
dijalankan dalam keadaan yang baik. Pada pukul 9.45 malam, aktiviti-aktiviti telah
ditamatkan.
28 March 2012 (Rabu)
Aktiviti yang dijalankan pada hari ketiga malam adalah pertandingan bercerita
kreaktif. Aktiviti dimulakan pada pukul 8 malam dan telah dijalankan di Blok Bestari B9.
Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan daya kreaktif dan inovatif semasa bercerita
dan semangat kerjasama semasa perbincangan isi-isi cerita. Aktiviti ini dijalankan
dalam kumpulan dan peserta-peserta akan diberikan sepuluh gambar yang berlainan
dengan urutan yang diberi. Mereka diberi lima minit sahaja untuk berbincang tentang
gambar-gambar yang diberi di bilik yang disediakan dan diberi lima minit untuk bercerita
tentang gambar-gambar yang diberikan.
Persembahan cerita peserta-peserta telah dinilai dari aspek kreaktif, kefasihan,
pengukapan, dan penyebutan bahasa.
Aktiviti ini telah ditamatkan pada pukul 9.30 malam.
29 March 2012 (Khamis)
Hari terakhir bagi minggu kebudayaan merupakan Majlis Penutupan dan
penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa, Dr Rafiah binti Abdul
Rahman. Beliau menyeru budaya bangsa merupakan sesuatu yang unik dan perlu
diamalkan untuk diwariskan kepada generasi baru. Jadi, aktiviti kebudayaan yang
dijalankan selama seminggu ini perlu dijalankan lagi pada masa depan.
GAMBAR
Hari Pertama
Pertandingan Kad Tahun Baru Cina
Pertandingan Kaligrafi Cina dan Plum Blossom
Hari Kedua
Tanglung Teka Teki dan Pertandingan Ciptaan TangLung
Perarakan
Hari Ketiga
Pertandingan Bercerita Kreatif
Hari Keempat
Majlis Penutupan Program Minggu Kebudayaan TiongHua
Top Related