Kk Kebudayaan

25
BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU PPG JUN 2011 1.0 Pengenalan Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pembelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. BMM1

description

good

Transcript of Kk Kebudayaan

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYUPPG JUN 2011

1.0 PengenalanSungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pembelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan.Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.

1.1 Definisi dan Konsep BudayaKebudayaan mempunyai hubungan erat denganmasyarakat. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahliantropologi(kajian manusia) sebagai fahaman determinisme(ataupenentuan)budaya. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagaiorganik lampau(atau ringkasnya superorganik).Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan,keagamaanselain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang,adat resamdan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alamNusantara, iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karyaseni,rasadan penciptaan di dalam masyarakat.Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendakrohanidanjasmaniyang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur budaya itu dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

1.2 Elemen BudayaTerdapat dua bentuk elemen budaya iaitu budaya material ( material culture) dan budaya bukan material ( non material culture ). Elemen budaya ditakrifkan sebagai nilai yang dikongsi bersama,system kepercayaan dan artifak-artifak ( Banner & Gagne,1995 ).Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material. Budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Modul ini mengemukakan satu contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen bukan material, iaitu adat istiadat.1.3 Ciri-Ciri BudayaMasyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Antara ciri budaya masyarakat adalah bersifat dinamik iaitu amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.Menerima dan menolak unsur tertentu asalnya didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan agama.Selain itu, kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.Kebudayaan juga adalah satu proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

1.4 Konsep AkulturasiAkulturasi merupakan perpaduan dua budaya. Kedua-dua unsur kebudayaan yang bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi tetapi tidak menghilangkan unsur asli kedua-dua kebudayaan tersebut. Perpaduan antara kebudayaan yang berbeza ini berlangsung dengan damai dan serasi. Akulturasi ialah suatu proses sosial. Suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis rasmi. Tidak mudah untuk membentuk suatu masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

1.5 Konsep AsimilasiAsimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan, kepercayaan atau agama.Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung pada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

1.6 Konsep AkomodasiAkomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C merujuk kepada budaya.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

2.0 Analisis Drama Keris Hitam Bersepuh Emas 2.1 . Aspek SosiopolitikKhazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat melayu.Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu drama, saya telah melaksanakan satu kajian mengenai kebudayaan melayu melalui satu drama melayu sekitar 1990- an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh Emas yang telah ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Pada bahagian ini, kami akan mengetengahkan isu sosiopolitik dalam drama ini dan dikaitkan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Pada amnya, drama ini mengisahkan kehidupan masyarakat melayu tradisional yang hidup dalam hierarki dan ketamadunan di raja. Ini dapat digambarkan dari makna melayu tradisional, Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi (2005). Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepadamasyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada negara Barat. Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya. Dalam drama ini, telah ditonjolkan sosiopolotik di mana masyarakat melayu dinaungi oleh institusi diraja. Sultan Melaka sebagai kepala yang menaungi kerajaan Melayu Melaka sekitar abad 14 dan abad ke 15. Dalam drama ini juga menceritakan orang melayu menyanjung tinggi institusi diraja di mana mereka sanggup berkorban menjaga dan mendaulatkan ketuanan melayu. Sebagai contoh, tujuh pendekar melayu ini bergabung tenaga merancang, melawan dan berjuang habis-habisan menentang penentang sultan Melaka pada masa itu (penjajah Portugis dan orang-orang Belanda).

2.2 Aspek SosiobudayaKhazanah Kebudayaan Melayu terkandung dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera seperti bahan penulisan ilmiah, bahan media komunikasi dan bahan lain yang menggambarkan sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat Melayu. Berdasarkan bahan bukan sastera, iaitu drama, saya telah melaksanakan satu kajian mengenai kebudayaan Melayu melalui satu drama Melayu sekitar 1990-an yang bertajuk Keris Hitam Bersepuh Emas yang telah ditayangkan di kaca televisyen Radio Televisyen Malaysia 1 (RTM1). Susun lapis masyarakat Melayu dalam drama ini dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Apa yang dimaksudkan dengan golongan pemerintah adalah mereka yang terdiri daripada raja atau sultan, keluarga dan kaum kerabat, pembesar, ulama atau pendeta. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada golongan rakyat biasa dan hamba. Gaya hidup golongan bangsawan merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian. Melalui drama ini kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu amat menitik beratkan adat istiadat bersama pembesar dan juga ketika berada di istana. Rakyat jelata tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke istana untuk berjumpa dengan pembesar. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh rakyat jelata ketika berinteraksi bersama pembesar atau raja juga sangat sopan dan beradab. Mereka tidak boleh menggunakan bahasa pertuturan harian ktika bertutur bersama golongan bangsawan. Pengarah drama ini cuba menyampaikan mesej bahawa budaya saling menghormati dalam kalangan masyarakat Melayu telah wujud sejak dahulu lagi. Cuma masyarakat moden zaman kini kurang mengambil berat tentang aspek menghormati orang lain. Masyarakat kini juga menggunakan laras bahasa yang sama ketika berkomunikasi. Tidak kira apa darjat atau kedudukan orang tersebut, semuanya sama sahaja dimata masyarakat kini. Kehidupan yang seimbang dan taraf sama rata membuatkan masyarakat kini makin alpa terhadap aspek kesantunan dan berbudi bahasa semasa bertutur. Suasana kehidupan di kampung yang digambarkan melalui drama ini sangat menyentuh hati.Masyarakat Melayu tradisional pada masa itu merupakan golongan rakyat yang sangat menghormati jiran, suka tolong-menolong, toleransi dan kerap mengamalkan aktiviti gotong-royong. Perkara sedemikian telah diterapkan dalam kehidupan harian mereka. Begitu jugalah masyarakat dahulu mengasuh anak-anak meeka agar menjadi seorang rakyat yang mempunyai semangat kemasyarakatan yang tinggi di samping diasuh menjadi rakyat yang berguna dan berwibawa. Selain itu, kegiatan sosiobudaya masyarakat Melayu pula meliputi kegiatan masa lapang. Perkara yang sering dilaksanakan dalam drama tersebut ialah berkarya, menghasilkan pelbagai bentuk kraf tangan, dan mempelajari ilmu pengetahuan serta ilmu agama. Masyarakat yang cuba ditonjolkan pengarah melalui drama ini adalah masyarakat yang menghargai masa yang ada, tidak suka membazir masa, melakukan aktiviti berfaedah dan berguna sewaktu lapang serta tidak jemu menuntut ilmu walaupun pada usia yang lanjut. Setiap episod yang ditayangkan mengandungi suatu mesej yang ingin disampaikan pengarah kepada anak muda sekarang yang makin alpa dek kerana arus perkembangan moden. Remaja dulu gemar berlatih silat pada waktu malam tetapi remaja kini gemar bermain komputer pada waktu malam dan aktiviti utama anak-anak muda sekarang ialah bermain permainan di Facebook, bersembang bersama rakan, muat naik pelbagai gambar yang tidak memberi manfaat serta membazir masa dengan menyebarkan perkara yang tidak benar. Begitulah bezanya anak muda dulu dan juga kini. Sungguh ketara perubahan mereka. Hanya kerana moden timbul pelbagai perkara yang tidak munasabah serta tidak berfaedah. Anak kecil yang baru berusia 6 tahun pun sudah memiliki akaun Facebook. Segalanya telah berubah kerana dunia kini hanya di hujung jari. Keunikan seni silat yang ditunjukkan dalam drama ini sangat menarik. Setiap episod drama ini mengandungi sekurang-kurangnya satu aksi bersilat sama ada berlatih silat, pertandingan bersilat atau pertarungan. Seni silat gayung yang ditonjolkan merupakan seni agung masyarakat Melayu pada masa itu. Setiap lelaki Melayu wajib mempelajari silat agar boleh mempertahankan hak mereka dan melindungi orang yang mereka sayangi. Suatu kerugian kepada mereka yang tidak tahu bersilat. Silat juga lambang kekuatan kaum lelaki serta maruah yang paling tinggi untuk seorang lelaki. Lelaki yang paling gagah dinilai melalui tahap penguasaannya dalm ilmu persilatan. Begitulah kehidupan masyarakat Melayu pada masa dulu. Tambahan, melalui drama ini kita dapat melihat unsur seni yang diterapkan pengarah. Masyarakat dulu suka mencipta kraf tangan serta peralatan atau perkakasan bagi tujuan kegunaan harian mereka. Contohnya mereka mampu mencipta keris sebagai senjata bagi mempertahankan diri. Selain itu mereka juga mencipta rakit, pagar serta titi daripada buluh bagi tujuan kemudahan pergerakan mereka. Mereka juga mengukir batang kayu menjadi perhiasan yang cantik serta mencipta anting-anting daripada akar kayu dan juga rotan sebagai perhiasan bagi kaum wanita mereka. Sungguh unik orang zaman dahulu. Mereka suka berusaha untuk memperoleh sesuatu dan segala yang diingin oleh rakyat biasa memang sukar diperoleh. Hal ini kerana rakyat biasa pada masa dulu miskin. Segala kemudahan, perhiasan dan kraf tidak mampu mereka beli. Jadi mereka mencipta perkara yang mereka ingini melalui ukiran, anyaman dan lukisan serta tulisan. Golongan ulama pada masa dulu gemar mengukir kayu dengan kata-kata hikmat daripada bahasa Arab, potongan hadis serta ayat-ayat Al-Quran yang ringkas. Mereka menyimpan koleksi tersebut dan adakalanya mereka menghadiahkan hasil ukiran mereka kepada tetamu, sahabat atau pemimpin mereka. Baik lawannya buruk. Cantik lawannya hodoh. Begitu juga positif lawannya negatif. Di samping nilai serta perkara positif berkaitan masyarakat Melayu ditonjolkan, terdapat juga unsur-unsur negatif dalam masyarakat Melayu zaman dulu. Terdapat golongan yang suka berjudi. Mereka berjudi dengan melagakan ayam peliharaan mereka. Aktiviti laga ayam memang mendapat sambutan yang meriah pada masa dulu. Rakyat jelata yang menginginkan kehidupan selesa tanpa berusaha gigih mudah dilihat melalui drama ini. Mereka gemar berjudi tanpa segan silu kerana perkara ini ditegah sekeras-kerasnya dalam agama Islam. Mereka mempertaruhkan rumah, duit, binatang peliharaan dan terdapat juga golongan yang mempertaruhkan wanita sebagai ganjaran kemenangan judi. Situasi sebegini pernah wujud pada zaman dahulu dan dilakonkan semula dalam drama tersebut. Perkara yang positif bolehlah kita jadikan teladan. Contohnya mempelajari seni silat bagi mempertahankan diri dan keluarga kita, mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah seperti membuat kraf tangan dan mempelajari ilmu-ilmu agama. Manakala unsur negatif seperti amalan berjudi perlulah dijadikan pengajaran dan harus ditegah kerana berjudi adalah sesuatu yang merugikan. Tanpa usaha yang gigih kita tidak mungkin akan berjaya. Berjaya dengan cara yang mudah tidak akan kekal selamanya.Drama Keris Hitam Bersepuh Emas mengandungi mesej yang tersendiri bagi menyedarkan masyarakat Melayu bahawa warisan dan kebudayaan Melayu haruslah dipelihara agar terus diingati dan diamalkan oleh generasi akan dating.

2.3 Aspek SosioekonomiEkonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek [oikos], 'rumah', and [nemo], 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia.Sosioekonomi adalah kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi, dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dunia hari ini telah melihat pelbagai struktur ekonomi yang telah mengalami pelbagai proses evolusinya. Sistem ekonomi yang cukup popular pada masa kini ialah sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi perancangan pusat dan sistem ekonomi Islam.Melalui drama ini, kita dapat lihat bahawa masyarakat Melayu pada masa itu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Dalam beberapa episod yang terdapat dalam drama ini, ditonjolkan keadaan di mana masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Sistem ini merupakan sistem di mana sesuatu masyarakat melakukan sesuatu pekerjaan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Antara aktviti yang dijalankan oleh masyarakat ialah melalui pertanian dan penternakan.Episod 6 menunjukkan bahawa seorang wanita sedang membajak tanah untuk tujuan proses tanaman padi. Episod 7 dan 8 pula menunjukkan orang kampung membawa lembu mereka untuk meragut rumput. Lembu-lembu ini sangat sinonim dengan masyarakat pada masa dahulu. Hal ini kerana lembu-lembu tersebut boleh dijadikan sumber makanan dan juga sumber tenaga kerja yang sangat sesuai. Hal ini kerana pada masa dahulu tidak mempunyai jentera-jentera seperti pada masa kini.Selain itu, drama ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu lagi sudah berjinak-jinak dengan perniagaan. Melalui drama ini, penonton dipertontonkan dengan babak-babak di mana wujudnya kedai-kedai makan. Kedai-kedai ini merupakan medium untuk masyarakat Melayu bersosial dan merehatkan diri daripada kerja-kerja yang mereka jalankan. Sehingga ke hari ini, konsep gerai atau warung ini masih mendapat sambutan di kalangan kita semua. Berbalik pada drama ini, gerai-gerai yang wujud sepanjang penceritaan drama ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mampu menjana ekonomi keluarga dengan mempelbagaikan sumber kewangan. Golongan yang membuka gerai tersebut mampu menampung keperluan keluarga dengan sumber kewangan yang diperoleh daripada gerai atau warung yang dibuka. Selain warung yang wujud dalam drama ini, penonton juga dapat melihat pasar yang menjual pelbagai jenis barangan. Antara barangan yang dijual ialah keris, tudung saji, hasil tanaman, dan sebagainya. Barang-barang yang dijual jelas menunjukkan bahawa barang-barang tersebut merupakan barang keperluan harian masayarakat tersebut. Sistem ekonomi ini masih berbentuk sara diri walaupun telah melibatkan urusan jual beli. Namun urusan ini tidak melibatkan satu struktur yang besar dan tidak pula dieksport ke mana-mana. Wan Abdul Kadir (1995:67) mengatakan proses pembangunan ekonomi yang pesat membawa perubahan kepada kedudukan sistem nilai yang lebih luas. Kekayaan boleh memberikan kuasa kepada sesorang untuk menguasai orang lain.Di samping itu, masyarakat Melayu yang ditonjolkan dalam drama ini juga sudah menggunakan sistem mata wang. Mata wang yang disebutkan dalam drama ini ialah wang emas. Wang emas digunakan dalam urusan jual beli. Hal ini boleh dilihat apabila terdapat beberapa orang pemuda sedang berbincang mengenai ganjaran yang bakal diterima oleh pemenang pertandingan silat. Pemuda berkenaan telah menyatakan bahawa mereka yang menjadi juara akan mendapat rumah, tanah, dan juga wang emas yang banyak.Dalam pada itu, watak utama drama ini iaitu Bitara juga telah mengeluarkan beberapa keping wang emas untuk tujuan pembayaran menaiki sampan dan membayar harga air ketika singgah minum di sebuah warung. Melalui aspek ini juga, kita boleh lihat bahawa masyarakat dahulu tidak beberapa mementingkan kegunaan wang tersebut. Mereka lebih melihat kepada aspek lain. Sebagai contoh, mereka yang memasuki pertandingan silat tersebut lebih memandang kepada nilai ganjaran yang diberikan seperti rumah dan tanah. Wang emas itu hanya sekadar pelengkap kepada nilai ganjaran tersebut. Nilai rumah dan tanah tersebut lagi tinggi. Hal ini kerana tanah merupakan sesuatu perkara yang penting bagi masyarakat Melayu. Tanah merupakan tempat yang akan memberikan jasa kepada mereka. Melalui tanah yang diperoleh, mereka mampu mengusahakan tanaman yang akan memberikan mereka sumber makanan. Tanah tidak boleh lari daripada masyarakat Melayu dahulu. Dalam drama ini juga ada memperlihatkan bahawa masyarakat Melayu mengamalkan sistem barter. Sistem ini ialah sistem yang digunakan untuk menukarkan sesuatu barang dengan barang yang lain yang dianggap mempunyai nilai yang sama. Namun begitu, sistem ini dianggap kurang tepat penilaiannya. Masyarakat dalam drama ini akan melakukan sistem ini apabila mereka tidak mempunyai wang emas atau mempunyai lebihan hasil. Mereka menukarkan sesuatu barang dengan barang lain. Hal ini boleh dilihat dalam babak di mana terdapat beberapa orang penduduk kampung membawa hasil tanaman mereka untuk ditukarkan dengan hasil kraftangan di pasar. Penjual tersebut menerima walaupun mereka telah menggunakan wang emas sebagai mata wang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem mata wang ini masih tidak diguna pakai secara meluas oleh masyarakat pada masa itu. Secara keseluruhannya, jelas menunjukkan bahawa ekonomi sangat berkait rapat dengan kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Melalui kajian ke atas drama ini, kita dapat melihat dengan lebih mendalam sosiekonomi masyarakat Melayu pada masa dahulu.Mereka telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan sistem barter. Sistem ini bersesuaian dengan keadaan pada masa dahulu. Selain itu,kegiatan ekonomi yang dijalankan masyarakat pada masa itu juga menyumbang kepada faktor ini. Penempatan yang didirikan masyarakat dahulu juga sentiasa dipengaruhi dengan kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

3.0 RumusanDrama Keris Hitam Bersepuh Emas mengetengahkan tema dunia persilatan. Drama ini merupakan drama yang dekat dengan kebudayaan Melayu. Kebudayaan merangkumi pelbagai aspek termasuk sosiobudaya, sosioekonomi, sosiopolitik dan lain-lain perkara lagi. Perkara-perkara inilah yang menjadi intipati dalam drama ini. Kesemuanya menguatkan lagi kewujudan kebudayaan masyarakat Melayu sejak zaman dahulu lagi.Melalui drama ini, kita boleh lihat pengarah banyak memperlihatkan aspek-aspek kebudayaan ini. Melalui drama ini, penonton dapat melihat bagaimana hebatnya seorang pahlawan Melayu. Pahlawan Melayu bukan sahaja hebat dalam menguasai ilmu mempertahankan diri tetapi juga hebat dalam disiplin ilmu yang lain. Seperti yang dipertotonkan dalam drama ini, pendekar-pendekar ini mahir dalam ilmu agama juga. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu tidak lari daripada acuan agama Islam itu sendiri. Sudah menjadi persepsi sejak dahulu lagi bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Selain itu, drama ini juga banyak mengajar kita semua perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Kita perlu mengetahui akan sejarah dan kebudayaan Melayu. Sebagai seorang anak Melayu, kita tidak wajar untuk tidak mengambil peduli. Tanpa sejarah yang membuktikan akan keeagungan budaya Melayu itu, siapa diri kita pada hari ini juga belum tentu terjawab. Penekanan kepada kejayaan dunia atau material boleh menimbulkan kesan-kesan buruk, terutama kepada budi Melayu. Orang tidak lagi mengenal budi. Budi dianggap dapat diganti atau diukur dengan kekayaan. Wan Abdul Kadir (2000:128) mengatakan kesedaran kelas misalnya, amat penting dalam pembinaan nilai-nilai sosial. Semakin ramai orang mengenali kedudukan seseorang itu maka semakin meningkatlah kesedaran harga diri dan seterusnya dapat membina rasa malu yang amat mendalam. Masyarakat pada hari ini telah mula mengamalkan corak hidup yang bertentangan dengan agama dan budaya asal, bersikap individualistik, materialistik dan terlalu rasionalistik. Namun begitu, masih terdapat masyarakat masih memegang tradisi untuk mencapai keseimbangan dalam mengekalkan Tamadun Melayu. Oleh itu, sebagai warganegara yang masih mengekalkan adat dan budaya Melayu, kita perlulah memastikan khazanah bangsa ini kekal selama-lamanya kerana alam Melayu amat berkait rapat dengan Islam. Kehidupan beracuan Islam pastinya akan menjamin kesejahteraan masyarakat.

4.0 REFLEKSIPada semester ini, saya telah mempelajari subjek BMM 3142 (Kebudayaan Melayu). Saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi semester ini pada bulan Julai. Tugasan ini mengkehendaki kami menghuraikan konsep budaya, masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, sosial, dan ekonomi. Secara kesuluruhannya, tugasan ini benar-benar mencabar kerana memerlukan saya memahami dan menganalisis setiap perkara bagi menyiapkan tugasan ini.Pada semester ini, bagi mata pelajaran ini, merupakan mata pelajaran yang belum saya pelajari sebelum ini. Ini merupakan mata pelajaran baharu bagi saya. Saya ditugaskan untuk memilih satu daripada bahan sastera atau bukan sastera dan huraikan aspek sosiopolitik, sosiobudaya dan sosioekonomi yang terkandung dalamnya dan dikehendaki memantapkan huraian dengan mengemukakan sokongan daripada bahan tambahan yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh budaya. Saya telah memilih drama Keris Hitam Bersepuh Emas.Melalui tugasan ini, saya berjaya memperoleh ilmu baharu yang sangat penting memandangkan saya berbangsa Melayu. Sejarah itu sendiri merupakan perkara penting kerana tanpa sejarah siapalah kita pada hari ini. saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang masyarakat dan kebudayaan Melayu dari sudut politik, ekonomi, sosial dan budaya. Sejarah itu sendiri telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak pernah ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain. Hal ini boleh dilihat melalui aspek politik. Sistem pentadbiran telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Hal ini telah terbukti melalui zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka.Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekangan masa. Hal ini berpunca daripada diri sendiri yang tidak cekap dalam membahagikan masa. Perkara ini tidak mungkin terjadi sekiranya saya telah membuat pembahagian masa yang betul. Saya sepatutnya melaksanakan tugasan lebih awal agar tidak perlu kelam kabut semasa minggu-minggu terakhir dan tugasan ini tidak bertindih dengan kerja-kerja pengajaran. Bahan-bahan rujukan yang sukar didapati juga menyukarkan pelaksanaan tugasan ini. Namun begitu, saya dan rakan telah berusaha lebih keras mendapatkan sumber rujukan. Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana untuk bekerjasama dalam satu kelas. Tugasan ini menjadi lebih mudah dengan kerjasama secara berpasukan. Beban yang ditanggung tidak dirasakan terlalu berat kerana ianya dipikul secara bersama-sama. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu mereka dan juga tidak dilupakan kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn. Hjh. Rafiah Bt Daud yang banyak membimbing saya dan rakan dalam melaksanakan tugasan ini.Sekian, terima kasihNOR ASHIKIN BINTI ALIAS830419-06-5368

RUJUKAN Anwar Ridhwan. (2005). Minda Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asmah Hj. Omar. ( 1985 ). Susur-galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Ember, C. R., & Ember, M. ( 1993 ). Cultural Anthropology. Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall.Hussain Othman. ( 2011 ). Konsep Persejarahan Melayu. Batu Pahat : Penerbit Universiti Tun Hussein Onn MalaysiaIsmail Yusof. ( 2008 ). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.Noresah Baharom et al. ( 1993 ). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Muhammad Hj. Salleh. ( Penterjemah ). ( 1988 ). Teori Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Siti Aishah Murad ( pnyl ). ( 1996 ). Konsep Nilai dalam Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Syed Muhamad Naguib Al Attas. ( 1972 ). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Yaacob Harun ( ed.). ( 2001 ). Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Zakaria Ariffin. (1990). Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Zawiah Abd. Shukor dab Abdul Nasir Paisal. ( 2011 ). Modul Bahasa Melayu BMM3114 Kebudayaan Melayu. Cyberjaya : IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia.

LAMPIRAN

Isikandungan

TAJUKM/S1.0PENGENALAN11.1 Definisi dan Konsep Budaya2 1.2 Elemen Budaya31.3 Ciri- Ciri Budaya3 - 41.4 Konsep Akulturasi51.5 Konsep Asimilasi51.6 Konsep Akomodasi62.0ANALISIS DRAMA KERIS HITAM BERSEPUH EMAS2.1 Aspek Sosiopolitik72.2 Aspek Sosiobudaya8 - 102.3 Aspek Sosioekonomi11 - 133.0RUMUSAN144.0 REFLEKSI15 - 16RUJUKAN17

Drama keris hitam bersepuh emas

BMM1