8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
1/6
Laporan Penuh Analisis Kes.
Asas pengurusan disiplin yang kukuh membawa kepada pengurusan bilik
darjah yang berkesan. Perkataan disiplin berasal daripada bahasa Latin iaitu
disciplina yang membawa maksud mengajar. Disiplin mengikut kamus bahasa pula
adalah kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan. Disiplin juga
membawa erti kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang
undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri,
berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979).
Bagi konteks bilik darjah pula, disiplin bermaksud satu set peraturan yang
dikenakan kepada murid murid bagi mengawal dan mendapatkan tingkah laku
yang diingini. Pengajaran dan tingkah laku turut memainkan peranan dalam
pembentukan disiplin ini di mana pengajaran mampu mempengaruhi tingkah laku
dan tingkah laku mampu mempengaruhi pengajaran. Oleh kerana itu, disiplin bilik
darjah dan pengajaran amat saling berkaitan dan pengajaran di sini termasuklah
araha, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan
dengan ibu bapa murid (Charles, 2008).
Berdasarkan kes The Phantom Pregnancy ini, masalah disiplin murid BarbaraThompson iaitu Teri Leigh berpunca daripada institusi kekeluargaan yang tidak
stabil. Teri pernah didera oleh teman lelaki ibunya. Teman lelaki ibunya telah
ditangkap dan dipenjarakan namun nasib masih tidak menyebelahi Teri dan dua
orang adik lelakinya yang lain apabila ibunya memilih untuk mengahwini teman
lelakinya dan menghantar anak anaknya ke rumah anak angkat yang berbeza.
Sejak daripada itu, Teri mula menunjukkan simptom simptom masalah
pembelajaran dan gangguan emosi. Dia sering menangis apabila berada di dalam
kelas. Lebih malang lagi, Teri telah didiagnosis sebagai pesakit psychotic . Bermula
dari saat ini, Barbara mula menyedari bahawa beliau bertanggungjawab untuk
membantu Teri memandangkan pihak pentadbiran dan guru pendidikan khas sendiri
tidak mengambil berat tentang masalah ini.
8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
2/6
Masalah sebenarnya bermula apabila Barbara mula mengajar tajuk
Pendidikan Seks dan Pendidikan Asas Kehamilan serta Melahirkan Anak kepada
pelajarnya. Dua hari kemudian, Barbara diberitahu oleh tiga orang anak muridnya
bahawa Teri mengaku bahawa dia telah mengandung. Berdasarkan pemerhatian
Barbara juga, Teri seringkali membawa baju baju bayi ke sekolah. Teri pernah
memberitahu Barbara yang dia mengandung akibat perbuatan teman lelaki ibunya.
Barbara telah mengatakan bahawa perbuatan teman lelaki ibunya itu tidak akan
menyebabkan Teri mengandung kerana ianya telah lama berlaku namun Teri tetap
dengan pendiriannya.
Selepas itu, muncul pula masalah lain iaitu Teri sendiri menyebarkan gambar
dia tidak memakai pakaian yang diambil oleh kakak angkatnya kepada dua orangpelajar lelaki sekolah menengah. Namun, pelajar pelajar tersebut telah
menyerahkan gambar tersebut kepada pengetua, Bob Farris melalui pemandu bas.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Bob menelefon ibu angkat Teri tetapi beliau
menolak untuk berbincang mengenainya. Barbara telah dipanggil dan diberitahui
tentang masalah ini. Lantas beliau mengambil langkah untuk berbincang secara hati
ke hati bersama Teri.
Teri memberitahu Barbara bahawa tujuannya melakukan penyebaran gambar
tersebut adalah kerana dia menginginkan bayi dan pelajar lelaki menyukainya.
Sebagai langkah untuk menyedari Teri bahawa tindakannya itu salah, Barbara
memberitahu Teri tanggungjawab sebagai seorang ibu bukannya mudah. Barbara
juga menekankan bahawa bagi membesarkan seorang bayi bukanlah satu perkara
yang mudah malah memerlukan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya untuk
membentuk mereka sebagai seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Kesimpulannya, banyak pengorbanan diperlukan dalammembesarkan seorang bayi
Tambahan lagi, Barbara turut menggunakan pendekatan lain untuk
menyedarkan Teri iaitu dari segi kesihatan. Beliau mengingatkan Teri bahawa
dengan mengadakan hubungan intim bersama sesiapa sahaja boleh mengundang
kepada penyakit yang berbahaya seperti AIDS, sifilis, dan sebagainya.
8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
3/6
Walau bagaimanapun, Teri masih juga dengan pendiriannya iaitu dia yakin bahawa
dia telah mengandung akibat daripada perbuatan teman lelaki ibunya dan Barbara
sedar bahawa beliau telah gagal untuk menyedarkan Teri yang perbuatannya adalah
salah. Barbara turut sedar bahawa perkembangan dan kematangan Teri Leigh
memainkan peranan serta mengatasi penderaan seksual yang pernah dialami
olehnya. Hal ini kerana usia Teri yang terlalu muda sewaktu perbuatan teman lelaki
ibunya itu dan membuatkannya trauma. Kekurangan kasih sayang dan perhatian
juga menyebabkan Teri bertindak sedemikian.
Berdasarkan kes ini, saya dapat mengenal pasti Barbara telah menggunakan
pendekatan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana model ini menekankan guru
perlu mengenal pasti punca salah laku, murid perlu dibimbing bagi memahamiperaturan di dalam bilik darjah dan kepercayaan serta tanggungjawab guru adalah
penting bagi murid untuk bersama sama menjaga disiplin di dalam kelas. Mengikut
Dreikurs (1968), tingkah laku bermasalah berlaku kerana murid ingin mendapatkan
perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan.
Selain itu juga, Model Terapi Realiti William Glasser turut ada dipraktikkan. Model ini
menekankan keperluan keperluan asas murid di mana keperluan ini akan
mendorong kepada tingkah laku mereka. Hal ini demikian kerana setiap tingkah lakuyang ditunjukkan berasaskan pilihan yang dibuat.
Melalui pembacaan dan perbincangan bersama rakan rakan, didapati
bahawa Model Terapi Realiti William Glasser adalah model yang sesuai digunakan
untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut Glasser, beliau memberi lebih perhatian
kepada langkah perbincangan. Langkah pertama adalah Barbara perlu meyakinkan
Teri tentang keburukan mengadakan hubungan intim dan melahirkan anak pada
usia muda. Barbara juga perlu menyedarkan Teri untuk memilih keputusan yangbijak. Langkah kedua pula adalah melalui perbincangan bersama, hal ini selaras
dengan hal yang difokuskan oleh Glasser iaitu melalui perbincangan akan
menghasilkan disiplin.
Seterusnya, Barbara turut menjalankan pemerhatian ke atas Teri dan
merekod untuk mengenal pasti sebab berlakunya masalah tersebut. Berdasarkan
langkah ini, terbukti bahawa Barbara merupakan seorang guru yang amat
mengambil berat tentang anak muridnya.
8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
4/6
Sikap ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada Teri untuk melakukan
keputusan yang bijak. Langkah yang terakhir adalah melalui kaedah kaunseling
untuk menguatkan emosi serta psikologi Teri dan meyakinkan dia untuk membuat
keputusan yang betul. Barbara boleh mencadangkan kepada Teri untuk menghadiri
sesi kaunseling dan beliau boleh hadir bersama untuk menemaninya.
8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
5/6
Refleksi.
Nurshabirah binti Sudin (920907 13 6152)
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia Nya saya dapat
melengkapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Sekalung
penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya, pensyarah,
rakan rakan dan semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak
langsung.
Subjek ini iaitu Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3105)
menyediakan banyak konsep, model dan contoh situasi di dalam bilik darjah bagi
memudahkan para guru apabila berhadapan dengan sikap murid yang pelbagai.Setelah saya menerima tugasan ini daripada pensyarah, saya akui bahawa saya
berasa agak teruja untuk menyiapkannya kerana kes yang kami dapat agak
menarik. Tugasan ini memerlukan kerja berkumpulan dan individu.
Sepanjang penyiapan tugasan ini, berbagai bagai pengetahuan baru telah
saya perolehi daripada kes The Phantom Pregnancy ini. Sebagai contoh, tindakan
yang patut diambil oleh guru kelas tersebut bagi menyelesaikan masalah yang
berlaku disebabkan oleh muridnya. Selain itu, saya juga dapat menghubungkaitkan
antara model dan keadaan serta masalah yang berlaku di dalam bilik darjah.
Tambahan lagi, bekerja secara berkumpulan ini juga secara tidak langsung dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, kami turut ada mengalami masalah dan cabaran
semasa melakukan tugasan ini. Antaranya ialah lambakan kerja serta tugasan yang
diberikan kepada kami. Namun begitu, masalah ini telah kami atasi dengan
membahagikan tugasan tugasan yang dilakukan secara berkumpulan secara adil.
Hal ini untuk mengelakkan kesuntukkan masa dan berlakunya salah faham antara
ahli kumpulan. Selain daripada itu, kami juga ada menjalankan perbincangan
bersama ahli kumpulan untuk berbincang dan merungkai masalah yang telah timbul.
Pembacaan melalui bahan ilmiah dan bahan internet turut membantu dalam
perbincangan dan penyiapan tugasan ini.
Kesimpulannya, tugasan ini amat membantu saya dan rakan rakan dalampersediaan sebelum melangkah ke alam pengajaran nanti.
8/13/2019 Laporan Penuh Analisis Kes
6/6
Saya juga berasa amat bersyukur kerana diberi pendedahan awal tentang
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Dengan berbekalkan ilmu serta
pengalaman ini, saya berharap agar saya dapat mempraktikkannya apabila berada
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak.
Top Related