2015
LAPORAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”
SERENTAK SELAMA 10 MINIT PADA JAM 10.00 PAGI
TARIKH
23 APRIL 2015 (KHAMIS) 10.00 PAGI HINGGA 10.10 PAGI
Disediakan oleh:
SEKSYEN PUSAT SUMBER
BAHAGIAN PENGURUSAN
JABATAN PEGUAM NEGARA
MALAYSIA
30 APRIL 2015
2
LAPORAN PROGRAM
“JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” SERENTAK SELAMA 10 MINIT
PERPUSTAKAAN AL-KHINDI, JABATAN PEGUAM NEGARA
PADA 23 APRIL 2015 (KHAMIS)
1. TUJUAN
Tujuan laporan ini adalah untuk memaklumkan mengenai Program “JOM BACA BERSAMA,
WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit Pada Jam 10.00 Pagi pada 23 April 2015
(Khamis) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, Jabatan Peguam
Negara (AGC) bagi menyokong sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 yang
dijalankan serentak di seluruh Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di
Perpustakaan Kementerian/Jabatan dan Perpustakaan Awam Negeri. Ia juga merupakan
Gerakan Membaca yang dijalankan dalam negara sebagai usaha berterusan membentuk
masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.
2. PENGENALAN
Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 pada hari Khamis, 23 April 2015 dan
sejajar dengan hasrat Jabatan Peguam Negara dan jua Perpustakaan Negara Malaysia,
Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, AGC telah mengadakan Program “JOM BACA
BERSAMA, WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit pada 23 April 2015 (Khamis) pada
jam 10.00 pagi, dijalankan serentak jua di Perpustakaan dan semua Bahagian di AGC.
3. ULASAN PROGRAM
Satu inisiatif telah diambil oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam
Negara untuk menyokong jua Gerakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia dengan
mengadakan Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit
pada 23 April 2015 (Khamis) jam 10.00 pagi di Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi
bagi semua warga Jabatan melalui edaran e-mel bertarikh 22 April 2015 (Selasa). Semua warga
AGC telah disyorkan untuk meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca pada waktu
yang sama termasuk pembacaan melalui sistem A-PEL (AGC Platform for E-Learning),
terutama E-Books yang mudah diakses di Bahagian masing-masing. Di samping itu,
Perpustakaan Al-Khindi juga telah menjemput warga AGC meluangkan masa mengunjungi
Perpustakaan Al-Khindi di Aras 3, AGC P4 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis 23 April 2015
3
untuk menyertai Pameran Buku dan Jurnal/Majalah meliputi pelbagai perkara kekeluargaan,
IT, pengurusan, undang-undang, bisnis, novel dan sebagainya bagi tujuan pembacaan dan
semakan dan seterusnya peminjaman bahan yang diminati.
Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” telah mendapat sambutan yang amat
memberangsangkan dengan kehadiran peserta seramai 31 orang ke Perpustakaan Al-Khindi.
Selain daripada itu, program turut dijalankan serentak dan disertai oleh pegawai dan kakitangan di
semua aras dan Bahagian-Bahagian di AGC seperti di Bahagian Guaman seramai 42 orang,
Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa 13 orang, Bahagian Penyelidikan 27 orang, Bahagian
Pendakwaan 34 orang, Bahagian Gubalan 23 orang, Bahagian Penasihat 24 dan Bahagian
Pengurusan 33 orang. Secara keseluruhannya, jumlah penyertaan ke Program berkenaan di
peringkat AGC adalah seramai 227 orang. (Senarai Kehadiran Peserta seperti di LAMPIRAN IV).
4. KESIMPULAN
Pada keseluruhannya, Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” anjuran
Perpustakaan Al-Khindi AGC telah diadakan dengan lancar dan sempurna dengan
penyertaan yang amat menggalakkan. Program berkenaan juga telah dapat membantu
meningkatkan amalan membaca di kalangan pegawai dan kakitangan warga AGC. Ini adalah
sejajar dengan hasrat Jabatan agar amalan membaca warga AGC dapat dipertingkatkan
lagi untuk penambahan ilmu pengetahuan secara berterusan dan memperolehi
manfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. Seterusnya ini akan
memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran
Sepanjang Hayat (Lifelong Learning) di kalangan semua peringkat warga AGC.
Lampiran-Lampiran:
1) Lampiran I - E-mel Timbalan Pengarah (Seksyen Pusat Sumber) kepada warga AGC 2) Lampiran II - Poster Tambahan Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” 3) Lampiran III - Gambar-Gambar Sekitar Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” 4) Lampiran IV - Senarai Peserta Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”
4
LAMPIRAN 1
E-MEL TIMBALAN PENGARAH (SEKSYEN PUSAT SUMBER) EDARAN KEPADA WARGA AGC
From: Halijah Othman
Sent: Wednesday, April 22, 2015 6:26 PM
To: AGC Group
Cc: Tan Sri Abdul Gani Patail; Datuk Azailiza Mohd. Ahad; Timbalan Peguam Cara Negara; Senior
Management Attorney General's Chambers; [email protected]; Dr Mary Wong Lai Lin; Maizan Ismail
([email protected]); Faizah Hanafiah; '[email protected]'
Subject: JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC PADA HARI KHAMIS, 23 APRIL 2015 SERENTAK
PADA JAM 10.00 PAGI !!!
JOM BACA BERSAMA, WARGA
AGC !!!
Tuan/Puan,
JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC PADA HARI KHAMIS, 23 APRIL
2015 SERENTAK PADA JAM 10.00 PAGI !!!
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 pada hari Khamis, 23 April 2015 dan sejajar dengan hasrat Jabatan Peguam Negara (AGC) dan jua Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Al-Khindi AGC bersama Perpustakaan-Perpustakaan Kementerian/Jabatan/Agensi dan Perpustakaan-Perpustakaan Awam Negeri akan mengadakan "Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit” dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada hari Khamis ini. Ianya merupakan jua Gerakan Membaca yang dijalankan dalam negara sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. 3. Dengan ini, kerjasama dan sokongan semua warga AGC dipohon - tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan - untuk sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit pada hari Khamis ini dan masa seperti berikut -
5
Tarikh: 23 April 2015 (Khamis) Masa: 10.00 hingga 10.10 pagi (selama 10 minit) 4. Untuk menyokong Program ini, kami syorkan tuan/puan membaca A-PEL pada waktu tersebut terutama E-Books yang sedia ada dalam A-PEL, dan kami menjemput tuan/puan jua untuk meluangkan masa mengunjungi Perpustakaan Al-Khindi di Aras 3, AGC P4 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis ini, 23 April 2015 . Perpustakaan Al-Khindi AGC telah menyediakan Pameran Buku dan Jurnal/Majalah meliputi pelbagai perkara kekeluargaan, IT, pengurusan, undang-undang, bisnis, novel dan sebagainya untuk bacaan dan semakan tuan/puan dan seterusnya peminjaman bahan yang diminati.
Datanglah beramai-ramai ke Perpustakaan Al-Khindi AGC pada 23
April 2015, jam 10.00 pagi!!!
JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC serentak selama 10 minit pada hari Khamis, 23 April 2015 jam
10.00 pagi bagi menyokong sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia
2015!!!
Sekian, terima kasih. HALIJAH BINTI OTHMAN Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Seksyen Pusat Sumber
6
LAMPIRAN II
POSTER TAMBAHAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”
7
LAMPIRAN III
Gambar-Gambar Sekitar Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”
Serentak Selama 10 Minit Pada Jam 10.00 Pagi Pada 23 April 2015 (Khamis)
Di Perpustakaan Al-Khindi dan Bahagian-Bahagian AGC Jabatan Peguam Negara Malaysia
8
9
10
Top Related