LAPORAN PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI : KEM KEPIMPINAN KELAB NADI ANSAR
SEKOLAH AGAMA KOPOK BARU ANJURAN MASJID PIS
Syukur alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnianya maka Program Kem
Kepimpinan Kelab Nadi Ansar Sekolah Agama Kopok Baru telah selamat dijalankan.
Program bermula 6 April hingga 7 April 2013 yang melibatkan 80 orang ahli kelab Nadi
Ansar Sekolah Agama Kopok Baru. Selain itu 10 orang guru turut membantu dan 10 orang
fasilitator daripada Kelab Rakan Muda Masjid PIS dan Pembimbing Rakan Siswa PIS
terlibat dalam Latihan Dalam kumpulan (LDK). Tujuan program ini dijalankan untuk memberi
kesedaran di samping meningkatkan motivasi kepada pelajar tentang aspek kepimpinan
berkesan dan boleh dicontohi.
HARI PERTAMA (Sabtu)
08.30 pagi : Pendaftaran
Diuruskan oleh guru-guru Sekolah Agama Kopok Baru
08.45 pagi : Taklimat kem
Diberikan oleh Kem Komandan , Saudara Mohd Asyraf b.
Ibrahim
9.00 pagi : Ceramah 1 : Menggilap Kepimpinan
Disampaikan oleh En. Mohd Faaiz Fauzi, pegawai
Kebajikan Masyarakat daerah Johor Bahru
10.15 pagi : Rehat
10.45 pagi : Latihan Dalam Kumpulan 1 : Taruf
Peserta dibahagi kepada 10 kumpulan
11.45 pagi : Latihan Dalam Kumpulan 2 : Bijak Minda
Diuruskan oleh fasilitator
12.30 tengah hari : Rehat , Solat Zohor
02.00 petang : Latihan Dalam kumpulan 3 : Strategic Thinking
03.30 petang : Latihan Dalam Kumpulan 4 : War game
04.30 petang : Solat Asar
05.00 petang : Riadah
06.00petang : Khidmat Diri , Maghrib & Isyak
: Tazkirah : Kepentingan menuntut ilmu
09.00 malam : Muahasabah diri : Duhai ibu ! Duhai Ayah!
Disampaikan oleh En. Md Yusri Bin Jani, Pensyarah JMSK
11.00 malam : Night Walk
Peserta dilepaskan berdua untuk berjalan dilaluan yang
telah ditetapkan tanpa sebarang bantuan lampu
HARI KEDUA (Ahad)
05.00 pagi : Qiamullail, Solat Subuh
Tazkirah subuh : Rasulullah ikutan sepanjang zaman
07.00 pagi : Sarapan
08.00 pagi : EXPLORACE : Jungle Tracking
Peserta bergerak dalam kumpulan masing-masing dan
perlu meyelesaikan tugasan yang diberikan dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan
12.30 tengah hari : Rehat makan tengah hari dan Solat Zohor
02.00 petang : Resolusi
03.00 petang : Penutupan rasmi program
Disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Agama Kopok
Baru
04.00 petang : Bertolak pulang
Secara keseluruhannya program berjaya dilaksanakan seperti mana yang telah
dirancang. Penganjur mengharapkan ianya mencapai objektif dan matlamat serta memberi
impak yang besar kepada Politeknik Ibrahim Sultan dan komuniti setempat.
Disediakan oleh,
(MD YUSRI BIN JANI)
Setiausaha
Masjid Politeknik Ibrahim Sultan
Fasilitator sedang memotivasikan peserta
Peserta didenda kerana melakukan kesalahan
Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi
Explorace bermula
Aktiviti rempuh halangan
Peserta sedang melakukan aktiviti cergas minda
Peserta diuji dengan semangat setiakawan
Aktiviti dalam kumpulan
Water Confident
Tugasan yang perlu diselesaikan
Hasil kreativiti setiap kumpulan
Gambar penceramah, guru sekolah dan fasilitator
Top Related