LAPORAN PROJEK MENGHIAS TAMAN HERBA SEKOLAH KEBANGSAAN
SERI NILAM
Projek yang kami laksanakan sepanjang program Internship di sekolah ialah
menghias taman herba. Projek menghias taman herba tersebut dijalankan di
kawasan lapang di tepi blok Intan. Dahulunya kawasan tersebut tidak mempunyai
sebarang pokok. Memandangkan kawasan tersebut mempunyai tanah yang luas
serta berada di tepi blok, maka amat rugi jika kawasan tersebut dibiarkan kosong
tanpa ada sesuatu yang boleh memberi makna kepada murid. Sekurangnya,
kawasan yang luas itu boleh dijadikan taman herba dimana dapat menceriakan lagi
kawasan sekolah seterusnya memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri
beberapa jenis tumbuhan herba. Atas kesedaran itulah, Guru Besar SKSN meminta
kami untuk menghidupkan kembali kawasan tersebut dengan menghias dan
menanam beberapa tumbuhan herba.
Projek menghias taman herba ini bukan suatu projek yang mudah kerana
kami belum pernah membina taman herba. Jadi, hal ini memberikan pengalaman
baru kepada kami yang masih mentah dalam menjalankan projek tersebut. Kami
mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada Guru Penolong Kanan yang
sememangnya arif dalam membina dan mengurus taman. Kami mendapat
bimbingan yang secukupnya dalam menjalankan projek menghias taman herba
tersebut. Sebelum menjalankan kerja-kerja menghias taman, kami telah berbincang
dengan pihak sekolah mengenai peralatan yang akan digunakan dan kewangan bagi
menghias taman dengan pelbagai pokok. Selain itu , kami juga berbincang mengenai
beberapa kerja yang akan kami jalankan sepanjang menghias taman tersebut.
Kami memulakan projek menghias taman herba pada hari kedua Internship.
Kami tahu bahawa projek menghias taman herba ini seakan memakan masa yang
lama kerana banyak kerja yang akan dilakukan. Oleh yang demikian , kami
mengambil langkah awal dengan memulakan projek menghias ini terlebih dahulu
sebelum berpindah ke projek menceriakan Pusat Sumber Sekolah , dewan sekolah
dan sudut Jawi.
1
Walaupun tidak sehebat taman herba yang dimiliki oleh sekolah lain namun
kami berbangga kerana kami mampu juga menyiapkan projek ini dalam masa yang
ditetapkan. Banyak yang kami pelajari semasa membina taman herba ini dan kami
berharap agar projek ini menjadi permulaan kepada pihak sekolah untuk terus
menghidupkan taman herba ini dengan pelbagai tumbuhan serta mampu menjadikan
taman herba ini sebagai suatu kebanggaan sekolah. Kami bersyukur kerana
sepanjang proses menghias taman herba ini, guru-guru lain tidak lokek memberi
tunjuk ajar kepada kami. Hal ini menjadikan kami bersemangat untuk memberikan
komitmen yang sepenuhnya terhadap projek ini.
Terdapat pelbagai kebaikan dan kekuatan projek menghias taman herba ini
semasa dijalankan. Melalui projek ini kami dapat menimba pengalaman dalam
menjalankan projek keceriaan di sekolah. Sememangnya sekolah yang ceria dapat
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Selain itu projek ini juga memberi
pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan projek di
sekolah daripada sebelum perlaksanaan, semasa perlaksanaan dan selepas
perlaksanaan. Contohnya penghasilan kertas kerja dan pengurusan masa semasa
projek dilaksanakan. Penghasilan kertas kerja yang lengkap dan meliputi setiap
aspek memerlukan komitmen yang tinggi. Pengurusan masa yang baik dan teratur
juga akan menjadikan sesuatu projek yang dirancang berjalan dengan lancar.
Melalui taman herba ini murid dapat menambahkan pengetahuan mereka berkaitan
tumbuhan seterusnya memberi pengalaman secara langsung mengenai rupa bentuk
tumbuhan herba. Murid dapat meluangkan masa semasa waktu rehat bagi melihat
pokok-pokok yang ditanam. Ini dapat membantu mereka mengenali pelbagai jenis
tumbuhan. Selain itu, dengan adanya tumbuhan di taman ini murid dapat menyemai
sikap menghargai setiap ciptaan tuhan seperti tumbuhan yang pelbagai jenis.
2
Beberapa Gambar Sekitar Projek Menghias Taman Herba.
Sebelum projek dilaksanakan.
Semasa projek dilaksanakan.
Selepas projek dilaksanakan.
3