PENGENALAN
Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah
berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi
dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung
kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Alam sekitar adalah
anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka
bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-
gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai
jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan
terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
LAPORAN RINGKAS MINI PROJEK
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tarikh: 07.03.2013 (Khamis)
Masa: 8.30 pg - 11.00 pagi
Tempat: Kawasan sekolah
Mini projek yang dijalankan ini melibatkan seramai 39 orang murid
yang terdiri daripada tahun 4 perdana. Kawasan yang dipilih adalah di
sekitar sekolah yang mana tumpuannya adalah lebih kepada tumbuhan-
tumbuhan hijau serta habitat yang sedia ada. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah seperti berikut:
a) Membersihkan kawasan mini projek.
b) Mencatas dahan-dahan tumbuhan yang mati.
c) Menerapkan nilai-nilai murni tentang kepentingan
pemuliharaan alam sekitar.
d) Meletakkan label pada tumbuh-tumbuhan.
e) Menghayati kehidupan yang sedia ada pada habitat kawasan
mini projek tersebut.
Segala aktiviti yang dirancang pada hari tersebut berjalan dengan
licin dan mencapai objektifnya iaitu meningkatkan kesedaran dikalangan
murid-murid tentang kepentingan memulihara alam sekitar dan
membanteras kegiatan mencemarkan alam sekitar. Melalui aktiviti ini
juga guru dapat memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di
kalangan warga sekolah khasnya dan masyaratkat setempat amnya.
Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan
Sedang menghayati keindahan tumbuhan berbunga
Kumpulan pelajar-pelajar perempuan sedang giat membuat aktiviti pembersihan
Memupuk semangat kerjasama
Memerhati hidupan yang ada dalam habitat iniPelajar-pelajar sedang memerhatikan hidupan yang sedia ada
Salah seekor hidupan yang ada di habitat ini. Mereka memanggilnya siput babi.
KESIMPULAN
Aktiviti pemuliharaan meliputi beberapa kawasan di sekitar sekolah
Salah seorang pelajar yang sangat rajin membuat cacatan-catatan yang berguna.
Perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti
manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang
social, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala
proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah
menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf
kesihatan dan keselamatan penduduk, penipisan lapisan ozon,
penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Oleh yang
demikian kepentingan pemuliharaan dan pemiliharaan berdasarkan
objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh
manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa
akan datang.