0
LAPORAN TAHUNAN 2018
UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR
1
LATAR BELAKANG UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR
Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu perkhidmatan sokongan dalam Sistem
Perkhidmatan Kesihatan Hospital Parit Buntar. Unit Farmasi dan Bekalan telah ditubuhkan
dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem bekalan yang mantap untuk menampung
keperluan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada unit-unit pengguna di Hospital Parit
Buntar. Faktor-faktor yang sentiasa dititikberatkan ialah bekalan berkualiti yang cukup pada kos
yang minima.
Unit ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang ditempatkan di tiga bangunan berasingan
iaitu:-
1.1.1. FARMASI PESAKIT LUAR
Aktiviti yang dijalankan :
Perkhidmatan kaunter pesakit luar dan klinik pakar
Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Diabetis Mellitus
Kaunseling pesakit
Penerangan ubat
Program Tambah Nilai (VAS)
Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Luar
1.1.2. FARMASI PESAKIT DALAM
Aktiviti yang dijalankan :
Bekalan Wad
Bedside dispensing
Pembekalan ‘Unit Of Dose’
Farmasi Klinikal
Pengeluaran galenikal dan pra-bungkus ubat
Pendispensan Ubat di Unit Haemodialisis
Kaunseling pesakit dan Ubat Penyakit Tuberkulosis (TB)
2
Patient Own Medication (POMs)
Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Dalam
1.1.3. FARMASI LOGISTIK HOSPITAL
Aktiviti yang dijalankan :
Pentadbiran Unit Farmasi dan Farmasi Logistik
Stor ubat berhawa dingin
Stor pukal berhawa dingin
Stor bukan ubat berhawa dingin
Stor bahan mudah terbakar
Stor gas perubatan
1.1.4. FARMASI KECEMASAN
Aktiviti yang dijalankan :
Perkhidmatan kaunter pesakit di Unit Kecemasan dan Trauma
3
OBJEKTIF UNIT FARMASI DAN BEKALAN
MISI UNIT FARMASI DAN BEKALAN
VISI
VISI UNIT FARMASI DAN BEKALAN
1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
2. Memperkukuhkan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
1. Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
2. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
3. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
4. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.
5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. ningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan
amalan terbaik.
Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
4
PIAGAM PELANGGAN
FARMASI PESAKIT LUAR, HOSPITAL PARIT BUNTAR
PIAGAM PELANGGAN
FARMASI LOGISTIK , HOSPITAL PARIT BUNTAR
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat,
mesra, penyayang dan berkualiti
1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar akan diberikan mengikut giliran dan/atau
keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil,
warga emas, orang kurang upaya dan pesara kerajaan.
2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan
perawatan.
3. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
4. 95% daripada pelanggan akan dibekalkan dengan ubat-ubatan yang betul tidak
melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
5. Pelangan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan
ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat,
mesra, penyayang dan berkualiti
1 Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
2. Membekal item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja setelah pesanan yang lengkap diterima.
3. Membekal item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.
5
PIAGAM PELANGGAN
FARMASI PESAKIT DALAM, HOSPITAL PARIT BUNTAR
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat,
mesra , penyayang dan berkualiti.
1. Maklumat akan diberikan kepada pelangggan berkenaan penyakit dan
perawatan.
2. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada
pesakit adalah dijamin.
3. Kemudahan dan persekitaran yang bersih,selesa dan selamat disediakan.
4. Memastikan bekalan ubat-ubatan ke wad/unit bagi preskripsi/pesanan yang
lengkap diterima dalam tempoh 3 jam dalam waktu pejabat.
PEMB. TADBIR N22 (KUP)
KHAIRUL ANUAR B.
DIN
PEGAWAI FARMASI UF44
(SPUB)
NOR HAMIZA BT ABD
HAMID
PEGAWAI FARMASI UF52 (FARMASI PESAKIT LUAR) NURHANI BT MOHD AZMI
PEGAWAI FARMASI UF48
(FARMASI PESAKIT DALAM)
NG HUEY LING
PEN. PEG. FARMASI U32
(KUP) (FARMASI
PESAKIT LUAR)
POZIYAH BT YAHAYA
PEGAWAI FARMASI UF52 (FARMASI KLINIKAL) MASLINATASHA BT
MAHMUD
PEN. PEG. FARMASI U32 SOFIAH BT MOHD SALLEH
PEN. PEG. FARMASI U29
(FARMASI PESAKIT LUAR)
FATIMAH BT
AHMAD
PEN. PEG. FARMASI U32 (KUP)
(FARMASI PESAKIT DALAM)
SITI FAZIHA BT
OSMAN
PEMB. PERAWATAN KESIHATAN
U11
KOSONG
PENGARAH HOSPITAL UD54 DR HAJJAH CHE SARIFAH BT SULIEMAN
PEMB. TADBIR N17
NOORSHAZWANI BT ZAKARIA
PEN. PEG. FARMASI U29
(FARMASI PESAKIT DALAM)
ROHAIDA BT JAMALUDIN
PEGAWAI FARMASI
UF48
(DMTAC)
ONG XI ZHOU
PEN. PEG. FARMASI U32
(KUP) (FARMASI
PESAKIT LUAR)
NOR ANITA BT JAAFAR
PEN. PEG. FARMASI U29
(FARMASI PESAKIT LUAR)
ERNIFATINI BT MD NAYAN
PEMB. PERAWATAN KESIHATAN U14
(KUP)
SIVASUBRAMANIAM S/O SATHASIVAM
PEGAWAI FARMASI UF48
(FARMASI LOGISTIK)
OOI KEAN LOON
PEGAWAI FARMASI UF52 SITI SALWA BT ISMAIL
PEMBANTU AWAM H11
AHMAD SAYUTI B. MOHAMED SALLEH
PEMBANTU AWAM H11
KOSONG PEMBANTU AWAM
H11 AZMAN B. MAT
DESA
PEGAWAI FARMASI UF48
(KAUNSELING/PENDIDIK
AN PENGGUNA)
AMILIA BT ABD RAZAK
PEGAWAI FARMASI
UF44
(PESAKIT DALAM)
NG YEE HAN
PEGAWAI FARMASI
UF48
(KLINIKAL)
NG LING WEI
PEMBANTU AWAM H11
AZHAR B. OSMAN
STRUKTUR ORGANISASI UNIT FARMASI DAN BEKALAN
HOSPITAL PARIT BUNTAR
PEGAWAI FARMASI UF44
(FARMASI LOGISTIK)
GOLUSUL MARISIA BT
ALLA PITCHAI
2.1 SUMBER MANUSIA
Berikut merupakan jumlah perjawatan dan anggota di Unit Farmasi dan Bekalan.
Keseluruhan anggota adalah seramai 30 orang.
Bil Kategori
Jawatan
Jawatan Jumlah
Anggota
Catatan
1
Pengurusan
dan
Profesional
Pegawai Farmasi U52 3 Laluan Kerjaya
2 Pegawai Farmasi U48 5 Laluan Kerjaya
3 Pegawai Farmasi U44 3 Laluan Kerjaya
4 Pegawai Farmasi U41 2 Kontrak
5 Pegawai Farmasi U41
(PRP) 2 22 Jan 2018
(Kontrak)
6
Sokongan 1
Pen. Pegawai Farmasi
U32 4 1 (hakiki) +3(KUP)
7 Pen. Pegawai Farmasi
U29 3
8 Pembantu Tadbir (P/O)
N17 1 N22 (KUP)
9 Pembantu Tadbir N17 1
10
Sokongan 2
Pemb. Perawatan
Kesihatan U11 1
U14(KUP) - 1 +
U11 - 1 kosong
11 Pembantu Awam H11 3
H11 - 2 +
H114(KUP) - 1 + 1
kosong
JUMLAH ANGGOTA 28
Jumlah Perjawatan sebenar bagi Jawatan Pegawai Farmasi U41(PRP) adalah sebanyak
8 jawatan dan hanya diisi 2 jawatan. Melalui Laluan kerjaya, jawatan Pegawai Farmasi
U52, U48 dan U44 diperolehi dengan mengisi jawatan U41.
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
Seramai 1 orang anggota farmasi telah berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang bagi Tahun 2017 iaitu :-
Bil Nama Jawatan
1
2
En Ong Xi Zhou
Pn Sofiah bt Mohd Salleh
Pegawai Farmasi UF48
Pem. Peg. Farmasi U32
KENAIKAN PANGKAT
Beberapa anggota telah menerima kenaikan pangkat seperti berikut.
Bil Nama Gred Kenaikan ke Gred Tarikh Kenaikan
Pangkat
1
2
En
Sivasubramaniam
A/L Sathasivam
En Azhar Osman
U11
H11
U14 (KUP)
H14 (KUP)
1/4/2018
1/4/2018
PERTUKARAN ANGGOTA
Beberapa anggota di unit Farmasi dan Bekalan telah bertukar masuk dan keluar seperti
berikut.
Bil Nama Jawatan Catatan
1 Puan Poziyah bt
Yahaya
Penolong
Pegawai
Farmasi U32
(KUP)
Bertukar masuk dari Hospital Kuala
Lumpur mulai 19/3/2018
PERSARAAN ANGGOTA
Tiada anggota farmasi bersara wajib pada Tahun 2018.
Bil Nama Jawatan
1
-
-
PENCAPAIAN UNIT :
1. Menyertai Pertandingan pertandingan Gerai Terbaik sempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat Hospital Parit Buntar.
2. Menyertai Program Kolaborasi Kesihatan Pergigian Bersama Badan Agama Islam
Peringkat Daerah Kerian 2018.
2 Puan Nor Arfesah
bt Koshim
Pembantu
Perawatan
Kesihatan U11
Bertukar keluar ke Wad Dahlia mulai
2/7/2018
1. PEROLEHAN (PEMBELIAN UBAT DAN ALAT PERUBATAN OLEH STOR
PERUBATAN)
Stor Integrasi menguruskan perolehan ubat-ubatan serta peralatan berdasarkan
Peruntukan yang diterima melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Faktor yang diambil
kira dalam menguruskan perolehan adalah bekalan yang mencukupi pada kos yang
minima.
Berikut merupakan jumlah Peruntukan yang diterima serta Perbelanjaan yang diuruskan
oleh Setor Integrasi, Hospital Parit Buntar dari 2014 hingga 2018.
TAHUN
UBAT (27401) ALAT (27499)
PERUNTUKAN
(RM)
PERBELANJAAN
(RM)
PERUNTUKAN
(RM)
PERBELANJAAN
(RM)
2014 2,742,100.00 2,742,098.56 910,095.00 910,094.77
2015 3,082,534.20 3,082,534.20 1,107,005.00 1,107,005.00
2016 2,132,400.00 2,132,400.00 1,010,850.00 1,010,850.00
2017 2,457,400.00 2,457,400.00 974,550.00 974,550.00
2018 2,850,700.00 2,850,700.00 1,033,320.00 1,033,320.00
AKTIVITI-AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA
Secara amnya, Peruntukan Tahun 2018 meningkat sedikit sebanyak 16% berbanding
Tahun 2017. Walaubagaimanapun, Hospital Parit Buntar masih mengekalkan
perbelanjaan berhemah bagi memastikan Peruntukan yang diterima adalah mencukupi
untuk penyediaan perkhidmatan dan rawatan yang berkualiti terhadap pesakit. Selain itu
banyak langkah-langkah penjimatan yang telah dilaksanakan bagi memastikan
peruntukan mencukupi.
Farmasi Logistik memperolehi ubat melalui 3 cara perolehan utama iaitu melalui
Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, (APPL item), Perolehan Secara Terus dan Perolehan
Secara Kontrak.
VERIFIKASI STOR
Verifikasi Stor telah dijalankan sebanyak 1 kali oleh Pegawai Pemverifikasi Stor yang
telah dilantik. Secara umum , ulasan keseluruhan dari Pegawai terlibat menyatakan
Tiada Perselisihan Stok berlaku dan Stor diuruskan mematuhi Tatacara Perolehan
Stor.
PANGGIL BALIK PRODUK
Terdapat 4 kes Panggil Balik Produk telah direkodkan bagi Tahun 2018, iaitu Sodium
Valproate 200mg Tab, Erythromycin ES 400mg Tab, Cefuroxime 1.5G Inj. Dan
Disposable Syringe 50ml
ADUAN PRODUK
Terdapat 2 kes Aduan Produk telah direkodkan bagi Tahun 2017, iaitu:
a) Terdapat hanya 690 tablet Nifedipine 10mg dalam 1 kotak yang tidak diseal dan tablet
tidak disusun dengan kemas. Sepatutnya 1 kotak Nifedipine 10mg mengandungi 1000
tablet.
b) 1 Vial Hydrocortisone Injection 100mg tiada label.
c) Transparent Waterproof IV Film Dressing tidak melekat dengan kuat dan meyebabkan
branula pesakit berubah kedudukan.
d) Terdapat 2 hingga 4 ampul dalam setiap kotak Aminophylline 25mg/ml in 10ml
Injection yang pecah dan retak. Terdapat 4 kotak ubat yang terlibat.
e) Disposable Syringe 1ml kurang 1 kotak (pack of 100’s) daripada Pesanan Kerajaan
yang dibuat.
f) 1 vial Benzylpenicillin 1 Mega Unit (600mg) Injection tiada label.
g) Penutup Disposable Intravenous Catheter Sz: 20G dan 18G longgar dan penarik
branula tersebut longgar / lembut apabila hendak dimasukkan kepada pesakit yang
menyebabkan pesakit mengadu sakit kerana kesukaran untuk dimasukkan ke dalam
salur darah pesakit.
h) Metronidazole 500mg/100ml Injection kurang 1 kotak (pack of 20’s ) daripada
Pesanan Kerajaan.
KADAR PUSINGAN STOK
TAHUN SEMASA
KEDUDUKAN STOK
KADAR
PUSINGAN STOK
Sedia Ada Pembelian/ Penerimaan
Pengeluaran/ Penggunaan Stok Semasa
Jumlah Nilai Jumlah Nilai Jumlah Nilai Jumlah Nilai c
Stok (RM) Stok (RM) Stok (RM) Stok (RM) [(a + d) ÷ 2]
( a ) ( b ) ( c ) d=( a+b )-( c )
Baki Bawa Hadapan
Baki Stok Akhir Tahun 2017 @ 31.12.2017 : 377,811.02
Suku Tahun 377,811.02 1,303,066.86 1,046,313.88 634,564.00
2.07 1/2018 (31 Mac)
Suku Tahun 634,564.00 724,843.83 759,627.32 599,780.51 1.23
2/2018 (30 Jun)
Suku Tahun 599,780.51 995,272.47 1,033,206.49 561,846.49 1.78
3/2018 (30 Sep)
Suku Tahun 561,846.49 873,836.84 993,868.82 441,814.51 1.98
4/2018 (31 Dis)
NILAI TAHUNAN 3,897,020.00 3,833,016.51 Kadar Pusingan Stok Tahunan
adalah : 9.35
PELUPUSAN STOK
Tiada sebarang Item Bukan Ubat dilupuskan dan terdapat Stok ubat yang dilupuskan
bagi tahun 2018.
PERLUPUSAN ASET / INVENTORI
Beberapa aset telah dilulus untuk pelupusan dari pihak JKN Perak.
Bil Item Cara Pelupusan Jumlah Hasil (RM)
1 Kerusi Berangkai 4 Jualan sisa Melalui pihak Pentadbiran
2 Kerusi Makmal/Pelukis
Pelan/Kerusi Dispensing
Maroon
Jualan sisa Melalui pihak Pentadbiran
3 Kerusi Pegawai Rendah Jualan sisa Melalui pihak Pentadbiran
4 Thermometer Merkuri
(Kayu)
E-waste Melalui pihak Pentadbiran
5 Thermometer Min Max E-waste Melalui pihak Pentadbiran
6 Clinical Thermometer /
Traceable Freezer
Thermometer Min Max
E-waste Melalui pihak Pentadbiran
Beberapa aset telah dimohon untuk pelupusan untuk dilupuskan dari pihak JKN Perak.
Bil Item Cara Pelupusan Jumlah Hasil (RM)
1 Kerusi Berangkai Dimusnahkan -
2 Thermometer Merkuri
(Kayu)
E-waste -
3 Thermometer Min Max E-waste -
TUNTUTAN PENALTI
Penalti dikenakan keatas pembekal-pembekal yang tidak mematuhi syarat yang telah
ditetapkan. Berikut merupakan tuntutan penalti yang dikenakan ke atas pembekal serta
jumlah tuntutan penalti yang dikenakan.
Bil Nama Pembekal Jumlah
Tuntutan
(RM)
Jumlah
Bayaran
Diterima (RM)
Kesalahan
1 Pharmaniaga Logistik
(APPL)
12,269.09 - Lewat bekal
2 Pharmaniaga Logistik
(K)
218.70 218.70 Lewat bekal
3 Teraju Pharma 29.54 29.54 Lewat bekal
4 MS Ally Pharma Sdn
Bhd
125.59 125.59 Lewat bekal
5 Primabumi Sdn Bhd 246.45 246.45 Lewat bekal
6 Mutiara Murni Sdbn
Bhd
135.55 135.55 Lewat bekal
7 Quality Reputation 118.17 118.17 Lewat bekal
8 Medik Pharma 11.87 11.87 Lewat bekal
JUMLAH RM 13,154.96 RM 885.87
3) PEMBEKALAN UBAT PESAKIT LUAR
Aktiviti Utama di Farmasi pesakit Luar adalah pembekalan ubat kepada pesakit yang
mendapatkan perkhidmatan dari Klinik Pakar, Pesakit Luar, pesakit susulan serta
Kecemasan.
Mulai Tahun 2014, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar telah dikembangkan ke Farmasi
Kecemasan diluar waktu pejabat mulai 5.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari
Isnin – Jumaat dan 9.00 pagi hingga 1 petang dan 6.00 hingga 10.00 malam setiap hari
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Bermula awal tahun 2017 waktu Farmasi Kecemasan
pada sebelah petang diubah dari 6.00 petang hingga 11.00 malam. Berikut merupakan
statistik bilangan preskripsi dan perkara yang dibekalkan kepada pesakit luar di Hopital
Parit Buntar.
Didapati terdapat peningkatan sebanyak 2.73% bilangan preskripsi Farmasi Pesakit Luar
yang diterima pada tahun 2018 berbanding tahun 2017. Manakala terdapat peningkatan
ketara sebanyak 11.8% bagi preskripsi Farmasi Kecemasan yang diterima pada tahun
2018 berbanding tahun 2017.
Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
Jabatan ini juga turut membekalkan ubat kepada pesakit-pesakit dari Hospital/klinik lain
dari dalam Negeri Perak (Intrastate) serta Luar Negeri Perak (Interstate) melalui Sistem
Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB). Sebanyak 2445 preskripsi diterima pada
tahun 2018 berbanding 2171 preskripsi pada tahun 2017 dengan kos sebanyak RM
106,745.34 berbanding RM 108,048.34 pada tahun 2017. Kesemua item dibekalkan
kepada pesakit sewaktu tarikh temujanji.
Sumber Rx
Preskripsi SPUB dirujuk keluar* Preskripsi SPUB diterima **
Bilangan Preskrips
i Yang Dirujuk
Ke Fasiliti Lain
Melalui SPUB
Bekalan Ubat (SEMUA KATEGORI
UBAT) Bilangan Preskrips
i SPUB yang
diterima
Bekalan Ubat (SEMUA KATEGORI UBAT)
Bilangan Item
dibekal
Jumlah Kos
Bekal
Bilangan Item dibekal
Jumlah Kos Bekal
INT
RA
-S
TA
TE
HOSPITAL 11 0 0 1,107 3,649 32,027.00
KLINIK KESIHATA
N
549 0 0 10
68 275.00
JUMLAH 560 0 0 1,117 3,717 32,302.00
INT
ER
-S
TA
TE
HOSPITAL 45 0 0 1,301 3,830 73,699.50
KLINIK KESIHATA
N
109 0 0 27 106 743.84
JUMLAH 154 0 0 1,328 3,936 74,443.34
Terdapat sedikit penurunan dari bilangan item dibekal serta kos item yang dibekal bagi
tahun 2018. Bagi ubat-ubat yang tiada dalam simpanan di Hospital Parit Buntar,
bekalan diperolehi dari pihak yang merujuk dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak
yang merujuk.
Perkhidmatan Nilai Tambahan (Value- Added Services)
Perkhidmatan ini merupakan salah satu perkara di bawah bidang keberhasilan Utama
(KRA) dengan objektif utama bagi meningkatkan kebolehcapaian penjagaan kesihatan.
Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Parit Buntar.
Program Sistem Temujanji “Sahabat Farmasi” telah disediakan kepada pesakit kronik
yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ubat-ubat pesakit disediakan lebih awal untuk
dibekalkan kepada pesakit pada tarikh temujanji agar pesakit tidak perlu menunggu lama
untuk mendapatkan bekalan ubat. Sehingga akhir Tahun 2018, terdapat 2683
preskripsi yang didaftarkan dalam perkhidmatan tersebut.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan pada sistem ini dimana ada diantara pesakit
tidak datang pada tarikh yang ditetapkan, menyebabkan pembaziran masa bagi
penyediaan serta penyimpanan semula ubat yang telah disediakan. Bagi sepanjang
tahun 2018, terdapat 60 bungkusan ubat yang tidak dituntut oleh pelanggan.
Sebagai penambahbaikan kepada program ini, Program Ubat Melalui Pos akan
dicadangkan kepada pelanggan apabila Khidmat Pos Laju mula beroperasi di Parit
Buntar. Melalui program ini, kesemua ubat yang disediakan akan dapat disampaikan
kepada pesakit mengikut waktu yang ditetapkan.
Program Sistem Temujanji “Telefon dan Ambil” adalah program tambah nilai yang
dimulakan pada tahun 2012. Melalui sistem ini, pesakit akan dihubungi melalui telefon
bagi mengetahui masa pesakit bercadang untuk mendapatkan ubat (pada tarikh yang
telah ditetapkan). Persediaan yang terlibat hanyalah persediaan ekstemporaneous iaitu
persediaan sirup yang dibancuh segera. Item akan disediakan sebelum pesakit datang
bagi mengurangkan masa menunggu pesakit. Sebanyak 101 Preskripsi telah
didaftarkan dibawah program ini bagi tahun 2018, terdapat penurunan 6 preskripsi
berbanding tahun 2017.
Program Sistem SPUB Express adalah program tambah nilai yang dimulakan pada
tahun 2017. Melalui sistem ini, ubat bagi pesakit akan SPUB yang diterima akan
dibungkus terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji. Apabila hari temujanji tersebut,
pesakit akan mengambil nombor panggilan dan ubat telah disediakan awal. Maka hal ini
akan mengurangkan masa menunggu pesakit SPUB tersebut. Sebanyak 104 Preskripsi
telah didaftarkan dibawah program ini bagi tahun 2018, terdapat peningkatan 37
preskripsi berbanding tahun 2017.
Sebanyak 9.2% (2888 preskripsi) dari keseluruhan pelanggan dengan bekalan ubat
susulan (31,245 preskripsi) di Hospital Parit Buntar (3061 preskripsi) telah menggunakan
perkhidmatan nilai tambahan ini bagi sepanjang tahun 2018. Unit ini mensasarkan
peningkatan kepada 15% bagi tahun yang akan datang.
Khidmat kaunseling kepada pesakit yang dipilih secara walk-in ataupun rujukan oleh
Pegawai Perubatan turut disediakan.
Medication Therapy Adherence Clinic
Program ini menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling kepada pesakit Diabetis
(dengan kriteria tertentu) bagi meningkatkan kefahaman pesakit terhadap penyakit yang
dihidapi serta pematuhan kepada rawatan dan kawalan gula dalam darah.
Bagi tahun 2018, seramai 36 orang pesakit telah mendaftar dan sebanyak 116
temujanji telah dijalankan ke atas pesakit tersebut. Program ini dikendalikan oleh
Pegawai Farmasi di Klinik Pakar Perubatan.
Masa Menunggu
Farmasi Pesakit Luar mensasarkan 95% daripada pesakit menerima bekalan ubat
dalam masa kurang dari 30 minit. Bagi Tahun 2018, secara purata, 98.84 % pesakit
berjaya menerima bekalan dalam masa kurang dari 30 minit, dengan purata masa
menunggu selama 10.26 minit.
Bil. Bilik
Kaunseling
Bilangan
Kaunseling
Individu
Perkhidmatan Kaunseling Berkumpulan
Bil Jenis Jumlah
Sessi
Jumlah
Pesakit
1 897 0 0 0
Langkah penambahbaikan telah diambil bagi memastikan masa menunggu yang
disasarkan dapat dicapai melalui kaedah berikut;-
- Pergerakan Pegawai Farmasi dari Unit lain untuk membantu tugas mendispens ubat
pada waktu puncak.
- Menghantar anggota untuk membantu jika pesakit yang mengambil ubat bertambah
dengan tiba-tiba di Farmasi Pesakit Luar
Bulan Peratusan Pesakit
Menunggu
< 30 minit
Purata masa
menunggu
(min)
Catatan
Januari 98.49 11.45 2 PRP
Februari 97.65 12.95 2 PRP
Mac 98.52 10.72 2 PRP
April 99.07 8.83 3 PRP
Mei 99.39 9.07 3 PRP
Jun 99.14 9.57 2 PRP
Julai 99.36 9.62 2 PRP
Ogos 98.99 9.30 2 PRP
September 99.28 9.9 2 PRP
Oktober 99.58 8.82 1 PRP
November 99.56 9.02 1 PRP
Disember 97.02 11.43 1 PRP
KEMPEN PEMULANGAN UBAT
Kempen ini dijalankan di farmasi Pesakit Luar dan di 2 buah Wad di Hospital Parit
Buntar. Objektif utama kempen ini adalah :-
1. Menggalakkan pesakit memulangkan ubat-ubat yang tidak digunakan.
2. Mengelakkan kesilapan pengubatan di kalangan pesakit akibat penggunaan ubat-
ubatan yang berlebihan.
3. Menjamin keselamatan pesakit.
4. Mengurangkan pembaziran ubat.
5. Mengenal pasti ubat-ubatan yang dipulangkan bagi tujuan pelupusan.
Melalui kempen ini , terdapat ubat-ubat dipulangkan oleh pesakit. Keadaan ini boleh
disimpulkan sebagai pesakit mula memahami nilai ubat yang mereka perolehi daripada
hospital dan tidak sewenang-wenangnya membuang ubat yang ada dalam simpanan
mereka. Walaubagaimanapun, penerangan dan kaunseling perlu dipertingkatkan
kepada pesakit supaya mengambil ubat mengikut arahan yang telah ditetapkan bagi
memastikan rawatan yang optimum. Mulai tahun 2017 data hanya diambil pada bulan
Mei sahaja.
Farmasi Pesakit Luar
Farmasi Pesakit Dalam
2015 2016 2017
(Mei)
2018
(Mei) 2015 2016
2017
(Mei)
2018
(Mei)
Kos
Pemulangan
Ubat (RM)
43,837.79 43,886.68 6,514.10 12,156.87 9,081.18 7,333.75 6,514.10 482.15
4) AKTIVITI FARMASI PESAKIT DALAM
Farmasi Pesakit Dalam merupakan komponen utama yang memberikan perkhidmatan
bekalan ubat kepada semua wad dan unit-unit melalui sistem ‘Unit Of Dose’ dan ‘Floor
Stock’.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Farmasi Pesakit Dalam termasuklah:-
Pembekalan ubat kepada pesakit di wad
Pembekalan ubat kepada pesakit discaj melalui sistem ‘Bedside Dispensing’
Perkhidmatan sokongan ‘Therapeutic Drug Monitoring’
Pra-pembungkusan ubat-ubatan
Pemantauan profil dan carta pengubatan pesakit
Perkhidmatan maklumat ubat dan racun
Perkhidmatan Kaunseling kepada pesakit dalam
Pemeriksaan Wad
Pendispensan ubat kepada pesakit di Unit Haemodialisis
Berikut merupakan data-data berkaitan aktiviti yang dinyatakan.
Secara umum, bilangan preskripsi pesakit dalam yang diterima di wad didapati
meningkat sebanyak 11.36 % berbanding tahun 2017.
Ubat-ubat dibekalkan kepada wad dan unit –unit lain melalui Sistem Traditional iaitu
pembekalan ubat ’Floor Stock‘ serta secara ’Unit of Dose‘, dimana setiap pesakit di wad
dibekalkan ubat secara individu mengikut rawatan yang diperlukan.
Bermula tahun 2014, Sistem bekalan secara ”Unit of Dose“ telah dimulakan di 3 buah
wad iaitu wad Anggerik, wad Dahlia dan wad Mawar. Sistem bekalan secara ”Unit of
Dose“ di wad Melor telah dimulakan pada 1 Nov 2016. Oleh yang demikian kesemua
empat wad telah dibekalkan secara ”Unit of Dose“.
Sistem pembekalan Ubat secara “Unit of Dose”
Objektif utama pemberian ubat secara “Unit of Dose” adalah bagi menambahbaik
pengurusan rawatan pesakit di dalam wad bagi memastikan ubat yang diterima oleh
pesakit adalah selamat dan tepat kerana pemantauan dilakukan secara individu. Ubat
dibekalkan ke wad untuk tempoh sehari untuk setiap pesakit.
‘Bedside-dispensing’ merupakan perkhidmatan pembekalan ubat kepada pesakit discaj,
dimana bekalan ubat akan terus dihantar ke katil pesakit. Pesakit juga akan diberikan
kaunseling serta penerangan yang jelas berkaitan ubat-ubatan yang diberikan kepada
mereka. Melalui proses ini, pesakit dapat memahami dengan jelas cara-cara
pengambilan ubat yang betul bagi memastikan rawatan yang optimum.
KHIDMAT KAUNSELING PESAKIT DALAM
JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING
KAUNSELING INDIVIDU KAUNSELING BERKUMPULAN
BEDSIDE DISCHARGE JUMLAH SESI JUMLAH PESAKIT
190 592 0 0
Khidmat Kaunseling untuk pesakit dalam dijalankan oleh Pegawai Farmasi di wad-wad.
Kaunseling berkaitan ubat-ubatan serta teknik-teknik penggunaan alatan/ubatan akan
diberikan bagi meningkatkan kefahaman pesakit terhadap rawatan.
Pra-pembungkusan ubat-ubatan
dijalankan oleh anggota di Farmasi
Pesakit Luar dan juga di Farmasi
Pesakit Dalam bagi memudahkan urusan pendispensan ubat kepada pesakit. Berikut
merupakan data-data berkaitan aktiviti yang dijalankan.
Sesi ‘Ward-Round’ bersama Pegawai
Perubatan yang disertai oleh Pegawai
Farmasi.
Sesi Kaunseling yang dijalankan oleh
Pegawai Farmasi kepada pesakit di
dalam wad.
Terdapat peningkatan bagi pembungkusan ubat biji bagi tahun 2018 berbanding tahun
2017. Selain itu bermula tahun 2018 data pembungkusan ubat biji bagi UOD juga telah
diambil. Manakala terdapat peningkatan bagi persediaan internal, eksternal dan
ekstemporaneous bagi tahun 2018 berbanding 2017.
Perkhidmatan ’Therapeutic Drug Monitoring‘ turut disediakan oleh unit Farmasi Pesakit
Dalam. Walaubagaimanapun, sampel darah akan dihantar ke Jabatan Farmasi Hospital
Taiping untuk dianalisa. Terdapat 70 assay telah dianalisa untuk 4 jenis ‘level‘ ubat
yang dipantau iaitu Sodium Valproate, Gentamicin, Phenytoin, Carbamazepine atau
Phenobarbitone telah dihantar ke Hospital taiping. Ujian dibuat samada di unit farmasi
atau makmal. Manakala keputusan akan analisa oleh Pegawai Farmasi Hospital Parit
Buntar dan akan dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan untuk tindakan selanjutnya.
PEMERIKSAAN WAD
Pemeriksaan Wad dilakukan bagi memastikan pengendalian ubat-ubatan di wad adalah
mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan, terutamanya pengendalian
Dadah Berbahaya. Pada Tahun 2018, sebanyak 32 pemeriksaan telah dilakukan oleh
Pegawai Farmasi.
Berikut adalah diantara penemuan-penemuan sewaktu pemeriksaan wad dijalankan;
Bil Perkara Catatan
1 Penyimpanan
Ubat
Penyimpanan ubat di dalam bekas yang salah
Penyusunan IVD / ubat tidak mengikut kaedah
FEFO/FIFO
Sesetengah stok ubat dalam Troli Kecemasan disimpan
tidak selaras dengan senarai semak
Terdapat ubat yang disimpan secara berlebihan / tidak
mencukupi
2 Rekod Penggunaan Ubat List A tidak direkodkan di dalam buku
rekod.
Rekod ubat Psikotropik tidak lengkap (di Unit
Kecemasan).
Pembetulan pada rekod ubat psikotropik tidak dibuat
dengan betul.
Penggunaan warna pen yang salah untuk check & found
ubat psikortopik
3 Pemantauan Tiada pemantauan terhadap ubat lambat bergerak / ubat
hampir tamat tempoh. Terdapat ubat yang luput berada
dalam simpanan unit-unit.
Tarikh mula pengunaan bagi ubat yg dibuka, bagi ubat
yang disimpan di dalam peti sejuk/multidose tidak
dicatatkan.
Borang Pemesanan Ubat Psikotropik tidak difailkan.
Cadangan Penambahbaikan :
1. Semua unit digalakkan untuk menukar ubat yang hampir luput dengan pihak Farmasi
Pesakit Dalam sebelum item luput bagi mengelakkan pembaziran serta kes
medication error.
2. Penggunaan ‘colour-tagging’ bagi ubat-ubat yang menghampiri tarikh luput.
3. Mengemaskini tagging tarikh luput pada bekas ubat Floor Stok dan memeriksa tarikh
luput dari semasa ke semasa.
4. Membuat pengasingan / ‘partition’ di dalam bekas ubat bagi membezakan ubat yang
hampir luput.
5. Ubat ‘Floor Stock’ perlu disimpan dengan betul dalam bekas yang dilabelkan. Selain
itu nama bekas ubat dilabel dengan nama generik ubat dan kekuatan perlu
dikemaskini secara berkala.
6. Tidak menggunakan ‘liquid paper’ / memotong tulisan ( contoh : Ahmad b. Ali) di
dalam Buku Rekod Psikotropik. Pembetulan dibuat dengan langkah yang betul.
7. Merekod menggunakan dakwat merah jika melalukan ‘check & found’ pada stok ubat
/ alat perubatan ubat psikotropik.
8. Menyusun ubat / alat perubatan mengikut kaedah FEFO/FIFO.
Unit Farmasi juga menjalankan khidmat Maklumat Ubat dan Racun , Khidmat Kaunseling serta Pemantauan profil dan
carta pengubatan pesakit dalam.
Bilangan Jenis Intervensi
PRESKRIPSI TIDAK LENGKAP REGIMEN TIDAK
SESUAI PRESKRIPSI TIDAK SESUAI LAIN-LAIN
JU
ML
AH
IN
TE
RV
EN
SI
Data
Pesakit
Ubat
Dos
Fre
kuensi
Dura
si
Tandata
ngan /
Co
p
Tandata
ng
an T
imbal
Ubat
Dos
Fre
kuensi
Dura
si
Sala
h P
esakit
Polif
arm
asi
Kontr
ain
dik
asi
Inte
raksi U
bat
Incom
patibili
ty
Ubat T
iad
a D
ala
m
Sen
ara
i
Tulis
an T
idak J
ela
s
Auth
enticity
0 25 8 16 17 8 882 271 254 6 67 7 0 0 0 9 1 11 1 1640
LAPORA
N ADR
(Bil. Kes)
BILANGAN PERTANYAAN MENGIKUT JENIS PERTANYAAN
PERTANYAAN OLEH/
PENGAJU
PEERTANYAAN
SUMBER MAKLUMAT YANG ADA
(NYATAKAN*)
Kera
cun
an/
Ke
toksik
an
Dos/ A
dm
inis
trasi
Kesan S
am
pin
gan
Indik
asi
Inte
raksi
Kontr
ain
dik
asi
Farm
ako
kin
etik
TP
N
Pharm
aceutical
Availa
bili
ty
Pharm
aceutical
Com
patibili
ty
Pharm
aceutical
Identification
Maklu
mat
Am
Pro
duk
Lain
-la
in
Profesional
Kesihatan
Pesakit
/ Org.
Awam
Interne
t
Pangkala
n
Maklumat
Ubat
Langgana
n Jurnal
KKM
Bukan
KKM
11 17
9 175 47 19 3 11 2 42 69 5
10
5 99 11
767 0 0 Ada
Mims
Gateaway Tiada
Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan unit Farmasi Hospital Parit Buntar.
[ Sasaran ditetapkan : 10 ceramah dan pameran setiap tahun ]
BI
L AKTIVITI TARIKH MASA TEMPAT
GOLON
GAN
SASAR
AN
BIL
PES
ERT
A
AKTIVITI
1
Ceramah
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
12/1/2018
8.30am
-
9.30am
SJK Sin
Hwa, Parit
Buntar
Pelajar
sekolah 100 Ceramah
2
Ceramah
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
24/1/2018 3.30pm
-4pm
Bilik
Mesyuarat
Mawar,
Hospital
Parit Buntar
Anggota
Farmasi 15 Ceramah
3
Pameran
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
sempena Kempen
Derma Darah
anjuran Hospital
Parit Buntar
22/4/2018 8am-
12noon
SRJK(C)Na
m Hwa,Tg
Piandang
Orang
Awam
Pameran
4
Ceramah
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
29/4/2018
10am-
10.30a
m
SJK (C) Yu
Chai, Kuala
Kurau
Orang
Awam 20 Ceramah
5
Program Kolaborasi
Kesihatan
Pergigian Bersama
Pejabat Agama
12/5/2018 8am-
1pm
Sekolah
Rendah
Agama
Rakyat Nor
Orang
Awam
Pameran
Islam Parit Buntar Hidayah,
Parit Buntar
6
Ceramah
Keperluan Ubat
Berdaftar semasa
CNE hospital
5/7/2018 3pm-
3.30pm
Bilik
Mesyuarat
Mawar,
Hospital
Parit Buntar
Anggota
Hospital 21 Ceramah
7
Ceramah
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
semasa Kursus
Orientasi Bil
1/2018 Hospital
Parit Buntar
7/8/2018
11.30a
m-
12pm
Dewan
Mutiara,
Hospital
Parit Buntar
Anggota
Hospital 35 Ceramah
8
Pameran
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
sempena World
Pharmacists Day
25/9/2018 9am-
12pm
Ruang
Legar,
Farmasi
Pesakit
Luar
Anggota
Hospital
dan
Orang
Awam
Pameran
9
Pameran
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
sempena Antibiotic
Awareness Week
14/11/2018 9am-
12pm
Ruang
Legar,
Jabatan
Pesakit
Luar
Orang
Awam Pameran
10
Pameran
Penggunaan Ubat
Berkualiti(PUB)
sempena
Sambutan Minggu
20/12/2018 2.30pm
-3pm
Bilik
Mesyuarat
Mawar,
Hospital
Anggota
Hospital Ceramah
Kesedaran
Pendermaan Organ
2017 Peringkat
Negeri Perak
Parit Buntar
CONTINOUS PHARMACY EDUCATION (CPD)
Unit Farmasi dan bekalan telah menganjurkan sebanyak 25 sesi CPD untuk Tahun 2018
dengan 396 kehadiran .
Pemantauan Mata CPD dilakukan bagi jawatan Pegawai Farmasi dan Pen. Pegawai
Farmasi, manakala e-latihan bagi semua kategori jawatan.
Pencapaian Mata CPD bagi tahun 2018 adalah 100% bagi kesemua Pegawai Farmasi
dan Pen. Peg. Farmasi.
[Sasaran ditetapkan : Peg. Farmasi - 40 Mata, Pen. Peg. Farmasi - 40 Mata]
57.1% Anggota Sokongan mencapai Sasaran Kehadiran Kursus iaitu 7 hari setahun
bagi Tahun 2018.
BIL TARIKH TAJUK
JUMLAH
PEGAWAI
(KUMP.
SOKONGAN)
JUMLAH
PEGAW
AI
(KUMP.
P&P)
JUMLAH
KESELURU
HAN
PEGAWAI
1 11/1/2018 Quality Reporting Of ADR 33 2 35
2 17/1/2018
Acute Exacerbation Chronic
Obstructive Pulmonary
Disease (AECOPD) 20 to
Community Acquired
Pneumonia (CAP
3 12 15
3 17/1/2018 Uncontrolled Hypertension 3 12 15
4 24/1/2018 Oral Contraceptive 3 12 15
5 24/1/2018
Medication Error Reporting 3 12 15
System
6 24/1/2018
Kenali Ubat Anda 3 12 15
7 19/3/2018
Beta Thalasemia Major - 13 13
8 19/3/2018
Beta Thalasemia Major - 13 13
9 19/3/2018 Uncontrolled Diabetes
Melitus - 13 13
10 4/4/2018 Acute Gouty Artritis 5 12 17
11 4/4/2018 Melioidosis 5 12 17
12 9/4/2018 Malaria 4 10 14
13 9/4/2018 Leptospirosis 4 10 14
14 8/5/2018 Modul Indent Bukan Ubat ke
Farmasi Logistik 14 1 15
15 15/5/2018
Insulin Injection Technique 5 12 17
16 23/5/2018
Systemic Lupus
Erythematosus (SLE) 3 11 14
17 11/6/2018 NSTEMI
1 11 12
18 11/6/2018 Diabetic Foot Ulcer
1 11 12
19 5/7/2018 Medication Error
18 2 20
20 5/7/2018 Keperluan Ubat Berdaftar
18 2 20
21 9/8/2018 Patient Own Medications
20 4 24
22 13/8/2018 Acute Glomerulonephritis
2 4 6
23 26/9/2018 Hypertension Emergency
3 12 15
24 26/9/2018 Acute Kidney Injury
3 12 15
25 26/9/2018
Pengurusan Tuntutan &
Pendahuluan Diri 3 12 15
26 20/12/2018 Ubat Generik
- 13 13
JUMLAH
157 252 409
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Unit Farmasi dan bekalan telah menjalankan sepenuhnya aktiviti-
aktiviti yang ditetapkan mengikut sasaran yang ditetapkan.
Dengan penambahan anggota dari kumpulan Pengurusan dan Profesional berbanding
tahun-tahun sebelumnya, diharapkan Kualiti perkhidmatan Farmasi akan bertambah
baik.
Cadangan Penambahbaikan
1. Bilik Kaunseling yang lebih tertutup dan ‘privacy’ kepada pelanggan.
2. Pembesaran Sub-stor unit Farmasi Pesakit Luar bagi menampung keperluan
perkhidmatan.
3. Pelaksanaan Sistem EKSA di kesemua Unit Farmasi dan Bekalan bagi mewujudkan
keseragaman dan memudahkan tugas.
4. Memperbanyakkan sessi CPD bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
anggota.
5. Ubahsuai bilik sediaan galenikal dan sub-stor ubat Farmasi Pesakit Dalam.
6. Penambahan awning berhampiran Bilik Server PhIS.
Top Related