LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
PENJODOH BILANGAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.
1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas B gulung C gelung D bidang 2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak B Sekuntum C Sejambangan D Sebatang 3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas B untai C gulung D lembar 4 �Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,� kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit B cubit C colet D genggam 5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus B Sekelompok C Sehamparan D Sekumpulan 6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok B tompok C buah D biji
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah B potong C cebis D untai 8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji B ulas C buah D buku 9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis B bentuk C lembar D cucuk 10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir B das C biji D pucuk 11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan B keping C naskhah D rangkap 12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris B patah C rangkap D buah 13 Ayah membeli dua __________ petai di gerai itu.
A gelung B papan C mata D biji
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung B berkas C kotak D pucuk 15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji B seruas C sehiris D seketul 16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung
Sungai Kota.
A pintu B papan C bidang D rangkai 17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke
perhentian bas.
A seutas B sebilah C sejambak D serumpun 18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas B butir C keping D potong 19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung B segelung C sekajang D sebuah 20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping B selembar C senaskhah D sehelai
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
21 �Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di
gerai buah-buahan itu,� pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah B sisir ... ikat C tandan ... gugus D sikat.....longgok 22 �Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas
meja itu,� kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang B buah ... batang C bekas ... bilah D butir ... bilah 23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji B bakul ... buah C jambak ... deret D jambangan ... buah 24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar B sebatang ... segelung C selaras ... segulung D sebilah ... seutas 25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor B secubit C seketul D segenggam 26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai B segugus ... seikat C sebiji ... selonggok D setangkai ... segugus
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah B sejambangan ..... seberkas C setangkai ..... sepucuk D sejambak ..... sebatang 28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk B das ..... laras C biji ..... batang D laras ..... das 29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung B secarik ..... segelung C secebis ..... sehamparan D sehelai ..... sebidang 30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________
burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan B batang ..... sekumpulan C ketul ..... sekawan D kepal ..... seekor 31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji B Sedas ..... buah C Selaras ..... butir D Sekaki ..... butir 32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas B selonggok ..... seikat C seberkas ..... seikat D sekawan ..... segulung
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong �.. biji B sehiris �.. ulas C seketul �.. biji D sekeping �.. biji 34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan
beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
A ulas �.. sikat B biji �.. tandan C ikat �.. tandan D ikat �.. sisir 35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air
akibat hujan lebat.
A jalur �.. pintu B kaki �.. baris C batang �.. deret D baris �.. buah 36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut
dan memakan __________ sirih.
A seketul �.. sekeping B segenggam �.. sehelai C sepotong �.. selembar D sekepal �.. sekapur 37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang �.. gelung B sebuah �.. gelung C sekerat �.. lembar D sebilah �.. utas 38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di
belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris �.. pucuk B deret �.. kelompok C batas �.. rumpun D ikat �.. jambak
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul B segugus C setompok D segumpal 40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari
makan.
A Sepasukan B Sekawan C Serumpun D Segerombolan 41 Hanya __________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke
beberapa __________ maktab perguruan.
A segelintir �.. buah B segolongan �.. biji C sekelompok �.. deret D sekumpulan �.. baris 42 Orang tua itu memilih beberapa __________ jagung terbaik untuk dijadikan
benih yang akan ditanam di __________ tanah terbiar.
A ulas �.. sekaki B biji �.. sekeping C tongkol �.. sebidang D buah ... sekumpulan 43 Beberapa __________ lilin dititiskan di atas __________ kertas lukisan untuk
menghasilkan corak batik.
A batang ... sekeping B titis ... sebidang C titik ... sekeping D titik ... sebidang 44 Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pencinta
alam sekitar di Hutan Lipur Sekayu.
A batang B pohon C pucuk D kaki
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
45 Tuan Haji Rahman membeli beberapa _________ buluh dan lima __________ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.
A ruas ... biji B rumpun ... ulas C batang ... butir D batang ... buah
46 Ibu memetik __________ pucuk paku di tepi paya untuk dimasak gulai lemak.
A segenggam B secekak C segugus D sejambak 47 Jamaliah membeli tiga __________ tapai ubi dan dua __________ lemang di
pasar malam Batu Lima.
A bungkus ... potong B gugus ... puntung C biji .... rumpun D buku ... ketul 48 Terdapat beberapa __________ batu-bata di hadapan rumah Zainab yang
sedang dalam pembinaan itu.
A tompok B longgok C butir D biji 49 Rosli pergi ke Lumut untuk membeli se __________ payung dan se
__________ jala.
A bentuk ... rawan B buah ... jambak C kaki ... rawan D batang ... buah 50 Ayah membeli lima __________ nasi lemak.
A bungkus B ulas C buah D ketul 51 Hidayah membeli dua __________ benang untuk menjahit baju.
A buah B buku C utas D gelung
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
52 Ibu menggunakan lima __________ sabun untuk membuat gubahan bunga
sabun itu.
A batang B biji C buku D potong 53 Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual __________ lembu
pawahnya.
A sereban B sesangkar C sesarang D sekandang 54 Emak memberi adik se __________ biskut dan dua __________ nangka .
A ketul ... biji B keping ... ulas C ketul ... butir D potong ... tongkol 55 Nenek menyapukan beberapa __________ kapur di atas daun sirih itu lalu
menggobeknya.
A kepal B carik C calit D colek 56 Azmatun memakai __________ kancing baju yang berwarna keemas-emasan
semasa pergi ke majlis itu.
A sebentuk B segenggam C sekeping D sebiji 57 Di belakang rumah Sarimah ada __________ sungai dan se __________ buluh.
A sebuah ... sepohon B sebatang ... serumpun C sebidang ... sejambak D sejalur ... sebatang
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
58 Ibu hanya memerlukan __________ jarum dan __________ kain untuk menampal seluar Aiman yang koyak itu.
A selembar ... sepasang B sebilah ... sebidang C sebatang ... secarik D sepucuk ... secebis 59 Arshad makan sepuluh __________ sate dan tiga __________ nasi himpit di
warung Mak Cik Gayah.
A batang ... potong B cucuk ... ketul C ketul ... ulas D bungkus ... butir 60 Nelayan itu memikul __________ jala dan menjinjing __________ ikan.
A serawan ..... sebakul B sebidang ..... seekor C serawan ..... seraga D sekeping ..... ekor 61 Kakak membeli __________ rantai mutiara dan __________ cincin di kedai itu. A seutas ..... sebiji B seuntai ..... sebentuk C sebentuk ..... sebentuk D segelung ..... sebuah 62 Sebelum pulang nenek sempat menjamah __________ sirih dan __________
nasi pulut. A sepiak ..... segenggam B seberkas ..... sekepal C sedaun ..... sepinggan D sekapur ..... sekepal 63 Datuk membeli lima __________ dawai untuk memagari __________ tanah
kebunnya.. A gulung ..... sebaris B gelung ..... sebidang C utas ..... sekeping D berkas ..... sekepal 64 Budak itu baru dapat menyebut beberapa______________ perkataan. A patah B batang C potong D Rangkap
LATIH TUBI TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN
Modul Latih tubi Tatabahasa : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak
SKEMA PENJODOH BILANGAN
1. C 2. B 3. D 4. B 5. B 6. C 7. A 8. A 9. A 10. B 11. C 12. C 13. B 14. A 15. B 16. A 17. C 18. B 19. A 20. C 21. B 22. B 23. D 24. D 25. C 26. B 27. D 28. B 29. D 30. C 31. C 32. B 33. D 34. C 35. C 36. D 37. A 38. C 39. D 40. B
41. A 42. C 43. C 44. D 45. A 46. B 47. A 48. B 49. C 50. A 51. B 52. C 53. D 54. B 55. C 56. A 57. B 58. D 59. B 60. C 61. B 62. D 63. B 64. A
Top Related