LOBAK, TELURDAN BIJI KOPI
Didihkan air di dalam tiga periuk.
Dalam periuk pertama, masukkan lobak
Dalam periuk kedua, masukkan telur.
Dalam periuk ketiga, masukkan biji kopi yang telah dikisar (serbuk kopi)
Didihkan ketiga-tiga periuk selama 15 minit.
Keluarkan apa yang telah direbus tadi.
Lobak yang keras sekarang menjadi lembutTelur yang lembut (cair) didalam akhirnya bertukar keras (beku) dalamnya.
TETAPI.. Air yang direbus tadi bertukar warna dan mengeluarkan bau yang harum.Serbuk kopi telah pun lenyap.
Sekarang fikirkan tentang hidup.Hidup tidak selalu mudah.
Hidup tidak selalu selesa
Adakalanya hidup sangat sukar.
Kita bekerja keras tetapi mendapat hasil yang sedikitApa yang berlaku bila kita berhadapan dengan kesukaran??Perkara tidak berlaku seperti yang kita harapkan.
Orang tidak melayan sebagaimana kita inginkan.
Fikirkan tentang periuk tadi..Air yang direbus ibarat masalah dalam kehidupan kita.
Kita boleh menjadi seperti lobakBermula dengan teguh dan kuatBerakhir dengan lembut dan lemah.
Kita menjadi penat.Hilang harapan.Putus asa.Tiada semangat untuk menjalani kehidupanJANGAN MENJADI SEPERTI LOBAK!!!!
Kita boleh menjadi seperti telurBermula dengan hati yang lembut dan sensitif.Berakhir dengan hati yang keras dan tidak berperasaan.
Kita benci orang lain.Kita tidak suka diri sendiri.Kita menjadi tidak berperasaanJANGAN JADI SEPERTI TELUR!!!
Kita boleh menjadi seperti biji kopi.Air tidak mengubah serbuk kopiTetapi serbuk kopi yang mengubah air!!!!
Air berubah wajah disebabkan oleh serbuk kopi.
Lihat. Bau.Minum.
Semakin panas air, semakin sedap rasanya.
Kita boleh menjadi seperti serbuk kopi.Kita mengubah sesuatu menjadi lebih baik dari kesukaran yang kita hadapi.
Kita belajar perkara baru.
Kita mempunyai ilmu baru, kemahiran baru dan kemampuan yang baru.Kita membesar dalam pengalaman.
Kita menjadikan sesuatu di sekeliling kita bertambah baik.
Untuk berjaya, kita mesti mencuba dan terus mencuba.Percaya dengan apa yang dilakukan.Tidak mudah putus asa.Sentiasa bersemangat.Mesti bersabar.
Masalah dan kesukaran memberi kita peluang menjadi kuat.dan teguhdan bertambah baik.
Apa yang akan kita pilih sekiranya perkara tidak berlaku seperti yang dirancang??!!TELUR
Atau BIJI KOPI???LOBAK
Jadilah Seperti BIJI KOPI!!!
Top Related