Oleh Latifah Arifin [email protected]
Topeng dalam kehidupan Orang Asli khususnya etnik Mah Meri dari Pulau Carey, Selangor boleh diibaratkan umpama
'nyawa' mereka kerana digunakan dalam pelbagai istiadat termasuk penyembahan, merawat penyakit dan menolak bala.
Pengukir tOIteng kayu daripa. da etnik Mah Meri, Ghazaly Anak
+ Uju ketika ditemui Sastera BH pada Pameran Topeng di Esplanade KLCC, Kuala Lumpur, berkata setiap topeng yang diukir mempunyai fungsi tertentu dan tidak boleh disentuh atau dipermainkan oleh orang di sekelilingnya.
"Sebagai contoh, topeng banyak digunakan dalam mengubati penyakit oleh etnik Mah Meri dan bomoh akan meminta ahli keluarga menghasilkan topeng dengan rupa bentuk mengikut mimpi yang disifatkan sebagai petunjuk untuk menyelamatkannya.
"Selepas topeng itu dibuat, ia akan dibawa untuk upacara tarian sewang, iaitu salah satu cara mengubati penyakit· dan kemudian diletakkan di sungai atau dalam hutan sebagai tanda menghalau semua gangguan yang datang kepadanya.
"Kebiasaannya selepas topeng itu diletakkan di hutan atau sungai, pesakit akan kembali sembuh, manakala penduduk atau orang luar disarankan tidak mengambilnya kerana dikhuatiri akan ditimpa penyakit sama," katanya.
Dikomersial sebagai produk kraftangan Katanya, sehingga kini topeng masih menjadi simbol penting dalam masyarakat Mah Meri, walaupun ia secara perlahan-Iahan turut dikomersialkan sebagai produk kraf tangan.
"Agak sukar untuk menghasilkan sebuah topeng, bahkan dalam kampung kami, tidak ramai yang mempunyai kebolehan sebegini, iaitu tidak kurang daripada 10 pengukir yang masih aktif.
"Mengukir atas kayu keras lebih mengambil mas a dengan keba-
nyakan pengukir selesa menggunakan kayu pulai yang lebih lembut, cuma ia sukar didapati sekarang apabila banyak pokok yang ditebang dalam projek pembalakan," katanya yang turut menghasilkan sendiri alatan untuk mengukir kayu seperti pahat.
Sementara itu, Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ezlina Alias, berkata pameran topeng etnik Mah Meri berkenaan adalah sebahagian daripada pelbagai program dalam Festival Topeng Antarabangsa Malaysia kali pertama itu.
Tenggelam dalam hiburan moden "Ia bertujuan memberikan kef ahaman kepada masyarakat mengeniti sosiobudaya tempatan dan luar negara mengenai pemakaian, reka bentuk dan keunikan topeng.
"Topeng jarang diangkat dalam
JKKN menjalankan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dengan membawa penggiat seni topeng dari pe/bagai negara untuk bergabung dalam sebuah festival berprestij untuk membentuk pemahaman masyarakat"
Ezlina Alias, Pengarah Unit Komunikasi Korporat JKKN
Mah » Festival tampilkan pemakaian dalam persembahan seni,
rawatan penyakit dan ritual di seluruh dunia
bentuk komersial sehingga ia tenggelam
dengan pelbagai hiburan moden, sedangkan satu ketika dulu, ia digunakan dalam pelbagai acara termasuk dalam seni persembahan, sebahagian ritual dan kepercayaan dalam masyarakat dan istiadat tertentu.
"Justeru, JKKN menjalankan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dengan membawa penggiat seni topeng dari pelbagai negara untuk bergabung dalam sebuah festival berprestij untuk membentuk pemahaman masyarakat dan menyemarakkan kembali seni topeng yang mempunyai keunikan tersendiri," katanya.
Tambah beliau, antara pengisian utama dalam Festival Topeng Antarabangsa Malaysia termasuk pameran dan demonstrasi, perarakan bertopeng, persembahan gala topeng pelbagai negara dan pertandingan mewarna topeng khusus untuk kanak-kanak.
Tampilkan topeng luar negara "Ia tidak hanya membabitkan penggiat seni dan budaya topeng tempatan, bahkan negara lain termasuk Indonesia, Sri Lanka, China, Korea, Thailand serta Filipina turut memperkenalkan seni tari dan persembahan budaya mereka bercirikan topeng.
"Selain persembahan budaya, pameran topeng di KLCC yang menampilkan gerai Muzium Negara yang bercerita mengenai sejarah topeng, Balai Seni Visual Negara (BSVN) dalam aspek apresiasi seni visual dan Istana Budaya (IB) dalam seni persembahan topeng turut memeriahkan festival.
"Ia tentu saja peluang keemasan untuk masyarakat melihat refleksi topeng yang berbeza mewakili pelbagai negara, sifat universalnyadan kepelbagaian pada setiap ukiran topeng," katanya.
Ghazaly berkongsi cerita mistik etnik Mah Meri pada Pameran Topeng di Esplanade KLCC, Kuala Lumpur. [FOTO NURUL SYAZANA IBH 1
Pelbagaijenis topeng dar; dalam dan luar negara menarikperhatian pengunjung.
Top Related