B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
B MAKLUMAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTANJALAN INTAN, TAMAN INTAN, 86000, KLUANG, JOHOR
Tel : 07-7727908 Faks : 07-7726908 | E Mail [email protected]
Laman Sesawang : http://skseriintan.com/
KOD SEKOLAH : JBA2055
GRED SEKOLAH : B
SESI : PAGI dan PETANG
DUN : MENGKIBOL
PARLIMEN : KLUANG
BILANGAN GURU : 63 ORANG
BIL KAKITANGAN BUKAN GURU: 10 ORANG
BILANGAN STAF SWASTA : 7 ORANG
BILANGAN MURID : 809 ORANG
1
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
1.0 SEJARAH
1.1 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Kedudukan lokasi Sekolah Kebangsaan Seri Intan terletak di Jalan Intan,
Taman Intan, 86000 Kluang yang jaraknya 5 kilometer dari Bandar Kluang. Sekolah
ini dibuka pada 1 Disember 1994. Seramai 695 orang murid lelaki dan perempuan
dari pelbagai kaum bersekolah di sekolah ini pada awal pembukaannya. Mereka
terdiri daripada murid Tahap 1 sahaja yang datang dari sekitar Taman Intan,
Taman Kluang Jaya, Taman Kluang Barat dan Kompleks INTAN. Sebelum ini
mereka bersekolah di SK Lelaki Bandar, SK Perempuan Bandar, SK Tunku
Mahmood 1 dan SK Tunku Mahmood 2. Atas arahan Pejabat Pendidikan Daerah
Kluang, mereka berpindah ke sekolah ini memandangkan mereka tinggal
berhampiran dengan sekolah.
Pada awal pembukaannya sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan
3 tingkat dan sebuah kantin. Ia dilengkapi dengan 18 bilik darjah , ruang pejabat,
bilik guru, perpustakaan, bilik Kemahiran Hidup, bilik SPBT, stor dan tandas. Pada
masa itu sekolah ini mempunyai seramai 29 tenaga pengajar termasuk guru besar.
Sesi persekolahan hanya diadakan pada sebelah pagi sahaja. Pada sebelah
petangnya pula, pelajar-pelajar dari SMK Taman Kluang Barat menumpang
sementara sehingga 20 Mac 1995.
Memandangkan bilangan pelajar kian bertambah setiap tahun, maka pada
tahun 2001 sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan tambahan 3 tingkat,
sebuah makmal komputer dan dengan kerjasama PIBG sebuah surau telah dapat
dibina.
Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Seri Intan mempunyai bilangan
pelajar seramai 1551 orang dengan tenaga pengajar seramai 75 orang dan 10
orang kakitangan bukan guru. Pada tahun 2003, sebahagian pelajar dan guru SK
Seri Intan diarahkan berpindah ke sekolah baru iaitu SK Seri Taman Kluang Barat.
2
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
Sehingga kini, SK Seri Intan mempunyai pelbagai aliran kelas yang terdiri
daripada 4 buah kelas setiap aliran Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 iaitu kelas Mutiara,
Berlian, Zamrud dan Nilam serta 2 buah kelas Pra Sekolah iaitu Pra Sekolah A
(Bunga Raya) dan Pra Sekolah B (Bunga Mawar) juga terdapat 3 buah kelas
Pendidikan Khas dan sebuah kelas Pra Pendidikan Khas. Bilangan keseluruhan
pelajar adalah seramai 900 orang dengan tenaga pengajar seramai 63 orang yg
terdiri daripada 45 orang guru sesi pagi dan 18 orang guru sesi petang serta
dibantu oleh 16 orang kakitangan bukan guru.
Selain daripada itu SK Seri Intan telah memperoleh Anugerah Sekolah Guna Sama
daripada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang kerana Sekolah Agama Seri
Intan ditempatkan di satu sekolah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Intan.
Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Seri Intan. Ia mengambil
sempena kedudukannya di taman perumahan iaitu Taman Intan. Sekolah ini
terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat Bandar Kluang.
1.2 LOKASI KEDUDUKAN SEKOLAH
Lokasi SK Seri Intan mengambil masa 8 minit dari Kompleks Pengankutan
Awam Kluang dengan jarak 4.4 km. Sementara jarak sekolah ini dari Tol Lebuhraya
Utara Selatan (Ayer Hitam) adalah 18.2 km yang mengambil masa selama lebih
kurang 18 minit untuk sampai.
3
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
1.3 LOKASI KEDUDUKAN SEKOLAH DARI SATELIT
2.0 FALSAFAH SEKOLAH
1. Bahawa murid-murid di sekolah ini berkebolehan dan berpotensi untuk maju
dan berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan itu, seluas-
luas peluang akan diberikan kepada semua murid di sekolah ini untuk
mengembangkan kebolehan dan potensi.
4
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
2. Bahawa semua pendidik di sekolah ini berkeupayaan dan berkebolehan
serta mempunyai kecekapan dan juga kemahiran untuk memberi pendidikan
yang sempurna, menyeluruh dan bermutu tinggi bagi memajukan tahap
pendidikan di sekolah ini.
3. Bahawa sekolah ini berkeupayaan untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan fizikal dan tenaga pendidik serta bersedia memikul
tanggungjawab melahirkan generasi yang boleh memberi sumbangan yang
positif kepada masyarakat, bangsa, agama dan Negara.
3.0 VISI SK SERI INTAN
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
4.0 MISI SK SERI INTAN
Melestari Sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
bagi memenuhi Aspirasi Negara
5.0 MATLAMAT
Sekolah Kebangsaan Seri Intan berhasrat melahirkan insan cemerlang, berilmu,
berakhlak mulia dan berketrampilan yang berdaya tahan tinggi serta mampu
menangani cabaran dan tuntutan ke arah Wawasan 2020 sejajar dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Berlandaskan Rukun Negara.
6.0 OBJEKTIF
5
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
1. Meningkatkan Pencapaian % ABC UPSR kepada 90% dan GPS 1.6 pada tahun
2015
2. Mencapai 100% murid melepasi LINUS pada akhir tahun 3
3. Mencapai Kecemerlangan Ko Kurikulum sehingga peringkat kebangsaan
4. Menyediakan prasarana sekolah yang selamat, bermaklumat dan kondusif untuk
pembelajaran.
5. Melaksanakan transformasi pendidikan terutama KSSR dan PBS dalam
pembelajaran dan pengajaran.
7.0 COGANKATA “MENYERLAH”
Cogan kata MENYERLAH merupakan kata kunci yang mempunyai makna
dan ertikata yang tersendiri dan mendalam merangkumi aspek akademik,
pengajaran dan pembelajaran, nilai murni dan kokurikulum. Cogan kata yang
simbolik ini diasaskan oleh Allahyarham Tn. Hj. Mohd. Lasim Bin Ahmad iaitu guru
besar yang pertama sekolah ini.
Rekabentuk ketulan intan yang terserlah menjadi khazanah yang tidak
ternilai melambangkan proses perancangan yang konkrit perlaksanaan dan
penghasilan kerja yang bersepadu, teliti dan bersungguh- sungguh bagi
kesempurnaan dan kecemerlangan sekolah ini.
8.0 SEKOLAH
Setiap Warga SK Seri Intan adalah bertanggungjawab dalam mengamalkan
budaya berikut :
Menepati masa
Berbudi bahasa
6
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
Budaya ilmu
Budaya penyayang
Budaya kerja beretika
Budaya cemerlang
Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan kementerian
pelajaran pada setiap masa.
Meningkatkan mutu dan kesan pembelajaran.
Menentukan objektif setiap tugas
Mengamalkan kerja secara bermesyuarah dan berpasukan.
Kepimpinan melalui teladan.
Kerja adalah ibadah
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
Senantiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran.
Kerja adalah ibadah.
9.0 PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Perkhidmatan Pelajaran SK Seri Intan dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik
murid-murid sekolah ini.
Menjalinkan hubungan erat serta memberi layanan mesra kepada semua
pihak yang berurusan dengan sekolah.
Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia serta
berpegang teguh kepada agama.
Menjalankan tanggungjawab dengan adil, cekap dan amanah.
Mengamalkan budaya bersih dan penyayang.
Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina
daripada semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
7
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
10.0 PRINSIP KERJA SK SERI INTAN
Integriti Menjadi Pegangan :
Jujur dan amanah dalam tugas
" INGATLAH, setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin
Bertindak dengan adil dan saksama untuk kepentingan orang ramai
Peningkatan dan pemantapan etika dan integriti sebagai budaya
2. Memahami, Melaksana dan Menghayati Akta/ Dasar :
Peka terhadap perkembangan dan tranformasi pendidikan negara
memahami dan menghayati akta / dasar pendidikan
Sistem penyampaian berkesan
Melaksanakan akta / dasar dengan bersunguh-sungguh
3. Kerja Berfokus dan Berimpak Tinggi
Kerja berfokus berdasarkan takwim dan perancangan strategik
Rancang dan laksanakan program berdasarkan kualiti dan bukan
kuantiti
Rancang dan laksanakan program secara berfokus berdasarkan data
Rancang dan laksanakan program yang berkesan dan berimpak
tinggi
4. Mengurus Isu dan Konflik Secara Bijaksana :
Tidak menimbulkan isu / konflik
Mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan
mematuhi dan melaksanakan prosedur aduan bagi setiap aduan yang
diterima
menyelesaikan isu / konflik secara bijaksana melalui permaufakatan
dan musyawarah
5. Kreatif dan Inovatif Dalam Tadbir Urus :
Mengamalkan budaya berfikir secara kreatif di luar kotak kebiasaan
Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara kreatif dan
inovatif
Menggunakan ICT untuk melaksanakan inovasi dalam tadbir urus
8
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
6. Keberkatan Melalui Doa dan Tawakkal
Berdoa dan bertawakkal setelah berusaha dan berikhtiar dengan
bersungguh-sungguh
Konsep kerja sebagai ibadah
mendapatkan keberkatan dalam kerja dan usaha yang dilakukan
11.0 FOKUS 2015 SK SERI INTAN
11.1. Akademik :
Memastikan pengurusan dan pencapaian akademik cemerlang
Membudayakan Headcount
Audit Akademik berfokus
Memperkasakan Panatia Mata Pelajaran
Pelaksanaan PdP berkesan
Penyeliaan PdP berkesan
Pembudayaan ' Thinking Classroom"
Pembudayaan “21st Century Classroom”
Pencapaian Linus 100%
11.2. Kepimpinan :
Memastikan peningkatan kompetensi kepimpinan
Memperkasakan amalan kepimpinan instruksional bagi peningkatan
tahap pengurusan dan pencapaian akademik
mengamalkan prinsif kepimpinan transformasional bagi mengukuhkan
amalan instruksional dan melonjakan pencapaian secara ketara
Melaksanakan konsep " distributed leadership" melalui pekongsian
kuasa dan pasukan kerja bagi meningkatkan keberkesanan
pengurusan
11.3. HEM & KOKU :
9
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
Memastikan pengurusan HEM & KOKU cemerlang
Tadbir urus HEM & KOKU yang cekap dan berkualiti
Audit Disiplin berfokus untuk peningkatan sahsiah dan akademik
Mengamalkan konsep " caring socienty"
Pelaksanaan program KOKU dan sukan secara berfokus untuk impak
yang tinggi
Penyemarakkan Program 1 Murid 1Sukan
11.4. Permuafakatan :
Memastikan permuafakatan pintar Majlis Majlis Perhubungan
( PIBG, MAJLIS PERMUAFAKATAN )
Memperkasakan peranan majlis-majlis perhubungan berdasarkan
kepakaran
Mengaktifkan majlis-majlis perhubungan untuk meyumbang kepada
peningkatan prestasi dan keberkesanan organisasi
Menerima cadangan, pandangan dan maklum balas majlis-majlis
perhubungan melalui wadah musyawarah bagi meningkatkan
pencapaian dan keberkesanan pengurusan
11.5. Permuafakatan :
Memastikan peningkatan elemen kreativiti dan Inovasi
Mewujudkan struktur organisasi yang mempunyai ciri-ciri yang
menggalakkan kreatif dan Inovasi
Membugarkan kreativiti guru untuk membuat inovasi dan
melaksanakan kajian tindakan bagi peningkatan keberkesanan PdP
Menggunakan kreativiti dan mencipta inovasi bagi meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan
11.6. Penggunaan ICT :
Memastikan peningkatkan penggunaan ICT
10
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
Penggunaan laman Web secara berkesan
Meningkatkan penggunaan ICT bagi meningkatkan keberkesanan
PdP dan pencapaian murid
Meningkatkan penggunaan ICT bagi meningkatkan keberkesanan
dan kecekapan dalam pengurusan
12.0 LENCANA SEKOLAH
Istilah logo pada lencana sekolah mencakupi 3 prinsip iaitu : YAKIN BOLEH | TANPA CACAT | WAWASAN
1. WARNA BIRU – menunjukkan wawasan, budaya dan merangkumi agama.
Rekabentuk dua tangan melambangkan guru dan ibu bapa digubah secara
grafik, khusus untuk mewujudkan insan (pelajar) yang seimbang, harmonis
dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan
kepada Tuhan.
2. BENTUK INTAN – menunjukkan menyerlah, ceria dan ketulenan.
3. WARNA PUTIH, HIJAU DAN KUNING – mewarnai modul pelajar yang pada
asalnya jernih telah terjana mindanya berasaskan kecekalan, kreativiti,
11
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
keazaman, kesungguhan, kejituan hati untuk mencapai kecemerlangan
berpegang pada prinsip YAKIN BOLEH.
4. WARNA MERAH – melambangkan unsur dinamik dan ketumpatan.
5. PENA INOVATIF – ketumpatannya telah menyiapkan diri pelajar dengan
kekuatan ilmu pengetahuan, bidang sains dan teknologi yang canggih,
usaha yang berterusan untuk menjadi bangsa yang BERWAWASAN.
13.0 LAGU SEKOLAH
TAJUK : MENYERLAH
Hormatkan guru,
Ikut pesan ibu,
Giat terus maju,
menimba ilmu,
Dengar pesan bapa,
rajin berusaha,
Cuba sampai jaya,,
untuk bangsa dan Negara,
Sekolah Kebangsaan Seri Intan,
Menuju ke era kejayaan,
Cogankata MENYERLAH,
Agama kami dukung dengan tabah,
12
B MAKLUMAT SEKOLAH INTERNSHIP 2015
Sedia berdikari, menyerlah peribadi,
Hidup sejahtera,
rukun Negara terasnya
(ulang rangkap 3 dan 4)
13
Top Related