MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK UNTUK
KEGUNAAN KOLAM HIASAN
MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK
UNTUK KEGUNAAN KOLAM HIASAN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
5765 MK21 GUAR PERAHU, Nama Penyelia
KBG. SEMANG, 14400
BKT. MERTAJAM, PULAU PINANG
Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan :………………………………………………
Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
Tarikh : 10 MEI 2011
iii
MEMBINA MESIN PEMBERI MAKANAN IKAN AUTOMATIK UNTUK
KEGUNAAN KOLAM HIASAN
MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iv
“saya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama penulis : MUHAMMAD IKHWAN BIN AHMAD
Tarikh : 10 MEI 2011
v
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t
Tesis ini didedikasikan kepada
Keluarga tercinta
Bapa (Hj. Ahmad Bin Hassan), Mak ( Hjh. Che Amah Binti Shafiee),
Kakak (Nurliyana Binti Ahmad),
Kedua-Dua Adik (Nur Syazana dan Muhammad Khairul Izzuddin)
Sahabat yang disayangi
Noraqma Aqmal Bin Yunos, Muhamad Fikri Bin Zakaria,
Mohamad Shahrizad Bin Saiaan, Seluruh pelajar SPH ambilan Disember
Penyelia yang disayangi
Dr. Muhammad Sukri Bin Saud
Terima kasih diatas sokongan, semangat dan bantuan yang telah
diberikan.
vi
PENGHARGAAN.
Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Pertama
kali saya ingin melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada penyelia saya
yang sentiasa membimbing dan memberi cadangan serta memberi semangat sepanjang
proses menyaipkan projek sarjana muda ini iaitu Dr. Muhammad Sukri Bin Saud. Tanpa
bantuan dan dorongan serta idea-idea yang banyak membantu saya bagi membolehkan
saya menyiapkan projek dan juga laporan lengkap projek saya yang bertajuk Membina
Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik Untuk Kegunaan Kolam Hiasan.
Seterusnya penghargaan kepada kedua ibu bapa saya serta ahli keluarga saya
yang lain yang memberi semangat dan juga bantuan daripada segi cadangan dan
kewangan bagi membolehkan saya mencapai matlamat menyiapkkan projek saya ini.
Terima kasih kerana memberi bantuan moral dan doa yang banyak membantu saya dari
segi rohani. Walaupun mereka jauh namun doa dan semangat mereka sentiasa
membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan projek ini.
Tidak dilupakan juga kepada sahabat karib saya iaitu Noraqma Aqmal,
Mohamad Shahrizad dan Muhamad Fikri yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar
serta sokongan moral bagi saya. Sesungguhnya jasa baik kalian amat dihargai dan sangat
besar. Juga kepada pensyarah-pensyarah JPTK yang membantu secara langsung dan
tidak langusng sepanjang saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Moga jasa baik
kalian dibalas Tuhan dengan balasan yang baik sentiasa.
Akhir sekali kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sepanjang saya menyiapkan projek ini. Moga kalian akan diberkati Tuhan. Sekian.
vii
ABSTRAK
Pembinaan rekacipta ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu mesin
pemberi makanan ikan automatik yang menggunakan mikro pemprosesan PIC P16F877.
Ia sebagai pengawal utama yang diletakkan dikawasan kolam rumah. Objektif kajian
adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku seperti faktor pemberian
makanan ikan yang tidak sistematik, mengurangkan lebihan makanan ikan didalam
kolam dan mencipta satu alat yang lebih sistematik dan lebih praktikal. Penghasilan
projek ini juga melibatkan kerja-kerja berkaitan elektronik, elektrik dan juga kerja kayu.
Untuk mengawal tetapan masa, peranti elektronik seperti timer dan juga microcontroller
digunakan. Peranti ini membolehkan masa pemberian makanan yang lebih sistematik
mengikut masa yang telah ditetapkan. Lebihan makanan juga dapat dikurang dengan
penggunaan peranti elektronik ini dimana makanan yang diberikan didalam sukatan
tertentu berdasarkan tetapan masa. Beberapa kaedah lain telah digunakan seperti
merujuk hasil kajian terdahulu dan juga mesin-mesin pemberi makanan ikan yang sedia
ada di pasaran serta yang telah dihasilkan oleh individu-individu tertentu. Hasil daripada
pengujian yang telah dijalankan, projek ini telah berfungsi dengan baik dan telah
mencapai objektif pembinaan rekacipta ini. Dengan terhasilnya rekacipta ini secara tidak
langsung ia mampu menjadi inovasi kepada pembinaan landskap pada masa hadapan.
viii
ABSTRACT
The construction of this invention is intended to produce a machine that automatically
feed fish using PIC P16F877 micro-processing. It is a main controller which is placed at
the pond area. The objective is to solve problems that occur as factors fish feeding that
are not systematically, reduce the surplus of fish food in the pond and create a tool that
is more systematic and more practical. Development of this project involves electronic,
electrical and wood working. To control the setting time, electronic devices such as
timers and the microcontroller is used. This device allows the feeding to be more
systematic base on time that has been set. Surplus food can also be reduced with the use
of electronic devices where the food is given in the pond based on the time setting.
Several other methods have been used as reference such as previous studies and also the
fish food feeder machines in the market and that have been produced by certain
individuals. The results of testing conducted, this project has been functioning well and
has achieved the objectives of the construction of this invention. With the development
of this invention indirectly can become an innovation to the construction of landscape in
the future.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PEMBIMBING ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENULIS iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Kajian 5
1.2.1 Perbezaan Produk Pemberi Makanan Ikan Dipasaran 6
1.2.1.1 Perbezaan jenis-jenis kaedah
Pemberian makanan ikan 7
1.3 Penyataan Masalah 8
x
1.4 Objektif Projek 9
1.5 Kepentingan kajian 10
1.6 Skop Projek 10
1.7 Definisi Istilah 10
1.7.1 Suis 11
1.7.2 Mikro Pemproses 11
1.7.3 Mesin 11
1.7.4 Perumah 12
1.7.5 Automatik 12
1.8 Kesimpulan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 14
2.1 Rekabentuk 14
2.1.1proses Reka Bentuk 15
2.1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Yang Wujud 16
2.1.1.2 Kajian Mengenai Masalah Yang
Timbul Dan Diterjemahkan
Dalam Bentuk Yang Boleh
Difahami Seperti Pada Kertas Lukisan 17
2.1.1.3 Menyesuaikan Dengan Kemampuan
Dan Pengetahuan Sedia Ada 17
2.1.1.4 Menganalisa Supaya Ianya Dapat Memenuhi
Keperluan Untu Kmelaksanakan 18
2.1.1.5 Pemilihan Dan Penilaian 18
2.1.1.6 Menyampaikan Penyelesaian Yang Dipilih 19
2.2 Sistem Pemakanan Ikan 20
2.2.1 Kadar Pemakanan Ikan 20
xi
2.2.2 Kekerapan Dan Waktu Pemberian
Makanan Ikan 20
2.2.3 Jenis Makanan Ikan 22
2.3.1 Kumpulan-Kumpulan Makanan Ikan 24
2.3 Pemberi Makanan Ikan Automatik 25
2.4 Contoh Projek Pemberi Makanan Ikan Automatik 26
2.4.1 Automatic Pet Feeder 26
2.4.2 Commercial Fish Feeder 27
2.4.3 Automatic Aquarium Feeder 28
2.5 Kesimpulan 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 30
3.1 Carta Alir Proses 34
3.2 Lakaran Projek 35
3.3 Lakaran 35
3.4 Lukisan Kerja 35
3.5 Bahan 36
3.6 Peralatan 36
3.7 Kaedah Dan TeknikPembuatan 36
3.8 Pengiraan Kos 37
3.8.1 Kos Bahan Mentah 37
3.9 Pengenalan Komponen Projek 40
3.9.1 Pemasa 40
3.9.1.1 Binaan Dalaman 41
3.9.1.2 Fungsi Setiap Pin Pemasa. 42
3.9.1.3 Formula Rekaan 43
3.9.2 Geganti 44
3.9.2.1Binaan Dan Tamatan Geganti 44
xii
3.9.2.2 Konsep Geganti 45
3.9.2.3 Cara Berfungsi 46
3.2.3 Suis 46
3.2.4 Diod Pemancar Cahaya (Led) 48
3.9.5 Mikropemproses 49
3.9.6 Pengubah 51
3.9.6.1 Teras 52
3.9.7 Transistor 53
3.9.8 Kapasitor 54
3.9.9 Litar Bersepadu 56
3.10 Kesimpulan 56
BAB 4 PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN KEPUTUSAN PROJEK
4.0 Pengenalan 58
4.1 Proses Penghasilan Projek 59
4.2 Proses Penghasilan Komponen Elektronik 60
4.2.1 Proses Membuat Litar 60
4.2.1.1 Kaedah Membuat Litar Surih 61
4.2.1.2 Kaedah Lettering 62
4.2.1.3 Kaedah Etching 63
4.2.1.4 Menebuk Lubang Pada Papan Pcb 64
4.2.1.5 Memasang Komponen 65
4.2.1.6 Memateri Komponen 65
4.3 Proses Penghasilan Komponen Mekanikal 68
4.3.1 Komponen Mekanikal Dalaman Projek 68
4.3.2 Komponen Mekanikal Luaran Projek 70
4.4 Pengujian Projek 71
4.5 Pengujian Pembangunan Sistem 72
4.5.1 Pengujian Menggunakan Multimeter 72
4.5.2 Pengujian Menggunakan Perisian 73
xiii
4.5.3 Pengujian Pada Persekitaran Sebenar 74
4.5.3.1 Jarak Taburan Makanan. 75
4.6 Kesimpulan 75
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 76
5.1 Rumusan 77
5. 2 PerbincanganKajian 78
5.2.1 Masalah Penghasilan Projek 78
5.2.2 Kelebihan Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik 80
5.2.2 Kelemahan Mesin Pemberi Makanan Ikan Automatik 81
5.3 Cadangan 83
5.4 Kesimpulan 84
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1: Kos Projek 37
Jadual 3.2: Carta Ghantt 38
Jadual 4.1: Jarak Taburan 76
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 1.1: Mesin Makanan Ikan Kolam 6
Rajah 1.2: Mesin Makanan Ikan Akuarium 7
Rajah 2.1: Proses Rekabentuk Kejuruteraan 16
Rajah 3.1: Carta Alir Penghasilan Projek Sarjana Muda 31
Rajah 3.2: Carta Alir Proses Mesin Berfungsi 34
Rajah3.3: Binaan Pemasa 40
Rajah3.4: Litar Dalaman Pemasa 555 41
Rajah3.5: Geganti 44
Rajah3.6: Bentuk Suis 47
Rajah3.7: Blok 3 Komponen Asas Mikropemproses 50
Rajah3.8: Kedudukan Pin Mikropemproses 50
Rajah3.9: Binaan Dalaman Pin Mikropemproses 51
Rajah3.10: Binaan Asas Pengubah 52
Rajah3.11: Simbol Transistor 54
Rajah3.12: Litar Penggunaan Transistor 54
xvi
Rajah 3.13 Kapasitor 55
Rajah 3.14 Keratan Rentas Litar Bersepadu 56
Rajah 4.1: Rangka Kerja Penghasilan Komponen Elektronik 59
Rajah: 4.2: Rangka Kerja Penghasilan Komponen Mekanikal 60
Rajah 4.3: Surihan Litar Menggunakan Komputer 61
Rajah 4.4: Proses Lettering 62
Rajah 4.5: Proses Etching 63
Rajah4.6: Rendaman Etching 64
Rajah 4.7: Proses Menebuk Lubang 64
Rajah 4.8: Cara Memateri Komponen Pada Papan PCB 66
Rajah4.9: Memateri Pada Papan Litar 66
Rajah4.10: Litar Lengkap 67
Rajah4.11: Litar Skematik Projek 67
Rajah 4.12: Komponen Dalaman Projek 68
Rajah 4.13: Komponen Luaran Projek 70
Rajah 4.14 Pandangan Sisi Projek 70
xvii
SENARAI SINGKATAN.
AC - Alternate Current
CPU - Center Processing Unit
I/O - Input / Output
IC - Integrated Circuit
LED - Light Emitted Diode
PCB - Printed Circuit Board
PLC - Programmable Logic Controller
RAM - Random Access Memory
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Lukisan Kerja 89
B Datasheets Mikropemproses 94
C Senarai Kod Mikropemproses 105
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada tahun 2010 Malaysia telah diistiharkan sebagai negara inovasi.Ini
menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk cuba menjadikan negara kita sebuah
negara berinovasi seperti negara di asia tenggara lain iaitu Singapura dan Indonesia.
Pengistiharan ini dilakukan untuk memberikan satu perubahan yang lebih ketara bagi
menjana ekonomi negara yang lebih maksimum berbanding dengan tahun-tahun
sebelum ini (Mosti, 2010).
Kini Malaysia sedang mengalami perubahan dimana kerajaan tahu bahawa
keperluan bertukar daripada ekonomi berasaskan ilmu kepada ekonomi berasaskan
inovasi supaya negara dapat berdiri sebaris dengan negara-negara maju seperti
Britain dan Amerika Syarikat seterusnya meletakkan pembangunan ekonomi
berasaskan inovasi dan kreativiti ia boleh dijadikan sebagai strategi utama bagi
memacu pembangunan negara dengan mencapai ekonomi berpendapatan tinggi
(Mohd Najib Abdul Razak,2010).
Pengistiharan ini, membolehkan inovasi menjadi asas kepada pertumbuhan
dan kemajuan negara. Ia adalah pemangkin yang boleh menentukan acuan dan
kepantasan negara untuk maju. Bagi Malaysia, ia adalah sebagai satu teras peralihan
kepada ekonomi diterajui teknologi dan ianya penting dalam mengekalkan kelebihan
2
daya saing negara. Perubahan yang berlaku hari ini memerlukan kerajaan dan
industri meletakkan inovasi serta daya kreatif sebagai faktor utama mencapai anjakan
kepada ekonomi berasaskan inovasi (Lokman Mohd Hashim, 2010). Manakala
ekonomi yang berasaskan inovasi adalah satu elemen penting dalam Model Ekonomi
Baru (MEB) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri dan diyakini ianya mampu
mencipta peluang dan kekayaan baru yang hanya dapat dicapai jika golongan muda
ketika ini bersifat kreatif, inovatif lagi cekap membuat keputusan kerana di dalam era
globalisasi ini kita perlu menggunakan inovasi, kepakaran dan modal sejagat untuk
terus maju (Mohamed Khaled Nordin, 2010).
Oleh itu, inovasi sebenarnya melibatkan penemuan yang memudahkan proses
kerja dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti atau mutu hasil kerja
secara ketara. Ini termasuklah inovasi teknologi yang melibatkan penghasilan
rekacipta bahan baru, dan inovasi sosial yang merangkumi kaedah baru dalam
mengurus masyarakat, memudahkan proses kerja dan penyelenggaraan maklumat
(Lokman Mohd Hashim, 2010). Tambahan pula, inovasi juga mampu dijadikan
sebagai usaha untuk meningkatkan nilai tambah bagi setiap produk, perkhidmatan
dan menjadi landasan baru kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan
(Utusan Malaysia, 2009).
Melihat kepada kepentingan inovasi, maka kepelbagaian produk berinovasi
perlu wujud di dalam pelbagai bidang atau sektor. Oleh itu, kelebihan sesuatu produk
yang inovatif boleh mengubah sesebuah industri menjadi lebih maju. Dimana,
pencarian idea yang bermula dari biasa dan dipandang ringan, setelah diinovasikan
akan menjadi hebat dan luar biasa (Mohd Faizal Aziz, 2010).
Dengan ini, inovasi di dalam landskap dilihat satu perkara yang baru bagi
masyarakat. Alat-alat yang baru dicipta bagi membantu penggemar landskap
menyelesaikan masalah ketiadaan masa untuk memberi makanan kepada ikan
ternakan mereka dan tidak mempunyai cara yang sistematik semasa memberi
makanan mampu diselesaikan dengan penghasilan produk yang diinovasikan.
3
Produk untuk kegunaan landskap ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu
ikon landskap jika diletakkan dikawasan kolam dan taman mereka. Landskap dalam
erti kata umum adalah pantulan daripada gabungan sistem semulajadi, dinamik dan
sosial di dalam kehidupan harian. Landskap adalah hasil interaksi di antara faktor
abiotik (sifat fizikal seperti air, udara dan tanah), biotik (sifat peribumi kehidupan
seperti haiwan, serangga dan tumbuh-tumbuhan serta ekosistemnya) dan budaya
(seperti corak kehidupan manusia, komuniti, ekonomi mahupun sejarah) yang secara
tidak langsung telah mewujudkan peradaban persekitaran setempat (Dzarul Hardy
Azwar, 2009)
Menurut Najib Talib (2001) pula, landskap merupakan apa-apa yang terdapat
di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik,
gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen
buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan. Landskap
memainkan peranan yang penting di dalam menyegarkan pemandangan serta
menyejukkan kawasan persekitaran rumah.
Ini bermakna, landskap bukanlah pokok atau tumbuh-tumbuhan semata-mata
yang sering menjadi sebutan atau tanggapan umum. Ia merupakan salah satu fungsi
atau elemen yang diadaptasikan di dalam sesuatu reka bentuk ruang atau kawasan
luaran bergantung kepada tujuan reka bentuk tersebut (Dzarul Hardy Azwar, 2009).
Ungkapan landskap itu sendiri sering disama ertikan dengan pokok-pokok di
taman mahupun tumbuh-tumbuhan yang terdapat di persekitaran kita. Namun,
tanggapan masyarakat umum yang seakan sudah sebati dengan sinonim erti
ungkapan lanskap dan taman, telah tidak lagi disalahtafsirkan dengan maksud yang
sebenarnya.
4
Di dalam pembinaan landskap pula, kolam buatan adalah salah satu elemen
terpenting di dalam penghasilan sesebuah landskap. Penggunaan elemen kolam ikan
di kawasan landskap ini juga telah dipraktikkan secara meluas seperti dikawasan
pejabat, hospital, bangunan pentadbiran kerajaan, pusat membeli-belah dan
dikawasan riadah.
Menurut Jimi Tan (2007), kolam bukan sahaja mempunyai peranan sebagai
satu produk binaan sahaja malah peranan yang lebih besar dimainkan oleh kolam
yang dikatakan bukan sahaja boleh menyejukkan pemandangan malah boleh
dijadikan sebagai satu terapi kesihatan. Kolam ikan yang dibina selalunya akan
menempatkan ikan-ikan yang mahal serta memerlukan penjagaan yang rapi serta
perlu diberi makan secara konsisten dan teratur agar ikan akan menjadi sihat dan
hidup dalam tempoh jangka hayat yang lama (Azwan Anwar, 2008).
Menurut Jimi Tan (2007) lagi, untuk ternakan ikan air dalam kolam, penyakit
sering menyerang apabila ikan mengalami tekanan. Oleh itu untuk mengelakkan ikan
dari dijangkiti penyakit, pengurusan kesihatan ikan perlu diberi keutamaan dalam
usaha mencegah berlakunya penyakit ikan.Disinilah faktor pemakanan akan
memainkan peranan yang amat penting. Oleh itu pengurusan kolam yang baik dapat
mewujudkan suasana ekosistem yang baik dan produktif serta boleh menyediakan
tempat yang sesuai untuk ikan hidup, membiak dan membesar (Jimi Tan, 2007).
Sistem pengurusan kolam yang salah mampu memberi kesan yang tidak baik
kepada ikan yang dibela. Pengurusan kolam yang baik termasuklah daripada segi
faktor aliran air dan oksigen, dan sistem pemberian makanan ikan yang memberikan
kesan kepada kebersihan kolam dan ikan. Mutu air juga perlu diperiksa dari masa ke
semasa. Ini bertujuan untuk memastikan mutu air sentiasa berada pada tahap yang
baik dan sesuai untuk ikan hidup dan membesar (Azwan Anwar, 2008). Sistem
pemakanan atau cara ikan ini diberi makan menjadi satu masalah bagi pemilik
landskap. Sekiranya ikan diberi makan pada waktu yang tidak tetap dan tidak
menentukan ia akan memberi kesan kepada tumbesaran ikan.
5
Lazimnya cara ikan diberi makan adalah secara manual iaitu pemilik akan
menabur makan ikan terus kedalam kolam. Namun, ia mempunyai masalah kerana
waktu pemakan ikan yang tidak menentu dan jika penghuni tiada dirumah maka ikan
akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi makan sehingga ke beberapa hari. Dengan
menggunakan sistem pemakanan yang sistematik dan berjadual atau dengan lebih
mudah lagi menggunakan mesin bermasa ia mampu menyelesaikan masalah ini.
Penggunaan mesin ini memudahkan penghuni dan juga lebih efisien kerana ia
akan memberi makan pada kadar yang betul dan pada masa yang betul mengikut
tetapan penghuni itu sendiri. Mesin ini boleh dibiarkan dikawasan kolam dan
sekiranya penghuni tiada dirumah untuk jangka masa yang lama ia mampu memberi
makan kepada ikan-ikan dan mengekalkan tahap kesihatan ikan itu sendiri. Mesin ini
tidak memerlukan sistem bekalan tenaga yang tinggi dan tidak mengeluarkan kos-
kos sampingan yang mahal malah ia mesra alam.
Melihat kepada pekentingan penjagaan ikan, makan produk berinovasi perlu
dicipta agar ianya mampu memberi satu jalan penyelesaian kepada permasalahan
yang terjadi. Oleh itu, satu mesin pemberi makanan ikan automatik akan dicipta
untuk cuba menyelesaikan permasalahan yang terjadi.
1.2 Latar belakang kajian
Mesin memberi makanan ikan secara automatik telah menjadi satu daya
tarikan kepada penternak-penternak ikan secara besar-besaran atau pemilik
persendirian pada masa kini. Bagi yang berkemampuan untuk membeli alat ini
mereka akan cuba untuk mendapatkan satu alat yang bukan sahaja memudahkan
kerja mereka, malah murah, lebih efisen dan lebih praktikal untuk diletakkan
dikawasan kolam ternakan dan juga kolam di rumah. Penggemar landskap juga
memerlukan satu cara yang baru bagi memastikan ikan peliharaan mereka sentiasa
diberikan makanan yang mencukupi dan pada masa yang tetap.
6
1.2.1 Perbezaan Produk Pemberi Makanan Ikan Dipasaran
Rajah 1.1:Mesin Makanan Ikan Kolam
Produk diatas menunjukkan satu mesin yang memberi makanan kepada ikan
ternakan dimana mesin akan dipasangkan di tepi kolam tenakan dan makanan akan
jatuh ke bawah. Kelemahan produk ini adalah makanan hanya jatuh pada satu tempat
sahaja. Makanan akan tertumpu pada satu kawasan sahaja menyebabkan ikan yang
berada dikawasan lain tidak mendapat makanan yang mencukupi untuk tumbersaran.
Kelemahan lain mesin ini ialah ianya mempunyai sistem bukaan yang rumit
dimana ianya dikawal oleh sistem pengaturcaraan logic (PLC) yang agak mahal dan
memerlukan kos penghsilan yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang rumit dan
memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem
pengaturcaraan logic (PLC) sahaja.
7
Rajah 1.2:Mesin Makanan Ikan Akuarium
Produk keluaran di atas ialah produk yang dicipta untuk kegunaan akuarium
dirumah dimana ianya diletakkan dibahagian atas akuarium atau dibahagian tepi
dengan diapit dengan pelekat yang mampu bertahan pada permukaan cermin
akuarium. Produk ini mempunyai kelemahan dimana makanan yang digunakan
adalah jenis keluaran khas yang berbentuk panjang ke bawah dan terendam di dalam
air akuarium. Ini akan menyebabkan air akuarium akan mudah kotor dan perlu
ditukar kerap berbanding akuarium biasa.
Kelemahan lain ialah ikan tersebut akan makan melalui makanan yang
terendam di dalam air. Produk ini hanya menggunakan satu alat untuk memegang
makanan daripada terputus. Produk ini hanya menggunakan aktiviti ikan sahaja
untuk memberi makanan dimana ikan tersebut perlu menggigit sendiri makanan
daripda kaedah biasa dimana makanan akan jatuh sendiri akibat proses mesin sendiri.
Ini menunjukkan kelemahan yang amat ketara dan kelemahan yang ingin diatasi di
dalam penghasilan mesin pemberi makanan automatik yang ingin dihasilkan.
8
1.2.2 Perbezaan jenis-jenis kaedah pemberian makanan ikan
a. Cara tabur
Kaedah ini biasa digunakan oleh penternak kecil. Makanan dimasukkan ke
dalam bekas seperti baldi dan penternak akan membawa makanan tersebut ke
sekeliling pelantar sangkar sambil menabur makanan. Kaedah ini di dapati sesuai
bagi ternakan kecil-kecilan (Mohd Khalil, 2009).
Cara memberi makan jenis taburan ini kurang efisen kerana makanan
diberikan dengan jumlah yang tidak sekata dan akan terjadi lebihan makanan di
dalam kolam dan menyebabkan kolam cepat kotor dan ikan mudah diserang
penyakit.
b.‘Demad Feeder ‘
Alat ini tediri dari tabung makanan, injap dan padel yang terendam di dalam
air. Alat ini dipasang ditepi sangkar. Makanan dimasukkan ke dalam tabung
makanan berbentuk silo dengan bahagian bawahnya berbentuk kon dan dipasang
injap. Injap ini akan terbuka sekiranya padel digerakkan. Apabila hendak makan
ikan-ikan akan menyentuh padel dan pergerakkan ini akan membuka injap dan
makanan akan jatuh ke dalam sangkar. Ikan-ikan akan merebut makanan tersebut
(Mohd Khalil, 2009).
Penternak perlu memeriksa tabung makanan dan mengisinya semula apabila
makanan di dalam tabung itu habis dimakan ikan. Proses ini akan berulang-ulang
sehinggalah semua ikan sudah kenyang. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik
kerana ikan akan mengambil makanan secukupnya sehingga kenyang. Ini bermakna
ikan sentiasa mendapat makanan yang mencukupi dan berterusan. Keadaan ini akan
mempercepatkan tumbesaran ikan.
9
1.3 Penyataan masalah
Penggemar landskap selalunya mempunyai masalah berkaitan dengan kolam
ikan mereka. Perkara utama yang terjadi ialah bagaimana untuk mengelakkan
terjadinya kelambatan memberi makanan kepada ikan-ikan yang dipelihara dan
bagaimana untuk mempunyai tempoh memberi makan ikan yang konsisten. Perkara-
perkara ini selalunya akan menyebabkan pemilik terpaksa menukar atau mengganti
ikan-ikan mereka kerana mudah mati disebabkan faktor waktu pemakanan yang tidak
konsisten. Untuk mereka yang prihatin mereka akan cuba untuk menyelesaikan
masalah ini dengan mudah dan untuk penyelesaian jangka masa panjang. Oleh
disebabkan itu, produk ini dicipta untuk menyelesaikan masalah, memudahkan dan
juga meringankan kerja memberi makan kepada ikan peliharaan kolam dan juga
memperkenalkan teknologi baru bagi bidang landskap.
1.4 Objektif kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini
objektif projek adalah bertujuan untuk:
a. Membangunkan satu mesin pemasa untuk memberi makan secara automatik
yang akan diletakkan dikawasan kolam.
b. Menentukan keberkesanan mesin yang dibina dengan menguji pada situasi
sebenar.
Top Related