SOALAN 1
Tajuk : Tuliskan huraian untuk menerangkan bagaimana guru dapat membantu
kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka mempelajari sains.
Pendahuluan.
Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka
mempelajari sains ialah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru sains perlu
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses
pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat
mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang
dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan
pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara
eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.
Soalan atau masalah yang beraras tinggi di tanyakan kepada murid dan murid
diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.Murid
dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan
sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui beberapa pendekatan
seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat,
pembelajarn konstekstual dan pembelajaran masteri.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains.
1.Pendekatan inkuiri penemuan.
Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat,
menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan
merupakan sifat utama inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji
dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat
1
sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing
murid untuk memahami konsepsains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri
penemuan ini. Namun demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan
tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui
inkuiri penemuan terbimbing.
2. Konstruktivisme.
Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar
sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam
sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam dalam konstruktivisme adalah seperti
berikut:
Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
Pembelajaran bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea mereka.
Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat
refleksi.
3. Pembelajaran konstekstual.
Pembelajaran konstektual ialah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan
harian murid. Pendekatan konstektual digunakan di mana murid belajar secara
menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan. Dalam pembelajaran
konstekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian
dieksplisitkan.dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat
menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.
4. Pembelajaran masteri.
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua
murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang
2
kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu
diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan
pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Pendekatan sains, teknologi dan masyarakat.
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan
apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka.Pembelajaran bermakna berlaku
dalam pendekan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan sains, teknologi dan
maasyarakat ( STM ). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM
diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains
melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam
masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains
dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah disebutkan diatas boleh
dilaksanakan oleh guru melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah,kajian
masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu di
nyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau
bagaimanapun guru boleh mengubah suaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.
Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan
kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta
sumber prasarana yang ada. Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan
perasaan ingin tahu mereka untuk mempelajari sains, guru perlu prihatin terhadap
kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza
perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini adalah
visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik,
perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara
insan dengan Penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
3
Antara kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh
guru untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka
untuk mempelajari sains ialah:
Ekseperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea
sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses
dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
4
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang
mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang
berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data
serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil
atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka
untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan
sebelum sesuatu aktiviti.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang
dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam
bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para
pelajar lain.
Lawatan
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran
sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi
5
penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,
menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi
dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa
lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering
dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.
Kajian masa depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan
keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa
depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang
seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif
untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa
penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh
dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Sebagai rumusan sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi
memahami alam sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan
6
dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on,
dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang
diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran,
merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman,
membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan
merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun
pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria
bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka
memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimen-
eksperimen yang mudah.
Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif
dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat
yang lebih tinggi. Pada peringkat awal kanak-kanak, aktiviti-aktiviti yang bercorak
hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting.
Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa,
pendengaran dan manipulasi bahan-bahan.
Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanak-
kanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan
sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui
buku-buku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep
cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanak-
kanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan
literasi.
7
SOALAN 2
Tajuk : Beri difinisi dan terangkan maksud konstruktivisme dan ciri-cirinya didalam kelas mata pelajaran sains
Pengenalan
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung
kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut
Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-
kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi
mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003),
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti
pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan
berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan,
kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah
yang dikatakan strategi pengajaran. Rajah 1.1 menunjukkan beberapa ringkasan
perbandingan mengenai model dan strategi
pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997).
Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme.
Pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu
pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan
pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses
8
pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana
pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran
tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998).
Konstruktivisme
Teori behaviorisme tidak mementingkan struktur mental pemikiran pelajar.
Sebaliknya tindakan dan pola perlakuan pelajar diberi penekanan ( Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001 ). Satu lagi teori yang menekankan kepada struktur mental
ialah teori kognitivisme ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 ). Teori ini telah
dipelopori oleh Piaget ( 1954 ) dalam Quaintance ( 2005 ). Konsep penting dalam teori
kognitivisme ialah skema, asimilasi, akomodasi, keseimbangan kognitif ( Quaintance,
2001 ).
Konstruktivisme timbul daripada anjakan paradigma teori behaviorisme kepada
teori kognitivism ( Gagnon dan Collay, 2001 ). Daripada teori kogtivisme ini lahirlah
konstruktivisme ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001 ). Rajah 2.1 menunjukkan
perkaitan antara teori behaviorisme, teori kognitivisme dan konstruktivisme.
Konstruktivisme merupakan teori yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh
wujud di luar minda pelajar tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar ( Poh Swee Hiang, 1997 ).
9
Takrifan Konstruktivisme
Takrifan konstruktivisme berbeza-beza mengikut pegangan aliran pemikiran dan
falsafah sarjana pendidikan. Diantaranya konstruktivisme personel atau kendiri
( Osborne dan Wittrock,1985 dalam Embong Omar, 2004 ), konstruktivisme sosial
( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ) dan konstruktivisme radikal ( Von
Glasersfeld, 1995 )
Antara takrifan konstruktivisme dalam pendidikan adalah pengetahuan individu
dibentuk melalui interaksi sosial ( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ). Beliau
juga menyatakan melalui interaksi sosial pemikiran individu akan bertambah bersama
dengan pengetahuan sedia adanya dan membentuk pengetahuan baru. Brooks &
Brooks ( 1993 ) pula mentakrifkan konstruktivisme sebagai teori tentang pengetahuan
dan pembelajaran bukan merupakan teori pengajaran. Beliau juga menyatakan bahawa
teori ini menganggap pengetahuan bersifat sementara, berkembang dan dipengaruhi
oleh konteks sosial dan budaya. Manakala Von Glasersfeld ( 1995 ) mentakrifkan
konstruktivisme sebagai pengetahuan, walaupun ditakrifkan dengan pelbagai cara ia
tetap berada dalam minda seseorang. Menurut beliau lagi, individu yang berfikir tidak
mempunyai alternatif lain kecuali untuk membina pengetahuan berdasarkan apa-apa
yang telah diketahui melalui pengalamannya sendiri. Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia pula mentakrifkan konstruktivisme tidak lebih daripada
satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.
Beliau menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
10
individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan
sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Manakala
Jenkins ( 2000 ) mentakrifkan konstruktivisme sebagai kefahaman pelajar akan
berkembang melalui penglibatan aktif.
Daripada takrifan konstruktivisme yang telah dinyatakan, penyelidik dapat
membahagikannya kepada dua kategori falsafah konstruktivisme iaitu konstruktivisme
sosial dan konstruktivisme radikal. Cendiakiawan seperti Vygotsky ( 1978 ), Brooks &
Brooks ( 1993 ) dan Jenkins ( 2000 ) dikategorikan sebagai mengamalkan falsafah
konstruktivisme sosial. Von Glasersfeld ( 1995 ) dan Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) pula
dikategorikan mengamalkan falsafah konstruktivisme radikal.
Namun begitu, satu ciri umum dalam takrifan konstruktivisme adalah berkaitan
dengan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman ( Zurida Ismail, Syarifah
Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Menurut mereka lagi,
konstruktivisme sosial yang merangkumi teori-teori pembelajaran dan pedagogi
dikatakan mempunyai impak besar pada pengajaran dan reka bentuk kurikulum.
Pendapat ini disokong oleh Boddy, Watson & Aubusson (2003 ) yang menyatakan
konstruktivisme sosial dapat membantu individu atau pelajar menjadi lebih aktif serta
dapat berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi.
11
Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme
Mengikut pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh menjadi
pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau
juga, guru pula harus menjadi penyampai ataupun penyalur ilmu dan menguruskan
kelas.
Brooks & Brooks ( 1993 ) menggariskan lima prinsip penting dalam pendekatan
pengajaran konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan
memberi masalah yang relevan kepada pelajar. Masalah yang diberikan seharusnya
menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah seharusnya
berteraskan konsep-konsep sains yang perlu dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih
memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan. Ketiga, guru-guru
juga perlu menyediakan peluang kepada pelajar serta mengemukakan pandangan dan
idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat. Keempat, selepas mencungkil idea awal
pelajar, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikir pelajar. Kelima, guru-guru
juga digalakkan membina soalan-soalan yang mencabar bagi menguji pemikiran pelajar
pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini akan merangsang pembelajaran
dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku.
Sehubung dengan itu, pendekatan pengajaran sains yang sesuai dengan
perspektif konstruktivisme ini perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan
hands-on dan minds-on ( Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali
Samsudin, 2006 ). Menurut mereka juga, aktiviti yang sesuai adalah melalui aktiviti
inkuiri yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.
12
Ciri –Ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar
membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya ( Driver, Asoko,
Leach, Mortimer & Scoot, 1994 ). Menurut mereka lagi, makna yang dibina itu
bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Justeru itu, bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-
guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman
berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa
pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif
pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada
mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah
Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Berikut adalah beberapa ciri-ciri
pembelajaran yang terdapat dalam satu modul yang diterbitkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Diantaranya :
Ciri Pertama
Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan
menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu
hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka.
Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar
mereka.
13
Ciri Kedua
Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka
mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah
yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon
kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama
mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam
pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar
menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari.
Ciri Ketiga
Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting
dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme,
proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana
pada waktu inilah pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah
serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis.
Ciri Keempat
Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperati
( kumpulan).
Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran
koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Mnurut Noor Shah Saad ( 2002 ),dalam
pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekejsama dalam kumpulan kecil dan
14
menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan
membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai
matlamat yang sama.
Ciri Kelima
Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak
perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang
dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar
merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi
di lain hari.
Ciri Keenam
Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru
dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar.
Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu
mendedahkan pelajar mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud.
Ciri Ketujuh
Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen.
Menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah
pengajaran yang berpusatkan pelajar.
Ciri Kelapan
15
Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar
sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat
mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar.
Maklumat ini penting untuk guru kerana menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ),
konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif
melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran
terbaru.
Ciri Kesembilan
Guru perlu mengambl kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar.
Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah
kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan,
pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan kerana guru perlu
memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil
pelajaran yang maksimum.
Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia ( 2001 ) menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu
pembelajaran berpusatkan pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru
bertindak fasilitator, menyokong pembelajaran koperatif atau pembelajaran
berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar,
memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar,
16
mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan
proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian
tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap
yang dibawa oleh pelajar dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh
pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
Kesimpulan
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
17
SOALAN 3
Tajuk : pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, dan dari tajuk
tersebut bentukkan satu hasil pembelajaran. Berdasarkan kepada hasil
pembelajaran tersebut :
a) Buat cadangan bagaimanakah cara kamu ingin mengajar tajuk
tersebut dengan menggunakan kaedah penemuan dari sudut
pandangan Bruner.
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat Bahan
Sub Topik : Sifat Bahan
Tempoh : 60 Minit
Tahun : 4
Objektif pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
- Mengenalpasti bahan konduktor dan bahan penebat
Pendekatan/Kaedah : Inkuiri penemuan/ Mengeksperimen
18
FASA
( MASA )
ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit )
Mengapa terdapat
jenis bahan dalam
satu alat eletrik.
Jenis aktiviti : Bercerita
1.Guru menceritakan tentang
pengalaman terkena kejutan
eletrik yang kecil.
2.Bersoal jawab pengalaman
sedia ada murid.
Kemahiran
saintifik :
komunikasi
Nilai murni :
Berhati-hati
Pencetusan
idea
( 10 minit )
Mengenalpasti
bahan konduktor dan
bahan penebat
eletrik.
1.Guru mengedarkan
pelbagai jenis objek kepada
murid, seperti paku,kertas,
buku, pensil, kayu, pembaris
plastik, karbon pensil, duit
syiling 10 sen, sudu plastik,
getah pemadam dan rod
kaca.
2.Murid mengelaskan bahan
kepada dua kumpulan
kondoktor dan penebat
eletrik.
Kemahiran
saintifik :
meramal,
mengelas
Nilai murni :
Kerjasama,
Berani
Penstrukturan
semula idea
Mengeksperimen
bahan yang diberi
melalui litar eletrik
1.Murid membina litar
lengkap.
2.Murid menyambungkan
Kemahiran
Saintifik :
Mengeksperime
19
( 25 minit ) objek yang diberi dalam satu
litar yang lengkap.
3.Murid membuat
pemerhatian tentang
nyalaan mentol bagi setiap
objek yang disambung
dalam litar lengkap.
4.Murid merekodkan hasil
pemerhatian dalam borang
yang diberi.
n
Nilai murni :
Bekerjasama
Jujur
Aplikasi idea
(15 minit )
-bahan konduktor
( pengalir eletrik )
-bahan penebat
( bukan pengalir
eletrik )
1.Guru meminta setiap
kumpulan murid
membentangkan hasil
keputusan eksperimen.
2.Setiap kumpulan murid
memberikan kesimpulan
berdasarkan hasil
eksperimen masing-masing.
3.Guru mengukuhkan hasil
dan memberi takrifan
konduktor eletrik dan
penebat eletrik.
20
Refleksi
( 5 minit )
Senarai bahan
konduktor dan
penebat
1.Murid membuat peta
minda.
i)Bahan konduktor
ii)Bahan penebat
2.Lampiran kerja disediakan
Pembelajaran Penemuan Bruner.
Bruner merupakan pendukung utama bagi pembelajaran penemuan. Menurut
Bruner pelajar bukan pendengar yang pasif sahaja, tetapi dapat belajar dengan baiknya
sekiranya mindanya bertindak ke atas apa yang dipelajarinya, tindakan mental ini boleh
berlaku melalui mendengar,membaca, bercakap, melihat, membuat dan berfikir oleh itu
jelaslah di sini bahawa pada peringkat orientasi hinggalah peringkat refleksi telah
menunjukkan berlakunya pembelajaran secara induktif iaitu pembelajaran bermula
dengan pengalaman pelajar yang spesifik dan seterusnya membentuk idea atau konsep
yang umum.
Burner juga menganjurkan supaya pengajaran dan pembelajaran perlu
dilaksanakan dengan cara kanak-kanak diberi peluang untuk menemui sesuatu konsep
dengan diri mereka sendiri sebagaimana dalam tajuk sifat-sifat bahan ini. Untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tajuk ini guru telah menyediakan
suasana dan kemudahan seperti menyediakan alatan dan bahan kepada murid. Dalam
pembelajaran penemuan ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara
21
sahaja danmemberikan bantuan sekiranya diperlukan sahaja. Contohnya murid-murid
dibekalkan dengan bahan-bahan konduktor dan bahan-bahan penebat seperti
paku,kertas, pensil kayu, pembaris plastik, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah
pemadam, dan rod kaca. Murid-murid menjalankan tugasan secara berkumpulan
menjalankan eksperimen dengan menyambungkan objek yang telah dibekalkan oleh
guru dalam satu litar lengkap. Murid-murid kemudiannya membuat pemerhatian tentang
nyalaan mentol bagi setiap objek yang di sambungkan dalam litar lengkap. Di akhir
proses pengajarn dan pembelajaran murid-murid dapat membuat generalisasi bahawa
bahan yang boleh menyalakan mentol ialah bahan kondoktor manakala bahan yang
tidak boleh menyalakan mentol ialah bahan penebat.
Melalui pembelajaran penemuan Bruner murid akan mendapat beberapa faedah
iaitu akan berlaku peningkatan keupayaan intelek murid. Ini adalah kerana melalui
pembelajaran penemuan murid belajar cara untuk belajar contohnya dalam tajuk ini
murid menjalankan penyiasatan secara kendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada
guru, guru hanya bertindak sebagai mentor sahaja. Cara ini membantu murid belajar
cara menyelesaikan masalah, ini membolehkannya menyusun dan menggunakan apa
yang telah dipelajarinya dalam situasi baru dan seterusnya mempelajari konsep baru.
Melalui pembelajaran penemuan murid akan mendapat ganjaran intrinsik iaitu
apabila mereka telah menemui sesuatu hasil daripada pembelajaran mereka tersebut.
Melalui pembelajaran penemuan juga murid boleh mempelajari heuristik penemuan
iaitu kaedah seseorang dilatih untuk mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Ini boleh
dilihat pada peringkat penstrukturan semula idea dimana murid-murid menjalankan
22
penyiasatan dengan menyambungkan bahan-bahan yang telah dibekalkan oleh guru
untuk menentukan bahan konduktor dan bahan penebat.
Akhir sekali melalui pembelajaran penemuan ianya dapat membantu proses
mengingat, dimana pengetahuan diperolehi melalui penemuan lebih mudah untuk
diingati dan akan menjadi ingatan jangka panjang.
SOALAN 3
23
Tajuk : pilih satu tajuk dari Kurikulum Sains Sekolah Rendah, dan dari tajuk
tersebut bentukkan satu hasil pembelajaran. Berdasarkan kepada hasil
pembelajaran tersebut :
b) Buat cadangan bagaimanakah cara kamu ingin mengajar tajuk
tersebut dengan menggunakan kaedah exposition dari sudut
pandangan Ausubel.
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat Bahan
Sub Topik : Sifat Bahan
Tempoh : 60 Minit
Tahun : 4
Objektif pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
- Mengenalpasti bahan konduktor dan bahan penebat
Pendekatan/Kaedah : Pendedahan
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN
24
( MASA ) DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
( 5 Minit )
Mengapa terdapat
jenis bahan dalam
satu alat eletrik.
Guru bersoal jawab :
1.Nyatakan beberapa jenis
peralatan eletrik yang ada
dirumah kamu ?
2.Bagaimanakah cara kamu
menghidup dan mematikan
peralatan eletrik tersebut ?
3.Berpandukan buku teks
guru menjelaskan tentang
apa yang mereka akan
pelajari pada hari itu
berkaitan dengan 2 istilah
iaitu konduktor dan penebat.
Kemahiran
saintifik :
komunikasi
Nilai murni :
Berhati-hati
Pencetusan
idea
( 10 minit )
Mengenalpasti
bahan konduktor dan
bahan penebat
eletrik.
Guru bersoal jawab :
1.Kenapa sesetengah
bahagian peralatan dibuat
menggunakan plastik
manakala sesetengah
bahagian diperbuat dari
logam ?
2.Guru menjelaskan maksud
Kemahiran
saintifik :
meramal,
mengelas
Nilai murni :
Kerjasama,
Berani
25
bahan penebat dan bahan
konduktor.
3.Guru memberikan
beberapa contoh bahan
penebat dan bahan
konduktor.
4.Murid mendengar
penerangan guru dengan
teliti.
Penstrukturan
semula idea
( 25 minit )
Mengeksperimen
bahan yang diberi
melalui litar eletrik
1.Guru membina litar
lengkap.
2.Untuk menguji contoh yang
diberikan guru menjalankan
demonstrasi,
menyambungkan objek yang
diberi dalam satu litar yang
lengkap, iaitu paku,kertas,
buku, pensil, kayu, pembaris
plastik, karbon pensil, duit
syiling 10 sen, sudu plastik,
getah pemadam dan rod
Kemahiran
Saintifik :
Mengeksperime
n
Nilai murni :
Bekerjasama
Jujur
26
kaca.
3.Murid membuat
pemerhatian tentang
nyalaan mentol bagi setiap
objek yang disambung
dalam litar lengkap.
4.Murid merekodkan hasil
pemerhatian dalam borang
yang diberi.
Aplikasi idea
(15 minit )
-bahan konduktor
( pengalir eletrik )
-bahan penebat
( bukan pengalir
eletrik )
1.Guru meminta setiap
kumpulan murid
membentangkan hasil
keputusan eksperimen.
2.Setiap kumpulan murid
memberikan kesimpulan
berdasarkan hasil
eksperimen masing-masing.
3.Guru mengukuhkan hasil
dan memberi takrifan
konduktor eletrik dan
penebat eletrik.
27
Refleksi
( 5 minit )
Senarai bahan
konduktor dan
penebat
1.Murid menjawab soalan
kuiz mengelas bahan iaitu :
i)Bahan konduktor
ii)Bahan penebat
Kaedah exposition dari sudut pandangan Ausubel.
Kaedah pengajaran secara exposition ataupun pendedahan telah dipopularkan
oleh David P.Ausubel, seorang ahli psikologi pendidikan. Ekspositori bermaksud
penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori
merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung
kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara
penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan
mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih
dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan
mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku mereka.
Dalam tajuk sifat-sifat bahan ini pada peringkat set induksi guru memberi nama
topik kemahiran ,konsep atau prinsip yang akan diajarkan diikuti dengan huraian atau
perbincangan dengan murid-murid tentang konsep, kemahiran atau prinsip yang telah
dipelajari dahulu supaya murid-murid dapat mengaitkannya dengan pelajaran baru iaitu
dikenali juga sebagai pengelola awal. Pengelola awal ialah maklumat pengenalan yang
28
relevan tentang isi kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran. Pengelola awal
yang boleh digunakan dalam tajuk ini ialah pengelola awal jenis pendedahan iaitu
sebelum memulakan pengajaran guru menyatakan bahawa pelajaran pada hari itu ada
kaitan dengan dua istilah iaitu bahan konduktor dan bahan penebat.
Dengan maklumat ringkas ini sebagai permulaan murid-murid telah diberitahu
bahawa kegiatan yang akan dilakukan adalah berkaitan dengan dua istilah. Mereka
juga diberitahu bahawa kedua-dua istilah ini akan membantu mereka untuk
melengkapkan kegiatan ini. Pengelola ini memberitahu murid-murid tentang apa yang
perlu dipelajari dan mengapa.
Pada peringkat pencetusan idea mula menerangkan maksud bahan konduktor
dan bahan penebat beserta dengan contohnya sekali. Contohnya bahan konduktor
ialah bahan yang boleh mengalirkan arus eletrik kebanyakan bahan konduktor
diperbuat dari logam contohnya pisau boleh mengalirkan arus eletrik. Manakala bahan
penebat ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus eletrik biasanya bahan penebat
adalah berasaskan getah, kayu, kaca dan plastik contohnya pemadam tidak boleh
mengalirkan arus eletrik. Jika sesuatu konsep baru di ajarkan, konsep itu harus di
takrifkan dalam perkataan yang sesuai dengan peringkat kemahiran bahasa murid-
murid yang sedia ada.
Selpas memahami konsep bahan penebat dan bahan konduktor yang telah
diterangkan oleh guru, seterusnya dalam peringkat penstrukturan semula idea guru
telah menjalankan demonstrasi langkah-langkah untuk menentukan bahan konduktor
dan bahan penebat. Dalam proses demonstrasi guru telah menggunakan pelbagai jenis
29
bahan untuk diuji supaya membantu murid memahami konsep bahan konduktor dan
bahan penebat dengan lebih mendalam lagi. Dalam peringkat ini juga guru boleh
menyuruh murid mengemukakn contoh mereka sendiri yang dapat mewakili kemahiran
dan konsep yang telah mereka pelajari.
Dalam peringkat aplikasi idea murid-murid di suruh menggunakan kemahiran,
konsep atau prinsip yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah, contohnya
murid membuat kesimpulan tentang bahan konduktor dan bahan penebat setelah
membuat pemerhatian keatas demonstrasi yang di tunjukkan oleh guru.
Akhir sekali refleksi digunakan untuk menilai pencapaian murid dalam
penguasaan kemahiran, konsep atau prinsip yang telah mereka pelajari, contohnya
murid menjawab soalan kuiz yang berkaitan bahan penebat dan bahan konduktor yang
dikemukakan oleh guru.
SOALAN 4
30
Tajuk : Tuliskan satu jurnal refleksi lebih kurang 100 patah perkataan
menerangkan pengalaman anda dalam menyiapkan tugasan kerja kursus
projek ini.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana saya dapat menyelesaikan kerja kursus
berasaskan ilmu ini. Amalan reflektif adalah penting untuk meningkatkan
profesionalisme guru. Guru-guru boleh menggunakan amalan refleksi dalam
pengajaran dan pembelajaran teori untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran
dan pembelajaran pelajar, dan membaik pulih dan mengubah suai rancangan, kaedah,
dan pengajaran ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Sesungguhnya, banyak perkara saya belajar semasa menyelesaikan
tugas ini. Pada mulanya saya sangat takut memikirkan bagaimana untuk
menyelesaikan tugas ini. Pertama kerana saya tidak tahu dari mana saya harus
memulakan tugas ini. Namun saya tidak berputus asa. Saya cuba untuk mengatasi
masalah ini dengan meminta pandangan pensyarah saya iaitu Pn.Raz Binti Mohamed
bagaimana untuk melakukan tugas ini. Di samping itu, saya juga banyak bertanya
kepada rakan-rakan yang lain. Di samping berbincang dengan pensyarah dan rakan-
rakan, saya juga menggunakan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan.
Untuk menyelesaikan tugas ini, saya juga telah menjalankan pembelajaran
koperatif. Melalui pembelajaran koperatif saya boleh meningkatkan kerjasama antara
kami semua sebagai pelajar. Sebagai contoh, kami selalu berkomunikasi dan
bercakap tentang tugasan dalam laman Facebook. Pembelajaran koperatif juga telah
membawa banyak kesan positif kepada kita semua, yang boleh meningkatkan
keyakinan diri, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan sentiasa
bekerjasama sebagai satu kumpulan belajar. Selain itu untuk melaksanakan tugas ini
saya perlu perlu mencari banyak bahan dan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini.
31
Selepas berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini, saya
mendapati bahawa ianya memberi kesan yang sangat baik dan berguna kepada saya.
Harapan saya, selepas ini saya berazam untuk belajar dengan bersungguh-
sungguh dan saya terus memperbaiki kelemahan saya.
32
Top Related