01
02
03
04
05
ePayment – https://epayment.uthm.edu.my>Misc. Payment>Isi maklumat
Pembayaran>Payment Type>SEBUTHARGA/TENDER>Description>Isi No.
Sebutharga>Amaun>Bayar
Naskah akan dikemukakan oleh pihak urusetia setelah bukti pembayaran
dikemukakan. Hanya syarikat yang membuat pembayaran pada atau
sebelum Tarikh Tutup Beli sahaja yang akan menerima naskah sebutharga
• Penyerahan secara walk-in, naskah perlu dimasukkan ke peti Sebut harga
PTJ Yang Membuat Pelawaan.• Penghantaran melalui pos berdaftar/kurier perlu di alamatkn ke PTJ Yang
Membuat Pelawaan. Pihak Universiti tidak bertanggungjawab di atas kelewatan,kehilangan atau lain-lain semasa sebut harga dipos/kurier
BELI NASKAH
MUAT TURUN NASKAH
PENGISIAN NASKAH
KESEMPURNAAN
DOKUMEN
PENYERAHAN NASKAH
Syarikat perlu melampirkan bukti pembayaran beserta dokumen yang
berkaitan semasa penghantaran naskah. Naskah tidak akan dinilai
sekiranya syarikat gagal melampirkan bukti pembayaran
INFO PEROLEHANPEMBELIAN NASKAH RM10/RM20(KERJA)
PKP 3.0
Info Pejabat Bendahari
Syarikat mengisi maklumat yang diperlukan pada naskah sebut harga
BEN/UP/031C-pin6-PKP
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
KENYATAAN SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA :
UTHM/25(JPM)/P/02/009/2021
Sebut harga ini adalah dipelawa daripada semua kontraktor/pembekal yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia/CIDB dan terbuka kepada kontraktor/pembekal
yang bertaraf atau tidak bertaraf Bumiputera dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di
bawah tajuk berikut:
Tajuk :
MENGUJI, MENYELENGGARA, MEMBAIK PULIH, MENAIK TARAF DAN MENENTU
SAHKAN KEBUK WASAP (FUMEHOOD) DI MAKMAL NANOSURF DI BLOK E2,
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP), UNIVERSITI
TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sebut Harga akan dijualkan mulai 6/7/2021 hingga 8/7/2021 jam 12.00 tengahari. Dokumen
Sebutharga tidak akan dijual selepas tempoh ini. Kontraktor/Pembekal boleh melayari laman
web http://pb.uthm.edu.my/vts_v5/tawaran.php untuk maklumat lanjut. Manakala tarikh tutup
sebutharga ini ialah pada 18/7/2021 jam 12.00 tengahari
Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai Sebut Harga di atas hendaklah membuat bayaran
secara ePayment sahaja sebanyak RM10.00 (Bekalan dan Perkhidmatan) atau RM20.00
(Kerja) dan naskahnya akan dikemukakan setelah pihak kontraktor/pembekal membuat
pembayaran. Kontraktor/Pembekal hendaklah memaklumkan pembayaran secara email
kepada Urusetia atau pemohon untuk tujuan pemakluman dan mendapatkan naskah.
Naskah Sebut Harga hanya akan dijual dan dikeluarkan kepada kontraktor/pembekal yang
mengemukakan Surat Wakil Kuasa Syarikat (Jika Berkenaan), Sijil Asal Pendaftaran
Syarikat (ROC/ROB), Sijil Asal Kementerian Kewangan, Sijil Asal Kementerian Kewangan
Pengiktirafan Taraf Bumiputra (Jika Berkenaan). Sekiranya pihak Universiti mendapati
kontraktor/pembekal mengemukakan dokumen palsu atau memberi dokumen yang tidak
lengkap maka pihak Universiti berhak untuk membatalkan penyertaan kontraktor/pembekal
terhadap sebutharga yang dibeli.
Sekiranya sebut harga melibatkan taklimat/lawatan tapak/premis, hanya PENAMA di dalam sijil
Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau
sesi taklimat sebut harga.
BEN/UP/031C-pin6-PKP
Sebut harga ini akan ditutup pada 18/7/2021. Dokumen sebut harga hendaklah
diserahkan/dimasukkan ke Peti Sebut Harga, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan
Pembuatan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup naskah tersebut.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau
secara tidak langsung, jika berlaku kelewatan, kehilangan atau lain-lain semasa sebut harga
dipos/kurier. Sebut harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan naskah ini bolehlah diajukan kepada:
Dr. Nur Azam bin Badarulzaman
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400,Batu Pahat, Johor
Tel (Pejabat) : 07-453 7808
Tel (H/P) : 017- 407 1558
e-mail : [email protected]
Zuikarnain bin Daud (Urusetia)
Tel. (Pejabat) : 07-453 7816
Tel. (H/P) :/ 017-746 7194
e-mail : [email protected]
1 / 5
BEN/UP/005D-pin5
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA (melebihi RM10,000.00 hingga RM50,000.00)
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh pembekal :- 1. KEADAAN BARANG
Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan. 2. HARGA
2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.
2.2 Harga yang ditawarkan hendaklah secara Cost, Insurance & Freight (CIF) dan tanpa cukai selain Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) (jika berkaitan).
3. BARANG SETARA
Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.
4. PEMERIKSAAN
4.1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum penyerahan.
4.2 Pembekal hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau pengujian apabila dikehendaki.
5. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI
Pembekal dikehendaki memperakui bahawa barang-barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
6. PENOLAKAN
Barang-barang yang rendah mutunya atau berlainan daripada barang-barang yang telah dipersetujui pembelian boleh ditolak.
2 / 5
BEN/UP/005D-pin5
7. TAFSIRAN
Sebut harga dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan pembekal bersetuju tertakluk hanya kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
8. PEMBUNGKUSAN
8.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan. 8.2 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak mencukupi
atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual. 9. INSURAN
Tiada apa–apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam harga sebut harga.
10. PENGENALAN
Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog-katalog dan negeri tempat asal barang-barang itu hendaklah ditunjukkan.
11. BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR NEGARA
11.1 CUKAI
Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai tidak termasuk semua cukai. 11.2 MATAWANG
Harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).
11.3 PEMBUNGKUSAN
11.3.1 Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia
melainkan jika mengikut norma perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak dibungkus.
11.3.2 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan
belanja pembungkusan. 11.3.3 Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan yang tidak
mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh syarikat.
3 / 5
BEN/UP/005D-pin5
12. PENGHANTARAN BARANG
Syarikat bertanggungjawab atas segala urusan dan kos penghantaran berserta insuran ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
13. PROSES PEMFAKTORAN
Pemfaktoran hanya dipertimbangkan untuk nilai harga yang melebihi RM20,000.00. Kelulusan diuruskan oleh Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
14. TEMPOH Tempoh sah laku sebutharga adalah selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh penyerahan
sebutharga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebutharga dan seseorang penyebutharga tidak boleh menarik balik sebutharganya dalam tempoh tersebut.
15. PELEPASAN BORANG KASTAM
Proses untuk kelulusan pelepasan borang kastam hendaklah dirujuk ke Unit Perolehan, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
16. TEMPOH PENGHANTARAN BARANG
16.1 Pembekal yang berjaya mestilah mematuhi tempoh penghantaran barang/perkhidmatan yang telah dipersetujui dan dinyatakan jadual siap bekal secara bertulis. Jika berlaku kelewatan, syarikat perlu mengemukakan alasan secara bertulis kepada pihak Universiti mengikut pegawai yang menandatangan Pesanan Tempatan/Inden/Kontrak.
16.2 Pihak universiti mempunyai hak untuk membatalkan sesuatu pesanan barang/ perkhidmatan
jika pembekal gagal menghantar atau menyediakan perkhidmatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya Universiti akan menyenarai hitam pembekal terbabit daripada berurusan dengan pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
17. TAWARAN HARGA
17.1 Pembekal hanya dibenarkan mengkodkan harga, jenama, model bagi satu pilihan (option)
sahaja bagi satu tawaran harga.
17.2 Satu (1) penyebut harga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran sebut harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.
17.3 Sekiranya pembekal/kontraktor/syarikat mengemukakan seperti di para 17.1 atau 17.2 di atas,
adalah dengan sendirinya tawaran sebutharga tersebut ditolak.
4 / 5
BEN/UP/005D-pin5
18. KADAR DENDA LEWAT BEKAL UNTUK PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
18.1 Kadar denda yang akan dikenakan untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah seperti berikut : -
i) Denda sebanyak 0.15% untuk satu (1) hari lewat bermula dari hari berikutnya selepas tamat
tempoh bekal di Pesanan Tempatan (LO).
Formula pengiraan denda : Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (0.15%) x Bilangan Hari Lewat = Jumlah Denda
ii) Denda maksima sebanyak 15% sekiranya tempoh bekalan melebihi 100 hari daripada tarikh
akhir bekal seperti di Pesanan Tempatan (LO) .
Formula pengiraan denda : Nilai Pesanan Tempatan (RM) x Kadar (15%) = Jumlah Denda
18.2 Denda yang dikenakan akan ditolak terus daripada nilai bayaran yang akan diterima oleh
pembekal. 18.3 Kiraan Denda hanya akan ditamatkan selepas pembekal selesai menghantar sepenuhnya
bekalan/perkhidmatan. Sekiranya pembekal hanya menghantar sebahagian bekalan/ perkhidmatan atau belum menyelesaikan latihan, denda masih akan dikira sehingga bekalan/perkhidmatan disempurnakan sepenuhnya.
19 PERUBAHAN EKUITI Pihak syarikat juga diingatkan supaya tidak boleh membuat sebarang pemindahan ekuiti syarikat disepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa.
20 PRESTASI DAN PENGALAMAN SYARIKAT Pengalaman syarikat dalam melaksanakan perolehan yang serupa. Syarikat mempunyai prestasi kerja/perkhidmatan/pembekalan yang memuaskan dalam tempoh lima (5) tahun terkini.
21 DOKUMEN SEBUT HARGA YANG PERLU DIKEMUKAKAN SEMASA MENGEMUKAKAN TAWARAN HARGA
21.1 Borang Syarat-syarat Am Sebut Harga;
21.2 Borang Jaminan Pembekal;
- kegagalan mengemukakan borang ini akan menyebabkan tawaran harga tidak diterima
21.3 Borang Jadual Harga dan Teknikal Sebut Harga;
21.4 Borang Maklumat Pembekal;
21.5 Borang Surat Akuan Pembida;
21.6 Brosur/katalog yang asal/original (Jika berkenaan)
5 / 5
BEN/UP/005D-pin5
22 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM PEROLEHAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 22.1 Perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-
apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
22.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini
walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Saya bagi pihak syarikat mengambil maklum dan bersetuju dengan syarat-syarat am sebut
harga bagi perkara di atas.
…………………………………………… ……………………………………………
(Tandatangan & Cop Syarikat) (Tandatangan Saksi)
Nama : ………………………………. Nama : ……………………………….
Jawatan: ……………………………. Jawatan: ……………………………….
BEN/UP/022-pin3
1. Nama Syarikat :
2. No. Pendaftaran Syarikat : (ROB / ROC)
: (KKM / MOF)
: (CJP / SST)
3. Taraf :
4. Alamat Syarikat :
5. No. Telefon / No. Telefon Bimbit :
6. No. Faks :
7. * Nama Akaun :
8. Maklumat Bank
No. Akaun No. Telefon No. Faks
9. Syarikat Menjadi Agen Pemasaran / Pembekal Tunggal Bekalan / Perkhidmatan
10. Modal Berbayar :
11. Profil Syarikat :
- Pengarah :
- Pemegang Saham :
- Pekerja :
12. Kerja Dalam Tangan Bagi Tiga Tahun Yang Terdahulu (sila nyatakan pengalaman kerja dalam bentuk lampiran lain )
- Kerajaan :
- Swasta :
Saya bagi pihak Syarikat memaklumkan maklumat di atas adalah benar.
Tandatangan Syarikat
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
COP SYARIKAT
Nama Syarikat Pembekal dan Alamat Penuh
Nama Bank Alamat
Jenis BarangTaraf Syarikat (pengilang /
pembekal tunggal / ejen)
Kemudahan Yang
Diberikan
* (Sekiranya nama syarikat berbeza dengan nama penerima bayaran)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
MAKLUMAT PEMBEKAL
Top Related