MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UPM KALI KE-35
Agenda 9
Cadangan Pertandingan Inovatif/Kreatif antara PTJ sempena HKIP UPM 2017
SAMBUTAN HKIP
UPM 2017
2 NOVEMBER 2017 (Khamis)
Keahlian
Pengerusi: Pengarah Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
Timbalan Pengerusi: Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan CQA
Setiausaha: Pegawai Tadbir CQA
Ahli:
1. Ketua Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor
2. Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
3. Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
4. Timbalan Bendahari, Pejabat Bursar
5. Ketua Bahagian, Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
6. Ketua Bahagian, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti
7. Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultan Abdul Samad
8. Pengarah, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9. Ketua Bahagian Pentadbiran, Taman Pertanian Universiti
10. Ketua, Penerbit UPM
11. Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
12. Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi
13. Pengarah Keselamatan, Bahagian Keselamatan Universiti
14. Ketua Bahagian Pentadbiran, Pusat Kesihatan Universiti
15. Ketua Bahagian, Pengurusan Kualiti Akademik dan Akreditasi, Pusat Jaminan Kualiti
16. Ketua Seksyen Audit Kualiti, Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti
17. Ketua Seksyen Dokumentasi, Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pusat Jaminan Kualiti
AHLI JAWATANKUASA INDUK HKIP UPM 2017
i. Nyanyian • Lagu Negaraku • Lagu Putra Gemilang
ii. Ucapan Aluan Pengerusi HKIP 2017 iii. Lafaz Ikrar Hari Inovasi iv. Persembahan Pembukaan HKIP 2017
v. Pertandingan Inovatif dan Kreatif Antara PTJ vi. Penyampaian Hadiah dan Anugerah HKIP 2017 vii. Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovatif dan Kreatif Antara PTJ HKIP 2017 viii. Hadiah Delegasi PTJ Kreatif ix. Ucapan Penutupan HKIP 2017 oleh Naib Canselor x. Lagu Hari Inovasi UPM xi. Pameran Poster bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan dan KIK yang dipertandingkan
PENGISIAN MAJLIS HKIP TAHUN 2017
1.
2.
En. Adidi Tamin, Pegawai Kebudayaan BHEP
Merangkap Pengerusi Pertandingan Inovatif dan Kreatif sempena HKIP UPM 2017
SYARAT UMUM
1. Terbuka kepada semua staf dan warga di Universiti Putra Malaysia.
2. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu menghantar satu kumpulan peserta.
3. Mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan menyertai pertandingan
ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan hendaklah dihantar
kepada urusetia Pertandingan Dikir Barat Inovasi Hari Kreatif dan Inovatif
(HKIP) UPM 2017 di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM atau di email
terus ke [email protected] sebelum …………... Penghantaran borang
penyertaan selepas tarikh ini akan dianggap tidak sah dan tidak akan diterima.
4. Setiap kumpulan peserta hendaklah mengenakan busana yang bersesuaian
serta tidak menjolok mata.
5. Semua perbelanjaan perjalanan dan makanan tidak akan disediakan dan
berada di bawah tanggungjawab kumpulan (PTJ) sendiri.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7. Peraturan universiti yang sedia ada di UPM perlulah dipatuhi sepanjang
berlangsungnya pertandingan.
8. Persembahan haruslah mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya
persembahan melebihi masa yang ditetapkan, para juri berhak menolak
markah.
9. Setiap peserta mesti berada 1 jam sebelum raptai dan acara persembahan
dimulakan.
10. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian/kehilangan semasa
pertandingan ini adalah tanggungjawab PTJ sendiri dan tidak dibenarkan
membuat tuntutan daripada pihak penganjur.
11. Pihak jawatankuasa pertandingan boleh membuat perubahan mana-mana
syarat yang difikirkan perlu kepada perubahan dari semasa ke semasa dan
berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang melanggar peraturan yang
ditetapkan.
SYARAT KHUSUS
1. Penyertaan
1.1 Terbuka kepada staf Universiti Putra Malaysia yang mewakili PTJ masing-
masing.
1.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 20 orang peserta.
Jumlah ini merangkumi:
i. 1 orang Juara
ii. 1 orang Tukang Karut
iii. 5 orang Pemuzik
iv. 14 orang Awak Awak
2. Peserta boleh terdiri daripada campuran lelaki dan perempuan atau lelaki
sahaja atau perempuan sahaja.
3. Peralatan muzik :
3.1 Setiap pasukan hendaklah menggunakan alat muzik Kitar Semula
mengikut kreativiti masing-masing.
3.2 Semua peralatan ini hendaklah dibawa sendiri oleh pasukan yang
bertanding.
4. Penjurian dan pemarkahan:
4.1 Penghakiman akan dilakukan oleh sekumpulan panel hakim yang
dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad.
4.2 Penghakiman adalah berdasarkan aspek berikut:
i. Nukilan mengikut kesesuaian/tema
ii. Suara
iii. Muzik
iv. Paduan suara awak awak
v. Gaya persembahan
vi. Pakaian
5. Persembahan berdikir boleh menggunakan sama ada dialek Kelantan atau
Bahasa Malaysia. Peserta dilarang menggunakan kata kata yang sensitif yang
boleh menyinggung perasaan orang lain atau pasukan lain.
6. Tajuk / Tema :
6.1 Tema untuk pertandingan ialah INOVASI
6.2 Peserta DILARANG menyentuh soal soal politik, perkauman, dasar
kerajaan, hal hal keagamaan dan hal hal lain yang sensitif.
1. Setiap pasukan diwajibkan mempersembahkan 1 lagu Juara dan 3 jenis
lagu karut iaitu:
i. Karut Yenki/Perlahan
ii. Karut Kelantan/ Cepat
iii. Melodi Wau Bulan
2. Durasi persembahan ialah selama 10 minit
3. Pakaian:
3.1 Peserta-peserta hendaklah memakai pakain tradisional (seragam)
mengikut pilihan pasukan masing masing yang bersesuaian dengan
pertandingan Dikir Barat Inovasi.
3.2 Pakaian hendaklah sesuai dan tidak menjolok mata.
1.
2.
SYARAT UMUM
1. Terbuka kepada semua staf dan warga di Universiti Putra Malaysia.
2. Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu menghantar satu kumpulan peserta.
3. Mana-mana Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan menyertai pertandingan
ini hendaklah melengkapkan borang penyertaan dan hendaklah dihantar
kepada urusetia Sketsa Inovasi Hari Kreatif dan Inovatif (HKIP) UPM 2017 di
Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM atau di email terus ke
[email protected] sebelum …………... Penghantaran borang penyertaan
selepas tarikh ini akan dianggap tidak sah dan tidak akan diterima.
4. Setiap kumpulan peserta hendaklah mengenakan busana yang bersesuaian
serta tidak menjolok mata.
5. Semua perbelanjaan perjalanan dan makanan tidak akan disediakan dan
berada di bawah tanggungjawab kumpulan (PTJ) sendiri.
6. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
7. Peraturan universiti yang sedia ada di UPM perlulah dipatuhi sepanjang
berlangsungnya pertandingan.
8. Persembahan haruslah mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sekiranya
persembahan melebihi masa yang ditetapkan, para juri berhak menolak
markah.
9. Setiap peserta mesti berada 1 jam sebelum raptai dan acara persembahan
dimulakan.
10. Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian/kehilangan semasa
pertandingan ini adalah tanggungjawab PTJ sendiri dan tidak dibenarkan
membuat tuntutan daripada pihak penganjur.
11. Pihak jawatankuasa pertandingan boleh membuat perubahan mana-mana
syarat yang difikirkan perlu kepada perubahan dari semasa ke semasa dan
berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang melanggar peraturan yang
ditetapkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Kualiti dimohon meneliti dan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan pertandigan inovatif/kreatif antara PTJ sempena HKIP 2017, iaitu: 1. Pertandingan Dikir Barat Inovasi HKIP;
2. Pertandingan Sketsa Inovasi HKIP;
3. Jawatankuasa pertandingan yang akan dipengerusikan oleh Encik Adidi Tamin,
Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar;
4. Pelantikan Jawatankuasa pertandingan dalam kalangan staf PTJ yang akan membantu pengerusi pertandingan; dan
5. Pemakluman pertandingan akan dihebah/maklumkan kepada PTJ UPM bermula pada 1 September 2017 untuk perhatian/tindakan lanjut PTJ yang ingin menyertai.
Top Related