Pengenalan
Google+ merupakan laman sesawang rangkaian sosial dalam talian yang dikendalikan
oleh Google. Laman ini dibuka pada 28 Jun2011 untuk mempelawa orang ramai menyertainya
untuk mengujinya. Hari selepasnya, pengguna yang mempunyai akaun dibenarkan untuk
mengundang rakan-rakan mereka yang berumur 18 tahun dan keatas menyertai laman sosial
tersebut. Tetapi, menurut eksekutif syarikat Google, Vic Gundotra, perkhidmatan ini dihentikan
dalam masa sehari kerana mendapat permintaan yang begitu banyak daripada pengguna.
Apa itu Google+?
Google+ secara harfiahnya ialah Google dengan tanda tambah. "+" adalah perangkaian
sosial yang ditambahkannya pada semua perkhidmatan Google lain, termasuk Gmail, YouTube
dan Blogger. Google+ membawakan ciri-ciri rangkaian sosial yang popular seperti ulasan,
perkongsian foto dan muzik, sembang video, dsb. ke kalangan sosial anda. Secara asasnya ia
merupakan apa sahaja yang pengguna mahukan, daripada perbualan yang berlangsung
kepada platform ekspresi diri, dengan alat untuk menjadikannya tersendiri atau kolektif
sebagaimana yang anda ingini.
Perkhidmatan ini direka bersama laman sosial lain seperti Google Profiles dan Google
Buzz. Laman ini juga memperkenalkan ciri-ciri baharu rangkaian sosial seperti "Kalangan"
(Circles), "Tempat Melepak" (Hangouts) serta "Sparks" dan "Borak" (Huddles)[3]. Telah
dikatakan bahawa perkhidmatan ini merupakan percubaan terbesar syarikat Google untuk
bersaing dengan laman Facebook[4].
Kelebihan Google+
Terdapat Ciri-ciri unik yang menjadikan Google+ sesuai untuk aktiviti pendidikan:
Ciri-ciri Maklumat
Kalangan (Circles)
Membolehkan para pengguna menguruskan kenalan mereka berdasarkan
hubungan sosial mereka ke dalam kumpulan untuk berkongsi apa yang
mereka sukai tanpa perlu diketahui oleh orang lain.
Borak (Huddle) Para pengguna boleh berhubung dengan ciri "Kalangan" dengan
menggunakan Android, iPhone dan peranti sistem pesanan ringkas (SMS).
Tempat Melepak (Hangouts)
Merupakan tempat yang digunakan untuk perbualan video dalam kumpulan
yang dipilih dalam "Kalangan".
Muat Naik Segera (Instant upload)
Membolehkan pengguna yang mempunyai peranti mudah alih Android
untuk memuat naik dan menyimpan gambar atau video dalam album
peribadi mereka bagi dikongsi.
Sparks Menggunakan Carian Google untuk mencari tajuk yang mereka sukai dan
mungkin berkongsi mengenainya.
Stream
Para pengguna boleh melihat ruang kemas kini mereka daripada
"Kalangan". Ini menyerupai "Suapan Berita" (News Feed) seperti
di Facebook.
Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tingggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian
sosial seperti Google+ ini boleh menyediakan:
1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar
2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti
pembelajaran.
3. Menyediakan peluang dan struktur kepada guru untuk membolehkan pelajar membantu
dan menyokong satu sama lain dengan membina kursus-kursus melalui komuniti yang
dibentuk oleh guru atau pelajar sendiri.
4. Modul pembelajaran berasaskan internet akan menggalakkan penglibatan aktif pelajar
dengan cara yang berbeza daripada kelas biasa.
5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesame pelajar dalam
bentuk komunikasi berasaskan web.
6. Membantu guru berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan
datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar bilik darjah.
7. Pelajar boleh menggunakan Google+ untuk menghubungi rakan sekelas tentang
tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek
kumpulan dalam persekitaran internet.
8. Rangkaian sosial ini dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru
dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk melihat profil guru yang mengandungi
maklumat peribadi, minat, latar belakang dan rakan yang boleh meningkatkan motivasi
pelajar.
Cara menggunakan Google+ dalam pendidikan
Rangkaian sosial sangat penting dan perlu diperkenalkan kepada pelajar. Untuk menggunakan
rangkaian sosial Google+ guru boleh meminta pelajar untuk:
1. Membuka akaun google+ mereka sendiri dan menjadi ‘rakan’ .
2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai
tugasan kursus, serta perkara yang berkaitan.
LANGKAH-LANGKAH MEMULA AKAUN GOOGLE+
Perkara yang diperlukan sebelum sign in di Google+ adalah :
Akaun e-mel untuk membuat Google account (anda tidak perlu akaun baru jika anda sudah
mempunyai akaun Gmail kerana apabila anda membuat akaun Gmail, secara automatik anda
telah mempunyai Google account). Langkah Pembinaan Akaun Google Plus adalah
Pergi ke laman web Google+
Di laman web google+ anda akan dipaparkan : Sign in dan : Join Google+.
LANGKAH 1
Membina akaun / Sign In
Jika anda sudah mempunyai Google account (dengan mempunyai akaun Gmail maka anda
telah mempunyai Google account), maka anda hanya perlu klik pada Sign In. Namun, jika anda
tidak mempunyai akaun Google, maka klik pada Join Google+.
Sign Up untuk Google Account
Selepas anda klik pada Join Google+, anda akan diarahkan ke laman sign-in, namun klik pada
SIGN UP di bahagian atas .
LANGKAH 2
LANGKAH 3
Membina Akaun Google
Anda akan diarahkan ke laman bernama "Create a new Google Account", di mana anda perlu
memasukkan nama anda, nama pengguna yang anda pilih, tarikh lahir, jantina, nombor telefon,
dan alamat e-mel lain.
Ikuti sahaja arahan yang ada di skrin dan jangan lupa untuk semak Terms and Condition
Google.
Klik pada Next Step
Setelah anda mengisi kesemua medan borang yang ada dalam form dan sudah menyemak
terms of service, klik pada Next Step.
LANGKAH 4
LANGKAH 5
‘Continue to google+’
Anda akan dibawa ke laman lain bagi mengesahkan alamat e-mel baru anda. Klik pada butang
biru iaitu Continue to Google+.
Mengisikan Maklumat Akaun Google+
Kemudian akan dipaparkan halaman di mana pemilik akaun boleh memasukkan profil umum
seperti nama dan jantina. Anda perlu memastikan maklumat profil umum tersebut adalah
maklumat yang betul dan upload gambar anda.
LANGKAH 6
LANGKAH 7
Baca dan ikut arahan di halaman yang dipaparkan, setelah selesai, klik pada butang Upgrade
berwarna biru di bawah.
Cari / tambah rakan di Google+
Anda kemudian boleh mencari rakan yang telah mempunyai akaun Google+. Carian boleh
dilakukan berdasarkan alamat email, universiti, atau nama. Selain itu, carian rakan boleh
dilakukan kepada rakan di akaun Yahoo! Atau Hotmail anda.
Setelah anda selesai mencari rakan, atau jika anda ingin mengabaikan (skip) langkah ini, klik
butang Teruskan/Continue di bahagian bawah screen.
Ikut Orang atau Halaman Terkenal (Follow)
Google akan memaparkan kepada anda senarai orang dan halaman yang mungkin menarik
bagi anda untuk anda follow. Anda boleh memilih untuk klik butang Follow yang ada di sebelah
bahagian yang menarik bagi anda dan kemudian klik Continue, atau skip langkah ini dan terus
klik Continue.
LANGKAH 8
LANGKAH 9
Menyunting Profil
Anda boleh mengisi data profil antaranya tempat kerja dan pendidikan anda, yang akan
membantu pengguna lain untuk mencari anda sebagai rakan mereka. Setelah mengisi
maklumat yang perlu, klik pada Finish.
LANGKAH 10
Tambah Kover Foto
(cover photo = foto yang berada di atas profile anda).
Tempat kerja
Pendidikan
Tempat tinggal
Finish
LANGKAH 11
Klik pada change cover untuk tukar
cover photo
Jendela berisi galeri gambar akan dipaparkan. Pilih salah satu gambar atau upload gambar
anda sendiri.
Setelah anda pilih salah satu gambar atau upload gambar anda sendiri, anda akan sampai
pada halaman dimana anda boleh memilih bahagian dari gambar tersebut yang akan menjadi
cover photo anda.
Select dengan mouse bahagian gambar yang diingini, kemudian klik Select Cover photo setelah anda selesai.
Select Cover photo
Dan halaman profile anda kini telah berjaya di muat naik.
Memuat naik bahan / mengurus akaun
Pada ruangan Posts Anda boleh berkongsi kata-kata dengan menulis pada share what’s new atau memuat naik bahan seperti gambar, video, membuat link dengan pautan lain, membuat
event pada Attach dan klik mana-mana yang anda mahu. Anda juga boleh memilih untuk
privasi post anda,umum atau pada mana-mana rakan yang anda mahu pada To. Tekan butang
share setelah selesai.
LANGKAH 12
Akaun google+ telah berjaya dibina
Kini anda boleh jelajahi akaun Google plus anda, update status seperti di Facebook, update info
profile anda, atau mencari rakan baru di sana.
Log keluar
LANGKAH 13
Menulis kata-kata
Klik pada photo untuk memuat naik gambar
video
Link pada pautan lain
event
Privasi post
LANGKAH 14
Klik pada gambar profil di atas sebelah kanan
Apabila keluaar paparan ini klik pada Sign Out.
Top Related