BAB 3
BAB 1
KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Nota panduan IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA
Maksud imperialisme dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menjajah negara lain. Negara yang lebih kuat menguasai negara yang lebih lemah. Nama kuasa-kuasa imperialisme Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara ialah Portugis menjajah Tanah Melayu. Sepanyol menjajah Filipina, Britain menjajah Burma / Tanah Melayu, Perancis menjajah Indo China dan Amerika Syarikat Menjajah Filipina. Faktor-faktor utama imperialisme Barat di Asia Tenggara ialah Asia Tenggara Memilik tanah subur, kaya dengan bahan mentah, kepesatan Revolusi Perindustrian di Eropah, memerlukan kawasan pasaran baru, pembukaan terusan Suez, memendekkan perjalanan antara Barat dengan Timur, Penggunaan kapal berkuasa wap, mempercepatkan perjalanan. Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan Timur dan Barat, Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk dapatkan tanah jajahan, Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda, Tugas menyebarkan tamadun digunakan oleh Perancis dan Tugas menyebarkan agama Kristian. Nyatakan kesan penggunaan kapal berkuasa wap terhadap perkembangan imperialisme Barat di Asia Tenggara ialah dapat membawa muatan yang lebih banyak, mempercepatkan perjalanan, menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos pengangkutan. Kepentingan Terusan Suez kepada imperialis Barat ialah memendekkan jarak antara Timur dan Barat, perjalanan lebih selamat, menjimatkan kos, memudahkan laluan kapal berkuasa wap dan mempercepatkan perjalanan antara Timur dengan Barat.
1Apakah maksud imperialisme? (1 Markah)
KodFakta
F1
F2
Ingat Jangan Lupa
2Namakan dua kuasa imperialisme Barat yang terlibat dengan imperialisme di Asia Tenggara (2 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
Ingat Jangan Lupa
3Jelaskan faktor-faktor utama imperialisme Barat di Asia Tenggara (6 markah)
Bina Esei dua atau tiga perenggan
Ingat jangan lupa
4Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk menguasainya (2 markah) (KBKK)
KodFakta
F1
F2
F3
Ingat Jangan Lupa
5Nyatakan kesan penggunaan kapal berkuasa wap terhadap perkembangan imperialisme Barat di Asia Tenggara (2 markah) (KBKK)
KodFakta
F1
F2
F3
Ingat Jangan Lupa
PERUBAHAN SISTEM POLITIKPengenalan Sistem Birokrasi Barat Ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan dinegara- negara Asia Tenggara ialah penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah, pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir, pelaksanaan pentadbiran melalui penubuhan biro, pegawai Barat menjadi ketua Biro, pemerintah tempatan dipaksa menerima penasihat dari Barat, undang-undang Barat diperkenalkan dan penubuhan jabatan kerajaan contohnya Jabatan Pelajaran.1Nyatakan ciri-ciri birokrasi Barat yang diperkenalkan dinegara- negara Asia Tenggara (2 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Filipina Ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Sepanyol ialah terdiri dari daerah-daerah kecil dikenali sebagai Barangay, Diperintah oleh Datu dan di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam. Ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina semasa dikuasai oleh Sepanyol ialah Memperkenalkan sistem pemerintahan berpusat, Gabenor Jeneral pemerintah tertinggi, Ketua Datuk Bandar sebagai pentadbir wilayah, Gabenor kecil sebagai pentadbir bandar, Peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda, Sistem Encomienda diketuai Encomiendero dan Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan tradisional. Ciri-ciri sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina ialah pemerintah dikenali sebagai Encomiendero, tugas Encomiendero berperanan menjaga keamanan, mengutip cukai yang tinggi, mengkristiankan penduduk, menjalankan kerahan tenaga dan dibenci penduduk Filipina. 1Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan di Filipina sebelum dikuasai oleh Sepanyol (2 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
Ingat Jangan Lupa
2 Nyatakan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Filipina semasa dikuasai oleh Sepanyol . (3 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
3Nyatakan tentang sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di
Filipina ? ( m.s 9 ) (2 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
Ingat Jangan Lupa
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Indonesia Ciri-ciri sistem pemerintahan di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda ialah terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan, kerajaan tersebut dikuasai oleh raja, raja dibantu oleh pembesar dan pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh pembesar daerah (Bupati). ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Indonesia semasa dikuasai oleh Belanda ialah pentadbiran terbahagi kepada dua, pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan, pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral, pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan, penubuhan jabatan kerajaan seperti Pelajaran dan Pertanian, penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda, penubuhan Volksraad sebagai Majlis Rakyat, dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan dan penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.1 Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan di Indonesia sebelum dikuasai oleh Belanda (2 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
2Nyatakan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Indonesia semasa dikuasai oleh Belanda (3 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Burma
Sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British ialah Sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung, Raja sebagai ketua pemerintah, terdapat Hluttaw atau Majlis Diraja, Di pusat terdapat Wun ( Pegawai Tinggi kerajaan ), di peringkat bandar terdapat Myothugyi ( Ketua Bandar ), terdapat Ahmudan iaitu pegawai diraja, pembesar tradisional dikenali sebagai Athi dan Raja menjadi penaung kepada sami Buddha. Ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Burma semasa dikuasai oleh British (selepas Perang Inggeris-Burma III ) ialah British menguasai seluruh Burma, , institusi raja tersingkir, Dinasti Konbaung berakhir, Jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus, Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi, Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887, Akta Perkampungan Burma 1889, Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran), sistem undang-undang Barat diperkenalkan, pengaruh golongan agama merosot, Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat, Majlis Perundangan diperkenalkan, Beberapa jabatan ditubuhkan dan contohnya Jabatan Pelajaran/Jabatan Perhutanan / Jabatan Kesihatan.1Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British (3 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
3Jelaskan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Burma semasa dikuasai oleh British (6 markah)
Bina Esei dua atau tiga perenggan
Ingat jangan lupa
Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Indochina
Ciri-ciri sistem pemerintahan di Indochina sebelum dikuasai oleh Perancis ialah ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa mutlak, Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin, golongan Mandarin dipengaruhi oleh sistem pentadbiran negara China dan golongan ini dipilih melalui peperiksaan bidang bahasa dan kesusasteraan China. Ciri -ciri sistem pemerintahan di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis ialah diketuai oleh Gabenor Jeneral, Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris, wujud jawatan Residen Jeneral, wujud jawatan Residen Wilayah, Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat, dengan menubuhkan Persekutuan Indochina (Union Indochinoise), Terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos, semua rang undang-undang diluluskan oleh parlimen Perancis, Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan Pusat dan mereka perlu membayar cukai / menyediakan kerahan tenaga.1Nyatakan sistem pemerintahan di Indochina sebelum penjajahan Perancis
(3 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
Ingat Jangan Lupa
1Jelaskan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Indochina semasa dikuasai oleh Perancis
(3 markah)
KodFakta
F1
F2
F3
F4
F5
F6
Ingat Jangan Lupa
. Pengenalan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu Ciri sistem pemerintahan di Tanah Melayu sebelum dikuasai oleh imperialis Barat ialah Di Melaka mengamalkan sistem pembesar 4 lipatan dan menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu. Perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh imperialis Barat di Tanah Melayu ialah Penaklukan Portugis meruntuhkan institusi raja di Melaka, Semasa pemerintahan Belanda di Melaka institusi raja di Melaka terhapus, Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu Melaka, Singapura, Pulau Pinang digabung menjadi Negeri-Negeri Selat (NNS), Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS, Residen Kaunselor membantu Gabenor, Pentadbiran di kampung penghulu dikekalkan, Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu( NNMB) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, Sistem Residen diperkenalkan, Di Negeri Negeri Melayu Tidak bersekutu (NNMTB) iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, Sistem Penasihat diperkenalkan, Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS, Tugas Residen dan penasihat British ialah menasihati sultan dalam semua perkara, Kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu, Memperkenalkan sistem kehakiman Barat, Perlaksanaan sistem pengutipan cukai, Pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan Penubuhan balai polis.1Nyatakancciri-ciri sistem pemerintahan di Tanah Melayu sebelum dikuasai oleh imperialis Barat (1 markah)
KodFakta
F1
F2
Ingat Jangan Lupa
2Jelaskan ciri-ciri sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu semasa dikuasai oleh British (6 markah)
Bina Esei tiga perenggan atau empat perenggan
Ingat jangan lupa
3Sekiranya anda dilantik sebagai pemimpin di Tanah Melayu pada ketika imperialisme sedang berlaku di Asia Tenggara, apakah langkah yang perlu anda ambil untuk mengelak negara anda dijajah oleh penjajah Barat (4 markah)
Bina Esei dua perenggan atau tiga perenggan
Ingat jangan lupa
Pembaharuan oleh Maharaja Mongkut dan Maharaja Chulalongkorn di Thailand dapat mengekalkan kemerdekaan Thailand. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh Maharaja Mongkut ialah baginda melantik 80 penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai Jabatan, melatih pegawai-pegawai tempatan, Penasihat Kewangan/ Pelabuhan /Polis dibawa dari Britain, dan penasihat Kastam dan Ketenteraan dari AS dan Perancis. Pembaharuan oleh Raja Chulalongkorn ialah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi, Memperkenalkan Kabinet Menteri, dan Juruaudit dari Britain dilantik berkhidmat dalam perbendaharaan negara.. Kesan Pembaharuan yang dilaksanakan ialah Muncul golongan pentadbir dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan, Sistem raja berpelembagaan diperkenalkan dan mengurangkan pengaruh institusi raja /pembesar tradisional.1Jelaskan langkah-langkah Maharaja Mongkut dan Maharaja Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand. (6 markah)
Bina Esei dua perenggan atau tiga perenggan
Ingat jangan lupa
...
Soalan : Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara. (8 markah)NASIONALISME DI ASIA TENGGARA Maksud nasionalisme ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara, membawa kepada gerakan membebaskan tanah air, Pembebasan kuasa politik, cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. Faktor- faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ialah dasar penjajahan Barat, pengaruh agama, pengaruh karya kesusasteraan, pengaruh sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual, pengaruh media massa, peranan sistem pengangkutan/ perhubungan dan pengaruh luar. Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme Di Asia Tenggara (Soalan esei) Dasar penjajahan BaratPentadbiran penjajah tidak memberi peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden
Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
Dasar ekonomi penjajah
Contoh tanaman Paksa di indonesia / Sistem Polo di Filipina menindas penduduk peribumi.
Penjajah mewujudkan jurang sosial
Dengan menganggap mereka berada dalam kelas tersendiri
Mereka hanya bergaul dengan golongan elit tempatan
Dasar menggalakan kemasukan imigran
melahirkan perasaan tidak puashati rakyat
Pengaruh agamaAgama berjaya menyatukan rakyat tempatan
Contohnya Gerakan Islah di Tanah Melayu / Persatuan Belia Buddha di Burma
Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme
Golongan agama sebagai pencetus nasionalisme
Di Filipina agama Kristian menyatukan penduduk peribumi menentang Sepanyol
Sebabnya penganut agama Kristian tempatan dianggap kelas dua
Karya sastera Membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara
Karya terlibat menyampaikan mesej kesengsaraan / kekecewaan terhadap penindasan penjajah
Akhirnya membangkitkan kecintaan terhadap tanah air
Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina / Asia Tenggara
Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke makam Bonda Karya Chairil Anuar begitu berpengaruh
Di Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako sangat terkenal
Peranan sistem pendidikan Sikap penjajah pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar
Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah.
Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.
Di Indonesia anak golongan priyayi diberi pendidikan tersendiri
Diasingkan dairpada anak orang kebanyakan
Tujuan Belanda untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman kepada sekolah Buddha.
Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Kemunculan golongan intelektualGolongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat.
Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.
Menyedarkan golongan ini bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan dengan baik
Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.
Peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela.
Pada peringkat lanjutan mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka.
Pengaruh media massaMenyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara
Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata
Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar berpengaruh.
Di Tanah Melayu Al Ikhwan / Saudara / Warta Malaya / Majlis adalah akhbar utama.
Peranan sistem pengangkutan dan perhubunganTelefon / telegraf memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis.
Pembinaan jalan raya / kereta api dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah.
Memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu dan berbincang idea-idea.
Pengaruh luarKejayaan Jepun menewaskan China / Russia
Membuka mata para nasionalis keupayaan negara kecil menewaskan negara besar
Perjuangan Mahatma Gandhi di India
Memberi inspirasi kepada nasionalis Asia Tenggara
Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara ialah penentangan secara terbuka, bersifat setempat, tidak berorganisasi dan Isu utama ialah / hak peribumi, isu agama / isu kebudayaan. Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara ialah Lebih radikal, Lebih berorganisasi, dipimpin golongan yang berpendidikan, dipimpin oleh golongan berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan Barat, matlamat perjuangan lebih jelas, menuntut kemerdekaan dan menuntut berkerajaan sendiri1Apakah maksud nasionalisme (1 markah)
KodFakta
F1
F2
Ingat Jangan Lupa
2Senaraikan tiga faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (1 markah)
KodFakta
F1
F2
F4
F5
F6
Ingat Jangan Lupa
3Terangkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (8 markah)
Bina Esei 4 atau 5 perenggan
Ingat jangan lupa
4Senaraikan dua ciri nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara
KodFakta
F1
F2
F3
F4
Ingat Jangan Lupa
5Senaraikan dua ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara
KodFakta
F1
F2
F3
F4
Ingat Jangan Lupa
GERAKAN NASIONALIME DI FILIPINA
1Galurkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina. (6 markah)
Jenis gerakan Merupakan gerakan Dakyah.
Nama pemimpinGerakan dipimpin oleh Jose Rizal.
DisokongDisokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
Tuntutan merekaMenuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
Menuntut bangsa Filipina diberi hak yang sama
Menuntut diberi kebebasan bersuara.
Usaha Jose RizalJose Rizal menubuhkan Liga Filipina
Tujuan Liga FilipinaTujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik / ekonomi / sosial.
Kedudukan SepanyolBerasa terancam
Tindakan Sepanyol terhadap Jose RizalJose Rizal ditangkap
Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao
Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh
Bina Esei 3 perenggan
Ingat jangan lupa
2Galurkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina (8 markah)
Pertubuhan yang ditubuhkanKatipunan .
Nama pemimpin KatipunanAndres Bonifacio
Corak penentanganPenentangan secara radikal terhadap Sepanyol
Matlamat KatipunanMenyatukan bangsa Filipina
Mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
Saluran Katipunan menyebarkan fahaman revolusiMenggunakan media cetak
Akhbar rasmi katipunanKalayan
Tindakan terhadap SepanyolMelancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol.
Kesannya Tindakan Menemui kegagalan
Hukuman terhadap BonifacioDihukum mati oleh Emilio Aguinaldo 1897.
Usaha Aguinaldo Mengadakan kerjasama dengan AS
Kejayaan AguinaldoBerjaya mengusir Sepanyol.
Kesan penyingkiran SepanyolMemulakan penguasaan Amerika Syarikat di Filipina.
Tindakan AguinaldoPengisytiharan kemerdekaan Filipina tetapi tidak disahkan oleh AS.
Revolusi diteruskan
Akibat kepada AguinaldoBeliau ditangkap
Dasar ASMembenarkan penubuhan parti politik sederhana.
Pilihan raya 1907Parti Nasional memenangi pilihan raya tersebut
Tokoh dilantik mengetuai Dewan PerhimpunanSergio Osmena
Perjuangan 1930-anFilipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
Bina Esei 3 atau 4 perenggan
Ingat jangan lupa
GERAKAN NASIONALIME DI INDONESIA
1Galurkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. (6 markah)
Tumpuan isuIsu pendidikan.
Pandangan merekaBerpendapat pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.
Tokoh pejuangRaden Adjeng Kartini.
Usaha beliauBerusaha memajukan pendidikan kaum wanita
Karya beliau Habis Gelap Terbitlah Terang dan penulisan Seorang Puteri Jawa
Isi karyaMendedahkan kemunduran rakyat Indonesia
Mendedahkan penindasan penjajah Belanda
Kesan perjuangan Raden Adjeng KartiniMemberi inspirasi kepada pejuang-pejuang nasionalis selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang tersusun.
Nama Pertubuhan penting yang wujudMuhammadiyah
Matlamat MuhammadiyahMenyebarkan Islam yang sebenar
Menghindari ancaman agama Kristian
Menghindari ancaman sekularisme Barat
Kejayaan MuhammadiyahPertubuhan ini banyak membina sekolah / klinik / masjid
Bina Esei 3 atau 4 perenggan
Ingat jangan lupa
2Galurkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia. (4 markah)
Corak perjuanganPerjuangan parti-parti politik secara radikal
Nama partiContohnya Sarekat Islam (SI) / Parti Komunis Indonesia / Parti Nasional Indonesia (PNI).
Matlamat parti terlibatMenuntut kemerdekaan Indonesia walaupun secara kekerasan.
Pengasas parti PNI Soekarno
Corak perjuangan SoekarnoBercorak radikal
Tindakan terhadap SoekarnoPernah dipenjara oleh Belanda
Sebab PNI popularDisebabkan perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat..
Tindakan SoekarnoMengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945
Kejayaan SoekornoMenjadi Presiden Indonesia pertama tahun 1949
Bina Esei 3 atau 4 perenggan
Ingat jangan lupa
GERAKAN NASIONALIME DI INDOCHINA2Galurkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Indochina. (6 markah)
Lokasi gerakan nasionalismeBertumpu di Vietnam.
Pelopor gerakanGolongan bangsawan / pegawai golongan Mandarin
Golongan menengah berpendidikan Barat
Matlamat perjuangan golongan bangsawan Pemulihan sistem pemerintahan beraja.
Matlamat perjuangan golongan berpendidikan BaratMemperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat.
Ketua golongan berpendidikan BaratBoi Chau.
Usaha Boi ChauMemimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal
Nama pertubuhan ditubuhkan oleh Boi Chau menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH).
Tindakan VNCPHMelancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin.
Melancarkan gerakan dakyah di Vietnam
Kesan kepada Boi ChauDipenjarakan.
Kesan kepada VNPQPHDiharamkan oleh Perancis
Bina Esei 3 atau 4 perenggan
Ingat jangan lupa
2Galurkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Indochina. (6 markah)
Akibat kegagalan parti politik sederhanaMelahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal.
Nama pertubuhan yang melakukan penentangan terhadap PerancisViet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dipimpin oleh Nguyen Thai Hoc
Parti Komunis Vietnam (PKV) dipimpin oleh Ho Chi Minh
Tindakbalas PerancisMenangkap pemimpin-pemimpin VNQDD .
Menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc
Kesan tindakan keras Perancis Pemimpin PKV Ho Chi Minh terpaksa melarikan diri ke Hong Kong
Menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana
Nama pemimpin bercorak sederhanaMahraja Bao Dai
Tindakan perancis terhadap Maharaja Bao daiUsaha pembaharuan Maharaja Bao Dai disekat
Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
Bina Esei 3 atau 4 perenggan
Ingat jangan lupa
GERAKAN NASIONALIME DI BURMA1Galurkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Burma. (5 markah)
PeloporGolongan sami Buddha
Golongan elit berpendidikan Barat.
Pertubuhan Sami BuddhaMenubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Tujuan PBBPenubuhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha.
Tujuan lain memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma.
Isu yang digunakanMenggunakan isu kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
Nama pemimpinDipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal iaitu U Ba Pe
Nama persatuan ditubuhan oleh PBBPemimpin persatuan Belia Buddha telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal
Bina Esei 2 perenggan
Ingat jangan lupa
2Galurkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma. (6 markah)
Sebab kemunculan gerakanApabila laporan Montagu-Chelsford diumunkan
Isi laporan Montagu-ChelfordMenyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.
Pihak yang terlibatGolongan pelajar yang mencetuskan revolusi menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka
Gerakan golongan sami Buddha.
Saluran yang digunakanMelalui Majlis Am Sangha Sametggi
Tindakan Sami BuddhaTelah mencetuskan pemberontakan Saya San
Nama ketuaDiketuai oleh Saya San
Kemunculan Liga Anti-pemisahan
Anggapan mereka Pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan.
Kebaikan Perlembagaan Burma 1935Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
Peranan golongan Thakin (siswazah Universiti))Telah menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935.
Tujuan Untuk menuntut kemerdekaan
Nama PemimpinPara pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka Tuan.
Individu yang menang pilihan rayaTuan Ba Maw yang memenangi pilihanraya pada tahun 1937
Kesan kemenanganBeliau dilantik menjadi PM yang pertama
Bina Esei 2 atau 3 perenggan
Ingat jangan lupa
GERAKAN NASIONALIME DI THAILAND
1Galurkan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand. (5 markah)
Sifat Bersifat antipenjajah
PuncaKegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak..
Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan kepada golongan intelek.
Terhadap fahaman liberal / sistem demokrasi / raja berperlembagaan
Kelemahan sistem pentadbiran.
Sikap boros Raja Vajiravudh
KesanMenimbulkan perasaan tidak puashati rakyat
Membawa penubuhan Parti Rakyat tahun 1932
Nama tokoh menubuhkan Parti rakyatDitubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram
Tindakan Parti RakyatParti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai tahun 1932
Hasil RevolusiKesannya menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
Bina Esei 2 atau 3 perenggan
Ingat jangan lupa
2Galurkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand. (5 markah)
Punca gerakanRasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina
Nama Perdana Menteri ThailandPhibul Songram menjadi Perdana Menteri
Tindakan-tindakan Phibul SongramBeliau meluluskan undang-undang
Untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh kapitalis Barat / orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam menjadi Thailand
Kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Kesan tindakanThailand berjaya mendapatkan semula wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu
Bina Esei 2 atau 3 perenggan
Ingat jangan lupa
Abdullah MamatGCSejSMKSN2009
PAGE 22