Nama :Nur Hazirah Binti Mohd Fuat
MatrikNo :A145044
Program :BITARA 2013
Tempat :Kampung Tanjung Lengkong, Selama, Perak
Tarikh :14-17 November 2013
No KelulusanJPPel :DN00626/2013
Jawatan :Ketua Urusetia
Laporan Program Bitara 2013
Program Bitara 2013 ini telah dijalankan di sebuah kampong di Selama, Perak. Program ini
dianggotai seramai 50 ahli jawatankuasa di bawah kelolaan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains
Sosial dan kemanusiaan UKM. Program ini berlatar belakangkan program anak angkat bersama
komuniti. Saya menyertai program ini dan diberikan amanah untuk memegang jawatan Ketua
Urusetia. Melalui program ini saya telah banyak menimba pengalaman dan kemahiran-
kemahiran hidup seperti sosial dan kebertanggungjawaban.
Keluarga angkat saya ketika berada di Selama, Perak.
Antara aktiviti yang telah dijalankan bersama komuniti Kampung Tangjung Lengkong,
Selama adalah lawatan sambil berkongsi pengalaman hidup bersama-sama pelajar darjah 4, 5
dan 6 Sekolah Kebangsaan Toh Ratna Sakti. Dalam aktiviti ini saya telah diberikan amanah
untuk memberi keterangan dan membimbing adik-adik dalam kumpulan saya bagi setiap LDK
yang telah dirancang. Di sini saya telah belajar erti nilai kebertanggungjawaban saya sebagai
seorang mentor untuk membimbing adik-adik ini untuk memahami dan seterusnya mencapai
objektif setiap LDK yang telah dijalankan.
SK Toh Ratna Sakti, Selama, Perak
Selain itu, dalam program ini juga terdapat aktiviti bersama-sama warga penduduk
kampung tersebut. Kami telah menjalankan sukaneka rakyat bersama-sama penduduk kampung.
Melalui aktiviti ini saya telah mempelajari nilai sosial dan kebertanggungjawaban apabila saya
belajar untuk mengenali masyarakat setempat dan berinteraksi bersama mereka. Saya cuba
berkongsi kegembiraan dan kisah-kisah hidup penduduk kampung yang sudah lama tinggal di
kampung tersebut sejak zaman nenek moyang lagi.
Sukaneka bersama komuniti
Program ini juga telah menganjurkan program bersama Jawatankuasa Penduduk
Kampung Tangjung Lengkong dimana kami bersama-sama penduduk kampong telah bergotong-
royong memasak bubur lambok ketika itu. Di sini saya telah mempelajari nilai sosial dan
kebertangungjawan saya kepada masyarakat dengan bergaul rapat bersama-sama penduduk
kampung ini dan bekerjasama dalam melakukan tugasan. Adanya semangat untuk bekerjasama
timbul hasil yang memberangsangkan dalam masa yang singkat. Melalui program ini saya telah
memperoleh kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dengan berkesan.
Top Related