8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
1/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
1 | m u k a s u r a t
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
2/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
2 | m u k a s u r a t
Anda tidak dibenarkan menyalin, mencetak semula atau menjual
ebook ini samada melalui apa jua kaedah media bercetak atau
elektronik sekali pun. Ini adalah produk PERCUMA.
Ebook ini hanya boleh didapati secara SAH dan PERCUMA di laman web
http://www.gempaknewbie.com
Penafian Penjanaan Pendapatan
Saya berusaha sebaik mungkin bagi memastikan penjelasan saya terhadap produk
ini beserta potensinya menjana pendapatan. Tidak terdapat sebarang jaminan punyang anda mampu menjana pendapatan pada mana-mana tahap yang spesifik dan
anda bakal menerima risiko pulangan yang berbeza bagi setiap individu.
Seperti juga perniagaaan yang lain, hasil pendapatan anda mungkin akan berbeza
dan ia bergantung kepada keupayaan anda secara individu, pengalaman berniaga,
kepakaran dan tahap keinginanan. Tiada sebarang jaminan yang boleh dikaitkan
dengan tahap kejayaan anda yang pernah ataupun belum pernah anda lalui. Segala
contoh yang digunakan tidak bertujuan untuk mewakili atau menjamin semua
orang akan mencapai hasil yang sama melalui contoh tersebut. Kejayaan setiap
individu bergantung kepada latarbelakangnya, dedikasinya, kemahuannya dan
motivasinya.
Tiada sebarang jaminan bahawa contoh-contoh pendapatan yang lepas boleh
diduplikasikan pada masa hadapan. Saya tidak boleh menjamin hasil dan/atau
kejayaan anda di masa hadapan. Terdapat beberapa risiko yang tidak diketahui
dalam perniagaan dan di internet di mana saya tidak boleh menjangka mana satu
yang boleh mengurangkan tahap kepuasan hasil anda. Saya tidak
bertanggungjawab terhadap segala tindakan anda.
Penggunaan maklumat, produk dan perkhidmatan saya ini seharusnya
berdasarkan ketekunan anda, usaha anda sendiri dan juga bersetuju di mana pihaksaya tidak bertanggungjawab ke atas apa jua kegagalan perniagaan anda yang
mana ia juga secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan pembelian dan
pengguna maklumat, produk dan perkhidmatan.
Jika anda berpendapat produk ini merupakan pil ajaib yang boleh menjana wang
untuk anda tanpa apa-apa usaha sila jangan guna maklumat yang terdapat didalam
produk ini. Anda di kehendaki berusaha dalam mempelajari sistem ini dan dengan
apa program sekali pun terdapat kemungkinan besar yang anda akan kehilangan
wang.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
3/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
3 | m u k a s u r a t
ISI KANDUNGAN
TOPIK MUKASURAT
Pendahuluan 4
Panduan Laporan 5
Perancangan Kewangan 5
Simpanan 7
Melabur Wang Anda 9
Bagaimana Untuk Mengenali Skim Pelaburan PALSU 9
Bagaimana Untuk melindungi diri anda daripada PENIPUAN 10
Mendapatkan Produk Kewangan 11
Pinjaman Dan Kad Kredit 12
Tip Mengurus Penggunaan Kad Kredit 13
Mendapatkan Bantuan Berkaitan Perihal Kewangan 14
Penutup 16
Butiran Organisasi Berkaitan 17
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
4/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
4 | m u k a s u r a t
PENDAHULUAN
Ebook ini terhasil hasil pengalaman dan pencarian maklumat penulis bertujuan untuk
memberikan panduan kepada pembaca-pembaca di luar sana untuk menguruskan urusan
kewangan masing-masing.
Sepertimana yang semua sedia maklum, tanpa pengurusan kewangan yang betul dan
teratur, kemungkinan besar untuk anda mandapatkan tittle Bankrap adalah tinggi.
Di harapkan dengan memiliki ebook ini, anda akan lebih sentiasa bersedia untuk
menghadapi apa jua dugaan dan rintangan di samping dengan panduan-panduan yang
terdapat di dalam ebook ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda untukmendapatkan tunjuk ajar, panduan, kata-kata nasihat, siapa yang perlu di rujuk dan
sebagainya dalam menguruskan kewangan anda.
Anda di beri hak sepenuhnya ke atas ebook ini dengan syarat tidak mengubah isi kandungan
ebook ini.
BOLEH dijadikan bonus untuk setiap produk jualan anda. TIDAK BOLEH dijual kepada pelanggan anda. BOLEH di jadikan salah satu ebook percuma kepada bakal pelanggan. BOLEH menggunakan isi kandungan ebook ini sebagai panduan untuk
menghasilkan artikel di blog / isi kandungan email anda dengan syarat
meletakkan laman web http://www.gempaknewbie.com sebagai rujukan.
Semoga dengan perkongsian ini, suatu ilmu baru dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia
dengan objektif kita semua untuk memahami bagaimana untuk menguruskan kewangan
masing-masing.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
5/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
5 | m u k a s u r a t
PANDUAN LAPORAN
Laporan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1. Bahagian 1 - menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang sepertiperancangan kewangan, simpanan dan pelaburan Dan
2. Bahagian 2 - memberi panduan berkenaan hal lain yang berkaitan denganpengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke
atas harta serta cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan
masalah kewangan.
BAHAGIAN 1
Perancangankewangan
Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan
anda.Terdapat 4 langkah yang perlu diambil iaitu:
1. Menetapkan matlamat kewangan anda.
2. Jejaki ke mana perginya wang anda.
3. Menilai tabiat berbelanja anda.
4. Menulis rancangan perbelanjaan anda.
Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda
Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda
dalam tempoh yang tertentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta
menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk
jangka masa pendek,sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia,
pendapatan, tarafperkahwinan dan jumlah tanggungan.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
6/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
6 | m u k a s u r a t
Matlamat Kewangan
Jangkamasa
Pendek Sederhana Panjang
Melangsaikan hutang
kad kredit
X
Membeli Kereta X
Membeli Rumah X
Simpanan Untuk
Persaraan
X
Tanda Amaran Tabiat Buruk Perbelanjaan
Berikut adalah senarai buruk amalan perbelanjaan yang sepatutnya ditinggalkan:-
Anda menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa. Anda hanya membayar jumlah minimun apabila menyelesaikan hutang kad kredit
anda.
Anda selalu meminjam wang untuk menampung perbelanjaan harian. Anda hanya membayar jumlah minimun apabila menyelesaikan hutang anda dan
tidak mengurangkan jumlah hutang yang sedia ada.
Anda sentiasa bertengkar dengan suami/isteri atau keluarga berkaitan dengan wang.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
7/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
7 | m u k a s u r a t
Langkah 2: Menjejaki ke mana perginya wang anda.
Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda. Mulakan dengan merekod
segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini ber
tujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah d ibelanjakan, bukan untuk
mengurangkanperbelanjaan.
Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda
Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan
wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.Teliti senarai perbelanjaan
harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. Kurangkan perbelanjaan
yang berkaitan dengan kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.
Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda
Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh membuat pelan perbelanjaan
yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.Anda boleh menggunakan
Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk
membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.
Simpanan
Mula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga waktu yang sesuai. Lebih awal anda
mula menyimpan,lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan sekurang-kurangnya 10%
daripada pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda setiap
kali pendapatan anda bertambah. Contohnya apabila anda menerima bonus.
Simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih tinggi
berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda akan bertambah dengan lebih sepat.
Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
8/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
8 | m u k a s u r a t
Kebanyakan orang menggunakan formula ini:-
PENDAPATAN PERBELANJAAN=SIMPANAN/PELABURAN
Anda sepatutnya mengamalkan formula ini:-
PENDAPATAN SIMPANAN/PELABURAN = PERBELANJAAN
Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang
diperolehi setiap bulan.
Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga hingga enam bulan
perbelanjaan bulanan anda untuk memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara
atau perbelanjaanyang tidak diingini.Tabung kecemasan ini akan menghindarkan diri anda
daripada berhutang apabila terjadi perkara seperti ini. Walau bagaimanapun, jangan
gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini untuk perbelanjaan harian atau
memenuhi matlamat kewangan anda.
Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan
1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya perumahan, barangan dapur,
pengangkutan,utiliti dan pembayaran hutang lain.
2. Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan yang anda ingin simpan dalam
tabung kecemasan anda.
3. Kirajumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlah perbelanjaan bulanan (langkah
1) darab bilangan bulan (langkah 2).
4. Masukkan wang anda ke dalam tabung kecemasan ini.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
9/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
9 | m u k a s u r a t
Melabur Wang Anda
Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara
berhemat. Jenis pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda melabur,
jadi kenalpasti matlamat pelaburan anda.Tanyakan diri anda.
Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini? Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi? Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat? Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan
bagi membolehkan saya memantau perkembangannya
dengan lebih berkesan?
Kenalpasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan
yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung
risiko,jangan melabur. Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan
yang amat tinggi, contohnya produk yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar
pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim pelaburan palsu.Bagaimana Untuk Mengenali Skim Pelaburan Palsu
Ciri-ciri skim pelaburan palsu adalah seperti berikut:-
Anda di janjikan pulangan yang tinggi ke atas pelaburan tersebut. Contohnya
pulangan sebanyak 20% - 30% sebulan dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko.
Anda di desak untuk melabur dengan serta-merta kerana tawaran adalah terhad. Anda disuruh untuk melabur dalam skim yang beroperasi di luar negara di mana
anda tidak boleh mengesahkan premis perniagaan tersebut atau mengesahkan skim
tersebut daripada laman web mana-mana pihak berkuasa.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
10/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
10 | m u k a s u r a t
Anda di suruh untuk melabur dalam skim yang memerlukan anda memberimaklumat peribadi mengenai akaun bank anda. Contohnya nombor akaun bank.
Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan
INGAT - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai, ia mungkin satu penipuan.
Hanya berurusan dengan institusi kewangan yang berlesen.
Periksa dengan pihak berkuasa sebelum melabur.
Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru untuk melabur.
Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang tidak bertulis.
Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan kad kredit dengan baik. Jangan
mendedahkan kepada sesiapa.
Anda perlu menyimpan atau melabur dengan pihak yang diberi lesen oleh pihak
berkuasa supaya simpanan dan pelaburan anda dilindungi:
Institusi yang menerima deposit telah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Andaboleh memeriksa status perlesenan daripada laman web Bank Negara Malaysia di
www.bnm.gov.my.
Semua simpanan anda dalam institusi kewangan yang diberikan lesen oleh BankNegara Malaysia akan diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga Disember 2010.
Perlindungan ini diberikan secara automatik tanpa sebarang kos dikenakan ke atas
http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/http://www.bnm.gov.my/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
11/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
11 | m u k a s u r a t
pendeposit. Ketahui lebih lanjut tentang insurans deposit di laman web PIDM
www.pidm.gov.my atau hubungi PIDM di talian bebas tol 1-800-88-1266.
Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan diberi lesen olehSuruhanjaya Sekuriti. Anda boleh memeriksa status perlesenan di laman web
Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my.
BAHAGIAN 2
Mendapatkan Produk Kewangan
Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya
mengelakkan daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil
keputusan untuk menarik diri atau menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang.
Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda perlu:-
Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga danciri-ciri produk tersebut.
Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewanganhanya setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan
termanya.
Ketahui fi dan caj yang anda perlu bayar sekarang dan setelah anda membeli
produk tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang
tidak dirancang.
Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak. Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan tidak sekiranya anda tidak
memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.
http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.pidm.gov.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.sc.com.my/http://www.pidm.gov.my/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
12/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
12 | m u k a s u r a t
Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada
mahu meneruskan.
Bincang dengan institusi perbankan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai
masalah untuk membayar hutang anda. Institusi perbankan anda mungkin boleh
mengstruktur semula pelan pembayaran balik pinjaman yang telaha anda buat.
Pinjaman dan Kad Kredit
Pinjaman merupakan produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk
membantu anda menjalankan transaksi tertentu. Contohnya, apabila anda ingin
membeli kereta atau rumah, anda mungkin perlu meminjam daripada institusi
perbankan untuk membiayai pembelian tersebut.
Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang membolehkan anda membayar untuk
barang dan perkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang. Berikut
adalah isu-isu yang anda perlu memberi per timbangan apabila memohon
pinjaman atau kad kredit:
Pinjaman yang berbeza mempunyai ciri-ciri, kadar faedah, fi dan caj ser taterma dan syarat yang berlainan.Ketahui perjanjian anda dengan institusi
perbankan.
Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya,bayaran balik bulanan anda tidak boleh melebihi satu per tiga daripada
pendapatan kasar isi rumah bulanan anda.
Bayar pada masa yang ditetapkan untuk meminimumkan caj faedah.
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
13/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
13 | m u k a s u r a t
Gunakan wang yang anda terima secara sekaligus, contohnya, bonus
untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda.
Anda perlu lebih berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana andaseumpama memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja,
anda akan menanggung bebanan hutang yang banyak.
Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh
mencecah setinggi 18% setahun.
Tip Mengurus penggunaan Kad Kredit
Jangan gunakan kad kredit sekiranya anda tidak mampu untuk membayarbalik hutang.
Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan daripadadikenakan caj bayaran lewat. Pastikan pengeluar kad kredit anda mempunyai
alamat terkini bagi memastikan anda menerima penyata akaun tepat pada
masanya.
Jelaskan pembayaran anda sepenuhnya untuk mengelak daripada dikenakanfaedah.
Hanya keluarkan wang tunai dengan kad kredit anda sebagai langkahpenyelesaian terakhir.
Had bilangan kad kredit berdasarkan keperluan dan kemampuan anda. Gunakan kad debit berbanding kad kredit untuk membayar pembelian anda.
Apabila anda memiliki aset seperti rumah atau kereta, anda perlu mendapatkan insurans
atau takaful untuk melindungi anda daripada sebarang kerugian akibat kehilangan atau
kerosakan harta anda. Anda perlu memastikan anda mendapat perlindungan secukupnya
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
14/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
14 | m u k a s u r a t
untuk aset anda. Anda tidak akan mendapat manfaat jika anda mempunyai perlindungan
yang nilainya terlalu rendah atau tinggi. Senarai dibawah merupakan panduan apabila
membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful:
Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen/penasihatkewangan atau secara langsung dengan syarikat insurans atau pengendali
takaful.
Memberi maklumat penuh dan tepat untuk mengelakkan daripada dikenakanpenalti ketika tuntutan dibuat.
Pilih pelan yang anda mampu dan pastikan amaun perlindungan yangdiberikan mencukupi dan memenuhi keperluan anda.
Memahami polisi atau pelan termasuk ciri-ciri produk,syarat-syarat, manfaat,had dan pengecualiaan.
Pastikan anda mampu membayar premium atau caruman.
Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan
1. Membuat aduanDi bawah adalah cara bagaimana anda boleh membuat aduan terhadap
institusi yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia seperti institusi perbankan,
syarikat insurans, pengendali takaful atau institusi bukan perbankan yang
mengeluarkan kad kredit atau kad caj.
Terlebih dahulu, kemukakan aduan kepada Unit Aduan institusi kewangan anda. Rujuk aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) sekiranya
anda tidak berpuas hati dengan maklum balas atau keputusan yang
diberikan oleh institusi kewangan anda.BPK adalah sebuah badan bebas
8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
15/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
15 | m u k a s u r a t
yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara
orang awam dan ahli-ahli BPK (bank perdagangan, syarikat insurans,
pengendali takaful,institusi bukan perbankan yang menawarkan kad kredit
dan kad caj). Perkhidmatan yang disediakan oleh BPK adalah percuma.
Anda boleh mendapatkan maklumat tentang jenis aduan yang
dikendalikan oleh BPK melalui laman webnya www.fmb.org.my. Institusi
anda adalah tertakluk kepada keputusan BPK, tetapi anda tidak.
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan BPK, anda boleh merujuk kes andake mahkamah.
Jika aduan anda bukan di bawah skop BPK, anda boleh merujuk aduan andakepada Bank Negara Malaysia.
2. Bantuan pengurusan hutangSekiranya anda memerlukan nasihat berkenaan pengurusan wang dan mendapatkan
bantuan dalam menyelesaikan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling
Dan Pengurusan Kredit (AKPK). AKPK adalah merupakan sebuah agensi yang di
tubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan
kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan perkhidmatan penstrukturan
semula pinjaman kepada individu. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah
percuma. Maklumat lanjut tentang AKPK boleh didapati dalam laman web
www.akpk.org.my.
http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.fmb.org.my/http://www.akpk.org.my/http://www.akpk.org.my/http://www.fmb.org.my/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
16/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
16 | m u k a s u r a t
Penutup
Setakat ini saja maklumat dan panduan yang saya nak kongsikan dengan anda mengenai
ebook>>>
PANDUAN MENGURUSKAN RM ANDA
Semoga apa yang terdapat didalam ebook ini dapat membantu, memberi panduan kepada
anda semua mengetahui bagaimana kaedah, teknik dan cara-cara yang difikirkan sesuai
untuk menguruskan kewangan anda.
P/S:-
Anda banyak lagi ebook yang best-best untuk anda. BERMINAT!!! Sila layari
http://www.gempaknewbie.com
P/S/S:-
Tapi kalu nak SENANG...sila pegi TERUS ke PAGE kat bawah...yang ada tulis
PRODUK PERCUMA UNTUK ANDA...
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
17/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
17 | m u k a s u r a t
BUTIRAN ORGANISASI BERKAITAN
Bank Negara Malaysia,
BNMTELELINK,
Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia,
Peti Surat 10922,
50929 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol: 1-300-88-5465
e-mel: [email protected]
Laman web: www.bnm.gov.my
Biro Pengantaraan Kewangan,
Tgkt 25, Dataran Kewangan,
Darul Takaful,
4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-222722811
e-mel : [email protected]
Laman Web : www.fmb.org.my
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit,
Tgkt 8, Maju Junction Mall,
1011, Jalan Sultan Ismail,
50200 Kuala Lumpur.
Talian Bebas Tol : 1-800-88-2575
e-mel : [email protected]
Laman Web : www.akpk.org.my
mailto:[email protected]://www.bnm.gov.my/mailto:[email protected]://www.fmb.org.my/mailto:[email protected]:[email protected]://www.fmb.org.my/mailto:[email protected]://www.bnm.gov.my/mailto:[email protected]8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
18/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
18 | m u k a s u r a t
Produk PERCUMA untuk Anda
Download
Download
http://bit.ly/6fIXKthttp://bit.ly/8sUQTShttp://bit.ly/8sUQTShttp://bit.ly/8sUQTShttp://bit.ly/6fIXKthttp://bit.ly/6fIXKt8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
19/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
19 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/6losvlhttp://bit.ly/69XN2yhttp://bit.ly/69XN2yhttp://bit.ly/69XN2yhttp://bit.ly/6losvlhttp://bit.ly/6losvl8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
20/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
20 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/7JQbOKhttp://bit.ly/72TjQ6http://bit.ly/72TjQ6http://bit.ly/72TjQ6http://bit.ly/7JQbOKhttp://bit.ly/7JQbOK8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
21/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
21 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/77AUFLhttp://bit.ly/5Jzxhvhttp://bit.ly/5Jzxhvhttp://bit.ly/5Jzxhvhttp://bit.ly/77AUFLhttp://bit.ly/77AUFL8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
22/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
22 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/6KJ37Dhttp://bit.ly/8p2QaAhttp://bit.ly/8p2QaAhttp://bit.ly/8p2QaAhttp://bit.ly/6KJ37Dhttp://bit.ly/6KJ37D8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
23/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
23 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/8Ke1Lnhttp://bit.ly/8rRgiOhttp://bit.ly/8rRgiOhttp://bit.ly/8rRgiOhttp://bit.ly/8Ke1Lnhttp://bit.ly/8Ke1Ln8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
24/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
24 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/5YfFlIhttp://bit.ly/4sxKW9http://bit.ly/4sxKW9http://bit.ly/4sxKW9http://bit.ly/5YfFlIhttp://bit.ly/5YfFlI8/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
25/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
25 | m u k a s u r a t
Download
Download
http://bit.ly/8Dem72http://bit.ly/8N0wlOhttp://bit.ly/8N0wlOhttp://bit.ly/8N0wlOhttp://bit.ly/8Dem72http://bit.ly/8Dem728/14/2019 Panduan Menguruskan Rm Anda
26/26
All Rights Reserved http://www.gempaknewbie.com
Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team
Anda dapatkan Bonus tersebut
DI SINI.
Dah download..baru tau..
http://www.gempaknewbie.com/Inviter/message.phphttp://www.gempaknewbie.com/Inviter/message.phpTop Related