PEMETAAN MAP 431
Pengenalan
Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya
menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan
lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik
persilangan antara garisan lintang dan bujur.
Peta Topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat
menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta
topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbedaan dengan peta rupa bumi.
Menurut Sejarah, perkataan Topografi berasal dari bahasa yunani iaitu, topos yang bererti tempat
dan graphi yang bererti gambar atau menggambar. Peta topografi memetakan tempat-tempat
dipermukaan bumi yang berketinggian sam dari permukaan laut menjadi bentuk garis-garis
kontur, dengan satu garis kontur mewakili satu ketinggian. Peta topografi mengacu pada semua
ciri-ciri permukaan bumi yang dapat didetifikasi, apakah alamiah atau buatan, yang dapat
ditentukan pada posisi tertentu. Oleh sebab itu, dua unsur utama topografi adalah ukuran relif.
Peta topografi menyediakan data yang diperlukan tentang sudut kemiringan, elevasi, daerah,
aliran sungai, vegetasi secara umum dan pola urbanisasi. Peta topografi juga menggambarkan
sebanyak mungkin ciri-ciri permukaan suatu kawasan tertentu dalam batas-batas skala.
Peta topografi juga dapat diertikan sebagai peta yang menggambarkan penglihatan alam (asli)
dan penglihatan buatan manusia, pada posisi yang sebenar. Selain itu, peta topografi dapat
diertikan peta yang menyampaikan informasi spatial dari unsur-unsur pada muka bumi dibawah
bumi yang meliputi batas administrasi, tumbuhan dan unsur-unsur buatan manusia.
1
PEMETAAN MAP 431
Remote Sensing (Penderiaan Jauh)
Menurut Ensiklopedia Maya Wikipidea, Remote sensing bermaksud proses mendapatkan imej
sesuatu objek atau fenomena tanpa berhubung dengan sesuatu kawasan tersebut.
Pengambilan atau pengukuran data/ informasi mengenai sifat dari sebuah fenomena, objek atau
benda dengan menggunakan sebuah alat perakam tanpa berhubung langsung dengan bahan
belajar.
Jenis-jenis Remote Sensing
Remote Sensing Pasif
Remote Sensing Pasif mengesan radiasi semulajadi yang dipancarkan atau dipantulkan oleh
sesuatu objek di persekitaran. Pantulan radiasi sinaran matahari paling kerap dikesan oleh sensor
ini.
Contoh alat pengesan pasif ialah filem fotografi, alat infra-merah dan radiometer.
Remote Sensing Aktif
Remote Sensing Aktif akan mengeluarkan sinaran tenaga bertujuan untuk mengimbas objek atau
kawasan kajian, objek akan dikesan apabila terdapatnya pantulan kembali tenaga.
Contoh alat pengesan aktif ialah Radar. Lokasi, ketinggian, kelajuan dan arah sesuatu objek
dikesan berdasarkan masa yang diambil oleh sinaran tenaga yang dipancarkan kembali ke
pengesan radar.
2
PEMETAAN MAP 431
Kegunaan Remote Sensing
Radar konvensional biasanya berkait rapat dengan menara kawalan trafik, Radar Doppler
biasanya digunakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengawal halaju jalanraya danturut
digunakan bagi tujuan geologi seperti kelajuan angin, arahnya dalam system iklim.
Radiometer dan photometer digunakan untuk mengukur kadar pantulan dan pengeluaran
gelombang sesuatu objek. Ianta juga digunakan untuk mengukur tahap kandungan pelbagai jenis
bahan kimia dalam udara.
Alat seperti Stereographic Pairs dan juga Aerial Photograph kebiasaannya digunakan untuk
membuat peta topografi.
Komponen Dasar Remote Sensing
4 komponen dasar dari system Remote Sensing iaitu sasaran, sumber, tenaga, alur
transmisi, dan sensor.
Komponen dalam system ini bekerjasama untuk mengukur dan mencatat informasi
mengenai target tanpa menyentuh objek tersebut.
Sumber tanaga memencarkan tenaga elektromagnetik pada sasaran mutlak.
Tenaga berinteraksi dengan sasaran dan berfungsi sebagai media untuk meneruskan
informasi dari sasaran kepada sensor.
Sensor – alat untuk mencatat radiasi electromagnet.
Setelah data dicatat dihantar menjadi bentuk gambar (peta topografi)
Contoh:- satelit pemancar bvumi, pengambaran x-ray
3
PEMETAAN MAP 431
4
PEMETAAN MAP 431
Fotogrametri
Fotogrametri atau Aerial Survaying adalah teknik pemetaan melalui foto udara. Hasil pemetaan
fotogrametri adalah berupa gambar foto dan tidak dapat secara langsung dijadikan dasar atau
lampiran penerbitan peta. Fotogrametri adalah suatu seni, pengetahuan dan teknologi untuk
memperoleh data dan informasi tentang suatu objek serta keadaan di sekitarnya melalui suatu
proses pencatatan, pengukuran dan interprestasi bayangan fotografi (hasil Penggambaran).
Istilah Fotogrametri berasal dari kata Photo(sinar atau gambar), gramma(sesuatu yang digambar
atau tergambar) dan metron(mengukur atau diukur). Melalui pandangan kasar fotogrametri dapat
diertikan sebagai “pengukuran secara grafik dengan menggunakan sinar atau cahaya”.
Oleh sebab itu, fotogrametri dapat didefinisikan sabagai:
Perakam objek (pemotretan),
Pengukuran gambar objek pada foto udara,
Pemotretan hasil ukuran untuk dijadikan bentuk yang berguna, contohnya peta.
Berdasarkan definisi tersebut, maka pekerjaan fotogrametri dapat dibahagi menjadi dua, iaitu:-
i. Fotogrametri Metrik
i) Melibatkan foto bumi, foto udara dan imej satelit.
ii) Melibatkan pengukuran jitu keatas gambar foto dan lain-lain maklumat untuk
menentukan bentuk, jarak ketinggian, kedudukan, saiz dan sudut sesuatu objek.
iii) Hasil akhir biasanya adalah untuk penyediaan pelan ataupun peta.
ii. Fotogrametri Penafsiran
i) Merangkumi ‘Remote Sensing’
ii) Pengukuran jitu, penilaian dan pengecaman maklumat akan dilakukan dengan lebih
jitu, cermat dan bersistematik.
5
PEMETAAN MAP 431
Kegunaan Fotogrametri
Menghasilkan peta topografi,
Menghasilkan pelan untuk kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan lebuhraya,
Menghasilkan peta untuk pertanian, perhutanan dan ahli kajibumi,
Menghasilkan peta untuk kegunaan ahli perancang Bandar,
Untuk kerja-kerja forensic atau kemalangan jalanraya,
Untuk ahli arkeologi bagi mengesan kesan-kesan sejarah.
Kaedah Penilaian
Terbahagi kepada dua iaitu:-
Analog – digunakan untuk tujuan pemetaan dimana penilaian dan penganalisaan data
dilkukan dengan menggunakan alat plot stereo.
Analiktik – Digunakan untuk tujuan penigasegian dimana penilaian dan penganalisaan
data dilakukan dengan menggunakan kaedah matematik. Kaedah ini lebih tepat dan jitu.
Penigasegiaan adalah dengan melakukan kerja pengukuran mendatar yang mana sesuatu
kawasan yang luas dibahagikan kepada siri-siri bentuk geometri seperti segitiga, polygon
atau titik tengah. Pepenjuru bentuk geometri ini ditentukan dengan tepat dan dijadikan
sebagai stesen-stesen atau titik-titik kawalan.
6
PEMETAAN MAP 431
7
PEMETAAN MAP 431
Kesimpulan
Zaman sekarang banyak perubahan teknologi berlaku dimana setiap perubahan sentiasa saling
berhubungkait diantara satu dengan yang lain. Termasuklah penghasilan peta topografi dengan
Remote sensing dan fotogrametri.
Contoh yang terbaik adalah seperti fotogrametri dimana ianya sangat sepadan digunakan untuk
penghasilan peta topografi.
Melalui remote sensing juga, penggambaran melalui satelit sering dilakukan untuk mendapatkan
gambar secara terus peta topografi.
Ini banyak membantu dalam menyelesaikan hal2 seperti perubahan cuaca, perubahan bentuk
muka bumi, pertanian, perindustriaan dan banyak lagi.
Setiap perubahan-perubahan memberi kesan dan impak yang besar dalam dunia peta topografi.
Ini banyak membantu pelbagai pihak yang melakukan hal-hal dalam bidang pemetaan.
8