Pendidikan
holistik
kekuatan CICFirma alu-alukan francaisi denganmodal RM250,OOO setiap cawangan
Oleh Mohd Zaky [email protected]
ENDlDlKAN awal amat pentingdalam membemtuk keperibadian,keterampilan, hubungan sosial
dan tahap pertumbuhan minda kana~kanak.
Pemikiran kanak-kanak perlu diasahdari kecillagi dengan elemen pendidikan holistik dan bukannya sekadartangkap muat kerana ia memberi kesankepada perkembangan mereka dalamproses membesar. .
Ibu bapa perlu sedar bahawa tempohusia kanak-kanak antara setahunhingga tujuh tujuh adalah fasa terpenting dan kritikal untuk diberikantumpuan.
Sebagai orang Islam, ilmu pendidikan lain juga perlu disertakan denganelemen keislaman dan tauhid supayaanak yang dilahir ibarat kain putihmendapat keseimbangan dari segi keduniaan serta kerohanian sejak kecillagi.
Menyedari perkara itu, Qutren NadaAhmad, 40bertekad menubuhkan pusatpendidikan awal kanak-kanak yangsejajar dengan tuntutan dunia danakhirat.
Melihat kepada keperluan anaknyasendiri, beliau rasakan perlu ada sebuahpusat pendidikan yang holistik untukmemberi didikan jasmani dan rohani.
Ia memberikan ilham dan tekadkepadanya untuk mengusahakan pusatperkembangan awal bersepadu kanakkanak yang dikenali sebagai ChildrenIslamic Centre (CIC) pada 1997.
CICdiasaskannya untuk memberikanperkhidmatan pendidikan awal untukkanak-kanak seawal usia tiga hinggalima tahun melalui pelbagai programpembelajaran dengan kokurikulumsetaraf dengan negara maju serta aktiviti sampingan seperti kelas renang,kelas drama dan kelas muzik.
Pada peringkat permulaan, pemegangIjazah Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)itu mencubanasib dengan membuka prasekolah pertama di Puchong Utama.
"Pada masa itu, saya masih menun·tut pada peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia, namun komitmenuntuk CIC tetap kukuh bagi memasti·kan perniagaan yang baru dimulakanini terus maju.
"Seramai 30 pelajar menjadi penuntut CIC sekali gus menunjukkan sistempembelajaran peringkat awal denganmengetengahkan keperluan akademikdan Islamikamat diperlukan," katanya.
ra
111
Pusat pertama itu adalah untukmemenuhi keperluan pendidikan awalanaknya dan penduduk sekitar dengankonsep pendidikan Islam selain memberikan penekanan kepada penguasaanbahasa Inggeris.
"Kanak-kanak perlu didedahkankepada pendidikan berteraskan Islamdan bahasa Inggeris yang mana keduaduanya adalah perkara penting padadunia masa kini," katanya.
Beliau berkata, pada masa itu, tidakbanyak pusat perkembangan awalkanak-kanak yang menyediakan modulpendidikan bersepadu yang holistik.
Katanya, pada peringkat awal penubuhan CIC bukanlah untuk dikomersialkan, namun apabila mendapatsambutan luar jangkaan, timbul niatdan hasrat untuk memperkembangkanpusat pendidikan itu supaya kanakkanak lain mendapat manfaatnya.
"Pada tahun pertama, CIC memiliki30pelajar, sekali gus membuatkan sayasemakin serius untuk mengembangkanpusat ini di kawasan lain.
"Namun, langkah pengembangan iniberlaku selepas lima tahun kerana sayaperlu mengkaji pengisiannya terlebihdulu supaya kehadiran CICdalam industri ini bukanlah sekadar berpaksikankeuntungan semata-mata," katanya.
Anak kelahiran Alor Setar, Kedahini membuka cawangan kedua CIC diPutrajaya selepas melengkapkan keperluan di Puchong dati mendalami modulpelajaran yang bersesuaian denganakademik dan imej Islam.
"Cawangan kedua CIC adalah yang
pertama di Putrajaya. Ramai yang bertanya mengapa saya mengambil masaagak lama untuk kembangkan perniagaan. Jawapannya mudah. Saya mahuperkhidmatan yang CICsediakan kepadapelajar adalah berkualiti," tegasnya.
Bermula 1997hingga 2011,CIC terusberkembang pesat, sekali gus menyaksikan pus at pendidikan awal kanakkanak itu memiliki 40 cawangan diseluruh negara dengan 4,000pelajar.
Daripada 40 cawangan itu, hanyaenam daripadanya diusahakan secarafrancais oleh francaisi yang berke- .layakan.
Qutren yang memegang jawatanKetua Eksekutif CIC berkata, pemilihan ketat untuk [rancaisi yang bertujuan mengekalkan kualiti dan jenamaCIC menyaksikan 34 cawangan diuruskannya sendiri dengan melantik ..pekerja berwibawa. -
"Saya mahu francaisi yang betul-betullayak dan terbaik untuk menguruskanCIC kerana kualiti adalah perkara yangsangat saya tekankan. Ia adalah bagimenterjemahkan kela:inan berbandingpusat pendidikan awal kanak-kanakyang wujud setakat ini," katanya.
Lebih membanggakan, CIC akanmelebarkan perkhidmatannya ke luarnegara dengan Jakarta, Indonesia danArab Saudi menjadi destinasi pilihan.
"Jika tiada aral, cawangan pertamadi Jakarta dan Arab Saudi akan dibukaJulai ini," katanya.
Qutren berkata, beliau merancanguntuk membuka 10cawangan di Jakarta dan tiga cawangan di Arab Saudidalam tempoh lima tahun.
"Berkat usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan sokongan daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA),CIC akan melangkah lebihjauh dengan-
mewujudkan cawangan di luar negara,"katanya.
CICjuga merancang membuka 10lagicawangan tahun depan, dengan limadaripadanya akan dibuka kepada francaisi.
. Qutren berkata, pengembangan perniagaan itu akan membabitkan pelaburan kira-kira RM3juta bagi pembinaaninfrastruktur, bekalan bahan bantuanmengajar dan kos operasi.
"Padamasa ini kami sudah mempunyai 40 cawangan di seluruh negaratermasuk 32 di Lembah Klang, selainNegeri Sembilan, Melaka, Johor Bahrudan Kelantan," katanya.
Beliau berkata, 10cawangan baru ituakan dibuka di Melaka, Ipoh; Perak,Kerteh; Terengganu, Miri dan Kuching di Sarawak, serta di Kota Kinabalu;Sabah.
"Ramai ibu bapa mula mimyedari kepentingan pendidikan awal kanak-kanak yang mana pusat asuhan biasa tidakdapat melakukannya secara profesional.CIC mempunyai pengalaman lebih 15tahun dalam bidang ini," katanya.
Beliau berkata, pihaknya merancangmembuka 10cawangan semhun dengansasaran menambah 80cawangan kepada120cawangan di seluruh negara menjelang2020.
Mengenai cadangan membuka cawangan CIC secara francais, Qutren berkata, syarikat itu men~alu-alui<an pihakyang berminat untuk menjadi francaisi dengaIi modal diperlukan ialahdi antara RM250,000hingga "R.M350,000bagi setiap cawangan ..
Perkhidmatan pendidikan awalkanak-kanak di CIC boleh didapatibermula RM260sebulan untuk tempohseparuh hari manakala RM550sebulanuntuk tempoh sehari bermula jam 8.30pagi hingga 6.30petang.
Berdasarkan sambutan, Qutren berkata, wujud permintaan untuk mewujudkan CIC di Sabah dan Sarawak,namun ia memerlukan perancanganteliti untuk menembusi pasaran Malaysia Timur itu.
Kejayaan yang terhasil itu sudah
tentunya tidak datang bergolek tanpaadanya cabaran dan rintangan sepertimana dilalui usahawan dalam bidangperniagaan lain.
Bagi Qutren, cabaran utama yangdihadapinya adalah yang berkait rapatdengan industri perkhidmatan yangmana memerlukan tenaga pengajar,warga kerja yang berkebolehan tinggiselain memiliki pengetahuan produkyang komprehensif.
Katanya, CIC tidak hanya mahukanstaf yang berkebolehan berbahasa Inggeris, malah perlu memiliki personaliti Islamik bersesuaian dengan konsepyang diterapkan pusat pendidikan awalkanak-kanak itu.
''Adalah amat sukar untuk mendapatkan tenaga pengajar dan staf yangmemiliki kedua-duanya bagi melahirkan pelajar yang terbaik selarasdengan tema CIC, iaitu 'Where LeadersAre Born'.
"Selepas memiliki staf yang berkebolehan ini, mereka akan diberikanlatihan yang secukupnya untuk men-
40cawangan CIC
di seluruh negara
10cawangandirancang di Jakarta
3cawangan
dirancang di Arab Saudi
Qutren Nada Ahmad
• Umur: 40 tahirn
• Asal: Alor Setar, Kedah
• Jawatan: Pengasas dan KetuaEksekutif, Children IslamicCentre (CIC)
g~ndalikan kelas berdasarkan strukturyang ditetapkan oleh kami," katanya.
Katanya, warga kerja yang terbaikmencerminkan kualiti yang amatditekankan oleh CIC, memandangkanpusat pendidikan awal kanak-kanakadalah perkhidmatan yang memilikipersaingan yang tinggi walaupun pasarannya amat luas.
Menyentuh kelebihan sukatan pembelajaran CIC,Qutren berkata, pusat pendidikan awal itu turut menyediakan pusatsehenti kanak-kanak berusia tigahingga12 tahun berserta program lain yanglebih holistik semata-mata bagi melahirkan bakal pemimpin masa depan.
"CIC akan membangunkan kepandaian, kreativiti dan keterampilan pelajarsejak dari kecil supaya apabila dewasakelak, mereka mempunyai kelebihandan potensi berbanding dengan rakansebaya lain," katanya.
Antara modill pembelajaran yang disediakan CIC adalah Playschool, Preschool, KAFA, KAFA Transit, Kelas Drama,Kelas Berenang Muzik, PasswordEnglish, Bacaan, Mengaji, Matematik,Lawatan Sambil Belajar dan Pembacaanuntuk membaiki kebolehan kendiri.
Pada masa sarna, CIC turut memperkenalkan modul pembelajaran dikenali New-Math yang turut digunakandi Taiwan bagi memberikan kelainankepada pelajar mereka berbandingpusat pendidikan lain.
Bagi memastikan kualiti terus dijaga,Qutren berkata, setiap pusat dilengkapidengan pengawasan kamera litar tertutup (CCTV)bagi membolehkan ibu pejabat CICyang berpangkalan di Putrajayamembuat pemantauan.
CICdiasaskan untuk memberikan perkhidmatan pendidikan awal untuk kanak-kanak seawal u~ia tiga hingga lima tahun.
• AHAMO IRHAM MOHO NOOR I BERITA HARlAN
~ S_~
O( akan membangunkan ., j4'>'
kepandaian, kreativiti '::jC:
dan keterampilan pelajar ""'"
sejak dari kedlsupaya "'\ ,1IJf:
apabila dewasa kelak, iT,·
mereka mempunyai
kelebihan dan potensi ,berbanding dengan rakan
sebaya lain ~
"'•.... \.-~.""- ....••.
CICmembangunkan kepandaian, kreativiti dan keterampilan pelajilr sejak dari kecil.
Top Related