HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg iaitu antara perorangan
(interpersonal),peranan bermaklumat (informational) dan pembuatan keputusan (decision making)
Pengurus ialah orang yang bertanggungjawab dalam tugas pengurusan yang terlibat untuk melaksanakan empat fungsi pengurusan.
Pengurus bertanggungjawab dalam merancang,membuat keputusan,mengorganisasi,menyelaras, memimpin dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia untuk memastikan matlamat organisasi tercapai.
PERANAN PENGURUS
Antara-perorangan (interpersonal)• Ketua,Pemimpin,PenghubungPeranan bermaklumat (informational)• Penyampai,Jurucakap,PengawasPembuatan keputusan (decision making)• Usahawan,Pengagih
Sumber,Perunding
Antara-perorangan (Interpersonal)
• Ketua1.Apabila pengurus dilantik sebagai ketua
jabatan, ketua organisasi atau ketua cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi.
2.Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi.
• Pemimpin1. Setiap pengurus memainkan peranan sebagai
pemimpin yang mendorong, memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja.
2. Dalam melaksanakan peranan ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja, mengurangkan konflik dan memberi maklum balas terhadap prestasi pekerja.
3. Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar.
• Penghubung1. Pengurus juga perlu mengadakan hubungan
dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi.
2. Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan pelanggan.
Peranan Bermaklumat (Informational)
• Penyampai1. Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk
menyampaikan semua maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat tersebut.
2. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh pekerja.
3. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi.
• Jurucakap1. Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan
aktiviti menyampaikan sebahagian maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya.
2. Penyampaian maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan organisasi.
3. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji pekerja kepada pihak majikan.
• Pengawas1.Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-
maklumat di persekitaran dalaman dan luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang boleh memberi kesan kepada organisasi.
2. Dengan adanya maklumat ini akan dapat membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain.
3. Pengurus boleh mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam komunikasi secara tidak langsung.
Pembuatan Keputusan(Decision Making)
• Usahawan1. Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang
sebagaimana yang terdapat pada usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan amanah.
2. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan organisasi.
• Pengagih Sumber1. Pengurus menentukan bagaimana dan
kepada siapa sumber serta masa pengurus itu akan diagihkan.
2. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang terdapat dalam organisasi.
3. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya semua pihak berpuashati.
• Perunding1.Pengurus melaksanakan peranan sebagai
perunding di mana pengurus akan mewakili organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka.
2. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan.
Top Related