PENGESANAN TAHAP, PUNCA DAN SIMPTOM STRES SERTA
PERLAKSANAAN MODUL LATIHAN KEMAHIRAN MENGAWAL
STRES KEHIDUPAN GURU
MAZLAN BIN ARIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
PENGESANAN TAHAP, PUNCA DAN SIMPTOM STRES SERTA
PERLAKSANAAN MODUL LATIHAN KEMAHIRAN MENGAWAL
STRES KEHIDUPAN GURU
MAZLAN BIN ARIS
Tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2011
iv
“Saya akui karya ini yang bertajuk “Pengesanan Tahap, Punca dan Simptom Stres
serta Perlaksanaan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penuh : MAZLAN BIN ARIS
Tarikh : 14 FEBRUARI 2011
v
SYUKUR KE HADRAT ILLAHI DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT
MEWARNAI KEHIDUPAN INI DENGAN KEKUATAN IMAN DAN
TAKWA.
BUAT ABAH DAN EMAK
Terima kasih atas doa yang diberi.
Ini hadiah untuk abah.
BUAT ISTERI
Terima kasih atas segalanya.
BUAT PERMATA HATI ABAH (EZZATY EMILEA, QISTINA NABIHAH &
QAHIR EIRFAN)
Terima kasih atas keperihatinan dan kebahagiaan yang dipamerkan kalian.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi penyayang yang telah
menganugerahkan kekuatan, kesabaran dan kesungguhan dalam melengkapkan tesis
ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini, dapat memberi impak yang besar
bagi membantu mengawal kesihatan mental golongan pendidik.
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia
saya, Dr Faizah bte Abd Ghani diatas kesungguhan, keikhlasan dan kesabaran
mendidik saya sehingga siapnya tesis ini. Tunjuk ajar dan keperihatinan yang
dicurah menambahkan lagi kamus kehidupan di dalam mengenali erti kemanusiaan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana memberi kebenaran kepada saya menjalankan penyelidikan ini di
sekolah-sekolah menengah di negeri Johor. Penghargaan juga kepada Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) khususnya PPD Kulaijaya dan Mersing serta pihak
pengurusan sekolah yang telah terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga kepada Prof Madya Dr Hj. Jamaludin Ahmad, Prof
Madya Dr Mohamed Sharif Haji Mustafa, Prof Madya Zaidatun binti Tasir, Prof
Madya Dr Othman bin Md Johan, Dr Zainal Abidin Zainuddin, Dr Azlina bt. Mohd
Kosnin, Dr Hilmi bin Ahmad Shagir, Dr Zainudin Abu Bakar dan semua pensyarah
yang terlibat membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar yang berguna.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada warga Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim iaitu Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran, Hj. Abdullah
Zhidi Omar, Hj. Nasir Abdullah, En Syafiq Sim Abdullah, En. Tauhid bin Sudar, Pn.
Rokiah Buyong, En Lee Chai Eam, Hj. Hassan Kudus, Pn. Salima Omar, En.
Hamdan Bin Zainal Afuad dan rakan-rakan di Pusat Latihan Guru Dalam
Perkhidmatan di dalam membantu mengendalikan kursus pengurusan stres.
Jasa dan keikhlasan membuat saya lebih menghargai hubungan sesama manusia.
vii
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji fenomena stres dalam kalangan
guru. Kajian yang dijalankan merangkumi aspek pengesanan tahap, punca dan
simptom stres guru di sekolah-sekolah menengah negeri Johor. Selain itu, kajian ini
bertujuan mengenal pasti keberkesanan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru yang dibangunkan oleh pengkaji. Kajian ini dijalankan secara
kuantitatif dan kualitatif yang terdiri daripada dua fasa iaitu fasa mengesan tahap,
punca dan simptom stres serta pengujian keberkesanan Modul Latihan Kemahiran
Mengawal Stres Kehidupan Guru. Persampelan data fasa pertama melibatkan 849
orang sampel yang mewakili populasi guru sekolah menengah di negeri Johor.
Sampel dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis (propotional stratified
sampling). Fasa kedua kajian melibatkan lapan orang sampel yang dipilih
menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Analisis data
melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang merangkumi analisis secara
statistik deskriptif, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan
majoriti tahap stres guru sekolah menengah di negeri Johor berada di tahap normal
(67.7%). Jika dilihat dari aspek punca pula didapati punca utama stres dalam
kalangan guru ialah pekerjaan (min=1.39). Simptom utama yang paling kerap
dialami oleh guru-guru ialah kognitif (min=1.09). Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa responden yang berumur 30 tahun dan ke bawah, responden perempuan,
janda/duda, tempoh mengajar 5 tahun dan kurang, pendapatan RM3 501.00 hingga
RM 4 000.00 dan lokasi sekolah luar bandar merupakan latar belakang responden
yang paling mudah mengalami stres sehingga tahap tinggi. Dapatan tentang
keberkesanan menunjukkan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan
Guru dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan dan kemahiran guru dalam
mengawal stres sehingga mencapai tahap normal. Dapatan kajian juga membuktikan
bahawa terdapat perbezaan antara pengalaman sebelum latihan (kurang selesa)
kepada kehidupan yang lebih baik apabila menamatkan latihan pengawalan stres.
Hasil dari penganalisisan data secara kuantitatif dan kualitatif menunjukkan
penurunan skor tahap stres secara keseluruhan sebanyak 42.76%, punca stres
sebanyak 36.61% dan simptom stres sebanyak 46.72%. Justeru membuktikan modul
ini berkesan di dalam mengawal stres dalam kalangan guru di negeri Johor.
Diharapkan Modul Latihan Mengawal Stres Kehidupan Guru ini dapat diaplikasikan
oleh Jabatan Pelajaran Johor dalam membantu guru-guru yang mengalami stres.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the phenomenon of stress among
teachers in Johor which consists of the detection level, causes and symptoms of
stress. Beside that, the study also focuses on the effectiveness of a training module
developed by the researcher on Stress Controlling Skills for Teachers. The
researcher used a data triangulation design which is suitable for simultaneous
qualitative and quantitative data collection. This mixed method study was conducted
in two phases: detecting the level, the causes as well as symptoms of stress; and later,
testing the effectiveness of the developed Training Module. The first phase involved
a survey while the second, a case study. In the first phase 849 of secondary school
teachers in Johor were selected random proportional stratified sampling was used for
the selection. Purposive sampling was used in the second phase and 8 teachers were
chosen. Qualitative and quantitative data analyses were conducted using descriptive
statistics analysis, interviews and observations. The findings showed that the
majority secondary school teachers in Johor were at a normal level (67.7%).
Teachers’ own work was found to be the main cause of the stress (mean=1.39). The
main symptom most often experienced by teachers was cognitive (mean=1.09). The
findings showed that respondents with the following backgrounds aged below 30
years, women, widows, less than 5 years teaching experience, income from RM3
501.00 to RM4 000.00 and rural schools were more prone to experience higher level
of stress. The finding proved that the Training Module could increase the knowledge
level and teacher skills in controlling stress towards the normal level. The result also
showed that evidently there were differences on how the respondents felt before and
after the treatment (Training Module) was conducted. Upon completing the module,
the respondents felt a lot better in comparison to what they experienced before.
Qualitatively and quantitatively, the result convincingly conveyed that the level of
stress score was reduced to 42.76%, stress causes to 36.61% and stress symptoms to
46.72%. Overall, this module was found to be very effective in controlling stress
among teachers in Johor. It is hope that, this Training Module can be a very useful
assistance and application for Johor Education Council to reduce teachers stress level
stressful teachers.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
TAJUK TESIS i
PERAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xxi
SENARAI LAMPIRAN xxii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kerangka Teori Kajian 14
1.7 Kerangka Konsep Kajian 18
1.8 Rasional Kajian 21
1.9 Kepentingan Kajian 23
x
1.9.1 Guru Sekolah 23
1.9.2 Kaunselor Pentadbir 24
1.9.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 25
1.10 Skop dan Batasan Kajian 25
1.11 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 27
1.11.1 Modul 27
1.11.2 Stres 28
1.11.3 Keberkesanan 29
1.11.4 Kemahiran Mengawal 29
1.11.5 Kehidupan Guru 30
1.11.6 Tahap Stres 31
1.11.7 Punca Stres 32
1.11.8 Simptom Stres 32
1.12 Kesimpulan 33
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 34
2.2 Teori dan Model-Model Kajian 34
2.2.1 Model Stres Selye (1975) 35
2.2.2 Model Proses Stres Greenberg (1999) 38
2.2.3 Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara
Spiritual Seaward (2006) 40
2.2.4 Model Stres Guru Kyricaou dan
Sutcliffe (1978) 43
2.2.5 Model Rangka Bentuk Stres Kerja Dalam
Organisasi Matterson dan
Ivanchevich (1989) 45
2.2.6 Model Stres dan Cara Mengawal
Blonna (2000) 49
2.2.7 Pemilihan Model Stres 51
2.3 Kajian-Kajian Lepas Dalam Negeri 54
2.3.1 Kajian Tahap Stres Dalam Kalangan Guru
di Malaysia 54
xi
2.3.2 Kajian Punca Stres Dalam Kalangan
Guru di Malaysia 60
2.3.3 Kajian Simptom Stres di Malaysia 63
2.3.4 Kajian Keberkesanan Modul di Malaysia 66
2.4 Kajian-Kajian Lepas Luar Negeri 71
2.4.1 Kajian Tahap Stres Dalam Kalangan
Guru di Luar Negeri 71
2.4.2 Kajian Punca Stres Dalam Kalangan
Guru di Luar Negeri 74
2.4.3 Kajian Simptom Stres di Luar Negeri 77
2.4.4 Kajian Keberkesanan Modul di
Luar Negeri 79
2.5 Kesimpulan 82
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 84
3.2 Reka Bentuk Kajian 85
3.2.1 Fasa I (Peringkat Mengesan Tahap, Punca
dan Simptom Stres) 86
3.2.2 Fasa II (Peringkat Latihan Mengawal Stres
Kehidupan Guru) 87
3.3 Persampelan 91
3.3.1 Sampel Tinjauan Tahap, Punca dan
Simptom Stres Kehidupan Guru 91
3.3.2 Pemilihan Sampel Guru untuk
Mengikuti Latihan Kemahiran
Mengawal Stres Kehidupan 93
3.4 Instrumen Kajian 95
3.4.1 Soal Selidik 95
3.4.1.1 Inventori Profil Stres Kehidupan
(IPSK) 96
3.4.1.2 Soal Selidik Kebolehpercayaan
Modul 102
xii
3.4.1.3 Soal Selidik Penilaian Bimbingan
Kelompok 103
3.4.2 Temu bual 105
3.4.3 Pemerhatian 107
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Latihan
Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan
Guru 109
3.5.1 Kesahan Modul Latihan Kemahiran
Mengawal Stres Kehidupan Guru 109
3.5.2 Kebolehpercayaan Modul Latihan
Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan
Guru 113
3.6 Kandungan Reka Bentuk Modul 115
3.7 Penganalisis Data 117
3.7.1 Analisis Tahap Stres Guru 117
3.7.2 Analisis Punca dan Simptom Stres
Kehidupan Guru 118
3.7.3 Analisis Keberkesanan penggunaan
Modul Latihan Kemahiran Mengawal
Stres Kehidupan Guru di Dalam
Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
dan Kemahiran mengawal Stres 118
3.7.4 Analisis Keberkesanan Penggunaan
Modul Latihan Kemahiran Mengawal
Stres Kehidupan Guru di Dalam
Mengurangkan Tahap Stres 120
3.7.5 Analisis Keberkesanan Penggunaan
Modul Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam Mengurangkan
Punca dan Simpton Stres 122
3.8 Analisis Temu Bual Secara Kualitatif 122
3.9 Kesimpulan 124
xiii
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 125
4.2 Analisis Deskriptif Taburan Responden
Berdasarkan Latar Belakang Demografi Kajian
Tinjauan 126
4.2.1 Analisis Deskriptif Umur Responden 127
4.2.2 Analisis Deskriptif Kelulusan Akademik
Tertinggi Responden 127
4.2.3 Analisis Deskriptif Jantina Responden 128
4.2.4 Analisis Deskriptif Taraf Perkahwinan
Responden 128
4.2.5 Analisis Deskriptif Pengalaman Mengajar
Responden 129
4.2.6 Analisis Deskriptif Pendapatan
Responden 129
4.2.7 Analisis Deskriptif Lokasi Sekolah
Responden 130
4.3 Analisis Deskriptif Tahap Stres Kehidupan
Guru 131
4.4 Analisis Deskriptif Tahap Stres Kehidupan
Mengikut Faktor Demografi 131
4.4.1 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Umur 132
4.4.2 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Kelulusan
Akademik Tertinggi 133
4.4.3 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Jantina 134
4.4.4 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Taraf
Perkahwinan 135
4.4.5 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Pengalaman
Mengajar 137
xiv
4.4.6 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Pendapatan
Gaji Sebulan 139
4.4.7 Analisis Deskriptif Tahap Stres
Kehidupan Mengikut Lokasi Sekolah 140
4.5 Analisis Deskriptif Punca Stres Kehidupan
Guru 141
4.6 Analisis Deskriptif Punca Stres Kehidupan
Mengikut Faktor Demografi 144
4.6.1 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Umur 144
4.6.2 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Kelulusan
Akademik Tertinggi 145
4.6.3 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Jantina 146
4.6.4 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Taraf
Perkahwinan 147
4.6.5 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 148
4.6.6 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Pendapatan
Gaji Sebulan 149
4.6.7 Analisis Deskriptif Punca Stres
Kehidupan Berdasarkan Lokasi Sekolah 150
4.7 Analisis Deskriptif Simptom Stres Kehidupan 151
4.8 Analisis Deskriptif Simptom Stres Kehidupan
Mengikut Faktor Demografi 153
4.8.1 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Umur 153
xv
4.8.2 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Kelulusan
Akademik Tertinggi 154
4.8.3 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Jantina 155
4.8.4 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Status
Perkahwinan 156
4.8.5 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Pengalaman
Mengajar 157
4.8.6 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Pendapatan
Gaji Sebulan 158
4.8.7 Analisis Deskriptif Simptom Stres
Kehidupan Berdasarkan Lokasi Sekolah 159
4.9 Keberkesanan Penggunaan Modul Latihan
Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru
di Dalam Meningkatkan Ilmu pengetahuan
dan Kemahiran Mengawal Stres 159
4.9.1 Sub-Modul Proses
Mengenal Diri dan Stres 163
4.9.2 Sub-Modul Penstrukturan
Pemikiran 166
4.9.3 Sub-Modul Proses
Pengurangan Stres 169
4.9.4 Sub-Modul Strategi
Rehat Aktif dan Pasif 171
4.9.5 Sub-Modul Penyusunan Semula
Kehidupan 173
xvi
4.10 Analisis Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam Mengurangkan
Tahap Stres 177
4.11 Analisis Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam Mengurangkan
Punca Stres 215
4.12 Analisis Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan
Guru di Dalam Mengurangkan Simptom Stres 227
4.13 Pandangan Guru Terhadap Keberkesanan
Penggunaan Modul Latihan Mengawal Stres
Di Dalam Membantu Guru Yang Mempunyai
Tahap Stres Yang Tinggi dan Sangat Tinggi 238
4.14 Kesimpulan 244
5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 246
5.2 Perbincangan 246
5.2.1 Analisis Deskriptif Taburan Responden
Mengikut Faktor Demografi 246
5.2.2 Profil Tahap Stres Kehidupan Guru
Sekolah Menengah di Negeri Johor 249
5.2.3 Profil Punca Stres Kehidupan Guru 253
5.2.4 Profil Simptom Stres Kehidupan Guru 254
5.2.5 Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam
Meningkatkan Ilmu Pengetahuan dan
Kemahiran Mengawal Stres 255
xvii
5.2.6 Keberkesanan Penggunaan Modul Latihan
Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan
Guru di Dalam Mengurangkan Tahap
Stres 257
5.2.7 Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam
Mengurangkan Punca Stres 261
5.2.8 Analisis Keberkesanan Penggunaan Modul
Latihan Kemahiran Mengawal Stres
Kehidupan Guru di Dalam
Mengurangkan Simptom Stres 264
5.2.9 Rumusan Pandangan Guru Terhadap
Keberkesanan Penggunaan Modul Latihan
Mengawal Stres Di Dalam Membantu
Guru Yang Mempunyai Tahap Stres
Yang Tinggi dan Sangat Tinggi 265
5.3 Implikasi Dapatan Kajian 267
5.3.1 Guru 268
5.3.2 Kaunselor Pentadbir 268
5.3.3 Jabatan Pelajaran Negeri 269
5.3.4 Institut Pendidikan Guru (IPG) 270
5.3.5 Kementerian Pelajaran Malaysia 271
5.3.6 Pengkaji Lain 271
5.4 Cadangan Kajian 272
5.4.1 Cadangan Tindakan Kajian 273
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 276
5.5 Kesimpulan 278
RUJUKAN 280
LAMPIRAN A – F 296 - 350
xviii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Bilangan responden kajian stres pada tahap tinggi 59
3.1 Taburan item punca stres guru 99
3.2 Taburan item simptom stres guru 99
3.3 Kolerasi matrix punca stres 100
3.4 Kolerasi matrix simptom stres 100
3.5 Keputusan analisis kebolehpercayaan ujian rintis 101
3.6 Keputusan analisis uji dan uji semula 101
3.7 Skala soal selidik kebolehpercayaan modul 103
3.8 Format borang pemerhatian tingkah laku stres 108
3.9 Pandangan pakar pertama terhadap kesahan kandungan
Modul Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru 111
3.10 Kesahan kandungan Modul Kemahiran Mengawal
Stres Kehidupan Guru 112
3.11 Nilai pekali kebolehpercayaan Modul Kemahiran
Mengawal Stres Kehidupan Guru 114
3.12 Kandungan Reka Bentuk Modul 116
3.13 Skor tahap punca dan simptom stres mengikut nilai min 118
3.14 Analisis mengikut sub-modul 119
3.15 Skor tahap keberkesanan sesi bimbingan kelompok 120
3.16 Format instrumen pemerhatian perubahan tingkah laku
stres 121
3.17 Perbezaan skor tahap stres sebelum dan selepas menjalani
latihan 121
4.1 Taburan kekerapan dan peratus mengikut umur 127
4.2 Taburan kekerapan dan peratus mengikut
kelulusan akademik tertinggi 127
xix
4.3 Taburan kekerapan dan peratus mengikut jantina 128
4.4 Taburan kekerapan dan peratus mengikut
status perkahwinan 128
4.5 Taburan kekerapan dan peratus mengikut
pengalaman mengajar 129
4.6 Taburan kekerapan dan peratus mengikut pendapatan 129
4.7 Taburan kekerapan dan peratus mengikut lokasi sekolah 130
4.8 Taburan kekerapan dan peratus tahap stres kehidupan 131
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut umur 132
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut kelulusan akademik tertinggi 133
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut jantina 134
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut status perkahwinan 135
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut pengalaman mengajar 137
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap stres
kehidupan mengikut pendapatan gaji sebulan 139
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min tahap
stres kehidupan mengikut lokasi sekolah 140
4.16 Taburan min, tahap dan pangkatan keseluruhan faktor
setiap punca stres 141
4.17 Dapatan analisis ciri-ciri punca stres secara keseluruhan 143
4.18 Taburan min faktor punca stres mengikut umur 144
4.19 Taburan min faktor punca stres mengikut kelulusan
akademik tertinggi 145
4.20 Taburan min faktor punca stres mengikut jantina 146
4.21 Taburan min faktor punca stres mengikut taraf
perkahwinan 147
4.22 Taburan min faktor punca stres mengikut pengalaman
mengajar 148
xx
4.23 Taburan min faktor punca stres mengikut
pendapatan gaji sebulan 149
4.24 Taburan min faktor punca stres mengikut
lokasi sekolah 150
4.25 Taburan min, tahap dan pangkatan keseluruhan faktor
setiap simpton stres 151
4.26 Dapatan analisis ciri-ciri simptom stres
secara keseluruhan 152
4.27 Taburan min simptom stres mengikut umur 153
4.28 Taburan min simptom stres mengikut kelulusan
akademik tertinggi 154
4.29 Taburan min simptom stres mengikut jantina 155
4.30 Taburan min simptom stres mengikut status
perkahwinan 156
4.31 Taburan min simptom stres mengikut pengalaman
mengajar 157
4.32 Taburan min simptom stres mengikut pendapatan
gaji sebulan 158
4.33 Taburan min simptom stres mengikut
lokasi sekolah 159
4.34 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
Mengikut sub-modul 163
4.35 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
sub-modul mengenal diri dan stres 165
4.36 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
sub-modul penstrukturan pemikiran 169
4.37 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
sub-modul proses pengurangan stres 171
4.38 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
sub-modul strategi rehat aktif dan pasif 173
4.39 Analisis penilaian sesi latihan bimbingan kelompok
sub-modul penyusunan semula kehidupan 176
4.40 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK1 oleh pengkaji 181
xxi
4.41 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK2 oleh pengkaji 185
4.42 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK3 oleh pengkaji 189
4.43 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK4 oleh pengkaji 194
4.44 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK5 oleh pengkaji 198
4.45 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK6 oleh pengkaji 203
4.46 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK7 oleh pengkaji 207
4.47 Analisis rumusan pemerhatian perubahan tingkah laku
stres mengikut sub-modul responden RK8 oleh pengkaji 211
4.48 Perbezaan perubahan tahap stres sebelum dan selepas
menjalani latihan 213
4.49 Perbezaan perubahan punca stres RK1 sebelum dan
selepas menjalani latihan 216
4.50 Perbezaan perubahan punca stres RK2 sebelum dan
selepas menjalani latihan 217
4.51 Perbezaan perubahan punca stres RK3 sebelum dan
selepas menjalani latihan 218
4.52 Perbezaan perubahan punca stres RK4 sebelum dan
selepas menjalani latihan 220
4.53 Perbezaan perubahan punca stres RK5 sebelum dan
selepas menjalani latihan 221
4.54 Perbezaan perubahan punca stres RK6 sebelum dan
selepas menjalani latihan 222
4.55 Perbezaan perubahan punca stres RK7 sebelum dan
selepas menjalani latihan 224
4.56 Perbezaan perubahan punca stres RK8 sebelum dan
selepas menjalani latihan 225
4.57 Perbezaan perubahan punca stres sebelum dan
selepas menjalani latihan 226
xxii
4.58 Perbezaan perubahan simptom stres RK1 sebelum dan
selepas menjalani latihan 229
4.59 Perbezaan perubahan simptom stres RK2 sebelum dan
selepas menjalani latihan 230
4.60 Perbezaan perubahan simptom stres RK3 sebelum dan
selepas menjalani latihan 231
4.61 Perbezaan perubahan simptom stres RK4 sebelum dan
selepas menjalani latihan 232
4.62 Perbezaan perubahan simptom stres RK5 sebelum dan
selepas menjalani latihan 233
4.63 Perbezaan perubahan simptom stres RK6 sebelum dan
selepas menjalani latihan 234
4.64 Perbezaan perubahan simptom stres RK7 sebelum dan
selepas menjalani latihan 235
4.65 Perbezaan perubahan simptom stres RK8 sebelum dan
selepas menjalani latihan 236
4.66 Perbezaan perubahan simptom stres sebelum dan
selepas menjalani latihan secara keseluruhan 237
4.67 Perbezaan perubahan tahap stres sebelum dan
selepas menjalani latihan secara keseluruhan 243
4.68 Perbezaan perubahan punca stres sebelum dan
selepas menjalani latihan secara keseluruhan 243
4.69 Perbezaan perubahan simptom stres sebelum dan
selepas menjalani latihan secara keseluruhan 243
xxiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka teori kajian 17
1.2 Kerangka konsep kajian 20
2.1 Rajah tiga tahap Sindrom Penyesuaian Umum atau
G.A.S (General Adaptation Syndrome) Selye (1975) 37
2.2 Model Proses Stres Greenberg (1999) 40
2.3 Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara Spritiual
Seawerd (2006) 42
2.4 Model Stres Kerja Guru Kyricaou dan Sutcliffe (1978) 44
2.5 Model Rangka Kerja Dalam Organisasi Matterson dan
Ivanchevich 48
2.6 Model Stres dan Cara Mengawal Blonna (2000) 51
3.1 Reka bentuk kajian 90
5.1 Profil tahap stres kehidupan guru sekolah
menengah negeri Johor 250
xxiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Jadual saiz sampel 296-297
B Instrumen kajian 298-319
C Borang pengesahan IPSK oleh pakar 320-323
D Pengesahan modul oleh pakar 324-327
E Borang keputusan pemerhatian oleh pihak
pengurusan sekolah 328-344
F Sijil dan surat berkaitan 345-350
xxv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kehidupan manusia pada abad ini dilihat sebagai suatu keadaan yang amat
mencabar dan kompleks. Kepelbagaian kehidupan yang rencam memberi implikasi
kepada perubahan sosial masa kini. Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) mendapati stres telah menjadi penyakit yang semakin mengancam
kesejahteraan seluruh negara di dunia. Pengkaji dari WHO mendapati stres
merupakan epidemik global pada abad ini (Seaward, 2006). Situasi ini telah
memangkin munculnya fenomena stres yang memerlukan perhatian khusus untuk
memahaminya (Bloona, 2000). Kini, stres berada di mana-mana dan kerap disebut
sebagai ancaman yang besar terhadap kesihatan mental manusia sejagat (Andrews,
2005). Keadaan ini menjelaskan bahawa stres merupakan fenomena pelbagai
dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia (Hatta
dan Mohamed Hatta, 2002).
Kini, fenomena stres telah menular dalam profesion keguruan seluruh dunia
Menurut Capel (1989), Borg dan Mark (1990), profesion keguruan adalah pekerjaan
yang dikategorikan sebagai kerjaya yang amat stres. Selain itu, Jepson dan Forrest
(2006) melaporkan bahawa kerjaya sebagai guru merupakan pekerjaan yang
mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding yang lain. Hal ini disokong oleh
laporan kajian oleh Health and Safety Executive (Jepson dan Forrest, 2006) yang
menyokong pengajaran adalah salah satu daripada pekerjaan yang sangat stres.
xxvi
Status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan
negatif, iaitu keadaan stres, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (Gold
dan Roth, 1993). Hal ini bertekalan dengan laporan dari Pitchers dan Soden (1999)
serta kajian yang dijalankan oleh Borg dan Mark (1990) yang mendapati guru di
Amerika Syarikat dan Britain mengalami tahap stres yang tinggi dan terlalu tinggi.
Begitu juga dengan laporan keseluruhan kajian di Australia dan New Zealand
mendapati tahap stres guru adalah tinggi.
Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, didapati fenomena stres dalam
kalangan guru semakin mendapat perhatian. Menurut Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng (2005), ramai guru
di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung dan
malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat beban tugas
yang bertambah (Abdul Muin, 2005). Kenyataan ini disokong oleh Presiden NUTP
yang mendakwa tahap stres dalam kalangan guru semakin menjadi-jadi dan
membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat (Utusan Malaysia, 23 Ogos
2005). Selain itu kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9000 guru di seluruh negara tertekan bukan
sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua,
kerani, ibu bapa dan juga pelajar (Siti Nor Afzan, 2008).
Schafer (1996) telah melaporkan bahawa faktor pekerjaan telah menyumbang
70% kepada keadaan stres. Ia diikuti oleh masalah kewangan sebanyak 63%,
keluarga 44%, kerja rumah 37%, masalah kesihatan 35% dan penjagaan anak-anak
20%. Perangkaan ini menggambarkan kehidupan manusia penuh dengan situasi
yang boleh menyumbang kepada rangsangan timbulnya stres.
Selain daripada faktor pekerjaan, stres juga berpunca dari gaya hidup dan
aktiviti harian guru. Ia selaras dengan pendapat, Slavin et al. (1991) yang
menyatakan bahawa stres boleh berpunca dari kehidupan harian guru secara individu
yang memangkin timbulnya simptom stres. Fenomena stres dalam kalangan guru
berkait dengan bagaimana seseorang guru itu mengendalikan stres dalam
kehidupannya. Sebagai golongan manusia yang unik, stres dalam kalangan guru juga
xxvii
perlu dilihat dari aspek pekerjaan dan kehidupan peribadi secara holistik (Leatz dan
Stolar, 1993). Seorang guru juga mempunyai kehidupan peribadi yang tersendiri
berbeza dengan kerjaya lain. Stres yang wujud dalam bidang pekerjaan guru juga
akan memberi kesan terhadap kehidupan guru. Begitu juga dengan stres kehidupan
peribadi guru akan memberi kesan terhadap prestasi kerja. Kenyataan ini disokong
oleh Leatz dan Stolar (1993) yang berpendapat bahawa seseorang itu amat sukar
untuk melupakan masalah keluarga di rumah semasa bekerja dan juga sebaliknya.
Sehubungan itu, kerjaya dan kehidupan guru adalah merupakan sesuatu yang
tidak boleh dipisahkan. Jika kerjaya guru boleh mengundang suasana stres,
kehidupan peribadi guru juga boleh merangsang wujudnya stres. Ia selaras dengan
pendapat Adams (1980) yang melaporkan kebanyakan rasa kecewa dan tekanan
adalah akibat daripada pengalaman di dalam masyarakat, peribadi dan kehidupan
bekerja yang menyebabkan stres. Pendapat ini diperkukuhkan lebih terperinci oleh
Girdano, Dusek dan Everly (2009) yang menyatakan punca stres adalah berkaitan
dengan masalah fizikal, emosional, intelektual, sosial, ekonomi dan spiritual.
Kyriacou dan Sutcliffe (1978a) juga berpendapat seseorang guru yang
mengalami stres bukan sahaja berpunca dari faktor fizikal kelas seperti terlalu ramai
murid di dalam kelas tetapi juga kesan dari masalah perhubungan yang teruk.
Natijah dari itu, guru juga akan mengalami kesan stres secara menyeluruh di dalam
kehidupannya yang merangkumi masalah psikologikal, fisiologikal dan tingkah laku.
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dilakukan oleh National
Education Association di Kansas, Amerika Syarikat mendapati kira-kira 20% guru
baru yang digajikan di Amerika Syarikat merasa sedih dan stres kesan dari
pembayaran gaji yang rendah. Keadaan ini pasti mengundang masalah peribadi
berkaitan kewangan. Dapatan kajian melaporkan mereka meninggalkan bidang ini
selepas hanya dua tahun berkhidmat (Lawrence, 2007).
Adams (1980) melihat keadaan ini merupakan sebahagian daripada
kehidupan harus ditempuhi. Kehidupan guru dan pekerjaan guru saling berkait
antara satu sama lain. Ia bertekalan dengan kajian oleh Cinamon, Rich dan Westman
(2007) terhadap guru sekolah menengah di Israel yang mendapati guru yang
xxviii
mengalami stres akibat konflik keluarga akan menunjukkan kriteria pengajaran yang
berlainan. Contohnya guru akan mempunyai masalah dalam perhubungan terutama
berkaitan dengan pengendalian tingkah laku pelajar. Kenyataan ini bertekalan
dengan kajian oleh Jepson dan Forrest (2006) yang mendapati perbezaan personaliti
individu juga memberi pengaruh ke atas tahap stres guru yang tinggi.
Peningkatan tahap dan wujudnya pelbagai punca stres, maka akan
merangsang kepada timbulnya simptom stres yang dianggap sebagai kesan yang
akan membawa kepada pelbagai penyakit kepada seseorang individu itu. Ia
bertekalan dengan kajian oleh Seaward (2006) yang melaporkan bahawa secara
keseluruhannya 70% hingga 80% penyakit yang dialami oleh manusia kini adalah
kesan daripada stres. Contohnya penyakit jantung, kanser, demam, sakit kepala,
penyakit puan, insomnia, tekanan berlebihan dan beberapa penyakit lain (Leatz dan
Stolar, 1993). Keadaan ini diperkukuhkan oleh laporan Seaward (2006) berdasarkan
data yang ditunjukkan oleh National Center For Health Statistics (2000) yang
mendapati masalah penyakit manusia ada hubungan rapat dengan stres. Penyakit
yang berpunca daripada fenomena stres ini amat sukar untuk dikawal dan dicegah
dengan menggunakan ubat. Ia memerlukan penyembuhan secara menyeluruh yang
meliputi perubahan gaya hidup, pemikiran, emosi, spiritual mahupun tingkah laku
yang mengambil masa lama (Braham, 1997). Proses rawatan ini juga memerlukan
komitmen yang padu berpandukan kaedah atau tatacara yang sistematik (Seaward,
2006 ; Bloona, 2000). Oleh sebab itu sebuah modul yang komprehensif adalah
diperlukan bagi mengekang fenomena ini supaya tidak menjadi epidemik yang sukar
untuk dikawal.
Kesimpulannya, fenomena stres merupakan isu besar yang memerlukan
perhatian yang menyeluruh bagi mengendalikannya. Ini kerana ia akan
meninggalkan kesan yang serius terhadap keseluruhan kesejahteraan kehidupan
manusia (Seaward, 2006). Hal ini selaras dengan pendapat Lauzon (1999) yang
melihat kesihatan dan kesejahteraan hidup boleh meningkatkan tahap kegembiraan,
kepuasan dan keghairahan meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu penyelesaian yang
holistik diperlukan bagi mengawal tahap stres guru supaya tidak menjadi wabak yang
sukar ditanggani.
xxix
1.2 Latar Belakang Masalah.
Di dalam keghairahan membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia,
pelbagai perubahan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memantapkan sistem pelajaran di negara ini. Keadaan ini diakui oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat bahawa Malaysia
perlu bertindak pantas menyuntik pembaharuan dalam sistem pendidikan secara
menyeluruh dan bersepadu jika mahu mencapai sasaran menjadi negara maju (Berita
Harian, 23 Julai 2010). Kerancakan meneroka dan merencana bagi memantapkan
sistem pendidikan yang sedia ada pastinya akan membawa bersama kesan langsung
dan tidak langsung kepada penggerak utama dunia pendidikan iaitu golongan guru.
Aspek positif akan dapat memberikan semangat kepada guru. Aspek negatif pula
akan membawa kepada wujudnya fenomena negatif kepada guru itu sendiri
(Seaward, 2006). Keadaan ini pastinya akan menyumbang kepada kegusaran
kesihatan mental terutamanya stres dalam kalangan guru
Berdasarkan laporan dan kajian yang telah dijalankan dapat dibuktian bahawa
stres kalangan guru adalah merupakan masalah yang serius dan perlu ditanggani
dengan segera. Hal ini bertekalan dengan kajian dikeluarkan oleh NUTP (2005)
menunjukkan seramai 69% warga pendidik yang terdiri daripada 9328 orang
responden iaitu guru kelas, pengetua, pensyarah dan Pegawai Jabatan Pelajaran
seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak berkerja dalam keadaan stres (Utusan
Malaysia, 29 Mac 2006). Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan laporan oleh
Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang
menjalankan kajian terhadap 5181 orang guru dari seluruh Malaysia. Hasil kajian
mendapati seramai 23.4% atau 400 guru lelaki dan 23.70% atau 810 orang guru
perempuan mengalami stres pada tahap tinggi (Ab. Rasab dan Normazwin, 2007).
Peningkatan tahap stres dalam kalangan guru ini dirangsang oleh pelbagai
punca peribadi dan pekerjaan guru itu sendiri. Jika dilihat dari aspek pekerjaan,
didapati bebanan kerja adalah antara punca utama stres dalam kalangan guru (Mohd
Najib, 2009; Helen et al, 2005). Oleh sebab itu, beban kerja dalam profesion
keguruan semakin menjadi isu yang serius. Keadaan ini tentunya telah memberi
xxx
implikasi yang besar kepada peningkatan tahap stres dalam kalangan guru.
Penambahan bebanan tugas ini telah diakui oleh mantan Menteri Pelajaran, Datuk
Seri Hisamuddin Tun Hussein yang menyatakan bebanan kerja guru pada masa kini
semakin berat kerana selain dari menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik, guru-
guru juga terpaksa menanggung beban yang sepatutnya turut menjadi tanggungjawab
ibu bapa seperti disiplin anak (Utusan Malaysia, 24 Januari 2008). Jika dilihat dari
segi kerjaya, tugas guru sekarang semakin mencabar dan memerlukan komitmen
yang tidak terbatas kepada rutin tugas mengajar sahaja. Tugas guru bukan sahaja
mengajar murid-murid di dalam bilik darjah tetapi banyak tugas dan tanggungjawab
tambahan yang dibebankan kepada guru.
Stres akibat bebanan tugas ini telah merangsang kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru (Yusri, 2010). Kenyataan ini
diperkukuhkan lagi oleh dengan cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di
sekolah-sekolah bagi menjalankan tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini
terpaksa dilaksanakan guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 21 Jun 2009). Selain dari
itu, punca stres pekerjaan dalam kalangan guru juga berhubung kait dengan
perkembangan kerjaya (Safinat, 1998), masalah salah laku pelajar (Faridah dan
Zuraidah, 1999; Mazlan, 2002; Noor Arifah, 2009) dan ciri tugas guru itu sendiri
(Shahrudin, 2009). Lawrence (2007) juga melihat guru semakin stres akibat dari
masalah perhubungan dengan rakan sejawat. Punca stres ini telah merangsang
kepada timbulnya implikasi guru bergaduh sesama guru. Hasil dari gambaran ini,
jelas profesion perguruan di negara ini mengalami suatu keadaan yang memerlukan
perhatian setiap pihak. Keadaan ini menggambarkan persoalan stres dalam kalangan
guru tidak boleh di pandang ringan lagi (Mohd Razali dan Abang Mat Ali, 1998).
Selain daripada perubahan dalam dunia pendidikan itu sendiri, guru juga
merupakan anggota masyarakat yang pasti akan menerima kesan daripada perubahan
ekonomi, politik dan sosial negara. Keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat
kenaikan harga barang juga pastinya membawa kesan kepada keselesaan dan
kesejahteraan kehidupan guru itu sendiri (Berita Harian, 6 Februari 2009). Guru juga
dilihat sebagai insan yang menjadi tumpuan di dalam sesebuah masyarakat untuk
xxxi
diperbahaskan. Mereka juga kerap dilihat sebagai orang yang paling dihormati dan
dicontohi. Kehidupan peribadi guru sentiasa mencuri perhatian masyarakat.
Sebarang perlakuan yang negatif sama ada disengajakan atau tidak pasti akan
menjadi perbicaraan masyarakat. Ini terbukti dengan senario kini yang
mempamerkan imej guru yang semakin tercalar apabila masyarakat kian berani
mencabar, sekali gus mempertikai kewibawaan guru (Ruhaiza dan Mohd Rifaat,
2010).
Jika dianalisis dari aspek peribadi, guru juga manusia yang terdedah kepada
masalah peribadi yang pastinya mempunyai kesan secara tidak langsung kepada
pekerjaan sebagai guru. Ia bertekalan dengan pendapat Menteri Pelajaran, Datuk
Hishammuddin Tun Huseein pada 2 Ogos 2004 yang mengakui golongan pendidik
yang mempunyai masalah disiplin dan bertindak melulu adalah disebabkan oleh
terbawa-bawa masalah luar kerja (Abdul Hafiz, 2004). Ini membuktikan bahawa
stres dalam kalangan guru juga berpunca dari masalah disiplin kehidupan peribadi
guru itu sendiri dan bukan hanya faktor pekerjaan.
Oleh sebab stres boleh memberi impak negatif kepada sistem pendidikan,
maka stres guru perlu dibendung. Ini disebabkan guru adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap kejayaan pembangunan modal insan di Malaysia. Ia
selaras dengan tujuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 pada teras
kedua bagi menjana pembinaan modal insan. Guru bertanggungjawab untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPM,
2006).
Bertitik tolak dari sinilah guru memerlukan kehidupan sihat yang menyeluruh
dari segi mental, fizikal, emosi, spiritual, kewangan, sosial, persekitaran,
perhubungan dan pekerjaan bagi mencapai kesejahteraan hidup. Ia selaras dengan
pandangan Seaward (2006) yang melihat kesejahteraan hidup seseorang banyak
bergantung kepada kesejahteraan dari segi fizikal, emosi, mental dan terpenting
sekali adalah faktor spiritual. Begitu juga Leatz dan Stolar (1993) berpendapat stres
bukan melibatkan pekerjaan sahaja tetapi keluarga, masyarakat, tekanan ekonomi
xxxii
dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa faktor yang merangsang stres bukan
sahaja pekerjaan tetapi semua unsur yang berkaitan kehidupan seseorang individu.
Keadaan ini juga bertekalan dengan pendapat Gold dan Roth (1993) yang
melihat punca stres guru bukan sahaja terhad kepada pekerjaan guru sahaja tetapi ia
merangkumi punca peribadi kehidupan guru. Faktor yang boleh menyumbang
kepada stres dari aspek peribadi boleh dikategorikan kepada lima punca utama. Ia
merangkumi faktor kesihatan, perhubungan, kewangan, rekreasi dan persekitaran
tempat tinggal. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Blonna (2000) yang mendapati
individu personaliti jenis A lebih mudah terdedah kepada rangsangan stres kerana
mereka mempunyai tingkah laku yang agresif, kompetitif, sikap dan tingkah laku
mudah melawan. Pendapat ini disokong oleh Jepson dan Forrest (2006) yang
melihat stres guru juga dipengaruhi faktor persekitarannya. Beliau menjalankan
kajian ke atas 95 orang guru di United Kingdom mendapati stres seseorang itu
berkaitan dengan faktor personaliti, komitmen dalam pekerjaan, jantina, pengalaman
mengajar dan mendapat penghargaan secara peribadi secara berterusan. Individu
personaliti jenis A didapati mempunyai hubungan yang singifikan dengan keadaan
stres yang tinggi.
Jika ditinjau secara mendalam, fenomena stres ini telah memberi impak yang
besar terhadap profesion keguruan. Stres dalam kalangan guru telah memberi
ancaman besar terhadap kesejahteraan kesihatan mental guru. Jika dilihat dalam
konteks Malaysia, isu kesihatan mental dalam kalangan guru sudah lama dibahaskan
oleh para pengkaji, Kementerian Pelajaran Malaysia, media, masyarakat dan
golongan pendidik itu sendiri. Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, dianggarkan 22,000
pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital pada setiap tahun.
Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Prof. Nor
Zuraida memberitahu gejala tekanan yang sering dialami oleh guru-guru yang
mengalami tekanan mental adalah mereka menghadapi kecelaruan bipola iaitu
kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru yang terbabit
sebelumnya. Ini diikuti oleh kebimbangan dan kemurungan. Tiga faktor utama yang
menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan
xxxiii
sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sekiranya mempunyai
keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru itu mendapat tekanan
menjadi tinggi. Menurut beliau, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih
tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis dan buah pinggang (Siti Nor Afzan, 2008).
Tahap stres yang tinggi dan punca stres yang sukar dikawal ini telah
merangsang timbulnya simptom stres yang membawa kepada masalah kesihatan
secara keseluruhannya. Ia bertekalan dengan pandangan Stanks (2005) yang
menyatakan bahawa tahap dan punca stres yang tidak dapat dikawal akan
mencetuskan pelbagai jenis penyakit ringan seperti sakit kepala, masalah kulit, alergi
dan migrain. Simptom penyakit ini akan menjadi bertambah kronik dalam jangka
panjang jika stres tidak dapar dikawal. Menurut Hartney (2008) seseorang guru itu
akan mengalami penyakit yang lebih serius seperti penyakit jantung, darah tinggi,
kanser dan kencing manis jika ia tidak mempunyai kemahiran mengawal stres.
Menurut Teasdale, Heron dan Tomenson (2000), latihan pengurusan stres yang
berkesan akan dapat memberi kesan yang positif seperti kesihatan yang lebih baik,
membina hubungan yang sihat dan berlaku peningkatan kualiti kehidupan.
Berteraskan kepada peningkatan tahap stres, kepelbagaian punca dan
simptom stres dalam kalangan guru, maka latihan yang sistematik telah dapat
dibuktikan mampu mengatasi masalah ini. Ia selaras dengan pandangan Braham
(1997), Blonna (2000), Melgosa (2001) dan Andrews (2005). Penggunaan latihan
kemahiran mengawal stres telah dibuktikan berkesan dalam membantu individu yang
mengalami stres oleh Mackenzie et al. (2007, Biberstein (2006) De Jesus dan
Conboy (2001).
Kesimpulannya, guru orang yang lebih terdedah kepada fenomena stres yang
bukan sahaja di dalam pekerjaan, namun kehidupan peribadi mereka. Guru adalah
golongan yang unik kerana kerja dan kehidupan peribadi adalah saling
mempengaruhi secara kuat antara satu sama lain. Oleh itu faktor pekerjaan boleh
menyumbang kepada stres dalam kehidupan guru. Begitu juga kehidupan guru akan
menyumbang kepada stres semasa bekerja.
xxxiv
1.3 Pernyataan Masalah
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal
insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan
nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah
penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan
kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan. Pembangunan modal
insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi
muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing,
sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020 (Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, 2006). Pembentukan modal insan yang
bersepadu inilah merupakan tanggungjawab yang sentiasa perlu dipikul oleh guru-
guru di Malaysia. Oleh sebab itu hanya guru yang berkebolehan, terlatih dan sihat
secara luaran dan dalaman sahaja boleh membantu kerajaan merealisasikan matlamat
ini. Jika guru mengalami stres pada tahap tinggi, maka hasrat murni yang
direncanakan ini akan terkubur.
Berdasarkan kepada kepentingan inilah maka sebuah modul yang
komperensif perlu dibangunkan bagi membantu guru yang mengalami stres.
Keperluan membentuk satu modul untuk memberi kemahiran mengawal stres kepada
guru sekolah yang mengalami stres tahap tinggi amat diperlukan di Malaysia. Ini
berdasarkan pendapat yang dikeluarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) pada Ogos 2005 yang akan bekerjasama dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjalankan kajian khas mengenai tahap sebenar
stres dalam kalangan guru (Abdul Muin, 2005). Sehingga kini belum ada sebuah
modul yang telah dikaji kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanannya yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu meningkatkan
kemahiran mengawal stres dalam kalangan guru.
Pembentukan modul yang dinilai secara ilmiah ini begitu penting bagi
memartabatkan kualiti modul ke tahap yang tinggi dan dianggap berkesan. Guru-
guru yang mengalami stres perlu dibantu dengan memberikan latihan bersepadu dan
sistematik. Justeru itu modul latihan bukan akademik yang dibina secara sistematik
Top Related