Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam
2012
KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam
Cetakan Pertama Disember 2012
© Hak Cipta Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2012
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,
disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :
Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib Dan Keutuhan
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510, Putrajaya.
Tel : 03-8885 3000
Faks : 03-88811370
www.jpa.gov.my
Perhatian : Contoh-contoh kes di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada kes sebenar sebagai panduan kepada pihak yang berkenaan. Jika terdapat sebarang
persamaan dalam kes yang dipaparkan, ia adalah secara kebetulan semata-mata.
PENGENALAN
Pengurusan tindakan tatatertib merupakan salah satu elemen utama
dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. Ia adalah satu bentuk mekanisma kawalan bagi memastikan pegawai-pegawai awam sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan tindakan tatatertib di Kementerian/Jabatan/Agensi merupakan suatu proses yang kritikal di mana urus setia tatatertib adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap prosedur dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya implikasi perundangan yang serius. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] merupakan dua (2) rujukan utama dalam menguruskan tindakan tatatertib perkhidmatan awam. Bermula pada tahun 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan naziran pengurusan tatatertib perkhidmatan awam di Kementerian/Jabatan/Agensi sebagai salah satu usaha untuk memastikan pengurusan tatatertib dilaksanakan mengikut prosedur seperti mana yang telah diperuntukkan dalam peraturan di samping membantu pihak urus setia tatatertib di Kementerian/Jabatan/Agensi dalam mengendalikan kes-kes tatatertib pegawai awam. Sepanjang pelaksanaan naziran ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengenal pasti kesilapan-kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pihak urus setia tatatertib di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi. Perkara ini seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketidakakuran prosedur dan kesilapan teknikal sehingga kes-kes tatatertib pegawai awam dicabar di mahkamah yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada pihak Kerajaan akibat kecuaian pihak urus setia tatatertib dalam menguruskan kes-kes tatatertib pegawai awam. Justeru, penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pihak urus setia tatatertib di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan lazim dan dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan tindakan
tatatertib perkhidmatan awam.
PENGENALAN
v
1
KESILAPAN LAZIM KERTAS PERTIMBANGAN
PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
/LEMBAGA TATATERTIB
1-8
2
KESILAPAN LAZIM SURAT PERTUDUHAN
9-12
3
KESILAPAN LAZIM SURAT MAKLUMAN
KEPUTUSAN
13-18
4
KESILAPAN LAZIM MESYUARAT LEMBAGA
TATATERTIB
19-20
5
KESILAPAN LAZIM TINDAKAN TAHAN KERJA
21-22
6
SENARAI KESILAPAN-KESILAPAN LAZIM
23
7
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
24
ISI KANDUNGAN
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB AWAM (NO.2)
DI BAWAH PERATURAN 35, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
1. TUJUAN-
1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta
Pengerusi Lembaga Tatatertib Awam (No.2) menimbang dan
menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu
adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau
turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada
buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan 2002), terhadap :
Puan X
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Bahagian Y, Kementerian Z
Kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan Pegawai Awam di
bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.
1
2
Penentuan di bawah Peraturan 35 adalah di bawah pertimbangan “Pengerusi Lembaga Tatatertib” dan bukannya Lembaga Tatatertib.
Lembaga tatatertib yang bertanggungjawab terhadap urusan tatatertib bagi kumpulan sokongan adalah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1 & No. 2)
PENJELASAN
1
2
3
3 Rujukan peraturan yang tepat adalah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
1
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
KUMPULAN SOKONGAN (NO.2) DI BAWAH PERATURAN 35, PERATURAN-
PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
1. TUJUAN
1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) menimbang dan
menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu
adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau
turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada
buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 terhadap :
Puan X
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
Bahagian Y, Kementerian Z
Kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan Pegawai Awam
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.
TAHUKAH ANDA??
2
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah menggantikan Perintah Am Bab D 1980 bagi urusan tindakan tatatertib pegawai awam berkuat kuasa mulai 15 Disember 1993.
0
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB
Cadangan Untuk Mengenakan Hukuman Tatatertib Ke Atas Encik RX, Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis,
Kg. Nyior, Johor Baru.
TUJUAN
1. Kertas ini dikemukakan untuk mendapatkan keputusan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) bagi mengenakan
hukuman tatatertib ke atas Encik RX, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis, Kg. Nyior, Johor
Baru. Laporan adalah berhubung dengan tuntutan perjalanan palsu dari Johor ke
Melaka yang telah dikemukakan oleh pegawai berkenaan kepada Pejabat
Pelajaran Negeri Johor pada 12 Jun 2003 untuk menghadiri mesyuarat
Panitia Bahasa Inggeris sedangkan mesyuarat tersebut telah pun ditunda
ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tuntutan yang dibuat oleh pegawai
berkenaan adalah bercanggah dengan syarat tuntutan yang dibuat di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.
LATAR BELAKANG PEGAWAI
2. Latar belakang dan butir-butir pegawai adalah seperti berikut :
Nama : RX
No. Kad Pengenalan : 821102-08-XXXX
Tarikh Lahir dan Umur : 2 November 1982 (29 tahun)
Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Gaji : RM 1985.32
Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini adalah seperti di Lampiran A.
1 Latar belakang pegawai hendaklah lengkap bagi memudahkan pihak urus setia untuk menyediakan kertas pertimbangan yang lebih komprehensif dan memudahkan Lembaga Tatatertib untuk membuat keputusan.
PENJELASAN
1
3
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB
Cadangan Untuk Mengenakan Hukuman Tatatertib Ke Atas Encik RX Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis,
Kg. Nyior, Johor Baru.
1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk mendapatkan keputusan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) bagi mengenakan hukuman tatatertib ke
atas Encik RX, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah
Menengah Lubis, Kg. Nyior, Johor Baru. Laporan adalah berhubung dengan tuntutan perjalanan
palsu dari Johor ke Melaka yang telah dikemukakan oleh pegawai berkenaan kepada Pejabat
Pelajaran Negeri Johor pada 12 Jun 2003 untuk menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa
Inggeris sedangkan mesyuarat tersebut telah pun ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tuntutan yang dibuat oleh pegawai berkenaan adalah bercanggah dengan syarat tuntutan yang
dibuat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.
2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI
Nama : RX
No. Kad Pengenalan : 821102-08-XXXX
Tarikh lahir dan umur : 2 November 1982 (29 tahun)
Tarikh bersara wajib : 2 November 2037
Tarikh Lantikan Pertama : 14.04.2004 Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan Tarikh Di Lantik Ke : 2.03.2007 Jawatan sekarang Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen Jawatan Semasa : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pelanggaran tatatertib Siswazah
Jawatan Sekarang dan Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah
Gaji sekarang dan mata gaji : RM 1985.32
Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April
Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini adalah seperti di Lampiran A.
4
BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
MENGIKUT PERATURAN 36 (1) , PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI
AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
KEPUTUSAN
Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2),
Jabatan W memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib Encik Q, Penolong
Pegawai Jurutera Gred J29, yang bertugas di Jabatan W adalah dari jenis
yang patut dikenakan :
Hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
(KAMARUL ZIDAN BIN MUSTOR)
Ketua Pengarah Jabatan W, Kementerian Z Tarikh : 12 Januari 2008
1
2
5
1 2 Penggunaan rujukan peraturan yang tidak tepat. Rujukan peraturan yang tepat adalah
Peraturan 35(1).
Borang Penentuan ini ditandatangani di atas kapasiti sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib dan bukannya berdasarkan kepada jawatan yang
disandang di Kementerian/Jabatan
PENJELASAN
BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENGIKUT PERATURAN 35 (1) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
KEPUTUSAN
Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2),
Jabatan W memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib Encik Q, Penolong
Pegawai Jurutera Gred J29, yang bertugas di Jabatan W adalah dari jenis
yang patut dikenakan :
Hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
(KAMARUL ZIDAN BIN MUSTOR)
Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Jabatan W Tarikh : 12 Januari 2008
TAHUKAH ANDA??
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang
kerja atau turun pangkat.
6
5. ULASAN URUS SETIA
5.1 Urus setia setelah mengkaji dan meneliti fakta-fakta dan
keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini berpendapat bahawa
tindakan pegawai merupakan kesalahan berat dan dicadangkan agar
pegawai dikenakan tindakan buang kerja. Urus setia berpandangan
bahawa :
5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan 4.(2)(f), Bab D yang memperuntukkan: “4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak bertanggungjawab.”
1
2
7
1 2 Ulasan Urus setia adalah untuk menjelaskan berkenaan perlanggaran tatatertib pegawai dan bukannya mengesyorkan hukuman tatatertib.
Penggunaan rujukan peraturan yang tidak tepat. Rujukan yang tepat adalah peraturan 4.(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.
PENJELASAN
5. ULASAN URUS SETIA
5.1 Urus setia setelah mengkaji dan meneliti fakta-fakta dan
keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini berpendapat bahawa
tindakan pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-
sebab yang munasabah selama 180 hari bagi tempoh Februari 2012
sehingga Ogos 2012 jelas bercanggah dengan tatakelakuan pegawai
awam.
5.2 Ketidakhadiran pegawai tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau
tanpa sebab munasabah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib
selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan
sebagai tidak bertanggungjawab dan melanggar peraturan 4.(2)(g)
seperti berikut:
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.”
Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab yang munasabah adalah merupakan pelanggaran tatakelakuan yang paling kerap dilakukan oleh pegawai awam.
TAHUKAH ANDA??
8
Encik Ali Bin Dollah (No. K/P : 750911-08-1111) Jabatan W, 71000, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Melalui dan salinan : Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71800, Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuan, KENYATAAN ALASAN TINDAKAN TATATERTIB Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik Ali Bin Dollah, (No. K/P : 750911-08-1111) telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.
Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX) Jabatan W, 71000 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Melalui dan salinan : Encik Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71000 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuan, KENYATAAN ALASAN TINDAKAN TATATERTIB
Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang
menyatakan bahawa tuan, Encik AB, (No. K/P : 750911-08-XXXX)
telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan
tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.
1
2
Peraturan 52, P.U.(A) 395/1993 telah memperuntukkan bagi tujuan penyampaian notis/dokumen berkaitan urusan tatatertib hendaklah menggunakan alamat kediaman.
Penggunaan tajuk yang tepat adalah Tindakan Tatatertib Tidak Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat.
PENJELASAN
Maklumat berkenaan pegawai yang melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah lengkap dan tepat iaitu mengandungi nama, No. K/P, jawatan, gred dan tempat bertugas semasa.
1
2
3
3
9
\
Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX) No.1, Lorong Balai Taman Permata Indah 71000 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Melalui dan salinan : Encik Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71000 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus
Tuan, TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX), Juruteknik Gred J32, Unit Penyelenggaraan, Jabatan W, Nilai, Negeri Sembilan telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.
Tindakan tatatertib dikatakan telah bermula apabila telah wujud satu kesalahan tatatertib/kes prima facie dan surat pertuduhan telah
dikeluarkan.
TAHUKAH ANDA??
10
2. Lembaga Tatatertib setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di atas pertuduhan berikut : “Bahawa tuan, Encik LK (No. K/P :760102-04-XXXX) yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J27, Institut R, Jitra, Kedah telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 3 September 2009 sehingga ke hari ini. Tindakan tuan yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah menyebabkan tuan telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu adalah satu kesalahan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu bertentangan dengan Peraturan 4.(2)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)
1
2
3
11
PENJELASAN
1
2
Penentuan di bawah Peraturan 35 adalah di bawah pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib dan bukannya Lembaga
Tatatertib.
Terma rujukan peraturan yang tepat adalah peraturan 37 iaitu tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.
Peraturan 4.(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 adalah rujukan peraturan yang tepat bagi tidak
bertanggungjawab.
3
2. Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atas pertuduhan berikut : “Bahawa tuan, Encik LK (No. K/P :760102-04-XXXX) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J27, semasa bertugas di Institut R, Jitra, Kedah telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 3 September 2009 sehingga ke hari ini. Tuan boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu adalah satu kesalahan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4.(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan :
“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab;
TAHUKAH ANDA??
12
Kuorum bagi suatu mesyuarat Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan
seorang anggota lain.
Encik AQ Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian W Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib di dalam mesyuarat Bil. 1/2009 pada 21 Februari 2009 telah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan, dan memutuskan bahawa tuan dikenakan tindakan tatatertib ke atas pertuduhan tersebut. 2. Sehubungan itu, tuan dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji sebanyak 2 pergerakan selama 9 bulan mengikut peraturan 38.(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].
1
2
3
13
1
2
Peraturan 52, P.U.(A) 395/1993 telah memperuntukkan bahawa bagi tujuan penyampaian notis/dokumen berkaitan urusan tatatertib hendaklah menggunakan alamat kediaman. Dapatan bersalah hendaklah
dinyatakan dengan jelas.
Tarikh kuatkuasa hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib hendaklah dinyatakan supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan.
3
PENJELASAN
Encik AQ (761011-03-XXXX) No. 12A/R, Taman Pagoda 31200, Ipoh PERAK DARUL RIDZUAN. Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian W Kompleks X 62050 Putrajaya Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib di dalam mesyuarat Bil.1/2009 pada 21 Februari
2009 telah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan, dan
memutuskan bahawa tuan bersalah di atas pertuduhan tersebut.
2. Sehubungan itu, tuan dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji selama 9 bulan mengikut peraturan 38.(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]
berkuatkuasa pada tarikh pergerakan gaji pegawai.
Amaran secara pentadbiran tidak termasuk dalam hukuman tatatertib seperti mana yang telah diperuntukkan dalam peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
TAHUKAH ANDA??
14
3. Mengikut peraturan 14, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib
Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993], tuan adalah dengan ini
diberi peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan
Perkhidmatan Awam (Jabatan Perkhidmatan Awam) melalui Ketua
Jabatan di dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan surat
keputusan Lembaga Tatatertib ini.
4. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat
akuan terima yang disertakan dan dikembalikan melalui Ketua Jabatan
tuan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
............................................
(ROMLI BIN HAJI HASSAN)
Ahli Lembaga Tatatertib
Kumpulan Pengurusan (No.2)
Jabatan X
Tarikh : 15 Mei 2007
1
2
3
15
5
Sebarang surat menyurat hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana ahli Lembaga Tatatertib
bagi pihak Pengerusi (peraturan 53)
3
PENJELASAN
1
2
Peraturan 14, P.U.(A) 396/1993 hanya menyatakan peluang untuk pegawai mengemukakan rayuan tanpa menyatakan tempoh masa yang diperuntukkan. Rujukan peraturan yang tepat adalah
peraturan 14 dan 15(1).
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (peraturan 12(1), P.U.(A) 396/1993).
3. Mengikut peraturan 14 dan 15(1), Peraturan-Peraturan
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993], tuan
adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam) melalui Ketua Jabatan di dalam tempoh 14 hari
mulai dari tarikh penerimaan surat keputusan Lembaga Tatatertib ini.
4. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat
akuan terima yang disertakan dan dikembalikan melalui Ketua Jabatan
tuan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(ROMLI BIN HAJI HASSAN)
b.p. Pengerusi
Lembaga Tatatertib
Kumpulan Pengurusan (No.2)
Jabatan X
Tarikh : 15 Mei 2007
TAHUKAH ANDA??
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik di bawah Perkara 139
Perlembagaan Persekutuan. 16
Encik SY (761011-03-XXXX) No. 12A/K, Taman Nusantara 32000, Kangar PERLIS. Melalui dan salinan : Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian R Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA
Tuan,
KEPUTUSAN TINDAKAN SURCAJ OLEH LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.1)
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) dalam mesyuarat bilangan
1/2009 pada 3 April 2009 setelah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke
atas tuan, melalui surat pertuduhan bertarikh 3 Februari 2009, memutuskan
tuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
2. Sehubungan itu, tuan dikenakan tindakan surcaj sebanyak 20% daripada
nilai semasa iaitu sebanyak RM 621.33 mengikut peraturan 51, Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 bagi pertuduhan
berkenaan.
3. Mengikut peraturan 14 dan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 tuan adalah dengan ini diberi
peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib
Perkhidmatan Awam (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) melalui Ketua
Jabatan di dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan surat
keputusan Lembaga Tatatertib ini.
1
2
17
Tiada peruntukan untuk pegawai
merayu bagi tindakan surcaj.
1 2 Pihak Berkuasa Tatatertib yang memutuskan kesalahan surcaj adalah Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa selain buang kerja atau turun pangkat
PENJELASAN
Encik SY (761011-03-XXXX) No. 12A/K, Taman Nusantara 32000, Kangar PERLIS. Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian R Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA
Tuan,
KEPUTUSAN TINDAKAN SURCAJ OLEH LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)
Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) dalam mesyuarat
bilangan 1/2009 pada 3 April 2009 setelah menimbangkan dengan teliti
pertuduhan ke atas tuan, melalui surat pertuduhan bertarikh 3 Februari
2009, memutuskan tuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
2. Sehubungan itu, tuan dikenakan tindakan surcaj sebanyak 20%
daripada nilai semasa iaitu sebanyak RM 621.33 mengikut peraturan 51,
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
bagi pertuduhan berkenaan.
3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan kepada pihak Kementerian melalui Ketua Jabatan tuan.
TAHUKAH ANDA??
18
“Justice Delayed, Justice Denied”. Justeru, kes-kes tatatertib hendaklah diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah bagi mengelakkan sebarang kesukaran dalam mendapatkan pembuktian bagi kes-kes yang
terlibat.
MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)
JABATAN X KALI KE-6
_____________________________________________________________________
Tarikh : 13 Ogos 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung
1. KEHADIRAN
Nama : Hussien Jan Bin Kamil - Pengerusi
Jawatan : Pengarah Jabatan X
Nama : Jani Bin Jailuddin - Anggota 1
Jawatan : Timbalan Pengarah Jabatan X
Nama : Ghani Bin Don - Anggota 2
Jawatan : Ketua Sektor Pengurusan
Nama : Jamilah Binti Kadir - Setiausaha
Jawatan : Ketua Unit Sumber Manusia
2. PERUTUSAN PENGERUSI
3. PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN
3.1 KERTAS LTTKS (No.2) - Puan RC
Bil. 31/2010 840110-02-XXXX
3.1.1 Asas-Asas Yang Dibincang
3.1.1.1 Pegawai semasa bertugas di Pasukan B, Bahagian O, Pejabat
W, didapati tidak hadir bertugas atau tanpa kebenaran terlebih
dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 23 Julai 2010
sehingga kini. Surat arahan bertugas serta-merta telah
dikeluarkan sebanyak 2 kali di dua alamat yang berlainan.
3.1.2 Asas-Asas Keputusan
3.1.1.2 Pengerusi memutuskan pegawai dikenakan hukuman amaran.
1
2
Asas-asas Lembaga Tatatertib membuat keputusan hendaklah diperincikan sewajarnya bagi membolehkan keputusan yang tepat dan adil diambil terhadap pegawai berkenaan.
2 1 Maklumat keanggotaan Lembaga
Tatatertib hendaklah lengkap dan mematuhi Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]
PENJELASAN
20
MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 2),
JABATAN X KALI KE-6
_______________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Ogos 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung
1. KEHADIRAN
Nama : Hussien Jan Bin Kamil - Pengerusi Jawatan : Pengarah Jabatan X, Gred : M54
Nama : Jani Bin Jailuddin - Anggota 1 Jawatan : Timbalan Pengarah Jabatan X, Gred : M52
Nama : Ghani Bin Don - Anggota 2 Jawatan : Ketua Sektor Pengurusan Jabatan X, Gred : M48
Nama : Jamilah Binti Kadir - Setiausaha Jawatan : Ketua Unit Sumber Manusia Jabatan X, Gred : N41
2. PERUTUSAN PENGERUSI
3. PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN
3.1 KERTAS LTTKS (No.2) - Puan RC
Bil. 31/2010 (840110-02-XXXX)
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)
Gred N17
3.1.1 Asas-Asas Pertimbangan
3.1.1.1 Pegawai semasa bertugas di Pasukan B, Bahagian O, Pejabat W, didapati tidak
hadir bertugas atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang
munasabah mulai 23 Julai 2010 sehingga kini. Surat arahan bertugas serta-merta
telah dikeluarkan sebanyak 2 kali di dua alamat yang berlainan. Setelah meneliti
representasi pegawai ke atas pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya, Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) memutuskan pegawai
bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapkan dan dikenakan hukuman turun
gaji sebanyak 2 pergerakan gaji selama 12 bulan di bawah peraturan 38(e)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatetertib) 1993.
3.1.2 Asas-Asas Keputusan
3.1.1.2 Lembaga Tatatertib berpandangan bahawa tindakan pegawai tidak hadir bertugas
tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan yang serius. Ini menggambarkan
pegawai tidak komited dengan tugas yang telah diamanahkan walaupun telah
beberapa kali dikenakan tindakan tatatertib. Hukuman yang dikenakan adalah
sebagai pengajaran kepada pegawai tersebut dan pegawai lain supaya lebih
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
19
21
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB
KUMPULAN SOKONGAN (NO.2), JABATAN W
Cadangan Sama Ada Untuk Tahan Kerja/Tidak Tahan Kerja Ke Atas
Encik RM, No. K.P : 821102-08-XXXX, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17,
Jabatan W
1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga
Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2), Jabatan W sama ada untuk
menahan/tidak menahan kerja Encik RM, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17,
Jabatan W kerana telah dituduh di Mahkamah Majistret J pada 2 Disember
2009 atas kesalahan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan.
1
2
22
PENJELASAN
Rujukan peraturan bagi tindakan tahan kerja perlu dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.
2 1 Tindakan tahan kerja di bawah peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hendaklah diputuskan oleh Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa buang kerja atau turun
pangkat sahaja.
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN
SOKONGAN (NO.1), JABATAN W
Cadangan Untuk Menahan Kerja Di Bawah Peraturan 44.(1)(a),
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
Terhadap Encik RM, No. K.P : 821102-08-XXXX, Pemeriksa Kereta Motor
Gred A17, Jabatan W
1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Lembaga Tatatertib
Kumpulan Sokongan (No.1) memutuskan cadangan untuk menahan kerja
terhadap Encik RM, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17, Jabatan W yang
telah dituduh di Mahkamah Majistret J pada 2 Disember 2009 atas kesalahan
di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan.
TAHUKAH ANDA??
Tindakan “tahan kerja” dan “gantung kerja” bukanlah merupakan hukuman tatatertib tetapi ia adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan substantif dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993.
23
10) LEMBAGA TATATERTIB MENGENAKAN HUKUMAN TATATERTIB SELAIN DARI HUKUMAN YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DALAM PERATURAN 38, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.
SENARAI KESILAPAN LAZIM
1) RUJUKAN PERATURAN/ TERMA TIDAK TEPAT
2) TIDAK MENGGUNAKAN ALAMAT KEDIAMAN BAGI TUJUAN PENYAMPAIAN DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN TATATERTIB
3) PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB YANG TIDAK TEPAT
4) KEANGGOTAAN LEMBAGA TATATERTIB YANG TIDAK MENEPATI PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA TATATERTIB
PERKHIDMATAN AWAM [P.U.(A) 396/1993]
5) ASAS PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN DALAM MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB TERLALU RINGKAS DAN UMUM
6) BORANG PENENTUAN PENGERUSI/PRIMA FACIE TIDAK
DILENGKAPKAN /DITANDATANGANI OLEH PENGERUSI.
7) MASIH LAGI MENGGUNAKAN KAEDAH MITIGASI TERHADAP HUKUMAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DALAM TINDAKAN
TATATERTIB TERSEBUT.
8) MINIT MESYUARAT/CABUTAN MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM FAIL KES
PEGAWAI.
9) SURAT PERTUDUHAN/MAKLUMAN KEPUTUSAN PEGAWAI TIDAK DITANDATANGANI OLEH PENGERUSI ATAU ANGGOTA
LEMBAGA TATATERTIB BAGI PIHAK PENGERUSI.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
24
FAIL-FAIL KES TATATERTIB PEGAWAI DIBUKA SECARA
INDIVIDU DAN HENDAKLAH SENTIASA DIKEMASKINI.
4
MEMASTIKAN KERTAS-KERTAS PERTIMBANGAN/ SURAT PERTUDUHAN DIRUJUK DENGAN PENASIHAT UNDANG-
UNDANG/ IBU PEJABAT
2
MENYEDIAKAN SENARAI SEMAK BAGI SETIAP FAIL-FAIL KES PEGAWAI BAGI MEMASTIKAN SETIAP DOKUMEN BERKAITAN ADALAH LENGKAP DAN DAPAT DIPANTAU
DARI SEMASA KE SEMASA
1
DOKUMENTASI KERTAS-KERTAS PERTIMBANGAN DIJILIDKAN DAN DILABELKAN SEWAJARNYA SUPAYA
LEBIH TERSUSUN DAN TERATUR
3
MENYEDIAKAN BENGKEL/SEMINAR/KURSUS KEPADA URUS SETIA/KETUA JABATAN/PEGAWAI AWAM BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN DALAM PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB
PERKHIDMATAN AWAM
5
JAWATANKUASA KERJA BUKU KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM
Penaung
YBhg. Datuk Farida Mohd Ali
Penasihat YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd. Rahman
YBhg. Datin Munirah binti Abdullah Bajanuddin
Ketua Editor Encik Pauzan bin Ahmar
Sidang Editor
Puan Rosnita binti Hamzah Puan Salamah binti Abdul Latiff Encik Azlan bin Haji Ahmad Encik Zawawi bin Ghazali Puan Idatul Farita binti Mohamad Toha Puan Anita Zarina binti Salahuddin Cik Khalilulnisha binti Abu Bakar Encik Yusuff bin Abdul Latif Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir Encik Raynaur bin Abdul Samad Encik Zulkifli bin Osman Puan Hazwaani binti Abdul Halim Encik Zul Azri bin Abdullah Puan Anita Zarina binti Salahuddin Encik Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri Cik Wan Mardiana binti Abdul Jalal Encik Mohammad Azziyadi bin Ismail Encik Mohd Rizam bin Razman Cik Wan Nur Hanisah binti Abd Razai Urus setia Puan Zarith binti Haji Jarili Cik Siti Noriyah binti Noi Encik Hasnizam Bin Abdul Hamid Encik Mohd Faizal bin Zainal Abidin
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jabatan Perdana Menteri,
Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan
dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga dalam menjayakan penerbitan
buku ini.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62150 Putrajaya
www.jpa.gov.my
Top Related