8/14/2019 PENJELASAN PERKARA 20
1/4
PENJELASAN PERKARA 20
RAMAI RAKYAT SABAH BERANGGAPAN BAHAWA 20 PERKARA INI ADALAH SEBUAH DOKUMEN
PERJANJIAN YANG SAH DAN TELAH DITANDATANGANI .
JAWAPAN :
20 PERKARA merupakan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh North Borneo yang dibawa oleh
pemimpin-pemimpin atau wakil North Borneo semasa merundingkan penyertaan Sabah ke dalam
Gagasan Malaysia pada tahun 1962 hingga 1963.
20 Perkara adalah satu dokumentasi yang tidak ditandatangani. Ia merupakan satu dokumen yang
mendrafkan senarai 20 tuntutan untuk menjadi syarat penyertaan Sabah ke dalam Gagasan
Malaysia.
2. 5 PERKARA DIKATAKAN TIDAK RELEVEN DAN PERLU DIKAJI SEMULA :-
1. PERKARA 1 AGAMA
Walaupun Tiada Bantahan Terhadap Agama Islam Sebagai Agama Kebangsaan Malaysia Akan Tetapi
Agama Rasmi Sepatutnya Tidak Diadakan Di Borneo Utara, Dan Segala Perundangan Mengenai
Agama Islam Yang Terkandung Di Dalam Perlembagaan Malaya Tidak Harus Digunakan Di Borneo
Utara.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
Jelas Kerajaan Persekutuan telah mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya dalam Perkara
1, buktinya sahaja setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan
doa sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar
dikatakan agama Islam adalah agama rasmi di negeri ini.
TALKING POINT:-
Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan
5a iaitu Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di
bawah Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu.
Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk
mentadbir hal ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.
2. PERKARA 7 HAK MEMISAH ATAUPUN MENARIK DIRI
Hak Untuk Memisah Atau Menarik Diri Dari Persekutuan Seharusnya Tidak Wujud.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
Perjanjian ini dikatakan tidak sah bila Berunai tidak menandatangani perjanjian dan Singapura telah
menarik diri sedangkan perjanjian ini jelas bahawa mana-mana negeri yang menarik diri akan
terbatal dan tidak lagi sah.
TALKING POINT:-
Perkara 7 di dalam 20 Perkara Sabah bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh Kabinet Negeri
mahupun Persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila
Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan
Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika
itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana
8/14/2019 PENJELASAN PERKARA 20
2/4
pada masa tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya
kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.
APAKAH BENAR DAKWAAN DATUK PATRICK SINDU, BAHAWA PERJANJIAN MALAYSIA ADALAH BATAL
DAN TIDAK SAH APABILA BRUNEI TIDAK MENANDATANGANI DOKUMEN TERSEBUT SELEPAS 11 JAM?
Jawapan :
Tidak Benar.
Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai
Pemerhati dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalam Inter-Governmental
Meeting (IGC).
Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian
Malaysia bukanlah satu isu kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan
Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei
mempunyai satu Sistem Kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidakmenjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.
BENARKAH PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA TERBATAL SELEPAS SINGAPURA MENARIK DIRI PADA
TAHUN 1965?
JAWAPAN :
TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen
Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura
yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina
seterusnya mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA
yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara
tersebut, Parlimen Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura
daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan
memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri
Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan
Singapura.
3. PERKARA 9PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH
Segala Usaha Harus Dibuat Untuk Menggalakkan Pegawai-Pegawai British Meneruskan Perkhidmatan
Awam Sehingga Tempat Mereka Boleh Diganti Oleh Orang-Orang Tempatan Yang Berkelayakan.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
Sehingga kini dikatakan jawatan-jawatan penting di peringkat Persekutuan yang ada di negeri Sabah
masih dimonopoli oleh Pegawai Semenanjung sedangkan pada masa kini semakin ramai anak
tempatan Sabah mempunyai kelulusan tinggi dan adalah wajar mereka menyandang jawatan-
jawatan tersebut.
TALKING POINT:-
dan Ketua Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah.
8/14/2019 PENJELASAN PERKARA 20
3/4
ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak
tempatan Sabah telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut.
yang dimiliki oleh anak watan Sabah, malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa.
4. PERKARA 14 JANGKAMASA PERALIHAN
Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan
Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan
persekutuan.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
Sehingga kini kerajaan negeri tidak dapat mengurus dan mentadbir mengikut acuan sendiri serta
banyak keputusan penting dalam membangunkan negeri Sabah perlu mendapat kelulusan daripada
Kerajaan Persekutuan.
TALKING POINT:-
Malaysia untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu.
ngkan bahawa negeri-negeri
yang terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura,Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri
di dalam Malaysia.
-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan
Singapura adalah satu kompenan negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang
menyatakan Sabah adalah sama taraf dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan
menyalahi perlembagaan dalam Akta Penubuhan Malaysia.
ang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang
perlembagaan Negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar,
jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia sekarang, 20 Perkara Sabah memang telah
dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.
gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku
konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi
pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan
suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia.
p aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur
secara berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan.
5. PERKARA 15 PELAJARAN
Sistem Pelajaran Yang Wujud Sekarang Harus Diteruskan Dengan Itu Ia Harus Diletakkan Di Bawah
Kawalan Kerajaan Negeri.
Dakwaan Datuk Patrick Sindu:-
Kerajaan negeri berhak untuk menentukan sistem pelajaran sendiri demi melahirkan graduan yang
berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu dapat menarik pelajar-pelajar
luar negara sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Singapura.
8/14/2019 PENJELASAN PERKARA 20
4/4
TALKING POINT:-
ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan
Persekutuan agar Sistem Pembelajaran yang bersepadu dan diselaraskan diseluruh Malaysia.
Sabah tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti MalaysiaSabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai
graduan yang mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y. Bhg. Prof. Datuk Dr.
Kamaruzaman Haji Ampon Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y. Bhg. Datuk Dr. Haji
Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah
anak watan negeri Sabah sendiri, justeru merekalah orang yang bertanggungjawab dalam
menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.
Kesimpulan Pointers 20 Perkara Sabah
1. 20 Perkara adalah draf tuntutan yang di bawa ke IGC untuk diserapkan ke Perjanjian Malaysia pada
tahun 1963 di London. Anggapan bahawa 20 Perkara adalah sebuah perjanjian yang sah dan telahditandatangani oleh pemimpin terdahulu adalah tidak benar sama sekali.
2. Pointers mengenai bertuahnya Negeri Sabah mendapat kemerdekaan di dalam Malaysia serta
kebijaksanaan pemimpin terdahulu menyertai Gagasan Malaysia harus diwar-warkan agar memberi
kefahaman dan kesedaran kepada rakyat Sabah itu sendiri.
3. Sebagai contoh, sekiranya pada hari ini kita sebagai negeri di bawah Naungan Negara
Indonesia.Apakah nasib kita pada hari ini? Tidak perlu pergi jauh, kita lihat sahaja nasib orang-orang
Tarakan dan Nunukan berbanding kita di Sabah, perbezaan amat ketara sekali. Sedangkan kedudukan
tanah mereka dan kita hanya bersempadan sahaja.
4. Sekiranya pada hari ini kita merdeka di bawah Naungan Kerajaan Filipina, terbelakah nasib kita?
Sedangkan rakyatnya juga lari ke Sabah untuk mendapatkan perlindungan dan peluang
pekerjaan.Persoalan-persoalan dan infomasi sebegini harus dimainkan dipemikiran generasi hari ini
agar membuka mata mereka agar tidak mudah terpesong dengan dakyah-dakyah pembangkang.
Top Related