1.0 PENGENALAN
Ini adalah rumusan ilmiah hasil daripada pembacaan serta kesimpulan yang diperoleh hasil
daripada pembacaan 3 artikel/ jurnal dalam tugasan yang diberikan. Kami memilih konstruk
pengurusan kendiri (self-management) yang merupakan satu aspek dalam kompentensi kecerdasan
emosi. Dalam penulisan ini, kami akan menjelaskan kelima-lima perkara yang terdapat dalam topik
pengurusan diri yang terdiri daripada kawalan emosi kendiri (Self-control), kebolehpercayaan
(Trustworthiness), mempunyai kesedaran (Conscientiousness), kebolehsuaian (Adaptability) dan
berinovasi (Innovation).
Terlebih dahulu, apabila kita membincangkan berkaitan pengurusan kendiri (Self-management)
yang merupakan satu sub topic yang terdapat dalam ilmu kompentasi kecerdasan emosi di bawah
Personal-competence atau kompentasi peribadi yang juga meliputi self-awareness dan juga motivation.
Namun, kami telah memilih untuk menumpukan perbincangan dalam aspek yang berkaitan pengurusan
diri (Self- management).
Pengurusan kendiri seringkali kita melihat oelbagai takrifan yang diberikan oleh pakar-pakar
motivasi dan tokoh ilmu serta orang ramai. Berdasakan (Creer, 1976), beliau mendefiniskan
pengurusan diri adalah untuk mengambil bahagian apabila seseorang itu melibatkan diri dalam
perubahan kea rah kebaikan. Manakala mengikut (Aldeson, Starr, Gow & Moreland, 1999), apabila
seseorang melibatkan diri dalam sebahagian jenis yang berkaitan pendidikan seperti kumpulan
pembelajaran antara disiplin kea rah kecerdasan, pendekatan individu dalam kes teori pengurusan.
Kita juga boleh melihat makna yang diberikan oleh tokoh lain seperti (Nagalagawa- Kogan, garber,
Jarret, Egan & Headershot, 1998), (Redman, 2004) dan lain-lain.
Secara konseptualnya, pengurusan kendiri boleh ditakrifkan sebagai penglibatan dalam
pembelajaran atau kea rah hasil yang spesifik; persediaan seseorang untuk menguruskan keadaaan
kesihatan mereka serta latihan diri yang spesifik dan juga mempunyau kemahiran dan kemampuan
untuk menguruskan kesan fizikal dan emosi. Berdaskan artikel dan jurnal “Self-management: a
background paper” oleh Patrick McGowan, “Self-management as a substitute for leadership: a
social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR. serta jurnal
“Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh Bradley
L. Kirkman dan Benson Rosen, kami telah merumuskan dengan mendapat input serta mengolah
maklumat yang terdapat dalam artikel dan jurnal berikut dengan menginteprasikan dalam bentuk
penulisan ilmiah.
2.0 KAWALAN KENDIRI (Self-Control)
Kawalan kendiri merupakan kemampuan seseorang untuk mengendalikan emosi, perilaku dan
keinginan serta cekap menguruskan masa depannya. Bukan semua orang pandai dan terlatih dalam
mengurus diri terutamanya dalam aspek mengawal diri dalam semua jenis situasi. Dalam psikologi,
kadang kala disebut sebagai perantaun diri. Menyerahkan kawalan diri melalui fungsi eksekutif dalam
membuat keputusan dijangka menghabiskan sumber daya dalam keegoan. Banyak hal yang
mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menggunakan kawalan diri. Dalam kerja berkumpulan
(rumusan sumber: “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team
empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen) kawalan diri amat penting untuk
dipratikkan. Dimana apabila kita mengamalkan pengurusan diri yang baik dalam kerja berkumpulan,
segalanya akan berjalan dengan sistematik dan empowerment kumpulan akan berlaku. Berdasakan
autoriti tersebut, dengan mengamalkan pengurusan diri yang baik akan memberi kesan yang baik
kepada kekuatan sesuatu kumpulan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Kawalan kendiri (Self-Control) secara langsungnya berkaitan dengan tekanan yang kita hadapi
merangkumi tekanan bagus, tekanan buruk dan tiada tekanan. Tekanan bagus iaitu bila kita berada di
sebuah persekitaran yang kompetitif tetapi tidak merugikan diri anda sebaliknya kita akan ingin menjadi
seperti orang di sekeliling. Kita akan secara zahirnya termotivasi dan mendapat kawalan diri yang baik.
Setersunya, tekanan buruk iaitu apabila kita berada di atmosfera yang buruk dan tiada persaingan, kita
akan menjadi tertekan serta tidak termotivasi dengan keadaan sekeliling dan ini akan menyebabkan
kita hilang kawalan diri. Manakala tiada tekanan adalah dimana situasinya berlaku apabila kita berasa
bebas dan tiada persaingan, kita akan melakukan apa yang kita rasakan dan berasa selesa atas
keadaan berikut.
Seperti mana yang kita ketahui, pengurusan diri merupakan proses serta hasil atau
pendapatan. Semua ini juga bergantung pada sejauh mana kawalan diri yang dipratikkan, adakalnya
ianya secaran relevan ataupun tidak. Dalam proses ini, ianya tertumpu kepada jenis latihan seperti
pengurusan diri, pembelajaran, persiapan pengurusan diri yang ini begitu dipengaruhi oleh kawalan diri
kita sepanjang menjalani latihan pada diri mereka. (rumusan sumber: “Self-management: a
background paper” oleh Patrick McGowan).
Dalam beberapa contoh pengurusan diri berpenlajaran ditakrifkan sama seperti kesuburan
dalam pendidikan, seperti yang ditakrifkan oleh (Cleement, 1995) yang tidak bersetuju dengan istilah
pengurusan diri pembelajaran menekankan keperluan kepada seseorang yang menghidap diabetes
bagi mengawal penyakit itu dari hari ke hari. Sememangnya aspek kawalan diri amat penting dalam
menenetukan tindakan pengawalan ke atas diri sendiri. Apabila pengawalan diri itu berkesan serta
bersandar pada cara dan kaedah yang betul, sesuatu penyakit boleh dihindari atau diubati. Oleh
kerana itu, peraturan sendiri juga mewujudkan konsep kemahuan. Peraturan diri juga adalah fungsi
eksekutif psikologi termasuklah masalah personaliti antisosial dan juga gangguan makanan untuk
menguruskan penyakit kencing manis mereka.
Natijahnya, kawalan diri banyak mempengaruhi dalam aspek pengurusan diri yang
merangkumi keadaan persekitaran, kerja berkumpulan, pengurusan kesihatan dan sebagainya.
Sememangnya kawalan diri ini perlu diterap dan diajar kepada anak-anak sejak kecil lagi untuk
memudahkan pengurusan diri mereka kelak yang melibatkan pengurusan dalam beberapa aspek
utama.
3.0 KEBOLEHPERCAYAAN (Trustworthiness) / AMANAH
Sifat boleh dipercayai merupakan satu nilai yang moral dan dianggap suatu kebajikan.
Seseorang yang boleh dipercayai adalah seseorang di mana anda boleh meletakkan kepercayaan
anda dan yakinlah bahawa kepercayaan tidak akan dikhianati. Seseorang boleh membuktikan
kepercayaan mereka dengan memenuhi tanggungjawab yang ditugaskan dan sebagai perluasan dari
itu. Tanggaungjawab boleh diadaptasi sebagai bahan, perilaku atau sebagainya. Secara umum,
kepercayaan dapat diperoleh dan nilai integriti perlu dibuktikan dari masa ke masa.
Apabila kita membincangkan dari aspek kepimpinan (sumber rumusan: “Self-management as
a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C. Manz dan Henry
P.Sims, JR) dan juga kerja berkumpulan (rumusan sumber: “Beyond Self-Mangement: Antecedents
and Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen) ianya amat
penting dan perlu dimanfaatkan serta dipratik oleh setiap manusia khususnya yang bergelar pemimpin.
Seseorang pemimpin itu akan disanjungi dan berkaliber jika ianya seorang yang boleh dipercayai dan
mendapat kepercayaan daripada masyarakat setempat. Tidak kiralah dia boleh menyimpan rahsia
mahupun menjaga amanah yang telah diberikan dengan baik. Sifat itu adalah satu sifat yang perlu
dimiliki oleh setiap masyarakat yang berfubgsi sebagai satu unit bagi menyiapkan setiap keperluan
kearah yang baik. Tidak kirahlah siapakah kita, petani mahupun insan yang mempunyai pangkat dan
darjat yang tinggi, namun di sisi Allah semuanya adalah sama, apa yang penting untuk membuktikan
sesuatu kebenaran adalah sikap boleh dipercayai ini.
Dalam pengurusan diri ini, seseorang itu perlu untuk menguruskan diri sebaik mungkin dan
mempunyai sifat amanah iaitu perlu jujur dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab sehingga ianya
betul-betul boleh dipercayai dalam semua aspek dunia mahupun akhirat. Aspek ini juga boleh
didefinisikan juga seseorang yang amanah dan bertanggungjawab. Sesuatu individu itu dapat
mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak
secara etika dan menigkut peraturan, dalam konstruk pengurusan diri ini, sikap ini adalah penting untuk
menjana diri ke arah kesejahteraan hidup. Apabila dalam kerja berkumpulan mahupun menajdi
seorang pemimpin, sikap beretika ini perlu dipratikkan tidak kirahla di mana kita berada. Ini bukannya
menjadikan kita terlalu skema dengan peraturan, tetapi kesedaran ke arah itu perlu dipupuk untuk
menjadikan suasana hidup kita aman, tenteram dan sempurna. Dalam menguruskan diri dari segi
kesihatan juga perlulah bertindak mengikut peraturan atau beretika. Contohnya, pesakit Diabetes yang
ingin mengawal keadaan penyakit tersebut, mereka harus mengikut peraturan dari segi pemngambilan
ubat atau cara pemakanan dan gaya hidup. Jikalau tidak ada etika dan tidak mahu mengikut peraturan,
usaha ke arah pencegahan itu tidak akan berjaya, Inilah yang merupakan satu aspek penting yang
perlu ada dalam pengurusan diri. (Sumber rumusan: Jurnal yang bertajuk “Self-management: a
background paper” oleh Patrick McGowan).
4.0 MEMPUNYAI KESEDARAN (Conscientiousness) / BERSUNGGUH-SUNGGUH
Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu
amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri
seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi
kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud
melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan
cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.
Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras
untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin ,
bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja
keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive
Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala
membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang
ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).
Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik
kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak
akan di copkan sebagai orang yang membosankan. Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan
bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang
mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-
shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang
berbentuk seakan bujur (oval shaped).
Selain mempunyai kesedaran, sikap bersungguh-sungguh atau ketekunan dalam melakukan
sebarang pekerjaan adalah penting bagi mencapai motif dan objektif tersebut. Apabila kita bersungguh-
sungguh dalam mengendalikan kerja berkumpulan, sudah pasti hasilnya kita akan perolehi disamping
kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan. Sebagi pemimpin juga, kita perlu bersungguh-sungguh
dalam membuat sesuatu keputusan dalam membentuk keadaan yang sistematik dan juga sempurna
atas kepimpinan dan juga keputusan yang dilakukan. Membuat keputusan merupakan satu cabaran
kerana ia mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan
perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat
daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan
ada pula yang mengambil masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara
tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara
buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan
yang betul.
Beberapa langkah yang dicadangkan untuk membuat keputusan yang tepat, pertama
tenangkan fikiran apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan
yakinkan diri anda bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan
jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu
kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil
wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras
tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan. Kedua, kenal pasti
masalah sebenar Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba
ingat samada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali
keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika ianya pertama kali, fikirkan perkara itu dengan
teliti.
Ketiga, kenal pasti pilihan. Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa
banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya
sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.
Keempat, kaji baik buruk pilihan. Setiap pilihan yang ada mempunyai kesan yang baik dan buruk
kepada diri sendiri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti kesan yang akan
timbul. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu
yang diambil. Kelima, buat pilihan terbaik setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan
yang terbaik iaitu yang paling banyak positifnya daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih
benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan
yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa
keputusan itulah yang terbaik.
Keenam, tegas dengan keputusan dan yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul.
Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah,
sebaliknya tegaslah dengan keputusan yang anda. Kesabaran amat penting setelah membuat
keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri. Ketujuh, nilai semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, cuba lihat kembali kesan-kesan yang
berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak
tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa
pada masa akan datang. Kehidupan kita tidak pernah lari daripada menghadapi pilihan-pilihan serta
masalah yang mana ianya amat penting untuk menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi
kehidupan mendatang. Membuat keputusan memerlukan ketajaman fikiran dan keyakinan.
Pengalaman juga dapat membantu kita membuat keputusan terbaik. Jika ianya amat sukar,
dapatkanlah buah fikiran orang lain seperti ibubapa, rakan-rakan, guru, ataupun khidmat kaunseling.
Semua langka-langkah ini boleh diambil untuk menghasilkan satu keadaan kerja berkumpulan
yang berkuasa disamping melahirkan para pemimpin yang begitu komitmen dan pandai menguruskan
ahli kumpulan serta diri sendiri dengan sifat kesungguhan yang ada pada diri. (Sumber rumusan: “Self-
management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective” oleh Charles C.
Manz dan Henry P.Sims, JR. dan jurnal “Beyond Self-Mangement: Antecedents and
Consequences of team empowerment” oleh Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen).
5.0 PENYESUAIAN DIRI (Adaptability)
Ciri yang keempat yang dikelaskan di bawah pengurusan diri ialah penyesuaian diri.
Penyesuaian di sini bermaksud penyesuaian individu kepada keadaan di sekelilingnya. Setiap individu
yang lahir harus menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran bagi membolehkan dia mengikuti
kehidupan yang normal berdasarkan norma-norma setempat. Orang yang bijak menyesuaikan diri
dalam kelompok yang baru didekatinya adalah orang yang akan sentiasa dipandang tinggi atas
keramahan dan pergaulan yang mesra dengan individu di persekitaran. Menurut penjelasan dalam
Oxford Pocket Dictionary, perkataan adapt membawa maksud penyesuaian, pengubahsuian dan
perubahan yang dilakukan untuk mempengaruhi diri dengan sesuatu yang baru berlandaskan keadaan
persekitaran. Perubahan yang dilakukan hendaklah bersyarat iaitu berdasarkan persekitaran dan
suasana sekeliling.
Menurut Razali Ismail, bekas pengarah Bahagian Pendidikan Guru mengatakan bahawa
konteks penyesuaian diri bermaksud sikap individu yang fleksibel ataupun boleh ubah sewaktu
menghadapi sebarang masalah dan halangan yang mendatang. Kebolehan ini kata beliau amat
diperlukan oleh seorang guru yang ingin mencebur diri dalam bidang pendidikan kerana dengan
pelbagai masalah yang timbul dari pelbagai aspek, sudah tentunya sukar untuk ditangani. Namun
sebagai seorang guru yang tugasnya mendidik dan mengajar anak bangsa. Mereka harus mempunyai
pemikiran yang fleksibel dan berkeupayaan boleh lentur pemikirannya bagi mengadaptasi persekitaran
tanpa sebarang masalah.
Sebagai contohnya seorang guru yang sedang menjalani latihan pengajaran di kawasan yang
mempunyai sumber pembelajaran yang terhad, maka seorang guru itu seharusnya berusaha
memikirkan cara penyelesaian yang lain bagi menghadapi masalah tersebut. Mungkin dengan
penggunaan bahan-bahan bantu mengajar semulajadi adalah lebih baik dan berkesan bagi
mempengaruhi minda pelajar mempelajari sesuatu subjek itu. Selain itu sumber bahan pengajaran dari
bahan-bahan semulajadi adalah lebih berkesan dan dekat di hati seandainya pelajar yang menjadi
klien adalah dari golongan kaum bumiputera pedalaman.
Menurut Vipin Mittal Jind Haryana dalam satu sesi pembentangannya. Konteks penyesuaian
diri bermaksud seseorang berpotensi untuk berubah secara beransur-ansur namun berjaya
mempengaruhi individu lain dengan lebih cepat dari dia beransur mengadaptasikan dirinya dengan
persekitaran. Ini bermaksud seseorang individu itu akan mempelajari suasana sekelilingnya dengan
perlahan-lahan namun setelah dia berjaya menyesuaikan diri, akhirnya dia dapat mengubah pemikiran
dan ideologi orang di sekelilingnya berdasarkan apa yang mereka amalkan seharian.
Sebagai contohnya kehidupan seorang guru di pedalaman tentunya sukar kerana budaya yang
sememangnya berbeza dengan budaya yang dipraktikkan oleh guru berkenaan. Namun dengan
pemikiran yang fleksibel serta dapat mengadaptasikan diri dan pemikirannya dengan suasana
sekeliling dengan perlahan-lahan, mungkin si guru berkenaan dapat mengubah cara hidup dan
pemikiran kelompok muda yang didiknya sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P). Oleh
demikian pemikiran yang bersifat penyesuaian ataupun adaptability merupakan suatu pemikiran yang
amat diperlukan oleh seorang guru dan setiap individu.
Selain itu, menurut Vipin Mittal Jind Haryana. Pemikiran penyesuaian diri juga berkehendakkan
si pemikir untuk mengubah cara persikapan mereka seandainya mereka mempunyai suasana yang
kelihatan cukup berbeza dengan norma dan perjalanan hidup mereka. Ini kerana seandainya suasana
sekeliling tidak mengizinkan budaya baru diterjemahkan dalam kehidupan mereka, maka kita
seharusnya berusaha untuk mengubah hidup mereka dengan berpandukan kepada cara hidup mereka
sewaktu ini.
Sebagai contohnya seandainya seorang guru itu ingin mengubah cara hidup dan pemikiran
kliennya iaitu si pelajar, maka si guru harus melihat sesuatu perkara itu dari kaca mata mereka. Cuba
untuk mengubah kehidupan mereka berdasarkan apa yang mereka praktikkan sekarang. Seandainya
seorang guru itu ingi mengajar pelajar adab sewaktu makan makanan, kita tidak boleh terus mengubah
tabiat pemakanannya sekaligus. Mungkin kita boleh menggunakan cara halus contohnya mengekalkan
menu makanan mereka walaupun ianya tidak halal namun kita berusaha mengajar mereka cara duduk
yang betul sewaktu makan. Itu sudah cukup bagi mengubah diri mereka. Jangan sesekali mengubah
dan cara paksaan ke atas apa-apa budaya yang telah diamalkan oleh mereka selama ini.
6.0 INOVASI (Innovation)
Ciri kelima yang dikelaskan di bawah pengurusan diri ialah inovasi (innovation). Inovasi
menurut kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2007, perkataan inovasi bermaksud sesuatu yang
baru diperkenalkan ataupun kaedah yang terbaru. Manakala bagi pentaksiran dari kamus bahasa
inggeris iaitu Oxford Pocket Dictionary bagi perkataan innovation pula bermaksud membawa sesuatu
yang baru. Maka dapatlah dirumuskan bahawa inovasi ataupun innovation dalam bahasa inggerisnya
membawa maksud secara umumnya sebagai mencipta ataupun memperkenalkan sesuatu yang baru
dalam aspek kehidupan. Aspek yang dimaksudkan adalah terlampau meluas dan mencakupi pelbagai
cabang keilmuan.
Menurut Vipin Mittal Jind Haryana dalam sesi pembentangannya menyatakan bahawa
innovation bermaksud kesiapsiagaan seorang individu untuk berfikiran di luar kotak dan seterusnya
mencipta dan memperkenalkan sesuatu idea baru demi mengubah sesuatu matlamat. Pemikiran ini
bermaksud seorang individu itu haruslah berfkiran kritikal dan berpandukan kepada ratusan malah
jutaan sumber lepas untuk menghasilkan sesuatu keluaran yang baru berdasarkan pemikiran secara
kritikal. Seorang yang mempunyai pemikiran inovasi dan kreatif ini kebiasaannya sentiasa hadir
dengan 1001 buah fikiran yang bernas dan amat berguna untuk digunakan. Namun idea yang ingin
dihasilkan itu haruslah berdasarkan rujukan dan panduan yang jelas lagi terang bagi memastikan idea
yang bakal dikeluarkan dan diutarakan kepada umum tidak bercanggah dengan matlamat asalnya.
Pemikiran seperti ini amat penting seandainya ingin diselesaikan sesuatu masalah yang
melanda. Ini kerana masalah yang hadir haruslah difikirkan secara optimum dan diselesaikan dengan
bijaksana. Seseorang yang berfikiran kreatif harus wujud dalam sesebuah organisasi kerana dengan
kewujudan individu seperti inilah yang akan menyebabkan segala masalah yang dialami oleh
organisasi dapat diselesaikan dengan jayanya dan kos penyelesaian dapat diminimumkan dengan
sebaiknya.
Kebiasaannya dalam sesebuah organisasi, kewujudan individu yang berfikiran kreatif dan
inovatif ini akan disanjung tinggi buah fikirannya namun seandainya buah fikirannya tidak menjadi,
maka segala kesalahan harus diletakkan di atas bahunya. Ini adalah suatu pemikiran yang salah
kerana keputusan yang diputuskan dalam sesebuah mesyuarat organisasi adalah berdasarkan
persetujuan semua yang terlibat. Maka seandainya jalan penyelesaian yang telah dipersetujui tidak
menjadi, maka keseluruhan organisasi harus menanggung akibat yang sama rata dari kegagalan jalan
penyelesaian tadi. Inilah yang dinamakan risiko atas setiap keputusna yang telah dibuat.
Individu yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif selalunya telah dilengkapi dengan
sikap bertanggungjawab atas pemikiran yang telah dikeluarkan olehnya. Kerana keputusan yang dibuat
adalah diatas cadangan yang telah dikemukannya, maka dia sedikit sebanyak akan berasa
bertanggungjawab ke atas perlaksanaan jalan penyelesaian itu walaupun hakikatnya dia tidak perlu
bimbang dengannya kerana segala keputusan yang dibuat adalah atas nama organisasi.
Seseorang yang berfikiran inovatif ini juga pada kebiasaannya bijak mengambil peluang yang
terhidang di depan matanya. Segala peluang yang ada akan dibolotnya dan diolah dalam bentuk baru
dan inilah yang dinamakan sebagai inovasi. Berdasarkan sumber yang jelas, pemikiran dan pengajaran
dari sesuatu yang telah berlaku, maka individu ini akan mengolah kesemuanya lalu mengeluarkan
suatu kaedah baru yang berkesan dalam menangani sesuatu masalah yang sedang melanda
organisasi. Kebijaksanaan mengawal peluang yang ada adalah sesuatu yang diperlukan dalam
mengurus organisasi malah juga individu. Ini kerana setiap individu pasti akan mengalami masalah
yang berkaitan dengan pelbagai aspek. Justeru, pengolahan keadaan persekitaran dan pengalaman
yang lepas akan menyebabkan lahirnya sebuah buah fikiran yang pastinya berkesan dalam menangani
pelbagai permasalah yang timbul.
7.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, pengurusan kendiri merupakan elemen terpenting dalam kompetensi
kecerdasan emosi yang merangkumi aspek kawalan emosi kendiri, kebolehpercayaan, mempunyai
kesedaran, kebolehsuaian dan juga inovasi. Semua ini perlu dipratik dalam diri setiap insane agar
kecerdasan emosi akan sentiasa berada di tahap yang baik. Dalam aspek kerja berkumpulan,
kepimpinan dan juga kesihatan juga melibatkan pengurusan kendiri agar sesuatu itu tercapai matlamat
dan juga motif asal perlaksanaan.
Ringkasnya, kecerdasan emosi boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan
dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang
lain disamping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang
harmonis. Memupuk konsep EQ dalam kehidupan merupakan usaha yang penting dalam menjamin
keselesaan dan keharmonian hidup seseorang individu. EQ seharusnya dipraktikkan oleh setiap
individu terutama dalam menghadapi cabaran dunia hari ini yang penuh dengan ranjau dan
duri.Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keselesaan hidup dan menambah
produktiviti hidup.
Fenomena ini nescaya akan membentuk satu suasana yang akan member kepuasan hati dan
kehidupan yang tenang. Konstruk pengurusan kendiri yang terdapat dalam Model Kompetensi
Kecerdasan Emosi juga menekankan bagaimana untuk kita menguruskan diri dalam aspek EQ yang
kami lebih tumpukan pada aspek kepimpinan, kerja berkumpulan dan pengurusan kesihatan kerana
ketiga-tiga perkara ini selalu dilalui oleh manusia dan kadang kala dipandang enteng oleh kita semua.
BIBILIOGRAFI
http://www.nih.gov/about/researchresultsforthepublic/SelfManagement.pdf. Diakses pada 24 Julai
2010.
http://www.ecu.edu.au/CLT/tips/docs/self_management.pdf. Diakses pada 24 Julai 2010.
http://www.eiconsortium.org/pdf/self_management_training.pdf. Diakses pada 26 Julai 2010.
http://www.sirl.ie/other/repository_docs/34.pdf. Diakses pada 27 Julai 2010.
http://telushealth.com/en/solutions/docs/Healthcare_self_management.pdf. Diakses pada 29 Julai
2010.
Mok Soon Sang. Siri Generik, Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2009
SUMBER RUMUSAN PENULISAN ILMIAH
Artikel “Self-management: a background paper” oleh Patrick MCGowan.
Jurnal “Self-management as a substitute for leadership: a social learning theory perspective”
oleh Charles C. Manz dan Henry P.Sims, JR.
Jurnal “Beyond Self-Mangement: Antecedents and Consequences of team empowerment” oleh
Bradley L. Kirkman dan Benson Rosen.