8/4/2019 penutup bumi
1/11
57
2.4 Penutup Bumi
Pengenalan Kepada Tumbuhan Penutub Bumi.
Penutup bumi adalah tumbuhan kecil (bukan anak pokok) selain daripada
rumput yang mempunyai ketinggian kurang dari 0.45 m dan boleh menutupi
permukaan tanah. Ianya tumbuh menegak atau merayap. Ianya terdiri daripada
tumbuhan yang tumbuh secara melata atau menjalar dipermukaan bumi. Antara
contoh-contoh pokok ini ialah ros Jepun (Portulaca grandiflora),Alternanthera dan
Hemigraphis.
Contoh tumbuhan penutub bumi
8/4/2019 penutup bumi
2/11
58
Tumbuhan Penutup Bumi Yang Dipilih (kacang kuning).
Pengenalan Kepada Tumbuhan Kacang Kuning.
Anda biasa melihat pokok berbunga kuning ini? Sudah tentu anda pernah
melihatnya di kawasan taman atau di tepi-tepi jalan. Pokok yang digelar Arachis
pintoi ini juga disebut sebagai pokok Kacang kuning atau nama inggerisnya Yellow
Peanut plant. Pokok ini sejenis pokok menjalar di atas tanah dan merupakan
tanaman penutup bumi yang popular kerana mempunyai bunga yang cantik.
Tanaman kacang kacangan (Leguminosae) merambat berbunga kuning yang
merupakan saudara dari tanaman kacang tanah (Arachis hypogaea) ini memang
sedang trendsebagai tanaman penutup tanah (cover crop) terutama digunakan
dalam penataan taman dan landscaping.
Pokok kacang kuning menjalar
dengan subur di atas tanah
8/4/2019 penutup bumi
3/11
59
Achis pintoi (Pinto peanut: Inggris; Man forrajero:Spanyol; Thua lisong tao:
Thailand) adalah jenis kacang-kacangan yang tumbuh menjalar (ground cover) di
atas permukaan tanah. Pertama kali dikoleksi oleh G. C. P. Pinto pada bulan April
1954 dari lembah Jequitinhonha, So Francisco dan sepanjang sungai Tocantins di
Brazil.
Tanaman ini popular dengan sebutan kacang hias. Awalnya diperkenalkan
dari Singapura oleh beberapa pengusaha lapangan golf. Namun belakangan, sudah
banyak dijumpai di taman-taman, perumahan, maupun taman jalan. Kacang hias ini
tumbuh baik di daerah dataran tanah tinggi. Pertumbuhan bawah naungan (70-80%)
terkena sinar matahari langsung untuk memberikan perlindungan kepada tanah
supaya sentiasa lembab dan subur. Selain itu tanaman ini juga mempunyai
kemampuan menambat nitrogen dari udara. Berdasar sifat-sifatnya tersebut, Arachis
pintoisangat baik ditanam sebagai tanaman penutup tanah, bahan hijauan makanan
ternak, tanaman hias di taman taman kota, di pinggir-pinggir jalan raya, dan
sebagainya.
Scientific classification
Kingdom: Plantae
Order: Fabales
Family: Fabaceae
Genus: Arachis
Species: A. pintoi
http://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classificationhttp://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classificationhttp://en.wikipedia.org/wiki/Planthttp://en.wikipedia.org/wiki/Fabaleshttp://en.wikipedia.org/wiki/Fabaceaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Arachishttp://en.wikipedia.org/wiki/Arachishttp://en.wikipedia.org/wiki/Fabaceaehttp://en.wikipedia.org/wiki/Fabaleshttp://en.wikipedia.org/wiki/Planthttp://en.wikipedia.org/wiki/Biological_classification8/4/2019 penutup bumi
4/11
60
Variasi Tumbuhan Kacang Kuning.
Secara umumnya terdapat dua variasi kacang kuning iaitu:
I. Amarillo
II. Itacambira
Kedua-dua variasi ini mempunyai struktur biji kacang yang berbeza dan
variasi Amarillolebih banyak mengeluarkan bungga berbanding variasi Itacambira.
Amarillo Itacambira
8/4/2019 penutup bumi
5/11
61
Ciri-Ciri Dan Sifat Fizikal Dan Ciri Botani Kacang Kuning.
Kacang kuning mempunyai batang yang menjalar sehingga 50 cm dalam
ketinggian 0.45 m bergantung pada persekitaran. Daun tetrafoliolate selebar 4.5cm x
3.5cm. Bunga yang berwarna kuning dan mempunyai 1 atau 2 biji benih pada hujung
bawah. Saiz biji benih pula berbeza.
Kacang pintoi adalah tanaman yang mirip kacang tanah, digunakan sebagai
tanaman penutup bumi di kawasan kebun atau ladang. Berguna untuk menahan
hakisan tanah, mencegah pertumbuhan gulma dan juga sebagai sumber nitrogen
untuk tanah
4.5cm x 3.5cm
8/4/2019 penutup bumi
6/11
62
Kegunaan kacang kuning.
Tumbuhan kacang kuning mempunyai pelbagai kegunaan seperti berfungsi
sebagai pegawalan hakisan tanah. Arachis pintoiberpotensi besar untuk mencegah
kehakisan tanah, karana susunan/anyaman batang dan perakarannya dapat
melindungi tanah dari daya hakisan hujan yang tinggi. Sebagai contoh, di kawsan
yang menerima taburan huajn yang tinggi dan kawasan tanah tinggi.
kacang hias ini ditanam di sepanjang pinggir saluran irigasi untuk mengawall
hakisan dan pertumbuhan rumpai. Pada usaha ini penanaman leguminosa juga
mampu mengurangkan hakisan sebesar 1185%.
Sebagai salah satu famili leguminosa, Arachis pintoi berpotensi untukmeningkatkan kesuburan tanah dari hasil fiksasi (penambatan) nitrogen secara
biologi. Dari hasil fiksasi tersebut dihasilkan 6585% nitrogen. Hasil penelitian di
Mexico menunjukkan bahwa Arachis pintoimampu meningkatkan kandungan karbon
sebesar 9,314% dan nitrogen sebanyak 4247% di dalam tanah.
Arachis pintoi telah teruji kemampuannya dalam bersaing dengan rumpai,
seperti pada perkebunan kopi, coklat, pisang, jeruk, ubi kayu, dan nenas. Jenis
kacang ini efektif mencegah tumbuhnya rumpai
Arachis pintoi dapat digunakan untuk makanan beberapa jenis ternak
peliharaan seperti : sapi, kuda, keledai, biri-biri, kambing, babi, dan ayam. Daunnya
mengandungkadar protein yang tinggi dan baik untuk pencernaan.
8/4/2019 penutup bumi
7/11
63
Amalan Kultur kacang kuning.
Persedian Tanah Dan Penanaman.
Sebelum kacang kuning ditanam, seluruh kawasan yang ditanam dengannya
hendaklah dibersihkan daripada segala jenis tumbuh-tumbuhan dan tumbuhan
semula termasuk lalang, rumpai yang tidak diingini, buluh, bertam, pisang hutan dan
kesemua jenis tumbuhan perampas yang lain, telah dibasmikan hingga mati ke akar
umbinya. Penanaman kacang kuning yang menjalar ini hendaklah dijalankan
diseluruh kawasan yang boleh ditanam dengan syarat keadaan cuaca sesuai dan
sebaik sahaja kerja-kerja membaris telah disiapkan seperti yang diarahkan oleh
Pegawai Penguasa.
Anak benih kekacang penutup bumi kacang kuning hendaklah dibekalkan
oleh kontraktor dan bekalan ini akan dikeluarkan mengikut masa dan jumlah yang
sesuai atas budibicara Pegawai Penguasa. Kontraktor hendaklah mempastikan anak
benih kacang penutup bumi kacang kuning untuk ditanam dalam keadaan baik dan
cukup. Kontraktor dikehendaki menghabiskan menanam benih kacang penutup bumi
yang dikeluarkan pada hari yang sama. Urusan mengangkut anak benih kacang
penutup bumi kacang kuning dari tapak semaian ke ladang adalah tanggungjawab
kontraktor. Rekod penerimaan dan pengeluaran disimpan oleh rancangan. Kadar
penggunaan benih kacang penutup bumi Mucuna Bracteata sehektar adalah 300
anak pokok.
8/4/2019 penutup bumi
8/11
64
Meracun Pra-cambah 3 hari sebelum menanam di kawasan yang akan
ditanam dengan kacang penutup bumi Mucuna Bracteata dengan perbelanjaan
sendiri.
Penanaman anak benih kacang penutup bumi kacang kuning hendaklah
dijalankan seperti . Kerja melubang hendaklah dibuat dengan menggunakan cangkul
atau lain-lain alat. Lubang perlu digali pada hari yang sama kerja menanam
dilakukan dan saiz lubang yang perlu digali ialah 15cm x 15cm x 15cm. Tanah yang
digali keluar perlu dilonggokkan dengan baik ditepi lubang supaya kerja menimbus
semula dapat dibuat dengan mudah.
Selepas itu, tenabur baja fosfat sebanyak 30 gram kedalam lubang yang telah
siap digali. Semua anak benih hendaklah ditanam pada hari yang sama. Kerja
penanaman hendaklah dilakukan dengan cermat dimasa semasa membuka polybeg
hendaklah berhati-hati untuk menggelakkan akar pokok patah dan rosak.
Kerja merumput hendaklah dijalankan setiap bulan sebaik sahaja selepas
menanam kacang penutup bumi Mucuna Bracteata. Tempoh masa pusingan
merumput adalah bergantung kepada kesesuaian kawasan kacang penutup bumi
diambilalih. Hanya kacang penutup bumi dan tanaman utama sahaja dibenarkan
tumbuh dikawasan tanaman.
15 cm
15 cm
8/4/2019 penutup bumi
9/11
65
Pembajaan
Penaburan baja NPK Yellow 15:15:6 dan baja fosfat hendaklah dijalankan
selepas kacang penutup bumi kacang kuning ditanam. Kadar penaburan NPK Yellow
ialah 45 kg/hektar dan manakala taburan baja fosfat adalah 100 kg/hektar. Taburan
baja-baja ini hendaklah dijalankan dalam dua pusingan. Kedua-dua pusingan ini
adalah seperti jadual berikut atau mengikut masa yang ditentukan oleh Pegawai
Penguasa.
NPK Yellow 15:15:6
Baja Fosfat
8/4/2019 penutup bumi
10/11
66
Kawalan rumpai.
Fungsi utama tumbuhan kacang kuning ini ditanam untuk mengawal kawalan
rumpai daripada bercambah dan membiak. Oleh itu kawalan rumpai bagi tumbuhan
ini tidak perlu dilakukan kecuali tanaman kacang kuning ini dijadikan sebagi tanaman
hiasan maka baru perlu dilakukan proses perumpaian.
Kawalan rumpai boleh dilakukan melalui dua cara iaitu secara fizikal dan
mekanikal. Kawalan fizikal boleh dilakukkan melalui mencangkul, semburan, dan
sebagainya. Manakala kawalan mekanikal dibuat mengunakan alat bantuan mesin.
Penyakit Dan Perosak.
Di antara serangga perosak yang sering menyerang tumbuhan kacang kuning
ialah Siput babi, Kumbang Kura-Kura, Belalang, Ulat dan Pianggang. Kesan
serangan perosak ialah Daun berlubang dan Pucuk muda patah.
Racun Kawalan Yang Boleh Digunakan
8/4/2019 penutup bumi
11/11
67
Pembiakan Aseks (keratan batang)
Proses ini merupakan proses sinonim dalam proses pembiakn tanaman
hiasan. Langkah pertama ialah potong sebahagian batang tumbuhan kacang kuning.
Dan buat lubang sedalam 1 meter untuk menanam kembali batang yang dipotong
tadi. Sesudah itu timbus lubang mengunakn tanah dan padatkan tanah tersebut
dengan menginjak tanah tersebut dengan perlahan-lahan
Faktor kejayaan pembiakan.
Faktor utama kejayaan pembiakan secara keratan batang disebabkan oleh proses ini
merupakan proses paling mudah untuk dilakuklan dan tidak memerlukan kos. Selain
itu, peratus kejayaan juga tinggi disebabkan tumbuhan ini mudah hidup dan tidak
cerewet.