PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL
PISMP Semester 3 Pengajian Melayu C
Disediakan oleh:Fitri Norlida bt Ibrahim
Farah Fazriyana bt Basri
Pengenalan• Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata
iaitu ‘Gur’ dan ‘Ru’.• Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan
gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani @ dicontohi.
• Guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkahlakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai.
Persoalan yang perlu difahami oleh guru PSV…
Siapa yang kita ajar?
Mengapa kita
mengajar?
Apa yang kita ajar?
Peranan Guru PSV
Guru sebagai Pengurus Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak
sebagai pengurus.
Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.
Guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses p&p.
Perkara yang perlu diuruskan oleh guru seni :
Menguruskan rutin bilik darjah Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik
darjah Mengurus keadaan fizikal bilik darjah Mengurus aktiviti berkumpulan Mengurus karya dan hasil kerja murid Mengurus sumber,alat dan bahan Pendidikan Seni Visual Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik Menguruskan dan mewujudkan suasana p&p seni yang
menyeronokkan Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif
Guru sebagai PembimbingSetiap guru berperanan:
Memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni
Menambah baik pengalaman sedia ada Mencungkil bakat muridMemupuk minat murid terhadap subjek seni visualMewujudkan kelas bersifat interaksi kolaboratif
dikalangan pelajarPeka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual
murid dalam p&p seni visual
Guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam p&p Pendidikan Seni Visual :
1. Bersopan santun2. Menghormati pandangan murid3. Peramah4. Jujur5. Prihatin
Pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti:
1. Berdikari2. Rasional3. Berani4. bersemangat
Guru sebagai PemudahcaraGuru perlu mengambil kira kaedah penyampaian
ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang mendalam dan mudah difahami oleh murid.
Guru hendaklah berperanan sebagai pemudah cara kerana kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana.
Agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.
Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk
mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978)
kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut???
Merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar.
Guru sebagai Motivator
untuk memupuk minat mereka
terhadap isi pelajaran yang disampaikan
kepentingan dan kegunaannya
dalam kehidupan seharian
dapat meningkatkan keyakinan diri
murid
memupuk perasaan ingin membuat yang
terbaik dalam penghasilan karya seni
Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar
dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual???
komentar
persaingan
alat dan bahan
masa
rangsanganP&P Fleksibel
hormat-menghormati
galakan dan Motivasi
penghargaan
Cara Memotivasikan Pelajar dalam P&P PSV
Cara Memotivasikan Pelajar dalam P&P PSV
• Memberi komentar yang positif.• Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan
murid.• Memilih alat dan bahan. - Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan
dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
• Masa - Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.
• Rangsangan - Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan. -Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
• Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran.
Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
• Hormat-menghormati -Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
• Memberikan Galakan dan Motivasi -Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
• Penghargaan -Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.
Guru sebagai Inisiator
Apa yang dimaksudkan dengan inisiator???
Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha.
Guru Sebagai Inisiator
• Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan.
• Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh
seorang guru seni???
Usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni
• Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.
• Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.
• Memahami dinamika kumpulan.• Membantu murid memperkembangan ilmu seni.• Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang
memudahkan murid menjalani aktiviti P & P seni mereka.• Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat
menarik perhatian murid.
Rumusan
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa
disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan
tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik
dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar
(art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator,
pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Sekian, terima kasih….
Top Related